anm(t)81/10/6/10/jld.5( 16 ) semua ketua setiausaha...

23
1 ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Semua Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Ketua Jabatan Negeri, Semua Ketua Akauntan Jabatan Mengakaun Sendiri, Semua Pengarah Negeri/Cawangan JANM, Semua Akauntan/Bendahari Negeri. KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH TERIMAAN MELALUI PERBANKAN INTERNET 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan bagi melaksanakan kaedah terimaan secara online melalui perbankan internet (internet banking).

Upload: lamtuyen

Post on 15-May-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

1

ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Semua Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Ketua Jabatan Negeri, Semua Ketua Akauntan Jabatan Mengakaun Sendiri, Semua Pengarah Negeri/Cawangan JANM, Semua Akauntan/Bendahari Negeri.

KERAJAAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2008

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

KAEDAH TERIMAAN MELALUI PERBANKAN INTERNET 1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan bagi melaksanakan kaedah terimaan secara online melalui perbankan internet (internet banking).

Page 2: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

2

2. PENGENALAN

2.1 Pada masa ini, Kerajaan telah melaksanakan kaedah terimaan secara online bagi pungutan hasil dan terimaan bukan hasil melalui Portal Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan Portal Perkhidmatan Awam.

2.2 Dalam usaha mempelbagaikan saluran pembayaran oleh orang awam,

Kerajaan telah memperluaskan kaedah terimaan secara online bagi pungutan hasil dan terimaan bukan hasil tersebut kepada kaedah terimaan melalui perbankan internet.

2.3 Dua (2) cara pembayaran melalui perbankan internet adalah:-

2.3.1 Debit terus (direct debit) dari akaun semasa atau akaun simpanan pelanggan

2.3.2 Kad kredit (Mastercard dan VISA)

2.4 Pembayaran bagi pungutan hasil boleh dilakukan secara debit terus

dan kad kredit manakala bagi terimaan bukan hasil pembayaran hanya dibenarkan melalui debit terus sahaja.

3. PELAKSANAAN

3.1 Penggunaan Perbankan Internet

3.1.1 Kementerian/Jabatan Kerajaan yang ingin melaksanakan kaedah terimaan menggunakan perkhidmatan perbankan internet perlu memaklumkan kepada Akauntan Negara Malaysia atau Akauntan Negeri/Bendahari Negeri yang mana berkenaan dengan mengemukakan surat rasmi berserta maklumat berikut:-

i) Tarikh pelaksanaan ii) Senarai hasil dan terimaan bukan hasil iii) Bank yang dilantik

Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1.

Page 3: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

3

3.1.2 Pelaksanaan selain daripada garis panduan perbankan internet ini perlu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Akauntan Negara Malaysia atau Akauntan Negeri/Bendahari Negeri.

3.2 Pembukaan Akaun Bank

3.2.1 Bagi pelaksanaan ini satu Akaun Terimaan Kecil Perbendaharaan hendaklah dibuka bagi memasukkan semua terimaan melalui perbankan internet.

3.2.2 Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu memohon pembukaan Akaun

Terimaan Kecil Perbendaharaan daripada Akauntan Negara Malaysia atau Akauntan Negeri/Bendahari Negeri yang mana berkenaan mengikut format surat seperti di Lampiran A.

3.3 Tempoh Pemindahan Wang

3.3.1 Pihak bank hendaklah memindahkan semua terimaan online ke

dalam Akaun Terimaan Kerajaan dalam tempoh berikut:-

Tempoh Pemindahan Wang (T+1)

Akaun

Sebelum jam 11.00 pagi Akaun Terimaan Kecil Perbendaharaan

Sebelum jam 4.00 petang Akaun Terimaan Utama Pejabat Perakaunan

Nota: T + 1 merujuk kepada hari bekerja selepas hari transaksi

3.4 Caj Perkhidmatan

3.4.1 Caj perkhidmatan yang perlu dibayar adalah seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2008 seperti berikut:-

Cara Pembayaran Caj Perkhidmatan Individu ≤ RM0.50 per transaksi Debit Terus

Entiti Perniagaan

≤ RM1.00 per transaksi

Kad Kredit ≤ 1.8 % per transaksi

Page 4: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

4

3.4.2 Caj perkhidmatan untuk pungutan hasil akan ditanggung oleh Kerajaan manakala caj perkhidmatan untuk terimaan bukan hasil seperti pembayaran balik pinjaman perlu dibiayai oleh orang awam.

3.4.3 Caj perkhidmatan untuk pungutan hasil hendaklah dikenakan

kepada kod objek perbelanjaan 29136 (Bayaran Caj Perkhidmatan Kepada Ejen Kutipan Kerajaan). Kementerian/Jabatan Kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan bagi kod perbelanjaan tersebut.

3.4.4 Bagi pungutan hasil, bank dibenarkan menolak caj perkhidmatan

yang dikenakan daripada amaun kasar yang dipungut dan menyerahkan amaun bersih kepada Kerajaan.

3.4.5 Bagi terimaan bukan hasil, bank hendaklah menyerahkan amaun

yang diterima tidak termasuk caj perkhidmatan yang dibiayai oleh orang awam kepada Kerajaan.

4. PROSEDUR TERIMAAN

4.1 Akuan Pembayaran

4.1.1 Akuan pembayaran melalui perbankan internet yang dicetak dari paparan portal bank adalah dianggap sebagai bukti transaksi pembayaran.

4.2 Laporan/Rekod Urusniaga

4.2.1 Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu mengemukakan senarai kod hasil/terimaan bukan hasil yang akan dipungut melalui perbankan internet kepada bank untuk tujuan pelaporan.

4.2.2 Pihak bank hendaklah menyediakan kemudahan berkaitan

perbankan internet contohnya perisian Desktop Banking dan ID pengguna kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan untuk memperolehi maklumat urusniaga.

4.2.3 Laporan Urusniaga Harian (LUH) perlu dikemukakan oleh bank

dalam tempoh T+1 mengikut format data file dan report file yang mengandungi maklumat minimum seperti di Lampiran B.

Page 5: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

5

4.2.4 Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu mengemaskini maklumat terimaan ke dalam rekod kewangan termasuk Akaun Subsidiari (jika berkaitan) berdasarkan maklumat LUH.

4.2.5 Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah membuat semakan di

antara amaun LUH dengan amaun di Penyata Bank Harian yang diperolehi dari bank. Sebarang perbezaan perlu dimaklumkan kepada pihak bank untuk tindakan sewajarnya.

4.3 Arahan Kerja

4.3.1 Arahan Kerja bagi kaedah terimaan melalui perbankan internet adalah seperti di Lampiran C.

5. PROSEDUR PERAKAUNAN

5.1 Amaun kasar bagi pungutan hasil perlu diakaunkan sebagai terimaan Kerajaan dan caj perkhidmatan sebagai perbelanjaan.

5.2 Penyata Pemungut bagi pungutan hasil perlu menunjukkan amaun kasar

terimaan, caj perkhidmatan yang dikenakan dan amaun bersih untuk tujuan penyesuaian dengan penyata bank.

5.3 Penyata Pemungut bagi terimaan bukan hasil hanya perlu menunjukkan

amaun terimaan tanpa mengambilkira caj perkhidmatan yang dibiayai oleh orang awam.

5.4 Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah menyediakan Penyata

Pemungut berdasarkan LUH serta amaun pindahan di Penyata Bank Harian dan mengemukakannya ke Pejabat Perakaunan.

5.5 Buku Tunai hendaklah disediakan dengan menunjukkan butiran berikut:-

5.5.1 Amaun berdasarkan LUH

5.5.2 Caj perkhidmatan (jika berkaitan) 5.5.3 Amaun bersih seperti di Penyata Pemungut dan Resit

Perbendaharaan

Page 6: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

6

Contoh perekodan di Buku Tunai dan Penyata Pemungut adalah seperti di Lampiran D.

5.6 Bank hendaklah membuat tuntutan secara berasingan sekiranya berlaku

sebarang kesilapan dan tidak boleh menolak amaun tersebut daripada pungutan harian.

5.7 Baucar bayaran balik kepada bank hendaklah menunjukkan amaun

kasar bayaran balik, caj perkhidmatan (jika berkaitan) dan amaun bersih.

5.8 Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu menyimpan dengan teratur dan

selamat semua laporan dan dokumen untuk tujuan semakan dan pengauditan.

6. PENUTUP

6.1 Semua Kementerian/Jabatan Kerajaan yang melaksanakan kaedah terimaan menggunakan perkhidmatan perbankan internet perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling ini.

6.2 Sebarang pertanyaan berkenaan Surat Pekeliling ini boleh dikemukakan

ke alamat berikut:-

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Seksyen Khidmat Perunding Aras 5, Perbendaharaan 2 No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62594 PUTRAJAYA

No. Tel : 03 - 88869500/9700 No. Faks : 03 - 88869759

E-mel : [email protected]

Page 7: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

7

7. TARIKH KUATKUASA

7.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta merta. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “Perakaunan Berintegriti Perkhidmatan Berkualiti” Saya yang menurut perintah,

(DATO’ MOHD SALLEH BIN MAHMUD) Akauntan Negara Malaysia 5 Mei 2008 s.k. Ketua Setiausaha Negara Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Ketua Audit Negara Pegawai Kewangan Negeri

Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan

Page 8: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

LAMPIRAN A

Ruj Kami : Tarikh :

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 3, No. 1 Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62594 PUTRAJAYA ANM arah Tuan, PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN TERIMAAN KECIL PERBENDAHARAAN Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, Kementerian/Jabatan ini akan melaksanakan kaedah terimaan secara online melalui perbankan internet melalui portal berikut:- i. Portal bank:-

Maybank Berhad (maybank2u)

CIMB Bank Berhad (cimbclicks)

Bank Islam Malaysia Berhad (bankislam.biz)

RHB Bank (rhbbank)

................................... (nama bank selain di atas)

(tandakan (√ ) di kotak berkenaan)

Page 9: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

3. Sehubungan itu, Kementerian/Jabatan ini memohon agar tuan dapat menguruskan pembukaan Akaun Terimaan Kecil Perbendaharaan bagi melaksanakan kaedah ini berdasarkan maklumat berikut:-

4. Maklumat berkaitan pelaksanaan ini adalah seperti di Lampiran A-1. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ........................................................... (NAMA)

Tel : Faks :

s.k. Seksyen Khidmat Perunding

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 5, Perbendaharaan 2 No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62594 PUTRAJAYA Perkhidmatan Operangurusgaan ElektSekuriti

Bil. Kod Jabata

n

Kod PTJ

Nama Bank Alamat Cawangan Bank

1. 2. 3. 4.

Page 10: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

LAMPIRAN A-1

Maklumat berkaitan pelaksanaan perbankan internet:- i. Tarikh pelaksanaan bagi kaedah terimaan ini dijangka pada (dd/mm/yyyy)

ii. Jenis Terimaan (senaraikan):-

a) Hasil

b) Terimaan Bukan Hasil

ElektSekuriti

Bil. Kod Hasil Perihal

1. 2. 3.

Bil. Kod Amanah Perihal

1. 2. 3.

Page 11: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

LAMPIRAN B

Laporan Urusniaga Harian (LUH) yang dikemukakan oleh bank hendaklah disediakan dalam bentuk data file dan report file yang perlu mengandungi maklumat minimum seperti berikut:- Data file:- 1. Payer Code (Agency code) 2. Date (header and detail) 3. Transaction Count 4. Total Amount 5. Transaction Reference Number 6. Bill Reference 1 (eg. Account Number) 7. Bill Reference 2 (eg. Telephone Number) 8. Name (optional) (eg. Bill owner’s name) 9. Revenue/Non Revenue Code 10. Transaction Amount Report File:- 1. Payer Code (Agency code) 2. Date (header and detail) 3. Transaction Count 4. Total Amount 5. Transaction Reference Number 6. Bill Reference 1 (eg. Account Number) 7. Bill Reference 2 (eg. Telephone Number) 8. Name (optional) (eg. Bill owner’s name) 9. Revenue/Non Revenue Code 10. Transaction Amount 11. Commission Amount 12. Net Amount 13. Channel

Page 12: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

ARAHAN KERJA BAGI KAEDAH TERIMAAN MELALUI PERBANKAN INTERNET

i

LAMPIRAN C

Bil. Tindakan Tanggung Jawab

Carta Aliran

1.

2.

a)

Log masuk ke portal bank Pilih jenis dan kaedah bayaran Sekiranya bayaran dibuat melalui:- Debit terus i) Pilih akaun bank berkaitan ii) Lakukan transaksi bayaran iii) Jika berjaya, cetak akuan

pembayaran dari paparan portal bank

iv) Jika tidak berjaya, rujuk kepada

arahan yang dinyatakan dalam portal bank

Pelanggan

Pelanggan

Pelanggan

Pelanggan

Pelanggan

Pelanggan

Mula

Log masuk ke portal bank

Debit terus

Kad kredit

A

Pilih akaun bank dan lakukan

transaksi bayaran

Cetak akuan pembayaran dari paparan portal

B

Debit terus/ kad kredit?

Berjaya?

Ya

Rujuk arahan

portal bank

Tidak

Pilih jenis dan kaedah bayaran

Page 13: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

ARAHAN KERJA BAGI KAEDAH TERIMAAN MELALUI PERBANKAN INTERNET

ii

LAMPIRAN C

Bil. Tindakan Tanggung Jawab

Carta Aliran

b)

Kad kredit i) Lakukan transaksi bayaran ii) Jika berjaya, cetak akuan

pembayaran dari paparan portal bank

iii) Jika tidak berjaya, rujuk kepada

arahan yang dinyatakan dalam portal bank

Pelanggan

Pelanggan

Pelanggan

A

Lakukan transaksi bayaran

Berjaya?

Ya

Tidak

Cetak akuan pembayaran dari paparan portal

Rujuk kepada arahan yang dinyatakan

dalam portal

B

Page 14: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

ARAHAN KERJA BAGI KAEDAH TERIMAAN MELALUI PERBANKAN INTERNET

iii

LAMPIRAN C

Bil. Tindakan Tanggung Jawab

Carta Aliran

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Pada Keesokan Hari (T+1) Cetak/muat turun laporan Urusniaga Harian (LUH) dari desktop banking/ portal bank Kemaskini rekod kewangan termasuk Akaun Subsidiari (jika berkaitan) berdasarkan LUH Pindahkan semua terimaan ke Akaun Terimaan Kecil Perbendaharaan sebelum jam 11.00 pagi dan Akaun Terimaan Utama Pejabat Perakaunan sebelum jam 4.00 petang Semak LUH dengan penyata bank Sekiranya tiada perbezaan, sediakan Penyata Pemungut dan kemukakan ke Pejabat Perakaunan Sekiranya terdapat perbezaan, maklumkan perbezaan kepada bank untuk tindakan sewajarnya

Kementerian/ Jabatan

Kementerian/

Jabatan

Bank

Kementerian/

Jabatan

Kementerian/

Jabatan Kementerian/ Jabatan/Bank

Kemaskini rekod kewangan

Pindahan wang ke Akaun Terimaan

Kerajaan

Semak LUH dengan penyata bank

Ada perbezaan?

Sediakan Penyata Pemungut

Tamat

B

Cetak/muat turun LUH

Maklumkan pihak bank

Tidak

Ya

Page 15: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

i

A. PUNGUTAN HASIL (CAJ PERKHIDMATAN DITANGGUNG OLEH KERAJAAN) - KAEDAH DEBIT TERUS Senario 1 :

1. Individu A, B dan C membayar bil masing-masing berjumlah RM200.00, RM300.00 dan RM500.00 secara debit

terus melalui portal bank. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah RM0.50 bagi setiap transaksi.

Keesokan hari (T +1)

2. Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu memuat turun/mencetak Laporan Urusniaga Harian (LUH) dari Desktop

Banking (DTB) dan mengemaskini maklumat berikut di dalam Buku Tunai:-

3. Bank akan membuat pindahan wang berjumlah RM 998.50 ke Akaun Pejabat Perakaunan setelah mengambil kira

caj perkhidmatan sebanyak RM 1.50 (RM0.50/transaksi).

4. Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah memastikan amaun di Penyata Pemungut adalah bersamaan dengan

LUH dan penyata bank di DTB .

(a) Tarikh Urusniaga dd/mm/yy

(b) Kod Hasil 7XXXX

(c) Jumlah Kasar Terimaan (RM) 1,000.00

(d) Jumlah Caj Perkhidmatan (RM) (jika

berkenaan)

1.50

(e) Jumlah Bersih (RM) 998.50

LA

MP

IRA

N D

Page 16: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

ii

Perekodan pada Buku Tunai Manual (ekstrak)

PEMBAYARAN KEPADA PERBENDAHARAAN

PENGELASAN

Tarikh

(a)

Resit No.

Banyaknya

(c)

Jumlah Harian (RM)

(c)

Banyaknya

(e)

Tarikh Resit Perbendaharaan

No.

7XXXX (b)

(c)

29136

(d)

dd/mm/yy LUH 1,000.00 1,000.00 998.50

1,000.00

(1.50)

Sumber Maklumat

Tarikh Penyata Pemungut

Tarikh Resit Rasmi Perbendaharaan

No. Penyata Pemungut

No. Resit Rasmi Perbendaharaan

LA

MP

IRA

N D

Page 17: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

iii

Perekodan pada Penyata Pemungut (ekstrak)

Jenis Pungutan Pungutan untuk diperakaunkan sahaja

PUNGUTAN DIMASUKIRA KE DALAM AKAUN-AKAUN DI BAWAH

Bil Vot Jab PTJ/PK Prog/Akt Amanah Projek Setia CP Objek Amaun (RM) Kod Kegunaan Jab

Perihal Am

XXX XXXXXX 7XXXX 1000.00

HASIL XXXXXXXXX

BXX XXX XXXXXX XXXXXX 29136 (1.50)

CAJ PERKHIDMATAN KEPADA EJEN KUTIPAN KERAJAAN

Jumlah 998.50 Jumlah Bil. Subsidiari

KERAJAAN MALAYSIA (Kew 305E) PENYATA PEMUNGUT Muka Surat /

LA

MP

IRA

N D

Page 18: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

iv

B. TERIMAAN BUKAN HASIL (CAJ PERKHIDMATAN DITANGGUNG OLEH ORANG AWAM) – KAEDAH DEBIT TERUS Senario 2 :

1. Individu D dan E membayar balik pinjaman pelajaran masing-masing berjumlah RM200.00 dan RM300.00 secara

debit terus melalui portal bank dan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi.

Pada keesokan hari (T+1)

2. Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu memuat turun LUH dari DTB dan mengemaskini maklumat berikut di dalam

Buku Tunai:-

3. Bank akan membuat pindahan wang berjumlah RM 500.00 (tidak termasuk caj perkhidmatan) ke Akaun Pejabat

Perakaunan.

4. Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah memastikan amaun di Penyata Pemungut adalah bersamaan dengan

LUH dan Penyata Bank di DTB.

(a) Tarikh Urusniaga dd/mm/yy

(b) Kod Terimaan Bukan Hasil 5XXXX

(c) Jumlah Kasar Terimaan (RM) 500.00

(d) Jumlah Caj Perkhidmatan (RM)

(jika berkenaan)

-

(e) Jumlah Bersih (RM) 500.00

LA

MP

IRA

N D

Page 19: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

v

Perekodan pada Buku Tunai Manual (ekstrak)

PEMBAYARAN KEPADA PERBENDAHARAAN

PENGELASAN Tarikh

(a)

Resit No.

Banyaknya

(c)

Jumlah Harian (RM)

(c)

Banyaknya

(e)

Tarikh Resit Perbendaharaan

No.

5XXXX (b)

(c)

dd/mm/yy LUH 500.00 500.00 500.00

500.00

Sumber Maklumat

Tarikh Penyata Pemungut

Tarikh Resit Rasmi Perbendaharaan

No. Penyata Pemungut

No. Resit Rasmi Perbendaharaan

LA

MP

IRA

N D

Page 20: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

vi

Perekodan pada Penyata Pemungut (ekstrak)

Jenis Pungutan Pungutan untuk diperakaunkan sahaja

PUNGUTAN DIMASUKIRA KE DALAM AKAUN-AKAUN DI BAWAH

Bil Vot Jab PTJ/PK Prog/Akt Amanah Projek Setia CP Objek Amaun (RM) Kod Kegunaan Jab

Perihal Am

XXX XXXXXX 5XXXX 500.00

KUTIPAN AMANAH XXXXXXXXX

Jumlah 500.00 Jumlah Bil. Subsidiari

KERAJAAN MALAYSIA (Kew 305E) PENYATA PEMUNGUT Muka Surat /

LA

MP

IRA

N D

Page 21: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

vii

C. PUNGUTAN HASIL (CAJ PERKHIDMATAN DITANGGUNG OLEH KERAJAAN) – MENGGUNAKAN KAD KREDIT Senario 3 :

1. Individu P dan Q masing-masing membuat bayaran sebanyak RM100.00 dan RM 200.00 bagi bayaran cukai tanah

melalui portal bank menggunakan kad kredit.

2. Caj perkhidmatan bagi 2 urusniaga ini akan ditanggung oleh kerajaan iaitu sebanyak RM5.40; ([email protected]%).

Pada keesokan hari (T+1)

3. Kementerian/Jabatan Kerajaan perlu memuat turun LUH dari DTB dan mengemaskini maklumat berikut di dalam

Buku Tunai:-

4. Bank akan membuat pindahan wang berjumlah RM 294.60 ke Akaun Pejabat Perakaunan setelah mengambil kira

caj perkhidmatan yang sepatutnya.

(a) Tarikh Urusniaga dd/mm/yy

(b) Kod Terimaan Hasil 9XXXX

(c) Jumlah Kasar Terimaan (RM) 300.00

(d) Jumlah Caj Perkhidmatan (RM)

(jika berkenaan)

5.40

(e) Jumlah Bersih (RM) 294.60

LA

MP

IRA

N D

Page 22: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

viii

5. Kementerian/Jabatan Kerajaan hendaklah memastikan amaun di Penyata Pemungut adalah bersamaan dengan

LUH dan penyata bank di DTB.

Perekodan pada Buku Tunai Manual (ekstrak)

PEMBAYARAN KEPADA PERBENDAHARAAN

PENGELASAN Tarikh

(a)

Resit No.

Banyaknya

(c)

Jumlah Harian (RM)

(c)

Banyaknya

(e)

Tarikh Resit Perbendaharaan

No.

9XXXX (b)

(c)

29136

(d)

dd/mm/yy

LUH

300.00

300.00

294.60

300.00

(5.40)

Tarikh Penyata Pemungut

No. Resit Rasmi Perbendaharaan

No. Penyata Pemungut

Sumber Maklumat

Tarikh Resit Rasmi Perbendaharaan

LA

MP

IRA

N D

Page 23: ANM(T)81/10/6/10/Jld.5( 16 ) Semua Ketua Setiausaha …account.moh.gov.my/v4/upload/pekeliling/eterimaan/SPANM022008.pdf · Contoh surat adalah seperti di Lampiran A-1. 3 3.1.2 Pelaksanaan

CONTOH PEREKODAN DI BUKU TUNAI DAN PENYATA PEMUNGUT

ix

Perekodan pada Penyata Pemungut (ekstrak)

Jenis Pungutan Pungutan untuk diperakaunkan sahaja

PUNGUTAN DIMASUKIRA KE DALAM AKAUN-AKAUN DI BAWAH

Bil Vot Jab PTJ/PK Prog/Akt Amanah Projek Setia CP Objek Amaun (RM) Kod Kegunaan Jab

Perihal Am

XXX XXXXXX 9XXXX 300.00

HASIL XXXXXXXXX

BXX XXX XXXXXX XXXXXX 29136 (5.40)

CAJ PERKHIDMATAN KEPADA EJEN KUTIPAN KERAJAAN

Jumlah 294.60 Jumlah Bil. Subsidiari

KERAJAAN MALAYSIA (Kew 305E) PENYATA PEMUNGUT Muka Surat /

LA

MP

IRA

N D