assig petaksiran.docx

35
1.0 PENGENALAN Tugas dan tanggungjawab guru dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sekadar mengajar dan mendidik. Sebagai seorang guru adalah perlu untuk mendapat maklum balas tentang berkesan atau tidak proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung . Di sekolah ,guru mengajar berdasarkan objektif yang pengajaran yang dipilih oleh guru berlandaskan mata pelajaran dan rancangan tahunan mengikut tahun yang diajar,contohnya Bahasa Melayu Tahun 5 atau Bahasa Melayu Tahun 6. Jika pengajaran dan pembelajaran seorang guru itu mencapai objektif, pengajaran dan pembelajaran guru telah berjaya. Jesteru itu,agar setiap pengajaran dan pembelajaran dapat dipastikan tercapai objektifnya maka seseorang guru memerlukan petunjuk yang sah . Petunjuk yang sah ialah dengan pentaksiran dan penilaian yang sesuai. Penilaian bukan sekadar menialai pencapaian dan dan peningkatan prestasi dalam pelajaran tetapi merangkumi seluruh perkembangan mental dan fizikal, minat,bakat,sikap dan emosi serta sosial pelajar. 2.0 KONSEP PENTAKSIRAN ,PENGUJIAN DAN PENILAIAN 1

Upload: linda-md-akhir

Post on 21-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Tugas dan tanggungjawab guru dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sekadar mengajar dan mendidik. Sebagai seorang guru adalah perlu untuk mendapat maklum balas tentang berkesan atau tidak proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung . Di sekolah ,guru mengajar berdasarkan objektif yang pengajaran yang dipilih oleh guru berlandaskan mata pelajaran dan rancangan tahunan mengikut tahun yang diajar,contohnya Bahasa Melayu Tahun 5 atau Bahasa Melayu Tahun 6. Jika pengajaran dan pembelajaran seorang guru itu mencapai objektif, pengajaran dan pembelajaran guru telah berjaya. Jesteru itu,agar setiap pengajaran dan pembelajaran dapat dipastikan tercapai objektifnya maka seseorang guru memerlukan petunjuk yang sah . Petunjuk yang sah ialah dengan pentaksiran dan penilaian yang sesuai.

Penilaian bukan sekadar menialai pencapaian dan dan peningkatan prestasi dalam pelajaran tetapi merangkumi seluruh perkembangan mental dan fizikal, minat,bakat,sikap dan emosi serta sosial pelajar.

2.0 KONSEP PENTAKSIRAN ,PENGUJIAN DAN PENILAIAN

2.1 Definisi Pentaksiran Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) pentaksiran daripada kata dasar taksir yang bermaksud i- tidak mengendahkan (pekerjaan dll), kurang ingat-ingat, alpa,lalai: jangan ~ dairpada memeriksai alat rakyatmu supaya sentosakerajaan engkau; berlepas ~ membebaskan diri daripada kesalahanorang; mentaksirkan melalaikan, mengalpakan.ii- kira, hitung, nilaian: ~ kasarnya bolehlah didapati dgn mengirabunga biasa dgn kadar 4%; salah ~ salah kira (hitung); kurang ~hilang laba prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn hati-hati akanmendatangkan kerugian; menaksir - mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (hargadll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya dan penaksiran pula perihal menaksir. 2.2 Konsep Pentaksiran Pentaksiranialah terjemahan perkataan Inggeris assessment yang berasal daripada perkataan Latin assidere yang membawa maksud duduk di sisi.Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat yang diperoleh berkaitan dengan butir-butir seperti topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Maklumat merupakan bukti mengenai prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir.Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan , kemahiran dan nilai yang diperoleh setelah menjalani proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu aktiviti yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar yang bagi tujuan tertentu. Pentaksiran juga merupakan gambaran prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan semasa, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik. Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya pula Pengukuran dan Penilaian Pendidikan, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan.Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian.

Pentaksiran merupakan sesuatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pentafsiran juga merupakan satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya pentaksiran merupakan sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid.

2 1.1 Tujuan PentaksiranTujuan pentaksiaran adalah untuk membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran dan membantu guru mendapatkan gambaran tentang prestasi murid-murid dalam pembelajaran. Seterusnya pentaksiran digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui pentaksiran guru boleh mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Selain itu membolehkan guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Selepas membuat pentaksiran guru dapat merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan yang membolehkan guru memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan.2.2 Pengujian Pengujian adalah satu proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.Menurut Cronbach (1970)Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)Menurut Tuckman (1975) ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Manakala Gagne (1970) pula mendefinisikan bahawa ianya adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Ia juga merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan carayang sistematik. Pengujian juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu,pelajar atau murid yang dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu:a) Sebelum sesuatu pengajaranb) Semasa sesuatu pengajaranc) Selepas sesuatu pengajaran Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atautercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatukemahiran bahasa. Contohnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahamanmembaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perludiingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujianmenggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujianperlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahanbacaan yang layak untuk tahun 6, sudah semestinya keputusan pelajar initidak menggalakkan. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.Markah diberikan dalam bentuk numerik ketepatannya. 80% hingga 100 % mendapat gred A, manakala 60 % hingga 79% mendapat gred B.

2.2.1 Tujuan PengujianTujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran disamping mengesan kemajuan , pencapaian atau penguasaan pelajar terhadap suatu bidang pelajaran. Merupakan alat pengukuran dari segi kognitif, psikomotor dan afektif murid-murid. Melalui proses pengumpulan maklumat, membuat analisis, selepas peperiksaan dan pentaksiran guru mesti buat tindakan selanjutnya. Mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu supaya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Biasanya dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bertulis, ujian lisan. Ia dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pembelajaran.Berdasarkan ujian murid-murid akan ditempatkan mengikut kumpulan yang sesuai markah yang diperolehSelain itu, pengujian menggalakkan murid mengulangkaji pelajaran ,guru dalam bilik darjah. Justeru itu, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Penilaian

Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Stufflebeam et.al.(1971)menyatakan penilaian sebagai the proses of delineating,obtaining and providing useful information for judging decision alternatives. Menurut Terry D. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Penilaian merupakan satu proses dapat pengumpulan maklumat, Proses membuat analisis supaya memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia membolehkan guru membuat tiidakan selanjutnya selepas sesuatu penilaian. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atauselepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum Secara kesimpulannya pengujian ialah satu teknik untuk mendapatkan maklumat satu alat yang dapat mencapaian tujuan si pengguna. Mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu supaya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Biasanya dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bertulis, ujian lisan. Ia dilaksanakan selepas satu/beberapa topik pelajar diajar.pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia membolehkan guru membuat tiidakan selanjutnya selepas sesuatu penilaian.

2.3.1 Tujuan Penilaian

Tujuan menggunakan sistem penilaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah:

a) Guru dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar. b) Untuk mengumpul maklumat tentang pencapaian murid-murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat membuat pentafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya. c) Menentukan kekuatan dan kelemahan murid-murid dalam pelajaran sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.d) Tujuan mengadakan penilaian boleh menolong guru mengetahuai sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai pembelajaran yang telah disampaikan.e) Seterusnya, membolehkan guru merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan. f) Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. g) Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengetahui kelemahan - kelemahan mereka dalam kemahiran atau bidang tertentu dan boleh segera memperbaikinya. Membolehkan guru menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pemnbelajaran pada masa akan datang. g) Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan kawan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.Membandingkan pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang lain. h) Bertujuan untuk meneliti maklumat tersebut dapat digunakan untuk pemulihan dan keperluan lain.3. TAKSONOMI BLOOMTaksonomi ialah kajian tentang prinsip,peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4(2005). Mula diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom (1956). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif- objektif pendidikan yang melibatkan bidang-badang seperti pengetahuan,sikap dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan:1. Domain kognitif2. Domain Afektif3. Domain PsikomotorDefinisi domain (Kamus Dewan Bahasa -edisi keempat) : 1. kawasan yang dimiliki (dikuasai, di tadbirkan ) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dari ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (seperti kegiatan, pemikiran, pengetahuan ), mandala: tumpuan hanya akan diberikan kepada perspektif pendidikan dan penerbitan buku dalam ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dalam model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yang hendak diselesaikan. 3.1.1Domain Kognitif Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Domain juga membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini. 3.1.2 Domain Afektif Domain afektif menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan. Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.Domain afektif dinyatakan dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).

3.1.3 Domain Psikomotor Domain psikomotor menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf. Biasa dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kesimpulannya domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar, domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar dan domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. 4. TAKSONOMI BLOOMI KONSEP TAKSONOMI BLOOMTaksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).Soalan dibuat pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.ARAS TAKSONOMI BLOOMDalam Taksonomi Bloom,terdapat domain kognitif yang mempunyai 6 aras iaitu pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan analisis.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956 Taksonomi Bloom amat penting kepada sistem pembelajaran dan pengajaran kerana ia menerapkan pemahaman,pengetahuan,konsep, kaedah, aplikasi dan sebagainya.

4.1 Aras PengetahuanAras pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain kognitif. Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :a. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.b. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. c. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:I. Pelajar perlu menggunakan proses mental.II. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pengajaran guru.III. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.IV. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul. Dalam aras pengetahuan murid perlu mengingat atau menghafal sesuatu yang telah dipelajari. Murid boleh mendapat butiran jawapan secara terus daripada petikan.Contoh soalan : Siapakah yang menulis surat itu?

4.2 Aras PemahamanObjektif domain ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mental berkait dengan kefahaman contohnya terjemahan, tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri. Kefahaman ini terbahagi kepada tiga:I. Penterjemahan Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.II. Mentafsir (Interpretasi) Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.Menerangkan idea dalam ayat sendiri.Ekstrapolasi Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Ciri-ciri soalan aras Pemahamana ) Proses mentalb ) Maklumat asas telah diajarc) Perlu bahan atau alat komunikasid) Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.Murid perlu memahami mkasud atau mkna sesuatu bahan yang diberikanPerkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras pemahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan .Contoh soalan: Apakah yang cuba tujuan Hari Anugerah Kecemerlangan itu diadakan?

4.3 Aras Aplikasi.Pada peringkat ini,pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasia. Menggunakan proses mental aplikasi. Melibatkan 3 frasa iaitu, prinsip, menyelesaikan masalah,dalam situasi baru. b. Hendaklah berkaitan dengan masalah dalam situasi baru yang tidak sama dengan masalah yang dibancangkan dalam bilik darjah. Contohnya mengaitkan peristiwa masa kini dengan peristiwa masa lalu. c. Menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan rumus yang bersesuaian.Dalam aras ini murid boleh menggunakan pengetahuan yang telah ada untuk disesuaikan atau digunakan dengan situasiatau bahasa yang diberi. Contoh soalan :Tuliskan sebuah cerita berdasar peribahasa Seperti Aur dengan Tebing yang telah dibincangkan tadi.

4.4 Aras AnalisisPeringkat Analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan. Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa, apakah faktor,buatkan rumusan dan buktikan. Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisisa. Soalan menggunakan proses mental analisisb. Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.c. Situasi, dokumen perlu dianalisisd. Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.Murid boleh memecahkan dan mencerakinkan sesuatu bahan kepada bahagian-bahagian kecil supaya dapat memahami keseluruhan bahan dengan lebih jelas. Contoh soalan: Apakah cara-cara yang bolehkita lakukan untuk mengatasi pencemaran alam?

4.5 Aras SintesisSintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku.Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.Jenis-jenis soalan aras sintesis.a. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik minat.b. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan.c. Sintesis cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku. Dalam Aras Sintesis memerlukan murid boleh merumus atau membuat kesimpulan tentang bahan-bahan yang telah dicerakinkan supaya mendapat satu kesimpulan atau rumusan tertentu. Contoh soalan: Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis melalui sajaknya?4.6 Aras PenilaianDalam aras ini,pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikanPenilaian adalah cara menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengritik, memberi pendapat mengenai sesuatu penyataan. Tujuannya adalah untuk membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu. Menguji kebolehan, membuktikan,mengkritik .Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria. Perkataan . Contohynya, mengenalpasti ketepatan,kecukup-cukup dan kerelevanan data. mengenalpasti sama ada data,metodologi dan perbincangan menyokong suatu dapatan atau kesimpulan yang dibuat.Murid boleh membuat pertimbangan atau menilai sesuatu bahan.Contoh soalan:Pada pendapat kamu adakah undang-undang sekolah anda terlalu ketat? Berikan pendapat kamu tentang kebaikan dan keburukan internet terhadap pelajar?5.TAKSONOMI KRATHWOHLKrathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi afektif (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex).Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yangdapat membentuk sikap positif.

5.1ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL

5.1.1 PenerimaanBerhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian.

5.1.2 Gerak balasMelibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, murid-murid bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.Pelajar melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras gerak balas ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.5.1.3 PenilaianPada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi. Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan.Penilaian berdasarkan penghayatan satu set nilai spesifik dalam tiga kategori iaitu penerimaan, pilihan dan penglibatan. 5.1.4 Organisasi Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang. Pelajar boleh membezakan nilai dan situasi yang berbeza.Ini bermaksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

5.1.5 PerwatakanKesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.Perubahan tingkah laku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Tidak membiarkan murid untuk menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai. Meningatkan murid untuk bertindak balas terhadappembelajaran dengan menilai,merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang. Mencari cara pengajaran yang merangsang minat pembelajaran murid. Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat murid.Tidak membiarkan murid untuk meneriam ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai.Meningatkan murid untuk bertindak balas terhadappembelajaran dengan menilai,merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang. Mencari cara pengajaran yang merangsang minat pembelajaran murid. Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat murid.Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang. Perubahan tingkah laku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

6.JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)Sebagai seorang guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian pelajar. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum Pengajar menggubal soalan tetapi terdapat juga guru atau tenaga pengajar melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.6.1 Konsep JSUJadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Jadual Spesifikasi Ujian diwujudkan bertujuan untuk menghasilkan soalan yang berkualiti iaitu tidak membantuk soalan secara spontan atau soalan tidak tahu aras. Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan atau tiada keutuhan.6.2 Ciri-ciri Jaduan Spesifikasi Ujian i. Kandungan ujian iaitu topik-topik pelajaranii. Aras kemahiran yang bergantung dengan taksonomi objektif pendidikan.iii. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. iv. Bentuk soalan : objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.v. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.vi. Kepayahan/ kesukaran item ( 20%- 80%)

6.3 Langkah-Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 1.Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji dan mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.2.Menentukan soalan yang ingin dibina.Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format) dan meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.3. Menentukan aras kesukaran, menentukan model aras kesukaran model (JSU)dan lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.4.Memastikan jenis ujian yang akan atau hendak diuji dan Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain- lain. bergantung kepada format.5.Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponenPenentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah) dan menetapkan pemarkahan.6. Menyatakan mata pelajaran, kelas dan susunan nomnor soalan mengikut tajuk. 6.4 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.

Jadual Spesifikasi Ujian

Bahasa Melayu Tahun 518 Soalan ObjektifBilBentuk Soalan - ObjektifAras TaksonomiJumlah Item

Item Tatabahasa 123456

1Kata nama11

2Kata adjektif11

3Kata seru11

4Kata hubung11

5Sinonim11

6Antonim11

7Bandingan Semacam11

8Kata Ganda11

9Kata Imbuhan11

10Menentukan Jawapan11

11Membina Soalan11

12Kata ganda11

13Kesalahan Tatabahasa11

14Soalan Petikan 111

15Soalan Petikan 111

16Peribahasa11

17Petikan 211

18Petikan 311

Jumlah Soalan

33333318

7. PEMBINAAN SOALAN OBJEKTIF BAHASA MELAYU BERASASKAN TAKSONOMI BLOOM DAN JSU

7.1Aras pengetahuanIsi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.1. __________ itu menyoal seorang pesalah di mahkamah.A DoktorB JuruteraC PeguamD Akauntan2. Seseorang yang berusaha pasti akan memperoleh kejayaan.A malasB beratC rajinD baru3. ____________ , cantik sungguh pemandangan yang dapat dilihat dari atas Gunung Mat Chincang ini!A HaiB WahC OhlD Wahai !

7.2 Aras Kefahaman4.Kami akan bertolak ke Ipoh esok _________ lusa. -----aras senangA. danB. atauC. sertaD. tetapi

5.Para pekerja sedang mencantas reranting pokok di sepanjang jalan itu.Perkataan seerti bagi perkataan bergaris ialahA .mengeratB .memotongC .memangkasD .mencencang

6.Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.Perkataan berlawan bagi berbukit ialahA .berpayaB .rataC. berlekuk-lekakD .berteres

7.3 Aras aplikasi7.Budak yang ___________________ itu sering ditipu oleh rakan-rakannya.A .rajin seperti semutB .malas seperti keldaiC .lurus seperti bendulD .garang seperti singa sederhana

8._________________ peliharaan Pak Samad telah dihalau masuk ke kandang.A .Jentik-jentikB Pijat-pijatC. Umang-umangD .Biri-biri sederhana

9. Sekolah kami akan mengadakan _____________ ke kilang mengetin nenas di Pontian, Johor.A. pelawatB. lawatanC .lawatkanD .dilawati katabberimbuhan sederhana

7.4 Aras analisisPilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

10. Bagaimanakah kamu boleh terjatuh ke dalam longkang ?A .Kaki saya terseliuh kerana terjatuh.B .Basikal saya rosak kerana terlanggar seketul batuC. Basikal yang saya tunggang terlanggar seketul batu yang besar.D.Saya tidak akan terlanggar seketul batu sewaktu menunggang basikal.

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.11. Wanita itu pengsan sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang kematian suaminya.A .Di manakah wanita itu pengsan sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang kematian suaminya?B .Bagaimanakah keadaan wanita itu sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang kematian suaminya?C .Siapakah yang menyampaikan berita tentang kematian suaminya kepada wanita itu?D. Bilakah wanita itu mendapat berita tentang kematian suaminya?

Aras susah12.Pilih ayat yang betulI Sudah berbulan abang ke SabahII Neneknya sedang sakit tenatIII Dia tidak pengawas sekolah.IV Baju itu dijahit oleh saya.A .I sahajaB. I dan II sahajaC .III dan IV sahajaD .I, II, dan IV sahaja aras susah

7.5 Aras Sintesis

HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMATGeraiHasilKutipanMarkah Gerai Tercantik

Persatuan Bulan SabitMerah MalaysiaRM150RM74383

PengakapRM300RM45080

PuteriIslamRM150RM62595

Persatuan SilatGayungRM100RM42175

13. Gerai yang manakah mendapat hasil kutipan terbanyak?A. Persatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaB .Pergerakan PengakapC. Pergerakan Puteri IslamD. Persatuan Silat Gayung

14.Gerai ______________memperoleh kutipan paling kurang.A. Persatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaB. Pergerakan PengakapC. Pergerakan Puteri IslamD .Persatuan Silat Gayung

15.Pada pendapat kamu, siapakah yang bertanggungjawab mengadakan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Selamat?A. Penguasa KantinB. GuruC. Jawatankuasa PIBG SK Seri SelamatD. Unit Uniform SK Seri Selamat.

7.6 Aras Penilaian16. Pemuda itu tercengang-cengang apabila pertama kali sampai ke Kuala Lumpur.Peribahasa yang paling sesuai dengan frasa di atas adalah :A Seperti rusa masuk kampungB Seperti kumbang putus taliC Seperti kucing kehilangan anak D Seperti kera mendapat bunga Baca puisi di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Bacalahsuara itu bergema lagikesedaran terasa terpanggilmenyentuh rimba rasamereka yang menghayati kenikmatan membaca.Anak-anakmubakal mewarisi cakerawala inikalau diberikan seribu matanamun tertutup hatinya untuk membacajadilah dia manusia papaterpenjara dalam kejahilan sepanjang usia.Anak-anakmubakal mewarisi cakerawala inibekalkan mereka dengan ilmudigali daripada sumber bukuwaktu pasti tidak menantibiduk terus berlalu mengisi ruang wawasan

17.Mengapakah agaknya puisi ini ditulis?A Untuk menimbulkan kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan amalan membacaB Untuk menyatakan bahawa amalan membaca mempunyai faedah tersendiriC Untuk menyedarkan semua pihak agar menjaga anak-anak dengan baikD Untuk mengingatkan semua pihak tentang kepentingan masaBaca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

NIKMAT ALAM

Syukur akuDilahirkan di siniDilahirkan di siniSuasana nyaman indah sekaliPerutmu sarat dengan hasil bumiYang pastinya mampu meningkatkanEkonomiSyukur akuDibesarkan di siniHidup bersama pelbagai faunaYang jarang-jarang kita temuiYang kadang-kadang menimbulkanMisteriSyukur akuMiliki pertiwi iniYang membiakkan flora yang amat berertiSelain menjadi sumber rezekiPelbagai penyakit, kau ubatiAkan kupertahankan khazanah iniAkan kucantas tangan-tangan liarYang berhasrat menguburkan hayatmuKerana kuamat menghargaiJasamu nan luhur dan abadi.18. Apakah kesan jika kita tidak menjaga dan memelihara alam sekitar?A Flora dan fauna tidak dapat hidup dengan sempurnaB memastikan pelbagai penyakit dapat diubati oleh alam sekitarC Untuk memastikan apa-apa yang ada dapat dinikmati oleh generasi akan datangD Khazanah yang ada dapat tidak disaksikan oleh generasi akan datang,

Dalam pembinaan soalan yang baik adalah berdasarkan tahap-tahap Kognitif Bloom mestilah mempunyai aras kesukaran soalan

Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi Pengajar. Pemahaman tentang tahap kognitif Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai Pengajar kita harus boleh membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada soalan objektif atau subjektif.Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap pelajar. Biasanya menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap pelajar untuk gagal.

Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh Pengajar berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)PengetahuanIngat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepasContoh Ayat :Nyatakan, Terangkan, Namakan,. Labelkan

KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.Contoh Ayat: Pilih,. Terangkan,. Tulis semula

Penggunaan / AplikasiMenggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dan lain-lain.

Contoh Ayat 1. Selesaikan, Ramalkan, Cari, Kesilapan,. AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian, kenali struktur organisasi.Contoh Ayat 1. Bezakan, Pasti, dan. PilihSintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.Contoh Ayat:Bina, Hasilkan, Susun, dan KembangkanPenilaianMembuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.Contoh Ayat: Pilih, Berikan, Alasan, Kritikan, dan Buktikan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang menentukan item, bilangan soalan dan aras kesukaran.

NOMBORSOALANMAKLUMAT SOALANARAS SOALANTABURAN JAWAPANCATATAN

KOD SOALANSENANGSEDERHANASUSAHABCD

ITEM TATABAHASA

12Kata Ganti Nama111

24Kata Adjektif111

34Kata Adjektif111

43Kata Kerja111

53Kata Kerja111

65Kata Hubung111

77Kata Bantu111

85Kata Hubung111

920Kata Yang Tepat111

1018Kata Berimbuhan111

1112Kata Arah111

1218Kata Berimbuhan111

1319Kata Majmuk111

1420Kata Yang Tepat111

1520Kata Yang Tepat111

1619Kata Majmuk111

1729Penjodoh Bilangan111

1821Kata Ganda 111

1921Kata Ganda 111

2028Menentukan Jawapan111

2133Membina Soalan111

2222Kata Seerti (Sinonim)111

2323Lawan Kata (Antonim) 111

2424Kata Banyak Makna111

2524Kata Banyak Makna111

2625Ayat Sama Maksud111

2725Ayat Sama Maksud111

2834Kesalahan Tatabahasa111

2934Kesalahan Tatabahasa111

3034Kesalahan Tatabahasa111

ITEM PETIKAN

3135Soalan Petikan 1111

3235Soalan Petikan 1111

3335Soalan Petikan 1111

3435Soalan Petikan 1111

3535Soalan Petikan 1111

3636Soalan Petikan 2111

3736Soalan Petikan 2111

3836Soalan Petikan 2111

3936Soalan Petikan 2111

4036Soalan Petikan 2111

Jumlah151510811101140

Peratus37.537.525.02027.52527.5100

.34