assigement kkps

28
1.0 Pendahuluan Pendidikan merupakan sektor penting bagi pembangunan sesebuah negara. Malah perkembangan sektor ekonomi, sosial dan politik dikatakan bergantung kepada perkembangan sektor pendidikan. Pendidikan digunakan bagi mengembangkan fahaman demokrasi, mengukuhkan perpaduan serta menyediakan sumber manusia dan tenaga kerja. Pendidikan juga digunakan sebagai alat penyusunan semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan. Maka itulah dalam Rancangan Malaysia ke 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 telah diperkenalkan. Enam teras strategik dalam PIPP telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara. Enam teras itu adalah seperti berikut :- Teras 1 : Membina Negara Bangsa Teras 2 : Membangunkan Modal Insan Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini diwujudkan kerana Kementerian Pelajaran Malaysia sangat yakin dan pasti hanya 1

Upload: tunggalrock9693

Post on 11-Jun-2015

1.505 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: assigement kkps

1.0 Pendahuluan

Pendidikan merupakan sektor penting bagi pembangunan sesebuah negara.

Malah perkembangan sektor ekonomi, sosial dan politik dikatakan bergantung kepada

perkembangan sektor pendidikan. Pendidikan digunakan bagi mengembangkan

fahaman demokrasi, mengukuhkan perpaduan serta menyediakan sumber manusia

dan tenaga kerja. Pendidikan juga digunakan sebagai alat penyusunan semula

masyarakat dan pembasmian kemiskinan. Maka itulah dalam Rancangan Malaysia ke

9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 telah diperkenalkan. Enam teras

strategik dalam PIPP telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan

negara. Enam teras itu adalah seperti berikut :-

Teras 1 : Membina Negara Bangsa

Teras 2 : Membangunkan Modal Insan

Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan

Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan

Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini diwujudkan kerana Kementerian

Pelajaran Malaysia sangat yakin dan pasti hanya melalui pendidikan sahaja wawasan

2020 iaitu “Malaysia menjadi Negara Maju Sepenuhnya menjelang 2020 mengikut

Acuan Sendiri “ akan dapat dicapai.

1.10 Senario pendidikan masa kini.

Namun dunia pendidikan sekarang semakin kompleks. Bidang pendidikan

berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi,

1

Page 2: assigement kkps

sistematik dan holistik. Masyarakat di luar bidang pendidikan atau sekolah sentiasa

mengikuti dan memberi perhatian keatas apa sahaja yang berlaku di sekolah.

Profesion perguruan ini sentiasa menerima tekanan daripada orang awam dan

masyarakat yang mengharapkan segala yang terbaik daripada golongan ini, dan apa

sahaja yang kurang menyenangkan berlaku dalam masyarakat, sekolah, guru sentiasa

dipersalahkan. Kita juga sedar, masyarakat kini semakin kompleks dan tanggung jawab

yang dibebankan ke atas bahu para pendidik semakin berat dan mencabar. Seperti

mana-mana organisasi lain, sekolah juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan

atau kecuaian. Oleh itu dalam menjalankan tugas, pihak sekolah sering terdedah

kepada dua bentuk kecuaian yang boleh didakwa di mahkamah iaitu”kecuaian guru”

dan kecuaian pendidikan”.

Oleh kerana taraf pendidikan ibu bapa dan ahli masyarakat semakin tinggi,

justeru, dakwaan di mahkamah ke atas kecuaian guru dan sekolah menjadi perkara

yang tidak asing lagi. Mengapa Pendidik dan Sekolah Didakwa? Ini adalah kerana ibu

bapa dan orang awam berasa tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan tindakan

yang dilakukan oleh pihak sekolah terhadap anak-anak mereka.

1.20 Kecuaian guru dan Kecuaian Pendidikan

Apakah yang dimaksudkan dengan “kecuaian guru” dan “kecuaian pendidikan”?

Mengikut Mohd Ismail Othman (2003) kecuaian guru berpunca daripada konsep

tanggungjawab berjaga-jaga daripada segi undang-undang yang dipertanggung

jawabkan kepada guru. Biasanya kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan

kecederaan fizikal yang menimpa pelajar. Guru terpaksa membayar denda dalam

2

Page 3: assigement kkps

bentuk ganti rugi jika mahkamah memutuskan wujud liabiliti guru dalam sesuatu

keadaan . Biasanya ganti rugi dibayar kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Tie (2002)

menyatakan empat elemen penting yang perlu wujud sebelum seseorang guru itu boleh

didakwa oleh pihak pendakwa atas kecuaiannya iaitu

a) Terdapat elemen berjaga-jaga seperti arahan yang diberi oleh pengetua kepada

guru bagi mengajar sesebuah kelas pada sesuatu masa.

b) Tanggungjawab itu tidak dipatuhi dan guru meninggalkan kelas untuk berehat di

bilik guru atau membuat kerja lain menyebabkan pelajar-pelajar bertumbuk.

c) Akibat daripada pelanggaran tanggungjawab tadi, seorang pelajar cedera dan

mengalami kerugian.

d) Terdapat kaitan yang rapat di antara tingkah laku defendan dengan kecederaan

yang dialami oleh plaintif.

Kecuaian pendidikan pula merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar. Ada

beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar memperoleh ataupun

menguasai sesuatu kemahiran pendidikan. Namun dalam banyak keadaan, usaha

membuktikan sesuatu kecuaian pendidikan berpunca daripada pengajaran guru yang

kurang baik adalah amat sukar. Guru-guru yang bekerja sedikit, tidak terlatih dan

kekurangan sumber adalah lebih ‘cuai’ dalam pengajaran mereka. Namun begitu guru-

guru tidak perlu bimbang kerana guru-guru yang bimbang adalah mereka yang tidak

cekap, yang tidak hiraukan pelajar-pelajar di bawah jagaan mereka.

1.21 Antara contoh-contoh kecuaian guru dan kecuaian pendidikan yang telah berlaku

dan ada antaranya yang telah didakwa ialah :

i. Kes Mohamed Raihan bin Ibrahim, seorang pelajar tingkatan satu Sekolah

Menengah Port Dickson yang mengalami kecederaan di kepala terkena

cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas amali Sains Pertanian.

3

Page 4: assigement kkps

Beliau mendakwa kecederaan berlaku kerana responden, guru mata

pelajaran Sains Pertanian gagal membuat penyeliaan ke atas pelajar yang

mengikuti kelas perkebunan dan gagal memberi penerangan berkenaan

penggunaan cangkul.

ii. Kes Yogeswari Nadarajah (1975), seorang murid tahun dua SRJK(T) Gemas,

Negeri Sembilan yang cedera mata kirinya terkena ranting kayu bunga raya

yang dibaling oleh pelajar lain sewaktu berdiri di padang sekolah sebelum

sekolah bermula.

iii. Kes Mahadevan (1969) seorang pelajar yang telah dibuang sekolah oleh

pengetuanya kerana kes disiplin.

iv. Kes Chen Soon Lee melawan Chong Voon Pin dan Lain-lain(1966) , di mana

pelajar disebuah sekolah di Miri Sarawak telah mati lemas semasa berkelah

di Tanjong Lobang

v. Kes Mohd Zaki Shukri (2005) pelajar tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah

yang patah tulang rusuk dan lebam di badan selepas dipukul oleh lima rakan

di asrama.

vi. Kes Muhamad Afiq Qusyairi Baharuddin seorang pelajar sekolah agama di

Kuantan mengalami kecederaan serius setelah dibelasah oleh pelajar senior

di asrama

vii. Kes 100 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 SM Teknik Seberang Perai( Ogos

2005 ) mengalami keracunan makanan.

Ini adalah sebahagian daripada contoh kes-kes kecuaian guru dan kecuaian

pendidikan yang diketahui kerana adanya laporan di akhbar-akhbar atau media massa

yang telah dibawa ke muka pengadilan. Kita semua sedar bahawa taraf pendidikan ibu

bapa dan ahli masyarakat semakin tinggi. Justeru, dakwaan di mahkamah ke atas guru

dan sekolah menjadi perkara yang tidak asing lagi.Dari masa ke semasa sememangnya

sekolah terdedah kepada melakukan kecuaian . Para pendidik, pengetua, guru besar

dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang lain sentiasa terdedah kepada keadaan

4

Page 5: assigement kkps

yang boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang pendidikan

Oleh itu adalah amat penting sesuatu dilakukan supaya kecuaian ini jika pun tidak

dapat dihapuskan sama sekali tetapi dapat dikurangkan ke tahap minima.

2.0 Peranan Pengetua sebagai Pengurus Sekolah

Pengetua adalah merupakan orang yang bertanggung jawab dalam pengurusan di

sekolah. Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,

penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai

sesuatu matlamat atau ojektif yang paling berkesan ( Drucker, 1972 ). Sebagai

pengurus sekolah, tentulah seseorang pengetua itu mahu menjadi pengetua yang

berkesan.Pengetua berkesan ialah pengetua yang ada wawasan dan ada halatuju yang

jelas. Pengetua yang didorong oleh faktor dari dalam dirinya dan bukan semata-mata

dorongan oleh faktor luaran. Antara faktor-faktor dalaman yang mendorong untuk

bertindak, dedikasi dan bersungguh-sungguh ialah:

i Menyedari kerja sebagai ibadat

ii. Faham tugasnya sebagai khalifah dan amanah

iii Faham globalisasi dan implikasi ke atas politik ekonomi dan sosial

iv. Memahami kegawatan sosial, akidah, ekonomi negara dan abad ke-21

v. Menginsafi keadaan golongan belia kini, perkembangan IPTA dan IPTS

vi. Faham punca semua masalah adalah akibat oleh manusia itu sendiri

Tentunya pengetua berkesan akan berpegang teguh dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan [Akta Pendidikan 1996(akta 550)] yang menekankan kepada

beberapa aspek :-

I. Pendidikan suatu usaha berterusan

5

Page 6: assigement kkps

II. Memperkembangkan potensi individu

III. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

IV. Insan yang seimbang dan harmonis

V. Unsur intelek

VI. Unsur rohani

VII. Unsur emosi

VIII. Unsur jasmani

IX. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

X. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

XI. Rakyat Malaysia yang berketrampilan

XII. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

XIII. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

XIV. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

XV. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan pada keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

2.1 Cara Menangani Isu Kecuaian Guru dan Kecuaian Pendidikan

2.1.1 Mandat atau Punca Kuasa

Untuk melaksanakan tugas ini dan dalam masa yang sama untuk memastikan

kecuaian guru dan kecuaian pendidikan dapat dikawal, seseorang pengetua itu wajib

mengetahui mandat Pelaksanaan Kuasa. Mandat adalah ‘tauliah’ atau arahan rasmi

yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atasan yang membolehkan sesuatu tindakan

atau dasar diambil ( mandate is an official command or instruction or authority to pursue

a policy or course of action) . Mandat merujuk kepada apa yang diarah atau yang

dipertanggungjawabkan oleh pihak yang bertanggungjawab (stakeholder) dan yang

dilarang melakukannya. “Mandates are written and unwritten rules that govern and

6

Page 7: assigement kkps

guide an institution and its stakeholders. Its maybe directly tied to lows, ordinane, acts

and charters” (Sevier, 2000) Dalam pelaksanaan kuasa di sekolah, soal mandat amat

penting memandangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak sekolah

kemungkinan dicabar oleh pihak murid ataupun keluarga yang tidak berpuas hati

dengan tindakan itu dari semasa ke semasa.

Untuk tujuan pengurusan di sekolah, kuasa mandat yang dimaksudkan ialah :-

1. Akta Pendidikan

2. Misi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan

3. Pelan Induk Pembangunan Penddikan 2006-2010

4. Ordinan Pelajaran 1952 dan 1957,

5. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

6. Perlembagaan

7. Pemeritahuan Undang-undang (Am)

8. Arahan Perbendaharaan

9. Surat Arahan Jabatan Pelajaran Negeri

10.Undang-undang Kerajaan Malaysia

Seorang pengetua yang berkesan perlu arif mengenai punca kuasa yang ada

supaya dalam menjalankan tugas ia mempunyai rujukan dan panduan yang jelas dan

nyata supaya tidak tersasar dari tujuan utamanya .

Selain daripada punca kuasa, pengetua juga perlu mengetahui mengenai

undang-undang pendidikan. Ini perlu untuk mengelakkan pengetua dan pegawai

perkhidmatan pendidikan daripada melanggar peraturan dan undang-undang

pendidikan. Antara dokumen undang-undang yang perlu diketahui ialah :-

1. Akta Mahkamah Juvana

2. Akta Kanun Kesiksaan

3. Undang-undang Tort

Undang-undang Tort ialah di mana terdapat peruntukan mahkamah bagi mengubati

atau membayar ganti rugi kepada individu yang mendapat kerugian akibat perbuatan

7

Page 8: assigement kkps

seseorang. Mengikut Prinsip Tort, setiap manusia adalah bertanggungjawab terhadap

apa-apa tindakan yang mengakibatkan kerugian kepada pihak lain.

Sekiranya seorang pengurus sekolah itu mengetahui undang-undang, tentulah

beliau dapat menggunakan pengetahuannya itu untuk menjaga hak setiap individu di

bawahnya (subordinat) dan memastikan segala tindakan yang diambil tidak melampaui

bidang kuasa.

2.1.2 Punca kuasa Guru

Sekolah adalah “loco Parentis” . The term in loco parentis, Latin for "in the

place of a parent" or "instead of a parent," refers to the legal responsibility of a person

or organization to take on some of the functions and responsibilities of a parent.

(Wikipedia, the free encyclopedia) . Oleh itu guru dan pengetua adalah bertanggung

jawab kepada keselamatan pelajar selagi mana mereka berada di dalam kawasan

sekolah atau di luar kawasan sekolah apabila mereka mengambil bahagian dalam

aktiviti kokurikulum. Oleh kerana punca kuasa guru adalah sebagai ‘in loco parentis’

maka adalah menjadi tanggung jawab umum guru untuk

mendidik, membimbing dan mengajar pelajarnya

mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk para pelajar

menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pelajar

selagi pelajar itu berada di bawah jagaan guru iaitu semasa pelajar berada di sekolah

dan menjalankan sebarang aktiviti pembelajaran termasuklah aktiviti kokurikulum Dari

segi undang-undang pula, tanggungjawab guru ialah menyelia dan melindungi pelajar

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan

2.2 Peranan Pengurus Sekolah

Sebagai pengurus sekolah, adalah menjadi tanggungjawab pengetua untuk

memastikan dua bentuk kecuaian yang boleh didakwa iaitu kecuaian guru dan kecuaian

8

Page 9: assigement kkps

pendidikan tidak berlaku di sekolahnya. Untuk memastikan kedua-dua bentuk kecuaian

ini tidak berlaku, pengetua sekolah mestilah mengambil langkah-langkah berikut :-

a) mengkaji apakah punca kecuaian boleh berlaku

b) melakukan perancangan bagi pencegahan

c) melakukan pemantauan secara berterusan

2.2.1 Punca kecuaian berlaku.

Antara penyebab kecuaian guru dan kecuaian pendidikan boleh terjadi ialah:

kurangnya pengetahuan guru mengenai tanggungjawab mereka iaitu dari segi

mandat yang diberikan

kurang kefahaman guru semasa menjalankan proses pengajaran terutama guru-

guru baru

kurang pendedahan atau pengalaman

sikap sambil lewa atau ambil mudah guru-guru

tidak memahami konsep peraturan dan undang-undang yang disediakan

kelemahan mengendalikan pelajar dan tidak dapat mengawal emosi dengan

baik

2.2.2 Tindakan Pengetua

Setelah mengetahui punca-punca yang boleh menyebabkan sesuatu kecuaian

itu berlaku, sebagai pengetua perlulah mengambil tindakan untuk memastikan perkara-

perkara di atas dapat di atasi. Kejahilan pengurus sekolah dan pegawai perkhidmatan

pendidikan yang lain mengenai peraturan dan undang-undang pendidikan adalah

antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca sekolah sering didakwa oleh ibu bapa.

Oleh itu, pegawai perkhidmatan pendidikan seharusnya celik undang-undang

pendidikan iaitu legal literacy sebelum mereka berkhidmat di sekolah. Dengan cara ini,

9

Page 10: assigement kkps

pendidik atau guru akan lebih bertanggungjawab dan bertindak mengikut peraturan

semasa mendidik pelajar-pelajar di sekolah.

a) Pengetua haruslah memainkan peranannya untuk memberi pendedahan dan

penerangan mengenai peraturan dan undang-undang pendidikan Pengetua perlulah

memastikan semua dokumen mengenai pekeliling berkaitan, undang-undang, akta

yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian

Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran, Pekeliling

Perkhidmatan, surat-surat siaran dari Bahagian Sekolah dan Jabatan Pendidikan

Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku Panduan Disiplin dan lain-lain disimpan,

didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta difahami dengan jelas oleh semua

pihak yang terlibat di sekolah.

Dalam konteks ini pengetua boleh mewujud dan mengamalkan “administrative

guide” yang menekankan keselamatan sekolah dalam mengurus sekolah.

“Administrative guide” ini boleh diwujudkan berdasarkan peraturan-peraturan yang ada

di sekolah, dokumen-dokumen rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat

Pekeliling Ikhtisas, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Perkhidmatan, Fail Meja,

Manual Prosedur Kerja, Arahan Perbendaharaan, surat-surat siaran dan panduan-

panduan yang dikeluarkan berkaitan disiplin dan sebagainya. Dengan cara ini pihak

pentadbir mampu mengurus sekolah dengan lebih sistematik dan berkesan.

“Administrative guide” ini bukan sahaja perlu difahami dan dihayati oleh pengetua

selaku ketua jabatan di sekolah tetapi juga oleh semua guru yang terlibat dalam tugas

mengikut bidang masingmasing. Contohnya, guru penyelaras keselamatan dan

kebakaran sekolah mempunyai administrative guide mengenai langkah-langkah

10

Page 11: assigement kkps

keselamatan dan pencegahan kebakaran di sekolah. Melalui cara ini, guru akan

melaksanakan tugas berpandukan kepada “administrative guide” yang ada untuk

mengelakkan wujudnya masalah-masalah yang berkaitan dengan tugasnya.

Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui

pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai

program boleh dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti,

mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi

kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga

mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman

oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan

seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang

pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.

Misi sekolah juga seharusnya memasukkan elemen keselamatan sekolah,

pelajar dan guru (National Educational Association, 1996). Ini penting supaya amalan

pengurusan sekolah baik dalam pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-

lain mengambil kira keselamatan sebagai indicator piawai keberkesanannya.

Contohnya, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) perlu menjaga keselamatan

pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, tidak akan timbul

insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor, seorang pelajar sekolah

menengah di Raub Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada tahun 1999 (Berita

Minggu, 1999).

11

Page 12: assigement kkps

b) Bagi guru-guru yang baru, yang kurang pengalaman dan pendedahan,

bantuan haruslah diberikan kepada mereka dengan mengadakan latihan dalaman yang

berkaitan dengan bidang tugas mereka dari masa kesemasa Peringatan dan panduan

yang berterusan perlu diberi kepada mereka Selain daripada itu mereka juga harus

diingatkan bahawa sebagai guru, tanggungjawab utama mereka dari segi undang-

undang ialah menyelia dan melindungi pelajar selagi mana pelajar berada dalam

kawasan sekolah. Semasa berada di dalam bilik darjah, adalah menjadi

tanggungjawab guru untuk mengajar, menyelia dan memastikan keselamatan pelajar

terjamin. Guru perlu mengambil langkah yang proaktif bagi mencegah elemen-elemen

bahaya dan berpotensi mendatangkan bahaya daripada berlaku. Contohnya semasa

berada di makmal sains atau di bengkel kemahiran hidup, guru mestilah menerangkan

dan mengingatkan langkah-langkah keselamatan kepada pelajar sebelum pelajar

menjalankan kerja-kerja amali mereka. Guru perlu sentiasa mengingatkan pelajar

mengenai langkah berjaga-jaga dan berwaspada ketika menggunakan peralatan di

makmal atau di bengkel.

c) Pengetua juga perlu memastikan adanya hubungan yang baik antara guru

dengan pelajar dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang

selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar dengan orang dewasa

di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu

daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar (Watson, 1995). Ini akan

memudahkan guru dalam pengawalan pelajar semasa di dalam kelas sewaktu

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

12

Page 13: assigement kkps

d) Satu lagi peranan pengetua dalam menangani masalah ini ialah menjalankan

pemantau yang berterusan untuk memastikan guru dan pelajar sentiasa mengikuti

arahan dan peraturan yang diberikan. Pengetua perlu sentiasa menjalankan

pemantauan samada dari segi proses pengajaran dan pembelajaran guru, peralatan

yang digunakan, keadaan kelas, makmal, bengkel, padang dan lain-lain untuk

memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.

e)Selaku pengurus sekolah, adalah menjadi tanggungjawab pengetua untuk

memastikan semua staf dan pelajar mengetahui dan memahami peraturan-peraturan

yang telah ditetapkan ( Ordinan Pelajaran 1952 dan 1957, Akta Pendidikan 1996 dan

Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran ) dan

akibatnya atau kesannya jika melanggar peraturan tersebut. Justeru, langkah pertama

ke arah persekitaran yang selamat, dan pembelajaran yang berkesan komitmen

menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah laku yang baik dan mematuhi peraturan

amatlah diperlukan. Jika ini dapat dilaksanakan semua guru akan menjalankan tugas

berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan kecuaian semasa

menjalankan tugas dapat dielakkan

f) Satu kaedah lagi ialah dengan menjalankan polisi sekolah selamat

seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Pelajaran. Polisi ini bukan sahaja

dapat membantu memastikan keselamatan di sekolah tetapi juga dapat mengawal dari

berlakunya kecuaian samada dari guru atau dari kecuaian pendidikan. Antara objektif

sekolah selamat adalah seperti berikut :-

a) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.

b) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.

13

Page 14: assigement kkps

c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.

e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.

f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan

warga sekolah.

g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif

kepada sekolah.

h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam

perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.

I ) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang

isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan mala petaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula

menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas

daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa,

penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan

gangster atau “triad society”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan

dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa

sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan,

keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.

Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan

warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental,

emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di

sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan,

padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

14

Page 15: assigement kkps

Jika semua langkah ini telah diambil, kecuaian masih berlaku dan ada

pendakwaan dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga, guru dan pihak sekolah tidak perlu

merasa takut kerana jika mahkamah tidak dapat membuktikan bahawa kecuaian itu

telah dengan sengaja dilakukan tanpa apa-apa langkah berjaga-jaga, maka pihak guru

dan sekolah akan terlepas dari hukuman

Sebagai contoh satu kes pada 19 Mac 1985, seorang guru Muzik mengajar

Muzik dalam darjah satu. Semasa pengajaran, guru tersebut mengadakan gerakan

’gerabak keretapi’ di mana murid-murid termasuk Zazlin membuat beberapa pergerakan

mengikut rentak muzik. Guru memberi penerangan dengan jelas, dan mereka

mengelilingi bilik darjah mereka. Semasa pengajaran tersebut, Zazlin terjatuh dan

tangannya patah. Guru dengan bantuan guru yang lain memberi bantuan kecemasan

sebelum menghantar pelajar (Zazlin) ke hospital atas arahan guru besar Guru besar

memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan apa yang berlaku dan tindakan yang sudah

diambil oleh sekolah. Bapa Zazlin mengambil tindakan ke atas kejadian itu dan

membuat tuntutan ganti rugi.

Mahkamah memutuskan seperti berikut :

1 Sebagai guru, guru tersebut mempunyai kewajipan berjaga-jaga keatas

pelajar(Zazlin) dan berkewajipan bertindak dengan cara yang

munasabah bagi menjaga keselamatan murid-murid di bawah

penyeliaannya.

2 Dalam kes ini, fakta menunjukkan tidak ada perkakas merbahaya

diberikan kepada murid-murid oleh guru dan oleh hal yang demikian,

15

Page 16: assigement kkps

tidak ada alasan mengatakan kelas berkenaan adalah kelas yang

merbahaya yang memerlukan penjagaan yang luar biasa rapinya.

3 Pada setiap kali kelas hendak dimulakan adalah memadai pengawasan

biasa dibuat oleh guru berkenaan. Guru sudah mengingatkan murid-

murid supaya jangan tolak menolak, berlari ataupun keluar dari barisan

Arahan-arahan ini cukup dan memadai untuk tidak berlaku kecuaian

dipihak guru.

4 Oleh itu mahkamah telah menolak tuntutan bapa Zazlin.

Kes ini membuktikan bahawa sekiranya seseorang guru itu mematuhi

bidang kuasa yang diberikan dengan betul tanpa ada kecuaian dan telah

menyelia pelajar dengan kadar yang munasabah, menyelia dan memastikan

keselamatan pelajar dan mengambil langkah proaktif mencegah elemen-elemen

bahaya maka guru itu akan terlepas dari dakwaan telah melakukan kecuaian.

Oleh sebab itulah, pada setiap masa pengajaran guru perlu sentiasa

mematuhi tanggungjawab yang telah diberikan. Guru memainkan peranan yang

sangat penting dalam menentukan masa depan pelajarnya Kegagalan guru

menjalankan tugas dengan baik dan berkesan, mungkin akan memusnahkan

masa depan pelajarnya. Ditangan gurulah terletak kejayaan atau kegagalan

seseorang pelajar.

16

Page 17: assigement kkps

3.0 Kesimpulan

Walaupun peranan guru pada masa ini amat mencabar dan berisiko tinggi, tetapi

sebagai seorang pendidik di sekolah yang dianggap sebagai in loco parentis dan sudah

diamanahkan lagi dengan bebanan tugas yang bermacam-macam, guru hendaklah

sentiasa berhati-hati dan bersedia supaya ketidakpuasan hati ibu bapa tidaklah sampai

ke tahap yang dapat mengancam dan menjejaskan profesionalisme guru-guru. Oleh itu

pengetua selaku pengurus sekolah memang sangat perlu memainkan peranan yang

sewajarnya untuk memastikan guru-gurunya peka dengan surat-surat pekeliling ikhtisas

yang perlu dijadikan rujukan dalam setiap tindak tanduk mereka. Oleh itu, sekolah

mesti mempunyai buku Akta Pendidikan 1996 yang boleh dijadikan rujukan oleh setiap

guru. Begitu juga dengan pekeliling-pekeliling ikhtisas dari Kementerian Pendidikan

juga perlu diedarkan kepada semua warga di sekolah dari masa ke semasa.

JIka semua warga sekolah dapat memahami tugas dan tanggungjawab mereka

sudah tentu masalah kecuaian guru dan kecuaian pendidikan dapat dielakkan daripada

berlaku. Jadi memang sewajarnya semua kakitangan pendidikan mengetahui mandat

mereka dalam menjalankan tugas. Kejahilan pegawai pendidikan daripada aspek

peraturan dan perundangan perlulah diatasi segera. Hanya dengan cara ini sahaja

dapat dipastikan guru-guru tidak akan melakukan kesilapan yang akhirnya akan

memudaratkan dirinya sendiri. Guru-guru mestilah melengkapkan diri dengan

pengetahuan kerana ditangan merekalah penentu bahawa Falsaah Pendidikan Negara

dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dapat direalisasikan atau tidak

17

Page 18: assigement kkps

Guru di zaman globalisasi ini tidak lagi boleh menjadi lilin yang membakar diri

untuk menerangi orang lain Guru zaman kini sewajarnya menjadi bulan atau cermin

yang dapat memantulkan cahaya bagi menerangi orang lain tanpa memudaratkan diri

sendiri. Guru cemerlang, Negara terbilang !

18

Page 19: assigement kkps

Rujukan

Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. “Lebih 100 Pelajar disyaki Keracunan Makanan. ” http://www.utusan online .com.my

Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pelajaran Malaysia,1996

Hj. Abas bin Awang “Pengurusan Sekolah Berkesan” , Institut Aminuddin Baki

Glasser, W. (1969). “School Without Failure”.New York: Harper & Row Publishers

James Ang Jit Eng,PhD,(2007) “ Pengurusan Disiplin Murid, PTS Profesional,

Mohd.Ismail Othman (2003). “Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar”. Pahang: PTS

National Education Association. (1996). “Safe School Manual”. NEA: United States

Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). “ Safe Schools: You Can’t Do It Alone”.Phi Delta

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,(2006) Kementerian Pelajaran Malaysia,

Quin, Mary Magee.et al. (1998). “Safe, Drug-Free and Effective Schools for All Students: What Works”!

Salleh Buang (1996). “Sejarah Undang-Undang Malaysia: Kes dan Material”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Surat-surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1974-2003)

Tie Fatt Hee (2002) Undang-undang Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti

Wikipedia, the free encyclopedia, ” http://www .encyclopedia”

19

Page 20: assigement kkps

Soalan 2

Dalam arena pendidikan, pihak sekolah sering terdedah kepada dua bentuk kecuaian yang boleh didakwa iaitu “kecuaian guru” dan “kecuaian pendidikan”.

Sebagai seorang pengurus sekolah, bincangkan bagaimana anda dapat menangani isu tersebut.

20