ayat wa hadis ahkam

3
 

Upload: shahnizat-sakiran

Post on 12-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hadith

TRANSCRIPT

TERJEMAHANWahai orang yang beriman hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh di kalangan kamu, meminta izin kepada kamu pada tiga waktu ( iaitu) sebelum solat subuh dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengahari dan sesudah solat isyak ,itulah tiga waktu bagi kamu ( yang biasanya terdedah aurat kamu padanya ) kamu dan mereka tidaklah bersalah selain dari tiga waktu waktu yang tersebut, ( kerana mereka ) sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ( 58 )Apabila anak-anak kamu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang ( yang cukup umur ) yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat- ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ( 59 )Perempuan-perempuan tua yang telah putus haid yang tidak mempunyai keinginann berkahwin , tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya lebih baik bagi mereka dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

SEBAB TURUN AYATAdalah di riwayatkan pada suatu hari Rasulullah S.A.W mengutus seorang budak dari kalangan orang Ansar bernama Mudlij ke rumah Syaidina Omar dan kebetulan pada waktu itu tengahari dan Syaidina Omar sedang tidur. Kanak-kanak itu pun mengetuk pintu rumahnya lalu masuk tanpa minta izin terlebih dahulu.Syaidina Omar segera terbangun lalu duduk dan tersingkap sebahagian auratnya . Syaidina Omar pun berkata Sesungguhnya aku ingin kalau Allah Taala menegah golongan ibubapa kami tehadap anak-anak kami dan khadam khadam kami daripada memasuki rumah kami di dalam masa yang seperti ini, kecuali meminta izin terlebih dahulu. Lalu syaidina Omar pun tampil mendapatkan Rasulullah s.a.w dan di dapati ayat ini telah pun di turunkan oleh Allah lalu diapun sujud kerana bersyukur. Maka inilah slah satu pendapat syaidina Omar yang tepat sekali beebetulan turunnya wahyu Allah Taala.Dalam satu kaul pula mengatakan satu riwayat daripada Asma` binti Abi Mursyid tentang seorang kana-kanak yang sudah besar masuk ke tempatnya dalam masa yang dia tidak suka kanak-kanak itu masuk ke dalam rumahnya.lalu dia menemui Rasulullah s.a.w seraya berkata : Sesungguhnya khadam kami dan anak-anak kami telah masuk ke dalam rumah kami dalam keadaan yang kami tidak sukai , Maka turunlah ayat 58 Surat An Nur.