bab 1 pengenalan tamadun
TRANSCRIPT
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
1 | C T U 5 5 1
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
2 | C T U 5 5 1
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
3 | C T U 5 5 1
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
4 | C T U 5 5 1
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
5 | C T U 5 5 1
Di akhir bab ini, pelajar dapat
1. Memahami tentang pengertian tamadun menurut
perspektif tamadun Islam, Barat dan Melayu.
2. Meneliti hubungan antara tamadun dengan agama,
budaya dan bangsa.
3. Memahami ciri-ciri utama pembentukan sesebuah
tamadun.
4. Mengetahui faktor-faktor kelahiran dan keruntuhan
tamadun.
5. Meneliti dan menganalisa sejarah dan keperluan
pembinaan tamadun Malaysia yang harmoni.
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
6 | C T U 5 5 1
1.1 PENGENALAN
Perbincangan tentang ilmu ketamadunan telah banyak dikupas oleh tokoh-tokoh
sarjana di Timur mahupun di Barat dari pelbagai perspektif. Pelbagai istilah telah
muncul dalam mendefinisikan pengertian tamadun, di mana secara umumnya ianya
membawa erti pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di samping
pemupukan tingkahlaku yang baik.
Menurut The Oxford Dictionary (1995) salah satu makna moden ialah baru dan
mutakhir iaitu new and up to date. Menurut Kamus Dewan (1998), tamadun boleh
didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara
berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.
Penggunaan istilah tamadun yang berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun telah
lama diterima pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaannya dalam
bahasa Melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman mengikut teori antara
bahasa.
Di dalam bahasa Arab terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah
Hadharah, Umran dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris Civilization.
Semua istilah di atas, walaupun rujukan khususnya boleh dibezakan antara satu
sama lain lantaran berbezanya latar belakang sarjana dan pengalaman hidup
mereka, akan tetapi secara umumnya merujuk kepada makna yang sama. Semua
istilah tersebut secara literalnya bererti maju atau mencapai kemajuan. Makna
kemajuan ini akan dipakai sebagai suatu makna tamadun yang sama supaya mudah
difahami.
Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam
bahasa Arab. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan
membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada
perkataan maddana ini lahirlah perkataan madani yang merupakan sifat nama.
Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan
perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan
maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan al-deen yang
bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
7 | C T U 5 5 1
Perkataan tarnadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi
kandungan maksud yang diungkapkannya. Antara yang dimaksudkan ialah madinah
(bandar) dan madi1ni (keselesaan hidup dan ketinggian budi)
Tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa
maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalarn
sesebuah bangsa dan masyarakat.
Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa lnggeris untuk
memberi maksud tamadun ialah civilization atau civilisation. Perkataan ini berasal
daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota.
Tamadun dari segi bahasa mempunyai erti yang sama dengan istilah civilization
dalam bahasa Inggeris. Civilization berasal daripada istilah bahasa Perancis iaitu city
(bandar).
Tamadun Menurut Sarjana Islam
a. Ibn Khaldun :
Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan
kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri
yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada
bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya.
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
8 | C T U 5 5 1
b. Muhammad Rasyid Redha :
Agama adalah asas tamadun. lni kerana peningkatan unsur maknawi
(spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun
di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau
kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan
agama atau sebaliknya.
c. Sayyid Qutb :
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, Politik, ekonomi
dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai
moral Islam.
d. Said Hawa :
Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam
dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang
tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan
itu. Manakala tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan
dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan
moral.
e. Umar Audah ali-Khatib:
Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan
moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik,
kesenian dan seluruh kehidupan.
f. Muhammad al-Bahiy :
Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang
menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah,
pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
9 | C T U 5 5 1
Tamadun Menurut Sarjana Barat
a. Arnold Toynbee:
Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat
elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
b. J.K. Fiebleman:
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.
Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri
menjad!kannya barang baru bagi sesuatu keperluan
c. E.B. Taylor:
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek
keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi,
bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
d. Oswarld Spengler:
Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu
membawa kepada kemajuan.
e. Will Durant:
Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan
pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber
ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
10 | C T U 5 5 1
Tamadun Menurut Sarjana Melayu
a. Abu Bakar Hamzah :
Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama
dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya,
sama ada sesuatu yang berupa niskala (nisbah) mahupun yang berupa
sekala (material).
b. Wan Hashim Wan Teh:
Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan
kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila iaitu
adab, budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan
menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik. Termasuk dalam
konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan
perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan
meningkatkan keselesaan hidup manusia.
Justeru, tamadun Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau
material sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun
atau sebaliknya, manakala tamadun Islam mengimbangi di antara pembangunan
material dan spiritual atau antara kebendaan dan kerohanian. Tamadun Melayu juga
meletakkan aspek keagamaan dan moral sebagai suatu unsur penting selain
pembangunan material kerana menerima pengaruh besar daripada Tamadun Islam.
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
11 | C T U 5 5 1
1.2 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA, BUDAYA DAN BANGSA
Hubungan Tamadun dengan Agama Menurut Kamus Dewan (1998), agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-
sifat, kekuasaan, penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Secara fitrah, agama dan
kepercayaan bukan hanya merupakan perkara asas yang wujud dalam diri setiap
manusia, tetapi juga sudah menjadi suatu keperluan kepada manusia. Manusia
memerlukan agama kerana dorongan sifat semulajadi iaitu seperti rasa takut yang
membawa kecenderungan untuk mendapatkan keselamatan dan perlindungan
daripada Tuhan.
Islam mendefinisikan agama dengan nama al-deen, iaitu cara hidup yang
disepadukan dari kepatuhan menurut peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT
dengan meletakkan agama Islam itu sebagai kebudayaan. Islam meletakkan
hubungan yang amat erat di antara agama dan tamadun.
Ianya berbeza dengan pandangan Barat yang meletakkan agama sebagai
sebahagian daripada kebudayaan iaitu agama lahir dari aktiviti manusia atau hasil
dari interaksi manusia dengan alam sekitar atau ketakutan kepada kuasa ghaib.
Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat serta
perilaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya amat penting. Ini kerana
agama mengajar manusia melaksanakan perkara-perkara positif dalam kehidupan
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
12 | C T U 5 5 1
seperti berusaha, amanah, sabar dan sebagainya yang dapat melahirkan tamadun
manusia.
Kemunculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada
kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai
kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Contohnya Tamadun Barat
dipengaruhi oleh agama Kristian, Tamadun Timur Tengah, Rusia dan China
kebanyakannya dipengaruhi oleh agama Islam. Manakala Tamadun Asia Tengah
pula dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha. Agama juga mempunyai hubungan
dengan unsur tamadun yang lain seperti moral, etika, ekonomi, undang-undang,
estetika dan sains.
Walaubagaimanapun peranan agama ini telah dinafikan oleh dunia Barat yang
pernah mengalami Zaman Kegelapan yang mendakwa agama Kristian telah
menyebabkan berlakunya kemunduran dalam kehidupan manusia. Fahaman ini
menyebabkan mereka memisahkan agama dengan kehidupan, lalu membina ilmu
dan tamadun atas dasar kemanusiaan dan sains moden sejak zaman Renaissanse
sehingga kini.
Namun demikian, keadaan ini berlaku sebaliknya di dunia Timur atau suatu ketika
dahulu dikenali dengan nama Jahiliah, telah berjaya membangun dan mencipta
kemajuan kerana berpegang teguh dengan ajaran agama yang dinamakan Islam.
Mengenai kewujudan hubungan yang erat antara tamadun dan ajaran Islam ini, R.E.
Sullivan menegaskan, "Moslem civilisation was the product of Moslem religion."
Manakala M. Abduh pula merumuskan bahawa "adherence to the Prophets and the
guidance of religion provides the basis for every civilisation.
Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan
Hubungan antara tamadun dan kebudayaan ialah kedua-duanya merupakan hasil
ciptaan manusia yang menyentuh aspek cara hidup dengan menggunakan akal dan
fikiran untuk menggarap ilmu dan pengetahuan. Daripada pemilikan ilmu ini pula, ia
melahirkan keinginan dan kehendak untuk mencapai satu tingkat kehidupan yang
maju dengan mematuhi undang-undang dan peraturan hidup dengan membina asas-
asas pembangunan dan pemodenan.
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
13 | C T U 5 5 1
Menurut Kamus Dewan (1998), kebudayaan ialah cara hidup sesuatu masyarakat.
Pengertian ini mempunyai makna yang sangat luas penggunaannya. Perkaitannya
dengan tamadun dapat dilihat melalui ciri-ciri khusus kemajuan kehidupan sesuatu
masyarakat yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, kesenian,
senibina, pakaian, agama dan lain-lain pencapaian manusia.
Perkaitan antara kebudayaan dan tamadun berdasarkan kesamaan sumber kedua-
duanya dihasilkan oleh fikiran dan keilmuan manusia dalam membangunkan insan
untuk mencapai taraf hidup yang lebih maju di dunia ini.
Bagaimanapun, tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua
keadaan berikut:
a. Pengaruh dari natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan
pengaruh dari natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya
yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun.
Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah
tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh
berbeza daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan
pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah
mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.
b. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan
budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun
Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau
wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau
Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung
Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.
Hubungan Tamadun dengan Bangsa
Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat
beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun
China dan India. Walaubagaimanapun sifat tamadun melangkaui sifat-sifat sesuatu
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
14 | C T U 5 5 1
bangsa kerana kewujudan sesebuah tamadun tidak berdasarkan batasan kedudukan
geografi, budaya dan kebangsaan.
Bagaimanapun, Islam meletakkan agama sebagai nadi utama didalam pembinaan
tamadun manakala bangsa tidak memberikan suatu makna yang cukup besar
kepada tamadun. Kepelbagaian bangsa dalam Islam dikira sebagai milik bersama
secara global dan mempertahankan survival tamadun Islam untuk merentas zaman.
Kefahaman ini dipetik menerusi maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran surah
al-Hujurat (49) ayat 13 yang bermaksud:
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu semua daripada seorang
lelaki dan wanita dan Kami telah menjadikan kamu semua bersuku-suku dan berbangsa-
bangsa, supaya kamu saling kenaI mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.
1.3 CIRI-CIR UTAMA TAMADUN
Kewujudan dan kemunculan tamadun-tamadun yang besar dan masyhur dilihat
mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur
dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan
perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan
teknologi.
Unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah tamadun dengan tamadun
yang lain ialah pandangan semesta (world view). Pandangan semesta inilah yang
menjadikan sesuatu tamadun membentuk keutuhan yang berterusan dalam
mencapai kemajuan yang menjadikan tamadun itu kekal.
Walaubagaimanapun, kebanyakan tamadun yang pernah wujud memiliki ciri-ciri
tertentu yang meneruskan kesinambungan sesuatu masyarakat. Beberapa ciri-ciri
yang sejagat dimiliki oleh sesebuah tamadun seperti berikut :
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
15 | C T U 5 5 1
Penempatan Kekal Penempatan kekal merupakan aspek penting dalam kewujudan sesebuah tamadun
di dunia ini. Ini kerana manusia memerlukan suatu kawasan bagi menjalankan aktiviti
ekonomi dan kemasyarakatan malah tempat tinggal mereka. Kewujudan suatu
penempatan tetap dan kekal membolehkan sesebuah masyarakat menetap di
kawasan-kawasan yang boleh membekalkan hasil makanan kepada mereka.
Ciri-ciri ekonomi as as di kawasan ini ialah wujudnya sumber makanan asas seperti
tumbuhan bijirin serta sumber protein seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.
Oleh itu, pemilihan kawasan yang mempunyai ciri-ciri ekonomi tersebut merupakan
proses ke arah pembentukan sebuah masyarakat pertanian awal yang akhirnya
membentuk bandar hasil daripada revolusi pertanian.
Di samping itu, pemilihan kawasan yang mempunyai ciri-ciri geografi tertentu
amatlah penting bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan seperti lembah
sungai kerana tanahnya mempunyai tahap kesuburan semulajadi bagi permulaan
kepada pertanian tetap, bekalan air yang cukup untuk kegunaan komuniti dan juga
Sistem Politik dan Pemerintahan yang Teratur Kewujudan suatu sistem politik dan pentadbiran yang teratur merupakan salah satu
ciri penting tamadun dan menjadi simbol atau lambang kepada ketamadunan
sesebuah masyarakat. Kebiasaannya pada peringkat awal perkembangan sesuatu
tamadun sistem politik dan corak pemerintahan berdasarkan kepada hubungan
kekeluargaan dan darah dalam membentuk sebuah masyarakat sebenar. Apabila
manusia mencapai tahap tamadun yang tinggi, sistem politik dan pentadbirannya
menjadi lebih kompleks.
Begitu juga dengan kelompok manusia yang diperintah akan menjadi semakin
kompleks. Hubungan antara individu bukan lagi berasaskan kepada hubungan
darah, tetapi bentuk pemerintahan bermula dengan ketua kepada kuasa pemerintah
tertinggi yang dikenali sistem beraja atau monarki yang menjadi hak turun temurun,
contohnya raja atau sultan dalam tamadun Melayu dan Firaun dalam tamadun Mesir.
Organisasi politik di bawah kuasa pemerintah tertinggi ini muncul sejak tahap awal
sesebuah masyarakat mencapai tamadun.
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
16 | C T U 5 5 1
Di samping itu, pemerintahan juga mengandungi pelbagai bentuk pentadbiran yang
membantu, menyelaras serta melicinkan sesebuah negara seperti kehakiman,
perkhidmatan awam, suruhanjaya dan badan-badan keselamatan seperti polis dan
tentera.
Kewujudan bentuk pentadbiran tersebut boleh dilihat pada pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka dengan wujudnya jawatan Temenggung yang berperanan menjaga
keselamatan, Laksamana menjaga keselamatan perairan dan lain-lain.
Stratifikasi dan Organisasi Sosial Pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status merupakan suatu ciri
yang berlaku dalam perkembangan sesebuah tamadun. Stratifikasi sosial sesuatu
masyarakat biasanya bermula dengan pemilikan tanah pertanian yang dianggap
mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat sementara golongan yang tidak
mempunyai tanah pertanian menjadi golongan pekerja atau buruh iaitu kelas yang
lebih rendah, contohnya hamba.
Oleh itu kelas masyarakat seseorang atau sesebuah keluarga pada awal
kemunculan tamadun ditentukan berdasarkan pemilikan tanah tersebut. Selain itu
golongan masyarakat yang mempunyai status yang tinggi dilihat mempunyai
peraturan adat yang istimewa yang tidak boleh dilakukan oleh golongan berstatus
rendah termasuklah jenis pakaian, perhiasan dan bentuk-bentuk binaan rumah.
Lazimnya golongan yang berstatus tinggi juga merupakan golongan yang berada
pada strata sosial yang paling tinggi serta mengawal sebahagian besar faktor
pengeluaran
Namun demikian perkembangan ekonomi yang membawa kepada kemunculan
golongan peniaga atau pedagang kemudiannya mempengaruhi perubahan sosial.
Kemunculan golongan ini secara tidak langsung menjejaskan kerangka masyarakat
awal. Pemilikan kekayaan kini bukan hanya terhad kepada tanah tetapi juga harta
benda lain yang mana kekayaan tersebut telah mempertingkatkan kedudukan
pedagang ke kelas sosial yang tinggi.
Dalam keadaan ini golongan bangsawan yang memiliki tanah dan kuasa politik boleh
ditandingi oleh golongan pedagang. Oleh itu dalam kebanyakan masyarakat,
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
17 | C T U 5 5 1
golongan pedagang dinafikan status tinggi oleh golongan bangsawan melalui
pelbagai cara walaupun golongan ini mempunyai kekayaan.
Urbanisasi Urbanisasi merupakan proses pembentukan pembandaran atau dikenali sebagai
bandar. Bandar merupakan pusat utama kegiatan pentadbiran, ekonomi,
keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya dalam sesebuah tamadun. Ianya
dianggap sebagai nadi sesebuah tamadun kerana hampir semua aktiviti masyarakat
berlangsung di bandar.
Walaubagaimanapun aspek urbanisasi ini merangkumi juga kawasan perkampungan
yang didiami oleh sebilangan masyarakat lain yang mempunyai peranan dan fungsi
yang sama seperti di bandar.
Bentuk lazim yang wujud pada bandar-bandar awal ialah penempatan sekelompok
bandar di mana pusatnya ialah kuil-kuil dan istana-istana yang didiami oleh keluarga
pemerintah serta pembesar-pembesar. Sementara golongan petani dan pekerja-
pekerja lain tinggal di kampung masing-masing yang berhampiran dengan bandar.
Oleh itu penempatan keseluruhannya lebih bercorak berselerak (dispersed city).
Cantohnya bandar dalam tamadun Shang mempunyai binaan tembok-tembok yang
memisahkan setiap kelompok berdasarkan kepada kelas sosial serta pengkhususan
kerja. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noof, Salina Hj.
Zainol, 2000: 11). Tamadun Lembah Indus memberi contoh terbaik di mana proses
perbandaran dibangunkan sangat menakjubkan. Kesan-kesan tinggalan bangunan
besar, bilik air, limbah, pembentungan, longkang dan palung di kaki-kaki atap masih
menjadi bukti kepada ketinggian kehidupan masyarakat tempatan pada ketika itu
Perkembangan Sains dan Teknologi Kepesatan kemajuan sains dan teknologi selaras dengan perkembangan ilmu
pengetahuan dan pemikiran sesebuah masyarakat. Ianya memartabatkan sesebuah
tamadun dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi. Kemajuan material
selalunya berpunca dari kemajuan pemikiran atau minda dan keilmuan sesuatu
bangsa.
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
18 | C T U 5 5 1
Taraf pemikiran yang tinggi ini pula diterjemahkan dalam bentuk realiti yang bersifat
benda, alatan atau teknologi. Kemajuan dalam bidang perdagangan sekadar contoh,
diiringi dengan teknologi perkapalan, penciptaan mata wang, alatan tembaga,
tembikar dan seumpamanya. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah tamadun amat
bergantung kepada ketinggian sains dan teknologinya. Penciptaan piramid sebagai
contoh, kekal menjadi mercu tanda tamadun Mesir hingga hari ini.
Pada awal perkembangan sains dan teknologi setiap tamadun memiliki ciri yang
sama dengan penggunaan batu sebagai alat terpenting dalam kehidupan.
Pengetahuan dan pengalaman manusia semakin meningkat dalam penciptaan
peralatan keperluan seharian sehingga memasuki era pertanian dan kerja-kerja
kraftangan. Dua penciptaan terpenting manusia pada peringkat ini ialah bajak dan
roda.
Bajak memudahkan kerja-kerja dalam sektor pertanian manakala roda menjadikan
aktiviti pengangkutan pembuatan tembikar dan pengairan. Perkembangan sains dan
teknologi manusia bertambah baik dengan penggunaan besi sebagai bahan utama
penciptaan pelbagai keperluan manusia sehingga ke hari ini. Kepesatan manusia
melakukan kajian dan penyelidikan melonjakkan taraf kehidupan yang bertambah
maju dan canggih.
Sistem Tulisan Masyarakat memerlukan kepada komunikasi untuk berinteraksi sambil memberi atau
menerima maklumat. Lantaran itu, kewujudan sistem tulisan merupakan ciri tamadun
yang paling penting bagi perkembangan sesebuah tamadun dalam jangka mas a
panjang. Tulisan dalam tamadun awal mempunyai pelbagai bentuk yang difahami
oleh komuniti setempat, contohnya di Sumeria, Mesir dan China muncul tulisan
piktograf yang mana gambar-gambar dilukis bagi mewakili sesuatu makna.
Tulisan piktograf ini kemudiannya berkembang kepada sistem tulisan yang berbentuk
logagrafi (logographic) iaitu bentuk awal kepada pembentukan tulisan berbentuk
abjad. Kemunculan tulisan menjadi petunjuk kepada dinamisme masyarakat
sesebuah tamadun kerana melalui sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat
menjadi lebih luas dan efektif. Angka-angka yang terbit daripada sistem tulisan
memudahkan lagi pengiraan dibuat. Perkembangan ini membawa kepada
kemunculan kelas terpelajar atau literati. Golongan ini terbabit dalam aktiviti
pemerhatian dan penyimpanan rekod-rekod.
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
19 | C T U 5 5 1
Ilmu astronomi merupakan ilmu yang berkembang seiring dengan sistem tulisan dan
angka dalam masyarakat tamadun awal. Penciptaan sistem tulisan dan angka
secara tidak langsung telah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam
masyarakat bertamadun. Catatan-catatan dapat dibuat dan rekod-rekod dapat
disimpan.
Contohnya dalam sejarah China telah wujud tradisi menyimpan rekod istana sejak
tamadun Shang. Sistem tulisan turut menjadi penggerak kepada kemunculan seni
kreatif yang melibatkan penulisan seperti penggarapan epik-epik, puisi-puisi dan
cerita-cerita rakyat, contohnya epik Gilgamesh dalam masyarakat Sumeria. Sistem
tulisan juga dapat membantu memperkembangkan dan menyemarakkan sesuatu
agama atau kepercayaan. Contohnya, penganut agama Islam dapat menghayati
ajaran Islam yang sebenar melalui kitab al-Quran yang telah ditulis dan dibukukan
oleh golongan ulama terdahulu.
Sistem Agama dan Kepercayaan Kehidupan beragama merupakan ciri penting yang wujud dalam masyarakat
bertamadun. Pemikiran tentang wujudnya kuasa ghaib yang mengawal kehidupan
manusia menunjukkan manusia sebenarnya sudah berfikir mengenai keperluan
spiritual (jiwa) mereka. Spiritual merupakan unsur penting dalam tamadun-tamadun
dunia, misalnya tamadun Mohenjo Daro-Harappa, tamadun Sumeria dan Mesir.
Agama dan kepercayaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada wujudnya
manusia yang bersopan santun atau baik tetapi juga dimanifestasikan melalui
pembinaan bangunan-bangunan keagamaan yang kemudiannya menjadi pusat
kepada urbanisasi dalam tamadun tersebut
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
20 | C T U 5 5 1
1.4 KELAHIRAN, KEJAYAAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN
FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN
Politik yang kukuh Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat
sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan
Kod ammurabinya (1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem
hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal
dengan sistem beraja dan sistem pembesarya seperti empayar Melaka. …………….
Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang sekitar
1400M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan
Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang
bermula di Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan
hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.
Kedudukan yang Strategik Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang
srategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk
memperoleh sumber-sumber semulajadi untuk menampung kehidupan
masyarakatnya.
Faktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah
dilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang
Tse,
tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, Tamadun Mesopotamia di
Lembah Tigris dan Euphrates, Tamadun Mesir di Lembah Nil dan juga tamadun
Melaka di pinggiran Selat Melaka.
Jika dilihat keistimewaan Tamadun Melaka sehingga menjadi empayar yang ulung di
rantau ini pada abad ke-15 adalah disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi
perdagangan dan pelabuhannya terlindung dan selamat dari tiupan angin Monsun.
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
21 | C T U 5 5 1
Rangsangan Keagamaan Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan
keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenarya
mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci
yang mendorong kepada kehidupan bertamadun.
Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan keagama akan berusaha untuk
membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan
dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada pembangunan kehidupan
seperti ini bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. kemunculan Tamadun Islam
misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup
Islam yang sempuma.
Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari zaman yang
dikenali sebagai Jahiliah kerana masyarakat Arab pada masa itu masih jahil tentang
agama dan berpuak-puak. Kedatangan Islam telah mengubah cara hidup
masyarakat Arab kepada perpaduan ummah dan sifat keinsanan yang tinggi.
Tamadun Islam mula berkembang pesat sehingga mencapai kegemilangan.
Penghayatan Tinggi Terhadap Moral dan Nilai Terpuji Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap
moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah
pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti
kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya.
Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan
yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya
berganding bahu untuk membangunkan negara.
Penghayatan nilai-nilai murni seperti penekanan konsep keadilan dalam
pemerintahan telah dihayati hampir semua tokoh tamadun silam seperti Plato dan
Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu Tze dalam tamadun Cina,
Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali
dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
22 | C T U 5 5 1
Pengalaman Kesengsaraan Hidup Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi
kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk
bekerjasama mengembelingkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada
belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah
masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan
mereka.
Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali dikaitkan
dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia
Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah meningkatkan semula
semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka. Hasil usaha yang
bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang maju dalam
bidang sains dan teknologi serta muncul salah satu kuasa ekonomi dunia.
Toleransi dengan Tamadun Lain Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap
sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi
antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan
bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain
menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada
tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun baru.
Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan
toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya
merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu astronomi
daripada tamadun Yunani.
FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN
Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara
antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat
diperhatikan berlaku pada zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal,
terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan
golongan kaya terus menambah kekayaan. Golongan miskin ini tidak dapat hak
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
23 | C T U 5 5 1
untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah
orang kaya.
Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan maka tercetus
perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang bawahan. Mereka
menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah, namun
desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan Cains
Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat.
Penindasan dan Kezaliman Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan
diketepikan sama sekali. Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila
sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan
sewenang-wenangnya.
Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-618), Maharaja Yang Ti
(604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejam ke atas
rakyatnya. Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina istana-istana raja dan
terusan membawa rasa tidak puas hati rakyat. Akhirya golongan petani bangkit
memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut.
Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutamanya di kalangan
pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerja yang
murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun
Romawi dan Tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai
terutama di kalangan pemimpin.
Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah perpecahan berlaku di kalangan
puak Syi'ah dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit. Malah wujud di
kalangan pemimpin mereka yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya,
zalim, tamak kuasa dan sebagainya. Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan
pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil, akhirnya
kerajaan menjadi merosot dan lemah.
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
24 | C T U 5 5 1
Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi
perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial.
Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi
sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam
keadaan yang beku atau jumud berpanjangan.
Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami
keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima
perubahan teknologi dan sosial.
Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan
dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun
pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya.
Malapetaka dan Bencana Alam Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara
besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan
sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk
menghalangnya daripada berlaku.
Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah merebak ke seluruh bandar Athens dan
telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat
penduduk Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang
berkebolehan telah menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai
pembesar-pembesar yang telah banyak membuat perubahan kepada Athens sendiri
CTU 551 :: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
25 | C T U 5 5 1
Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam
membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang
mampu bertahan untuk jangka masa yang lama namun sebaliknya terdapat juga
tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu juga
dengan tamadun Malaysia yang meletakkan asas pembinaannya yang berteraskan
kepada polarisasi kaum, ras dan bangsa bagi membina acuan tamadun Malaysia itu
sendiri.
Bab 1 :: Pengenalan Tamadun
26 | C T U 5 5 1
Nota