bab 2 peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak

3
BAB 2 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Peringkat peringkat kanak-kanak adalah hasil daripada proses-proses biologui kognitif dan sosioemosi. (Santrock, 2008). Secara ringkas, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat seperti berikut : 1. Peringkat bayi (1 hari hingga 2 tahun) Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifat- sifat asas manusia seperti Bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan. Semasa lahir, otak bayi (dalam gram) hanya 25% daripada bahagian berat otak orang dewasa. Saiz ini meningkat ke 66% semasa akhir tahun pertama, 76% pada umur 2 setengah tahun dan 90% daripada berat otak orang dewasa semasa berumur 5 tahun. Sistem saraf bayi juga berkembang pesat semasa peringkat bayi. Ahli-ahli psikologi mendapati bayi mempunyai lebih banyak neuron daripada orang dewasa. Sebenarnya sesetengah daripada jumlah keseluruhan neuron dihasilkan semasa bayi. Percambahan neuron pesat semasa kanak-kanak mencapai 2 tahun dan kemudian menurun sehingga berumur 16 tahun. (Goldman-Rakic et al,. 1983) » bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalinkan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. » Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur- ansur menjadi matang. » Kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria motor dan sebab musabab primitif. Contoh : Makan – Lapar 2. Peringkat awal kanak-kanak (3 – 8 tahun)

Upload: jennifer-williams

Post on 25-Sep-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perkembangan awal kanak-kanak

TRANSCRIPT

BAB 2PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAKPeringkat peringkat kanak-kanak adalah hasil daripada proses-proses biologui kognitif dan sosioemosi. (Santrock, 2008).Secara ringkas, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat seperti berikut :1. Peringkat bayi (1 hari hingga 2 tahun)Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifat-sifat asas manusia seperti Bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan.Semasa lahir, otak bayi (dalam gram) hanya 25% daripada bahagian berat otak orang dewasa. Saiz ini meningkat ke 66% semasa akhir tahun pertama, 76% pada umur 2 setengah tahun dan 90% daripada berat otak orang dewasa semasa berumur 5 tahun.Sistem saraf bayi juga berkembang pesat semasa peringkat bayi. Ahli-ahli psikologi mendapati bayi mempunyai lebih banyak neuron daripada orang dewasa. Sebenarnya sesetengah daripada jumlah keseluruhan neuron dihasilkan semasa bayi. Percambahan neuron pesat semasa kanak-kanak mencapai 2 tahun dan kemudian menurun sehingga berumur 16 tahun. (Goldman-Rakic et al,. 1983) bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalinkan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang. Kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria motor dan sebab musabab primitif. Contoh : Makan Lapar

2. Peringkat awal kanak-kanak (3 8 tahun) kanak-kanak dapt bermain menggunakan imaginasi, perkembangan Bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial. Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga. Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam Bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti kotak yang dijadikan kereta. Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membaynagkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personality yang diminatinya. (selalunya ibu bapa adalah personality kegemaran mereka) Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina Kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di sekitar rumahnya. Mereka mula merasakan diri mereka sebagai satu entiti / mula membentuk pandangan terhadap diri sendiri (muncul teori kendiri) Kanak-kanak terlibat dalam permainan kumpulan dan melalui perkembangan moral peringkat awal Kanak-kanak akan berkelakuan baik untuk elakkan hukuman (Kohlberg 1976)

3. Peringkat kanak-kanak (9 11 tahun) Kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Kanak-kanak mula menjali hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan. Kanak-kanak masuk sekolah dan belajar berkawan Perkembangan kognitif, kanak-kanak tersebut berada di peringkat Operasi Konkrit (belajar membaca, menulis dan mengira) Kemahiran permainan dan kemahiran hidup yang lain (belajar peranan jual beli) Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli sukan sesuatu permainan seperti permainan bola sepak.

4. Peringkat awal remaja (12-15 tahun) Sensitive terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logik dan sistematik. Remaja akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal. Dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan sebaya dari jantina yang berbeza.