bahagian perkhidmatan mekanikal dan elektrikal,...
TRANSCRIPT
1
EASY COUPLER
BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
1. PENGENALAN Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS Malaysia Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) dikategorikan dalam
Sektor Pakar yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah II (JUSA B) di bawah
jentera pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). BPME berperanan untuk
memberi perkhidmatan kepakaran di dalam bidang mekanikal dan elektrik untuk
menyokong aktiviti-aktiviti di bawah semua sektor secara menyeluruh. Rajah 1
menunjukkan carta struktur organisasi JPS Malaysia.
BPME berperanan memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal dari segi:
1) Membekalkan sistem dan peralatan mekanikal dan elektrik yang sentiasa
berfungsi dengan cekap dan efisien.
2) Memberi maklum balas dan ulasan teknikal ke atas perkara-perkara yang
melibatkan bidang mekanikal dan elektrik dalam tempoh empat (4) minggu.
3) Memberi respons kepada semua masalah operasi dan penyelenggaraan
terhadap sistem dan peralatan mekanikal dan elektrik dalam tempoh 48 jam.
4) Memastikan perkhidmatan dapat disampaikan dengan berkesan dan cekap
dengan kualiti dan kebolehpercayaan.
2
Rajah 1: Kedudukan BPME dalam Struktur Organisasi JPS Malaysia
3
2. LAPORAN INOVASI
2.1 Tujuan Projek Inovasi
Pam adalah jentera yang berfungsi untuk membekalkan air daripada kawasan
rendah kepada kawasan pertanian yang berada di kawasan tinggi atau jauh
daripada sumber air. Di dalam skop tugasan JPS, pam sering digunakan sebagai
medium saliran untuk mengelakkan banjir dan juga membekalkan air kepada sector
pertanian menerusi pengairan yang terancang. Justeru itu, penggunaan pam dapat
mewujudkan aktiviti pertanian yang lebih berdaya maju serta mampan kerana ianya
boleh di jalankan sepanjang masa tanpa menghadapi masalah kekurangan bekalan
air.
Pada akhir tahun 2014 iaitu pada Disember 2014, negera telah dikejutkan dengan
bencana banjir yang luar biasa di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu,
Pahang, Johor, Selangor, Perak dan Sabah. Pihak BPME Ipoh telah mengagihkan
pam mudah alih berserta kelengkapan paip ke negeri-negeri terlibat untuk
mengepam air daripada kawasan yang dilanda banjir. Selain daripada peristiwa
tersebut, negara juga telah dilanda dengan bencana kemarau yang agak panjang
pada Mac – Julai tahun ini berikutan fenomena El-Nino yang melanda beberapa
negara di seluruh dunia. Sekali lagi pihak BPME Ipoh telah meminjamkan pam
berserta kelengkapan paip ke negeri-negeri terlibat untuk bantuan pengairan bagi
kawasan tanaman.
Semasa pemasangan pam dan paip tersebut bagi untuk bantuan banjir dan
pengairan, pihak BPME mendapati terdapat beberapa masalah timbul disebabkan
4
beberapa faktor seperti kaedah pemasangan, tenaga kerja dan masa yang
diperlukan untuk menyelesaikan pemasangan lengkap pam berserta laluan paip
yang terlibat. Hasil pemerhatian oleh pegawai JPS mendapati bahawa kaedah
pemasangan paip dan pam mengambil masa yang agak lama sehingga hampir satu
hari disamping pemasangan paip juga memerlukan pekerja yang ramai untuk
melaksanakan pemasangan tersebut.
Satu jalan penyelesaian perlu difikirkan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak
berlaku kelewatan bagi bantuan mengepam air banjir dan untuk tujuan pengairan
akibat pemasangan yang mengambil masa lama, sukar dan tidak mesra pengguna.
Sehubungan dengan itu, satu produk inovasi telah dihasilkan bagi memasang paip-
paip pam bergerak dengan mudah dan cepat.
2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi
Projek inovasi ini dilaksanakan secara in-house sepenuhnya. Kakitangan dari BPME
sama-sama berganding bahu untuk melahirkan sesuatu inovasi berdasarkan
pengalaman serta kepakaran yang dimiliki serta kajian dan penelitian terhadap
masalah yang dihadapi.
Pemasangan paip yang sukar dan lambat merupakan masalah yang biasa dihadapi
di tapak pemasangan pam. Namun begitu, ini tidak bermakna masalah ini tidak
boleh diselesaikan menerusi kaedah yang diperbaiki dan ditambah baik dari semasa
ke semasa.
5
Kaedah yang selama ini digunakan untuk menyambung atau meleraikan beberapa
buah paip adalah dengan memasang atau melonggorkan bolt dan nut pada flange
yang terdapat di kedua-dua bahagian penyambungan paip. Kelengkapan alat seperti
socket wrench digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan bolt dan nut
tersebut. Walaupun tampak mudah dan ringkas, proses yang biasa diamalkan ini
mempunyai beberapa permasalahan dan keburukan iaitu:
1) Rekabentuk paip yang konvensional dimana penyambungan di antara paip
adalah pada flange (Rajah 2). Masalah dihadapi apabila PCD atau lubang bolt
pada flange tidak sama pada pam air dan di paip luahan yang menyebabkan
kerja-kerja pemasangan mengambil masa yang lama kerana perlu membuat
adjustment pada lubang bolt tersebut (Rajah 3).
2) Mengambil masa yang lama sehingga boleh mencapai sehingga satu hari jika
banyak paip diperlukan untuk pemasangan. Masa yang digunakan untuk
kerja-kerja pemasangan yang lama menyebabkan tidak dapat selamatkan
mangsa banjir dan harta benda apabila bantuan mengepam air diperlaku
semasa bencana banjir.
3) Menggunakan tenaga pekerja yang ramai (Rajah 4).
4) Memerlukan peralatan pemasangan yang banyak dan membebankan
(Rajah 5).
6
Rajah 2: Jenis paip dengan rekabentuk flange.
Rajah 3: PCD dan jumlah lubang bolt pada flange yang berlainan.
Rajah 4 : Kakitangan JPS memasang paip.
Flange
7
Pemotong OXY.
Hand Drill.
Welding Set.
Rajah 5 : Peralatan yang diperlukan untuk melakukan adjustment pada flange
jika terjadi masalah PCD tidak sama.
Oleh yang demikian, pihak BPME telah melaksanakan penambahbaikan melalui
invoasi ini bagi mengatasi permasalahan kaedah lama dengan mereka sebuah
komponen yang dinamakan Easy Coupler. Kelebihan utama komponen ini adalah
seperti berikut:
1) Pemasangan yang mudah dan masa yang diambil untuk dipasang adalah
kurang daripada 2 minit.
2) Pemasangan paip hanya memerlukan dua pekerja sahaja pada satu masa.
3) Mudah diselenggara kerana komponen ini direka bentuk untuk dipasang kekal
pada paip.
4) Hanya memerlukan peralatan pemasangan yang minima.
8
Berikut merupakan langkah-langkah persediaan pemasangan paip:
1) Peralatan asas keselamatan seperti pakaian kerja, safety gloves, safety boots
dan safety helmet. Peti kecemasan (first aid kit) perlu disediakan dan dibawa
bersama sebagai persediaan untuk rawatan awal jika berlaku kemalangan
atau kecemasan.
Rajah 6: Peralatan Asas Keselamatan.
2) Menyediakan peralatan asas pemasangan seperti spanner, bolt dan nut serta
peralatan lain yang berkaitan (jika perlu).
Rajah 7: Peralatan Asas Penyelenggaraan Easy Coupler.
9
3) Hanya dua orang pekerja diperlukan dalam operasi memasang paip melalui
easy coupler.
4) Bantuan lori kren diperlukan untuk mengangkat paip yang berat semasa
pemasangan.
5) Pekerja melakukan tinjauan untuk memastikan faktor keselamatan dan
kesesuaian laluan paip terlebih dahulu sebelum kerja-kerja penyambungan
paip dari pam air ke tempat luahan.
Berikut merupakan langkah-langkah penyambungan paip melalui easy coupler:
1) Keadaan paip yang belum disambungkan menggunakan easy coupler seperti
dalam rajah 8.
2) Rapatkan kedua-dua paip (male and female pipe) dan selaraskan “ear” pada
paip agar ianya selari dan memudahkan penguncian dilakukan.
Rajah 8: Contoh keadaan paip yang belum disambungkan
menggunakan easy coupler.
10
3) Sangkutkan hanger dari bahagian male coupling kepada “ear” yang terdapat
di female coupling.
4) Tarik handle agar hanger menarik kedua-dua paip yang dengan lebih rapat.
Rajah 9: Rapatkan dan selaraskan kedudukan paip.
Rajah 10: Hanger disangkutkan pada “ear” coupling.
Male pipe.
Female pipe.
Ear coupling.
11
5) Handle perlu ditarik dengan kuat supaya kedua-dua paip rapat.
6) Setelah kedua-dua paip disahkan rapat, handle dan hanger tersebut dikunci
bersama “pin” yang disediakan untuk memastikan coupling tersebut tidak
tertanggal.
Rajah 11: Handle ditarik untuk merapatkan paip.
Rajah 12: Pengguna mengetatkan sambungan paip
dengan menarik handle dengan lebih kuat.
12
Rajah 13: “Pin” dipasang untuk mengunci coupling.
Pengunci coupling.
Rajah 14: Easy coupler yang selesai dipasang.
13
Sebelum Inovasi Selepas Inovasi
Rajah 15: Susunan paip daripada pam ke
tempat luahan dikenalpasti perlu
dikenalpasti.
Paip luahan perlu disusun terlebih dahulu
sebelum kerja-kerja penyambungan paip
dilakukan.
Samel ujian:
Rajah 16: Susunan paip daripada pam
ke tempat luahan dikenalpasti perlu
dikenalpasti.
Paip luahan perlu disusun terlebih dahulu
sebelum kerja-kerja penyambungan paip
dilakukan.
Sampel ujian:
Jumlah paip luahan = 3 unit mild steel pipe + 1 unit flexible hose
Jumlah paip luahan = 3 unit mild steel pipe + 1 unit flexible hose
Panjang 1 unit paip = 3 meter Panjang 1 unit paip = 3 meter
Diameter paip = 150 mm Diameter paip = 150 mm
Rekabentuk = Lurus berserta flange
Rekabentuk = Lurus berserta easy coupler
Jumlah lubang bolt = 8 nos per flange
Saiz bolt and nut = 16mm
14
Kaedah lama pemasangan paip memerlukan
tiga orang pekerja untuk memasang dua unit
paip.
Pekerja perlu menyelaraskan kedudukan
paip dengan betul agar bolt dan nut dapat
dimasukkan pada kedua-dua bahagian
flange dengan tepat.
Bolt dan nut perlu dipasang dengan ketat
supaya tiada kebocoran berlaku pada
sambungan paip tersebut.
Rajah 17: Tiga orang pekerja diperlukan
untuk memasang paip tanpa easy
coupler.
Kaedah baru pemasangan paip
menggunakan easy coupler hanya
memerlukan dua orang pekerja sahaja.
Pekerja hanya perlu menyelaras kedudukan
hanger dan ear pada paip.
Rajah 18: Dua orang pekerja diperlukan
untuk memasang paip yang dilengkapi
easy coupler.
15
Rajah 19: Pemasangan lengkap paip
luahan dengan kaedah pemasangan lama.
Jumlah masa yang diperlukan untuk
memasang 3 unit paip seperti sample di atas
adalah selama lebih kurang 15 minit.
Rajah 20: Pemasangan paip luahan
dengan easy coupler.
Jumlah masa yang diperlukan untuk
memasang 3 unit paip seperti sample di atas
adalah selama lebih kurang 2 minit.
Jadual 1: Perbandingan Sebelum dan Selepas Inovasi
16
3. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan /
Jabatan / Agensi / Negara
3.1 Elemen Inovatif/Kreativiti
Komponen Easy Coupler ini adalah produk inovasi yang unik yang direka bentuk
hasil pendekatan di luar kotak yang diusahakan oleh BPME. Produk ini merupakan
idea penambahbaikan yang tercetus dalam usaha untuk memudahkan proses
memasang paip dengan mudah, cepat, dan menjimatkan masa dan tenaga tanpa
mengubah fungsi paip itu sendiri. Menerusi komponen ini, masa yang diambil untuk
keseluruhan proses dipendekkan dengan amat ketara, iaitu dianggarkan daripada 15
minit asalnya kepada 2 minit.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa inovasi yang dihasilkan tersebut memenuhi
keperluan semasa serta menawarkan penyelesaian kreatif untuk proses
pemasangan paip yang lebih efisien. Ini seterusnya akan mengalakkan amalan
memikirkan penyelesaian secara kreatif dan inovatif di kalangan kakitangan kerajaan
dalam menyelesaikan sesuatu pemasalahan.
3.2 Elemen Keberkesanan
Produk easy coupler ini membawa kebaikan dan faedah yang nyata yang dapat
dilihat daripada keberkesanan fungsinya. Beberapa siri ujian pemasangan di tapak
telah dijalankan untuk menguji keberkesanan produk ini. Oleh sebab komponen ini
mudah diaplikasikan dan mesra pengguna, maka proses memasang dan
menanggalkan paip mengambil masa yang singkat.
17
Selain itu, produk inovasi ini dapat meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasar
(stakeholders). Ini dapat dilihat dari segi aspek penerimaan di mana tahap
penggunaan produk (easy coupler) dan proses (pemasangan) baru ini akan
meningkat berbanding proses terdahulu yang agak rumit dan memakan masa. Oleh
itu, dapat digambarkan bahawa inovasi ini mendatangkan faedah yang nyata dan
mencapai tujuan utama penghasilan produk ini.
Oleh sebab produk ini mudah dipasang dan kerja di tapak berjalan lancar,
pemasangan tidak perlu menggunakan tenaga kerja yang ramai. Dengan ini
masalah tidak sempat memasang di sesuatu kawasan banjir atau pengairan pada
sesuatu masa yang ditetapkan dapat diatasi. Peningkatan produktiviti dapat dilihat
dalam situasi ini di mana kerja pemasangan dapat disiapkan dengan lancar
menerusi penggunaan komponen dan kaedah baru ini yang menjimatkan masa.
Kelestarian (sustainability) inovasi ini juga dapat dilihat daripada aspek keupayaan
produk ini untuk bertahan dan memberi faedah secara berterusan untuk jangka
masa panjang.
3.3. Elemen Signifikan
Merujuk kepada kajian dan penelitian yang dilakukan sebelum ini, proses biasa bagi
memasang paip agak rumit kerana kedudukan paip perlu diselaraskan terlebih
dahulu agar lubang bolt pada flange selari seterusnya memudahkan kemasukan bolt
pada dua flange paip yang berasingan. Kemudian bolt dan nut digunakan untuk
mengetatkan pemasangan paip melalui flange supaya tiada kebocoran. Selain rumit,
proses biasa ini memakan masa yang lama sehingga boleh melebihi 15 minit untuk
18
memasang tiga buah paip. Namun, setelah penggunaan easy coupler tersebut
diaplikasikan, kerja-kerja pemasangan dibuat dengan lebih lancar dan mudah tanpa
menggunakan komponen dan alatan tambahan seperti spanner di samping
mengambil masa lebih kurang dua minit. Situasi ini membuktikan produk inovasi ini
adalah mesra pelanggan dan menjimatkan masa.
Di samping menawarkan alternatif penyelesaian kepada permasalahan kaedah
biasa, penggunaan kaedah baru ini dapat menjamin penjimatan kos yang ketara
serta penggunaan sumber yang optimum. Ini dapat dilihat pada outputnya iaitu lebih
banyak paip dapat dipasang pada sesuatu masa di sesuatu tempat pemasangan
berbanding kaedah biasa.
3.4 Elemen Relevan
Inovasi ini juga relevan dengan arus perdana dan memenuhi agenda nasional.
Buktinya adalah menerusi penjimatan masa dan tenaga kerja yang dapat dicapai
melalui penggunaan easy coupler ini di mana masalah kekurangan pekerja dan
kekangan kewangan untuk kos operasi dapat diatasi. Ini menyokong Dasar Baru
Kerajaan dalam mengoptimumkan sumber tenaga kerja sedia ada dan penjimatan
belanja mengurus di peringkat jabatan yang telah diarahkan bermula pada tahun
2015 ini. Penjimatan dari segi masa, kos operasi dan perolehan serta penggunaan
sumber manusia yang optimum dapat dicapai apabila kelewatan dan
ketidakcukupan pekerja atau penggunaan tenaga kerja yang ramai dapat dielakkan.
Penjimatan kos boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan ini merupakan
tumpuan semasa kerajaan serta ekspektasi, kehendak dan keadaan terkini di mana
19
keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dari semasa ke semasa. Pengguna
sumber manusia yang optimum dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan
berkemahiran dalam melaksanakan tugas-tugas jabatan dengan dedikasi dan
kreatif.
4. Implikasi Kewangan
Setiap hasil inovasi seharusnya dapat memberi implikasi kewangan yang baik. Ini
bergantung kepada kesan penggunaan produk tersebut, yakni jika diaplikasi dalam
operasi pemasangan paip, maka seharusnya berbagai kebaikan dapat dicapai.
Inovasi easy couple ini dihasilkan dengan kos yang sangat murah seterusnya dapat
memberi penjimatan di samping memberi kebaikan seperti yang telah diterangkan di
atas. Inovasi ini juga boleh diaplikasi di peringkat jabatan lain dan industri supaya
boleh mendatangkan manfaat kepada pengguna dalam meningkatkan keberkesanan
kerja yang berdaya saing. Jadual 2 menunjukkan contoh perbandingan anggaran
kos sebelum inovasi dan selepas inovasi yang menyumbangkan kepada penjimatan
kewangan.
Perkara Sebelum Inovasi Selepas Inovasi
Kos Bahan RM1000.00/unit RM850.00/unit
Kos Tenaga Kerja RM975.00 RM380.00
Jadual 2: Pembandingan Kos Sebelum Dan Selepas Inovasi.
20
Jadual 2 dapat memberikan gambaran kasar bahawa inovasi ini dapat
mendatangkan kebaikan dalam penggunaannya kerana dapat menjimatkan kos
pembuatan dan kos tenaga kerja untuk kerja-kerja pemasangan paip.
21
5. Gambar-gambar Berkaitan
5.1 Lukisan Reka Bentuk Easy Coupler
Rajah 21 : Gambaran Keseluruhan Easy Coupler
22
Rajah 22: Pemasangan Komponen Easy Coupler
Pandangan Kanan
Pandangan Kiri
Rajah 23: Pandangan Sisi
Female Coupling
Male Coupling
Hanger “ear”
Hanger
Handle Adjustment Nut
O-Ring
Lock Pin
23
Rajah 24: Pandangan Atas
Rajah 25: Pandangan Hadapan
Rajah 26: Pandangan Belakang
24
6 Penutup
Ringkasan faedah produk inovasi Easy Coupler :
Perkara Sebelum Inovasi Selepas Inovasi
Kos Bahan RM1000.00/unit RM850.00/unit
Kos Tenaga Kerja RM975.00 RM380.00
Jumlah Tenaga Kerja 3 orang 2 orang
Masa Pemasangan 15 minit 2 minit
Peralatan
Pemasangan dan
pengubahsuaian
Pemotong OXY, Hand Drill,
Welding Set Spanner
Jadual 3 : Ringkasan Faedah Inovasi
Daripada ringkasan faedah seperti Rajah 3 di atas, Easy coupler merupakan
kejayaan BPME JPS Malaysia dalam menghasilkan sebuah produk inovasi yang
bermutu, boleh dipercayai, berkesan, murah dan bertaraf dunia ke arah memastikan
setiap kerja-kerja pemasangan paip lebih mudah, cepat dan menepati kehendak
serta keperluan pelanggan. Komponen ini direka bentuk untuk mengatasi segala
masalah yang dihadapi dan ternyata telah terbukti mencapai segala tujuan inovasi
ini. Walau bagaimanapun, kajian dan penambahbaikkan secara berterusan akan
dilaksanakan untuk menjadikan komponen ini boleh digunapakai bukan sahaja di
dalam jabatan ini tetapi dapat dikembangkan penggunaannya dalam jabatan lain. Di
samping itu, penghasilan inovasi ini dapat menyumbang ke arah menjadikan JPS
25
Malaysia sebagai sebuah organisasi yang bertaraf antarabangsa dan seterusnya
sebagai sebuah organisasi sektor awam antara yang unggul di dunia.
26
Disediakan Oleh
Nama Pegawai dan kakitangan terlibat:
• Mohd Faizal Bin Muhammad (Jurutera Mekanikal J48, Seksyen
Pembanguna,)
• Lokman Hakim Bin Amran (Jurutera Mekanikal J41, Unit Pam Air)
• Pn. Haslinda Bt Mohd Jali PJK (Penolong Jurutera JA29, Unit Audit Teknikal)
• Megat Muhammad Hanif Bin Megat Zaini (Penolong Jurutera JA29, Unit Pam
Air)
• Yahya Bin Mat Nusi (Pembantu Kemahiran H22, Unit Audit Teknikal)
• Isahak Bin Ebrahim (Pembantu Kemahiran H22, Unit Pam Air)
• Mohd Zunaidi Bin Zahari (Pembantu Kemahiran H22, Unit Pam Air)
• Roduan Bin Youp Ahmad (Pembantu Kemahiran H22, Unit Pam Air)
• Abd. Rahman Bin Badarudin (Pembantu Kemahiran H17, Unit Pam Air)
No Tel : 013 – 473 3262 (Lokman Hakim Bin Amran)
Emel : [email protected]
29
Lampiran
30