anugerah inovasi negara - …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1152-surat-penyelesaian... ·...
TRANSCRIPT
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
1 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
KANDUNGAN
I. KANDUNGAN . 1
II. RINGKASAN EKSEKUTIF .. 2
III. PENGENALAN ... 2
IV. OBJEKTIF/ TUJUAN ...... 4
V. ASPEK TEKNIKAL NIL CLEARANCE ... 6
VI. KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN 7
VII. PENJIMATAN KOS .... 10
VIII. IMPAK INOVASI KEPADA AGENSI DAN STAKEHOLDER ... 13
IX. KEBERHASILAN DAN IMPAK ....... 17
X. RUMUSAN ..... 20
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
2 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
RINGKASAN EKSEKUTIF
(Nil Clearance) adalah merupakan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) berbaki kosong
yang akan dikeluarkan kepada Pegawai Dagang sebelum meninggalkan Malaysia bagi
menyatakan tiada sebarang hutang Pegawai Dagang kepada Kerajaan Malaysia. SPC
ini akan melepaskan individu tersebut daripada segala tanggunggan cukai bagi tempoh
perkhidmatannya di Malaysia. (Nil Clearance) merupakan satu inovasi dalam
perkhidmatan taksiran dan pungutan cukai di Cawangan Tidak Bermastautin
(Cawangan NR), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), yang memberi
impak kepada perkhidmatan percukaian untuk pelanggan dalaman dan luaran
LHDNM. (Nil Clearance) telah mengurangkan proses kerja manual, menjimatkan kos,
telus, cekap, cepat dan meningkatkan pungutan cukai Negara.
1. PENGENALAN
Pegawai Dagang (PD) bermaksud pekerja warganegara asing yang bekerja
atau memberi perkhidmatan kepada majikan di Malaysia .
SPC bermaksud Surat Penyelesaian Cukai yang dikeluarkan oleh LHDNM
kepada PD apabila PD tersebut memaklumkan ingin menamatkan perkhidmatan
atau meninggalkan Malaysia.
KPI bermaksud key performance indicator iaitu sasaran yang telah ditetapkan
oleh pihak pengurusan atasan untuk di capai oleh Cawangan NR.
ACP1967 Akta Cukai Pendapatan 1967
Majikan bertanggungjawab memaklumkan kepada LHDNM dalam tempoh tiga
puluh (30) hari sebelum tarikh pemberhentian PD sekiranya individu tersebut
akan bersara dan tamat perkhidmatan atau akan meninggalkan Malaysia.
Majikan juga perlu menahan apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada PD
tersebut sehingga SPC dari Cawangan NR diterima bagi pemberhentian
perkhidmatan ini. (Rujukan: Lampiran A)
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
3 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Di dalam SPC menyatakan tarikh akhir pembayar cukai meninggalkan Malaysia
dan jumlah baki cukai yang perlu dijelaskan. Masalah yang wujud di Cawangan
NR adalah, apabila Pegawai Dagang ini telah meninggalkan Malaysia tanpa
menjelaskan tanggungan cukai seperti yang telah dinyatakan dalam SPC
tersebut.
Kegagalan ini dilihat sebagai satu isu yang sangat serius dan perlu ditangani
dengan segera supaya tidak berlarutan kerana implikasinya kepada ketirisan
kutipan hasil negara adalah sangat tinggi. Amaun cukai yang gagal dikutip ini
menjadikan tunggakan hasil LHDNM. Tanggungjawab ini akan menjadi sukar
apabila PD yang telah meninggalkan Malaysia dan tidak dapat dikesan. PD juga
berkemungkinan berhijrah daripada satu negara ke satu negara yang lain. Lebih
merumitkan, tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap PD ini
kerana wujud batas perundangan antara negara.
Kelemahan prosedur pengeluaran SPC ini, memberi laluan mudah kepada PD
ini mengambil sikap sambil lewa dan mengelakkan diri dari membayar cukai
seperti yang telah dinyatakan dalam SPC.
Tindakan kerja sebelum dari ini ialah, Cawangan NR akan berusaha mengesan
alamat terkini PD di luar negara bagi mengeluarkan surat tuntutan cukai yang
masih belum djelaskan. Kenaikan cukai akan dikenakan bagi amaun baki cukai
yang lewat bayar. Sekiranya, tiada maklum balas atau bayaran yang diterima
selepas 3 bulan daripada keseluruhan tindakan pemungutan yang telah diambil,
Cawangan NR akan mengambil langkah seterusnya iaitu tindakan
penguatkuasaan sekatan perjalanan di bawah seksyen 104, ACP 1967 untuk
menyekat pergerakan keluar atau masuk Malaysia. (Rujukan: Lampiran B)
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
4 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Lanjutan daripada permasalahan ini, Nil Clearance telah dicadangkan oleh
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu kumpulan Genovasi bagi
penyelesaian masalah melalui aktiviti KIK, Cawangan NR.
Nil Clearance adalah SPC berbaki kosong yang akan dikeluarkan kepada PD
sebelum meninggalkan Negara bagi menyatakan tiada sebarang hutang individu
tersebut kepada Kerajaan Malaysia. Nil Clearance ini hanya akan dikeluarkan
selepas PD menjelaskan sepenuhnya amaun baki cukai sepanjang
perkhidmatannya di Malaysia. Surat ini akan melepaskan PD tersebut daripada
segala tanggunggan cukai di Malaysia. Kegagalan PD membuat bayaran baki
cukai menyebabkan tindakan sekatan perjalanan akan dikuatkuasakan serta-
merta sebelum PD tersebut meninggalkan Malaysia.
Pelaksanaan tindakan segera seperti ini, memberi permbaharuan kepada
prosedur kerja sedia ada yang dipendekkan dengan tidak mengambil tindakan-
tindakan yang berulang dari aktiviti yang sedia ada termasuk menaikkan
kenaikan cukai, mengeluarkan surat tuntutan atas usaha mengesan PD dan
menghapus cukai atas amaun lapuk dengan memastikan amaun baki cukai yang
belum dijelaskan dapat dikutip sebelum PD meninggalkan Malaysia.
2. OBJEKTIF / TUJUAN
Objektif Nil Clearance ini juga merupakan Transformasi Cawangan NR yang
diperkenalkan bagi tujuan berikut :-
PD ini menjalankan perkhidmatan di Malaysia untuk sesuatu tempoh yang
dipersetujui bersama di antara pekerja dan majikan. Setelah tamat
perkhidmatan, pekerja tersebut akan meninggalkan Malaysia. Justeru,
pengeluaran Nil Celarance ini adalah bertujuan untuk memastikan PD
tersebut menjelaskan hutang negara sebelum meninggalkan Malaysia.
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
5 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
PD akan kembali ke negara masing-masing selepas tamat perkhidmatan.
Terdapat juga PD yang sering berhijrah dari satu negara ke satu negara. Ini
menyukarkan pihak LHDNM untuk mengesan dan menghubungi mereka
bagi tuntutan cukai yang masih tertunggak. Dengan adanya Nil Clearance
masalah PD gagal dikesan selepas meninggalkan Negara dapat
diselesaikan.
Statistik kes SPC yang tidak dapat diselesaikan menunjukkan peningkatan
setiap tahun. Kes-kes yang wujud mempunyai dokumen dan fakta yang
jelas, serta taksiran yang dibangkitkan adalah berasas dan muktamad.
Pengukuran prestasi pengurangan tunggakan hasil adalah berdasarkan
pencapaian Cawangan NR terhadap penyelesaian debit akhir tahun. Ini amat
penting bagi meningkatkan prestasi Cawangan NR mencapai sasaran yang
ditetapkan oleh pengurusan atasan.
Menjadikan LHDNM sebagai sebuah agensi yang menerajui bidang
pengurusan dan penguatkuasaan percukaian bertaraf dunia menjelang
tahun 2020.
Menjadikan perkhidmatan-perkhidmatan LHDNM lebih relevan dan responsif
kepada kehendak pembangunan ekonomi negara.
Memperkasakan bidang-bidang utama perkhidmatan bagi menghasilkan
perkhidmatan dan hasil yang berkualiti .
Membina reputasi dan imej berprestasi tinggi dan positif yang mampu
meletakkan LHDNM antara institusi kerajaan yang terbaik di dalam Negara.
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
6 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
3. ASPEK TEKNIKALNIL CLEARANCE
3.1 SEBELUM
Sebelum perlaksanaan Nil Clearance ini, SPC dikeluarkan kepada
majikan dan PD untuk memaklumkan tanggungan cukai individu tersebut.
Pada SPC tersebut menyatakan jumlah cukai yang terhutang dan tempoh
masa yang perlu diselesaikan. PD dan majikan akan diberi masa untuk
menyelesaikan amaun tunggakan tersebut 30 hari daripada tarikh SPC
tersebut. (Rujukan: Lampiran C)
Sekiranya tiada bayaran yang diperolehi, kenaikan cukai akan dikenakan
sebanyak 10% dari tempoh 30 hari daripada tarikh SPC dan 5% bagi
tempoh 60 hari berikutnya. Surat tuntutan akan dikeluarkan berserta Notis
Kenaikan dibawah seksyen 103, ACP 1967 sebagai peringatan kepada
individu tersebut. (Rujukan: Lampiran D)
Sekiranya bayaran penyelesaian masih belum dibuat, tindakan sekatan
perjalanan akan dikuatkuasakan kepada individu tersebut di bawah
seksyen 104, ACP 1967 di mana individu tersebut akan disekat
perjalanan daripada meninggalkan Malaysia selagi bayaran penyelesaian
belum dijelaskan.
Prosedur lama ini dilihat mengambil tempoh kerja yang panjang dan
melibatkan pelbagai peringkat tindakan dan akhirnya amaun cukai
tersebut gagal dikutip dan menjadi tunggakan cukai kepada negara.
Statistik tunggakan SPC menunjukkan peningkatan setiap tahun, pada
tahun 2012 sahaja, jumlah kes tunggakan SPC adalah sebanyak 1,292
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
7 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
kes dan ini mewakili sebanyak 21.29% daripada jumlah keseluruhan
senarai kes debit akhir tahun di Cawangan NR. (Rujukan: Lampiran E)
Berdasarkan statistik Call Out Centre (COC) bulan Sept 2012, kesemua
36 kes SPC telah dapat diselesaikan melalui inovasi ini dengan kutipan
sebanyak RM 148,618.30.
3.2 INOVASI
Pelaksanaan Nil Clearance telah diambil dengan membuat perubahan
pada aliran kerja semasa dan diselaraskan bagi memastikan inovasi ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kumpulan telah mencadangkan supaya SPC dikeluarkan selepas bayaran
cukai dibuat sepenuhnya oleh individu ataupun majikan. PD harus
menyelesaikan cukai sebelum meninggalkan Malaysia untuk
membolehkan SPC Nil Clearance dikeluarkan.
SPC Nil Clearance menyatakan bayaran cukai telah dijelaskan
sepenuhnya dan PD tersebut tiada sebarang hutang dengan Kerajaan
Malaysia. (Rujukan: Lampiran F)
4. KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN
Kumpulan sasar pengeluaran Nil Clearance bagi PD merangkumi empat (4)
kumpulan iaitu :-
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
8 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
4.1 MAJIKAN
Majikan adalah bertindak sebagai wakil syarikat/individu yang membawa
masuk PD untuk berkhidmat di Malaysia. Mereka bertanggunjawab
menguruskan dalam setiap urusan yang melibatkan PD tersebut.
Pendaftaran nombor rujukan cukai akan dibuat oleh majikan untuk
membuka fail cukai PD yang terlibat. Sekiranya PD berhenti atau tamat
perkhidmatan, majikan bertanggungjawab untuk mengemukakan Borang
C.P.21 (Borang Pemberitahuan Pemberhentian Pekerja) untuk
memaklumkan penamatan perkhidmatan PD mereka di cawangan
LHDNM di mana fail PD tersebut didaftar. (Rujukan: Lampiran G)
Merujuk seksyen 83(3), ACP 1967 Borang CP21 perlu dikemukakan
dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat perkhidmatan untuk pengeluaran
SPC. (Rujukan: Lampiran A)
4.2 PEGAWAI DAGANG SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI
Menjadi tanggunjawab PD untuk melaporkan jumlah pendapatan tahunan
yang diperoleh dan juga memastikan bayaran cukai dijelaskan
sepenuhnya untuk mengelakkan kenaikan cukai dan penguatkuasaan
sekatan perjalanan dikenakan ke atas mereka di atas kegagalan mereka
membuat bayaran penyelesaian cukai. Pelaksanaan Nil Clearance ini,
PD akan lebih bertanggungjawab dan mengambil berat tentang urusan
4.1 Majikan
4.2 Pegawai Dagang sebagai Pembayar cukai
4.3 Pegawai LHDNM
4.4 Pihak berkepentingan (Stakeholders)
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
9 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
percukaian mereka. Seterusnya ia akan memastikan mereka memperolehi
SPC daripada LHDNM sebelum meninggalkan Malaysia untuk
menyatakan bahawa mereka tiada tanggungan cukai sepanjang
perkhidmatan mereka di Malaysia. (Rujukan: Lampiran F)
4.3 PEGAWAI LHDNM
Proses pengeluaran Nil Clearance bagi PD melibatkan tiga (3) unit di
sesebuah Cawangan LHDNM. Aliran unit-unit yang terlibat adalah seperti
berikut:
Bermula daripada pendaftaran fail cukai di Unit Pengesanan dan Khidmat
Nasihat, PD akan diberi nombor rujukan cukai untuk urusan percukaian.
Taksiran cukai akan diaudit dan dikemaskini oleh pegawai di Unit Audit
Meja.
Sebelum pemberhentian perkhidmatan PD, majikan akan memaklumkan
kepada LHDNM dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh
pemberhentian melalui Borang CP21 untuk dapatkan Surat Penyelesaian
Cukai (SPC). Borang CP21 akan dihantar ke Unit Audit Meja untuk
diproses.
Unit Pungutan akan menyediakan Penyata Kedudukan Cukai (PKC)
selepas taksiran cukai Pegawai Dagang ini dikemaskini. PKC, akan
menyenaraikan butiran amaun cukai yang masih belum dijelaskan bagi
setiap tahun dengan lebih terperinci. Unit Pungutan akan memantau
kemasukkan bayaran. Tindakan penguatkuasaan sekatan perjalanan di
bawah seksyen 104 akan diambil 30 hari dari tarikh Surat Arahan
Unit Pengesanan dan Khidmat
Nasihat Unit Audit Meja Unit Pungutan
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
10 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Pembayaran atau tarikh meninggalkan Malaysia; yang mana lebih awal.
(Rujukan: Lampiran H)
4.4 PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDERS)
Laporan statistik daripada pelaksanaan Nil Clearance ini akan membantu
pihak pengurusan atasan untuk mendapat maklumat yang berkaitan
dengan keperluan mereka.
5. PENJIMATAN KOS
Berdasarkan inovasi aliran kerja tersebut, ia telah membolehkan penjimatan kos
utama iaitu Penjimatan Kos Operasi, Penjimatan Masa dan Penjimatan Sumber
Manusia.
5.1 PENJIMATAN KOS OPERASI
5.1.1 Dari aspek penjimatan Kos Operasi, setiap kes tunggakan SPC akan
melibatkan kos sebanyak RM 11.40 bagi pengeluaran:
Notis Kenaikan Cukai di bawah Seksyen 103 ACP 1967 (Rujukan:
Lampiran D),
Surat Tuntutan Cukai (Rujukan: Lampiran I) dan
Penjimatan Kos
Operasi
Sumber Manusia
Masa
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
11 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Surat Penguatkuasaan Sekatan Perjalanan di bawah Seksyen 104
ACP 1967 (Rujukan: Lampiran B).
( Keseluruhan surat / notis merangkumi 19 keping dokumen bagi setiap
satu kes tunggakan SPC )
Berdasarkan statistik Tahun 2012, jumlah kes tunggakan SPC di
Cawangan NR berjumlah 1,292 kes. Ini bermakna jumlah kos yang
terpaksa dibelanjakan untuk 1,292 kes tersebut adalah sebanyak RM
14,728.80.
Setelah inovasi ini dilaksanakan mulai tahun 2013, tiada kos yang
dibelanjakan bagi tindakan di Para 5.1.1 kepada PD.
5.2 PENJIMATAN MASA
Dari aspek penjimatan masa dengan inovasi pengeluaran Nil Clearance
ini dapat menjimatkan sebanyak 1,425 minit bagi satu pengeluaran Nil
Clearance iaitu bersamaan 98.94%.
Ini merujuk kepada pemantauan bagi satu (1) kes debit SPC ;
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
12 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Sebelum
3 hari x 8 jam sehari masa berkerja = 24 jam (bersamaan 1440 minit)
Nota: 3 hari diperlukan bagi penyediaan tindakan seperti di Para 5.1.1 Selepas
15 minit sahaja diperlukan untuk pegawai di Unit Call Out Centre (COC)
membuat semakan lejer, merekod dan mengemaskini fail pembayar cukai.
Peratusan Penjimatan Masa
a) 1440 minit 15 minit = 1425 minit
b) 1425 minit 15 minit x 100%
1,425 minit
= 98.94%
Tiada lagi proses kerja seperti di Para 5.1.1.
Seterusnya, pegawai di Cawangan NR boleh menumpukan kepada tindakan
kerja semasa selainnya seperti kes bantahan dan rayuan cukai.
5.3 PENJIMATAN SUMBER MANUSIA
Selepas pelaksanaan inovasi Nil Clearance, tiga (3) proses kerja di Para 5.1.1
telah dihapuskan.
Pengiraan Penjimatan Pegawai
1, 292 kes x 3 tindakan = 3,876 tindakan
*Setiap pegawai di Unit Pungutan perlu selesai tindakan sebanyak 2,200
tindakan setahun iaitu sasaran tindakan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan
(KPI).
3,876 tindakan / 2,200 tindakan setahun (KPI) = 1.76 ( 2 orang pegawai)
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
13 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Kes tunggakan SPC 2012 telah diselesaikan dan sebanyak 3,876 tindakan telah
di kurangkan dan ini menjimatkan penggunaan 2 orang pegawai di Unit
Pungutan.
Tiada lagi keperluan pegawai di unit pungutan untuk menjalankan tugas seperti
di Para 5.1.1 seperti menghubungi dan mengeluarkan surat tuntutan kepada
majikan atau pembayar cukai untuk menuntut bayaran cukai terhutang yang
dikeluarkan melalui SPC berbaki debit. Pegawai- pegawai tersebut boleh diserap
kepada penumpuan tugas-tugas lain.
6. IMPAK INOVASI KEPADA AGENSI DAN STAKEHOLDERS
6.1 PENINGKATAN TAHAP KEPUASAN KEPADA STAKEHOLDERS
Melalui pelaksanaan SPC Nil Clearance menjadikan proses pengeluaran
SPC lebih cepat dan berkesan di mana ia berupaya memberi satu
perubahan kepada proses kerja sedia ada dengan mengikut keperluan
pelanggan, stakeholder dan negara.
Di dalam skop stakeholders dan negara, proses ini akan menyelami
kehendak, keperluan serta nilai kumpulan-kumpulan berkenaan untuk
memastikan strategi yang dirancang akan benar-benar memenuhi
kehendak mereka. Strategi ini akan mewujudkan inovasi nilai yang
memberikan penekanan setara kepada nilai dan inovasi, tanpa
memfokuskan kepada teknologi baru semata-mata. Inovasi nilai
merupakan cara baru untuk memikirkan dan melaksanakan strategi yang
mencipta pembaharuan dengan menggunakan elemen-elemen baru
dengan kos yang minima.
Antara tindakan yang diambil ialah dengan memperkenalkan satu inisiatif
di mana tindakan prosedur kerja dapat dipendekkkan. Tindakan-tindakan
yang berulang yang tidak penting dari aktiviti yang sedia ada termasuk
menaikkan kenaikan cukai, mengeluarkan surat tuntutan atas usaha
mengesan pembayar cukai dan menghapus cukai atas amaun lapuk, tidak
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
14 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
praktikal dan tidak ekonomik. Inovasi ini berupaya meningkatkan perkara-
perkara yang penting perlu ditonjolkan termasuk meningkatkan
penggunaan standard dan nilai tambah kepada SPC.
Inovasi ini menciptakan perkara-perkara yang baru dan belum pernah
difikir atau ditawarkan oleh pihak lain iaitu memperkenalkan cara
penyampaian perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan berkesan.
Melalui Nil Clearance, tindakan penilaian audit cukai kepada PD dapat
dibuat secara komprehensif, berdisiplin dan sistematik di dalam mentaksir
cukai PD ini sebelum meninggalkan negara. Inovasi ini mampu
mempertingkatkan keberkesanan risiko pemungutan cukai, kawalan serta
membantu organisasi meningkatkan tahap akauntabiliti dan integriti
semasa audit cukai dan pengeluaran SPC dilaksanakan oleh pegawai di
Cawangan NR. Ia juga mampu menambah baik operasi serta memberi
keyakinan kepada PD dan stakeholder mengenai kecekapan pengurusan
cukai negara.
Dalam usaha untuk menjayakan SPC Nil Clearance ini, pegawai audit
mempunyai peranan penting dalam memberikan tindakan maklum balas
yang tepat, cepat dan cekap kepada stakeholders. Ketepatan maklumat
sangatlah penting bagi memastikan PD berpuas hati dan yakin dengan
taksiran cukai yang dibangkitkan kepada mereka. Pendekatan ini memberi
ruang untuk menghasilkan outcome dan impak positif kerana pendedahan
kepada kejayaan kutipan cukai atau sebaliknya boleh menjadi contoh dan
benchmarking kepada cawangan-cawangan lain di LHDNM dan
seterusnya organisasi-organisasi lain yang terlibat dengan PD ini.
6.2 PENINGKATAN FAEDAH KEPADA STAKEHOLDER
Semasa projek Nil Clearance ini dilaksanakan sejak tahun 2012 turut
mengurangkan bilangan aduan yang diterima daripada stakeholder
terutama daripada PD, majikan serta wakil cukai. Bilangan aduan
menurun kepada 562 kes berbanding 980 kes pada tahun 2011, mewakili
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
15 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
penurunan sebanyak 43% (Rujukan: Lampiran E). Aduan yang diterima
merangkumi perkara seperti kelewatan bertindak, tiada tindakan,
kegagalan kuatkuasa, tidak responsif dan tindakan tidak adil.
Sebelum pelaksanaan Nil Clearance, penerimaan aduan di Cawangan
NR meningkat pada setiap tahun kerana PD ini baru sahaja menerima
atau dimaklumkan akan amaun cukai yang tertunggak sedangkan individu
tersebut telah lama meninggalkan Malaysia (melebihi 3 tahun). Kelewatan
makluman ini berlaku kerana pegawai di Cawangan NR menghadapi
kesukaran untuk mengesan alamat PD tersebut di luar Negara. Selain itu,
sumber aduan meningkat apabila PD tersebut disekat oleh Jabatan
Imigresen Malaysia ketika masuk semula ke Malaysia selepas bertahun-
tahun meninggalkan Malaysia. Masalah yang timbul apabila PD tersebut
gagal memberikan kerjasama dan dokumen sokongan pada bantahan dan
rayuan kerana faktor tempoh yang telah lama dan dokumen yang
diperlukan tiada dalam rekod individu tersebut. Situasi ini telah
membuatkan PD merasakan ketidakadilan pada mereka sedangkan
pegawai di Cawangan NR perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
untuk memproses rayuan dan bantahan ini. Tanpa dokumen-dokumen
sokongan tersebut, aduan bantahan tidak dapat diproses dan disemak.
Penurunan aduan ini berpunca apabila SPC berjaya dikeluarkan dalam
tempoh dan sebelum pegawai dagang meninggalkan Malaysia. Ini
berikutan apabila segala bantahan dan rayuan cukai dapat diselesaikan
sebelum individu tersebut meninggalkan Malaysia. Dokumen-dokumen
sokongan yang diperlukan pada bantahan dan rayuan cukai ynag dibuat
dapat diberi kerana masih berada di dalam rekod simpanan PD tersebut.
Pengurangan bilangan aduan dapat meningkatkan persepsi positif
stakeholders terhadap ketulusan pengurusan cukai kerajaan.
Ini juga dapat dilihat di mana pembayar cukai juga berpuas hati dengan
pelaksanaan Nil Clearance ini di mana mereka merasakan selamat untuk
pulang ke negara asal selepas tamat perkhidmatan tanpa perlu risau akan
risiko disekat perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
16 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Pada Surat Nil Clearance akan menyatakan bahawa PD tersebut tiada
apa-apa tanggungan cukai dengan Kerajaan Malaysia dan sekiranya
masih ada wang yang ditahan oleh majikan maka majikan boleh
melepaskan wang tersebut kepada individu tersebut. Secara tidak
langsung, urusan di antara majikan dan PD juga dapat diselesaikan
sebelum individu meninggalkan negara. Inovasi ini juga dapat
menyelesaikan masalah penipuan dan penyelewangan wang pekerja oleh
majikan. (Rujukan: Lampiran F)
6.3 MEMENUHI EKSPEKTASI STAKEHOLDER DENGAN LEBIH EFEKTIF
Nil Clearance merupakan usaha inovasi di peringkat Cawangan NR
untuk meningkatkan kefahaman dan kepatuhan PD dan kumpulan sasar
pada undang-undang percukaian negara dan seterusnya memenuhi
ekspektasi stakeholder. Inovasi ini adalah usaha untuk meningkatkan imej
agensi dari segi sistem penyampaian yang lebih inovatif dalam
menghasilkan perkhidmatan yang dapat memenuhi ekspektasi serta
kepuasan kehendak pelanggan dan stakeholders. Kehendak dan
ekspektasi PD yang semakin meningkat memerlukan pihak cawangan
lebih responsif dalam menyediakan perkhidmatan yang menjurus kepada
keperluan individu yang customised serta memberikan kutipan hasil cukai
yang tinggi untuk pembangunan negara. Di sini, Cawangan NR melalui
SPC Nil Clearance ini menggunakan pendekatan baru dan idea yang
lebih radikal untuk membolehkan LHDNM meningkatkan tahap
penyampaian perkhidmatan agar lebih cekap dan berkesan seterusnya
meningkatkan kutipan cukai negara.
6.4 PENGIKTIRAFAN OLEH PIHAK LUAR CAWANGAN
MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Projek Nil Clearance telah mula dicadangkan melalui pertandingan KIK
sempena Hari Inovasi Tahun 2012 yang telah dianjurkan oleh Pejabat
Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang telah
diadakan pada 12 Oktober 2012. Cawangan NR telah diwakili oleh
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
17 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Kumpulan Genovasi telah berjaya menjadi Johan di peringkat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan melayakkan kumpulan ke Mini
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan,
LHDNM 2012.
MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
PERINGKAT KEBANGSAAN LHDNM TAHUN 2012
Seterusnya, Kumpulan Genovasi bertanding pada Mini Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan LHDNM yang
telah diadakan pada 23 Oktober 2012. Mini Konvensyen ini bertujuan
memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan
membuat penambahbaikan terhadap prosedur dan perkhidmatan sedia
ada di LHDNM. Kumpulan Genovasi sekali lagi mengekalkan Johan
Keseluruhan KIK Tahun 2012 dengan membawa tajuk pojek iaitu Nil
Clearance bagi PD. (Rujukan: Lampiran J)
7.0 KEBERHASILAN DAN IMPAK
7.1 Kreativiti
Memenuhi keperluan semasa
Keperluan semasa dalam memastikan kutipan negara terus meningkat
dari masa ke semasa. Tiada lagi hutang cukai dari PD yang berkhidmat di
Malaysia. Cukai akan dapat dikutip sebelum mereka meninggalkan
negara.
Memudahkan
Urusan kutipan cukai dari PD lebih mudah dan cepat kerana mereka
masih berada di Malaysia dan perlu menyelesaikan cukai sebelum
memperolehi SPC.
Intergrasi dengan pihak luar
Melalui inovasi Nil Clearance ia akan meningkatkan hubungan kerjasama
yang erat bersama Jabatan Imigresen Malaysia melalui kerjasama
pemantauan tunggakan cukai ke atas PD.
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
18 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Hubungan antara LHDNM dengan majikan-majikan PD juga dapat
dieratkan melalui kerjasama menyelesaikan urusan percukaian PD
dengan aliran kerja yang mudah dan jelas.
Kesesuaian untuk pelaksanaan di Cawangan lain.
Inovasi Nil Clearance ini boleh digunapakai oleh semua cawangan di
LHDNM secara terus atau diubahsuai mengikut keperluan masing-
masing. Ini adalah kerana setiap cawangan mempunyai sebilangan PD
yang telah di daftar di bawah cawangan mereka.
7.2 Keberkesanan
Faedah yang nyata
Apabila cukai dapat dikutip sebelum PD meninggalkan negara, ia akan
dapat mengelakkan berlakunya tunggakan hasil dari masa ke semasa dan
seterusnya akan membantu kepada pendapatan negara.
Tahap kepuasan kumpulan sasar
PD berasa lega apabila memperolehi Nil Clearance kerana tiada lagi
hutang cukai dan yakin tidak akan dikenakan sebarang tindakan dan
bebas untuk keluar-masuk Malaysia.
Majikan tidak risau akan dikenakan sebarang tindakan kerana urusan
percukaian PD mereka telah diselesaikan dengan cara yang segera dan
tepat berdasarkan ACP 1967
Inovasi Nil Clearance ini juga akan memudahkan wakil cukai untuk
mendapatkan dokumen sokongan seperti Buku Pasport dan resit-resit
perbelanjaan dalam menyelesaikan cukai pelanggan mereka iaitu PD.
7.3 Signifikan
7.3.1 Keberhasilan yang memenuhi objektif inisiatif
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
19 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
Nil Clearance secara umumnya telah menyumbang kepada pemungutan
kutipan cukai secara efisyen di mana ia amat membantu dalam mencapai
sasaran kutipan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Kualiti
Berdasarkan pelaksanaan inovasi Nil Clearance ia akan memastikan
kutipan yang dibuat tepat, cepat dan memudahkan pegawai dagang
disamping memastikan tiada kehirisan cukai berlaku. Kerja pemantauan
dapat dikurangkan dan secara langsung akan menghapuskan kerja
berulang.
Penjimatan kos, masa dan sumber manusia
SPC Nil Clearance dengan ketara dapat menjimatkan kos, masa dan
sumber manusia seperti yang diperjelaskan di para 5 diatas.
Kepentingan yang nyata
Secara keseluruhannya SPC Nil Clearance dapat menaikkan imej
LHDNM dengan proses kerja yang lebih efisien, tepat dan mudah. Segala
proses kutipan cukai bagi PD dijalankan dengan lebih cepat serta mampu
memberi kesan positif apabila mereka pulang ke negara asal.
7.4 Relevan
Memenuhi agenda Nasional
Objektif utama Nil Clearance dilihat selaras dengan agenda
kerajaan iaitu pengurangan perbelanjaan awam, pembaharuan dan
peningkatan daya pengeluaran dan kecekapan pentadbiran
disamping sistem penyampaian lebih cekap dan efisien.
Mengambil kira persekitaran semasa dan sesuai di peringkat
tempatan/global.
Melalui Nil Clearance kutipan cukai pegawai dagang dapat dikutip
dengan tepat dan ini akan menjadikan hubungan LHDNM dengan
pegawai dagang akan terjalin dengan baik yang secara langsung
menjadikan mereka lebih berminat dan selesa untuk terus kembali
-
ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013
20 GENOVASI Surat Penyelesaian Cukai (SPC)Berbaki Kosong Bagi Pegawai Dagang Nil Clearance
ke Malaysia pada masa akan datang. Ia juga akan menjadikan
Malaysia sebagai negara pilihan untuk warganegara asing melabur.
7.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya inovasi ini dapat memberi impak kepada penghasilan
mutu kerja yang lebih berkualiti di dalam pengeluaran SPC yang
memperlihatkan keperluan dan kepentingan SPC itu sendiri kepada PD yang
akan meninggalkan negara atau bertukar majikan. Secara langsung akan
membantu mengurangkan tunggakan hasil cukai dan seterusnya akan
meningkatkan pendapatan negara secara keseluruhannya.
Inovasi ini juga akan memberi nilai tambah kepada SPC dimana PD akan
berusaha untuk menjelaskan tunggakan cukai sebelum meninggalkan Negara
demi mendapatkan Nil Clearance
Selain itu ianya juga akan dapat meningkatkan kesedaran untuk menunaikan
tanggungjawab dan pematuhan cukai di kalangan PD.
Antara kelebihan lain dengan penggunanan inovasi ini adalah seperti tiada
melibatkan kos tambahan dalam pelaksanaan inovasi, mudah diadaptasi dalam
tugasan kerja harian, tidak melibatkan banyak pihak dalam membuat
keputusan, aliran kerja lebih ringkas dan tepat serta keupayaan memungut
cukai dengan lebih cepat dan berkesan.
Inovasi ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para pegawai di
Cawangan NR seterusnya seluruh cawangan-cawang LHDNM di Malaysia
untuk memperbaiki cara bekerja melalui pelbagai teknik, kaedah dan strategi.
Ia bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah di cawangan tetapi
juga dapat menjana idea kreatif untuk menciptacara kerja baru yang inovatif
bagi menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan LHDNM.