bahasa ibunda secara inklusif dalam pendidikan … · kertas ini akan membicarakan penggunaan...
TRANSCRIPT
1
2
BAHASA IBUNDA SECARA INKLUSIF DALAM PENDIDIKAN
GENERASI Z DENGAN RUJUKAN KEPADA BAHASA MELAYU
Salinah Jaafar
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
Abstrak
Bahasa ibunda merujuk kepada bahasa pertama yang dipelajari oleh seseorang bermula dari
saat dia dilahirkan sehinggalah dia pandai berkata-kata. Atau dengan kata lain bahasa yang
dipelajari dari ibubapa atau orang yang memelihara yang digunakan dalam komunikasi
seharian. Ramai yang mengatakan bahawa mutu pencapaian dan penerimaan pelajar yang
diajar dengan menggunakan bahasa ibunda lebih baik berbanding dengan pendidikan yang
dibuat menggunakan bahasa lain. Generasi hari ini yang telahpun memasuki era generasi Z
sudah tidak lagi terikat dengan penggunaan bahasa ibunda dalam proses pemerolehan ilmu.
Fokus dan tujuan pendidikan mereka juga turut mengalami perubahan sesuai dengan ciri-ciri
dan watak generasi Z itu sendiri. Kertas ini akan membicarakan penggunaan bahasa ibunda
secara inklusif dalam pendidikan generasi Z dengan rujukan kepada Bahasa Melayu.
Kata kunci: Bahasa Ibunda, Bahasa Melayu, Pendidikan, Generasi Z.
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan
rendah dan menengah di Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan jelas mengatakan
bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam semua mata pelajaran di sekolah menengah, dan
kita dapat melihat penubuhan Universiti Kebangsaan yang dirancang berjaya menggunakan
Bahasa Melayu sebagai pengantar di institusi pengajian tinggi atau IPT. Menurut Ketua
Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),
Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam
bahasa ibunda terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah. Merujuk kepada Penyata
Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 tercatat bahawa dalam sistem pendidikan di
Malaysia terbentuk dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem pendidikan kebangsaan
dengan matlamat akhir ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Sejak merdeka negara Malaysia telah menggunakan Bahasa Melayu yang merupakan
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah bertujuan untuk melengkapi
falsafah pendidikan kebangsaan yang berbunyi “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
3
Generasi Z boleh ditakrifkan sebagai generasi muda yang lahir selepas generasi Y atau
generasi millineal yang lahir antara tahun 1995 sehingga kini. Generasi Z dikatakan sebagai
generasi yang amat rapat dengan komunikasi maya dan teknologi. Antara istilah lain yang
digunakan untuk Gen Z ini ialah iGeneration, Gen Wii, Net Gen, Digital Native dan Post
Millineal. Generasi Z dikatakan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang yang berdikari, berminat
dalam keusahawanan, mahir dalam teknologi maklumat. Menurut Annie E. Casey Foundation
(2016) Gen Z adalah terdiri daripada golongan yang bertanggungjawab, lebih penyayang dan
lebih ramai yang mempunyai pendidikan yang tinggi berbanding dengan Gen Y.
FUNGSI BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu di Malaysia wujud dengan mendukung pelbagai fungsi, iaitu:
a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan telah termaktub
dalam dasar pendidikan negara Malaysia. Sesuai dengan kemahiran dan kebolehan generasi Z
dalam dunia teknologi dan internet, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
bukanlah satu masalah. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu
perlu dimantapkan terutama dalam bentuk digital dan atas talian. Menurut perunding
Amerika Sparks & Honey (2014), generasi Z akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 3
jam sehari dengan teknologi selain daripada menyiapkan kerja-kerja sekolah. Sehingga hari
ini pelbagai alat dan aplikasi digital berkomputer telah wujud bagi memenuhi keperluan
generasi Z berkaitan dengan teknologi maklumat dan komputer. Perkara ini perlu diberi
perhatian yang serius oleh pihak kerajaan Malaysia dalam menyampaikan maklumat
menggunakan Bahasa Melayu ini
b) Bahasa Melayu bahasa perpaduan.
Asmah Omar (2008) menyatakan bahawa Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa
kebangsaan atas peranan Bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa pemersatu. Bahasa
pemersatu di sini bermaksud bahasa yang digunakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang
kaum di Malaysia.
Bahasa Melayu bukan saja dipelajari sekadar untuk melayakkan diri masuk ke pusat
pengajian tinggi ataupun sebagai syarat untuk melayakkan diri mendapat bantuan kerajaan,
tetapi sebaliknya harus dijadikan bahasa utama dalam menyatupadukan warganegara yang
berbilang kaum ini. Walaupun Bahasa Inggeris dilihat lebih dominan dalam hal ini, satu
usaha yang jitu perlu dilakukan supaya Bahasa Melayu dapat digunakan dengan baik bagi
menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia, terutama generesi Z.
c) Bahasa Melayu bahasa ilmu.
Dasar bahasa Kebangsaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi
semua sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah dan pengajian
tinggi telah meningkatkan taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Sebagai bahasa
kebangsaan sudah tentunya kerajaan Malaysia mahu Bahasa Melayu juga kekal sebagai
bahasa ilmu dalam kalangan generasi Z.
4
d) Bahasa Melayu bahasa komunikasi.
Kebelakangan ini, generasi Z lebih cenderung untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa
Inggeris, sama ada sesama mereka mahupun dengan ibu bapa. Peralihan penggunaan Bahasa
Inggeris ini sedikit sebanyak juga akan menjejaskan kepentingan Bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi hari ini dan masa hadapan. Perlu ada usaha agar generasi Z ini memiliki
sikap cintakan bahasa supaya mereka terus menggunakan Bahasa Melayu pada masa sekarang
dan juga untuk generasi akan datang. Bahasa merupakan alat perhubungan bagi manusia
menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat.
e) Lingua franca
Bahasa Melayu ialah lingua franca di rantau Melayu dan Indonesia. Sejarah Melayu
menceritakan bahawa para pedagang berusaha untuk mempelajari serta menguasai Bahasa
Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pemimpin dan masyarakat di Tanah
Melayu untuk berdagang.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENDIDIKAN BAGI GENERASI Z
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan merupakan satu matlamat kerajaan
dalam mengekalkan jati diri negara bangsa Malaysia. Dalam hal ini generasi Z juga tidak
terkacuali. Dewasa ini, penggunaan Bahasa Melayu kelihatan agak tergugat dengan
perkembangan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi, pentadbiran dan
pendidikan. Kerajaan tanpa jemu telah menjalankan banyak program bagi memastikan
kelestarian Bahasa Melayu. Pelbagai langkah dan kaedah pelaksanaan telah dibuat oleh
kerajaan Malaysia dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam
pendidikan, terutama sebagai persediaan kepada keperluan generasi Z. Sungguhpun telah jelas
bahawa untuk memandaikan anak bangsa, pengajaran dan pembelajaran haruslah
dilaksanakan dengan menggunakan bahasa ibunda, namun terdapat juga kekangan yang
terpaksa dihadapi disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, antaranya ialah:
Pengaruh Bahasa Inggeris
Pemodenan telah membawa pengaruh globalisasi secara menyeluruh ke seluruh dunia.
Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap Bahasa Inggeris sebagai wadah
kemajuan globalisasi atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula mengabui mata
masyarakat dan penggubal dasar.
Kegagalan menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.
Satu lagi masalah yang menyebabkan merosotnya penggunaan Bahasa Melayu adalah
kegagalan pelajar dan pengajar untuk menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi. Terdapat ramai pelajar terutama pelajar bukan Melayu yang lulus dengan
agregat A+ atau A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu gagal berkomunikasi dengan
menggunakan Bahasa Melayu. Mereka memperoleh gred yang tinggi kerana mereka
fokus terhadap subjek tersebut dan hanya belajar untuk peperiksaan. Kekangan yang
jelas ketara untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam pendidikan ialah kurangnya
tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai Bahasa Melayu dengan sebaiknya.
Abdul Hamid Mahmood (1993) menyatakan Bahasa Melayu itu tidak dapat
dimartabatkan jika guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu tidak
menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Menurut kajian beliau, ramai guru masih
menggunakan dialek setempat semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan
bukannya menggunakan bahasa standard. Budaya berbahasa yang sebenarnya tidak dapat
diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga pengajar tersebut. Ini menyebabkan
golongan pelajar akan mendapat input yang salah dan bercelaru. Hal ini demikian
5
menyebabkan golongan pelajar generasi Z khususnya pelajar Melayu tidak dapat
mempelajari Bahasa Melayu dengan betul.
Selain itu, masalah penggunaan dialek Bahasa Melayu di bilik darjah masih ada
hingga hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar dianggap sebagai orang Melayu
adalah orang Melayu. Misalnya, orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di rumah.
Bahasa Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka.
Bagi kebanyakan pelajar sebegini, Bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan
mereka terpaksa mempelajarinya. Menurut Sufean Hussin (1996 ) mengatakan bahawa di
sekolah murid-murid akan diajarkan aspek tatabahasa di dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia amat penting untuk melahirkan murid yang pintar
berbahasa selain dapat menggunakan tatabahasa dengan betul. Tujuan pengajaran
tatabahasa dijalankan di sekolah adalah untuk membolehkan murid-murid dapat
memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan
menganalisis kedudukannya. Selain itu, ia juga dapat membantu murid-murid bertutur
dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain serta murid dapat
menggunakan frasa dengan jelas dan tepat.
Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Guru-guru
perlu melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Guru-guru tidak
boleh dengan sewenang-wenangnya mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid tanpa
membuat sebarang rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. Ini
bersesuaian dengan zaman sekarang di mana murid-murid perlu menguasai tatabahasa
untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan. Bagi mengatasi masalah ini,
antara langkah yang dimasukkan dalam Dasar pendidikan kebangsaan (2102) adalah
mempertingkat kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui:
i. memperbanyak istilah Matematik, Sains dan Teknologi:
ii. meningkatkan aktiviti sokongan bahasa seperti pertandingan/kempen/
kursus; dan
iii. meningkatkan bantuan dalam pembinaan kapasiti guru seperti munsyi
bahasa/kursus/bengkel dan sebagainya.
Pengaruh Bahasa Slanga
Slanga wujud sebagai satu bentuk kekacauan bahasa. Kekacauan bahasa ini sebenarnya
berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Ismail Jusoh (2000) mengatakan bahawa bahasa
slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata
yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan
istilah-istilah tersebut dalam berkomunikasi. Apabila wujudnya bahasa slanga secara
tidak langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka. Dalam menangani
masalah memartabatkan Bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya menunjukkan
contoh yang baik dalam berbahasa. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan
pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-
lain lagi. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan Bahasa
Melayu tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi
tunggak kepada pembangunan negara.
Kurang buku rujukan dalam Bahasa Melayu.
Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah
kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran
dan pembelajaran yang ditulis dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Dasar mempercayai
budaya orang luar telah menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia. Para
6
penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.
Abdullah Hassan (1987) mengatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan
oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu ialah dengan melantik sebuah
badan berkanun seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahasa Melayu bahasa ilmu tinggi.
Bagi golongan budayawan, budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan
teknologi. Dengan kata lain, Bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan
sebagai pengantar ilmu, bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, bahasa baku dan
bahasa standard.
Usaha memperkasa Bahasa Melayu di IPT adalah menggunakannya dalam situasi-
situasi rasmi dan memupuk semangat cintakannya seterusnya memupuk rasa cintakan
bahasa kebangsaan dalam kalangan generasi Z agar Bahasa Melayu akan terus digunakan
hari ini dan juga pada masa hadapan.
KESIMPULAN
Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan juga harus selaras dengan perkembangan
teknologi maklumat dan digital. Perkara ini amat penting dan harus diambil perhatian yang
serius kerana generasi Z akan lebih tertarik kepada bentuk pendidikan atas talian dan
berbentuk digital, serta dalam bentuk aplikasi komputer dan telefon pintar. Kemajuan
teknologi hari ini sebenarnya banyak memudahkan generasi hari ini dalam melaksanakan
kerja-kerja yang berkaitan dengan pemerolehan ilmu dengan hanya melayari laman web
sahaja. Segala maklumat berkenaan pendidikan dan ilmu dalam Bahasa Melayu perlu
dikemas kini dan diselaraskan sesuai dengan perkembangan zaman moden yang serba canggih
ini. Generasi Z seharusnya menjadi generasi yang mewarisi dan meneruskan penggunaan
Bahasa Melayu pada masa hadapan supaya Bahasa Melayu kekal dan terus digunakan
selamanya. Kajian dan penyelidikan tentang minat dan kecenderungan generasi Z dalam
meneruskan dan memelihara khazanah Bahasa Melayu perlu dibuat dan diperbanyakkan bagi
mencapai hasrat memartabatkan bahasa kebangsaan di persada dunia.
RUJUKAN
Abdullah Hassan , 1987. Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd. Hamid Mahmood, 1993. Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printed (M).
Asmah Haji Omar, 2008. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan, 2006 . Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari Sudut
Pengayaan Khazanah Ilmu. Dalam Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Carole Benson, 2004. The importance of mother tongue-based schooling for educational
quality in Paper commissioned for the EFA Global Monitoring Report 2005, The
Quality Imperative, UNESCO.
Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia.
7
Ismail Jusoh (2000). Bahasa dan Masyarakat. Dalam Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya
Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Junaidi Awang Besar dan Mohd Fuad Mat Jali, 2010. Pemansuhan dasar PPSMI: Tinjauan
daripada persepsi parti politik, ahli akademik dan NGO serta pengalaman di sekolah.
Dalam Jurnal Melayu, halaman 177-197. Bangi: Penerbit UKM.
Juriah Long, 2002. Pendidikan Bahasa Melayu: Antara Hasrat dengan
Perlaksanaan. Bangi: Penerbit UKM.
Kamarudin Kachar, 1989. Pendidikan Dan Masyarakat. Edisi Pertama. Kuala LumpuR: Teks
Publishing sdn. Bhd.
Mohd Amin Arshad , 2005. Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang, Selangor.
Nik Safiah Karim, 2004. Bahasa Melayu Sedekad Yang Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa.
Omar Mohd. Hashim, 1993. Pendidikan Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia – Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tan Yao Sua, (2016). Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa Dalam Sistem
Pendidikan Malaysia. Penang:Penerbit USM.
Who Is Generation Z? Posted June 21, 2016, By The Annie E. Casey Foundation.
http://www.aecf.org/blog/who-is-generation-z/ diakses pada 16 Julai 2017, jam 9 pagi.
Generation Z 2025: The Final Generation. By Sparks and Honey. 2017.
https://reports.sparksandhoney.com/campaign/generation-z-2025-the-final-generation.
Diakses pada 16 Julai 2017, jam 9 pagi
8
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM ERA GENERASI Z
Mawar Safei
Pusat Penyelidikan Bitara Melayu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Nasib Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran yang semakin mendapat perhatian akan
kemerosotan pengambilannya; sama ada di sekolah mahupun universiti di Malaysia.
Mengambil isu dasar kementerian yang diyakini sejak awal adalah dengan terbinanya
dikotomi sastera-sains; perkara yang tidak kurang pentingnya adalah cabaran kaedah
pengajaran sastera yang memberikan kesan ke atas isu berkenaan. Rata-rata mahasiswa terkini
yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam jurusan Kesusasteraan Melayu adalah
dalam kalangan Generasi Z (Gen Z). Justeru tuntutan yang tidak dapat dinafikan adalah
penerimaan mereka terhadap kaedah pengajaran yang disampaikan. Maka perbincangan ini
bertumpu terhadap apa kaedah yang dilihat dapat memperkasa rangsangan dalam pengajaran
mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Pertama, mempertimbangkan khalayaknya merupakan
mahasiswa dalam kalangan Gen Z, maka kaedah pengajaran harus sesuai dengan tuntutan
semasa mereka. Kedua, berangkat daripada kaedah pengajaran, beberapa upaya difikirkan
harus dilihat semula dengan aplikasi terkini. Antaranya secara gunaan daripada Mohamed
Amin Embi (2016) dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dengan merekabentuk
semula pembelajaran menerusi pembelajaran-e (e-learning), pembelajaran mudah alih (mobile
learning), pembelajaran teradun (blended learning), Kursus Atas Talian Terbuka Secara
Besar-besaran (MOOC - Massive Open Online Course) dan media sosial. Ketiga, turut
mempertimbangkan susuk dalaman Kesusasteraan Melayu itu sendiri, harus selalu dilihat dari
sisinya yang sangat komunikatif dengan banyak pihak lain secara intertekstual atau
transdisiplin. Ternyata cabaran pendidikan yang didepani mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu menyangkut beberapa pihak yang harus bersedia melakukan anjakan akal budi dan
kaedah serta ketelusan untuk mendukung bagi menjadikan perjalanan pengajian
Kesusasteraan Melayu lebih terhormat. Akhirnya beberapa kaedah atau upaya itu menjadikan
proses pengajaran dan pengajaran lebih hidup, menumbuhkan kreativiti, dan melahirkan
inovasi.
Kata kunci: Kesusasteraan Melayu, pengajaran dan pembelajaran, anjakan pengajaran,
pendidikan sastera, Gen Z dan pembelajaran
PENGENALAN
Nasib Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran yang semakin mendapat perhatian akan
kemerosotan pengambilannya; sama ada di sekolah mahupun universiti di Malaysia. Bilangan
calon yang mengambil kertas Kesusasteraan Melayu Komunikatif dalam peperiksaan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia misalnya surut daripada 6671 (2013) kepada 5586 (2016).
Mengambil isu dasar kementerian yang diyakini sejak awal adalah dengan terbinanya
dikotomi sastera-sains; perkara yang tidak kurang pentingnya adalah cabaran kaedah
pengajaran sastera yang memberikan kesan ke atas isu berkenaan.
9
Rata-rata mahasiswa terkini yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam
jurusan Kesusasteraan Melayu merupakan kalangan Generasi Z (Gen-Z). Menyitir kembali
apa yang dikemukakan Mohamed Amin Embi (2016) daripada kajian Sladek dan Grabinger
(2013), tentang enam perwatakan Gen Z ini, iaitu:
i. kecenderungan mereka terhadap wang
ii. berminda global dalam konteks berkomunikasi
iii. berkemahiran dalam aplikasi teknologi
iv. teknologi membawa keunikan dalam proses pembelajaran mereka
v. mampu dalam tugasan berbilang
vi. belajar secara visual
Komunikasi mereka banyak melibatkan media sosial dan mereka mempunyai pelbagai
bentuk kemahiran teknologi untuk tujuan tersebut. Penguasaan terhadap teknologi terkini
turut terjelma dalam proses pembelajaran yang dilalui. Justeru menerusi teknologi ini juga
mereka dapat melakukan banyak aktiviti pada satu satu masa. Keakraban mereka dengan
teknologi yang kebanyakannya melibatkan hubungan visual, menjadikan mereka sangat
terpesona dengan apa sahaja termasuk teknik pembelajaran yang menggembleng deria
penglihatan secara optimum. Rentetan daripada ciri perwatakan ini, maka tuntutan yang tidak
dapat dinafikan adalah penerimaan mereka terhadap kaedah pengajaran yang disampaikan.
Maka kaedah pengajaran yang mahu dipilih dan digunakan harus mempertimbangkan ciri-ciri
yang diajukan itu.
Perbincangan ini tertumpu terhadap kaedah yang dilihat dapat memperkasa
rangsangan dalam pengajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu khasnya dalam kalangan
mahasiswa Gen Z. Kaedah itu antaranya mempertimbangkan kekentalan hubungan Gen Z
dengan teknologi dan memanfaatkan apa yang sedia ada dalam mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu itu sendiri.
HASIL KAJIAN
Teknologi dan Pendidikan
Menyedari akan keperluan terkini Gen Z yang berkenaan, maka dalam beberapa situasi sudah
ada upaya menuju jalan mengadun teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Misalnya kursus 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) melibatkan sastera multi media. Tugasan berkaitan grafik, animasi, teks
dan audio-visual.
Sementara di peringkat IPT beberapa usaha menggabungpadukan beberapa kursus
yang melibatkan capahan disiplin ilmu antaranya pengurusan, pendidikan dan teknologi
komputer dengan mempertimbangkan animasi dan digital.Secara khusus perbincangan ini
menumpukan pengajaran dan pembelajaran dengan persekitaran pembelajaran maya (VLE)
ini yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Antaranya proses merekabentuk
semula pembelajaran menerusi pembelajaran-e (e-learning), pembelajaran mudah alih (mobile
learning), pembelajaran teradun (blended learning), Kursus Atas Talian Terbuka Secara
Besar-besaran (MOOC - Massive Open Online Course) dan media sosial (Mohamed Amin
Embi, 2016).
Pembelajaran-e (e-learning), rata-rata menyediakan kandungan pengajaran dan kaedah
pembelajaran secara digital. Misalnya ia diurus melalui sistem pengajaran seperti
menggunakan laman sawang (website), blog atau facebook. Sementara pembelajaran mudah
alih (mobile learning), ternyata merupakan kaedah pembelajaran yang berkesan. Ia
disebabkan sifatnya yang merentasi masa dan tempat (“bila-bila dan di mana-mana”) kerana
10
dapat dijalani secara mudah alih (mobile) dengan menggunakan peranti yang bersesuaian
(telefon pintar atau tablet). Kebanyakan sekarang menggunakan aplikasi yang popular seperti
whatsapp atau telegram.
Pembelajaran teradun (blended learning) berkonsepkan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran secara maya namun masih bergabung dengan kaedah pengajaran bersemuka.
Didapati separuh daripada bilangan IPT di Malaysia, menawarkan lebih daripada 50 peratus
kursus mereka secara atas talian ini (Norazah et. al, 2011). Jelasnya konsep pembelajaran-e,
pembelajaran mudah alih mahupun pembelajaran teradun ini mengambil pertimbangan besar
terhadap (i) penggunaan teknologi digital dalam bentuk komputer dan teknologi internet, dan
(ii) jurang antara pelajar dengan pengajar disebabkan perbezaan masa dan tempat.
Sementara itu Kursus Atas Talian Terbuka Secara Besar-besaran (MOOC - Massive
Open Online Course) pula merupakan selasar (platform) atau sarana yang digunakan dalam
sistem mengurus pembelajaran yang terbuka kepada semua merentasi geografi. Ia melibatkan
bahan dalam talian yang lebih bersifat interaktif misalnya penggunaan video yang dihasilkan
pengajar untuk beberapa siri kuliah yang tidak memerlukan sesi bersemuka diadakan.
Sementara keterlibatan Gen Z dengan media sosial di SNS (laman jaringan sosial, social
network sites), sebahagian besar memperlihatkan hubungan yang erat (Mohamed Amin et.,
2014c). Misalnya dari segi tempoh keahlian mereka di SNS, masa yang diperuntukan dalam
sehari melayari SNS, waktu mencapai SNS, kekerapan SNS dicapai dan pihak mana yang
dihubungi mereka menerusi SNS.
Maka dalam wilayah Kesusasteraan Melayu dengan menggunakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran secara “digital, di mana-mana dan bila-bila” menawarkan bentangan yang
luas, kreatif dan inovatif terhadap pelajar. Mereka berasa lebih diraikan dan dapat menikmati
proses pembelajaran. Kepelbagaian kaedah yang dapat dimanfaatkan, rata-rata tidak
menjemukan atau melihat kesusasteraan sebagai mata pelajaran yang jumud, langka atau
purba sifatnya. Justeru, kesusasteraan dapat ditanggap sebagai mata pelajaran yang hidup dan
praktis seperti sains tulen atau kejuruteraan. Para pelajar lebih rasa bersedia untuk mengikuti
kuliah, turut serta secara aktif dalam perbincangan malah bersedia lebih awal. Misalnya
menggunakan kaedah flipped (Mohamed Amin, 2013) pembelajaran lebih aktif dapat
dilaksanakan. Tugasan dilakukan di i-folio sebelum menghadiri perbincangan. Justeru
pelbagai bentuk aktiviti pembelajaran sama ada penyelidikan, pembacaan, perbincangan
sesama rakan sekelas dapat dilakukan. Kaedah ini akhirnya melahirkan suasana pembelajaran
yang aktif, asli, konstruktif dan kolaboratif.
Intertekstualiti
Menggandingkan kesusasteraan dengan teknologi, sememangnya diharapkan dapat
menambah tingkat minat Gen Z khasnya, namun pengisian mauduk kesusasteraan itu sendiri
harus saja terpenuhkan dengan nilai dan falsafah. Kesusasteraan Melayu pernah didakwa
sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai daya saing. Begitu juga Pengajian Melayu
masa kini “kurang berkembang dan kurang terlihat.”
Fenomena intertekstualiti ini antara lain membicarakan tentang “teks baru” yang
terhasil daripada merujuk “hipoteks.” Rata-rata melaluinya “naratif dan citra baru” dapat
dibangunkan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu juga, terdapat kecenderungan beberapa
pengarang membangunkan “teks baru” berkenaan daripada beberapa teks lain sebelumnya
(hipoteks). Justeru, menerusi kerangka intertekstualiti ini, proses pengajaran dan
pembelajaran merentasi hampir pelbagai genre kesusasteraan dari tradisional ke moden;
rencam pengarang dan jelas sekali melangkaui “teks” sehingga menjelajah penyeberangan
ilmu/disiplin lain. Ia sangat bersifat mendobrak pena’akulan mahasiswa untuk berinteraksi
dengan banyak lapangan. Ia sekali lagi menjadikan proses pembelajaran seperti yang didakwa
Mohamed Amin Embi sebagai “yang aktif, asli, konstruktif dan kolaboratif.”
11
Mengambil contoh novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) sebagai kajian
tugasan pelajar, ia antara lain mempunyai ragam yang menunjukkan bukan saja “teks baru”,
bahkan sisi kebaharuan (novelty). Novel ini dianggap sebuah karya yang monumental kerana
berdiri sebagai novel pertama Anwar Ridhwan pada tahun 1979. Ia dihasilkan bagi menyertai
pertandingan Peraduan Mengarang Novel anjuran Yayasan Sabah-GAPENA II 1979 dan
novel ini menjadi juara. Ia diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Perancis dan
Jepun. Dewan Bahasa dan Pustaka meletakkan novel ini dalam senarai Siri Novel Malaysia
Pilihan Abad 20.
Menerusi lapangan intertekstual, novel Hari-hari Terakhir Seorang Senimankembali
kepada “tradisi” dengan menyitir konsep ‘kampung halaman’ Anwar Ridhwan yang
diungkapkan dalam bukunya Jatidiri Pasca ASAS 50 (2000). Novel ini juga
menawarkansorotan tentang psikologimanusia sertamenghubungjalin kerangka pendidikan
Islam dalam wilayah kesusasteraan Melayu. Senario ini memperlihatkan bagaimana
intertekstualiti dapat menjalinkan siratan pembelajaran dalam kalangan para pelajar antara
Kesusasteraan Melayu dengan kepelbagaian dimensi perspektif. Ini antara letaknya harga diri
dan penakatan Melayu yang dapat disalurkan dalam pemikiran Gen-Z. Sementara itu
menerusi transformasi dari aksara ke visual seperti teater dan filem, malah turut dipindahkan
ke lagu “Orang Tua Bersidi Sakti” (dinyanyikanRamli Sarip)rata-rata memberikan kesan
tarikan minat kepada para pelajar Gen-Z ini. Kerja penyeberangan ini memperkasakan proses
pembelajaran generasi muda.
KESIMPULAN
Perbincangan ini menghilir mudik untuk melihat apakah kaedah yang dilihat dapat
memperkasa rangsangan dalam pengajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Ia
berangkat daripada pertelingkahan yang melihat bahawa mata pelajaran ini tidak lagi dapat
menyahut letusan perkembangan zaman terkini khasnya apabila harus bersaing dengan bidang
sains dan teknologi. Membicarakan isu penakatan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
berkenaan, maka makalah ini turut memanfaatkan sarana teknologi maklumat dengan tuntutan
khalayaknya iaitu Generasi Z. Begitu juga dengan menggembleng muatan dalam
Kesusasteraan Melayu itu sendiri, yang sebenarnya bersifat komunikatif dengan banyak
lapangan lain. Maka penelitian ini berkeyakinan bahawa intertekstualiti dapat dijadikan sarana
yang ampuh dalam upaya tersebut. Justeru, menerusi paduan kedua-dua kaedah ini dapat
diterima dan diabsahkan kedudukan mata pelajaran Kesusasteraan (Melayu) sebagai jurus
ilmu yang sama sekali bermakna, penting dan terhormat.
RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Arshad. 1961. Satu Kajian Terhadap Cerita-cerita RakyatMelayu dengan
Berpandukan “Si-Gembang” Satu Cerita Rakyat dari Kelantan.Latihan Akademik,
Universiti Malaya.
Ali Hj Ahmad et. al., 2003. Kehadiran Unsur-unsur Lama dalam GenreModen. Seminar
Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-3, 23-25September.
Allen, Graham. 1999. Intertextuality. London: Routledge.
Anwar Ridhwan. 2000. Jatidiri Pasca ASAS 50. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.
Awkward, Michael. 1998. Inspiring Influences: Tradition, Revision and Afro-American
Women’s Novel. New York: Columbia University Press.
12
Bakhtin, MM. 1996. The Dialog Imagination. Austin: University of Texas Press.
Clayton, Jay & Rothstein Eric (Ed). 1991. Influence and Intertextuality in Literary History.
Wisconsin: University of Wisconsin Press.
Hashim Awang. 1998. Penciptaan dan Kemanusiaan: Dalam Cerpen dan Novel. Shah
Alam: Fajar Bakti.
Jonathan, Smith et. al. (ed.). 2000. Intertextuality and the Media. Manchester University.
Kamariah Kamarudin, Tengku Intan Marlina Mohd Ali & Mawar Safei. 2016. Takmilah,
Semiotik dan Intertekstualiti dalam Karya Sastera Melayu. Serdang: Penerbit UPM.
Kristeva, Julia, 1980. Desire in Language: A Semiotic Approach to Literature and Art.
Oxford: Basil Blackwell.
Mawar Safei. 2010. Novel Intertekstual Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Saleeh Rahamad & Rozlan Mohamed. 2014. Sastera Teras Negara Bangsa. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Buku Malaysia.
Mohamed Amin Embi, Serge Gabarre, Cecila Gabarre, Afendi Hamat & Rosseni Din. 2014.
Evaluating the Level of Diffusion of Social Networking Sites among Malaysia
University Students. Asian Social Sciences 10(3): 99-111.
Mohamed Amin Embi. 2016. Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sapardi Djoko Damono. 2007. Sastra di Sekolah. Jurnal Sastra dan Budaya. 3(5): 1-11.
13
BAHASA MELAYU DAN MULTIMEDIA DALAM KONTEKS PENDIDIKAN MASA
KINI
Muhammad Saiful Haq Bin Hussin (Ph.D)
Jabatan Bahasa Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan ke atas 43 orang mahasiswa Tahun 3, Semester 2 Sesi 2016/2017 yang
mengambil kursus JBEA3314 Bahasa Melayu dan Multimedia (3 Kredit) sebagai kursus
pilihan pengkhususan di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur. Hasil kajian membuktikan bahawa subjek kajian telah berjaya
mendapat kelulusan yang baik dalam penilaian kursus yang telah diikuti. Hasil pencapaian
subjek kajian memaparkan kelulusan 100 peratus dengan memperoleh gred markah A+ = 9
(20.9%) orang, A = 19 (44.2%) orang, A- = 8 (18.6%) orang, B+ = 5 (11.6%) orang dan B = 2
(4.7%) orang yang purata markahnya berada dalam lingkugan 70 peratus hingga 100 peratus
berdasarkan skim penggredan Universiti Malaya. Hal ini demikian, kerana minat dan motivasi
yang tinggi untuk mendorong mereka menguasai kemahiran multimedia sebagai medium
dalam memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia. Di samping untuk mendapat markah
dan kelulusan yang baik bagi mengumpul Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) semasa
keputusan akhir untuk bergraduasi. Kajian ini penting bagi memperlihatkan bahawa bahasa
Melayu boleh mendepani segala cabaran dalam menempatkan kedudukannya sebagai bahasa
yang dapat ditempatkan sebagai bahasa yang ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’
dengan bahasa lain di dunia. Sekali gus usaha ini dapat membrikan impak kepada usaha
kerajaan untuk Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris
(MBMMBI).
Kata kunci: Bahasa Melayu, multimedia, penilaian kursus, hasil pencapaian
PENGENALAN
Bahasa Melayu telah terbukti bahawa mampu menjadi sebagai bahasa lingua franca (bahasa
perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman berzaman. Fakta sejarah ini
tidak dapat disangkal lagi. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan
antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti
pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari Eropah, Asia Tengah, China dan India.
Bahasa dapat dilihat daripada dua aspek iaitu, bentuk dan fungsinya. Bentuk bahasa
dikatakan sebagai sejumlah ayat atau kalimat yang mempunyai ayat yang tidak terbatas, tetapi
mempunyai jumlah perkataan yang terbatas. Fungsi bahasa pula dianggap sebagai satu
struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-
wenangnya iaitu secara tidak ditentukan atau direncanakan untuk digunakan oleh ahli
sesebuah masyarakat sebagai alat perhubungan. Bahasa juga harus dipelajari bagi
membolehkan seseorang penutur bahasa tersebut dapat memahami setiap ujaran sama ada
daripada sudut makna luarannya mahu pun makna dalamannnya. Oleh hal yang demikian
barulah terhasilnya komunikasi yang menggunakan bahasa sebagai perantaraannya.
14
Salah satu bentuk komunikasi yang berlangsung ialah melalui medium multimedia.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang semakin rancak pada alaf
baharu menyebabkan komunikasi maklumat dalam pelbagai keadaan kian meningkat. Dalam
hubungan ini, tidak dapat dinafikan bahawa pada alaf ini, pelbagai urusan amat bergantung
pada teknologi maklumat termasuklah dunia pendidikan. Oleh sebab itu, masyarakat alaf
baharu dikenali sebagai masyarakat bermaklumat. Segala maklumat telah berada hanya
dihujung jari. Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak
perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih.
PERISIAN KURSUS
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat pada hari ini, terutama dalam bidang
multimedia telah memberi nafas baharu kepada penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan. Melalui teknologi multimedia, pelbagai perisian kursus berbentuk multimedia
dapat dibangunkan melalui penyepaduan pelbagai media, seperti teks, grafik, animasi, video,
audio dan lelaman interaktif, bagi meningkatkan mutu pengajaran. Lebih-lebih lagi, banyak
kajian tentang pengajaran dan pembelajaran berbantukan multimedia didapati lebih berkesan
daripada pengajaran secara tradisional, seperti penggunaan buku teks, carta, kad imbasan dan
alat bantu mengajar yang lain, yang bukan berbantukan komputer.
Kursus pembelajaran Bahasa Melayu dan Multimedia (JBEA 3314) yang dikendalikan
ini merupakan satu kursus yang menarik, efektif dan interaktif. Di samping itu, kursus ini
bukan sahaja memperlihatkan kemahiran dalam bidang multimedia tetapi pada masa yang
sama menghasilkan serta mempamerkan tahap penguasaan bahasa Melayu yang dikuasai oleh
subjek kajian. Hal ini demikian kerana multimedia dalam bidang Teknologi Maklumat
Berkomputer (TMK) hanyalah sebagai salah satu alat penyebaran yang digunakan bagi
menyalurkan maklumat melalui penggunaan bahasa dalam penyampaian maklumat tersebut.
Hasil daripada pembelajaran kursus ini, subjek kajian dapat menghasilkan empat jenis
tugasan. Tiga daripadanya ialah hasil penggunaan perisian Adobe Photoshop CS2 iaitu Poster,
Kad Ucapan dan Kulit Buku serta pilihan lain, manakala karya akhir yang merupakan klip
animasi dihasilkan dengan menggunakan Macromedia Flash 2004 dan Sound Forge 6.0.
Setiap hasil dapat menyediakan kemahiran dan langkah-langkah dalam penghasilannya.
Adobe Photoshop
Adobe Photoshop CS2 ialah satu perisian menyunting imej yang dilengkapi dengan
peralatan dan perintah untuk mengendalikan imej digital atau peta bit. Kemudahan
memperkemas imej, membetulkan warna, penggubahan imej dan sebagainya, juga boleh
didapati. Selain itu, lebih daripada 90 penapis boleh digunakan untuk menghasilkan kesan
yang menarik.
Imej peta bit ialah satu grid segi empat tepat yang terdiri daripada bintik-bintik kecil
atau piksel. Semasa menyunting peta bit, sebenarnya subjek kajian menyunting nilai
warna satu piksel atau sekumpulan piksel.
Perisian menyunting imej berbeza daripada perisian berasaskan vektor seperti Adobe
Illustrator dan Macromedia Free Hand. Bagi perisian ini, objeknya boleh dialih, diubah
saiz atau bentuk, dan dihapuskan secara individu atau berkumpulan, tetapi sentiasa wujud
sebagai objek yang lengkap dan berasingan.
Macromedia Flash 2004
Macromedia Flash2004 merupakan salah satu perisian yang mempunyai keupayaan
beroperasi dalam pelbagai aras penggunaan meliputi perisian pengarangan multimedia
dan halaman web, perisian grafik dan animasi dan juga perisian pengaturcaraan
berasaskan objek. Ianya sering digunakan khususnya untuk membenarkan elemen-elemen
15
multimedia interaktif diintegrasikan ke dalam sesebuah laman web dengan mudah dan
berkesan. Ianya juga mampu mengurangkan kekangan-kekangan sedia ada yang sering
dialami oleh teknologi web yang lain seperti masa pemindahan terima yang panjang,
kualiti paparan yang rendah dan sebagainya.
Kewujudan perisian ini telah menghasilkan satu anjakan paradigma di dalam teknologi
web itu sendiri iaitu perpindahan dari penghasilan laman web yang bersifat statik kepada
laman web yang lebih bersifat dinamik dan hidup. Dengan demikian, Macromedia Flash
pada masa ini telah diterima sebagai pelopor teknologi multimedia interaktif menerusi
web yang paling utama dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Sonic Foundry Sound Forge 6.0
Sonic Sound Forge 6.0 merupakan perisian yang berfungsi sebagai editor serta
penukar format (Converter) terhadap semua jenis audio. Ianya boleh mengedit sesuatu
fail audio dengan memotong, mencantumkan, menambah kesan pada bunyi, menukar
format dan banyak lagi fungsi-fungsi lainnya.
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN KURSUS JBEA3314
Berdasarkan rekod dan soal selidik secara tidak berstruktur ke atas subjek kajian didapati
bahawa kandungan kursus ini banyak memberikan nilai tambah kepada subjek kajian. Antara
lainnya, semasa menjalani kursus Latihan Industri dalam sepanjang tempoh Semester 3 Sesi
2016/2017 di lapangan para pelatih (Subjek Kajian) dikehendaki menjalani latihan secara
amali selama 8 minggu iaitu bermula pada 3.7.2017 hingga 25.08.2017. Subjek kajian
dikehendaki melibatkan diri secara langsung dengan institusi tempat mereka menjalani latihan
tersebut.
Kebanyakan aktiviti dan pengisian yang perlu dilakukan oleh subjek kajian adalah
pengelibatan diri secara aktif dalam kerja-kerja dan melaksanakan tugas diinstitusi berkenaan.
Didapati lebih daripada 80 peratus aktiviti institusi melibatkan kemahiran dalam bidang TMK
dan di sinilah segala pengalaman yang diikuti oleh subjek kajian semasa mengambil kursus
ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyelesaikan tugas harian mereka.
Bagi yang mereka yang sudah bergraduat dariJabatan Bahasa Melayu, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan melibatkan diri dalam dunia pekerjaan juga
memberikan jawapan yang sama apabila diajukan soalan secara tidak berstruktur kepada
mereka. Kebetulan pula rata-rata di antara mereka terlibat secara langsung dalam dunia
pendidikan dan bertugas sebagai guru, begitu juga dengan profesion yang lainnya. Kesemua
bidang tugas yang perlu dipenuhi untuk tujuan bidang tugas pekerjaan mereka didapati perlu
terlibat secara langsung dengan dunia TMK. Oleh hal yang demikian sekali gus segala ilmu
yang ditimba melalui kursus ini dapat dimanfaatkan secara langsung untuk bidang pekerjaan
masing-masing.
16
Maklumat Kursus JBEA3314 Bahasa Melayu dan Multimedia
Rajah 1: Maklumat Kursus JBEA3314 Bahasa Melayu dan Multimedia
Sumber: Buku Panduan Ijazah Dasar Sesi 2016/2017
Kemahiran-kemahiran dalam ketiga-tiga perisian tersebut telah diajarkan kepada subjek
kajian sebelum Tugasan 1, Tugasan 2 dan Tugasan 3 diberikan kepada subjek kajian. Hal ini
diperlukan bagi membolehkan subjek kajian memperoleh maklumat dan kemahiran terlebih
dahulu sebelum menyiapkan tugasan yang diarahkan. Kesemua tugasan wajib dibuat dan
dilalui oleh subjek kajian secara indidividu. Matlamatnya ialah bagi mendedahkan semua
kemahiran yang diperlukan oleh subjek kajian untuk membolehkan subjek kajian
menyelesaikan segala tugasan bagi tujuan penilaian.
17
Jadual Pengajaran JBEA3314 Bahasa Melayu dan Multimedia.
Rajah 2: Jadual Pengajaran Kursus JBEA3314 Bahasa Melayu dan Multimedia
Sumber: Buku Panduan Ijazah Dasar Sesi 2016/2017
Tugasan dan pemberatan markah.
Tugasan 1 (10 %)
Subjek kajian dikehendaki membentang hasil Tugasan 2 dan Tugasan 3 di hadapan bilik
kuliah atau bilik tutorial bagi tujuan mempamerkan hasil dan kreativiti daripada Tugasan 2
dan Tugasan 3 yang telah ditetapkkan. Penilaian pemarkahan diberikan kepada subjek kajian
berdasarkan kepada rubrik yang telah digunapakai untuk tujuan penilaian pembentangan
tersebut.
Tugasan 2 (15%)
Dengan menggunakan kemahiran dalam metafora pengarangan program Adobe Photoshop CS
2 anda dikehendaki menghasilkan 3 (tiga) daripada 5 (lima) perkara berikut :
1. Satu kulit buku.
2. Satu kad jemputan.
18
3. Satu kad ucapan.
4. Satu banner @bunting.
5. Satu poster.
- Gabungan daripada elemen bahasa Melayu dan imej serta gambar yang menarik dan
bertepatan dengan maksudnya sangat dipentingkan.
- Markah akan dinilai berasaskan kepada keaslian dan kekreatifan idea yang dicernakan
oleh pelajar.
- Tarikh akhir penghantaran tugasan anda ialah pada 20.04.2017 (Minggu ke-9).
- Kelewatan penghantaran tugasan boleh menjejaskan markah anda.
- Kerja Kursus hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy.
Tugasan 3 (15%)
Dengan menggunakan kemahiran yang terdapat dalam metafora pengarangan program Sound
Forge 6.0, Adobe CS2 dan Flash Macromedia 2004 berasaskankotak alatan (Toolbox) sofwer
/ perisian tersebut anda dikehendaki menghasilkan dan publish 1 (satu) :
i. lukisan asli dan
ii. paparan secara bebas (animasi atau objek) yang diedit
bertujuan memaparkan pengarangan multimedia hasil gabungan di antara bahasa Melayu dan
multimedia. Kreativiti anda akan diambil kira dalam proses penghasilannya.
Keperluan:
- Gabungan elemen bahasa Melayu lisan dan tulisan boleh dimasukkan.
-Imej dan gambar yang menarik dan bertepatan dengan maksudnya boleh juga
dimasukkan.
- Bunyi muzik dan suara juga dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam hasil pengarangan.
- Markah akan dinilai berasaskan kepada keaslian dan kekreatifan idea yang dicernakan
oleh pelajar.
- Tarikh akhir penghantaran tugasan anda ialah pada 03.05.2017 (Minggu ke-11).
- Kelewatan penghantaran tugasan boleh menjejaskan markah anda.
- Kerja Kursus hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy.
Kesemua tugasan tersebut dikategorikan dalam bahagian Penilaian Berterusan yang
memperuntukkan pdmbdratan markah berjumlah 40 peratus. Kemudian, pencapaian markah
dalam penilaian berterusan ini ditambahkan pula dengan markah peperiksaan akhir berjumlah
60 peratus yang kesemua jumlah markah bagi kursus ini ialah 100 peratus.
19
Subjek kajian kemudiannya diwajibkan menduduki peperiksaan akhir untuk kursus JBEA
Bahasa Melayu dan Multimedia sebagai syarat untuk lulus. Hal ini demikian kerana subjek
kajian dikehendaki mendapat markah lulus bagi kedua-dua bahagian markah tersebut bagi
memenuhi syarat-syarat penilaian bagi subjek kajian yang mengambil kursus ini. Penilaian
akhir melalui peperiksaan akhir dilakukan dengan format soalan subjektif. Soalan ini
memerlukan subjek kajian menjawab 2 daripada 3 pilihan soalan yangmasing-masing setiap
soalannya membawa pemebaratan markah sebanyak 30 markah. Subjek kajian menduduki
peperiksaan akhir pada 10.06.2017 di Dewan 2, Bangunan Peperiksaan, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Kesemua 43 orang subjek kajian yang menduduki peperiksaan akhir terbeut
telah mancapai kelulusan yang baik.
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1: Pencapaian markah peperiksaan akhir Semester 2 Sesi 2016/2017 Bil Subjek
Kajian
Markah (Penilaian Berterusan) Pep.
Akhir
Jumlah
Besar
Gred
Tugasan 1 Tugasan 2 Tugasan 3 Jumlah
1. SK1 10 12 13 35 45 80 A
2. SK2 10 11 11 32 46 78 A-
3. SK3 10 13 15 38 44 82 A
4. SK4 10 12 14 36 57 93 A+
5. SK5 10 13 14 37 36 73 B+
6. SK6 10 13 13 36 37 73 B+
7. SK7 10 13 14 37 39 76 A-
8. SK8. 10 11 11 32 49 81 A
9. SK9. 10 13 13 36 40 76 A-
10. SK10 10 12 13 35 56 91 A+
11. SK11 10 12 12 34 53 87 A
12. SK12 10 13 13 36 41 77 A-
13. SK13 10 14 14 38 48 86 A
14. SK14 10 12 13 35 40 75 A-
15. SK15 10 12 12 34 53 87 A
16. SK16 10 12 13 35 56 91 A+
17. SK17 10 11 12 33 49 82 A
18. SK18 10 11 11 32 52 84 A
19. SK19 10 11 12 33 47 80 A
20. SK20 10 12 14 36 49 85 A
21. SK21 10 12 14 36 29 65 B
22. SK22 10 13 14 37 53 90 A+
23. SK23 10 14 15 39 57 96 A+
24. SK24 10 11 12 33 47 80 A
25. SK25 10 11 11 32 38 70 B+
26. SK26 10 12 14 36 45 81 A
27. SK27 10 12 12 34 39 73 B+
28. SK28 10 14 15 39 48 87 A
29. SK29 10 14 14 38 54 92 A+
30. SK30 10 14 14 38 44 82 A
31. SK31 10 13 14 37 58 95 A+
32. SK32 10 11 12 33 55 88 A
33. SK33 10 11 12 33 53 86 A
34. SK34 10 13 14 37 54 91 A+
35. SK35 10 11 11 32 54 86 A
36. SK36 10 12 13 35 35 70 B+
37. SK37 10 14 14 39 51 90 A+
38. SK38 10 13 14 37 31 68 B
39. SK39 10 12 12 34 53 87 A
40. SK40 10 11 12 33 43 76 A-
41. SK41 10 12 12 34 48 82 A
42. SK42 10 12 12 34 41 75 A-
43. SK43 10 12 13 35 43 78 A-
20
Dapatan kajian membuktikan bahawa kesemua calon mendapat kelulusan dalam penilaian
berterusan dan peperiksaan akhir. Objektif pengajaran juga berjaya melepasi target kelulusan
yang memerlukan lebih daripada 50 pelajar mendapat kelulusan dalam kedua-dua penilaian
yang telah diadakan.
Graf 1: Markah pencapaian subjek kajian
Keputusan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir ke atas subjek kajian menunjukkan
pencapaian yang sangat baik. Subjek kajian yang mendapat markah gred A+ = 9 (20.9%)
orang, A = 19 (44.2%) orang, A- = 8 (18.6%) orang, B+ = 5 (11.6%) orang dan B = 2 (4.7%)
orang. Keputusan ini diharapkan akan terus dapat dikekalkan oleh setiap kohort pelajar yang
mengambil kursus ini sebagai kursus pilihan pengkhususan yang diperlukan sebagai syarat
bagi mencukupkan kredit tidak kurang daripada 125 jam kredit untuk tujuan bergraduasi.
PENUTUP
Bagi terus mempertahankan Bahasa Melayu, masyarakat bahasa tersebut tidak dapat
mempertahankannya dengan hanya menguasai Bahasa Melayu semata-mata. Di samping
mengadakan usaha-usaha yang strategik dan teratur, masyarakat bahasa Melyu juga perlu
menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu menyebarkan maklumat dengan menggunakan bahasa
Melayu dalam era TMK. Dengan mempelajari dan menguasai ilmu TMK daripada tokoh-
tokoh bidang tersebut seperti Bill Gate dan laman-laman seperti Yahoo, Hotmail, MSN dan
lain-lain lagi adalah merupakan satu keperluan kepada usahawan-usahawan daripada
masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat TMK bukan sahaja dalam bentuk persaingan
di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah boleh menjangkau keperingkat yang
lebih global.
Berkebetulan pula subjek kajian yang menerima dan mempelajari ilmu pada masa kini
rata-rata terdiri daripada mereka yang lahir di antara1995 hingga 2010sebagaimana yang
diklasifikasikan dalam Teori Generasi. Mereka lahir dan dibesarkan dalam era dunia digital,
dengan aneka teknologi yang kompleks dan canggih, seperti: komputer atau laptop,
HandPhone, iPads, PDA, MP3 dan MP4 player, BBM, internet, dan aneka perangkat
elektronik lainnya. Sejak kecil, mereka sudah mengenal (atau mungkin diperkenalkan) dan
akrab dengan berbagai gadget yang canggih itu, yang secara langsung atau pun tidak langsung
akan berpengaruh terhadap perkembangan perilaku dan kepribadiannya.
Bahasa Melayu di dalam era TMK perlulah dilihat sebagai satu keperluan dan bekalan
yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang
tulen dan sejati. Pada masa yang sama biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri
masyarakat bahasanya, lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan dan kesejagatan dunia. Jangan
biarkan bahasa Melayu merantau diruang siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya
9
19
8
5
2
0
5
10
15
20
A+ A+ A- B+ B
Bil
angan
sub
jek
Gred
Tajuk: Keputusan Penilaian
21
sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia. Hanya dengan cara ini sahajalah bahasa Melayu
dapat bersaing dengan bahasa-bahasa utama dunia. Semoga kegemilangannya sebagaimana
yang telah dibuktikan melalui catatan sejarah itu dapat dikembalikan. Di tangan Generasi Z
atau generasi masa kinilah dan kemudiannya muncul pula ‘Generation Alpha’nantinya yang
akan melestarikan kesinambungan pengembangan tamadun ilmu berasaskan TMK dan sekali
gus mewakili masyarakat bahasa Melayu dalam usaha pembinaan tamadun bangsanya.
RUJUKAN
Abdul Manaf Bohari. (2005). Isu-isu Profesional ICT di Malaysia, Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd.
David D. Bush. (2003). Digital Photography Solutions, Boston: Muska & Lipman Publishing.
Elizabeth Eisner Reding. (2006). Adobe Photoshop CS 2 Revealed, Printed in China:
Thomson Course Technology, Boston Massachusetts.
Ibrahim Ahmad dan Mazlie Nadzri. (2007). Macromedia Flash 8 Pengenalan, Selangor:
Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2005). Multimedia: Konsep & Praktis, Selangor:
Venton Publishing (M) Sdn. Bhd..
Norazlin Mohamed et.al. (2007). Sistem Multimedia, Selangor: Venton Publishing (M) Sdn.
Bhd..
Tay Vaughan. (2008). Multimedia: Making It Work, Seventh Edition, USA: Mc Graw Hill.
Ibrahim Ahmad dan Mazlie Nadzri. (2007). Macromedia Flash Profesional 8, Selangor:
Venton Publishing Sdn. Bhd.
Laman sesawang / website
http://mccrindle.com.au/resources/whitepapers/McCrindle-Research_ABC-10_Beyond-
Z_Meet-Generation-Alpha_Mark-McCrindle.pdf. Beyond Z: Meet Generation Alpha.
Diakses pada 20.08.2017.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=P
endidikan&pg=pe_01.htm. Bahasa Melayu: Kaedah multimedia dalam P & P lebih
berkesan. Diakses pada 20.08.2017.
Perisian
Adobe Creative CS2
Sound Forge Version 6.0
Macromedia Flash 2004
22
GENERASI Z DAN WARISAN BUDAYA
Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Muammar Ghaddafi Hanafiah, YusmilayatiYunos & Muhd
NorizamJamian
PusatBitaraMelayu
FakultiSainsSosialdanKemanusiaan
UniversitiKebangsaan Malaysia
[email protected], [email protected], [email protected],
ABSTRAK
Kajian ini mengenai generasi Z dengan warisan budaya. Generasi yang lebih dikenali sebagai
generasi digital atau generasi teknologi lebih ke arah penggunaan gajet dalam kehidupan
seharian mereka. Generasi yang banyak menghabiskan masa dengan gajet untuk hiburan dan
pengetahuan. Hal ini menyebabkan keperluan untuk mengetahui sejauh mana golongan ini
memberi tumpuan kepada sumber pengetahuan yang berasaskan warisan budaya sendiri.
Objektif kajian ini mengenal pasti penggunaan gajet di kalangan generasi Z untuk mengetahui
mengenai warisan budaya. Metodologi penyelidikan menggunakan pendekatan etnografi iaitu
kajian lapangan yang berasaskan pemerhatian dan temubual. Kaedah temubual telah
menjalankan beberapa sesi temubual terarah dan berfokus untuk memperolehi maklumat.
Pengumpulan maklumat juga disokong dengan kajian perpustakaan untuk memperolehi latar
kajian serta maklumat yang sesuai dengan kajian. Pengutipan dan pengumpulan maklumat-
maklumat itu telah disaringkan dengan menggunakan teknik analisis kandungan, bacaan rapi
dan wacana sebelum membentuk rekabentuk kajian. Hasil dapatan kajian mendapati di
kalangan generasi Z lebih kecendurangan mengikut pembelajaran secara maya, lebih kepada
bentuk praktikal dan suka kepada uji dan cuba dalam usaha membentuk kepakaran. Hasil
kajian jelas menunjukkan di kalangan golongan generasi Z menerima pembelajaran bersifat
maya selari dengan dunia digital atau siber.
Kata kunci: Generasi Z, teknologi, pembelajaran maya, warisan, budaya
PENDAHULUAN
Perubahan zaman turut membawa bersama dengan perubahan teknologi. Perubahan teknologi
berkembang mengikut kehendak dan keperluan kehidupan manusia. Manusia telah
menghasilkan inovasi mengikuti perkembangan keperluan hidup yang selari dengan
pemikiran dan falsafah manusia itu sendiri. Manusia atau masyarakat mengikut wilayah atau
geografi mula bergerak mengikut perubahan yang dialami untuk membentuk kemajuan
teknologi dari segi maklumat, penghubungan, pengangkutan, pendidikan dan hiburan.
Kemajuan teknologi ini telah mula mempengaruhi ciri-ciri dan perwatakan masyarakat dalam
kelangsungan kehidupan (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff & Muammar Ghaddafi Hanafiah,
2016). Kemajuan dan perubahan teknologi telah melahirkan golongan manusia atau
masyarakat yang amat memerlukan penggunaan internet dan berinteraksi dengan dunia siber.
Kemajuan teknologi maklumat dalam kehidupan manusia atau sesuatu masyarakat
telah menentukan garis atau sempadan dalam pembentukan generasi. Mengikut kajian yang
dilakukan oleh Don Topscott (1999), beliau telah membahagikan demografi penduduk
mengikut perubahan pada teknologi maklumat iaitu segi penggunaan peralatan gajet dalam
kehidupan. Beliau menerangkan generasi bermula pada 1945 dikenali sebagai Pre Baby Boom
23
sehingga generasi lahir tahun 1998 lebih dikenali sebagai generasi Z atau Generation Net.
Generasi Z ini yang menjadi tumpuan kajian yang terkenal dengan gelaran generasi teknologi
atau generasi digital. Generasi yang suka menggunakan peralatan gajet dalam mencari sumber
pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara, peristiwa dan kejadian secara cepat.
Golongan ini lebih suka bergerak lebih cepat, efektif dan efisian berlandaskan kepada
keuntungan masa, tenaga dan perbelanjaan dalam setiap akitiviti dan kegiatan yang hanya
berlaku dalam internet dan dunia siber.
PERWATAKAN GENERASI Z
Perbincangan seterusnya perlu merujuk terlebihi dahulu, siapa generasi Z. Satu generasi yang
lahir dalam dunia digital dan peralatan gajet sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan
teknologi semasa. Setiap generasi dapat menjelaskan suatu zamannya dan begitu juga
individu dapat mengambarkan pengalaman kehidupanya. Menurut Lyn Lancester & David
Stillman (2003), setiap generasi mempunyai personaliti tersendiri. Hal ini bermaksud setiap
zaman generasi manusia atau masyarakat mempunyai kepercayaan, nilai, budaya, perspektif,
kegemaran, kemahiran dan trent personaliti yang berbeza dalam kehidupan. Manusia hidup
dalam zamannya merujuk kepada keperluan dan teknologi pada waktu zaman itu sehingga
manusia secara generasi-generasi sentiasa menghasilkan inovasi mengikut keperluan
kehidupan berdasarkan kemahuan.
Generasi Z banyak dikenali sebagai Gen-Z dalam setiap perbincangan mengenai
perubahan teknologi dan budaya. Perwatakan golongan generasi Z lebih berbeza dengan
generasi sebelum itu, generasi ini lebih suka berdikari dan tanpa pengawasan yang berbeza
dengan generasi Y lebih berkumpulan dan kerjasama dalam segala aktiviti dan kegiatan.
Generasi ini lebih berwatakkan individualistik dalam semua perkara, bagi mereka semua
perkara terdapat dalam gajet dan dunia siber(Mohamed Amin Embi, 2016). Golongan ini
sentiasa merujuk pada World Wide Web dan merasa kepuasan terhadap teknologi internet. Hal
ini disebabkan mereka sudah tidak menganggapkan gajet dan internet suatu yang canggih dan
menakjubkan. Teknologi internet bagi mereka adalah biasa dan normal, mereka lahir bersama
dengan teknologi itu yang sudah adalah generasi mereka. Mereka mengadakan penghubungan
dan komunikasi anatara mereka hanya menerusi internet menyebabkan melahirkan sikap
perwatakan yang mempersona terhadap dunia siber yang banyak mempengaruhi kehidupan
(Mohammad Farid Mohd Ghazali, 2016). Ruang-ruang yang terdapat pada dunia maya atau
dunia siber mewujudkan dan mengemukakan pandangan, pendapat dan perbualan mereka
tanpa bersemuka secara nyata kecuali visual video.
WARISAN BUDAYA
Warisan budaya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu warisan budaya ketara dan warisan
budaya tidak ketara. Bagi warisan budaya ketara mengikut Akta Warisan Kebagsaan 2005
(Akta 645) menyatakan warisan budaya ketara termasuklah kawasan, monumen dan
bangunan. Hal ini warisan budaya, iaitu sesuatu yang tetap dan tidakbergerak. Tindakan
kegiatan yang dilakukan oleh manusia dalam aktiviti ekonomi dan sosial semasa usaha untuk
memenuhi keperluan kehidupan. Kawasan boleh dijelaskan sebagai tempat kediaman yang
dibina oleh manusia sebagai perlindungan. Begitu juga, monumen yang dibina atau didirikan
oleh manusia untuk keperluan hidup. Artifak-artifak dibentuk seperti patung pada masa
dahulu telah menjadi amat bernilai pada masa kini dan masa depan. Bangunan yang dibina
mengikut keperluan dan zaman telah menjadi sesuatu yang amat bernilai dari segi seni bina
dan hiasan ukiran dinding dan tiang bangunan (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, 2015).
Manakala warisan budaya tidak ketara mengikut tafsiran yang telah dibuat melalui
Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (1) adalah
mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui
24
muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian
sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyian
dan muzik, seni mempertahan diri, yang telah wujud atau wujud berhubung dengan warisan
Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia atau berhubung dengan warisan masyarakat
Malaysia (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, 2015).
MEDIA SOSIAL
Kewujudan teknologi jalur lebar atau lebih dikenali internet telah memudahkan lagi
perkembangan perkara yang lain seperti inovasi pelbagai peralatan gajet dan komunikasi lisan
(Robertson, R. 1992). Hasil akibat perubahan teknologi telah melahirkan tekologi media
baharu seperti telifon pintar, komputer bibit, komputer riba dan ipad. Media sosial pula
berkaitan dengan secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk
memyertai, berkongsi dan mencipta isi melalui blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia
siber (Mohammad Farid Mohd Ghazali, 2016). Media sosial adalah sebahagian inovasi yang
lahir daropada penciptaan peralat gajet yang menjadi perantaraan dalam penghubungan maya
atau dunia siber. Penggunaan peralatan gajet media baharu telah menghasilkan aplikasi media
sosial yang penting dan sangat mempengaruhi kehidupan manusia terutamanya generasi
teknologi iaitu generasi Z. Aplikasi merupakan kompenan media baharu yang mempunyai
pelbagai fungsi tertentu mengikut jenis dan keperluan penggunaan aplikasi seperti Facebook,
Twitter, Whatassap, Instragram, Youtube dan Telegram (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff &
Muammar Ghaddafi Hanafiah, 2016)
TEORI MODENISASI
Teori modenisasi yang dikemukakan oleh Aderson, Margaret L. & Taylor, Howard F (2013)
menerangkan suatu proses membabitkan komuniti atau masyarakat dalam pembangunan
kemodenan. Teori ini digunakan untuk menerangkan atau menjelaskan mengenai perubahan
yang berlaku terhadap masyarakat akibat perubahan teknologi yang begitu cepat dan pantas.
Begitu juga digunakan untuk menunjukkan tentang kemajuan atau proses perubahan. Ia
termasuklah dari berbagai-bagai aspek kehidupan dalam masyarakat. Hasilannya ia
mengwujudkan klasifikasi masyarakat iaitu tradisional dan moden.
HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Penggunaan teori modenisasi dapat menerangkan mengenai perubahan teknologi mengikut
keperluan dan kemahuan dalam menghasilkan sebarang kemajuan teknologi. Begitu juga,
penggunaan teori modenisasi lebih terarah dengan maklunat yang diperolehi daripada kajian
lapangan dan perpustakaan serta analisis telah memperolehi hasil dapatan. Teori modenasasi
juga dapat menerangkan mengenai perubahan teknologi yang berlaku terhadap golongan
generasi konvensional kepada perubahan budaya dan teknologi sehingga perkembangan kesan
pada generasi Z. Hasil dapatan ini jelas menjelaskan mengenai siapa golongan generasi Z.
Bagi golongan generasi Z, teknologi internet adalah sesuatu biasa bagi mereka yang lahir
sudah ada teknologi itu. Penggunaan teknologi internet sebagai kesinambungan bagi mereka
berhubungan antara satu sama dalam bentuk yang berbeza dengan generasi sebelum itu. Di
kalangan golongan generasi ini menganggap perkembangan teknologi terutamanya internet
banyak mempengaruhi ciri dan perwatakan mereka dalam membuat keputusan dan lebih
berkreatif.
Kehidupan seharian dengan peralatan gajet dan media sosial amat sukar untuk di
kalangan golongan generasi Z ini memingirkannya. Kehidupan yang sebati dengan dunia
siber atau maya, mereka lebih suka untuk mempelajari pengetahuan tentang teknologi internet
seperti sering kali membuat ujian dan cuba ke atas sesuatu gajet dan aplikasi media sosial
sehingga menguasai kemahiran dan kepuasan terhadapnya. Bagi di kalangan golongan
25
generasi Z, pendidikan boleh dijalankan atau diadakan ruang, tempat dan tidak memerlukan
persekitaran yang khusus dan khas. Pendidikan yang mudah diterima melalui pendidikan
maya berasaskan pengetahuan tentang teknologi sahaja (Nursyarifarahfiqa Mohd Zamri,
2017). Bagi mereka, ini amat sukar untuk menerima pendidikan formal kerana menyekatkan
kreativiti dalam menghasilkan inovasi. Gologan ini memerlukan ruang kebebasan dan peluang
membuat pilihan, perwatakan suka bersendirian dan individualistik serta suka mengambil
keputusan sendiri. Golongan ini menganggapkan pendidikan secara formal amat
membosankan dan menyempitkan perkembangan inovasi mengikut pandangan mereka.
Maklumat yang diperolehi daripada kajian temubual mendapati pendidikan melalui
fomal menurut pendapat di kalangan golongan generasi Z (Amerul Asraf Mohd Yusley,
2017), pendidikan dalam bentuk itu membosankan kerana hanya perlu banyak pembacaan dan
ini memberikan kesan kepada mereka yang sentiasa suka menggunakan media sosial dalam
usaha mencari sumber maklumat walaupun sumber tidak sahih atau diesahkan benar.Mereka
juga berpendapat golongan ini tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan aktiviti yang
dilakukan di sekolah juga turut membosankan. Mereka juga menganggap menganggu privisi
kehidupan, malah mereka tidak suka bergaul di kalangan mereka secara realiti, dan sukar
untuk berkomunikasi dengan baik. Namun,kesukaran ini menyukarkan kepada kalangan
golongan generasi Z untuk mempelajari tetapi pengawalan dan pemantauan daripada ibu bapa
dan pihak sekolah telah dapat membawa kalangan golangan ini ke landasan yang betul
(Mohamad Aniq Mohd. Kamaruddin, 2017).
Media sosial dan aplikasi baharu boleh diinovasikan untuk menghasilkan mengenai
laman portal pembelajaran lehih interaktif dan bervisual. Pembelajaran maya atau digital
secara langsung dapat menarik golongan ini mempelajari mengeni warisan budaya lebih
menyeronakan. Mereka boleh menjelajah, meneroka dan melayarinya melalui pembelajaran
secara interaktif, malah mereka boleh turut serta dalam dunia maya. Penghasilan aplikasi
bentuk pemainan video mengenai warisan budaya sangat menarik perhatian seperti kajian
mengenai tapak budaya boleh menghasilkan grafik digital yang menarik pengguna aplikasi ini
turut serta dalam kajian dalam mencari sumber maklumatnya. Begitu juga, pemainan
tradisional diaplikasi dalam pemainan video. Golongan generasi Z ini dapat mengenali
warisan budaya mereka walau melalui visual video dan melakukan pemainan secara maya
serta digital. Pembelajaran maya juga boleh menggunakan rakaman video dan diperolehi
daripada Youtube. Pembelajaran secara ini dilakukan dengn menggunakan sumber rakaman
video sebelum dimuatturun ke dalam Youtube, pembelajaran dikenali sebagai Kursus Atas
Talian Terbuka (Massive Open Online Course- MOOC) (Mohamed Amin Embi, 2016).
Golongan ini dapat mempelajari sesuatu pengajaran yang sudah dirakam dan boleh digunakan
di mana-mana tempat dan tidak ada terhad masa.
Pembangunan muzium berbentuk maya yang memboleh golongan ini melayari dan
meneroka maklumat mengenai warisan budaya tanpa had dan masa. Warisan budaya ini
diaplikasi ke dalam muzium maya dan boleh interaktif dengan penggunaan aplikasi yang
sesuai dengan teknologi. Pembangunan muzium maya ini dapat memberi warisan ketara dan
tidak ketara dipamerkan malah dapat diaktifkanbersama menggunakan program tertentu.
Penggunaan teknologi seperti ini boleh menarik golongan Z mengenali dan mengetahui serta
memahami mengenai warisan budaya yang mencerminkan identiti dan jatidiri bangsa.
Pembangunan muzium maya yang diisikan dengan pelbagai sumber maklumat warisan
budaya yang terdiri daripada warisan budaya ketara dan tidk ketara. Warisan budaya itu boleh
disentuh, dihasilkan dan berinteraktif dengan objek dalam dunia maya. Penerokaan objek
melalui dunia pemainan maya juga boleh menimbulkan minat ingin mengetahui lebih lanjut
mengenai warisan budaya.
26
KESIMPULAN
Pihak sekarang perlu melihat pada ciri-ciri dan perwatakan golongan generasi Z dalam usaha
untuk mengawal dan penyeliaan. Generasi yang dikenali generasi teknologi atau generasi net
yang sejak berusia kecil telah bersama dengan teknologi moden. Di kalangan golongan
generasi Z yang taksub dengan kefahaman tentang teknologi. Ciri yang suka bersendiri dan
menganggapkan kerja sama atau komunikasi secara lisan amat tidak sesuai dengan mereka.
Oleh itu, inovasi aplikasi media sosial perlu selari dengan bentuk pemikiran dan keperluan
golongan generasi Z. Golongan generasi Z melihat untuk memperolehi sumber maklumat
tentang pengetahuan dan kemahiran terhasil daripada dunia digital dan dunia siber. Hasil
kajian yang diperolehi mengambarkan golongan generasi Z lebih berminat menggunakan
peralatan gajet dan aplikasi media sosial untuk memperolehi maklumat melalui pembelajaran
secara maya. Pendekatan membangunkan laman portal berkaitan warisan budaya dengan
perisian berbentuk maya dan interaktif serta permainan video lebih menambahkan lagi tarikan
minat golongan generasi ini medalam dan mengetahui warisan budaya sendiri.
RUJUKAN
Aderson, Margaret L. & Taylor, Howard F.(2013), Sociology: the essentials. USA:
Wadsworth
Don Topscott. (1999). Growing up digital: the rise of the net generations. McGraw-Hill
Lyn Lancester & David Stillman. (2003). When generations collide: who they are, why the
clash, how to solve the generational puzzle at work. Harper Collins.
Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Muammar Ghaddafi Hanafiah. (2015). Impak media baharu
terhadap sistem nilai masyarakat Melayu di Malaysia. Jurnal Komunikasi. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2015). Undang-undang dan Akta Perlindungan Warisan
Kebudayaan di Malaysia: Satu Analisis Perkembanganya. Doktor Falsafah. Tidak
Diterbit. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohamed Amin Embi. 2016. Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Farid Mohd Ghazali. (2016). Impak media baharu terhadap sosiobudaya dalam
kalangan masyarakat Melayu Pulau Pinang. Latihan ilmiah. Tidak Diterbit. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia
Robertson, R. (1992). Globalization: social theory and global culture. London: Sage
Senarai temu bual:
Nama: Nursyarifarahfiqa Mohd Zamri
Umur: 16 tahun
Jawatan: Pelajar sekolah menengah
Tarikh temu bual: 6 Ogos 2017
27
Nama: Amerul Asraf Mohd Yusley,
Umur: 19 tahun
Jawatan: Pelajar Kolej
Tarikh temu bual: 6 Ogos 2017
Nama: Mohamad Aniq Mohd. Kamaruddin
Umur: 12 tahun
Jawatan: Pelajar sekolah rendah
Tarikh temu bual: 7 Ogos 2017
28
KEHENDAK GENERASI Z DALAM CERPEN TERBAIK 2016 TERBITAN FIXI
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Madiawati Mamat@Mustaffa, Nurhamizah Hashim
& Eizah Mat Hussain
[email protected], [email protected], [email protected], [email protected]
ABSTRAK
Penerbitan Indie di Malaysia telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu
khususnya. Seseorang yang mengaitkan dirinya dengan karya indie selalunya ingin mencari
kelainan, iaitu mereka dapat terlepas daripada kongkongan sistem sosial atau budaya. Penerbit
Syarikat Fixi merupakan antara syarikat penerbit indie yang paling menonjol. Buku-buku
indie mendapat sambutan yang meluas dalam kalangan Generasi Z. Generasi Z merupakan
golongan muda yang lahir pada tahun 1995-2010. Mereka gemar membaca karya indie dan
tidak hairanlah jika penerbitan indie mendapat tempat dalam kalangan Generasi Z. Rentetan
daripada itu, makalah ini mengkaji sebuah karya penerbitan indie yang mendapat tempat
dalam kalangan pembaca. Buku CERPEN TERBAIK 2016 yang diselenggarakan oleh Ainul
Muaiyanah Sulaiman. Buku ini dipilih sebagai teks kajian kerana satu-satunya buku hasil
usahasama Buku Fixi dan Putrajaya International Book Fair. Sebanyak 20 cerpen (termasuk
dua dalam Bahasa Inggeris) yang telah diterbitkan dalam media Malaysia sepanjang 2016.
Buku ini dicetak sebanyak 2,000 unit hanya untuk sekali cetak sempena Pesta Buku Kuala
Lumpur 2017. Kajian ini mengenal pasti pemikiran yang terdapat dalam CERPEN TERBAIK
2017 dan menganalisis pemikiran-pemikiran tersebut. Hipotesis kajian ini melihat bahawa
buku ini mengandungi pemikiran atau persoalan-persoalan yang sesuai dengan kehendak
Generasi Z masa kini.
Kata kunci: Penerbitan indie, Fixi, Generasi Z, Cerpen Terbaik 2016, Ainul Muaiyanah
Sulaiman.
PENDAHULUAN
Istilah indie secara umumnya boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang
inginkan kebebasan daripada sebarang kongkongan autoriti serta mainstrem (majoriti arus
perdana). Definisi ini diketengahkan kerana didapati bersesuaian dengan realiti pembawakan
dan tindakan pendukung indie itu sendiri yang inginkan kebebasan dalam pelbagai bidang
yang diceburi mereka (Muhammad Rashidi Wahab & Siti Nur Hidayah Kusnin, halaman 3
http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/Fenomena%20Buku%20Indie.pdf).
Oleh yang demikian, istilah indie jelas diambil daripada perkataan independent seperti yang
didefinisikan oleh Kamus Oxford (2011: 228) memberi maksud bebas, merdeka dan tidak
bergantung kepada yang lain.
Kebebasan dan keterbukaan seringkali dikaitkan dengan golongan remaja yang sedang
meningkat dewasa. Kebebasan dalam pergaulan, berfikir, bersuara dan tingkah laku menjadi
selalu dituntut terutamanya oleh generasi yang membesar dengan perkembangan teknologi
maklumat. Dunia tanpa sempadan dalam ledakan teknologi maklumat ini telah mengubah
gaya hidup dan gaya fikir generasi hari ini terutamanya Generasi Z.
Oleh yang demikian, penerbitan buku indie di Malaysia telah memberi satu dimensi
baharu kepada masyarakat, terutamanya generasi muda hari ini dalam mengembalikan minat
membaca yang kian hilang suatu masa dahulu. Karya-karya indie dikatakan menyuntik tema
dan pemikiran yang lebih segar dan menepati selera generasi muda, terutamanya Generasi Z
pada hari ini kerana bentuknya yang dikatakan bebas daripada pemikiran arus perdana.
29
GENERASI Z SEPINTAS LALU
Generasi Z dari konteks pembahagian masanya dapat dikenalpasti generasi yang lahir pada
tahun 1995 hingga tahun 2010. Generasi ini juga dikenali sebagai generasi net (iGeneration)
yang menitikberatkan penguasaan teknologi dalam kehidupannya. Hellen Chou P. (2012: 35)
menjelaskan bahawa Generasi Z dikenali dengan generasi digital yang kebergantungan yang
besar kepada teknologi digital.Namun begitu, Tapscott (2008), menjelaskan bahawa generasi
Z adalah golongan yang dilahirkan tahun 1998 hingga 2009. Generasi Z adalah generasi
teknologi. Mereka telah mula melayari internet dan web sejak usia mereka masih belum
bercakap, iaitu dibimbing oleh ibu bapa menggunakan dunia laman sosial sejak kecil lagi.
Generasi yang membesar dengan persekitaran teknologi yang pesat ini sudah tentu
secara tidak langsung mempengaruhi cara berfikir, komunikasi dan tingkah laku dalam
kehidupan seharian. Gajet menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka. Generasi Z
merupakan generasi yang berada dalam lingkungan usia awal remaja dan malah
sebahagiannya baru sahaja mula memasuki alam pengajian di institusi pengajian tinggi.
Mereka ini berbeza daripada generasi terdahulu dari pelbagai sudut. Generasi ini masih berada
pada peringkat evolusi dan dalam fasa mempelajari beberapa perkara dalam hidup (Siti
Mahani binti Muhazir Nazlinda binti Ismail, 2015,
http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf ).
Oblinger & Oblinger, 2005, apabila membincangkan tentang langkah awal memahami
generasi digital ini mengemukakan beberapa ciri yang terdapat pada generasi zaman ini.
Antaranya seperti berikut:
1. Literasi digital, iaitu dibesarkan dengan akses meluas terhadap penggunaan teknologi
dan mengemarkan bentuk visual berbanding dengan teks
2. Selalu berhubung, iaitu mereka tidak dapat dipisahkan dengan peralatan digital yang
menghubungkan mereka dengan dunia luar dan komunikasi alam maya.
3. Pantas/segera (Immediate), iaitu selalu mengharapkan keputusan yang cepat dalam
memperolehi maklumat dan melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa
(multitask).
4. Belajar melalui pengalaman (Experiential) iaitu mereka suka meneroka atau melakukan
sesuatu dengan kehendak sendiri daripada diberitahu untuk melakukan sesuatu perkara.
5. Sosial, sifat keterbukaan dan menerima perbezaan dalam komunikasi atau berhubungan dalam
media sosial, laman web dan permainan (games) dengan orang yang tidak dikenali. 6. Kerja berkumpulan terutamanya dengan rakan sebaya 7. Berstruktur, iaitu sesuatu hal yang dilakukan perlu berjadual dan jelas bagi mencapai matlamat
yang diinginkan. 8. Keterlibatan dan pengalaman, iaitu generasi ini cenderung belajar daripada
pengamatan dan pengalaman yang berorientasikan pengamatan, mencari formula dan
membuat hipotesis serta mengenalpasti peraturan (oriented toward inductive discovery
or making observations, formulatinghypotheses, and figuring out the rules).
9. Visualisasi dan kinesthetic, iaitu generasi yang mementingkan gambar berbanding
teks. Mereka tidak mengemari membaca teks atau arahan yang panjang serta lebih
cenderung tugasan berbentuk grafik’
10. Perkara yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan, mereka percaya bahawa sains
dan teknologi boleh menyelesaikan masalah yang sukar.
Justeru itu, dapat dikatakan bahawa generasi Z ini merupakan golongan yang
mewakili golongan remaja pada hari ini, masih berada dalam peringkat mencari-cari identiti
yang sesuai dengan diri, yang juga dikatakan zaman yang penuh dengan percubaan demi
percubaan yang tertentu sama ada yang akhirnya memberi impak yang positif atau sebaliknya
kepada diri mereka. Kehendak generasi ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Salah satunya
30
dapat dilihat kepada perwatakan atau karekter yang dibawa oleh golongan ini.
Kebergantungannnya kepada teknologi perlu diseimbangkan dengan kebergantungan terhadap
nilai tuntutan asas kehidupan seperti bergaul dan berkomunikasi dalam masyarakat.
Kehendak-kehendaknya perlu dipenuhi bagi melengkapi kehidupan mereka yang seimbang
pada masa hadapan.
KEHENDAK GENERASI Z DALAM CERPEN TERBAIK 2016
Setelah dikenalpasti pemikiran yang sesuai dengan kehendak Generasi Z, maka analisis dalam
kertas kerja ini disesuaikan dengan kehendak tersebut. Kehendak Generasi Zdalam teks
kajian ini dianalisis kepada beberapa tajuk kecil, iaitu Kebebasan Berkarya, Bersikap
Memberontak, Karya sebagai Wahana Luahan Perasaan, dan Gaya Bahasa.
Kebebasan Berkarya
Kebebasan berkarya dalam perbincangan ini diperlihatkan melalui sikap terbuka dalam karya
yang memperkatakan pelbagai isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat. Karya indie yang
menjadi pilihan kebanyakanGenerasi Z dilihat lebih bersikap terbuka dan bebas tanpa perlu
takut atau dikongkong oleh pihak-pihak tertentu dalam memperkatakan sesuatu isu.
Pandangan mereka tentang sesuatu perkara diluahkan dengan penuh berani dalam karya.
Sikap keterbukaan ini adalah kesan daripada aktiviti harian mereka yang terdedah dengan
dunia tanpa sempadan yang pelbagai maklumat dapat ditemui di hujung jari sahaja.
Kebebasan berkarya didapati dalam cerpen “Lelaki Patani Dan Gadis Korea Utara”
yang menyentuh tentang pergolakkan politik yang berlaku di Korea. Dalam cerpen ini
penulisnya, Isma Ae Mohamad secara terbuka mengetengah pergolakkan politik yang berlaku
di Korea.Utara, Penjelasan ini dapat dilihat dalam contoh petikan ini: “Kalau begitu saya nak
sangat ke Korea Utara, nak tengok pemimpin Negara awak jenis diktator atau tidak. Boleh tak
bawa saya pulang ke sana?”
Sikap keterbukaan yang dipaparkan pada watak Aku memperlihatkan penulis berani
memaparkan tentang isu-isu politik yang berlaku di luar negara. Dalam zaman ledakan
teknologi maklumat ini, senario yang berlaku di seluruh dunia mudah dicapai dan diketahui
dengan pantas. Keberanian penulis diteruskan dengan pemaparan situasi kekacauan politik
yang berlaku di Korea Utara, iaitu berlaku situasi cubaan rampasan kuasa oleh pegawai
tentera muda.
Sikap Memberontak
Gaya penulisan buku indie adalah bersifat memberontak dan agresif, luar dari kebiasaan
sastera arus perdana yang terikat dengan etika penulisan dan penerbitan. Contohnya, jika
sastera perdana ialah kota besar, maka karya indie pula adalah kawasan yang menyebabkan
kota tersebut nampak kecil akibat daripada pergerakan mereka meluaskan kawasan
pinggiran.11 Selain dipertikaikan dari sudut penggunaan gaya bahasa, apa yang lebih penting,
kehadiran buku indie telah membawa suatu kejutan budaya dan pemikiran yang sedikit
sebanyak boleh memberi kesan dalam meruntuhkan nilai-nilai keagamaan serta budaya
ketimuran dan mencabar sensitiviti masyarakat tempatan (Muhammad Rashidi Wahab & Siti
Nur Hidayah Kusnin, halaman 4,
http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/Fenomena%20Buku%20Indie.pdf).
Sikap memberontak dapat dikesan dalam cerpen “Pilihan” karya Saat Omar. Kalaulah
manusia mengetahui tentang masa depan. “Aku” didatangi oleh seorang lelaki dari masa
depannya. Lelaki itu memberikan beberapa pilihan kepada aku mengenai jodohnya dengan
dua orang gadis pada masa depan “Aku”. Linda dan Lisa merupakan dua gadis yang akan
menjadi jodoh terhadap masa depan “Aku”. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan mereka
31
tersendiri. “Aku” tidak dapat membuat keputusan muktamad dan mahu berjumpa dengan
gadis-gadis tersebut. Kemudiannya hati “Aku” lebih dekat kepada Lisa.
Ketika “Aku” turut diperkenalkan bakal anak lelakinya bernama Azmi yang
dianggarkan berumur 4-5 tahun. Namun anak lelaki yang telah dikenali ini hanya akan
dimiliki jika “Aku” berkahwin dengan Linda. Jika berkahwin dengan Lisa, maka dia akan
mendapat anak lelaki lain pula. Namun yang menjadikan “Aku” telah menyayangi Azmi
setelah mengenali Azmi. Hal ini menyebabkan “Aku” sukar membuat pilihan. Hal ini dapat
dilihat dalam petikan berikut: “Sejenak berfikir dalam kemelut yang aku cuba huraikan logik
akalnya, aku membuat kesimpulan iaitu: antara aku, Lisa, Linda dan Azmi, kanak-kanak itu
lebih berharga dari semuanya.” (“Pilihan”, 2016: 91).
Hal ini jelas memperlihatkan bagaimana sikap memberontak pada diri manusia yang
diwakili oleh “Aku”. Kadang-kadang tanpa disedari, manusia bersikap memberontak pada
takdir kehidupan mereka yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Hal ini dapat dilihat daripada watak
“Aku” yang jelas memperlihatkan sikapnya yang tidak mahu akur kepada takdir masa depan.
Jika manusia itu mengetahui masa depan mereka, maka sudah tentulah sukar untuk mereka
memilih perkara yang terbaik. Kadang-kadang semua yang disuguhkan kepada mereka dalam
takdir dirasakan terbaik dalam kehidupan mereka sehingga menyukarkan “pilihan” yang
dibuat.
Karya sebagai Wahana Luahan Perasaan
Cerpen “Rumah Rama-Rama” mengetengahkan kesempitan hidup masyarakat di kota raya
yang tinggal di rumah flat. Digambarkan dua watak, iaitu Azli yang masih bujang dan Wazir
yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Watak Azli seorang pegawai operasi
dengan gaji RM2800 dan Wazir yang melakukan dua pekerjaan dalam satu masa, iaitu
penyelia stor dan penjual di pasar malam. Dalam hal ini, kedua-dua watak mempunyai
keinginan untuk memiliki rumah yang lebih selesa dari tempat tinggal sekarang. Namun,
disebabkan kesempitan hidup keinginan mereka tidak dapat dicapai. Malahan bagi mereka
sistem yang diciptakan oleh manusia dalam mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa
tidak adil untuk semua.
Wazir berasa tidak puas hati terhadap sistem yang dicipta oleh manusia yang melanggar
sistem alam semula jadi. Sistem-sistem ini hanya menguntung golongan yang berkuasa
mengambil kesempatan ke atas golongan bawahan yang tidak mempunyai kuasa.
Perbandingan keinginan memiliki rumah seperti rama-rama yang boleh membina
kepompongnya di mana-mana sahaja dan apabila menjadi rama-rama boleh berpindah ke
tempat lain mengikut keselesaan dipaparkan dalam cerpen ini. Dalam konteks ini, rasa
ketidakpuasan hati terhadap kenaikan harga rumah yang tidak mampu untuk dimiliki oleh
golongan sederhana disuarakan. Kenaikkan harga rumah hanya menguntungkan golongan
yang kaya atau berkuasa yang membeli rumah dan menyewakan pula kepada golongan yang
tidak berkemampuan. Oleh itu, cerpen “Rumah Rama-rama” ini merupakan luahan perasaan
terhadap kenaikan harga rumah yang diimpikan oleh setiap orang untuk memiliki rumah yang
selesa.
Gaya Bahasa
Gaya bahasa yang ditonjolkan dalam cerpen Generasi Z lebih bersifat mudah dihayati
pembaca. Namun demikian, terdapat juga cerpen yang mempunyai unsur-unsur yang tersirat
di sebalik cerita yang dipaparkan. Unsur-unsur simbolik jelas diperlihatkan dalam “Pahlawan
Staphylococcus” yang memperlihatkan sikap tidak mudah berputus asa dalam
kehidupan.Cerpen “Pahlawan Staphylococcus” merupakan luahan kehendak generasi Z yang
tidak mudah putus asa dalam menjalani kehidupan. Kisah yang dipaparkan dalam cerpen
tersebut mengenai sejenis virus, iaitu Staphylococcus yang berjuang meneruskan kehidupan di
32
dalam sebuah balang silinder yang terletak di dalam sebuah makmal. Watak virus
Staphylococcus merupakan simbolik kepada sifat-sifat manusia yang berjuang untuk
meneruskan kehidupan.
Seterusnya, sikap tidak berputus asa manusis digambarkan secara simbolik melalui
virus Staphylococcus yang cuba melepaskan diri dari kurungan silinder apabila terdapat
rekahan atau pecahan di dinding selindir. Hal ini merupakan satu luahan perasaan dan nasihat
generasi Z supaya tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam
kehidupan. Dugaan dan cabaran harus diharungi kerana pasti ada jalan penyelesaian bagi
sesuatu masalah yang dihadapi. Dalam konteks ini, seseorang yang tidak mudah berputus asa
akan mencapai kejayaan selepas menghadapai cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
Akhirnya, virus Staphylococcus telah berjaya keluar dari kurungan silinder. Virus
Staphylococcus yang bersaiz mikro mampu menyebarkan serangan penyakit kepada manusia
sehingga sukar diubati. Cerita dalam cerpen ini jelas merupakan simbolik sikap Generasi Z
yang tidak mudah berputus asa. Walaupun Generasi Z merupakan generasi baru, namun
mereka mampu membuktikan kejayaan atau mengharungi kehidupan dengan mencapai
kejayaan dalam kehidupan.
Penulisan cerpen dalam antologi terbaik Fixi ini juga memaparkan gaya bahasa
perbandingan yang sesuai dengan peristiwa yang diceritakan. Namun begitu, gaya bahasa
perbandingan digunakan adalah berbeza daripada gaya bahasa perbandingan yang ditemui
dalam cerpen-cerpen arus perdana yang biasa dibaca. Perbandingan peristiwa atau objek
dilakukan tanpa mengira sensitiviti masyarakat. Misalnya terdapat gaya bahasa perbandingan
seperti “Ayam itu terlentok bagai gadis berahi di dada kekasihnya” (“Seekor Ayam Kuning”,
2016:16).
Pilihan gaya bahasa yang digunakan adalah berbeza daripada yang ditemui dalam
cerpen-cerpen yang biasa dibaca. Berdasarkan contoh tersebut, pemilihan ungkapan-ungkapan
yang digunakan adalah sekadar untuk menarik perhatian pembaca sahaja tanpa
menitikberatkan soal makna dan nilai estetik.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawakehendak Generasi Z dalam Cerpen
Koleksi Terbaik 2016terlihat dengan jelas dari segi kebebasan berkarya, bersikap
memberontak, karya sebagai wahana luahan perasaan, dan gaya bahasa. Hal ini
memperlihatkan bahawa Generasi Z lebih gemarkan penceritaan yang lebih bebas dan gaya
bahasa yang mudah disampaikan walaupun ada kalanya bersifat simbolik. Mereka lebih
mementingkan bahasa yang mudah difahamioleh pembaca dalam karya sastera. Perkara
seperti ini bersesuaian sekali dengan kehendak Generasi Z yang sudah tentu lebih terdedah
kepada arus kemodenan dan perkembangan teknologi yang pesat. Pemikiran mereka agak
berbeza dengan pemikiran generasi sebelumnya, apatah lagi dengan generasi lama yang jauh
perbezaaan usianya. Melalui teks kajian ini, maka dapat diberikan gambaran secara ringkas
bagaimana kehendak Generasi Z tersebut ditemui dalam analisis kajian terhadapkumpulan
cerpen Cerpen Koleksi Terbaik 2016.
RUJUKAN
Ainul Muaiyanah Sulaiman (Peny.). (2016). Cerpen Koleksi Terbaik 2016. Petaling Jaya:
Buku Fixi.
Joyce M. Hawkins. (2011). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Petaling Jaya: Oxford Fajar
Sdn.
33
Hellen Chou Pratama. (2012). Cyber Smart Parenting. Bandung: PT. Visi Anugerah
Indonesia Khotibul Umam.
Muhammad Rashidi Wahab & Siti Nur Hidayah Kusnin. “Laporan Awal: Sorotan Fenomena
Penerbitan Buku Indie di Malaysia”. Diakses dari
http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/Fenomena%20Buku%20Indi
e.pdf pada 28 Ogos 2017.
Oblinger, D.G. & Oblinger, J.L. (2005). Is Ii Age Or IT: First Steps Toward Understanding
The Net Generation, In Educating The Net Generation. Diana G. Oblinger & James L.
Oblinger (Eds.).diakses pada 30 Ogos 2017.
Taspcott, Don. (2008). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your World.
McGraw-Hill.
Sinar Harian, 19 Mac 2016, Diakses dari http://www.sinarharian.com pada 30 Ogos 2017.
Siti Mahani binti Muhazir Nazlinda binti Ismail. (2015). “Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan
Cabarannya”. Diakses dari
http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdfpada 1 September
2017.
34
ETOS MELAYU DALAM PEMBENTUKAN GENERASI Z
Muammar Ghaddafi Hanafiah, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Yusmilayati Yunos &
Muhd Norizam Jamian
[email protected], [email protected], [email protected],
Abstrak
Etos Melayu merupakan sistem nilai masyarakat Melayu.Etos Melayu khasnya dari jenis etos
tradisi menunjukkan nilai-nilai murni bangsa Melayu yang dijunjung oleh masyarakat Melayu
dalam kehidupan seharian sejak turun temurun. Namun kewujudan nilai-nilai ini semakin
terancam dengan kehadiran nilai-nilai baru dunia teknologi yang muncul di samping proses
urbanisasi dan modernisasi.Usaha darimasyarakat Melayu dalam menerapkan nilai-nilai
Melayu tradisi mereka serta membendung dan menyaring kemasukan nilai-nilai baru yang
asing sangat perludilakukan khasnya terhadap generasi Z yang merupakan generasi massa
yang sangat aktif dan paling diberi perhatian waktu ini dalam sistem pendidikan negara.
Generasi Z adalah mereka yang lahir antara 1998-2010.Sekarang mereka berumur antara 7
hingga 22 tahun.Sejak dari lahir mereka sudah berinteraksi dengan kemajuan teknologi maya
berasaskan digital. Mereka amat aktif mengaplikasi teknologi terkini serta tidak terikat
dengan cara komunikasi fizikal. Apa yang dibimbangi ialah berlaku kemerosotan dalam
kemahiran interpersonal khasnya dari kontekspembentukan identiti diri dan keluarga. Oleh itu
dalam penelitian ini etos Melayu ditelusuri untuk megenal pasti nilai-nilai tradisi yang
diperlukan oleh generasi Z agar terbentuk nilai-nilai jati Melayu sejati pada mereka.
Perbandingan dilakukan dengan nilai-nilai murni yang sedang diterapkan kepada mereka di
peringkat persekolahan dan pengajian tinggi dengan nilai-nilai Melayu untuk dilihat
kesejajaran atau sebaliknya.
Kata kunci: Melayu; sistem nilai; jati diri; Generasi Z; nilai-nilai murni
PENDAHULUAN
Rata-rata generasi Z adalah mereka yang berumur antara 7 tahun sehingga 22 tahun.Mereka
merupakan generasi aktif yang menduduki bangku-bangku sekolah dari darjah satu di sekolah
rendah sehingga tahun akhir pengajian peringkat sarjana muda dan yang setara dengannya di
universiti-universiti dalam negara khususnya. Mereka adalah generasi yang paling penting
masa ini untuk diberi perhatian kerana di tahap ini berlaku perkembangan minda, fizikal dan
emosi yang sangat pesat dan berterusan tanpa henti sama ada dalam diri atau kelompok
mereka di tengah-tengah arus masyarakat. Mereka sedang giat berusaha membentuk diri ke
arah menjadi insan yang dapat diharapkan menunjangi kepimpinan negara dan bangsa sedikit
masa lagi. Aspirasi negara terhadap mereka dalam konteks wawasan pendidikan berlandaskan
tuntutan abad ke-21 yang terpadu dalam wawasan 2020 tertumpu kepada lima nilai utama
iaitu ‘Nilai kaya maklumat termasuk sains dan teknologi’, ‘Nilai kekuatan minda (kreatif dan
proaktif)’, ‘Nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)’, ‘Nilai semangat jati diri jaya
diri dan keusahawanan dan nilai ketrampilan’. Menelusuri ke dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dilihat 16 nilai murni tersenarai sebagai nilai-nilai yang perlu diterapkan ke
dalam diri anak-anak di Malaysia semasa berkecimpung di alam persekolahan dan menara
pengajian tinggi iaitu bermasyarakat, baik hati, berdiri, hemah tinggi, hormat, kasih sayang,
keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan,
kesyukuran dan rasional.(Norazri, 2015).
35
EPISTIMOLOGI ETOS MELAYU
Melayu adalah satu nama bagi sebuah bangsa di Nusantara. Tentang siapa dia orang Melayu
tidak perlu dibahaskan lagi kerana sudah banyak diperkatakan.Dalam konteks perlembagaan
Malaysia ditegaskan bahawa ada tiga ciri “Melayu” iaitu seorang yang beragama Islam,
berbahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Laurent (2007) menjelaskan bahawa
Melayu sama ada di Brunei, Malaysia dan Indonesia dapat diletakkan di bawah satu konsep
sahaja iaitu Melayu, Islam Beraja (MIB).
Etos dikatakan berasal daripada perkataan Yunani yang boleh dirujuk kepada maksud
‘sifat’ atau ‘ciri’ sesebuah masyarakat atau komuniti. Di sini, Hanapi (2008) menjelaskan etos
merangkumi semangat, nilai, idea, kepercayaan, pemikiran, falsafah dan pandangan hidup
sesebuah masyarakat.
Etos juga ditafsirkan sebagai pandangan hidup yang khas dari suatu golongan sosial.
Jika ia menyangkut kebudayaan maka ia adalah sifat, nilai dan adat istiadat khas yang
memberi watak kepada kebudayaan suatu golongan sosial dalam masyarakat. Dan, jika ia
menyangkut kerja maka adalah semangat kerja yang menjadi ciri khas dan keyakinan
seseorang atau suatu kelompok. (KBBI)
Dari perspektif budaya, etos adalah nilai atau sistem nilai sesebuah masyarakat.Sistem
nilai pula merupakan salah satu aspek dalam budaya.Bahkan tidak salah sekiranya maksud
etos merujuk kepada keseluruhan budaya itu sendiri.Abdul Razak Haji Ludin (1998)
menjelaskan bahawa apabila memperkatakan tentang etos, bererti berbicara mengenai
kebudayaan sesuatu bangsa atau masyarakat.
Mohd Taib Osman (1975) menjelaskan etos sebagai sistem nilai sosial yang terdapat
dalam sesebuah budaya.Hanapi (2008) mengulas persoalan ‘budaya’ di dalamnya sebagai
suatu yang sudah sinonim dengan etos itu sendiri iaitu nilai, kepercayaan, world view,
semangat dan pemikiran.
Laurent Metzger(2007) menukilkan pendapat Rokeachtentang nilai merupakan
kepercayaan yang lengkap pada seseorang berhubung dengan cara yang harus dilakukan oleh
seseorang atau tidak harus dilakukan. Etos biasanya dapat diperhatikan dengan jelas dalam
wacana tokoh politik, tokoh akademik dan wartawan.
Hashim Haji Musa (2008) menjelaskan nilai ada empat jenis iaitu Nilai Estetika, Nilai
Moral, Nilai Doktrin dan Nilai Budaya.Nilai Estetik adalah nilai yang berkaitan dengan
ukuran rasa keindahan dan kecantikan. Nilai Moral dan etika iaitu standard atau prinsip untuk
mengukur dan menghakimi sama ada perlakuan, pendirian dan tujuan itu wajar atau tidak. Di
sini, pada kebanyakan bangsa, nilai agama dan budaya tidak semestinya akan mempengaruhi
keputusan. Nilai Doktrin termasuk agama dan manifesto politik iaitu berdasarkan
kepercayaan, pendirian dan prinsip-prinsip yang menentukan apa yang patut, boleh dan baik
untuk bertindak dalam lapangan kegiatan yang berkenaan. Nilai Budaya iaitu mengandungi
norma dan peratuuran yang boleh dikuatkuasakan oleh organisasi dan institusi masyarakat
seperti undang-undang, adat istiadat dan sebagainya.
Dalam konteks kajian ini, nilai atau etos Melayu yang difokuskan ialah yang
menyentuh sistem nilai masyarakat Melayu.Secara spesifik, keutamaan nilai sesuatu bangsa
ialah mengetahui nilai-nilai yang diutamakan dalam bangsa itu bukan nilai-nilai khususnya.
Hal ini disebutkan demikian kerana dimaklumi bahawa tidak ada nilai khusus yang hanya ada
pada satu-satu bangsa dan tidak langsung pada bangsa yang lain.
Etos Melayu
Etos Melayu bermaksud nilai-nilai Melayu yang mampu menjelaskan watak asal peribadi
bangsa Melayu kepada dunia luar. Biasanya etos ini sejak turun temurun diadat dan ditradisikan
oleh masyarakat Melayu yang taat. Mereka adalah masyarakat Melayu yang memilikisejarah
peradaban tinggi sebagaimana dikenal oleh bangsa-bangsa lain di dunia sehingga mereka
36
dimulia dan dihormati sejak dahulu kala. Nilai-nilai murni tradisi yang dimiliki oleh mereka
sangat indah dan menarik perhatian. Walaupun demikian, tidak dapat dinafikan tiada bangsa
yang sangat sempurna etosnya. Ada nilai-nilai etos yang disukai dan ada yang tidak disukai.
Namun nilai-nilai utama dalam etosMelayu yang dipilih menjadi lambang kepada keluhuran
jiwa dan keutuhan jati diri bangsa Melayu itu yang tetap dipandang dalam menyatakan siapa
bangsa Melayu. Beberapa kelemahan sikap dan peribadi yang ada pada diri Melayu harus
dilihat pada bagaimana tanggapan bangsa Melayu sendiri terhadapnya sama ada mereka
menyetujui atau tidak. Juga, apakah alasan mereka menerima atau menolaknya sebagai nilai
mereka. Orang Melayu berfalsafah bahawa yang baik diteladani dan yang buruk disempadani.
Hal ini lebih tertonjol apabila Islam menjadi agama dan pegangan hidup yang sekaligus darinya
dipelajari segala jenis nilai kebaikan sejati bagi membentuk jati diri yang paling sempurna dan
agung.
Dalam kajian Metzger (2009) banyak sekali nilai Melayu yang diperkatakannya
menurut pandangan orang luar. Antara paling ketara ialah unsur Melayu Islam Beraja (MIB).
Beliau mengangkat nilai-nilai Melayu berkaitan MIB seperti nilai sistem beraja yang terkait
seterusnya dengan nilai kesahan seorang raja yang dilakukan dalam upacara rasmi pertabalan
atau penobatan atau perpuspaan, nilai penghormatan kepada raja yang adil, nilai kebesaran
tertinggi kepada raja dengan pemakaian gelaran-gelaran kebesaran tertinggi, nilai kedaulatan
raja yang terkait dengan nilai penghormatan kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan nilai
pengakuan kepada kesahan sebagai raja dengan pelbagai cara seperti ketinggian keturunan dan
pengakuan dari kuasa luar.
Metzger juga menyentuh nilai Melayu yang bertapak di kampung sebagai tempat paling
biasa dalam masyarakat Melayu. Nilai paling ketara ialah nilai kesopanan dan kesantunan nilai
suka menerima tetamu, nilai kekeluargaan, nilai berbahasa sopan, besar hati dan berbudi, nilai
berbudi bahasa, nilai gerak gerik yang sopan, nilai merendah diri, nilai mentaati ibu bapa, nilai
menghormati orang tua, nilai beradab, nilai lemah lembut. Selain itu, Metzger mengatakan
tentang nilai-nilai yang tidak baik seperti nilai berat mulut dan nilai lebih mengutamakan bentuk
bukan isi. Juga nilai kurang sopan yang sering dinamakan kurang ajar yang dihina dalam
masyarakat Melayu untuk dijadikan sempadan. Menurut Metzger lagi, nilai Melayu terpapar
pada nilai tertib dan teratur dalam konsep struktur sistem kampung dan seni binaan rumah
Melayu. Nilai Melayu jelas pada nilai tolong menolong, nilai gotong-royong, nilai humor atau
makar, nilai toleransi dan nilai estetika.
Dalam kebimbangan meniti arus abad ke-21 yang pesat ini, sarjana Melayu masih tetap
merenung keperluan membangun dan menerapkan nilai-nilai hati budi Melayu kepada tunas-
tunas anak bangsa Melayu yang sedang dididik. Antaranya Hashim Haji Musa (2008) berusaha
menyenaraikan 26 sifat atau nilai yang diandaikan oleh beliau dapat diperturunkan kepada
generasi terkini iaitu ‘Hidup berteraskan agama Islam’, ‘Pendidikan demi membentuk manusia
yang berilmu, beradab, berbudi, bertakwa dan beramal’, ‘Nilai kerja yang mengutamakan
kesungguhan, kecekapan, kerajinan dan kerukunan bagi manfaat dunia dan akhirat sehingga ke
anak cucu’, ‘Taat dan berkhidmat kepada ibu bapa serta memuliakan mereka’, ‘Setia kepada
ketua yang adil, terpuji dan benar’, ‘Halus budi bahasa dan budi pekerti’, ‘Sentiasa
bermuafakat, bertegang rasa, tolong menolong dan mengutamakan kebajikan umum dan hidup
bermasyarakat’, ‘Hormat dan khidmat dalam pergaulan dan dengan tetamu’, ‘Sederhana bukan
ekstremis dalam tutur kata dan tingkah laku, hemat dan cermat, tidak kasar, keras, militan dan
ganas’, ‘Sangat prihatin tentang harga diri dan maruah yang terjelma dalam istilah “menjaga air
muka” dan “rasa malu yang mendalam”’, ‘Tahu tempat dan letak sesuatu dan diri setiap orang
dan bertindak sewajarnya’, ‘Membela dan mempertahankan kebenaran dan keadilan’,
‘Menanam budi dan membalas budi’, ‘Sifat pemaaf dan pemurah’, ‘Sifat kasih sayang’, ‘Hidup
sederhana’, ‘Ikhlas dan rela berkorban’, ‘Sikap berdikari’, ‘Menghormati hak dan milik’,
‘Kejujuran dan keikhlasan’, ‘Berbaik sangka terhadap sesama makhluk’, ‘Sifat keterbukaan,
37
tidak menyimpan rasa dan curang’, ‘Sifat amanah’, ‘Memanfaatkan waktu, tidak membuang
masa’, ‘Memandang masa depan’ dan ‘Mensyukuri nikmat Allah’.
Hanapi (2008) menjelaskan Etos Tradisi dan Etos Moden dalam masyarakat Melayu.
Etos Tradisi yang masih terpelihara sejak dahulu yang terus kekal walaupun dalam arus
pemodenan ialah nilai-nilai yang berkisar kepada prinsip seperti muafakat, persaudaraan,
kejiranan, kerjasama, tolong menolong, sama rata, setia, berbudi dan malu. Etos Moden Melayu
pula menurutnya dipengaruhi oleh etos moden barat. Oleh itu ia berkisar kepada nilai
kebendaan (materialisme), sekularisme, individualisme dan hiburan (hedonisme) yang meresap
ke dalam kehidupan orang Melayu.
Muammar Ghaddafi dan Mohd Yuszaidy(2017) menjelaskan EtosMelayu tradisi yang
paling menonjol pada diri bangsa Melayu sebagaimana dikenali ramai adalah kuat pegangan
agama, lemah lembut, bersopan santun, berbudi bahasa, pemurah, suka merendah diri,
berwaspada dan berhati-hati, berkata benar, bersabar, tekun bekerja, bekerjasama, bantu
membantu, tolong menolong, bergotong royong, bermuafakat, bersatu padu, mengotakan janji,
berbakti kepada ibu bapa dan memuliakan mereka, menghormati orang yang lebih tua,
memuliakan guru, setia pada raja, taat kepada pemimpin, mematuhi adat bangsa, pemalu,
menjaga maruah diri dan keluarga.
CIRI-CIRI GENERASI Z
Sepertimana telah dijelaskan dalam beberapa kajian terdahulu sepert Zulkifli (2014), Siti
Mahani dan Nazlinda (t.th.), Generasi Z dijuluki dengan pelbagai nama yang menunjukkan
kepada sifat-sifatnya yang ketara iaitu The Silent Generation, iGeneration, Generasi Senyap dan
Generasi Digital. Generasi Z menempati populasi 18 peratus penduduk dunia dan 38 peratus
daripada penduduk Malaysia.
Generasi Z ialah generasi yang melihat teknologi komputer dan internet sebagai tempat
biasa bagi mereka. Mereka mencebur diri dan menghabiskan kebanyakan waktu untuk
menjalinkan perhubungan secara komunikasi maya iaitu melalui World Wide Web secara
aktif.Malah di pejabat mereka lebih senang menggunakan komunikasi maya untuk berinteraksi
dengan rakan-rakan sekerja walaupun ketika sama-sama berada di dalam satu pejabat.
Mereka mampu membina rangkaian perhubungan yang besar tanpa sekatan geografi.
Mereka mudah berhubungan walaupun dengan orang yang tidak dikenali latarbelakang
peribadinya.
Generasi Z sudah terbiasa dengan tindakan segera. Juga, mereka terbiasa mencapai
kepuasan melalui wahana internet. Mereka rata-rata didapati sangat tidak sabar dan mahukan
hasil segera.
Generasi Z kurang biasa dalam kemahiran lisan khasnya dalam pengucapan awam. Mereka
menganggap privasi suatu hal teras dalam kehidupan. Mereka bersikap amat individualistik.
Mereka juga dikatakan menganggap hidup bersama orang lain sebagai suatu pencerobohan
ruang.
Generasi Z dilihat lemah dalam aspek ekspresi. Juga, mereka lemah dalam keyakinan dan
kemahiran interpersonal. Mereka sukar menyesuaikan diri dengan generasi Y dan generasi-
genarasi sebelumnya.Namun mereka memiliki pesona tersendiri tetapi dengan tidak mengikut
norma-norma sosial yang biasa.
Cara Generasi Z memahami kehidupan adalah berbeza dari generasi-generasi sebelum ini
meskipun hakikat kehidupan tetap sama. Situasi ini membawa kepada kesukaran untuk
memahami hati budi antara mereka dan generasi-generasi dahulu. Bahkan lebih menyulitkan
apabila generasi terdahulu dianggap tidak layak oleh mereka untuk memberi nasihat kepada
kalangan generasi Z.
Generasi Z kurang cekap dalam kemahiran mendengar dan melayan dengan baik. Mereka
menganggap pendidikan sebagai bukan satu cara hidup.Mereka lebih mementingkan
38
pengetahuan tentang teknologi danfokus merekaterpusat kepada pembelajaran secara maya,
praktikal dan membina kepakaran daripada cara “uji dan cuba”. Mereka tidak seperti Generasi
Y yang cenderung kepada pendidikan formal.
Generasi Z kurang fokus kepada aspek-aspek dan nilai-nilai kekeluargaan. Mereka kurang
bersemuka dan berkumpul dengan sanak saudara dan kerabat kerana cukup dengan komunikasi
maya jarak jauh yang lebih berkesan dari cara generasi terdahulu.
Generasi Z memainkan peranan yang minimum dalam kehidupan. Generasi Z percaya
bahawa lelaki dan wanita punya hak sama rata.
Generasi Z mempunyai pendapat dan prinsip yang jelas. Mereka menerima fakta-fakta yang
konkrit dan beralasan kukuh.
PERBINCANGAN
Melihat kepada ciri-ciri Generasi Z yang diangkat di atas serta membandingkan antara gagasan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang membawa 16 nilai murni serta lima nilai keutamaan
dalam Wawasan Pendidikan dengan segala nilai yang dibahaskan dalamwacana Etos Melayu
dalam lingkungan kajian ini sahaja, dapat dirasakan betapa perlu diambil langkah meneliti
segala aspek Etos Melayu untuk membentuk Generasi Z Melayu. Hal ini demikian adalah
kerana nilai-nilai yang diterapkan sekarang yang terangkum dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Wawasan Pendidikan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi ialah nilai-nilai
beridentitikan kebangsaan Malaysia yang berhasrat melahirkan Generasi Z berkebangsaan
Malaysia. Ini bermaksud pembentukan Generasi Z berjatidirikan Melayusebenar dengan nilai-
nilai murni Melayubelum serius dilaksanakan.
Sebagai penjelasan 16 nilai murni yang diterapkan melalui Falasafah Pendidikan
Kebangsaan, meskipun merupakan nilai-nilai yang cukup baik tetapi pada hakikatnya ia bukan
dari acuan nilai-nilai Melayu semata-mata dan bukan bermatlamat menzahirkan identiti
Melayu lebih dari identiti kebangsaan. Hal ini demikian adalah kerana dikatakan 16 nilai
murni tersebut dibentuk dari paduan nilai-nilai baik yang wujud dalam pelbagai agama dan
ras di Malaysia. Hal ini tidak perlu dihairankan kerana nilai-nilai tersebut diadunkan
sedemikian untuk tujuan pembentukan Generasi Z warga berkebangsaan Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama. Ia bukan dikhususkan untuk anak-anak
Melayu dan bukanuntuk menzahirkan ciri-ciri kemelayuan pada bangsa Melayu.
Oleh yang demikian, sebagai orang Melayu, mereka harus kembali meneliti etos atau
sistem nilai Melayu yang memiliki nilai-nilai tersendiri. Bahkan secara mendasar apabila
meneliti pandangan orang Melayu terhadap diri mereka sendiri jika mahu dinilaikan orang,
maka mereka lebih menyukai jika dinilaikan denganungkapan ‘budi’ seperti budiman, budi
pekerti dan budi bahasa. Konsep budi yang meluas pada kefahaman bangsa Melayu harus
didalami maksud dan interpretasinya supaya dapat diterap dan dijanakan menjadi menifestasi
Melayu yang unggul serta mampu merentas zaman dan pancarobanya tanpa terjejas
sedikitpun jati dirinya.
KESIMPULAN
Masyarakat Melayu memiliki sistem nilai yang disebut etosnya yang tersendiri. Pembentukan
etos ini dipengaruhi oleh persekitaran, kepercayaan, pandang alam dan falsafah kehidupan yang
menjadi pengukur kepada pertimbangan dan keputusan serta kewajaran tindak tanduk dalam
kehidupan bermasyarakat. Meskipun tidak dapat mengelak dari bermasyarakat dengan kaum
dan bangsa lain yang berlainan dalam satu negara, identiti kemelayuan mereka tidak harus sirna
dan berubah secara total. Ada yang harus dikekalkan dan ada yang harus dibaiki atau
ditingkatkan mutunya. Namun nilai-nilai yang menjadi tunggak keunggulan bangsa Melayu
seharusnya diperjuang dan dipertahankan dalam bentuk aslinya dari segala aspeknya.
39
RUJUKAN
Hanapi Dollah. 2008. Etos Melayu. Dlm. Anwar Omar Din (pnyt.).Asas Kebudayaan dan
Kesenian Melayu, Cetakan Kedua, Penerbit UKM.
Ismail Hamid. 1991.Masyarakat dan Budaya Melayu, Edisi ke-2, Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hashim Haji Musa. 2008. Hati Budi Melayu Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad Ke-21,
Serdang; Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Laurent Metzger. 2009. Nilai-Nilai Melayu Satu Sudut Pandangan Orang Luar. Terj. Tanjung
Malim; Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Muammar Ghaddafi bin Hanafiah & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff.2017. Etos Melayu.Etos
Melayu. PPBKKM.
Siti Mahani binti Muhazir Nazlinda binti Ismail, t.th. Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan
Cabarannya. http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf
Norazri Bin Mohd Zaidin, 2015.Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar Di Kolej Kemahiran Tinggi
Mara. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia
Zulkifli bin Marzuki. 2014. Blog Rasmi JPBDSM. Perbezaan Antara Generasi Menjadikan
Setiap Dari Kita Istimewa. http://blog.townplan.gov.my/?p=7606
40
CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KESENIAN MELAYU
DALAM ERA GENERASI Z
Maizira Abdul Majid, Nur Yuhanis Mohd Nasir, Nor Azlin Hamidon & Mohammad Nazzri Ahmad
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
[email protected], [email protected], [email protected], [email protected]
ABSTRAK
Kesedaran terhadap peri pentingnya untuk memartabatkan bidang kesenian Melayu yang
bersifat tradisional dan pada masa yang sama menerima perubahan zaman, pihak Jabatan
Kesenian Melayu dengan sokongan daripada pengurusan APM sentiasa mengemas kini
kandungan kursus serta menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam zaman
teknologi kini. Transformasi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan sejajar dengan
zaman teknologi maklumat yang tiada sempadan, maklumat diperoleh dengan mudah dan
pantas. Oleh yang demikian, dalam mendepani arus teknologi yang semakin canggih ini,
kaedah pengajaran dan pembelajaran hari ini juga dilihat berubah selari dengan
perkembangan tersebut. Pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Kesenian Melayu, Akademi
Pengajian Melayu juga tidak ketinggalan mengalami perubahan sehingga era generasi Z.
Makalah ini akan meneliti kursus-kursus di Jabatan Kesenian Melayu serta transformasi
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan pada peringkat Jabatan Kesenian Melayu,
Akademi Pengajian Melayu dan cabaran transformasi tersebut terhadap generasi Z khususnya.
Kata kunci: Cabaran, pengajaran dan pembelajaran, Generasi Z, Jabatan Kesenian Melayu.
PENGENALAN
Cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya di peringkat universiti
dilihat semakin hebat. Tidak lagi sebagaimana 20 tahun lalu yang banyak bergantung kepada
buku dan diskusi melalui kuliah dan tutorial sebagai panduan utama proses mengajar dan
belajar. Justeru, sistem P&P tidak boleh lagi berada di takuk lama. Penggunaan teknologi
perlu bersesuaian dengan keperluan generasi muda masa kini. Penyampaian ilmu yang lebih
cepat dan segar melalui kaedah P&P yang tidak membosankan adalah penting untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Perkembangan pesat dalam teknologi
maklumat dan komunikasi pada abad ini membuka lebih ruang untuk pengintegrasian
pelbagai aplikasi dalam memperkasa sistem pembelajaran di peringkat pengajian tinggi
khususnya. Proses P&P boleh dilaksanakan secara maya atau dalam talian melalui pelbagai
peranti (gadget) seperti komputer, tablet, dan telefon pintar. Malah pelbagai perisian kursus
pembelajaran (courseware) dibangunkan untuk “mengglobalisasikan” ilmu ke seantero dunia.
Namun dalam keghairahan penggunaan teknologi terkini, wujud pelbagai cabaran
dalam membentuk modal insan yang cemerlang. Tidak dinafikan bahawa penggunaan
teknologi yang canggih mempunyai kesan yang positif dalam P&P tetapi pada masa sama,
komunikasi secara alamiah menjadi semakin terhad. Pelaksanaan P&P di Jabatan Kesenian
Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM) menekankan kedua-dua kaedah konvensional
dan moden, iaitu P&P secara bersemuka melalui kuliah-tutorial dan juga melalui secara dalam
talian.
41
MENGENALI GOLONGAN PELAJAR GENERASI Z
Merancang suatu program pengajian untuk ditawarkan oleh sebarang institusi pengajian
bukan suatu perkara mudah, sebaliknya mengambil kira pelbagai faktor berdasarkan kepada
golongan pelajar sasaran. Perkara ini boleh dibuat dengan memahami golongan pelajar, iaitu
dengan cara mengidentifikasi generasi yang mewakili kumpulan pelajar secara keseluruhan.
Konsep generasi sering digunakan untuk merujuk kepada isu-isu yang berkaitan dengan suatu
kelompok atau kumpulan masyarakat. Istilah “generasi” dipercayai pertama kali digunakan
oleh Karl Mannheim bagi mencirikan manusia mengikut kumpulan atau kategori yang
tertentu dalam bukunya bertajuk “The Problems of Generations” yang diterbitkan pada tahun
1923 (Edmunds & Turner, 2002). Teori ini dikembangkan lagi oleh Willian Strauss dan Neil
Howe (1991) yang secara khususnya mengkaji dan memahami masyarakat di Amerika
Syarikat berdasarkan kepada perbezaan julat umur serta tahun kelahiran.
Secara asasnya, teori generasi mendefinisikan generasi sebagai kumpulan individu
yang mempunyai persamaan dari segi usia dan telah melalui peristiwa penting (bersejarah)
yang signifikan pada waktu sama yang seterusnya membentuk worldview dan pemikiran
generasi (masyarakat) yang melalui peristiwa tersebut (Kecskemeti, 1952). Maka, generasi
dianggotai oleh kumpulan individu yang mempunyai persamaan dari segi pemahaman dan
perkongsian daya mentaliti ini dibentuk atau terbentuk oleh pengalaman silam mereka.
Kitaran dalam suatu generasi dan peredaran daripada satu generasi kepada generasi lain
menjadikan konsep generasi sebagai suatu konsep yang dinamik. Peredaran tersebut pasti
mengkibatkan perubahan sosial yang disebabkan oleh perubahan generasi.
Secara am, golongan pelajar ketika ini dikategorikan sebagai generasi Z. Generasi Z
ialah kumpulan individu yang dilahirkan pada pertengahan tahun 1990an hingga tahun
2010an (Strauss-Howe, 1991). Golongan pelajar daripada generasi Z ialah golongan yang
terdedah kepada teknologi internet pada usia muda dan banyak berinteraksi secara digital atau
di alam maya. Selain daripada itu, generasi Z juga dikenali dengan beberapa gelaran lain
seperti Digital Natives, Internet Generation dan Zeds (Singh, 2014).
Perancangan bagi sesuatu program pengajian masa kini harus disesuaikan dengan
golongan pelajar yang amat dipengaruhi oleh teknologi digital dan internet. Budaya
masyarakat moden yang amat bergantung kepada teknologi ini mempunyai kaitan rapat
dengan proses globalisasi, iaitu suatu proses yang mengubah keadaan, hubungan, bentuk
sosial serta mengurangkan sifat atau ciri-ciri nasional yang akhirnya menjadi satu bentuk
menyeluruh (globality) (Awang Azman & Nur Yuhanis, 2016). Memetik satu definisi
globalisasi;
"Globalization may be thought of as a process (or set of
processes) which embodies a transformation in the spatial
organization of social relations and transactions - assessed
in terms of their extensity, intensity, velocity and impact -
generating transcontinental or interregional flows and
networks of activity, interaction, and the exercise of power".
(Held dalam Steger, 2003: 10)
Kerancakan proses globalisasi adalah disebabkan oleh pembangunan pesat teknologi digital.
Aspek sebegini berkait rapat dengan mediascape dan technoscape; antara lima dimensi yang
mempengaruhi globalisasi (Appadurai: 1990: 295-310). Secara definisi, mediascape merujuk
kepada aliran maklumat menerusi media massa dan elektronik seperti akhbar, televisyen dan
internet. Technoscape pula ialah sumber dan peralatan teknologi hebat yang mampu
menghubungkan manusia untuk berkomunikasi, membina hubungan dan bertindak (Sanchez,
42
Kaplan & Bradley, 2015: 182-205). Konsep "scape" ini merujuk kepada ruang yang tidak
mempunyai bentuk tertentu, berkemampuan mempengaruhi semua aspek dalam budaya dan
merupakan mod penyebaran elemen budaya dalam dunia baharu (Ketchum, 2010).
TRANSFORMASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI JABATAN
KESENIAN MELAYU
Menyedari kepentingan untuk memartabatkan pengetahuan kesenian Melayu dan pada masa
yang sama menerima perubahan kaedah P&P, Jabatan Kesenian Melayu dengan sokongan
daripada pengurusan APM sentiasa mengemas kini kandungan kursus untuk menyesuaikan
dengan pembangunan dunia siber. Pada awal penubuhan jabatan ini, kursus-kursus yang
ditawarkan telah diperhalusi dan diberi penambahbaikan selaras dengan Pelan Induk
Pembangunan Industri Kreatif Seni Budaya dan Warisan Negara. Kursus-kursus yang
ditawarkan turut mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran komputer serta dijadikan
kursus wajib jabatan. Jabatan Kesenian Melayu merangka kursus-kursusnya agar mempunyai
komponen pemarkahan 60:40 berdasarkan penilaian berterusan nisbah peperiksaan akhir bagi
kursus-kursus teori-amali. Bagi kursus-kursus amali pula, 100% markah diberikan
berdasarkan penilaian berterusan, penilaian projek akhir dan laporan projek. Hampir kesemua
kursus di jabatan ini melibatkan kaedah PBL, iaitu Problem-Based Learning dan Project-
Based Learning. Beberapa kursus di Jabatan Kesenian Melayu menekankan pengetahuan
berkomputer pula dengan usaha melatih dan menyediakan kemahiran seperti berikut kepada
para pelajar:
Reka bentuk grafik Penyuntingan audio
Animasi dua dimensi (2D) dan tiga
dimensi (3D)
Penyuntingan video
Penerbitan dan percetakan Pembinaan laman web
Penggunaan kamera, kamera video, mesin pengimbas (scanner), mesin microfische,
pencetak dan sebagainya.
PENAWARAN KURSUS YANG BERASASKAN KEMAHIRAN DAN
PENGETAHUAN KOMPUTER Kursus Animasi Kesenian Melayu dan Dokumentasi Digital Kesenian Melayu merupakan
antara kursus terawal di Jabatan Kesenian Melayu yang berteraskan teknologi digital (Nur
Yuhanis & Norazlin, 2016: 223-236). Sebagai tambahan, beberapa lagi kursus baharu
berkaitan teknologi digital ditawarkan di jabatan ini bermula sesi 2016/2017 dan 2017/2018.
Kursus-kursus ini ialah Fotografi Digital dan Seni Persembahan Iklan. Kursus Animasi
Kesenian Melayu, Dokumentasi Digital Kesenian Melayu dan Fotografi Digital merupakan
kursus yang membuat penilaian hasil pembelajaran secara berterusan berdasarkan kerja
pelajar sepanjang semester berlangsung. P&P untuk Animasi Kesenian Melayu dan
Dokumentasi Digital Kesenian Melayu dibuat di makmal komputer bagi membolehkan para
pelajar untuk hands-on menggunakan perisian khas pembangunan multimedia. Kursus
Fotografi Digital pula memberikan ruang kepada para pelajar untuk melakukan eksplorasi di
lapangan menggunakan kamera digital untuk merakam gambar pegun. Gambar 1 dan Gambar
2 ialah antara contoh tugasan akhir pelajar bagi kursus Animasi Kesenian Melayu dan
Fotografi Digital.
43
Gambar 1: Screenshot contoh (1) hasil
tugasan animasi pelajar kursus Animasi
Kesenian Melayu.
Sumber: Jabatan Kesenian Melayu (2017a)
Gambar 4: Satu lagi contoh tugasan animasi
pelajar kursus Fotografi Digital
Sumber: Jabatan Kesenian Melayu (2017b)
SPECTRUM dan Whatsapp
Universiti Malaya menggunakan sistem dalam talian yang dikenali sebagai SPeCTRUM
untuk tujuan P&P. SPeCTRUM dibangunkan khas untuk warga akademik dan pelajar
Universiti Malaya berasaskan "Moodle", iaitu pelantar pembelajaran dengan pelbagai
keupayaan multimedia menerusi sistem yang kukuh dan bersepadu. Antara amalan biasa di
SPeCTRUM yang dimanfaatkan oleh para pensyarah ialah memuat-naik bahan kuliah,
tugasan, kuiz dan forum perbincangan. Selain daripada itu, satu lagi kemudahan teknologi
yang semakin menjadi trend untuk memudahkan aktiviti P&P di Jabatan Kesenian Melayu
ialah penggunaan aplikasi WhatsApp. Beberapa kursus di jabatan ini mewujudkan kumpulan
Whatsapp khas bagi tujuan komunikasi antara pensyarah dengan para pelajar. Dengan adanya
aplikasi mobil ini, ahli kumpulan Whatsapp akan sentiasa mendapat maklumat terkini
berkaitan dengan kursus yang diambil. Gambar 3 menunjukkan antara contoh perbincangan
yang berlaku menerusi Whatsapp bagi kursus Seni Bina dan Ragam Hias Melayu.
44
Massive Open Online Course untuk Kursus Seni Kaligrafi Islam (Khat) Terkini, Jabatan Kesenian Melayu turut terlibat dengan projek Massive Open Online Course
(MOOC) Universiti Malaya yang menawarkan kursus Islamic Calligraphy: Introduction to
the Art of Handwriting secara dalam talian. Kursus ini bukan kursus bagi pelajar yang
mendaftar di APM sebaliknya ia ditawarkan kepada masyarakat di seluruh dunia yang
berminat mempelajari asas seni khat (rujuk Gambar 4).
Gambar 4: Bahan P&P di MOOC yang disampaikan dalam format teks dan juga video
Sumber: Future Learn (2017)
ANALISIS & CABARAN P&P DALAM ERA GENERASI Z
Era Digital Natives menjadikan masyarakat masa kini sebagai pengguna tegar teknologi
digital. Walaupun para pelajar ketika ini adalah secara umumnya terdiri daripada mereka yang
dilahirkan sekitar tahun 1995 hingga 2010, golongan yang lebih dewasa mahupun yang lebih
muda turut dipengaruhi dengan gaya hidup semasa yang banyak dipengaruhi oleh teknologi
digital. Golongan remaja atau generasi Z mempunyai kecenderungan untuk menjadi agen
perubah dan suka untuk melakukan kelainan (Mohr & Mohr, 2017; Seemiller & Grace, 2016).
Golongan yang lebih tua juga tidak ketinggalan dengan arus perubahan teknologi, malah turut
terkesan dengan perkembangan era kehidupan generasi Z dan masih ada yang mengambil
kesempatan untuk mempelajari ilmu baharu menerusi pelbagai alternatif berasaskan teknologi
digital. Hal ini adalah seperti mana yang dinyatakan oleh Danely (2015: 110-111);
Gambar 3: Perbincangan menggunakan aplikasi
Whatsapp untuk kursus Seni Bina dan Ragam Hias
Melayu.
45
"Aging the technoscape means rethinking age through
technology while rethinking technology through age".
Tidak dinafikan bahawa P&P konvensional secara bersemuka dalam kelas masih lagi relevan.
Akan tetapi, sistem pendidikan masa kini turut menggalakkan P&P secara dalam talian serta
pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi komputer. Penawaran kursus berasaskan
teknologi komputer/ digital seperti Animasi Kesenian Melayu dan Fotografi Digital sebagai
contoh mampu memberikan nilai tambah kepada para pelajar serta graduan Ijazah Sarjana
Muda Pengajian Melayu. Berdasarkan pengamatan terhadap sikap pelajar sepanjang waktu
kelas dan juga kualiti hasil tugasan, para pelajar Pengajian Melayu yang mengambil kursus-
kursus sebegini mempunyai kesungguhan serta minat untuk mempelajari sesuatu di luar zon
selesa mereka. Majoriti pelajar yang mengambil kursus Animasi Kesenian Melayu dan
Fotografi Digital tidak pernah mengambil sebarang kursus yang berkaitan dengan animasi dan
fotografi namun mereka berupaya untuk memberikan hasil kerja yang baik.
P&P secara dalam talian menggunakan SPeCTRUM, Whatsapp untuk para pelajar di
Jabatan Kesenian Melayu dan MOOC untuk pengguna global menunjukkan bahawa sistem
dalam talian memberikan fleksibiliti kepada para pensyarah dan pelajar untuk berkomunikasi
tanpa ketetapan waktu atau lokasi tertentu. Hal ini menunjukkan bahawa teknologi internet
dengan konsep "segalanya di hujung jari anda" dimanfaatkan oleh para pelajar dan pendidik
bagi tujuan P&P. Media dan teknologi masa kini membolehkan P&P sedemikian berlaku;
suatu perkara yang mustahil pada suatu ketika dahulu (Appadurai dalam Valentine, 2015:1-
16).
Ilmu dan teknologi digital banyak mengubah lanskap kehidupan manusia, termasuk
dalam aspek P&P. Walaupun pelbagai nilai positif diperoleh masyarakat daripada penggunaan
teknologi (seperti aliran maklumat yang pantas dan transformasi persembahan maklumat
konvensional ke dalam format interaktif digital), masih terdapat beberapa perkara yang
memerlukan penelitian serius. Antaranya, Jabatan Kesenian Melayu perlu menyediakan
pelbagai peralatan digital seperti komputer dengan spesifikasi tinggi, perisian pembangunan
multimedia terkini, beberapa buah kamera serta video kamera digital untuk digunakan dalam
kursus-kursus tertentu agar P&P dapat mencapai objektif kursus. Perkara ini sudah pasti
melibatkan kos yang tinggi. Pada masa yang sama, mekanisme penggunaan peralatan oleh
para pelajar juga memerlukan perancangan teliti agar kebarangkalian kerosakan atau
kehilangan peralatan dapat diminimumkan. Bagi P&P secara dalam talian pula, kemampuan
sistem yang dapat menampung "aliran trafik" yang padat dan saiz fail yang besar perlu
disediakan agar aktiviti P&P dapat dilakukan dengan lancar.
KESIMPULAN
Kursus yang berkaitan teknologi digital dan kaedah P&P menggunakan teknologi komputer /
digital antara perkara yang dilakukan di Jabatan Kesenian Melayu dalam memastikan kursus-
kursus di jabatan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Penggunaan pelbagai sistem
dalam talian dan peranti pintar yang mobil bukan lagi perkara yang canggung, sebaliknya
menjadi antara kemestian kepada masyarakat dalam era generasi Z. Bagi memastikan ilmu
kesenian Melayu dan graduan nya tidak terkebelakang berbanding bidang lain, penerapan
ilmu, kemahiran serta kaedah P&P yang terkini perlu diterapkan. Dengan ini, kelestarian
bidang Pengajian Melayu secara am juga akan terus seiring dengan modenisasi dan
globalisasi yang tidak berpenghujung ini.
46
RUJUKAN
Appadurai, A. (1990). Disjuncture and Difference in the Global Cultural Economy. Theory,
Cultural& Society. Vol. 7(1990):295-310.
Awang Azman Awang Pawi & Nur Yuhanis Mohd Nasir. (2016). Challenges in An Informed
Society: The Impact of Globalization on Malaysian Cultural Life. Disampaikan dalam
forum "Culturing an Informed Society" pada 20 Oktober 2016, Cyberjaya.
Buku Panduan Sarjana Pengajian Melayu Sesi 2007/2008. (2007). Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Danely, J. (2015). Of Technoscapes and Elderscapes. Anthropology & Aging, 36(2): 110-111.
Dasar Industri Kreatif Negara (tanpa tarikh). Capaian
http://www.kkmm.gov.my/pdf/dikn.pdf
Edmunds, J. and Turner, B.S. (2002). Generations, Culture and Society. Buckingham and
Philadelphia: Open University Press.
Future Learn (2017). Islamic Calligraphy: An Introduction to the Art of Handwrting -
University of Malaya. Capaian di http://bit.ly/2yxnxPh
Jabatan Kesenian Melayu, Fail Kursus JFEA 2375 Animasi Kesenian Melayu Semester 1 Sesi
2016/2017,. (2017a). Salinan Bahan Pentaksiran. Kuala Lumpur.
Jabatan Kesenian Melayu, Fail Kursus JIA 1004 Fotografi Digital Semester 2 Sesi
2016/2017,. (2017b). Salinan Bahan Pentaksiran. Kuala Lumpur.
Kecskemeti, P. (Ed.). (1952). Mannheim, K.: “The Problem of Generations” in Essays on the
Sociology of Knowledge by Karl Mannheim. New York: Routledge & Kegan Paul,
1952.
Mohr, K. A. J. & Mohr, E. S. (2017). Understanding Generation Z Students to Promote a
Contemporary Learning Environment. Journal on Empowering Teaching Excellence,
1, Inaugural Issue, Article 9: 83-94.
Nur Yuhanis Mohd Nasir & Nor Azlin Hamidon. (2016). Kebitaraan Pengajian Melayu di
Jabatan Kesenian Melayu: Integrasi Disiplin Ilmu Teknologi Perkomputeran. Jurnal
Melayu, 15(2), 223-236.
Sanchez, M., Kaplan, M. S. & Bradley, L. (2015). Using Technology to Connect
Generations: Some Considerations of Form and Function. Communicar, 45(XXIII):
95-103.
Seemiller, C., & Grace, M. (2016). Generation Z Goes to College. New York: Jossey-
Bass.
Singh, A. (201). Challenges and issues of Generation Z. IOSR Journal of Bussiness and
Management, 16 (1):59-63
47
Steger, M. B. (2003). Globalization: A very Short Introduction. New York: Oxford
University Press.
Strauss, W., & Howe, N. (1991). Generation. New York: Quill
Valentine, E. H. (2015). Global Flows and the Globalization of Nothing: Synthesizing the
Incongruous. Black & Gold, 1(1), Art. 8.
48
MENDEPANI GENERASI Z DALAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU
Karim Harun, Saadiah Maalip, Maslida Yusof & Kartini Abd Wahab
Pusat Penyelidikan Bitara Melayu,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected], [email protected], [email protected], [email protected]
ABSTRAK
Generasi Z amat berbeza dengan generasi X dan millinea. Generasi Z adalah generasi
teknologi, yang mengutamakan teknologi dan amat bergantung kepadanya. Dalam proses
pembelajaran, generasi ini cenderung untuk belajar secara hands-on dan terlibat secara
langsung dalam proses pembelajaran. Mereka juga mengharapkan akses kepada pembelajaran
boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan kurang halangan. Pelajar-pelajar generasi Z
adalah pelajar yang aktif. Mereka tidak begitu berminat menghadiri kelas, mendengar kuliah,
mengambil nota, menghafal untuk peperiksaan. Sebaliknya mereka mahu terlibat sama dan
menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran tersebut. Justeru kertas kerja ini akan
membincangkan transformasi generasi X dalam Pengajian bahasa Melayu. Aspek yang akan
dibincangkan termasuklah pengajaran, pembelajaran dan penilaian dalam Pengajian bahasa
Melayu era generasi Z.
Kata kunci: generasi Z; Program Bahasa Melayu; pengajaran, pembelajaran, penilaian
PENGENALAN
Generasi merujuk kepada kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama
(Kamus Dewan 2005:457). Biasanya generasi dibezakan oleh masa lebih kurang 20-25 tahun.
Pembahagian masa generasi ini berbeza-berbeza berdasarkan faktor yang wujud pada masa
tersebut. Misalnya dalam perkembangan tekini, sejajar dengan perkembangan teknologi,
perbezaan masa sesuatu generasi hanya 10 tahun. Pembahagian generasi ini amat penting
bagi membantu penyedia kurikulum seperti di sekolah, kolej dan universiti untuk bersedia
memberikan pendidikan terbaik untuk pelajarnya.
Kini generasi yang berada pada tahun pertama dan kedua adalah generasi Z. Generasi
Z ini adalah generasi yang dilahirkan di antara tahun 1996 dan 2009 (Mohd Amin Embi,
2016). Daripada segi populasi, generasi z terdiri daripada 26 peratus daripada penduduk dunia
dan jumlah ini dijangka akan bertambah menjadi 2.56 billion orang pada tahun 2020.
Generasi Z adalah generasi teknologi. Mereka adalah golongan yang mengutamakan
teknologi dan amat bergantung kepadanya. Generasi Z mempunyai banyak ciri yang dapat
dibezakan dengan generasi sebelumnya. Yang paling ketara ialah keterikatan generasi ini
dengan internet sehingga genarasi ini digelar sebagai “digital natif.”
Dalam proses pembelajaran generasi ini dikatakan cenderung untuk belajar secara
hands-on dan terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Mereka juga
mengharapkan akses kepada pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan
kurang halangan. Mereka juga cenderung untuk fokus terhadap kerjaya semenjak awal belajar
di universiti. Pelajar-pelajar generasi Z adalah pelajar yang aktif. Mereka tidak begitu
berminat menghadiri kelas, mendengar kuliah, mengambil nota, menghafal untuk
49
peperiksaan. Mereka lebih berminat untuk terlibat sama dan menjadi sebahagian daripada
proses pembelajaran.
Persoalannya, bagaimanakah bentuk pengajaran dan pembelajaran serta bentuk
penilaian yang diinginkan oleh generasi Z? Sehubungan itu, soal selidik telah dijalankan yang
melibatkan 120 mahasiswa generasi Z, yang mengikuti Program Bahasa Melayu di UKM.
Tujuan kajian adalah untuk meneliti pandangan dan penilaian mahasiswa generasi Z
berhubung aspek pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang selari dengan aliran generasi
ini.
METODOLOGI
Kajian ini dilakukan terhadap generasi z awal, iaitu generasi z yang dilahirkan pada tahun
1996 dan 1997. Respoden kajian ini terdiri dariapda 120 orang mahasiswa Program Pengajian
Bahasa Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia..
Data kajian diperoleh melalui borang soal selidik.
HASIL KAJIAN
Berikut dikemukakan hasil soal selidik berhubung bentuk pengajaran, pembelajaran dan
penilaian yang diinginkan oleh mahasiswa generasi Z.
Jadual 1: Bentuk Pengajaran yang Diinginkan oleh Mahasiswa Generasi Z ITEM PERKARA 1 2 3 4 5
1 Pengajaran yang dibuat secara hands-on memberi
pemahaman yang lebih baik dalam sesi pengajaran.
1 % 2 % 8% 61% 28%
2 Bahan yang dimuat-naik melalui sistem i-folio dapat
meningkatkan minat terhadap pengajaran kursus yang
diambil.
5% 7 % 22% 47% 20%
3 Sesi pengajaran tidak semestinya dengan kuliah
tatapan muka sepenuhnya.
3% 8% 20% 54% 15 %
4 Pengajaran melalui tutorial atau perbincangan
memberikan pemahaman yang lebih baik terhadap
kursus yang diambil.
3 % 1 % 10% 51 % 35%
5 Pengajaran secara online dan aplikasi apps dapat
menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan.
3 % 7% 22 % 48 % 21 %
Sumber: Soal Selidik 2017
* Skala 1 (sangat tidak setuju), skala 2 (tidak setuju), skala 3 (kurang setuju), skala 4 (setuju) dan skala 5 (sangat
setuju).
Jadual 1 menunjukkan dapatan soal selidik berhubung bentuk pengajaran yang diinginkan
oleh mahasiswa generasi Z, dari segi tahap kesetujuan mereka. Berhubung dengan item 1,
61% mahasiswa bersetuju bahawa bentuk pengajaran secara hands-on lebih memberi
kefahaman dalam sesi pengajaran, manakala 47% mahasiswa bersetuju bahawa bentuk
pengajaran melalui i-folio dapat meningkatkan minat mereka terhadap kursus yang
diikuti.Seterusnya, item 2 berkaitan sesi pengajaran yang tidak semestinya melibatkan kuliah,
sejumlah 54% mahasiswa bersetuju dengan kaedah ini. Dalam pada itu, 35% mahasiswa
sangat bersetuju bahawa pengajaran melalui tutorial atau perbincangan dapat memberikan
pemahaman yang lebih baik terhadap kursus yang diikuti, manakala 51% mahasiswa memilih
bersetuju tentang hal ini. Akhir sekali, 48% mahasiwa bersetuju bahawa pengajaran secara
online dan menerusi apps dapat menarik minat terhadap pengajaran yang
disampaikan.Rumusannya, kebanyakan mahasiswa memilih skala bersetuju berhubung item
1-5. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa mahasiswa generasi Z optimis terhadap bentuk
pengajaran selari dengan trend generasi mereka.
50
Jadual 2: Bentuk Pembelajaran yang Diinginkan oleh Mahasiswa Generasi Z ITEM PERKARA 1 2 3 4 5
1 Apakah pandangan anda tentang sesi pembelajaran
secara hands-on?
- 1 % 12% 63 % 25%
2 Apakah pandangan tentang sesi pembelajaran
penggunaan i-folio?
3 % 4% 13% 58% 21 %
3 Apakah pandangan anda tentang sesi pembelajaran di
luar bilik kuliah?
- 3 % 13% 63 % 23%
4 Apakah pandangan anda tentang sesi pembelajaran
melalui tutorial atau perbincangan?
1 % 4% 5 % 53 % 37 %
5 Apakah pandangan anda tentang sesi pembelajaran
secara online dan aplikasi apps?
3 % 2 % 18 % 58 % 20 %
Sumber: Soal Selidik 2017
* Skala 1 (sangat tidak membantu), skala 2 (tidak membantu), skala 3(kurang membantu), skala 4 (membantu)
dan skala 5 (sangat membantu).
Jadual 2 menunjukkan hasil soal-selidik tentang bentuk pembelajaran yang diingini oleh
mahasiswa generasi Z, dalam konteks bentuk pembelajaran yang dapat membantu mereka.
Hasil soal selidik mendapati 63% mahasiswaberpandangan bahawa bentuk pembelajaran
secara hands-on dapat membantu pembelajaran mereka, manakala58% mahasiswa pula
berpendapat bahawa sesi pembelajaran yang menggunakan i-folio, adalah membantu
pembelajaran mereka. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa generasi Z cenderung kepada
pembelajaran yang bersifat praktikal dan secara online. Seterusnya, 63% mahasiswa memilih
pembelajaran di luar bilik kuliah sebagai kaedah yang membantu pembelajaran mereka. 53%
mahasiswa mengakui bahawa kaedah tutorial dan perbincangan, merupakan kaedah
pembelajaran yang membantu pembelajaran mereka, manakala 37% mahasiswa berpandangan
bahawa kaedah tersebut sangat membantu. Akhir sekali, sejumlah 58% mahasiswa
berpendapat bahawa kaedah pembelajaran secara online dan aplikasi appsmembantu
pembelajaran mereka. Rumusannya, meskipun sebahagian besar mahasiswa generasi Z,
berpandangan bahawa bentuk pembelajaran dalam item 1, 2 dan 5, membantu pembelajaran
mereka, namun kaedah asas seperti tutorial tetap dipilih sebagai kaedah utama yang turut
membantu dan sangat membantu pembelajaran mereka. Pembelajaran di luar bilik kuliah juga
memperlihatkan potensi besar sebagai bentuk pembelajaran yang paling diminati oleh
sebahagian besar mahasiswa generasi Z
Jadual 3: Bentuk Penilaian yang Diinginkan oleh Mahasiswa Generasi Z ITEM PERKARA 1 2 3 4 5
1 Penilaian melalui projek yang dibuat dapat membantu
memperoleh markah yang lebih baik.
- - 7% 53% 41%
2 Penilaian berterusan merupakan bentuk penilaian yang
amat disukai.
- 2 % 10 % 58 % 30%
3 Penilaian tidak semestinya melalui peperiksaan bertulis
di dalam dewan peperiksaan.
1 % 2 % 6% 53 % 3%
4 Penilaian secara lisan dapat membantu menyampaikan
pelajaran yang dipelajari dengan lebih berkesan.
4 % 3 % 5% 61 % 2%
5 Penilaian secara online lebih berkesan dan lebih selesa. 3 % 8% 24 % 50 % 15%
Sumber: Soal Selidik 2017
* Skala 1 (sangat tidak sesuai), skala 2 (tidak sesuai), skala 3(kurang sesuai), skala 4 (sesuai) dan skala 5 (sangat
sesuai).
Jadual 3 menunjukkan dapatan soal selidik berhubung tahap kesesuaian bentuk penilaian yang
dinginkan oleh mahasiswa generasi Z. Hasil soal selidik mendapati bahawa,53% mahasiswa
51
berpandangan bahawa item 1 adalah sesuai untuk membantu mendapatkan markah yang baik.
Seterusnya, 58% mahasiswa memilih penilaian berterusan sebagai bentuk penilaian yang
sesuai, manakala 30% beranggapan bahawa hal tersebut sangat sesuai. Dalam pada itu, 53%
mahasiswa memilih bahawa peperiksaan bertulis di dalam dewan peperiksaan merupakan
penilaian yang sesuai kepada mereka. Berhubung dengan item 4 pula, 61% mahasiswa
memilih bahawa penilaian secara lisan dapat membantu mereka menyampaikan pelajaran
yang dipelajari dengan lebih berkesan. Akhir sekali, bentuk penilaian secara online dianggap
sebagai bentuk penilaian yang sesuai, oleh sejumlah 50% mahasiswa. Hasil soal-selidik ini
menunjukkan peperiksaan di luar dewan peperiksaan, penilaian secara lisan, berterusan dan
online dan berdasarkan kerja projek, adalah antara bentuk-bentuk penilaian yang sesuai bagi
golongan mahasiswa generasi Z ini.
PERBINCANGAN
Pendedahan teknologi digital dan internet telah membentuk persepsi, cara dan kemahiran
berfikir generasi Z yang sangat berbeza dengan generasi sebelumnya. Dalam proses
pengajaran generasi ini amat menyokong pengajaran secara hands on dan pengajaran melalaui
perbincangan. Pengajaran berdasarkan ‘hands on’ ini boleh dilakukan melalui pembelajaran
berasaskan projek (project based learning). Pengajaran dan pembelajaran ini amat diminat
oleh generasi Z berbanding pengajaran yang bersemuka. Bentuk pengajaran bersemuka
seperti kuliah yang memerlukan mereka mendengar dan mencatat tidak digemari. Pengajaran
secara ‘hands on’ dan perbincangan adalah sesuai dengan generasi Z kerana mereka mahu
terlibat sama dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Dari aspek pembelajaran, generasi Z juga memilih untuk belajar secara ’hands on’,
iaitu melakukan sendiri pembelajarannya. Oleh itu, generasi Z lebih suka jika pembelajaran
itu berlaku di luar dewan kuliah. Pembelajaran di luar kuliah menjadikan proses pembelajaran
menjadi kurang formal dan ia boleh dilakukan sendiri oleh mereka. Bentuk pembelajaran
seperti ini amat diminati oleh generasi Z.Pembelajaran secara online, ipolio dan applikasi app
juga dianggap membantu dalam proses pembelajaran mereka.
Generasi Z tidak menggemari peperiksaan secara bertulis. Merka mahukan peperiksan
yang dilakukan secara lisan agar mereka dapat mengesan kelemahan mereka, Mereka suka
penilian yang bersifat formatif berbanding sumatif.
KESIMPULAN
Usaha untuk mendepani generasi Z dalam Pengajian bahasa Melayu perlu dilakukan.
Perubahan yang sesuai daripada segi pengajaran, pembelajaran dan penilaian dengan
kehendak generasi Z perlu dilakukan. Walapun kita tahu universiti adalah sebuah institusi
yang tidak begitu fleksibel untuk berubah secara drastik, namun, untuk menjadikannya terus
relevan, universiti perlu berubah sejajar dengan dunia digital. Dengan itu, Program Pengajian
Bahasa Melayu juga perlu berubah. Kita perlu sedar Generasi Z ini adalah generasi yang
kurang berminat meneruskan pendidikan secara formal di universiti. Jika universiti tidak
menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran, maka universiti mungkin akan dipinggirkan.
RUJUKAN
Ivanova, A & Smrikarov, A. 2009. The New Generations of Students and the Future of E-
Learning in Higher Education. Kertas Kerja International Conference on e-Learning
and the Knowledge Society e-Learning 09.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
52
Mohd Amin Embi. 2016. Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan Pembelajaran
Abd ke-21. Syarahan Perdana UKM. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
53
FENOMENA KEBAHASAAN GENERASI Z: ANTARA REALITI DAN CABARAN
Noor Hasnoor Binti Mohamad Nor
Jabatan Linguistik Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya, Kuala Lumpur
ABSTRAK
Generasi Z merujuk kepada salah satu generasi manusia yang lahir antara tahun 1995-2010.
Setiap generasi mempunyai ciri-ciri bahasa yang tersendiri. Fenomena kebahasaan pula
merujuk kepada sesuatu peristiwa atau fakta berkaitan penggunaan bahasa yang dapat
diperhatikan dalam sesuatu masyarakat. Kertas kerja ini menumpukan kepada realiti dan
cabaran bahasa yang wujud dalam generasi tersebut. Penelitian terhadap korpus kajian
berfokus kepada ciri-ciri linguistik dan para linguistik yang wujud dalam generasi Z.
Kata kunci :GenerasiZ, fenomena kebahasaan, ciri-ciri linguistik, paralinguistik
Pendahuluan
Berdasarkan etimologi kata,asal perkataan generasi adalah daripada bahasa Latin, iaitu
generāre yang bermaksud “tobeget” (Oxford Dictionaries Online, 2014).Secara umum pula,
generasi merujuk kepada individu dalam sekelompok manusia yang lahir dan tinggal pada
tempoh masa yang sama yang kebanyakannya mempunyai umur, idea, masalah dan sikap
yang hampir sama. Berdasarkan kepada latar asas tersebut, generasi ini telah dibahagikan oleh
beberapa pengkaji kepada beberapa tahap terutama berdasarkan tahun kelahiran,
iaituGenerasi Baby BoomerI, Generasi Baby Boomer II, Generasi X, Generasi Y atau
Milenial, seterusnya Generasi Z.
Setiap generasi mempunyai ciri-ciri bahasa yang tersendiri. Fenomena kebahasaan
pula merujuk kepada sesuatu peristiwa atau fakta berkaitan penggunaan bahasa yang dapat
diperhatikan dalam sesuatu masyarakat. Kertas kerja ini menumpukan ciri-ciri linguistik dan
paralinguistik yang wujud dengan tumpuan pada generasi Z menerusi penelitian terhadap
korpus kajian.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian bahasa boleh dibahagikan kaedah lapangan dan kaedah kepustakaan. Asmah
Haji Omar (2004:11) membahagikan kaedah lapangan kepada kajian huluan (upstream
research) dan kajian hiliran (downstream research) yang dibezakan kedua-duanya
berdasarkan tujuan dan lokasi penyelidikan.Kajian ini melibatkan kaedah lapangan hiliran dan
kaedah kepustakaan. Bagi kaedah lapangan, pengkaji menggunakan teknik pemerhatian,
manakala bagi kaedah kepustakaan pula data diperoleh dari sumber sekunder, iaitu data
korpus daripada whatsapp, chatting, facebook, twitter, dan instagram. Pemerhatian dilakukan
bagi mendapatkan sumber lisan dan paralinguistik bagi menyokong hujah-hujah yang
dikemukakan.
DAPATAN KAJIAN
Generasi Z adalah merujuk kepada salah satu generasi manusia yang lahir antara tahun 1995-
2010. Selain kelahiran dalam tempoh masa tersebut, mereka mempunyai beberapa ciri
54
persamaan dalam beberapa aspek tertentu. Antara ciri –ciri bagi generasi Z yang baik dan
ketara adalah bijak teknologi terutama teknologi komunikasi, cepat, dan multitasking,
pantas,serta bersifat global, Namun apa yang membimbangkan adalah ciri-ciri yang secara
realitinya agak mencabar dan perlu diteliti bagi melahirkan generasi yang cemerlang dalam
misi menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50), iaitu inisiatif kesinambungan wawasan
2020 bagi tempoh 30 tahun (2020-2050) untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara
yang memenuhi aspirasi penduduknya.
Hasil dapatan kajian membuktikan realiti yang wujud dalam komunikasi generasi Z,
dan inilah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi. Terdapat beberapa aspek linguistik yang
diperolehi melalui kajian ini yang dibincangkan selanjutnya dari aspek lisan dan bukan lisan.
Aspek lisan adalah seperti iaitu sistem sapaan,sistem ejaan, penggunaan leksikal dan struktur
ayat. Manakala aspek bukan lisan pula penggunaan emoji, paralinguistik dan sebagainya.
Sistem Sapaan Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk
menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi. Sistem
sapaan berperanan sebagai penghubung langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak
yang disapa. Bentuk sapaan menjadi unsur wacana yang penting dalam pelbagai komunikasi
manusia dan perlu digunakan dengan tepat menurut sistem yang diterima oleh masyarakat
atau oleh pihak yang diberi wibawa menentukannya.
Pemula bagi sistem sapaan dikenali sebagai phatic communion, iaitu komunikasi
verbal atau non verbal yang mempunyai fungsi sosial, seperti memulakan perbualan, bertanya
khabar, dan bukan bertumpu pada fungsi informatif. Terma phatic communion ini dapat
diteliti melalui definisi oleh Malinowski sebagai “a type of speech in which ties of union are
created by a mere exchange of words”(Odgen and Richards,1923:315)
Phatic communion itu dalam generasi Z lebih bertumpu kepada teguran langsung dan
menggunakan kata wey, geng, korang dan sebagainya, bagi memulakan perbualan. Salam
adakalanya dilupakan dalam beberapa keadaan. Berikut adalah contoh-conton berkaitan;
(i) Wey, nape muka ketat?
(ii) Sorry wey lambat, jem giler.
(iii) Yo geng, masak aku tunggu nih.
(iv) Woi geng, bikin panas je.
(v) Korang, mana mari ni?
Amat Juhari Moain (1989) pula membahagikan sistem sapaan dalam bahasa Melayu
kepada sapaan lengkap dengan gelaran dan rujukan kehormat,sapaan ringkas tanpa nama
peribadi, sebutan senarai orang yang disapa daripada paling kanan hingga peringkat bawah,
dan penggunaan gantinama diri
Bagi kajian ini, kerangkan gantinama diri paling sesuai digunakan dalam
menghuraikan sistem sapaan generasi Z. Bentuk kata ganti nama diri bergantung pada kata
ganti nama diri itu digunakan, sama ada dalam suasana dan urusan rasmi atau dalam suasana
dan urusan tidak rasmi. Jumlah kata ganti nama diri yang digunakan untuk suasana dan urusan
rasmi agak kecil, misalnya saya, kami, kita, tuan, puan, beliau, dia,
ia dan mereka. Sebaliknya, kata ganti nama diri yang digunakan dalam suasana dan urusan
tidak rasmi amat banyak. Hal ini disebabkan oleh banyaknya dialek yang ada dalam bahasa
Melayu dan dapat dikatakan bahawa dalam setiap dialek terdapat kata ganti nama diri yang
tersendiri. (Amat Johari Moain, 1989:5)
55
Sistem Panggilan
Kata gantinama diri asasnya terbahagi kepada gantinama diri pertama, kedua dan ketiga.
Penentuan penggunaan gantinama diri adalah bergantung kepada siapa bercakap dengan
siapa, mengenai apa, bila di mana dan sebagaainya. ,Contoh gantinama diri bagi generasi Z
yang diperoleh melalui kajian dapat dihuraikan melalui contoh berikut;
(a) Gantinama diri pertama
Gantinama diri pertama merujuk kepada orang yang becakap. Terdapat pelbagai
gantinama diri yang digunakan berdasarkan kepada beberapa ciri terutama konteks dan
situasi. Antara contoh gantinama diri pertama yang digunakan dalam generasi Z
adalah saya, aku, I, orang, , ana, orang, gua,
Contoh:
- Aku harap je ko tak datang.
- Ana lewat sikit, maaf bro.
- Lu fikir gua takut?
- Orang tak kesah kalu mak marah.
(b) Gantinama diri kedua Gantinama diri kedua merujuk kepada orang yang dilawan bercakap. Sepertimana
gantinama diri yang lain juga, pengunaan gantinama diri kedua bergantung kepada
beberapa ciri sepertimana gantinama diri yang lain. Antara gantinama yang digunakan
dalam generasi Z ialah awak, kau, korang, der, boh, sheikh, lu, bro, ko, geng. kami,
kita,wey
Contoh:
- Wey aku jalan dulu…umphh.. sayang ko ketat-ketat
- Lepaklah wey, bajet-bajet je nak cepat.
- Ko agak?
- Pehal bro panas je.
- Ye sheikh, nak bincang bolehlah.
- Korang jadi dak join nih.
(c) Gantinama diri ketiga
Gantinama diri ketiga merujuk kepada orang yang diperkatakan ketika bercakap, sama
ada hadir atau tidak semasa percakapan berlangsung. Antara contoh gantinama diri
ketiga ialah mereka, dorang, puak tu. dan member.
Contoh:
- Dorang tu yang mula kecoh.
- Aku tahu dah ni pasal puak tu.
- Member ko kirim nih.
Pemilihan Leksikal, Ejaan dan Ayat Dari segi pemilihan leksikal, didapati bahawa generasi Z gemar menggunakan leksikal yang
bombastik. Ada ketikanya seolah-olah berlaku kesilapan dalam konteks makna. Selain itu
ejaan lebih ringkas seolah-olah bersifat ekonomis tapi adakalanya tidak dapat difahami bagi
yang bukan dalam kelompok penutur. Dari segi struktur ayat juga tidak mengikuti pola.
Kesemua hal ini dapaat dihuraikan melalui contoh-contoh berikut;
56
Contoh:
- Biar betik, aqpun tak tau.
- Aq syg ko ketat2 dow.
- Ko ni kunyit kepe?
- Asal lakkk, kecoh der.
- Ni mende send gmbr cam eksem je.
- Skang ah sok2 len plk minda aku nih.
Pengunaan Simbol bukan Verbal
Di dalam bahasa Z, penggunaan simbol amatlah ketara. Terdapat pelbagai bentuk
simbol dan emoji digunakan. Penggunaan emoji ini dapat meringkaskan penyampaian
sesuatu maksud, memudahkan dalam menggambarkan emosi. Berikut digambarkan
contoh simbol dan emoji yang biasa digunakan.
Contoh:
😀 😃 😄 😁 😆 😅 😂 – gembira
😢 😥 😭 😓 – sedih
Penggunaan simbol dan emoji ini dapat menjimatkan masa kerana maklumat dapat
dikirim atau terima lebih cepat. Hal ini kerana kita tidak perlu lagi menaip sesuatu kata
dengan ejaan yang panjang.
KESIMPULAN
Jika diteliti hasil kajian ini, ada sesuatu yang terdapat kesan yang positif dan negatif. Dari
sudut positif, kita dapati bahawa generasi Z ini adalah golongan yang multi tasking, iaitu
boleh melakukan banyak kerja bahkan dalam satu masa. Golongan ini juga bersifat global,
mengetahui banyak perkara yang berlaku di sekeliling dalam masa yang singkat.
Namun ada satu sudut lagi terdapat kebimbangan yang menjadi fenomena dalam
generasi Z, iaitu berlakunya pencemaran bahasa. Penggunaan bahasa berdasarkan “sesuka
hati” Tanpa mengambil kira kemurnian bahasa amat bahaya kerana mencemarkan bahasa
Melayu itu sendiri. Mudahnya generasi Z mendapat maklumat hujung jari juga menggalakkan
plagiat di kalangan pelajar, kurang merujuk sumber asal dan tidak kreatif. Bahkan sumber
yang diperolehi itu belum pasti kesahihannya menjadi juga menjadi tular. Hubungan
interpersonal juga menjadi semakin jauh, antara ahli keluarga mahupun masyarakat kerana
kurangnya aktiviti luar dalam kalangan generasi Z kerana lebih suka menyendiri bersama
gajet-gajet mereka.
Justeru, timbul persoalan mengenai arah tuju bahasa kita bagi generasi akan datang.
Relevenkah lagi penggunaan adinda, kekanda, dan salutasi yang lain dalam pembelajaran
penulisan surat di sekolah-sekolah. Ini hanya sebahagian permasalahan yang kita sedari wujud
dalam generasi Z. Terdapat pelbagai lagi fenomena kebahasaan yang wujud perlu ditangani
secara serius dari semua pihak bagi menjamin kedaulatan bahasa Melayu.
57
RUJUKAN
Ahmad Juhari Moain. (1989). Sistem Panggilan dalam bahasa Melayu: Satu Analisis
Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar.(2004). Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malinowski B. (1923). The Problem of Meaning in Primitive Languages. London: K.Paul,
Trench, Trubner.
Odgen C.K. Richard I.A. (1923). The Meaning of Meaning: A Study of the Influence of
Language upon Thought and of the Science of Symbolism. London:University of
Cambridge.
Oxford Dictionaries Online. (2014) Oxford University Press.
58
Perubahan Sosio Ekonomi Zaman Generasi Z di Riau, Indonesia
Awang Azman Awang Pawi, Mohamad Mokhtar Hassan, Sjafri Sairin, Hasbullah Pawira,
Amri Marzali
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya, Kuala Lumpur
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Perubahan dalam masyarakat sering berlaku dan perubahan tersebut menuntut perubahan
minda dan cara bekerja. Kajian ini akan meneliti perubahan sosio ekonomi masyarakat
Patalangan di Desa Betung Kabupaten Palalawan, di Riau, Indonesia. Perubahan sosio
ekonomi berlaku selepas era perubahan ekonomi sara diri bertukar menjadi ekonomi komersil
yang berlaku pada tahun 1995 ke atas yang merupakan zaman yang melahirkan generasi Z di
seluruh dunia. Kajian ini akan menganalisis factor yang membawa kepada perubahan minda
dan cara bekerja serta dampak perubahan tersebut terhadap kemajuan diri dan masyarakat
Patalangan Riau. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi yang melihat perspektif
secara sosiobudaya, iaitu melihat perspektif antropologi kebudayaan dan pada masa yang
sama melihat menggunakan pendekatan Weber untuk melihat evolusi perubahan masyarakat
tani menjadi masyarakat moden. Kajian ini membuktikan tanpa kepesatan teknologi
maklumat dan impak globalisasi yang pesat dalam masyarakat Patalangan mereka mampu
melakukan perubahan minda dan cara bekerja.
Kata kunci: perubahan sosio-ekonomi, Melayu Riau, Patalangan, etnografi, antropologi
kebudayaan
Pendahuluan
Masyarakat Petalangan dikenali sebagai Orang Talang merupakan salah satu suku asli di
Riau Indonsia. Suku initinggal di kawasanpersekitaran Hutan Tanah Wilayat.Kesultanan
Pelalawan (1725-1846) pernah menjadi sebuah kerajaan di Kabupaten Palalawan.
Kesultanan ini mewarisi budaya Melayu dan Islam di Riau yang diperintah oleh Raja
Pallawan yang dikenali sebagai Tengku Besar. Terdpaat 29 buah kawasan Hutan Tanah
Wilayat yang dikenali sebagai Hutan Tanah Perbatinan Kurang Satu Tiga Puluh. Hutan Tanah
ini dibahagikan kepda empat wilayah Kedatuan Kerajaan Pelalawan. Empat Wilayah ii
terdiri daripada Wilayah Kedatuan Laksamana Mangku Diraja (Kecamatan Pengkalan
Kuras), Kedatuan Datuk Engku Raja Lela Putera (Kecamatan Langgan), Kedatuan Datuk
Kampar Samar Diraja (Kecamatan Bunut) dan Kedatuan Datuk Bandar Setia Diraja
(Kecamatan Kuala Kampar).
Kawasan petempatan masyarakat Petalangan di Kabupaten Pelalawan mempunyai
struktur atau lapis social yang tersendiri. Setiap Hutan Tanah Wilayat dimiliki oleh suku yang
diketuai ketua suku yang dikenali sebagai Batin. Tugas Batin dibantu oleh beberapa orang
yang dikenali sebagai Ketiapan yang terlibat dalam hal ehawal adat persukuan. Ketiapan
diberikan gelaran Monti Antan-Antan, Tongkat dan sebagainya bergantung kepada
persetujuan suku. Dari segi pentadbiran. Hutan Tanah Wilayat diatur oleh adat seperti Tanah
Kampung dijadikan sebuah perkampungan atau petempatan. Tanah Dusun untuk dijadikan
59
perkebunan dan peluasan kampong dan Tanah Ladang untuk penanaman padi serta
perluasan dusun.
Terdapat juga Rimba Larangan atau dikenali sebagai Rimba Kepungan dijadikan
kawasan flora dan fauna seperti kewujudan Rimba Kepungan Sialang berdasarkan sejarah
tumbuhnya pokok sialang yang menjadi tempat lebah bersarang. Terdapat juga Rimba
Simpanan sebagai kawasan flora dan fauna yang dilindungi oleh adat Petalangan.
Pentadbiran ini diurus secara adat yang dimodenkan. Misalnya terdapat larangan Rimba ini
daripada dicemari dan dicerobohi. Sekiranya hendak dimajukan, perlu melalui musyawarah
adat. Masyarakat Melayu Patalangan sangat kaya dengan adat. Sekiranya terdapat individu
yang mencemari Hutan Simpan, maka hukuman berat dikenakan termasuk dipulaukan dalam
masyarakat. Hutan dianggap sebagai sumber kepada segala punca kehidupan mereka. Setelah
Indonesia merdeka, wilayah Pebatinan dijadikan Desa, dibahagi-bahagikan kepada beberapa
budah Desa diketuai oleh Ketua Desa. Selepas modeniti, selepas tahun 1990-an, Tugas Batin
berkurangan kerana tidak lagi menjadi Ketua Wilayah Pebatinan. Sebaliknya hanya berfungsi
sebagai Pucuk Adat Pesukuan sahaja. Hal ini bermakna ia menjadi simbol adat sahaja.
Yang lebih signifikan apabila status pemilikan hutan tanah kini menjadi hak Negara
walaupun masyararakat Patalangan bagi menganggap hutan tanah sebagai hak tradisi
mereka. Namun dalam beberapa hal tertentu tanah yang sudah didiami ratusan tahun dan
dibuktikan melalui pelbagai sumber bukti diterima sebagai hak Pebatinan seperti hak
terhadap Rimba Kepungan Sialang (Nur Faslin Sulaiman, 2011:2)
Orang Talang atau Patalangan ialah suku Proto Melayu seperti Orang Sakai di
pedalaman Sunbgai Siak, Orang Bonai di pedalaman Sungai Rokan, dan orang Talang
Mamak di pedalaman Sungai Indragiri. Terdapat juga pandangan bahawa orang Talang
merupakan suku Deutro Melayu dan setiap puak dan suku Petalangan mempunyau cerita
teromboh yang mengisahkan asal-usul kesukuan mereka. Antara lain, mereka mengakui
nenek moyang mereka berasal dari laut dan kemudian membuka hutan tanah disebut Hutan
Tanah Wilayat. Berdasarkan cerita rakyat masyarakat Petalangan juga, nama ‘Talang’ ialah
sejenis buluh aur yang digunakan leluhur mereka semasa mengambil air di tepian. Bulu
Talang juga dijadikan pagar dalam kehidupan masyarakat tersebut. Namun masyarakat
Melayu Pesisir menamakan Orang Talang sebagai Orang Darat kerana masyarakat tersebut
tinggal jauh di pedalaman.
Kehidupan masyarakat Petalangan mewarisi kehidupan tradisi yang mementingkan
gotong royong, bermuafakat, bekerjasama di antara satu sama lain, mempertahankan hak
tradisi mereka, bangga dengan kesukuan dan memelihara keseimbangan alam sekitar dalam
hidup mereka. Secara keseluruhannya, masyarakat ini beragama Islam. Namun dalam
kebudayaan seharian mereka, pengaruh animism,hinddu-buddha masih lagi dapat dikesan
melalui upcara-upacara seperti Upacara Pengubatan Besar (Upacara Belian), Upacara
Menetau Tanah, Upacara Mandi Air Jejak Tanah, Upacara Menumbai untuk mengumpulkan
madu dari pokok. Upacara Menumbai misalnya dianggap upacara sacral yang dipimpim oleh
Juragan Muo dan tukang sambut. Pengamalan dan perlakuan budaya seperti Upacara
Mendirikan bangunan, Upacara Beramu Kayu, turut disediakan alat kelengkapan dan tatacara
upacara memancarkan pengaruh hinddu-buddha masih belum terhakis sepenuhnya dalam
kehidupan mereka. Unsur animism pula dalam dilihat dalam tari Dewo sebagai upacara
memanggail makhluk halus “dewo” untuk permainan dan upacara pengubatan, Main
Anggung, Lukah Gilo yang menggunakan tenaga dari laut dan sebagainya. Sesuai dengan
kesatuan dan menepati teori fungsional, masyarakat bergoting royong dalam proses
perlakukan upacara ini. Perakatan khas digunakan dan setiap satu satu daripada mempunyai
lambing tertentu berdasarkan kepercayaan mereka. Hal ini sesuai dengan perlambangan
secara simbolik hubungan manusia dengan alam lain sekiranya dilihat daripada perspektif
antropologi simbolik.
60
Masyarakat Petalangan bebas mengamalkan adat mereka yang dikenali sebagai adat
diadatkan. Para Pemangku dan Pemuka adat Petalangan mengamalkan adat ketemenggungan
berdasarkan ‘adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Al-Quran’ yang bersumberkan
ajaran Islam dan penyampaian adat dalam bentuk sastera lisan melalui Nyanyi Panjang
Bujang Si Udang dan Nyanyi Panjang Bujang Tan Gemo yang menekankan aspek muafakat
dan musyawarah. Masyarakat ini melarang perkahwinan sepesukuan kerana ini mudah
difahami dalam konteks structural-fungsional bahawa untuk mengekalkan hubungan
dengan suku-suku lain agar matlamt semua suku akan berkabung dalam satu keluarga yang
dikenali sebagai tali darah sukuan dapat dilangsungkan. Hidup berlandasakan suku,
bersanak-saudara, kekerabatan keluarga besar dan bermasyarakat. Walaupun adat
Petalangan menetapkan bahawa pesukuan berdasrlkan pesukuan ibunya, tetapi dari segi
pembahagian harta pusaka daripada ayah kepada anaknya. Sekiranya terdapat percanggahan
maka system pembahaguan harta berdasarkan adat dan syarak akan dilaksanakan.
Perubahan sosio ekonomi masyarakat Patalangan di Desa Betung Kabupaten
Palalawan
Sebelum tahun 1990-an kebanyakan masyarakat Petalangan mengamalkan ekonomi secara
tradisi. Hal ini sesuai dengan kawasan yang didiami mereka yang terletak di daerah
pedalaman Riau, Sumatera. Kabupaten Pelalawan terletak kira-kira 60 hingga 95 kilometera
dari Pekanbaru, iaitu ibu kota bagi Provinsi Riau. Kebanyakan mereka secara tradisi tinggal
di kawasan kampong berdekatan hutan dan di sepanjang sungai. Mereka mencari nafkah
dengan memanfaatkan sumber alam semulajadi dengan mengutio hasil hutan, mengusahakan
tanaman getah, kebun-kebun kecil, dan juga menjadi nelayan. Mereka juga membuat
tanaman padi untuk keperluan sara diri. Namun sejak awal tahun 1990-an mereka mula
bekerja di ladang kelapa sawit, menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Hal ini sering
dengan dasar nasional negara Indonesia yang menggalakkan pembukaan ladang-ladang kelapa
sawit di serata wilayah Indonesia. Berdasarkan kerja lapangan di Riau, dicatatkan beberapa
pengalaman etnografi mengenai kehidupan sebelum dan selepas era generasi Z situasi
masyarakat Petalangan.
Kehidupan Sebelum Generasi Z Terbentuk
Kehidupan Sosial Alam Pekerjaan
SEBELUM ADA PERKEBUNAN KELAPA SAWIT
Sebelum masuk perkebunan sawit di desa betung, majoriti masyarakat Petalangan bekerja
sebagai nelayan. Masyarakat mencari ikan di aliran Sungai Nilo. Mereka bekerja dari jam 5
pagi hingga 10.00 pagi. Akan tetapi ketika musim ikan tiba yaitu pada bulan November
sebagian masyarakat tinggal di sekitar sungai Nilo dengan membangun gubuk1.
Alat yang digunakan untuk menangkap ikan adalah taju2, lukah3, dan jaing4. menurut
masyarakat setempat sebelum masuk perkebunan sawit mereka boleh mendapatkan ikan
sampai 20 kg setiap harinya. Akan tetapi pada ketika ini sukar untuk mendapat ikan sehingga
20 kh setiap hari. Hal ini disebabkan oleh faktor pencemaran sungai..
1 Gubuk adalah rumah kecil yang terbuat dari kayu dan menggunakan atap daun panipahan ataupun daun daun lainnya. Biasanya gubuk dibuat hanya sementara. 2Kali yang diikat dengan tali sepanjang kira-kira 1-2 meter taju biasanya di pasang di sepanjang sungai dan di ikat dengan pasak. 3Alat penangkap ikan yang terbuat dari rotan serta resam bentuknya bulat memanjang ada juga yang meruncing di bagian ujungnya. Pintu masuk ikan di sebut injap, menjorong ke dalam dan kecil 4Jaing adalah alat menangkap ikan di sungai terbuat dari tali yang di rajut.
61
Gambar Taju
Selain bekerja sebagai nelayan sebagian masyarakat Petalangan juga bekerja mencari
rotan, damar dan kayu di hutan. Pada zaman dahulu kayu hasil hutan merupakan penyokong
utama setelah hasil sungai. Hasil hutan tersebut djual ke pasar Kuala Napu yang sekarang
dikenali sebagai Desa Kesuma.
Sebelum tahun 1960-an akses jalan menuju Desa Betung hanya dapat diakses melalui jalur
sungai iaitu, melalui Sungai Nilo. Kemudahan ekonomi Pemerintahan sepenuhnya disokong
oleh perairan sehingga masyarakat yang lebih sejahtera adalah masyarakat Desa Kesuma5.
Bekas Pelabuhan Kuala Napuh di tepi sungai nilo 2016
Kehidupan Selepas Generasi Z Terbentuk
Kehidupan Sosial Alam Pekerjaan: Selepas Perkebunan Kelapa Sawit
Sesudah masuk perkebunan kelapa sawit pada tahun 2000 di Desa Betung, masyarakat mulai
meninggalkan sector kerja informal seperti kerja nelayan dan mula melibatkan diri dalam
sector hiliran dan pengelolaan kebun kelapa sawit. Sementara itu masyarakat yang tidak
mempunyai kebun kelapa sawit tetap bekerja aktivitasnya sebagai nelayan di Sungai
Nilo.Sejak tahun 2005 masyarakat desa betung sudah memulai menjalinkan kerjasama dengan
PT.Musim Mas dalam pembangunan pola Kredit Koperasi Primer Anggota (KKPA ) seluas
354 Ha yang dibahagi dalam 2 tahap iaitu, tahap pertama seluas 164 dan pada tahap kedua
seluas 190 Ha yang dikonversikan kepada masyarakat dengan penghasilan rata- rata
pendapatan perbulan adalah 3.5 juta rupiah (netto)/bulan.
Dengan adanya kerjasama dengan perusahaan dengan pola KKPA maka penduduk desa
betung secara perlahan perekenomiannya mulai meningkat. Ada 83 KK yang tergabung dalam
koperasi merbau sakti . Kebanyakan penduduk Desa Betung mempunyai perkebunan sawit 1
kapling sampai 5 kapling, iaitu perkaplingnya 2 hektar. Dengan luas sawit 1 kapling maka
dalam sebulan penduduk desa betung bisa mendapatkan penghasilan 4 juta. Hal ini juga
tergantung kepada harga buah kelapa sawit dimana biasanya berada pada kisaran Rp.1000-
Rp.1900 per kilo nya. Dengan adanya sawit maka penduduk lebih memiliki waktu luang di
rumah. Misalanya, jika biasanya penduduk desa betung setiap hari pergi ke laut untuk
5Desa kesuma adalah desa di pinggir sungan yang dahulunya bernama Desa Pangkalan Pasir dan menjadi pusat pemerintahan kecamatan pangkalan Kuras. Desa Kesuma secara wilayah berada di daerah Batin Monti Raja. Akan tetapi tanah tersebut dihibahkan kepada masyarakat setempat.
62
menangkap ikan, maka sekarang penduduk hanya perlu sesekali ke kebun untuk mengecek
kebun dan melakukan pembersihan. Bahkan ada yang tinggal terima gaji saja setiap bulannya
karena segala urusan perawatan sawit mulai dari pemupukan, pembersihan, pemungutan,
pemetikan, pemprosesan diupahkan kepada orang lain. Biasanya yang mengerjakan iaitu
orang-orang pendatang yang datang dan tinggal di desa betung biasanya dari suku Jawa.
Banyaknya waktu luang membuat penduduk desa betung kadang-kadang melakukan
pekerjaan yang menjadi pekerjaan mereka yang dulu yakni mencari ikan di laut. Bukan lagi
untuk memenuhi keperluan ekonomi tetapi menangkap ikan sebagai hobi dan hiburan pada
hujung minggu.
Faktor yang membawa kepada perubahan minda dalam kalangan masyarakat
Petalangan ialah idea untuk maju seperti masyarakat lain di Indonesia. Kebanyakan anak-anak
muda masyarakat ini berhijrah ke kota besar seperti Jakarta, Surabaya, Jogyakarta. Mereka
terdedah kepada idea-idea kemajuan, idea-idea untuk menjanakan pendapatan sumber
ekonomi. Apabila etnik Jawa di Pulau Jawa khususnya di Jakarta boleh maju tanpa sumber
alam yang kaya, mereka memikirkan wilayah leluhur mereka yang kaya dengan sumber alam
selama ini tidak pernah dibangunkan secara wajar sama ada oleh kelompok masyarakat
mereka sendiri atau pihak pemerintah secara besar-besaran. Jadi, apabila setelah beberapa
tahun memperoleh pengalaman bekerja di kota besar, selepas mengumpul modal dan jaringan
perniagaan mereka mula menerokai dalam sector kelapa sawit. Tambahan pula, galakan
daripada pemerintah dalam sector ini kepada wilayah Riau juga begitu positif. Dengan tanah
yang luas diKabupaten mereka, mereka melakukan perubahan secara gotong-royong dan
bermusyawarah. Hasilnya terbentuknya koperasi bagi menjayakan sector kelapa sawit yang
membawa kepada perkongsian pintar sesame mereka dan pihak pembeli hasil kelapa sawit.
Inilah yang membawa kepada evolusi perubahan masyarakat tani menjadi masyarakat
moden. Meskipun. Kajian ini membuktikan tanpa kepesatan teknologi maklumat dan impak
globalisasi yang pesat dalam masyarakat Petalangan di Kabupaten Pelalawan mereka
mampu melakukan perubahan minda dan cara bekerja hasil daripada idea untuk menjanakan
sumber yang ada pada muka bumi mereka sendiri. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan etos
agama yang mereka anuti untuk mengubah hidup mereka dengan cara berusaha memajukan
sektor ekonomi dan kekayaan yang mereka perolehi tersebut boleh digunakan untuk
melakukan ibadah seperti sedekah dan amal jariah. Sikap positif ini mengubah masyarakat
Petalangan yang berimej desa tradisi kini menjadi sebuah kawasan petempatan yang dilanda
pemodenan yang pesat.
RUMUSAN
Masyarakat Petalangan di Kabupaten Pelalawan daripada penduduk yang mengamalkan
ekonomi tradisi kini berubah menjadi mengamalkan ekonomi komersil secara pesat setelah
idea untuk maju terhasil daripada pengalaman bekerja di kota besar, kesedaran daripada factor
agama untuk dijadikan etos kerja mereka dan mengubah cara hidup mereka secara lebih
progresif. Daripada penduduk yang kurang kemampuan memiliki rumah yang besar dan
cantik, perhiasan rumah yang mahal, kereta yang besar kini mereka mampu memiliki
kesemua ini. Perubahan ini menakjubkan kerana lokasi Kabupaten Pelalawan yang dulunya
terpinggir dalam arus pembangunan ekonomi kini Kabupaten Pelalawan berubah wajah dan
dilanda pembangunan yang pesat.
*Makalah ini adalah hasil daripada kajian Etnografi Masyarakat Petalangan ialah daripada Geran
Penyelidikan Universiti Malaya (UMRG). Terima kasih atas Univeriti Malaya atas penajaan geran
tersebut.
RUJUKAN
63
Budisontoso, S. 1986. Masyarakat Melayu Riau. Riau: Pekanbaru. Pemerintah Propinsi
Daerah Tingkat 1.
Hamidy, U.U.1990. Masyarakat dan Kebudayaan di Daerah Riau. Pekanbaru: Zamrud
Sakai, Minako. 2017. Identitas Gumay, Islam dan Merantau di Sumatera
Selatan.Jakarta.Yayasan Obor Indonesia.
Tenas Effendy. 2002. Orang Talang di Riau, Indonesia. Riau: Dewan Kesenian Riau.
Tenas Effendy, 2008. Bujang Tan Domang: Sastra Lisan Orang Petalangan. Jakarta:
Yayasan Obor Indonesia.
Van Bemmelen, S & Raben R (ed.). 2011. Antara Daerah dan Negara: Indonesia tahun
1950-an. Jakarta: KITLV dan Yayasan Obor Indonesia.
Kerja Lapangan
April-Jun 2016 Kecamatan Petalangan, Kabupaten Pelalawan, Riau Indonesia