bengkel a pelaksanaan kbat

4
Kursus Orientasi KSSR Sains Tahun 6 2015 1 BENGKEL 2a(1) Contoh 1: Pelaksanaan KBAT dalam PdP Sains Mata pelajaran : Sains Hayat / Interaksi Antara Haiwan Tahun : 6 Bestari Masa : 60 minit Standard Kandungan : 4.1. Standard Pembelajaran : 4.1.1, 4.1.2,4.1.3, 4.1.4, 4.1.5 Objektif PdP : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyatakan maksud interaksi intraspesies dan interaksi interspesies. ii. Menyenaraikan beberapa contoh haiwan hidup berkumpulan dan hidup bersendirian. iii. Memerihalkan kelebihan serta kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan hidup secara bersendirian. iv. Menyatakan faktor persaingan interaksi antara haiwan. v. Menyatakan jenis interaksi dengan contoh haiwan. Kemahiran Proses Sains : Memerhati, inferens, meramal PdP : Aktiviti 1: Murid diminta menjawab soalan guru: i. Lihat video haiwan-haiwan ini, perhatikan cara hidup mereka. (video tidak disediakan) ii. Antara haiwan-haiwan ini yang manakah hidup berkumpulan dan hidup bersendirian? iii. Berikan contoh haiwan lain dan nyatakan cara hidupnya berkumpulan atau bersendirian. TP 1: Memberi contoh haiwan hidup berkumpulan dan hidup bersendirian.

Upload: imcikgu

Post on 29-Sep-2015

756 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

DSKP SN T6

TRANSCRIPT

  • Kursus Orientasi KSSR Sains Tahun 6 2015

    1

    BENGKEL 2a(1)

    Contoh 1: Pelaksanaan KBAT dalam PdP Sains

    Mata pelajaran

    : Sains Hayat / Interaksi Antara Haiwan

    Tahun : 6 Bestari

    Masa : 60 minit

    Standard Kandungan

    : 4.1.

    Standard Pembelajaran

    : 4.1.1, 4.1.2,4.1.3, 4.1.4, 4.1.5

    Objektif PdP : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

    i. Menyatakan maksud interaksi intraspesies dan interaksi interspesies.

    ii. Menyenaraikan beberapa contoh haiwan hidup berkumpulan dan hidup bersendirian.

    iii. Memerihalkan kelebihan serta kekurangan haiwan hidup berkumpulan

    dan hidup secara bersendirian.

    iv. Menyatakan faktor persaingan interaksi antara haiwan.

    v. Menyatakan jenis interaksi dengan contoh haiwan.

    Kemahiran Proses Sains

    : Memerhati, inferens, meramal

    PdP

    :

    Aktiviti 1: Murid diminta menjawab soalan guru: i. Lihat video haiwan-haiwan ini, perhatikan cara

    hidup mereka. (video tidak disediakan)

    ii. Antara haiwan-haiwan ini yang manakah hidup berkumpulan dan hidup bersendirian?

    iii. Berikan contoh haiwan lain dan nyatakan cara

    hidupnya berkumpulan atau bersendirian.

    TP 1: Memberi contoh haiwan hidup berkumpulan dan hidup bersendirian.

  • Kursus Orientasi KSSR Sains Tahun 6 2015

    2

    : Aktiviti 2

    Guru menayangkan Gambarajah 1, murid bersoal jawab dengan guru. i. Apakah sedang dilakukan oleh semut ini?

    Jelaskan mengapa?

    ii. Berkerjasama adalah satu bentuk interaksi antara haiwan.

    iii. Apakah jenis interaksi yang berlaku antara

    semut ini?

    iv. Adakah haiwan yang berlainan spesies juga berinteraksi? Berikan dua contoh.

    TP2: Memerihalkan maksud interaksi antara haiwan.

    Aktiviti 3 Berdasarkan video tadi,, murid bersoal jawab dengan guru. i. Selain daripada berkerjasama sesama sendiri,

    adakah terdapat persaingan antara haiwan ini?

    Ii. Apakah yang menjadi faktor persaingan antara

    haiwan didalam video ini.

    TP3: Memerihalkan faktor persaingan antara haiwan.

    Aktiviti 4 Berdasarkan video tadi,, murid bersoal jawab dengan guru. i. Adakah kekurangan jika haiwan hidup cara

    bersendirian? Berikan contoh.

    ii. Adakah kelebihan jika haiwan hidup cara bersendirian? Berikan contoh.

    iii. Bagimana pula jika haiwan itu hidup secara berkumpulan, senaraikan kebaikan dan kekurangan bagi haiwan yang hidup secara berkumpulan. Berikan contoh.

    TP4: Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan yang hidup berkumpulan dan hidup bersendirian.

  • Kursus Orientasi KSSR Sains Tahun 6 2015

    3

    Aktiviti 5

    Setiap kumpulan diberikan Gambarajah 2,3 dan 4 serta membincangkan tentang interaksi antara haiwan ini.

    i. Adakah interaksi ini interspesies atau intraspesies?

    ii. Adakah kerbau mendapat keuntungan atau kerugian daripada interaksi ini? Terangkan.

    iii. Adakah burung gembala mendapat keuntungan atau kerugian daripada interaksi ini? Terangkan.

    iv. Adakah interaksi yang diperhatikan berlaku

    bagi haiwan yan sama spesies sahaja. Terangkan jawapan kamu dengan menggunakan contoh.

    Murid dibimbing untuk mengetahui jenis interaksi antara haiwan kepada contoh haiwan seperti di bawah.

    i. Kutu kepala melekat pada rambut manusia menumpang hidup untuk menghisap darah.

    ii. Buran hidup menumpang atas cengkerang umang-umang sebagai pengangkutan.

    iii. Kerengga buat sarang dipokok rambutan sebagai habitatnya.

    iv. ikan remora berdamping dengan ikan jerung dengan memakan tinggalan cebisan makanan ikan jerung.

    TP 5: Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi antara haiwan.

    Aktiviti 6: Murid diminta memilih satu contoh haiwan, dan tunjukkan interaksi yang berlaku bagi haiwan tersebut dengan haiwan lain yang sama spesies dan haiwan yang berlainan spesies dengan menggunakan TMK.

    TP 6: Berkomunikasi untuk memerihalkan interaksi yang berlaku antara satu contoh haiwan dengan haiwan yang sama spesies dan haiwan yang berlainan spesies.

    Bahan Bantu Belajar

    :

    Video beberapa jenis haiwan yang hidup secara bersendirian dan haiwan yang hidup secara berkumpulan, Gambarajah 1, Gambarajah 2, Gambarajah 3, Gambarajah 4

    EMK : TMK, kreativiti

    Refleksi :

  • Kursus Orientasi KSSR Sains Tahun 6 2015

    4