bengkel klinikal teknik bacaan intensif, skimming,
TRANSCRIPT
BMM 3104 – PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
TAJUK :-KEMAHIRAN MEMBACA
KUMPULAN 6
NAMA :-MOHD SARUDDIN B. MAT ZIN
MUHAMMAD ALIFF HAIKAL B. ZAIDIKUMARAJEEVAN A/L DARMALINGAM
KEMAHIRAN MEMBACA
MATLAMAT
JENIS BACAAN
PERINGKAT PENGAJARAN
BACAAN
TEKNIK BACAAN
Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid supaya mereka dapat bertindak balas tehadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.
Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.
MATLAMAT
JENIS BACAAN
BACAAN MEKANIS
BACAAN MENTALIS
BACAAN INTENSIF
BACAAN EKSTENSIF
Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu
mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul.
Bahan bacaan yang sesuai ialah bahan bacaan yang mudah difahami dan tidak membebankan.
BACAAN MEKANIS
Dikenali juga sebagai bacaan akliahDilaksanakan dalam hati tanpa suara
setelah pelajar menguasai bacaan bersuara
Tujuannya adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran
BACAAN MENTALIS
Bacaan secara mendalamTujuannya untuk memperkembangkan
kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca.
Memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.
BACAAN INTENSIF
Konsep bacaan intensif :Untuk memperkembang pembelajaran
bahasa muridMemberi penjelasan tentang struktur yang
sukar dan memperkembang perbendaharaan kata
Mengkaji ciri-ciri tatabahasaMemperkembang usaha mengawal bahasa
lisan dan pertuturan Kepentingan gerak laju dan kelainan masa
BACAAN INTENSIF
Bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah
Menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca
Membolehkan pelajar mencari isi penting melalui bacaan jenis ini.
BACAAN EKSTENSIF
Konsep bacaan ekstensif ialah :
Kegiatan membaca dilakukan di luar bilik darjah
Bahan bacaan perlu sesuai dengan muridBahan yang berbeza dan murid mendapat
kepuasan, keseronokan dan terhibur
BACAAN EKSENTENSIF
PERINGKAT PENGAJARAN
BACAAN
KESEDIAAN MEMBACA
PRABACAAN
BACAAN MEKANIS
BACAAN & KEFAHAMAN
Kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca.
Dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas.
KESEDIAAN MEMBACA
Antara faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca ialah :
1. Keadaan fizikal
2. Pengalaman dan persekitaran
3. Emosi dan motivasi
4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif
KESEDIAAN MEMBACA
Merupakan kesediaan murid untuk membaca
Meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.
PRABACAAN
Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat
Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong kepada aktiviti yang boleh meningkatkan ketajaman pendengaran dan penglihatan.
Contoh aktiviti ialah seperti bermain huruf, suku kata dan perkataan
PRABACAAN
Murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan ,frasa, dan ayat-ayat mudah.
Mereka boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.
Kaedah bacaan yang sesuai : pandang sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.
BACAAN MEKANIS
• Murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.
BACAAN KEFAHAMAN
BENGKEL KLINIKAL TEKNIK BACAAN INTENSIF,
SKIMMING, DAN SCANNING
BACAAN SKIMMING
Satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat sepintas lalu bagi mendapat idea
penting
Teknik bacaan ini sangat penting kepada pembaca
yang ingin membaca banyak bahan dalam
jangka masa yang singkat
Skimming merupakan proses sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama
Langkah-langkah skimming1. Guru perlu selidik secara keseluruhan tentang
petikan yang diberikan. ( mengikut kesesuaian )2. Tentukan sumber pilihan supaya bersedia dengan
sesuatu penulisan.3. Guru akan meminta murid membaca perenggan
pertama walaupun tidak penting kerana perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’.
4. Semasa murid membaca perenggan pertama, guru akan cuba kaitkan isu utama dan konteks petikan tersebut. Baca ayat pertama dan akhir bagi setiap perenggan
5. Baca perenggan akhir dengan teliti. Biasanya, di sini terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.
CONTOH AKTIVITI
Guru memberikan murid-murid berkaitan dengan tajuk “ Kepentingan buah-buahan terhadap kesihatan tubuh badan “
PETIKANBuah-buahan amat penting kepada kanak-kanak. Ia kaya dengan pelbagai khasiat. Buah-buahan mengandungi komponen karbohidrat, mineral dan vitamin. Karbohidrat di dalam buah-buahan adalah dalam bentuk gula iaitu menyumbang kepada tenaga untuk tubuh badan. Selain itu, buah-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit yang seringkali terjadi kepada kanak-kanak.Setiap buah mengandungi kandungan vitamin yang tinggi. Buah-buahan adalah kaya dengan vitamin dan mineral. Kesemua vitamin dan mineral ini adalah sangat penting dalam membina badan yang sihat serta membantu dalam melawan jangkitan kuman. Buah pisang kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C, buah mangga kaya dengan vitamin A, E & C manakala buah betik kaya dengan Vitamin C dan provitamin A.
BACAAN INTENSIF
Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam
Bertujuan untuk memperkembang
kebolehan meneliti, memahami dan
mentafsirkan perkara yang dibaca
Konsep bacaan ini adalah untuk memperkembang
pembelajaran bahasa murid, memberi penjelasan tentang struktur dan perbendaharaan
kata.
Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan bahasa
KAEDAH ABJAD
Penghafalan abjad Pembentukan suku kata Aktiviti mengeja
CONTOH AKTIVITI
PERKENALKAN HURUF VOKAL a, e, I, o, u ; huruf kecil
CONTOH AKTIVITI
MENYEBUT SUKU KATA KV ( KONSONAN-VOKAL )
BACAAN SCANNINGKemahiran atau keupayaan untuk
mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau mencari maklumat secara khusus.
Menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat)
Kecekapan ‘scanning’ bergantung kepada keupayaan mental.
LANGKAH-LANGKAH1. Guru menentukan perkara yang hendak dicari.2. Guru meminta murid-murid perhatikan sepintas
lalu ke atas bahan bacaan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang dicari.
3. Bagi mempercepat proses bacaan, guru boleh meminta murid menggunakan jari dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.
4. Guru akan meminta murid membacakan teks dan menceritakan semula kepada rakan tentang isi teks yang dibaca.
5. Jika ‘scan’ daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian di tengah-tengah kolum dan gerakan mata terus ke bawah.
CONTOH AKTIVITI
Guru memberi teks bertajuk “ Kepentingan Buah-buahan Tempatan “
PETIKANBuah-buahan amat penting kepada kanak-kanak. Ia kaya dengan pelbagai khasiat. Buah-buahan mengandungi komponen karbohidrat, mineral dan vitamin. Karbohidrat di dalam buah-buahan adalah dalam bentuk gula iaitu menyumbang kepada tenaga untuk tubuh badan. Selain itu, buah-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit yang seringkali terjadi kepada kanak-kanak.Setiap buah mengandungi kandungan vitamin yang tinggi. Buah-buahan adalah kaya dengan vitamin dan mineral. Kesemua vitamin dan mineral ini adalah sangat penting dalam membina badan yang sihat serta membantu dalam melawan jangkitan kuman. Buah pisang kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C, buah mangga kaya dengan vitamin A, E & C manakala buah betik kaya dengan Vitamin C dan provitamin A.