bmk3033

17
PENGENALAN Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Bahan Bantu Mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat ‘diselamatkan’ daripada masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya dalam P&P. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), dalam kajiannya yang bertajuk “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘alat bantu’ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk “cone of experiencedi mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981) membahagikan BBM kepada dua, iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala

Upload: shearer-alans

Post on 21-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ssss

TRANSCRIPT

PENGENALANPenggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Bahan Bantu Mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat diselamatkan daripada masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya dalam P&P.Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), dalam kajiannya yang bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981) membahagikan BBM kepada dua, iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad (1980) mengkelaskannya kepada dua, iaitu software dan hardwareBerdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer, radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. Bahan yang menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. Bahan bercorak pengalaman - seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud dan sebagainya.

TUJUAN PENGGUNAAN DAN PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJARTerdapat beberapa garis panduan penggunaan dan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip penggunaan dan pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut :

1. SesuaiPerkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuaian dengan perkara-perkara seperti berikut :

a) Objektif dan matlamat pengajaran bahasab) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaranc) Keadaan pelajard) Suasana pembelajarane) Minat pelajar

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran (Raja Mukhtaruddin, 1980). Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu ke arah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan. Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, di mana bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

2. MencabarTerdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :a) Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu.d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)f) Bahan yang umum kepada teori.g) Bahan masa kini kepada masa akan datang.

3. Menepati Menurut Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid (1988), ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut: a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.b) Susunan bahanc) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.d) Maklumat yang kemaskinie) Perbendaharaan kata yang sesuaif) Bahan pengajaran yang diperakui.

4. Menarika) Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.d) Kualiti kulit dan cara buku dijilide) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

5. Jimat dan mudahSekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru, contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

6. PraktikalBahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1994), bahan pengajaran seharusnya sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

7. Mudah alihBahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa ke mana-mana, dan tidak terlalu berat atau besar (Syed Akil, 1994).Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.

KESESUAIAN BAHAN SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJARKajian yang dilakukan oleh Rashid (2006) telah membincangkan beberapa prinsip penyesuaian bahan bantu mengajar dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah rendah. Sebelum guru-guru ingin menggunakan bahan bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa perkara yang perlu dititik beratkan adalah seperti berikut;

a)Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya. Contohnya sekiranya objektif pengajaran sesuatu topik adalah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran membaca, bahan bantu mengajar hendaklah dalam bentuk teks dan bukannya dalam bentuk grafik atau gambar. b)Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan.Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek (pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai serta dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

c)Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara penglibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranan di satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar. Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Melayu boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

d)Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar. Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.e)Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa.Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.f)Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajari sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada. Contohnya penggerak yang dimaksudkan ialah bahan-bahan maujud. Misalnya seorang guru ingin menerangkan konsep jenis-jenis rumah di Malaysia, guru tersebut boleh menggunakan beberapa model rumah yang kecil dalam P&P.

PERTIMBANGAN DALAM MEMILIH JENIS BAHAN BANTU MENGAJARAspek-aspek lain yang perlu difikirkan ialah cara bahan itu disampaikan kepada para pelajar. Adakah bahan-bahan itu guru sahaja yang menggunakannya? Bagaimanakah tindak balas pelajar terhadap bahan tersebut? Adakah bahan itu bermanfaat kepada semua pelajar? Dan adakah amanat atau pengetahuan yang hendak disampaikan melalui bahan itu jelas, dan secara keseluruhannya dapat memenuhi objektif pengajaran? Untuk mencapai satu tahap penggunaan bahan yang berkesan, beberapa soalan harus dapat dijawab oleh para guru.

a)Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu dapat memenuhi keperluan pancaindera para pelajar?Semua bahan pengajaran sama ada yang digunakan oleh guru atau yang digunakan oleh pelajar mestilah mempunyai sifat-sifat yang dapat memenuhi keperluan pancaindera para pelajar. Dari segi visual contohnya grafik dan multimedia, bahan-bahan itu harus mempunyai format dan susunan yang sesuai, jelas dan kemas. Begitu juga dengan bahan bercetak dan modul, bentuk huruf, ilustrasi dan penjilidannya perlulah kemas dan sistematik. Bagi bahan-bahan yang dirakamkan seperti muzik, ianya perlulah dapat didengar dengan jelas, mudah difahami, ringkas dan padat. Biasanya, bahan-bahan yang dirancang mengikut keperluan pencaindera para pelajar akan lebih berkesan dan berfaedah.b)Sebanyak manakah bahan-bahan itu dimuatkan dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran.Semua jenis bahan pengajaran bahasa dalam pelbagai bidang ilmu tidak boleh diajar secara sekaligus. Oleh sebab sistem pendidikan kita berdasarkan peringkat-peringkat perkembangannya, maka bahan-bahan yang digunakan itu hendaklah dipilih, disesuaikan dan digunakan mengikut masa yang telah ditentukan pada setiap peringkat. Dalam kontek ini, bahan itu tentulah dipengaruhi oleh sukatan pelajaran bahasa pada peringkat yang telah diterapkan itu.Dalam hal mengajarkan sesuatu bahan itu misalnya muzik dan permainan bahasa dalam waktu tertentu, bahan-bahan yang disediakan hendaklah mencukupi, tidak kurang dan tidak pula melebihi daripada masa yang telah ditetapkan. Selain itu dalam menggunakan bahan akses kendiri oleh pelajar, guru harus memastikan bahawa dalam masa yang sesingkat itu, bahan-bahan yang disediakan harus memiliki sifat-sifat mendidik, memberi pengetahuan dan kemahiran serta harus dapat disampaikan dalam masa tersebut.

c)Apakah bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajar?Hal ini juga ditentukan oleh objektif pengajaran dan pembelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Dalam pengajaran bahasa Malaysia sekolah menengah, perkara penting yang perlu diajar ialah mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa (morfologi, sintaksis), peribahasa, perbendaharaan kata, unsur-unsur sastera, tulisan jawi, bahan sumber dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang digunakan mestilah disusun dengan mengambil kira perkara-perkara tadi. Penggunaan bahan harus dapat menekankan aspek-asek ini dalam bentuk yang teratur dan sistematik.d)Adakah bahan-bahan itu dapat disampaikan dengan cara yang terbaik?Keupayaan pelajar-pelajar menyerap pengetahuan yang disampaikan biasanya bergantung kepada sejauh mana guru mereka dapat menyampaikan pengajaran itu kepada mereka. Dalam hal ini, guru-guru harus sentiasa memikirkan cara-cara yang terbaik yang dapat digunakan untuk memudahkan pemahaman mereka. Guru harus memastikan pendekatan, kaedah dan teknik, aktiviti-aktiviti serta alat-alat bantu mengajar yang digunakan sesuai untuk menyalurkan ilmu pengetahuan daripada bahan-bahan tersebut.e)Adakah terdapat perbezaan daripada segi jumlah dan kualiti dalam teks.Jika seseorang guru itu menggunakan teks sebagai bahan-bahan pengajaran, guru itu harus sedar bahawa sesebuah teks itu selalunya dibina daripada pelbagai bahan yang berkaitan dalam pelbagai disiplin ilmu. Semakin banyak gabungan disiplin ilmu, maka makin luas isi, pengetahuan dan aktiviti engajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, bahan-bahan yang termuat dalam sesebuah teks jamin kesinambungan isi dan pengungkapan idea yang berterusan. Perhatian harus diberikan kepada kandungan persembahan, bahasa, ilustrasi, penerapan nilai dan sensitiviti, latihan dan aktiviti dan sebagainya supaya tidak menjejaskan pengajaran guru.

PEMBINAAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Bahan Bantu Mengajar Menggunakan iPowerpointTujuan pembinaan BBM ini adalah untuk membantu murid-murid Tahap Satu dalam menguasai dan memahami dalam penggunaan perbendaharaan kata iaitu Penjodoh Bilangan. BBM dalam bentuk slaid persembahan power point dan video dapat mencetuskan minda murid-murid dalam membandingbezakan penggunaan penjodoh bilangan dalam kemahiran membaca mereka di sekolah. Oleh kerana penguasaan penjodoh bilangan di kalangan murid Tahap Satu mengenai kemahiran membaca adalah sangat rendah, maka pembinaan BBM ini adalah untuk membantu murid-murid tersebut dalam penggunaan penjodoh bilangan. Kesesuaian dari segi bahan grafik dan warna dapat membantu murid-murid mengenal pasti benda atau haiwan dengan penggunaan penjodoh bilangan yang sepadan dengannya.Dalam pembinaan BBM ini, terdapat beberapa pilihan interaktif yang guru dapat pilih di bahagian slaid yang pertama iaitu:1. Definisi2. Penjodoh Bilangan3. Mari teka4. Latihan5. Mari Menonton

Nota, contoh-contoh dan latihan serta video yang berkaitan dengan penggunaan penjodoh bilangan kesemua terdapat dalam slaid power point tersebut. Guru hanya perlu mengikuti pilihan pada slaid power point yang pertama bersesuaian dengan waktu mengajar mereka semasa di dalam kelas. Apa yang penting, di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menayangkan latihan mengenai pengunaan penjodoh bilangan agar murid-murid dapat dilatih dan memahami sepenuhnya apa yang diajar oleh guru. Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai sekiranya guru dapat menguasai sepenuhnya dan mahir dalam penggunaan BBM ini.

KELEBIHAN DALAM BAHAN BANTU MENGAJAR INIMemang tidak dinafikan penggunaan bahan bantu mengajar membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Apa lagi bahagian set induksi yang yang merupakan permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika set induksi menarik, murid-murid akan berasa seronok belajar dan akan mengikuti apa yang guru ajar hingga akhir. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar juga murid-murid akan memahami dan mengetahui sesuatu topik yang diajar dan ini akan membuatkan objektif pelajaran tercapai pada hari tersebut.

KELEMAHAN Penyediaan bahan bantu mengajar ini agak sukar sedikit kerana sekolah saya terletak di kawasan pedalaman sehingga menyukarkan saya mendapatkan bahan-bahan bagi pembinaan bahan bantu mengajar ini. Kadang-kadang saya mengeluh, bila lagi apa yang saya bina akan siap. Kalau sekolah saya di kawasan bandar, mungkin senang sedikit untuk menyediakan bahan-bahan tersebut. Walaupun begitu, ianya tidak begitu berat sehingga saya putus asa. Selain itu, penyediaan BBM ini juga memerlukan masa yang lama maka ianya perlulah disediakan lebih awal seminggu sebelum pengajaran dan pembelajaran di kelas berlangsung.

RUMUSANTeknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih dari itu, seperti penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan bahan bantu mengajar kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.Bahan bantu mengajar memudahkan para guru memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Di sekolah, pusat sumber sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi bahan bantu mengajar tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid, (1996), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long (1981), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Sdn. Bhd.

John Arul Phillips, (1997) , Pengajaran Kemahiran Berfikir, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, (1994) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mat Nor Hussin & Ab. Rahman Ab. Rashid, (1988) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, (1986) Kurikulum Baru Sekolah Rendah,Tahap I , Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur, Heinemann Malaysia Sdn. Bhd.

Noraziah Abdul Hamid (1981), Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain, (1980) , Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Pengajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Ilmu.

Sheikh Othman bin Sheikh Salim, (1989), Kamus Dewan ( Edisi Baru ), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Abu Bakar Syed Akil (1994), Panduan Mengajar Kemahiran Membaca, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.