borang pengesahan status tesis adiny binti yac… · 3.4.1 pengumpulan data primer 28 3.4.2 ... 4.3...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS �
JUDUL: SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK) DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH MUAR
SESI PENGAJIAN : 2011/2013
Saya NOR ADINY BINTI YACOB No Matriks : MP111258 Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau kepentingan Malaysia
seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh oraganisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 3 JLN BALAU DR M AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN TAMAN CEMPAKA SELATAN, Nama Penyelia JLN. JUNID, 84000, MUAR, JOHOR. Tarikh : Tarikh : CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. � Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
�
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : …………………………………………….
Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh : …………………………………………….
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)
DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH MUAR
NOR ADINY BINTI YACOB
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OGOS 2013
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tanda tangan : ..........................................
Nama Penulis : NOR ADINY BINTI YACOB
No. Matrik : MP 111258
Tarikh : …………………………..
iii
DEDIKASI
Khas buat suami, Mohd Naim bin Karmani dan anak tersayang, Nur Adawiyah serta
ibubapa yang sangat memahami dan sentiasa memberi perangsang.
Semoga kalian sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah. Tidak lupa juga buat teman
sekumpulan Nor Aznizah Kasmani, Isidora Alexander Tek, Zaharah Md Top dan
Ayunni Jasni yang banyak memberi bantuan sepanjang penulisan tesis ini berjalan.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, sesungguhnya saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
izinNya kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Saya merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan atas bimbingan Dr. M. Al-Muz-zammil bin Yasin selaku
penyelia yang sangat sabar membimbing saya sejak dari awal hingga kajian ini
berjaya disempurnakan. Sekalung penghargaan juga kepada pihak PPD Muar dan
barisan pentadbir sekolah kerana banyak membantu saya dalam usaha mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan kajian ini.
Istimewa buat suami tercinta, Mohd Naim bin Karmani yang terlalu banyak
berkorban demi cita-cita saya. Buat anak tersayang Nur Adawiyah binti Mohd Naim,
terima kasih kerana sangat memahami. Buat kedua ibubapa, terima kasih atas doa
kalian yang tidak pernah putus. Mudah – mudahan segala usaha dan bantuan yang
telah diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam kajian ini akan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah S.W.T
..........AMIN.
v
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat pelaksanaan
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di sekolah menengah daerah Muar dari
segi tahap amalannya. Selain itu kajian ini juga turut membuat penambahbaikan
kepada manual Dokumen Kualiti SPSK dan mengkaji langkah-langkah yang boleh
mengurangkan beban pendokumentasian dalam pelaksanaan SPSK. Kajian yang
berbentuk gabungan kuantitatif dan kualitatif ini dilakukan secara tinjauan dengan
menggunakan set borang soal selidik, analisis dokumen dan temu bual. Kajian ini
melibatkan 320 orang guru yang terdiri daripada penyelaras PK (Prosedur Kualiti)
bagi PK01 hingga PK10 dari 32 buah sekolah menengah dalam daerah Muar. Soal
selidik dibina berdasarkan kepada carta alir yang terkandung dalam Dokumen Kualiti
SPSK yang dikeluarkan oleh Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Johor
mengikut PK masing-masing. Statistik deskriptif iaitu min dan frekuensi telah
digunakan untuk menganalisis dapatan soal selidik manakala analisis dokumen dan
temu bual dibuat secara manual. Sebanyak tiga persoalan kajian telah dikemukan.
Hasil analisis dapatan soal selidik menunjukkan tahap amalan SPSK bagi PK01,
PK02, PK03, PK04, PK05, PK06, PK07 dan PK09 berada pada tahap tinggi
manakala PK08 (Pengurusan Aduan Pelanggan) dan PK10 (Pengurusan
Perkembangan Staf) berada pada tahap sederhana. Hasil analisis dokumen pula
mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada manual
Dokumen Kualiti supaya ianya lebih mesra pengguna manakala hasil temu bual
menunjukkan beban pendokumentasian SPSK dapat dikurangkan jika SPSK selari
dengan perkembangan teknologi masa kini. Pada bahagian akhir kajian turut
dicadangkan beberapa tindakan yang dirasakan dapat membantu dalam
meningkatkan tahap amalan SPSK di semua sekolah terutamanya dalam Negeri
Johor.
vi
ABSTRACT
The main purpose of this research was to survey the implementation of the
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) in Muar secondary schools. In terms of
implementation, this research also was carried out to improve the SPSK Quality
Document as well as to reduce the burden of documentation in SPSK. The research
was carried out using mix method which quantitative analysis was done using a set
of questionnaire meanwhile the qualitative part was done using document analysis
and interviews. The research involved 320 respondents from 32 secondary schools in
Muar. The questionnaire was set based on the flow chart of each Prosedur Kualiti
(PK) respectively produced by Sektor Jaminan Kualiti of Jabatan Pelajaran Negeri
Johor. Descriptive statistic techniques which involve frequency and mean were used
besides document analysis and interviews were manually transcript. Results shown
that the level of practice for PK01, PK02, PK03, PK04, PK05, PK06, PK07 and
PK09 were high meanwhile PK08 and PK10 shown average level of practice.
Document analysis shown that the SPSK Quality Document needs to be improvised
for a better impact to users. Meanwhile the result from interviews shown that SPSK
need to be parallel with nowadays technologies. Finally some action proposals were
made to improve the quality of the implementation of SPSK in other schools in
Johor.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) 13
1.8.2 Pengurusan Berkualiti 13
1.8.3 Instrumen 14
1.8.4 Pemantuan 14
1.8.5 Impak 14
1.9 Penutup 15
viii
2 KAJIAN LITERATUR 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Pengurusan 16
2.3 Kualiti 17
2.4 Kajian- kajian Lepas 20
2.4.1 Pengetahuan dan Komitmen Pihak Atasan 20
2.5 Penutup 22
3 METODOLOGI KAJIAN 23
3.1 Pengenalan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 23
3.3 Populasi, Sampel Dan Lokasi Kajian 25
3.4 Instrumen Kajian 27
3.4.1 Pengumpulan Data Primer 28
3.4.2 Pengumpulan Data Sekunder 40
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 40
3.6 Kajian Rintis 42
3.6.1 Kebolehpercayaan Instrumen 42
3.7 Kaedah Analisis Data 43
3.8 Analisis Data 43
3.8.1 Analisis Data Kuantitatif 43
3.8.2 Analisis Data Kualitatif 44
3.8.3 Kaedah Pengiraan Skor Levin dan Rubin 44
(2000)
3.9 Penutup 45
4 ANALISIS DATA 47
4.1 Pengenalan 47
4.2 Latar Belakang Responden 48
4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 48
Mengikut Jantina Bagi PK01 hingga PK10
4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 49
Mengikut Tempoh Perkhidmatan Bagi PK01
ix
hingga PK10
4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden 50
Mengikut Jenis Jawatan Bagi PK01 hingga
PK10
4.3 Huraian Analisis Item Berdasarkan Persoalan Kajian 52
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Tahap Amalan 52
SPSK di Sekolah-sekolah Yang Dikaji
Berdasarkan Kepada Prosedur Kualiti SPSK?
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Penambahbaikan 70
Yang Perlu Dilakukan Kepada Carta Alir Prosedur
Dalam Dokumen Kualiti.Yang Dikeluarkan Oleh
Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ)?
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Langkah-langkah 77
Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengurangkan
Beban Pendokumentasian Dalam Pelaksanaan
SPSK?
4.4 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan 81
Kajian
4.5 Penutup 84
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 85
5.1 Pengenalan 85
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 86
5.3 Perbincangan 86
5.3.1 Persoalan Kajian 1: Persoalan Kajian 1: 86
Apakah Tahap Amalan SPSK di Sekolah-
sekolah Yang Dikaji Berdasarkan Kepada
Prosedur Kualiti SPSK?
5.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Penambahbaikan 90
Yang Perlu Dilakukan Kepada Carta Alir Prosedur
Dalam Dokumen Kualiti.Yang Dikeluarkan Oleh
Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ)?
5.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Langkah-langkah 92
x
Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengurangkan
Beban Pendokumentasian Dalam Pelaksanaan
SPSK?
5.4 Cadangan 94
5.4.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 94
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 96
5.5 Penutup 97
6 RUJUKAN 98
7 LAMPIRAN 101
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Sampel Mengikut Sekolah 26
3.2 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK01 28
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Panitia
3.3 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK02 30
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Jadual Waktu
3.4 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK03 30
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
3.5 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK04 31
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Pencerapan
3.6 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK05 33
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Peperiksaan
3.7 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK06 34
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
3.8 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK07 35
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Mesyuarat
3.9 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK08 36
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Aduan Pelanggan
xii
3.10 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK09 36
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Pusat Sumber
3.11 Pembinaan Item Soal Selidik Bagi PK10 37
Berdasarkan Kepada Carta Alir Prosedur
Pengurusan Perkembangan Staf
3.12 Taburan Item Bagi Borang Soal Selidik 39
3.13 Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 42
3.14 Tafsiran Data Berdasarkan Min 45
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48
4.2 Taburan Responden Mengikut Tempoh 49
Perkhidmatan
4.3 Taburan Responden Mengikut Jenis Jawatan 51
4.4 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK01 53
(Pengurusan Panitia)
4.5 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK02 55
(Pengurusan Jadual Waktu)
4.6 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK03 57
(Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran)
4.7 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK04 58
(Pengurusan Pencerapan)
4.8 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK05 60
(Pengurusan Peperiksaan)
4.9 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK06 62
(Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid)
4.10 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK07 64
(Pengurusan Mesyuarat)
4.11 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK08 65
(Pengurusan Aduan Pelanggan)
4.12 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK09 67
(Pengurusan Pusat Sumber)
4.13 Analisis Tahap Amalan Penyelaras PK Bagi PK10 68
(Pengurusan Perkembangan Staf)
xiii
4.14 Hasil Analisis Data Kajian Bagi Persoalan Kajian 1 80
4.15 Hasil Analisis Data Kajian Bagi Persoalan Kajian 2 82
4.16 Hasil Analisis Data Kajian Bagi Persoalan Kajian 3 83
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Proses dan Langkah-langkah 37
Yang Terlibat Dalam Kajian
4.1 Jadual Tanggungjawab dan Tindakan dan Carta Alir 70
Prosedur Kualiti PK01 (Pengurusan Panitia)
4.2 Jadual Tanggungjawab dan Tindakan dan Carta Alir 71
Prosedur Kualiti PK02 (Pengurusan Jadual Waktu)
4.3 Jadual Tanggungjawab dan Tindakan dan Carta Alir 72
Prosedur Kualiti PK03 (Pengurusan Pembelajaran dan
Pengajaran)
4.4 Jadual Tanggungjawab dan Tindakan dan Carta Alir 73
Prosedur Kualiti PK04 (Pengurusan Pencerapan)
4.5 Jadual Tanggungjawab dan Tindakan dan Carta Alir 73
Prosedur Kualiti PK05 (Pengurusan Peperiksaan)
4.6 Jadual Tanggungjawab dan Tindakan dan Carta Alir 74
Prosedur Kualiti PK06 (Pengurusan Semakan Hasil
Kerja)
4.7 Jadual Tanggungjawab dan Tindakan dan Carta Alir 75
Prosedur Kualiti PK07 (Pengurusan Mesyuarat)
4.8 Jadual Tanggungjawab dan Tindakan dan Carta Alir 76
Prosedur Kualiti PK09 (Pengurusan Pusat Sumber)
4.9 Jadual Tanggungjawab dan Tindakan dan Carta Alir 76
Prosedur Kualiti PK10 (Pengurusan Panitia)
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN DEFINISI ETR Expected Targeted Result
GC Guru Cemerlang
GKMP Guru Kanan Mata Pelajaran
GMP Guru Mata Pelajaran
GPM Guru Perpustakaan dan Media
GPK Guru Penolong Kanan
GPS Gred Purata Sekolah
JPNJ Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KP Ketua Panitia
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
PK Prosedur Kualiti
SJQ Sektor Jaminan Kualiti
SPSK Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti
SUP Setiausaha Peperiksaan
SUPD Setiausaha Peperiksaan Dalaman
TOV Tick Off Value
TQM Total Quality Management
(Pengurusan Kualiti Menyeluruh)
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 91
B Ujian Statistik 104
C Dokumen Kualiti PK01 hingga PK10
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti atau lebih dikenali sebagai SPSK adalah
merupakan salah satu sistem yang agak baru diperkenalkan dalam bidang
pendidikan. Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan
dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berlaku di sekolah
seluruh negeri Johor. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS
ISO 9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri Johor ke
arah sekolah bertaraf dunia.
SPSK khususnya di daerah Muar telah mula diamalkan seawal tahun 2009
bermula dengan 15 buah sekolah perintis merangkumi sekolah menengah dan
sekolah rendah. Selaras dengan hasrat Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) yang
menyarankan semua sekolah di negeri Johor mengamalkan SPSK dalam semua
pengurusan sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Muar telah berjaya memastikan
kesemua 32 buah sekolah menengah di daerah ini melaksanakan SPSK pada tahun
2012 (Sektor Jaminan Kualiti PPD Muar, 2012).
SPSK di negeri Johor bermula pada tahun 2009 dengan sebanyak 105 buah
sekolah rendah dan 115 buah sekolah menengah dari seluruh daerah telah dipilih
sebagai sekolah perintis (Sektor Jaminan Kualiti JPN Johor, 2012).
2
SPSK telah mempunyai beberapa siri keluaran. Siri keluaran SPSK yang
pertama telah dilancarkan pada tahun 2009 dan diguna pakai sehingga tahun 2011
Pada Mac 2011, siri keluaran SPSK yang kedua diperkenalkan dan diguna sehingga
tahun 2012. Terbaharu, siri SPSK keluaran ketiga yang dikeluarkan oleh JPNJ dan
diedarkan oleh PPD telah mula diguna sejak daripada bulan Mac 2012 (Sektor
Jaminan Kualiti PPD Muar, 2012). Setiap siri yang dikeluarkan adalah berdasarkan
kepada penambahbaikan sistem yang sedia ada bagi memastikan pengurusan SPSK
sentiasa terkini dan tidak diragui.
JPNJ di bawah Sektor Jaminan Kualiti memperkenalkan SPSK sebagai alat
untuk membantu pihak pengurusan sekolah mengurus tadbir sekolah dengan cara
yang berkesan dan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
terutamanya dalam bidang akademik. Dasar kualiti ini dilihat komited untuk
menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi
memenuhi keperluan pelanggan. Pihak pengurusan dan anggotanya perlu memenuhi
keperluan-keperluan SPSK agar sentiasa dapat meningkatkan keberkesanan secara
berterusan.
SPSK antara lain mengandungi dasar kualiti, objektif kualiti, penerangan
ringkas mengenai SPSK dan prinsip-prinsip asas yang memandu pelaksanaan
program pengajaran dan pembelajaran. Manual yang dibekalkan oleh JPNJ
merangkumi prosedur kualiti dan dokumen sokongan yang berkaitan dengannya
seperti borong-borang, surat pekeliling ikhtisas (SPI), akta, ordinan dan buku-buku
panduan yang dikeluarkan oleh PPD, JPN dan KPM.
SPSK yang diperluaskan ini mempunyai prosedur kerja dan objektif manual
SPSK yang lebih menumpukan kepada bahagian akademik di mana ianya
mengandungi lapan seksyen iaitu:-
Seksyen 1,2 dan 3 - definisi pengurusan kualiti
Seksyen 4 - sistem pengurusan kualiti
Seksyen 5 - tanggungjawab pengurusan
3
Seksyen 6 - pengurusan sumber
Seksyen 7 - penghasilan produk
Seksyen 8 - pengukuran, analisis dan penambahbaikan;
dan ini disusuli dengan 17 prosedur kerja.
Sistem ini juga membantu pihak pengurusan untuk mendokumentasikan
dokumen-dokumen penting secara berkesan dan lebih bersistematik sekaligus
mencapai matlamat dan objektif yang tertera dalam dokumen kualiti SPSK iaitu
melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT) kecuali berlaku perkara-perkara di luar kawalan sekolah;
memastikan pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) atau Gred Purata
Sekolah (GPS) bagi peperiksaan awam/ peperiksaan pertengahan tahun/ peperiksaan
akhir tahun meningkat; memastikan 100% murid SPSK negeri Johor mendapat
Perkhidmatan Bimbingan, Kemahiran Belajar, Kerjaya, Pembangunan Diri Murid
dan Motivasi melainkan berlaku perkara-perkara di luar kawalan sekolah; 100%
aduan dan maklumbalas pelanggan berkaitan kurikulum yang lengkap akan dilayan
dan melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Audit Berteguran.
Matlamat SPSK adalah jelas dan boleh dicapai. Antara perkara yang
diutamakan dalam matlamat SPSK ialah menetapkan kecemerlangan sekolah agar
memperolehi Tawaran Baru (Bai’ah) setiap tahun; menyediakan sekolah ke arah
Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2013;
sifar sekolah yang berada di Band 5,6 dan 7 menjelang 2013 di negeri Johor kecuali
sekolah yang baru dibuka; sifar sekolah di negeri Johor mendapat Audit Berteguran
menjelang tahun 2013 dan memastikan semua sekolah di negeri Johor mengamalkan
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Berasaskan MS ISO 9000 menjelang tahun 2013
(Sektor Jaminan Kualiti JPN Johor, 2012).
Taklimat Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Keluaran
03 Tahun 2012 oleh Sektor Jaminan Kualiti JPNJ turut menyatakan bahawa Jemaah
Nazir mengiktiraf SPSK sebagai alat yang dapat membantu sekolah di mana
4
dokumentasi sekolah yang melaksanakan SPSK bagus jika dibandingkan dengan
sekolah yang bukan SPSK. Markah SKPM setelah diverifikasi tidak jauh berbeza
antara markah sekolah dengan markah Jemaah Nazir.
Standard Kualiti Pelajaran Malaysia (SKPM) di bawah pematauan Jemah
Nazir merupakan instrumen penarafan kendiri yang wajib diisi oleh setiap sekolah
bagi tujuan pengiktirafan dan penarafan kedudukan atau ‘ranking’ sekolah. KPM
telah menetapkan skor komposit bagi penarafan dan ‘ranking’ sekolah dalam NKRA
ialah 70% markah pencapaian akademik dan 30% markah verifikasi SKPM. Jelas di
sini menunjukkan pencapaian akademik adalah elemen yang utama dalam proses
penarafan sekolah-sekolah di Malaysia.
Objektif sub NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi ada menyentuh mengenai
mengangkat kualiti sekolah yang terbaik dengan meningkatkan kualiti pencapaian
institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti serta
membenarkan sekolah-sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-
masing. Pengurusan berkesan dan berkualiti akan mudah dicapai dengan
mengamalkan SPSK kerana SPSK adalah sistem yang berterusan dan dijamin
keberkesanan outputnya. Penambahbaikan kepada sistem pengurusan dilakukan
secara terancang agar kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada
tahap yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, pada penghujung sesi persekolahan bagi tahun 2012,
kesemua sekolah di daerah Muar telah dipantau dan dinilai oleh Ahli Jawatankuasa
SPSK Daerah di bawah kelolaan Sektor Jaminan Kualiti PPD Muar (Sektor jaminan
Kualiti PPD Muar, 2012). Ini menunjukkan pengurusan SPSK sememangnya penting
dan di pandang serius oleh semua peringkat pengurusan demi memastikan
pengajaran dan pembelajaran adalah yang terbaik dan berkualiti.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru-guru tidak memahami prosedur manual Sistem Pengurusan Sekolah
Kualiti (SPSK) yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) maka
pelaksanaan tidak dititikberatkan (Ahmad Nasaruddin Tulus, komunikasi peribadi, 8
Januari, 2012). Walaupun prosedur manual yang lengkap telah dibekalkan kepada
setiap sekolah, namun hakikatnya tanpa kursus yang mencukupi, kehadiran prosedur
manual dilihat tidak dapat membantu meningkatkan pemahaman guru-guru
terutamanya penyelaras-penyelaras Prosedur Kualiti (PK). Pihak pentadbir sekolah
sebagai penggerak utama dalam pelaksanaan SPSK perlu memainkan peranan yang
penting dari segi penguatkuasaan dan meningkatkan kefahaman SPSK kepada
seluruh warga sekolah supaya tahap amalan SPSK dapat dilaksanankan seratus
peratus. Apabila tahap pemahaman mengenai SPSK rendah maka natijahnya
pelaksanaan dan tahap amalan SPSK di sesebuah sekolah akan turut terjejas.
Instrumen di dalam borang penilaian Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti
(SPSK) bercanggah dengan kehendak dan keperluan di dalam Pekeliling Ikhtisas.
Contohnya bagi Buku Rekod Mengajar Guru yang lengkap perlu dinyatakan tajuk,
objektif, aktiviti dan impak pengajaran tetapi mengikut instrumen pemantauan SPSK,
guru-guru perlu juga menulis penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dan nilai-nilai
murni (Jasimah Hashim, komunikasi peribadi, 11 Januari, 2012). Percanggahan
instrumen dalam pemantauan yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan SPSK
seringkali mengakibatkan guru-guru keliru. Sepatutnya kedua-dua instrumen
pemantauan ini perlu dikaji dengan terperinci terlebih dahulu sebelum
diimplementasikan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh
menjejaskan matlamat sebenar tugas seorang guru.
Sistem penarafan bagi tujuan penganugerahan sesebuah sekolah terlalu
banyak seperti SPSK, MS ISO, star rating, Sekolah Kluster, Sekolah Berperstasi
Tinggi dan Sekolah Cemerlang yang melibatkan instrumen penilaian yang berbeza
(Abdul Hamid Abdul Rahman, komunikasi peribadi, 12 Januari, 2012). Instrumen
penilaian yang berbeza seolah-olah menunjukkan tiada konsep sentralisasi yang
6
diamalkan dalam sistem pendidikan di negara ini terutamanya bagi tujuan
penganugerahan yang standard. Guru-guru terpaksa menggunakan pelbagai
instrumen penilaian yang kadangkala bertindih antara satu sama lain bagi
mendapatkan sesuatu penganugerahan. Keadaan ini menimbulkan kesukaran di pihak
pengurusan untuk menguruskan aspek dokumentasi mengikut keperluan.
SPSK hanya menambahkan beban kerja guru yang telah sedia ada dan
membuang masa kerana jika seseorang guru itu sememangnya bagus maka tanpa
SPSK juga guru tersebut tetap bagus (Hwang Lay Boon, komunikasi peribadi, 14
Januari, 2012). Penggunaan SPSK dilihat hanya membebankan guru-guru dengan
tambahan kerja kerana guru-guru perlu mendokumentasikan segala pelaporan
mengikut prosedur yang digariskan dan ini hanya menjadikan kerja seseorang guru
bertambah lambat. Guru-guru terpaksa melakukan pelbagai perkara yang remeh-
temeh semata-mata bagi memenuhi keperluan instrumen SPSK.
SPSK boleh diamalkan tetapi ia memerlukan seorang guru yang khas bagi
melakukan segala pendokumentasian berkaitan dengannya supaya tidak
membebankan guru-guru yang lain (Adnan Abdul Rahman, komunikasi peribadi, 18
Januari, 2012). Penyediaan guru khas bagi mengawal selia segala dokumentasi agar
mengikut format SPSK dilihat dapat membantu meningkatkan tahap amalan SPSK di
sekolah-sekolah. Secara tidak langsung matlamat melindungi waktu pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan. Surat siaran yang dikeluarkan oleh Kemeterian
Pelajaran Malaysia Bilangan 20 tahun 2012 ada menggariskan beberapa perkara
yang dirasakan mampu melindungi waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu
termasuklah kekerapan guru meninggalkan bilik darjah (Sektor Operasi Pendidikan,
KPM, 2012). Ini menunjukkan betapa pihak KPM sendiri merasakan pertambahan
beban tugas guru akan menjejaskan waktu pengajaran dan pembelajaran mereka.
Format SPSK yang berubah-ubah menjadikan guru-guru sukar untuk
mengikuti perubahan yang terkini (Tee Hwee Jan, komunikasi peribadi, 17 Januari,
2012). Guru-guru perlu sentiasa peka dengan perubahan format SPSK dan ianya
menjadikan guru cepat bosan dengan SPSK (Suziana Ahmad Bohari, komunikasi
7
peribadi, 15 Januari, 2012). Perubahan format yang kecil menjadikan guru-guru
terpaksa membuat pembetulan lebih daripada sekali agar pelaporan yang dibuat
bertepatan dengan format yang terkini. Peruntukan masa yang lebih diperlukan untuk
membuat kerja-kerja pembetulan. Akhirnya tumpuan guru terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran akan sedikit terganggu disebabkan perkara ini.
SPSK kelihatan tidak penting kerana ia tidak menampakkan hasil yang jelas
kepada guru (Tee Hwee Jan, komunikasi peribadi, 17 Januari, 2012). Ini kerana
impak penggunaan SPSK tidak menunjukkan perubahan yang ketara selain daripada
peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS). Umumnya tidak semua individu benar-
benar memahami apa yang mampu ditunjukkan oleh GPS sesebuah sekolah maka
oleh yang demikian SPSK dilihat tidak penting untuk diamalkan. Gred Purata
Sekolah merupakan hasil daripada TOV (Tick of Value) dan ETR (Expected Targeted
Result) yang ditetapkan oleh sesebuah sekolah agar ia dapat mencapai prestasi yang
diingini. Melalui GPS, prestasi sesebuah sekolah dapat ditentukan dan penilaiannya
dilakukan oleh Jemaah Nazir (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia, 2010).
SPSK banyak menggunakan borong-borang contohnya untuk membuat
laporan aktiviti sahaja ada dua borang yang perlu disediakan oleh guru iaitu borang
status pelaksanaan aktiviti dan laporan pelaksanaan aktiviti yang mana kedua-duanya
jika disekalikan akan dapat menjimatkan penggunaan kertas (Norizah Abdul Bari,
komunikasi peribadi, 18 Januari, 2012). Kadang kala guru-guru mendapati
penggunaan borang yang pelbagai hanya menyukarkan mereka memahami prosedur
SPSK dengan jelas kerana mereka merasakan seolah-olah membuat kerja yang sama
berulang kali.
Penjelasan mengenai SPSK dan cara untuk mengisi borang-borang tidak
diperjelaskan dengan terperinci. Hanya melalui panduan buku manual tidak dapat
membuatkan saya faham dengan jelas faedah SPSK (Azren Shahdan, komunikasi
peribadi, 21 Januari, 2012). Faktor seperti kesuntukan masa dan memerlukan kos
yang tinggi mengakibatkan kursus bagi pelaksanaan SPSK secara menyeluruh
8
kepada guru-guru tidak ditaklimatkan dengan terperinci. Hanya Penyelaras SPSK
Sekolah dan Penyelaras Kualiti yang diberi taklimat secara rasmi oleh pihak Pejabat
Pelajaran Daerah. Bagi guru-guru di sekolah, SPSK di sekolah hanya diketahui
melalui taklimat ringkas dan terpulang kepada inisiatif pihak pengurusan sekolah
untuk mengadakannya.
Pelaksanaan SPSK mudah tetapi pengamalan SPSK secara berterusan ada
masalah. Ini kerana ia memerlukan komitmen semua guru untuk sama-sama
menjayakannya (Mohd Naim Karmani, komunikasi peribadi, 22 Januari, 2012).
Kajian yang dijalankan oleh Lee (2009) menunjukkan bahawa budaya organisasi
akan mempengaruhi dan memberi kesan ke atas fungsi-fungsi pengurusan seperti
perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan. Dapatan ini penting
dalam menunjukkan kerjasama di antara semua guru dalam sesebuah organisasi amat
penting bagi menjamin kejayaan mengubah budaya organisasi tersebut. Guru-guru
khususnya penyelaras PK perlu sentiasa mematuhi prosedur dan format SPSK dalam
mendokumentasikan segala dokumen yang berkaitan kerana jika tidak mereka perlu
sentiasa membuat penambahbaikan kepada cara pelaporan mereka.
SPSK sehingga hari ini masih dibelenggu dengan masalah tahap amalan yang
tidak terlalu tinggi meskipun tahap pelaksanaan SPSK adalah tinggi. Abdul Rahim
dan Kadijah (2012) mendapati tahap pelaksanaan bagi lima aspek amalan Sistem
Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di sekolah rendah rintis SPSK daerah Johor
Baharu menunjukkan berada pada tahap yang tinggi. Ini berkemungkinan terdapat
perbezaan dalam kefahaman mengenai SPSK di sekolah-sekolah bukan rintis. Maka
kajian ini dilihat sekaligus dapat membantu mengkaji tahap amalan dan
permasalahan SPSK di semua sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu adalah
sekolah rintis SPSK ataupun tidak.
9
1.3 Penyataan Masalah Kekurangan ilmu mengenai Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPSK) pada
guru-guru menyebabakan mereka kurang faham secara terperinci mengenai SPSK
dan faedah yang dapat diperolehi daripada penggunaanya. Maka dari segi
pelaksanaannya di sekolah akan menghadapi masalah walaupun buku panduan
manual Dokumen Kualiti Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) telah
dibekalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Tanpa kursus dan taklimat yang
sewajarnya oleh pihak atasan, kemelut masalah ini tidak mungkin dapat ditangani.
Selain daripada itu, percanggahan butiran instrumen yang terkandung di
dalam penilaian SPSK dan penilaian Jemaah Nazir perlu diperhalusi lagi oleh pihak
atasan agar kekeliruan guru-guru dalam menyediakan dokumen mengikut spesifikasi
dan verifikasi dapat dikurangkan. Pertindihan maklumat menunjukkan seolah-olah
tiada perancangan yang rapi dilakukan sebelum instrumen pemantauan dibina.
Penetapan dari segi format yang diguna pakai dalam penyediaan dokumen
mengikut format SPSK juga mendatangkan masalah kepada guru-guru. Ini kerana
dalam masa 3 tahun sejak ia mula diperkenalkan di negeri Johor telah ada sebanyak
tiga siri keluaran SPSK di mana setiap keluaran hanya mempunyai penambahbaikan
yang terlalu kecil dan guru-guru terpaksa mengemaskini dokumen mereka dengan
kerap.
Di samping itu, penggunaan SPSK tidak menampakkan impak yang besar
yang dapat difahami oleh semua guru secara terperinci kecuali bagi guru-guru yang
terlibat secara langsung dalam sistem tersebut. Ini mengakibatkan pelaksanaan dan
pengamalan SPSK dipandang ringan oleh segelintir warga guru.
Kesukaran mendapat komitmen daripada guru dan pengekalan komitmen
guru terhadap pelaksanaan dan pengamalan SPSK menjadikan SPSK dipandang
enteng oleh sesetengah pihak pengurusan sekolah. Maka satu tindakan yang agak
10
drastik perlu dibuat oleh pihak pengurusan sekolah agar penerimaan SPSK dapat
dikekalkan dalam kalangan warga guru dan sekolah.
Oleh yang demikian kesimpulannya di sini ialah, kekurangan dalam
pelaksanaan SPSK di sekolah turut menyumbang kepada kelewatan dalam usaha
pihak sekolah ke arah menyediakan pendidikan yang berkualiti. Apabila perkara ini
tidak dibendung maka ia tidak akan selaras dengan hasrat yang ditetapkan dalam
NKRA ketiga bidang pendidikan.
Oleh itu kajian ini adalah untuk melihat tahap amalan dan permasalahan yang
wujud di sekolah-sekolah yang menjalankan SPSK dan kajian yang sebegini belum
ada dijalankan oleh mana-mana pengkaji SPSK. Kajian terdahulu mengenai SPSK
hanya terhad kepada melihat tahap pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti
(SPSK) di sekolah rendah Daerah Johor Baharu dan hanya melibatkan enam
prosedur kualiti daripada 13 prosedur kualiti keseluruhannya. Manakala satu kajian
lagi melihat hubungan amalan SPSK dengan produktiviti guru dan ianya melibatkan
sekolah rintis SPSK dalam daerah Johor Baharu sahaja dengan memfokuskan pada
lima prosedur kualiti. Di harap dapatan hasil kajian ini dapat membantu pihak atasan
untuk membuat penambahbaikan ke atas mana-mana elemen di dalam SPSK kelak.
1.4 Objektif Kajian Objektif utama kajian ini adalah untuk:-
a) Mengenalpasti tahap amalan SPSK di sekolah–sekolah yang dikaji
b) Mengenalpasti penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada carta alir
prosedur dalam Dokumen Kualiti SPSK yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri Johor (JPNJ)
c) Mengenalpasti langkah-langkah yang boleh mengurangkan beban
pendokumentasian dalam pelaksanaan SPSK
11
1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada objektif kajian yang dinyatakan di atas, maka persoalan
kajian ini dapat dirumuskan seperti berikut:-
a) Apakah tahap amalan SPSK di sekolah-sekolah yang dikaji berdasarkan
kepada prosedur kualiti SPSK?
b) Apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada carta alir prosedur
dalam Dokumen Kualiti yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Johor (JPNJ)?
c) Apakah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan beban
pendokumentasian dalam pelaksanaan SPSK?
1.6 Kepentingan Kajian Apabila kualiti mula dipandang tinggi oleh pelanggan sekolah, maka
pengurusan kualiti mestilah dititikberatkan dan diamalkan oleh pihak pengurusan dan
pentadbiran sekolah dan apabila terdapat rungutan daripada pihak pengurusan
sekolah mengenai idea Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang terlalu luas dan
kurang mendapat sambutan di kalangan sekolah-sekolah berstatus biasa maka
langkah penambahbaikan sistem kualiti dilaksanakan.
Skop yang lebih kecil yang harus ditadbir urus oleh pihak pengurusan sekolah
sebagai permulaan menuju pendidikan berkualiti ialah ke arah pelaksanaan Sistem
Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) MS ISO 9001:2008. Pendek kata jika pihak
pengurusan mengurus SPSK dengan berkesan ganjarannya sekolah mendapat
pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001:2008 dan secara tidak langsung pencapaian ini
akan turut menyumbang ke arah Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
Pemerolehan pengiktirafan pensijilan MS ISO secara tidak langsung akan
mendorong pihak sekolah memenuhi keperluan SKPM bagi penarafan kendiri
12
sekolah supaya sekolah berada pada band yang tertinggi dan tidak tergolong dalam
band 6 dan 7. SPSK dapat membantu pihak pengurusan tidak kira bagi sekolah yang
baru mengamalkan ataupun telah lama mengamalkannya kerana SPSK dibekalkan
dengan buku manual prosedur yang amat mudah difahami dan dikuti oleh setiap jenis
sekolah tanpa mengira kecil mahupun besarnya sesebuah sekolah itu. Sistem ini
merupakan satu sistem yang standard bagi semua sekolah. Maka secara asasnya tidak
akan wujud kekeliruan di antara pengurusan sekolah-sekolah yang berlainan.
Perkongsian maklumat dan kepakaran dapat dijalankan secara bersama.
Tidak banyak kajian mengenai SPSK yang dilakukan tetapi secara umumnya
banyak kajian mengenai kualiti dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang
dilakukan. Kajian pertama yang dijalankan oleh Hairunizad (2012) yang mengkhusus
kepada SPSK sebelum ini lebih menjurus kepada pelaksanaan SPSK di sekolah
rendah rintis SPSK di daerah Johor Baharu yang hanya melibatkan responden dalam
kalangan pentadbir. Elemen-elemen yang terdapat di dalam instrumen soal selidik
hanya menggunakan enam prosedur kualiti berbanding 17 prosedur kualiti
keseluruhannya.
Manakala kajian kedua tentang SPSK pula yang dijalankan oleh Abdul
Rahim dan Kadijah (2012) pula melihat hubungan SPSK dengan tahap kualiti dan
produktiviti guru di sekolah rendah rintis daerah yang sama. Maka oleh itu dengan
adanya kajian ini pengkaji akan dapat menjawab permasalahan SPSK dan tahap
amalannya di sekolah-sekolah yang secara umumnya bukan difokuskan hanya
kepada sekolah rintis serta penambahbaikan kepada manual prosedur yang sedia ada
bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan memantapkan lagi tahap pelaksanaan dan
pengamalannya di sekolah-sekolah.
1.7 Batasan Kajian Kajian ini dibataskan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah,
penyelaras-penyelaras prosedur kualiti (PK) dan guru-guru di 32 buah sekolah
13
menengah di daerah Muar/Ledang pada tahun 2012. Kajian ini menumpukan
perhatian kepada pengurusan SPSK secara keseluruhannya. Oleh yang demikian,
kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh
(TQM) di sekolah.
1.8 Definisi Istilah Dalam kajian ini, beberapa istilah yang digunakan didefinisikan seperti
berikut:-
1.8.1 Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Satu Sistem Pengurusan Kualiti yang mengikut tatacara sistem pengurusan
kualiti MS ISO 9001:2008 yang komited untuk meningkatkan dan memantapkan
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang berkualiti bagi memenuhi keperluan
pelanggan (JPNJ, 2012)
1.8.2 Pengurusan Berkualiti Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), definisi pengurusan ialah
menguruskan sesuatu atau menyeleggarakan sesuatu secara baik dan teratur. Dalam
konteks kajian ini, pengurusan membawa maksud satu proses yang melibatkan
perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan serta penglibatan seluruh
anggota yang berada di dalam organisasi untuk sama-sama berusaha ke arah
pencapaian matlamat.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), kualiti didefinisikan sebagai
darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi; mutu. Dalam konteks kajian, kualiti
merujuk kepada mutu atau penghargaan yang diperolehi oleh sesebuah organisasi
14
Maka pengurusan berkualiti pula ialah satu proses sosial yang melibatkan
aktivit seperti merancang, mengelola, melaksana (memimpin) dan mengawal
pelaksanaan program-program bagi mencapai matlamat ynag telah ditetapkan dan
hasil perkhidmatan (output) memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder.
1.8.3 Instrumen Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) instrumen ialah dokumen rasmi
yang sah di sisi undang-undang dan mengikut peraturan tertentu yang menyatakan
hak pihak-pihak yang terlibat dlm sesuatu kontrak dan sebagainya manakala
instrumen di dalam konteks kajian ini ialah dokumen rasmi yang sah yang
mengandungi segala butiran terperinci mengenai bagaimana sesuatu penilaian
dilakukan atau tatacara penilaian dijalankan.
1.8.4 Pemantauan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) menyatakan pemantauan ialah perihal
(perbuatan, tindakan dan sebagainya) memantau terhadap perkembangan sesuatu
perkara dan dalam konteks kajian ini pemantauan membawa maksud melihat,
mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu perkara itu berjalan
dengan lancar
1.8.5 Impak Bermaksud kesan yang ketara (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994). Dalam
konteks kajian ini ia bererti kesan yang dapat dilihat hasil daripada pelaksanaan
kaedah atau sistem yang tertentu saman ada kesan yang baik ataupun sebaliknya
15
1.9 Penutup Walaupun penggunaan TQM telah lama diperkenalkan sejak tahun 1980-an
lagi namun kekaburan konsep dan pemahaman yang berbeza mengenai konsep TQM
menjadikan ianya sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa. Terbitan daripada TQM
maka wujudlah Sistem Kualiti MS ISO 9001:2008. Jabatan Pelajaran Negeri Johor
pula mensasarkan kesemua sekolah di negeri Johor melaksanakan Sistem Kualiti MS
ISO 9001:2008 menjelang 2013 dan pada 2012 didapati kesemua 32 buah sekolah
menengah di daerah Muar/ Ledang telah melaksanakan SPSK. Berpandukan data ini
dilihat kebanyakan pihak pengurusan mula jelas tentang SPSK maka harus pula
dilihat bagaimana pengurusan SPSK dilaksanakan di sekolah-sekolah yang
berkenaan.