borang pengesahan status tesis · lagi maha penyayang alhamdulillah… syukur alhamdulillah saya...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN : 2004/2005
YASMIN BINTI YAHYA
(HURUF BESAR)
Saya :
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI
Nama Penyelia
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: C- 408 KG RU RENDANG, 21600 MARANG, TERENGGANU Tarikh : 21 OKTOBER 2004
PERAKUAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan : _________________________
Nama Penyelia : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI
Tarikh : OKTOBER 2004
i
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
YASMIN BINTI YAHYA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2004
ii
PERAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ______________________
Nama Penulis : YASMIN BINTI YAHYA
Tarikh : OKTOBER 2004
iii
DEDIKASI
Untuk….
Ayahanda dan Bonda
Engkau segala-galanya buatku
Kekanda dan adinda
TQ kerna hadir dalam hidupku
Insan Teristimewa
Kehadiranmu amat bermakna bagiku
Sahabat Seperjuangan
Jasa kalian akan kukenang
Sahabat ‘Pejuang’
Teruskan perjuangan
Warga UTM
Segala kenangan kuabadikan
Terima kasih untuk segala-galanya….
iv
PENGHARGAAN
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah…
Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat saya menyiapkan projek sarjana muda ini mengikut tempoh yang
ditetapkan. Di kesempatan ini, saya mengucapkan perhargaan ikhlas kepada penyelia
iaitu Prof. Dr. Noor Azlan bin Ahmad Zanzali diatas segala tunjuk ajar dan bimbingan
yang diberikan sepanjang proses penyiapan projek ini.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada warga sekolah yang terlibat,
kakitangan perpustakaan sultanah zanariah dan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuagan yang banyak
menghulurkan bantuan bagi memastikan proses perjalanan projek ini berjalan dengan
lancar dan baik.. Setinggi ucapan terima kasih dirakamkan buat ahli keluaraga terutama
ibubapa yang tidak jemu membantu dan mendoakan kejayaan saya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha dan bantuan yang
kalian semua sumbangkan , diberkati Ilahi.
Wassalam…
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran proses sains asas.
Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran sains di
daerah Kuala Terengganu telah menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini
melibatkan 63 pelajar perempuan dan 57 pelajar lelaki. Instrumen kajian yang digunakan
untuk menguji tahap penguasaan kemahiran proses sains asas adalah soalan kemahiran
proses sains asas. Secara keseluruhan, kajian telah menunjukkan bahawa tahap
penguasaan kemahiran proses sains asas di kalangan pelajar tingkatan empat dalam mata
pelajaran sains adalah pada tahap sederhana. Berdasarkan skor min yang diperolehi oleh
pelajar, didapati bahawa kemahiran yang paling dikuasai oleh pelajar ialah membuat
inferens, diikuti meramal, memerhati, mengukur dan menggunakan nombor,
perhubungan ruang dan masa, mengelas dan yang paling lemah dalam kemahiran
komunikasi. Seterusnya, ujian –T menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan bagi ketujuh-tujuh komponen kemahiran proses
sains asas. Selain itu, perbandingan kemahiran proses sains asas secara keseluruhan
antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan turut dikaji. Didapati pelajar perempuan lebih
menguasai kemahiran proses sains asas berbanding pelajar lelaki. Bagaimanapun, secara
keseluruhan tahap penguasaan kemahiran proses sains asas bagi kedua-dua jantina adalah
pada tahap sederhana. Di akhir laporan, telah dikemukan beberapa cadangan untuk
meningkatkan lagi kemahiran proses sains asas dikalangan pelajar sekolah.
vi
ABSTRACT
The aim of the study is to investigate the level of basic science process skills of
120 form four student from schools in Kuala Terengganu. The respondents consist of the
67 female students and 53 male students. The instrument is a paper and pencil test
consisting of questions related to basic science process skills. The result showed that the
level of basic science process skills of the respondents in science subject was at a
moderate level. In terms of mean scores, the findings indicated that most of the students
mastered the skill of making inference, followed by predicting, observing, measuring and
using the number and linking space and time. Students are very poor in communication
skills. This survey also showed that, there was no significant difference between male
and female student regarding the seven components of basic science process skills.
Besides that, comparison of the overall level of basic science process skills between male
and female students showed that more female students mastered the basic science process
skills. Even though, the level of basic science process skills for both gender is at a
moderate level. Suggestions were made to improve the basic science process skills
among students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Rajah xi
Senarai Jadual xii
Senarai Lampiran xiv
Senarai Singkatan xv
BAB I. PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Hipotesis Kajian 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Istilah 7
viii
1.8.1 Penguasaan 7
1.8.2 Sains 7
1.8.3 Kemahiran Proses Sains 7
BAB II SOROTON PENULISAN
2.0 Pengenalan 8
2.1 Definisi Kemahiran Proses Sains 9
2.2 Kepentingan Setiap Komponen KPSA Berdasarkan 10
Perkaitan Antara Kemahiran Proses Sains Asas
Dan Kemahiran Berfikir
2.3 Definisi Setiap Komponen Kemahiran Proses Sains Asas 11
2.3.1 Memerhati 11
2.3.2 Mengukur Dan Menggunakan Nombor 12
2.3.3 Mengelas 12
2.3.4 Membuat Inferens 12
2.3.5 Menggunakan Perhubungan Ruang Dan Masa 12
2.3.6 Meramal 13
2.3.7 Berkomunikasi 13
2.4 Kajian-Kajian Lepas Mengenai Kemahiran Proses Sains 13
2.5 Rumusan 17
BAB III METADOLOGi KAJIAN
3.0 Pengenalan 18
3.1 Rekabentuk Kajian 18
3.2 Sampel Dan Tempat 19
3.3 Kajian Rintis 20
3.4 Instrumen Kajian 20
3.5 Prosedur Kajian 22
ix
3.6 Kriteria Menentukan Tahap Penguasaan KPSA 23
3.7 Analisis Data 24
3.8 Rumusan 25
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 26
4.1 Taburan Jantina Responden 27
4.2 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Sekolah 28
4.3 Tahap penguasaan Mengikut Kategori Markah 29
4.4 Tahap Penguasaan KPSA Pelajar Tingkatan Empat Dalam 29
Semua Komponen KPSA
4.5 Tahap Penguasaan Secara Keseluruhan 31
4.6 Perbezaan Tahap Penguasaan KPSA Pelajar Tingkatan 33
Empat Mengikut Jantina Dalam Semua Kompenan KPSA
4.7 Tahap Penguasaan KPSA Responden Mengikut Jantina 36
4.8 Penutup. 39
BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 40
5.1 Perbincangan 41
5.1.1 Tahap Penguasan KPSA Pelajar Tingkatan Empat 41
Dalam Semua Komponen KPSA
5.1.2 Perbezaan Tahap Penguasan KPSA Pelajar Tingkatan 41
Empat Mengikut Jantina Dalam Semua Komponen KPSA
5.2 Kesimpulan 42
5.3 Cadangan 42
5.3.1 Cadangan Kepada Pelajar 42
5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 44
x
5.4 Penutup 44 BIBLIOGRAFI 45 LAMPIRAN A-F 48
xi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Jantina Responden 27
4.2 Tahap Penguasaan KPSA Responden 32
4.3 Tahap Penguasaan Mengikut Jantina (Lelaki) 37
4.4 Tahap Penguasaan Mengikut Jantina (Perempuan) 37
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perkaitan Diantara KPSA 10
Dengan Kemahiran Berfikir.
2.2 Peratus Purata Bagi Kemahiran 14
Proses Yang Dikaji
2.3 Tahap Penguasaan Kemahiran 15
Proses Sains Di Daerah Machang
2.4 Status Penguasaan KPSA Yang 16
Dikaji Di Daerah Yong Peng
3.1 Bilangan Responden Bagi Setiap 19
Sekolah.
3.2 Komponen KPSA Berdasarkan 21
Nombor Soalan Dalam Soalan KPSA
3.3 Komponen KPSA Berdasarkan Bilangan 22
Soalan Bagi Setiap Tingkatan
3.4 Tahap Penguasaan KPSA Berdasarkan 24
Markah
4.1 Taburan Jantina Responden ( n =120) 27
4.2 Bilangan dan Peratus Responden 28
Mengikut Sekolah
4.3 Tahap Penguasaan KPSA 29
4.4 Taburan Peratus Min, Minimum, 29
Maksimum Dan Sisihan Piawai Pelajar
Yang Menjawab Betul Soalan KPSA.(n=120)
4.5 Peratus Pelajar Dan Tahap Penguasaan 31
KPSA Bagi Semua Kompenan KPSA. (n=120)
xiii
4.6 Tahap Penguasaan KPSA Responden. (n=120) 32
4.7 Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum Dan 33
Sisihan Piawai Pelajar Yang Menjawab Betul Soalan
KPSA Mengikut Jantina ( Lelaki). (n=57)
4.8 Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum Dan 35
Sisihan Piawai Pelajar Yang Menjawab Betul Soalan
KPSA Mengikut Jantina ( Perempuan). (n=63)
4.9 Tahap Penguasaan KPSA Responden Mengikut 36
Jantina (n=120)
4.10 Perbezaan Signifikan Antara Jantina Menggunakan 38
Ujian-T(n=120)
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal selidik (Soalan Kemahiran Proses Sains 48
Asas (KPSA))
B Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian 59
Perancangan Dan Penyelidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Untuk 61
Menggunakan Sampel Kajian di
Sekolah-Sekolah di Bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Daripada Jabatan Pendidikan Terengganu
D Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian Di 62
Sekolah Menengah Daripada Jabatan Terengganu
E Surat Pengesahan pelajar Fakulti Pendidikan 64
Universiti Teknologi Malaysia
F Senarai Sekolah-Sekolah Di Daerah Kuala Terengganu 65
xv
SENARAI SINGKATAN PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
IPT - Institusi Pendidikan Tinggi
DBP - Dewan Bahasa & Pustaka
SPSS - Statistic Package for Social T-Test
Ujian-T - Independent-Samples T-Test
N - Jumlah Responden
Bil - Bilangan
% - Peratus
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Menurut Robiah (2001), pendidikan kunci pembangunan sesebuah negara. Selari
dengan bagaimana pentingnya peranan pendidikan, kerajaan Malaysia telah
memperuntukkan belanjawan yang agak besar untuk membangunkan institusi
pendidikan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru perlulah tahu mengenai keadah
yang sesuai untuk pelajar. Kaedah pengajaran yang berbagai-bagai perlu dicuba supaya
dapat mengetahui keberkesanan dan kesesuaian sesuatu kaedah.(Abdul Rahim, 2000).
Subjek sains memberi penumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik untuk
mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorentasikan eksperimen dan kegiatan amali
(Meor Ibrahim, 2001). Menurut Abdul Rahman (1994), pendidikan adalah suatu proses,
tetapi ia bukanlah sebarang proses dan proses pendidikan mempunyai ciri-ciri tertentu.
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif. Bagi kemahiran proses sains, ia terbahagi kepada dua iaitu kemahiran
proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran proses sains asas
merujuk kepada kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua pelajar bagi setiap
komponen bagi membolehkan pelajar menjalankan eksperimen di makmal dan
2
melakukan aktiviti penyiasatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran proses
sains asas yang perlu dikembangkan kepada pelajar ialah kemahiran memerhati,
mengukur dan menggunakan nombor, mengelas, membuat inferens, menggunakan
perhubungan ruang dan masa, meramal dan berkomunikasi.(Abu Hassan, 2001).
Pelajar-pelajar digalakkan untuk menggunakan kemahiran proses sains kerana
nilai penguasaan dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata menguasai
fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains sebenarnya boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Apabila pelajar-pelajar telah menguasai
kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam
sekeliling serta membentuk idea dan konsep sendiri.
Kemahiran proses sains asas perlu dikuasai bagi setiap pelajar untuk
memastikan pelajar berkebolehan menggunakan pengetahuan sains dan kemahiran
saintifik secara bijaksana bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan (Rohani, 2000).
1.1 Latar Belakang Masalah
Terdapat pelajar yang menganggap bahawa kegiatan belajar hanyalah terhad
kepada kehadiran dalam kelas, mengikut pengajian berasaskan silibus yang ditetapkan
dan lulus peperiksaan dan Para pelajar sendiri tidak mengetahui kenapa mereka perlu
belajar dan betapa pentingnya proses pembelajaran dalam kehidupan(Robiah, 2001)
Menurut kajian Zalina, (1997) Kemahiran proses sains asas yang paling sukar
dikuasai ialah meramal, ini menunjukkan tidak semua kemahiran proses sains asas dapat
dikuasai oleh pelajar. Permasalahan ini mungkin timbul kerana proses pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan guru dan pelaksanaan aktiviti praktikal adalah sangat
kurang(Rohani, 2000). Oleh yang demikian, pelajar juga harus didedahkan kepada
3
penyiasatan saintifik dan bersifat hand-on serta berpusatkan pelajar. Menurut Kamarudin
(1990), di antara tujuan pembelajaran berpusatkan pelajar ialah membolehkan pelajar
berlatih, mengembangkan kemahiran akal dan fikiran serta memahami alam sekeliling
mereka.
Di samping itu, tahap penguasaan kemahiran proses sains dikalangan pelajar
perempuan adalah lebih cemerlang berbanding lelaki. Ini mungkin kerana sikap
perempuan yang rajin dan sering berfikiran positif berbanding lelaki. Menurut kajian
Zalina (1997) pelajar perempuan mempunyai min skor yang lebih tinggi daripada pelajar
lelaki di dalam kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah.
Menurut Mok Soon Sang, di antara masalah dalam bidang pendidikan ialah
penggunaan strategik dan kaedah mengajar. Oleh itu keadah mengajar memainkan
peranan yang penting bagi meningkatkan percapaian pelajar. Guru-guru sering
mengambil jalan mudah dalam hal ini dan tidak membimbing pelajar kemahiran-
kemahiran yang perlu mereka kuasai, termasuk kemahiran proses sains asas. Malah
menurut Ibrahim (1997), remaja sekolah perlu dipimpin dengan bijaksana untuk
menentukan pembelajaran mereka berjalan lancar dan perkembangan mereka dari segi
intelek tidak terencat.
1.2 Hipotesis Kajian
1. Keputusan yang maksimun diperolehi daripada soalan kemahiran proses sains
asas, jika tahap penguasaan kemahiran proses sains asas di kalangan pelajar tingkatan
empat di sekolah daerah Kuala Terengganu adalah tinggi.
4
2. Tahap penguasaan kemahiran proses sains asas di kalangan pelajar perempuan
lebih tinggi berbanding pelajar lelaki tingkatan empat sains di sekolah daerah Kuala
Terengganu berdasarkan nilai signifikan 0.05.
1.3 Penyataan Masalah
Penguasaan pelajar terhadap kemahiran proses sains asas akan memudahkan
pelajar-pelajar untuk menguasai sains, di samping menguasai kemahiran saintifik yang
lain. Tahap percapaian pelajar juga bergantung kepada setiap individu pelajar sendiri
supaya sentiasa berusaha untuk menguasai kemahiran proses sains. Selain itu,
berdasarkan latar belakang masalah faktor jantina juga menunjukkan tahap penguasaan
yang berbeza di kalangan pelajar Pelajar perempuan mula bersaing untuk menimba ilmu
pengetahuan, di Institut Pengajian Tinggi (IPT) peratus pelajar perempuan mula
meningkat.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ialah untuk: 1. Mengkaji tahap penguasaan kemahiran proses sains asas di kalangan pelajar
tingkatan empat di daerah Kuala Terengganu.
2. Mengkaji sama ada terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran proses sains
asas di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Kuala Terengganu mengikut
jantina.
5
1.6 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, telah terhasil dua persoalan kajian iaitu: 1. Sejauh manakah tahap penguasan kemahiran proses sains asas di kalangan
pelajar-pelajar tingkatan empat di daerah Kuala Terengganu?
2. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran proses sains asas di
kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat mengikut jantina di daerah Kuala
Terengganu?