penggunaan pusat sumber sekolah (pss) dalam pengajaran guru di dua sekolah … · 2013-11-19 ·...
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DALAM PENGAJARAN
GURU DI DUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DI KAWASAN SKUDAI
ROHAIZAD BIN SELEMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Buat ayahanda dan bonda tercinta..
Selemin Bin Warsan dan Saniah Binti Fardi
Juga ayahanda dan bonda mertuaku,
Sabirin Bin Warijo dan Semi Binti Misran
Terima kasih di atas doa, nasihat dan sokongan untukku selama ini...
Buat isteri dan anak tersayang..
Mazuin Binti Sabirin dan Muhammad ‘Ammar Bin Rohaizad
Kalianlah pembakar semangatku..
terima kasih di atas kesabaran kalian,
sokongan dan dorongan yang diberikan dalam meneruskan perjuangan ini..
Untuk semua saudaraku, teman dan sahabat yang dikasihi
Terima kasih di atas persahabatan dan sokonganmu....
Semoga mendapat rahmat dari Allah S.W.T
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi perhargaan kepada Dr. Yusof Bin Boon selaku penyelia Projek
Sarjana Muda atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan beliau sehinggalah saya
dapat menyiapkan tesis ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak
sekolah yang terlibat iaitu dua sekolah menengah di kawasan Skudai. Kerjasama
dari mereka amatlah dihargai.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada keluarga dan
rakan-rakan saya yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang saya
menyiapkan tesis ini. Semoga Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan
balasan di atas sumbangan yang tidak ternilai.
Sekian, terima kasih
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru terhadap
peranan Pusat Sumber Sekolah dalam pengajaran dan tahap sikap guru terhadap
aktiviti Pusat Sumber Sekolah. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sama ada
terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah
dalam pengajaran dan sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah mengikut
jantina, umur dan pengalaman, mengajar guru. Responden kajian terdiri daripada
105 orang guru sekolah menengah di dua buah sekolah dalam kawasan Skudai. Alat
kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah bentuk soal selidik yang mengandungi
sejumlah soalan yang berkaitan dengan tahap pengetahuan guru terhadap peranan
Pusat Sumber Sekolah dan tahap sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
Data kajian dianalisis secara kuantitatif menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS Version 11.5) yang melibatkan penggunaan kaedah statistik Ujian-T
dan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru
terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah dalam pengajaran berada pada tahap
sederhana dengan min 1.88 dan tahap sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber
Sekolah juga berada pada tahap sederhana dengan min 1.88. Dapatan kajian juga
menunjukkan faktor jantina, umur dan pengalaman mengajar guru tidak
memperlihatkan perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan guru
terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah dan sikap guru terhadap aktiviti Pusat
Sumber Sekolah. Hasil dapatan kajian ini, dicadangkan agar faktor pengetahuan
guru terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah diambil kira sebagai penentu utama
kepada sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
vi
ABSTRACT
The main objective of this study is to recognize the level of teachers’
knowledge pertain to the function of School Resource Centre in the teaching process
and their attitude level towards the School Resource Centre activities. This study
also to recognize if there any differences between the level of teachers knowledge
pertain to the function of School Resource Centre in the teaching process and their
attitude level towards the School Resource Centre activities based on their gender,
age and teachers’ teaching experiences. The respondent of the study were 105
teachers from two secondary schools in the Skudai area. They were asked to fill in
the questionnaires which were primarily concerned with teachers’ knowledge level
pertain to the function School Resource Centre in teaching and their attitude level
towards the School Resource Centre activities. The data was analyzed quantitatively
using the Statistical Package for Social Science (SPSS Version 11.5) which T-tests
and one way ANOVA were employed. The findings of the study show that the
teachers’ knowledge pertain to the function of School Resource Centre in the
teaching process were in average level with mean 1.88 and their attitude level
towards the School Resource Centre activities were also in average level with mean
1.88. The findings of the study also revealed that there were no significant
difference between gender, age and teachers’ teaching experiences with teachers’
knowledge pertain to the function of School Resource Centre in the teaching process
and their attitude level towards the School Resource Centre activities. Based on the
result, the level of teachers’ knowledge was suggested as the main factor that will
determine the teachers’ attitude towards the activities of the School Resources
Centre.
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sistem pendidikan di Malaysia kini berkembang seiring dengan kemajuan negara
pada masa kini. Ianya selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat
yang berilmu. Pendidikan yang berkualiti dapat menghasilkan sumber manusia
yang berilmu pengetahuan dan seterusnya dapat bersama-sama memacu negara
kepada sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pendidikan yang berkualiti
didefinisikan sebagai sebarang perkhidmatan yang mampu memuaskan keperluan
dan harapan negara.
Pusat Sumber Sekolah ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi
kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta mewujudkan sistem sokongan dalaman kearah membudayakan
teknologi pendidikan bagi meninggikan kualiti pendidikan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN).
Menurut Kassim (1989), konsep Pusat Sumber Sekolah telah wujud sejak
tahun 1970an lagi sebagai infrastruktur penting bagi mendukung teknologi
pendidikan di sekolah-sekolah untuk meningkatkan mutu pendidikan seperti yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Untuk menyokong usaha ini,
2
kurikulum kini telah mengalihkan penegasan kepada proses pembelajaran
berasaskan sumber (Resource-based learning) memandangkan tahap pelajar-pelajar
adalah berlainan diantara satu sama lain. Budaya sekolah perlu diubah dari memory-
based kepada yang bermaklumat, merangsang pemikiran kreatif dengan
mengunakan information based (Sobariah dan Shamila, 2006).
Pusat Sumber Sekolah merupakan komponen yang berfungsi secara berkesan
dalam mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan selesa. Peranan dan
sumbangan Pusat Sumber Sekolah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya serta pendidikan umumnya dapat membantu para pelajar meluaskan
pandangan serta menguatkan nilai dalam diri mereka (Kadir, 1993). Perkembangan
dalam Pusat Sumber Sekolah hari ini dilihat begitu pesat berbanding masa-masa
yang terdahulu. Hari ini, Pusat Sumber Sekolah bukan hanya sebuah bilik tetapi
ianya merangkumi seluruh sekolah (Azman, 2005). Berteraskan kepada sistem
pendidikan negara, Pusat Sumber Sekolah adalah antara unit yang terpenting sebagai
gedung penyimpan maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan sumber.
Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang terpenting dalam
teknologi pendidikan. Penggunaan alat bantu mengajar boleh melancarkan
perhubungan antara guru dengan pelajar dan sebaliknya, pelajar sesama pelajar dan
membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka (Atan, 1983). Kemajuan
pendidikan semakin hari semakin bertambah jelas dipengaruhi oleh elemen-elemen
seperti teknologi maklumat dan sumber khususnya komputer dan telekomunikasi.
Selain daripada dorongan peralatan teknologi dan perisian, pengurusan pendidikan
yang berteraskan kecekapan dan keberkesanan juga turut memainkan peranan dalam
mencapai kemajuan ini.
Yusuf (1997) merujuk kepada pusat sumber sebagai gedung yang
menyokong kearah kesempurnaan pengajaran dan pembelajaran. Menjadi harapan
dan matlamat semua pihak untuk melihat kecemerlangan dalam pendidikan.
3
Perkembangan dan kemajuan negara banyak bergantung kepada kecemerlangan dan
kualiti pendidikan yang dihasilkan. Semua pihak haruslah mencurahkan segala
tenaga dan daya usaha untuk mewujudkan sekolah yang cemerlang di mana hasilnya
dari kepimpinan yang berwibawa, berketrampilan dan mantap. Ianya perlu selari
dengan pengurusan dalam pengajaran dan pembelajaran yang sistematik.
Perancangan aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang strategik merupakan aspek
yang terpenting kepada pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Perancangan
yang baik akan menyumbang kepada pendidikan yang bertaraf dunia disamping
meningkatkan proses pengayaan maklumat kepada masyarakat Malaysia.
Pelaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan pusat sumber sekolah tanpa perancangan
yang strategik akan mengakibatkan kerugian sumber kepada pihak sekolah khasnya
dan pada negara umumnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Semua sekolah-sekolah di Malaysia kini sememangnya dilengkapi dengan bilik
pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah diakui sebagai institusi yang membantu
kecemerlangan pendidikan negara pada masa kini. Pusat Sumber Sekolah telah
diterima oleh guru-guru sebagai salah satu komponen yang penting yang dapat
membantu sekolah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
Penggabungan secara konsisten akan membantu meningkatkan mutu pengajaran
guru-guru. Pusat Sumber Sekolah juga menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang berpusat, mudah disebar dan digunakan oleh masyarakat
sekolah (Azman, 2005). Bukan sahaja pada guru-guru, pelajar-pelajar juga dapat
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada zaman moden kini, sumber ilmu bukan hanya berpusat kepada guru
sahaja. Dalam erti kata lain, guru bukan lagi satu-satunya sumber pengetahuan
4
kepada para pelajar. Sehubungan dengan itu, pengajaran guru-guru disekolah perlu
memaksimumkan pendedahan maklumat kepada pelajar-pelajar. Dengan itu,
peranan pelajar-pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran lebih aktif lagi. Melalui
pembacaan buku-buku cerita dan buku-buku bacaan tambahan serta aktiviti-aktiviti
pengajaran-pembelajaran melalui pusat sumber, nilai-nilai murni dapat dipupuk
dalam diri mereka (Kadir, 1993). Menurut Davies (1979), keperluan pendidikan
melalui bahan sumber untuk meluaskan pembelajaran selain daripada buku teks dan
pengajaran di bilik darjah telah lama dianggap sebagai penting untuk pembelajaran
yang berkesan. Seiring dengan sistem pendidikan bestari yang di war-warkan oleh
kerajaan sedikit masa dahulu, Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu daripada
komponennya yang semakin hari semakin diberi perhatian kerana perubahan
peranannya sebagai pusat penyimpan maklumat dalam sebuah sekolah.
Kepentingan Pusat Sumber Sekolah pada masa kini selaras dengan
perkembangan media dan teknologi. Pembelajaran dan pengajaran pada ketika ini
sememangnya telah melalui arus perubahan yang amat ketara sekali. Penggunaan
pelbagai jenis media di dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diadaptasikan
kepada para pelajar agar mereka dapat melalui satu pembelajaran yang bermakna.
Dengan penggunaan pelbagai jenis media, perkembangan pendidikan tanpa
sempadan melalui pelbagai deria pelajar akan berlaku. Sumber pengajaran sekarang
lebih menjurus kepada sumber bukan manusia seperti bahan bercetak, bahan audio
visual dan bahan bukan tayang serta bahan tayang. Apa yang perlu adalah guru-
guru dan pelajar-pelajar perlu mengetahui tentang peranannya serta dapat
memanfaatkannya kerana mengandungi pelbagai jenis sumber pengajaran untuk
menyalurkan pengetahuan dan maklumat yang berguna. Dengan itu, proses
pengajaran dan pembelajaran akan dapat memanfaatkan pelbagai jenis sumber di
dalam Pusat Sumber Sekolah.
Dalam era millennium ini, boleh dikatakan semua sekolah di Malaysia
mempunyai Pusat Sumber Sekolah sendiri dan walaupun terdapat sebilangan
sekolah yang tidak mempunyai bilik khas untuk dijadikan Pusat Sumber Sekolah
5
pihak sekolah tetap mewujudkan ruang-ruang yang ada untuk dijadikan sudut
sumber. Integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan
fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan
mata pelajaran yang diajar. Dalam usaha mengintegrasikan sumber dalam
pengajaran dan pembelajaran, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia
telah dan sedang berusaha untuk melaksanakan program-program yang bertujuan
untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber dan
seterusnya dapat menerapkan budaya ilmu dikalangan para pelajar. Namun yang
menjadi persoalannya kini, sejauh manakah keberkesanan fungsi ini untuk mencapai
tujuan tersebut.
Perancangan yang bersistematik bagi sesebuah Pusat Sumber Sekolah adalah
berasaskan kepada gabungan beberapa aspek iaitu aspek pengurusan sekolah,
pengurusan bahan sumber, kemudahana prasarana dan bahan-bahan bercetak atau
elektronik yang terdapat di dalam Pusat Sumber Sekolah. Pihak kerajaan melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membelanjakan sejumlah wang yang agar
besar dalam membekalkan bahan-bahan sumber untuk kegunaan Pusat Sumber
Sekolah. Ianya adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan bagi menerapkan
budaya ilmu dikalangan generasi rakyat Malaysia. Dalam usaha untuk
memantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan selaras dengan
pembangunannya ke tahap kualiti bertaraf dunia, Kementerian Pelajaran Malaysia
sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program
yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Perkhidmatan Media
Pendidikan di seluruh negara (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000, 2000). Dengan
kewujudan Pusat Sumber Sekolah ini, ianya perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
masih diragui dikalangan guru-guru mahu pun para pelajar. Mampukah Pusat
Sumber Sekolah menampung objektif dan matlamat guru dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
6
Dengan itu, kajian ini akan mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru
terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah dalam pengajaran, mengenalpasti sikap
guru-guru terhadap aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah, disamping mengenalpasti
perbezaan antara pengetahuan terhadap Pusat Sumber Sekolah dan sikap guru-guru
terhadap aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah mengikut jantina, umur dan
pengalaman mengajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan hasil kajian (Petugas Sekolah Bestari, 1997) mendapati bahawa
kebanyakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang masih dijalankan secara
manual dan ianya tidak meningkatkan produktiviti dan kualiti sebuah sekolah. Pusat
Sumber Sekolah diwujudkan sebagai untuk memenuhi keperluan guru dan pelajar
bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya penting sebagai salah satu cara
untuk memaksimumkan pendedahan maklumat dan sumber bahan pembelajaran
kepada pengguna khususnya kepada pelajar dan guru. Perkembangan pengetahuan
yang semakin pantas berubah dari semasa ke semasa. Ilmu pengetahuan wujud dari
pelbagai bentuk maklumat sama ada dalam bentuk bercetak, bukan cetak, teknologi
maklumat dan bentuk elektronik. Menurut Rusmini (2004), menegaskan
pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan
dalam pemikiran seseorang. Guru-guru dan para pelajar perlu mengetahui tentang
peranannya dan seterusnya dapat memanfaatkannya dengan semaksimum yang
mungkin kerana ianya mengandungi pelbagai jenis sumber pelajaran untuk
menyalurkan berbagai-bagai pengetahuan dan maklumat melalui deria bagi
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan dan agensi-agensi lain telah
mengeluarkan sejumlah peruntukan yang agak besar dalam pembekalan sumber bagi
Pusat Sumber Sekolah bagi setiap sekolah di Malaysia. Walau bagaimanapun, tahap
penggunaan pusat sumber sekolah dalam pengajaran masih diragukan baik
7
dikalangan guru-guru mahu pun pelajar itu sendiri. Jelas sekali, peranan pusat
sumber sekolah amat penting untuk mencapai hasrat kerajaan untuk merealisasikan
pendidikan yang berkualiti di Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif untuk dicapai dan antara
objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru terhadap peranan Pusat Sumber
Sekolah dalam pengajaran.
ii. Mengenalpasti tahap sikap guru-guru terhadap aktiviti Pusat Sumber
Sekolah.
iii. Mengenalpasti perbezaan diantara tahap pengetahuan guru-guru terhadap
peranan Pusat Sumber Sekolah dalam pengajaran dan sikap guru-guru
terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah mengikut jantina, umur dan
pengalaman mengajar.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi mencapai objektif kajian diatas, kajian ini dijalankan untuk menjawab
beberapa persoalan kajian yang dibentuk iaitu:
i. Apakah tahap pengetahuan guru-guru terhadap peranan Pusat Sumber
Sekolah dalam pengajaran?
ii. Apakah tahap sikap guru-guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah?
iii. Adakah terdapat perbezaan diantara tahap pengetahuan guru-guru terhadap
peranan Pusat Sumber Sekolah dalam pengajaran dan sikap guru-guru