borang pengesahan status tesisØ€¦ · 4.2.1.5 persoalan kajian 5: adakah terdapat perbezaan yang...

33
PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : GAYA PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN TIGA UTM, JOHOR. SESI PENGAJIAN : 2004/2008 Saya HANISAH BINTI ABDULLAH mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : KAMPUNG PALOH RAWA EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES 18500 MACHANG Nama Penyelia KELANTAN. Tarikh : MAY 2008 Tarikh : MAY 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis in SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 09-Jul-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : GAYA PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN TIGA UTM, JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2004/2008

Saya HANISAH BINTI ABDULLAH mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : KAMPUNG PALOH RAWA EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES 18500 MACHANG Nama Penyelia KELANTAN. Tarikh : MAY 2008 Tarikh : MAY 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis in SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

i

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah sempurna dari segi skop dan kualiti bagi penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ). ”

Tandatangan : …………………………………

Nama Penyelia: EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES

Tarikh : APRIL 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

iii

GAYA PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN

AKADEMIK PELAJAR TAHUN TIGA UTM SKUDAI, JOHOR.

HANISAH BINTI ABDULLAH

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

iiiii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini yang bertajuk “GAYA PEMBELAJARAN DAN

HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN

TIGA UTM SKUDAI, JOHOR” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : …………………………………

Nama Penulis : HANISAH BINTI ABDULLAH

Tarikh : APRIL 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

iii

DEDIKASI

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,

En. Abdullah Bin Yaakub,

Pn. Siti Khadijah Binti Haji Sidik

Dengan doa dan kasih sayangmu membantuku dalam menghadapi arus kehidupan sehingga kini.

Buat suami yang disanjungi dan setia yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi

Mohd Zubir Bin Ismail

Serta kakak dan adik-adik yang disayangi,

Rosmaniza Binti Abdullah, Mohd Sukri Bin Abdullah

& Abdul Halim Bin Abdullah

Untuk rakan-rakan seperjuangan 4 SPH yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan di sini.

Juga tidak lupa kepada ahli keluarga yang lain di atas sokongan kalian. Terima kasih di atas

segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurnia-Nya, dapatlah saya menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan

tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En. Ahmad

Johari Bin Sihes di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang

diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta

sesiapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan

yang setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya

akan tetap dikenang hingga akhir hayat.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan penyelidik yang berminat serta

cenderung ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dan

hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar Tahun Tiga di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Gaya pembelajaran yang dikaji adalah Gaya

Pembelajaran Kolb iaitu Akomodator, Diverger, Konverger dan Asimilator.

Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah gaya pembelajaran pelajar

berasaskan Gaya Pembelajaran Kolb. Sementara pembolehubah bebas yang

dikenalpasti adalah kaum, jantina dan fakulti. Instrumen yang digunakan dalam

kajian ini adalah soal selidik yang melibatkan 178 orang responden dari Fakulti

Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Awam. Rekabentuk kajian yang

dijalankan adalah berbentuk deskriptif melibatkan kajian kolerasi iaitu melihat

hubungan antara satu faktor dengan faktor yang lain menggunakan ujian statistik

kolerasi. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistical Packages

for Social Sciences) Version 13.0 fo Windows bagi mendapatkan jumlah peratus dan

kekerapan. Kajian rintis telah dijalankan dan didapati nilai Cronbach-Alpha adalah

.836. Hasil kajian mendapati pola gaya pembelajaran Diverger (57.9%) adalah paling

dominan diamalkan oleh responden dan dikuti oleh pola gaya pembelajaran

Asimilator (25.3%), pola gaya Akomodator (8.4%) dan pola gaya pembelajaran

Konverger (8.4%). Hasil kajian juga mendapati gaya pembelajaran tidak mempunyai

hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Ia juga menunjukkan gaya

pembelajaran tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan jantina, kaum dan

fakulti.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to identify the learning style

among third year students at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. The

learning style studied was based on Kolb’s model which includes Accomodator,

Diverger, Converger and Assimilator. The dependent variable in this research is

learning style, while the independent variables are race, sex and faculty. This

research utilized questionnaires as research instrument. The sample involved were

178 third year students from the Faculty of Education, Faculty of Science and

Faculty of Civil Engineering. Correlation analysis was carried out to determine the

relationship between the variables studied. Data were analyzed using Statistical

Package for Social Science (SPSS) Version 13.0 software to obtain percentage and

frequency. Pilot study showed that the value of Cronbach-Alpha is .836. The finding

of this research shows that the students’ main learning style is Diverger (57.9%),

followed by Assimilator (25.3%), Accomodator (8.4%) and Converger (8.4%). The

finding also shows there is no significant relationship between learning style and

academic achievement. Besides that, there is no significant difference among sex,

racial group and faculty.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BAB 1

TAJUK

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Hipotesis Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Pelajar

1.6.2 Pensyarah

1.6.3 Institusi Pendidikan

1.7 Batasan Kajian

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xiii

xvi

xvii

1

2

4

5

5

6

7

7

7

7

8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

viii

BAB 2

1.8 Terminologi / Definisi Istilah

1.8.1 Pembelajaran

1.8.2 Pencapaian Akademik

1.8.3 Pola

1.8.4 Gaya

1.8.5 Gaya Pembelajaran

1.9 Penutup

SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan

2.1 Pembelajaran

2.2 Gaya Pembelajaran

2.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb

2.4 Kategori Gaya Pembelajaran Kolb

2.4.1 Pengalaman Konkrit

2.4.2 Pemerhatian Reflektif

2.4.3 Konsep Abstrak

2.4.4 Percubaan Aktif

2.5 Jenis-jenis Gaya Pembelajaran Kolb

2.5.1 Gaya Diverger

2.5.2 Gaya Asimilator

2.5.3 Gaya Konverger

2.5.4 Gaya Akomodator

2.6 Kajian Lepas

2.6.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Gaya Pembelajaran

2.6.1.1 Kesediaan Pembelajaran

2.6.1.2 Pengalaman

2.6.1.3 Motivasi

2.6.1.4 Objektif Pembelajaran

2.6.2 Kecemerlangan Akademik Pelajar

2.6.3 Perhubungan Gaya Pembelajaran

Dengan Pembolehubah-

8

9

10

10

10

10

10

12

12

13

14

15

15

16

16

16

17

18

18

18

19

22

22

23

24

24

25

25

27

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

ix

BAB 3

BAB 4

Pembolehubah

2.6.3.1 Kaum

2.6.3.2 Jantina

2.6.3.3 Fakulti

2.7 Penutup

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

3.1 Reka Bentuk Kajian

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

3.3 Instrumen Kajian

3.3.1 Bahagian A: Latar Belakang

Responden

3.3.2 Bahagian B: Item Kategori Gaya

Pembelajaran

3.4 Keesahan

3.5 Kajian Rintis

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Analisis Data

3.8 Penutup

ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan

4.1 Analisis Latar Belakang Responden

4.1.1 Taburan Responden Mengikut

Fakulti

4.1.2 Taburan Responden Mengikut

Kursus

4.1.3 Taburan Responden Mengikut

Jantina

4.1.4 Taburan Responden Mengikut Kaum

4.1.5 Taburan Responden Mengikut

Pencapaian Akademik

27

27

27

28

29

29

30

31

32

32

33

34

35

35

39

40

41

41

41

42

42

43

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

x

4.2 Analisis Persoalan Kajian

4.2.1 Pola Gaya Pembelajaran Yang

Menjadi Keutamaan Di Kalangan

Pelajar Dalam Proses Pembelajaran

4.2.1.1 Persoalan Kajian 1: Apakah

pola gaya pembelajaran di

kalangan pelajar Tahun Tiga

UTM Skudai, Johor?

4.2.1.2 Persoalan Kajian 2: Apakah

tahap prestasi pencapaian

akademik bagi pelajar tahun

tiga di UTM?

4.2.1.3 Persoalan Kajian 3: Adakah

terdapat hubungan yang

signifikan di antara gaya

pembelajaran dengan prestasi

akademik pelajar ?

4.2.1.4 Persoalan Kajian 4: Adakah

terdapat perbezaan yang

signifikan bagi gaya

pembelajaran mengikut

jantina di kalangan pelajar

Tahun Tiga UTM?

4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah

terdapat perbezaan yang

signifikan bagi gaya

pembelajaran mengikut

fakulti di kalangan pelajar

Tahun Tiga UTM?

4.2.1.6 Persoalan Kajian 6: Adakah

terdapat perbezaan yang

signifikan bagi gaya

pembelajaran mengikut kaum

43

44

44

45

45

48

50

52

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

xi

BAB 5

di kalangan pelajar Tahun

Tiga UTM?

4.3 Analisis Keseluruhan

4.4 Penutup

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.0 Pengenalan

5.1 Rumusan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1:

Apakah pola gaya pembelajaran di

kalangan pelajar Tahun Tiga UTM

Skudai, Johor?

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2:

Apakah tahap prestasi pencapaian

akademik bagi pelajar tahun tiga di

UTM?

5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3:

Adakah terdapat hubungan yang

signifikan di antara gaya

pembelajaran dengan prestasi

akademik pelajar ?

5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4:

Adakah terdapat perbezaan yang

signifikan bagi gaya pembelajaran

mengikut jantina di kalangan pelajar

Tahun Tiga UTM?

5.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5:

Adakah terdapat perbezaan yang

signifikan bagi gaya pembelajaran

mengikut fakulti di kalangan pelajar

Tahun Tiga UTM?

54

55

56

56

57

58

59

60

62

63

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

xii

5.2.6 Perbincangan Persoalan Kajian 6:

Adakah terdapat perbezaan yang

signifikan bagi gaya pembelajaran

mengikut kaum di kalangan pelajar

Tahun Tiga UTM?

5.3 Cadangan

5.3.1 Pelajar

5.3.2 Pensyarah / Pendidik

5.3.3 Institusi Pengajian Tinggi

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN A-I

64

65

66

66

67

68

69

70

75-91

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

TAJUK

HALAMAN

2.1

2.2

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

4.10

4.11

4.12

Ciri-ciri Jenis Gaya Pembelajaran Kolb-Claxton dan

Murell (1988)

Penjelasan Model Sistem 4MAT

Sampel Responden Mengikut Kursus

Pembahagian Item Bahagian A Mengikut

Faktor Demografi Responden

Taburan Item Mengikut Kategori Gaya Pembelajaran

Kategori Gaya Pembelajaran Pelajar

Pengiraan Kategori Gaya Pembelajaran

Garis Panduan Guilford

Taburan Responden Mengikut Fakulti

Taburan Responden Mengikut Kursus

Taburan Responden Mengikut Jantina

20

21

31

32

33

36

37

38

41

42

42

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

xiv

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

4.19

4.20

4.21

4.22

4.23

Taburan Responden Mengikut Kaum

Taburan Responden Mengikut Pencapaian

Akademik (CPA)

Taburan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Kolb

Taburan Responden Terhadap Pencapaian Akademik

Taburan Responden Mengikut Gaya Pembelajaran

Berdasarkan CPA

Korelasi Koefisien Pearson Antara Gaya

Pembelajaran Akomodator Dengan CPA Pelajar

Korelasi Koefisien Pearson Antara Gaya

Pembelajaran Diverger Dengan Pencapaian

Akademik (CPA) Pelajar

Korelasi Koefisien Pearson Antara Gaya

Pembelajaran Konverger Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar

Korelasi Koefisien Pearson Antara Gaya

Pembelajaran Asimilator Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar

Taburan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Mengikut Jantina

Ujian-t Antara Gaya Pembelajaran Akomodator

Mengikut Jantina

43

43

44

45

46

47

47

47

48

49

49

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

xv

4.24

4.25

4.26

4.27

4.28

4.29

4.30

4.31

4.32

Ujian-t Antara Gaya Pembelajaran Diverger

Mengikut Jantina

Ujian-t Antara Gaya Pembelajaran Konverger

Mengikut Jantina

Ujian-t Antara Gaya Pembelajaran Asimilator

Mengikut Jantina

Taburan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Mengikut Fakulti

Pola Gaya Pembelajaran Responden Bagi Setiap

Fakulti Mengikut Urutan Menurun

Ujian ANOVA Terhadap Gaya Pembelajaran

Mengikut Fakulti

Taburan Responden Terhadap Gaya Pembelajaran

Mengikut Kaum

Ujian ANOVA Gaya Pembelajaran Mengikut Kaum

Purata Keseluruhan Bagi Gaya Belajar Yang

Menjadi Keutamaan Pelajar Tahun Tiga UTM

49

50

50

51

52

52

53

53

54

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

2.1

2.2

3.1

Model Gaya Pembelajaran Kolb

Model Sistem 4MAT

Grid Gaya Pembelajaran

17

21

37

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

xvii

SENARAI SINGKATAN

UTM

KPM

CPA

AE

RO

AC

CE

SPSS

CPA

k

%

SPH

SPJ

SSA

SSC

SAP

SAW

Universiti Teknologi Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Cummulative Percentage Average

Active Experimentation

Reflective Observation

Abstract Conceptualization

Concrete Experience

Statistical Package of Social Science

Cumulative Percentage Average

Kekerapan

Peratus

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuteraan Jentera)

Sarjana Muda Kimia

Sarjana Muda Kimia Industri

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Pengurusan

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

12 1xviii

SENARAI LAMPIRAN

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

A

B

C

D

E

F

G

H

Surat Akuan Dari Universiti

Surat Memohon Mendapatkan Data

Maklumat Pelajar Fakulti Pendidikan

Surat Memohon Mendapatkan Data

Maklumat Pelajar Fakulti Sains

Surat Memohon Mendapatkan Data

Maklumat Pelajar Fakulti Kejuruteraan

Awam

Data Maklumat Pelajar Fakulti Kejuruteraan

Awam Mengikut Kursus Yang Ditawarkan

Pengesahan Kandungan Instrumen Kajian

Data Maklumat Pelajar Fakulti Sains

Mengikut Kursus Yang Ditawarkan

Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian

Jadual Krejcie and Morgan

75

76

78

80

82

83

84

86

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

2xix

I

Borang Soal Selidik

87

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

12 1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan adalah suatu proses perkembangan serta bersepadu. Ia merupakan

suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal ilmu pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang berlaku antara satu generasi kepada generasi yang lain ataupun dalam

generasi yang sama. Institusi pendidikan tinggi adalah struktur sosial yang

berperanan sebagai tempat transmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai

berkenaan. Dalam kehidupan moden ini, pendidikan adalah penting bagi

menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan

pembaharuan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk

pembangunan masyarakat itu. Sejak kelahiran, kita sentiasa mengalami proses

pembelajaran dari semasa ke semasa, samada secara formal atau tidak formal. Proses

pembelajaran merupakan proses yang penting dalam kehidupan kita khasnya dalam

bidang pendidikan.

Pembelajaran ialah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui

pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan

kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal. Pembelajaran boleh ditakrifkan

sebagai

perubahan tingkah laku yang agak tetap dan ia juga berlaku kerana pengalaman atau

latihan yang diteguhkan. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

2

otak seseorang individu untuk menjadi pengalaman. Pengalaman ini pula akan

digunakan untuk sesuatu tingkah laku atau tindakan.

Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap

sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat

motivasi yang sesuai, iaitu suatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha

memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila

perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Mengikut kajian tokoh-tokoh

mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku jika pelajar mempunyai cukup

pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping

mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan

aktiviti pembelajaran.

Adalah diketahui umum bahawa setiap individu mempunyai gaya

pembelajaran yang tersendiri dan juga bakat dan potensi yang berbeza di dalam

proses pembelajaran. Malangnya, pelajar hari ini menghadapi masalah dalam

pembelajaran. Ini kerana, pelajar tidak mempunyai pengetahuan dari segi teknik,

strategi, cara, kaedah dan gaya belajar. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh

setiap pelajar adalah tidak sama antara satu dengan yang lain. Ini kerana tahap

penerimaan dan kecerdasan mereka adalah berbeza. Misalnya ada yang suka belajar

dengan diri sendiri, ada yang suka belajar dengan rakan karib atau secara

berkumpulan, ada yang suka belajar melalui syarahan atau perbincangan, ada yang

suka belajar melalui pemerhatian, kajian atau rujukan bahan dan pelbagai gaya

belajar beraneka ragam yang lain. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar

akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pencapaian akademik yang cemerlang pastinya menjadi impian setiap pelajar

bagi membolehkan mereka terus bersaing dalam arus globalisasi yang penuh

mencabar ini. Namun, sejauh manakah kemampuan mereka untuk mendapatkan

pencapaian akademik yang cemerlang? Kebanyakan pelajar di institusi pengajian

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

3

tinggi pada hari ini memperolehi pencapaian akademik yang sederhana dan di bawah

tahap yang sepatutnya. Ini terbukti dengan bilangan pelajar yang memperolehi kelas

pertama dan kelas kedua tinggi adalah terhad berbanding bilangan pelajar yang

memperolehi kelas kedua rendah dan kelas ketiga.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) khususnya berhasrat untuk melahirkan

pelajar yang berkualiti tinggi dari segi sahsiah dan juga pencapaian akademik.

Persoalannya kini, adakah hasrat dan harapan UTM ini tercapai? Zainap (1999) telah

menjalankan kajian untuk mengetahui tahap pencapaian akademik pelajar UTM.

Hasil kajiannya mendapati bahawa majoriti pelajar UTM hanya memperolehi

pencapaian yang sederhana iaitu melebihi setengah daripada bilangan jumlah

responden terlibat di mana 3.2 peratus responden memperolehi keputusan akademik

yang cemerlang manakala 5.2 peratus responden memperolehi keputusan akademik

yang lemah.

Kajian Zainap ini jelas menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan individu

dalam memperolehi pencapaian akademik yang baik. Perbezaan individu dari segi

gaya belajar memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan potensi

pembelajaran di kalangan pelajar. Biasanya mereka menggunakan atau

mengubahsuai gaya pembelajaran mengikut kecenderungan atau minat individu.

Gaya pembelajaran merujuk kepada strategi dan teknik yang disukai yang diguna

oleh individu semasa belajar. Ini melibatkan kecenderungan individu mengamati dan

memproses maklumat, bukannya kemahiran belajar.

Dunn dan Dunn (1978), merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang

individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu

maklumat atau kemahiran baru. Gregorc (1979) menyatakan gaya pembelajaran

sebagai tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila

menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan

memproses maklumat daripadanya.

Gaya belajar merupakan satu konsep multidimensi yang kompleks, terhasil

akibat saling tindakan antara beberapa pembolehubah iaitu persekitaran, emosi,

sosial, fizikal dan psikologi. Terdapat beberapa model gaya belajar antaranya ialah

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

4

Model David Kolb (1984), Model Honey dan Mumford (1992, 1982) dan Model

Dunn dan Dunn dan Price (1989). Menurut Healey dan Jenkins (2000), Teori Kolb

merupakan teori pendidikan dalam peringkat pendidikan tinggi di mana kitaran

pembelajaran bermula daripada peringkat Pengalaman Konkrit kepada Pemerhatian

Reflektif kepada Perkonsepan Abstrak dan kepada Percubaan Aktif. Kombinasi

peringkat pengalaman ini akan mewujudkan gaya konverger, asimilator, diverger dan

akomodator.

Secara kesimpulannya, para pelajar perlu didedahkan dengan pengetahuan

gaya pembelajaran supaya dapat mewujudkan keseimbangan pembelajaran bagi

membantu mereka mendapatkan pencapaian akademik yang baik. Pengetahuan

tentang gaya pembelajaran pelajar penting bagi pelajar untuk menimba seberapa

banyak pengalaman baru serta mencungkil potensi individu dan memaksimumkan

kekuatan pelajar di samping memimpin mereka ke arah kerjaya yang bersesuaian

dengan kecenderungan mereka. Mengenali gaya pembelajaran yang dimiliki

membolehkan seseorang individu lebih memahami kekuatan dan kelemahan diri

seterusnya berusaha mengejar dan mengecapi kejayaan itu bagi mendapatkan

pencapaian akademik yang cemerlang.

1.2 Pernyataan Masalah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjelaskan hasrat pendidikan di

Malaysia dalam mementingkan perkembangan potensi individu secara optimum dan

menyeluruh. Walau bagaimanapun masalah yang timbul ialah setiap pelajar

menunjukkan perbezaan individu yang amat nyata. Ketidakmampuan pelajar

memperlihatkan prestasi yang cemerlang dalam tugasan kerja kursus secara proses,

keputusan peperiksaan dan interaksi semasa kuliah menggambarkan terdapatnya

kelemahan dalam proses pemindahan pembelajaran pada pelajar. Kelemahan ini

mungkin ada kaitan dengan kegagalan pelajar mengambil kira perbezaan-perbezaan

dalam gaya pembelajaran mereka.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

5

Para pelajar perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan diri justeru berupaya

mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran. Para pelajar hendaklah berusaha

mencungkil serta mengilap kekuatan yang ada pada diri selain berusaha memperbaiki

kelemahan yang dikesan. Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengenal pasti

hubungan antara gaya pembelajaran dan pencapaian akademik di kalangan pelajar

Tahun Tiga Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran di

kalangan pelajar Tahun Tiga bagi Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti

Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dan

hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar iaitu:

1. Mengenal pasti pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Tahun

Tiga di UTM berdasarkan model Gaya Pembelajaran Kolb.

2. Mengenal pasti prestasi pencapaian akademik pelajar-pelajar Tahun Tiga di

UTM.

3. Menentukan hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian

akademik pelajar.

4. Menentukan perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar Tahun

Tiga UTM mengikut jantina, fakulti dan kaum.

1.4 Persoalan Kajian

Menurut Abd Majid (2000), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini

membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam

kajian ini persoalan-persoalan kajian adalah :

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

6

1. Apakah pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar Tahun Tiga UTM

Skudai, Johor?

2. Apakah tahap prestasi pencapaian akademik bagi pelajar tahun tiga di

UTM?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran

dengan prestasi akademik pelajar ?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran

mengikut jantina di kalangan pelajar Tahun Tiga UTM?

5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran

mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga UTM?

6. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran

mengikut kaum di kalangan pelajar Tahun Tiga UTM?

1.5 Hipotesis

Hipotesis ialah idea ataupun andaian yang dibuat bagi diuji. Pembentukan

hipotesis perlu berdasarkan pada masalah yang berlaku secara logik. Hipotesis perlu

dinyatakan dengan jelas iaitu dengan terminologi yang betul dan dapat dijalankan,

dapat diuji serta menyatakan perbezaan ataupun hubungan antara pemboleh ubah.

Hipotesis bagi kajian ini ialah:

H1: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran

dengan pencapaian akademik pelajar.

H2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran

dengan jantina.

H3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran

dengan fakulti.

H4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran

dengan kaum.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

7

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran di

kalangan pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar tahun tiga

UTM Skudai, Johor. Hasil daripada kajian ini diharap akan dapat menjadi garis

panduan kepada pelajar, pensyarah, dan juga institusi pendidikan.

1.6.1 Pelajar

• Dapat membantu pelajar mempelajari cara pembelajaran yang berkesan.

• Dapat memberi panduan kepada pelajar dalam menentukan strategi atau

teknik pembelajaran yang bersesuaian.

• Pelajar dapat mengenal pasti gaya pembelajaran diri sendiri dan cuba

memperbaiki kelemahan diri supaya dapat mengembangkan potensi diri.

1.6.2 Pensyarah

• Dengan mengetahui gaya pembelajaran, pensyarah dapat menyesuaikan gaya

pembelajaran tersebut dengan pelajaran yang akan diajar samada teori

ataupun amali.

1.6.3 Institusi Pendidikan

• Boleh digunakan sebagai panduan dan kayu ukur yang berguna setelah gaya

pembelajaran pelajar dikenal pasti, maka tindakan susulan boleh dijalankan

dengan lebih bermakna.

• Pihak institusi dapat merancang atau memperkenalkan pelbagai kaedah yang

sesuai dalam menyampaikan isi pelajaran semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

8

1.7 Batasan kajian

Menurut Mohd Najib Ghafar ( 1998 ), penyelidik tidak dapat mengkaji semua

perkara yang berkaitan dengan masalah kajian kerana keputusannya mungkin tidak

dapat memberi penyelesaian kepada semua masalah yang berkaitan itu.

Oleh itu, penyelidik telah mengadakan batasan kajian bagi memastikan kajian

ini tidak terkeluar daripada skop kajian dan memenuhi objektif kajian. Berdasarkan

objektif yang telah digariskan, kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Tahun

Tiga UTM yang terdiri daripada tiga fakulti berbeza iaitu:

i. Fakulti Pendidikan

ii. Fakulti Kejuruteraan Awam

iii. Fakulti Sains

Dapatan kajian juga terbatas kepada instrumen soal selidik yang digunakan

dan dianalisis oleh penyelidik. Responden yang dipilih adalah secara rawak yang

terdiri daripada pelajar-pelajar tahun tiga dari enam kursus yang telah ditetapkan oleh

penyelidik iaitu:

a) Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

b) Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuteraan Jentera)

c) Sarjana Muda Kimia (SSA)

d) Sarjana Muda Kimia Industri (SSC)

e) Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Pengurusan (SAP)

f) Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (SAW)

1.8 Terminologi / Definisi Istilah

Terdapat istilah-istilah yang perlu diberi penjelasan bagi memastikan

ketepatan maksud yang digunakan. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan

dalam kajian ini:

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

9

1.8.1 Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses perubahan tingkah laku atau perubahan ke atas

sifat seseorang manusia kesan daripada pengalaman melalui sistem pendidikan

(Abdullah, 1997). Pembelajaran dalam kajian ini merujuk kepada perubahan tingkah

laku pelajar –pelajar melalui Model Pembelajaran Kolb.

1.8.2 Pencapaian akademik

Pencapaian akademik memberi maksud kemampuan dan kebolehan pelajar-

pelajar menerima dan menguasai pelajaran yang dipelajari di universiti. Dengan kata

lain, pencapaian juga dapat ditakrifkan sebagai kejayaan yang diperolehi oleh para

pelajar dalam peperiksaan yang diadakan di universiti sama ada cemerlang,

sederhana atau lemah. Dalam kajian ini, pencapaian akademik pelajar adalah

berdasarkan keputusan CPA yang diperolehi oleh pelajar.

CPA Kategori

<2.00 Lemah

2.00 – 2.99 Sederhana

3.00 – 3.49 Baik

3.50 – 4.00 Cemerlang

1.8.3 Pola

Pola membawa maksud corak, contoh, model dan peraturan (Kamus Dewan,

1995). Pola dalam kajian ini merujuk kepada model gaya pembelajaran David A.

Kolb,1981.

1.8.4 Gaya

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

10

Gaya boleh didefinikan sebagai tingkah laku, lagak, kelakuan, sikap,

perangai, corak, bentuk dan rupa (Kamus Dewan Bahasa, 1995). Gaya dalam kajian

ini merujuk kepada corak atau cara belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar

Tahun Tiga di UTM Skudai, Johor.

1.8.5 Gaya pembelajaran

Gaya pembelajaran adalah satu kombinasi strategi dan proses yang menjadi

tabiat pelajar dalam proses mempelajari sesuatu bahan yang baru ( Schmeck, 1988 ).

Dalam kajian ini, penyelidik mengklasifikasikan gaya pembelajaran pelajar kepada

lima kategori utama yang dibincangkan dalam model Gaya Pembelajaran David A.

Kolb (1981). David Kolb mengemukakan adanya empat kutub (a-d) kecenderungan

seseorang dalam proses belajar, kutub-kutub tersebut antara lain:

a. Kutub Perasaan / FEELING (Concrete Experience)

b. Kutub Pemikiran / THINKING (Abstract Conceptualization)

c. Kutub Pengamatan / WATCHING (Reflective Observation)

d. Kutub Tindakan / DOING (Active Experimentation)

Pada model di atas, empat kombinasi gaya belajar diwakili oleh angka 1

hingga 4, dengan penjelasan seperti di bawah ini:

1. Gaya Diverger

2. Gaya Asimilator

3. Gaya Konverger

4. Gaya Akomodator

1.9 Penutup

Dalam bab ini pengkaji menerangkan pengenalan kajian yang mengandungi

pelbagai aspek termasuklah latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif

kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian yang dijalankan.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

11

Kesimpulannya, pendidikan merupakan aset penting bagi seseorang. Tanpa

pendidikan yang sempurna atau mencukupi seseorang itu tidak mungkin mengecapi

masa depan yang gemilang. Proses pengajaran dan pembelajaran di universiti harus

menitikberatkan gaya pembelajaran pelajar agar memudahkan pelajar memahami isi

pelajaran yang disampaikan.

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISØ€¦ · 4.2.1.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran mengikut fakulti di kalangan pelajar Tahun Tiga

12 14