borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS
DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
SAYA: NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
Disahkan oleh
____________________________________ _________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: A-2-11, SHAMELIN BISTARI, TUAN. HJ MEOR IBRAHIM TAMAN SHAMELIN PERKASA, BIN KAMARUDDIN56100 CHERAS, KUALA LUMPUR. Nama Penyelia TARIKH: TARIKH:
SULIT
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TIDAK TERHAD
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS
DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).
Tandatangan:
Nama Penyelia : TN HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN
Tarikh:
iii
TAHAP PENGETAHUAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS
DALAM KALANGAN GURU PELATIH SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT
Tesis ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
iv
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan:
Nama Penulis: NURUL HUDA BINTI YAZIT @ YAJIT
Tarikh :
v
DEDIKASI
AYAHANDA DAN BONDA ( Encik Yazit @ Yajit dan Puan Rokiah)
Terima kasih di atas segala dorongan, nasihat dan doa-doa kalian
yang sentiasa mengiringi diri ini.
KAKANDA (Nurul Fahana bt Yazit @ Yajit)
Terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan,
nasihat dan tunjuk ajar darimu.
TEMAN –TEMAN BAIK (Fathan, Siti Hajar, Norwahidah, Nur Afza, Freek Kranen)
Terima kasih di atas segala kerjasama dan pertolongan dan dorongan
yang sentiasa kalian berikan ketika melakukan tesis dan juga sepanjang menjalani kehidupan di UTM.
vi
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu bersyukur kehadrat Ilahi kerana izinNya, penulisan Projek
Sarjana Muda (PSM) bertajuk ‘Tahap Pengetahuan Amalan Keselamatan Makmal Sains
Dalam Kalangan Guru Pelatih Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia’ ini telah dapat disiapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada pensyarah
pembimbing saya Tuan Hj. Meor Ibrahim Bin Kamaruddin yang dikasihi kerana
telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan dan bimbingan tanpa rasa jemu
tanpa sepanjang tempoh projek ini dijalankan.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini termasuk
yang telah memberi dorongan, sokongan dan kekuatan sepanjang penulisan PSM
terutama buat semua pelajar tahun empat kursus SPC, Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan(Kimia), SPK, Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan(Kimia) dan
SPN, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains) atas kerjasama yang diberikan dalam
menjayakan kajian ini..
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan keselamatan makmal
sains dalam kalangan 85 orang guru pelatih sains tahun empat sesi 2006/2007/01 yang
terdiri daripada kursus empat SPC, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia),
empat SPK, Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia) dan empat SPN,
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) di fakulti pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Antara aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah aspek peraturan am
makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia.
Kajian dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (α=0.736) yang
terbahagi kepada dua bahagian. Data-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal
selidik yang mengandungi 32 item untuk memperolehi data. Data-data dianalisis secara
manual untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi setiap maklum balas
responden terhadap item-item yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan
pengetahuan responden terhadap amalan keselamatan makmal sains pada tahap baik
(71.0%). Namun, responden hanya menunjukkan tahap pengetahuan yang memuaskan
bagi aspek kebakaran. Beberapa cadangan telah dikemukakan di bahagian akhir
laporan.
viii
ABSTRACT
The aim of this study was to measure the level of safety knowledge in science lab
among 85 practical science teachers in fourth year, session 2006/2007/01 of programs
SPC, Bachelor Science and Education (Chemistry) and SPK, Bachelor Science
Computer and Education (Chemistry) and SPN, Bachelor Science and Education
(Science) in faculty of education, Universiti Teknologi Malaysia. The aspects of safety
knowledge that are looked into are covers rules and regulation, fire safety, used of first
aid and handle of chemicals. A set of questionnaire consisting of 32 items on safety
knowledge was used to collect data. The data were analyzed manually to obtain
frequency and percentage for aspects of the safety knowledge. The finding showed that
the respondents’ knowledge level for this topic was at good level (71.0%). However,
respondents only showed satisfactory level for the fire safety aspect. Some suggestions
were put forward at the end of the report.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Keselamatan 8
1.8.2 Makmal 8
1.8.3 Guru Pelatih Sains 9
1.9 Penutup 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pengetahuan Guru Sains Mengenai
Keselamatan Makmal 11
2.2.1 Peraturan-Peraturan Am
Makmal 14
2.2.2 Kebakaran 15
2.2.3 Peti pertolongan cemas 17
2.2.4 Pengendalian Bahan Kimia 19
2.2.4.1 Pepejal Mudah Terbakar 19
2.2.4.2 Cecair Mudah Terbakar 19
2.2.4.3 Bahan Kimia Mengkakis 20
2.2.4.4 Bahan Kimia Beracun 20
2.3 Kepentingan Keselamatan makmal 23
2.4 Penutup 25
xi
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Sampel Kajian 27
3.4 Tempat Kajian 28
3.5 Skop Kajian 29
3.6 Instrumen Kajian 29
3.7 Andaian 31
3.8 Prosedur Kajian 32
3.9 Kajian Rintis 33
3.10 Analisis Data 34
3.11 Penutup 35
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis dan Perbincangan Latar 38
Belakang Responden
4.3 Analisis Tahap Pengetahuan Terhadap 39
Amalan Keselamatan Makmal Sains
4.3.1 Analisis Aspek Peraturan Am 41
Makmal Sains
4.3.2 Analisis Aspek Kebakaran 43
4.3.3 Anaisis Aspek Penggunaan 45
Peti Pertolongan Cemas
4.3.4 Analisis Aspek Pengendalian 47
Bahan Kimia
4.4 Penutup 49
xii
BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Kesimpulan 50
5.3 Cadangan Untuk Mempertingkatkan 51
Tahap Pengetahuan Amalan Keselamatan
Makmal
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 53
5.6 Penutup 54
RUJUKAN 56
LAMPIRAN 60
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jenis-jenis alat pemadam api dan
bahan kebakaran 16
.
3.1 Taburan sampel pelajar bagi kursus 28
4SPC, 4SPK dan 4SPN
3.2 Taburan item-item soal selidik 30
3.3 Jadual pengkelasan tahap pengetahuan 35
guru pelatih sains UTM terhadap langkah-langkah
keselamatan makmal
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina, Kursus 38
Dan Kes Kemalangan
4.2 Tahap Pengetahuan Keselamatan Makmal Sains 40
Mengikut Kategori
4.3 Taburan Responden Yang Mencapai Tahap 41
Pengetahuan Amalan Keselamatan Makmal
xiv
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.4 Taburan Pengetahuan Peraturan Am Makmal 42
4.5 Taburan Pengetahuan Aspek Kebakaran 45
4.6 Taburan Pengetahuan Aspek Peti Pertolongan 47
Cemas
4.7 Taburan Pengendalian Bahan Kimia 48
xv
SENARAI SINGKATAN
NEPA - National Environmental Policy Act
OSHA - Occupational Safety And Health Act
SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPK - Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UKKPU - Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Borang Soal Selidik 60
B Borang Pengesahan item-item soal selidik 65
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Arus pemodenan dan kemajuan Malaysia berkembang pesat sejajar dengan
perkembangan sains dan teknologi yang kian meningkat maju seiring negara-negara maju
lain. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap individu yang memiliki pengetahuan
Sains dan teknologi sangat diperlukan untuk memperkembangkan sektor ini sehingga ke
persada dunia. Sehubungan itu, pembelajaran sains telah diperkenalkan ke semua sekolah
di peringkat sekolah rendah sehingga ke pusat pengajian tinggi.
Sains adalah satu mata pelajaran yang tidak dapat berpisah daripada melakukan
kerja-kerja amali di dalam makmal. Hal ini disebabkan makmal merupakan tempat di
mana segala teori mengenai sains dipraktikkan, diuji , dibuktikan dan dicipta produk baru
yang berasaskan sains. Menurut Meor Ibrahim (2001), mata pelajaran sains memberi
tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai
satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali.
Walau bagaimanapun, setiap individu perlu mengetahui bahawa terdapat perkara
yang lebih penting perlu dititikberatkan sebelum segala pembelajaran dan pengajaran
2
sains dijalankan. Keselamatan merupakan aspek penting yang perlu diamalkan bukan
sahaja di rumah, jalan raya dan di kawasan rekreasi malah di makmal-makmal sains,
Moazzem (1985).
Keselamatan mesti diamalkan ketika berada di dalam makmal dan sewaktu
eksperimen dilakukan. Menurut Halimaton dan Zaiton (1994), keselamatan merupakan
satu aspek yang paling penting dalam pengurusan sesuatu makmal sains. Unit
keselamatan dan kesihatan pekerjaan (UKKPU, 2005) menyatakan makmal adalah tempat
kerja yang berisiko tinggi untuk kemalangan atau kecederaan berlaku dan menyebabkan
penyakit pekerjaan akibat daripada kerja-kerja di makmal yang dijalankan dan juga alatan
yang digunakan. Setiap individu yang bekerja dalam makmal sains menghadapi risiko
kemalangan yang boleh merugikan diri sendiri akibat kecederaan parah, kehilangan harta
mahupun nyawa.
Di Amerika Syarikat terdapat undang-undang dan akta mengenai keselamatan
seperti Occupational Safety And Health Act (OSHA, 1970), yang bertujuan untuk
menjamin keselamatan dan kesihatan para pekerja di tempat kerja. Akta National
Environmental Policy Act (NEPA, 1969) turut diperkenalkan di Amerika syarikat untuk
menentukan pekerja dapat bekerja secara harmoni tanpa rasa bimbang tentang
keselamatan.
Sehubungan itu, keselamatan makmal hendaklah diamalkan dan tidak boleh
diabaikan kerana kecuaian dan kelalaian setiap individu yang bertanggungjawab itu
boleh mendatangkan kecelakaan. Halimaton dan Zaiton (1994), menyatakan semua
pihak yang terlibat dalam aktiviti di makmal mestilah mengutamakan keselamatan diri,
tempat bekerja, persekitaran dan individu lain yang bekerja bersama mereka. Guru-guru
sains, pembantu makmal dan pelajar-pelajar perlu mengetahui, memahami dan
mengamalkan peraturan keselamatan makmal bagi menjamin keselamatan mereka.
3
Oleh itu, amalan dan pengetahuan tentang keselamatan makmal mesti diterapkan
dalam setiap individu yang terlibat dalam melakukan aktiviti dalam sesebuah makmal
sains. Pengamalan kerja yang teratur, sistematik dan bekerjasama dapat menjamin
keselamatan diri sebelum suatu kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan,
nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara yang tidak dijangka
dan masa ia bakal terjadi ketika menjalankan eksperimen di makmal. Menurut Merle
(1975), kemalangan adalah peristiwa yang tidak dirancang di mana keadaan yang berlaku
di luar kawalan boleh menyebabkan kerugian dan kecederaan kepada pihak yang terlibat
malah boleh membawa maut.
Kecuaian adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku. Guru-
guru leka di hadapan kelas tanpa memerhatikan pelajar-pelajar menjalankan eksperimen
dengan cara selamat. Guru lupa untuk menerangkan ciri-ciri sesuatu bahan kimia yang
berbahaya kepada pelajar-pelajar seperti bahan kimia mudah meruap, meletup dan
bertindakbalas didekatkan pada sumber api penunu Bunsen boleh menyebabkan berlaku
letupan. Kes-kes yang pernah berlaku akibat kecuaian guru dalam mengawasi pelajar-
pelajar. Menurut Kingsley (1999), dua orang lelaki yang berumur 14 tahun
mencampurkan kalium diklomat ke dalam satu bekas yang mengandungi soda telah
mengalami kecederaan serius telah dikejarkan ke hospital. Seorang pelajar perempuan
telah melakukan eksperimen kalium klorat dan menumbuk di dalam mortar dengan
kaedah kurang selamat menyebabkan letupan terkena pada bahagian mata dan kekal buta
seumur hidup (Ellis dan Riches, 1978).
4
Kemalangan bukan sahaja berlaku disebabkan kecuaian tetapi kemalangan juga
boleh berlaku disebabkan kerosakan alatan-alatan eksperimen. Kadangkala instrumen-
instrumen dan alatan yang digunakan untuk eksperimen bakal membawa kecelakaan
seperti getah salur gas bocor atau alat radas pecah dan sudah rosak masih digunakan lagi.
Menurut Murray (2002), seorang ahli professional kimia yang mempunyai pengalaman
sebanyak 30 tahun telah mati dalam satu letupan ketika beliau cuba mengeringkan
perklorat yang tidak stabil.
Pengetahuan tentang amalan keselamatan makmal adalah penting bagi
mengelakkan diri daripada berlaku kemalangan. Guru sains yang yang lemah dalam
pengetahuan ini akan menyebabkan banyak masalah berlaku. Sebelum suatu eksperimen
dijalankan dalam sesi pengajaran, guru sains perlu memastikan diri mereka lengkap
dengan pengetahuan dan mengetahui cara mengatasi sesuatu masalah dan kemalangan
yang berlaku di dalam makmal. Maka, segala masalah dapat dielakkan berlaku di dalam
makmal sains.
Amalan daripada pengetahuan yang diketahui lebih penting ketika melakukan
pekerjaan. Menurut Nurdiana (2007), setiap individu itu akan menjadi lebih peka
mengenai isu keselamatan dan kesihatan yang ada di makmal dan dapat meningkatkan
tahap keselamatan serta kesihatan melalui pengamalan prosedur yang betul dan selamat.
Manakala, menurut Lagley (1969), penyesuaian dan pengetahuan tentang pekerjaan
dalam makmal amat diperlukan untuk mengelakkan risiko kemalangan. Menurut
Halimaton dan Zaiton (1994), pengetahuan dan penggunaan peralatan yang betul dan
langkah-langkah bagi mengelakkan berlaku kemalangan mesti dipelajari oleh semua
individu.
Sekiranya pengetahuan peraturan–peraturan keselamatan makmal, dikuasai
sepenuhnya, guru-guru, pembantu makmal mahupun para pelajar dapat menghindarkan
diri dan individu lain daripada mengalami kemalangan serta tahu mengatasi dan
mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Sukatan mata pelajaran sains tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun
sekolah menengah atau di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta
mempunyai dua jenis bahagian. Iaitu mata pelajaran ini akan di jalankan dari segi
praktikal amali dan juga teori. Setiap pelajar yang mengambil jurusan yang berkaitan
dengan subjek sains sama ada kimia, biologi dan sains perlu menguasai kedua-dua
bahagian tesebut supaya keberkesanan pembelajaran lebih berhasil. Di mana praktikal
amali dijalankan di makmal untuk mengkaji mahupun membuktikan penemuan baru
ataupun kefahaman yang telah dipelajari dari segi teori di kelas. Namun, pelajar-pelajar
seringkali merungut dan tidak berminat dengan amali yang dijalankan kerana mempunyai
perasaan takut terhadap bahaya bahan kimia dan penggunaan alatan bagi menjalankan
amali yang terdedah kepada risiko kemalangan semasa berada dalam makmal sains jika
berlaku kesilapan penggunaannya. Guru-guru dapat membantu mengikis perasaan ini
dengan mengamalkan langkah keselamatan dalam makmal dan mengajar para pelajar
tentang cara-cara untuk mengendali setiap bahan kimia dan alat radas ketika amali dengan
baik. Salah satu perkara yang perlu di ajar oleh guru dalam pengajaran amali ialah
mengajar pelajar-pelajar bagaimana cara untuk menjalankan peralatan dan bahan kimia
yang berbahaya dan berpotensi untuk mendatangkan kemalangan (Everett dan .Jenkins,
1980).
Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila guru-guru sains tidak mengamalkan
langkah-langkah keselamatan makmal yang mesti diterapkan setiap kali masuk ke dalam
makmal dan menjalankan amali. Tambahan pula, tahap pengetahuan guru-guru sains
mahupun guru pelatih sains adalah tidak begitu memuaskan. Kebanyakan guru tidak
mengambil tahu isu semasa yang berlaku akibat kecuaian guru terhadap keselamatan
makmal. Perkara paling penting adalah guru hendaklah juga memastikan keselamatan
individu lain sebaik diri mereka sendiri (Everett dan Jenkins, 1980). Isu keselamatan yang
dipandang ringan oleh bakal guru ini amat membimbangkan kerana ia akan memberikan
kesan buruk yang melibatkan nyawa terancam kepada para pelajar, diri sendiri dan
6
pekerja makmal apabila sesuatu kemalangan dalam makmal berlaku. Oleh itu, kajian ini
dilaksanakan bertujuan untuk menyelidik tahap pengetahuan amalan keselamatan
makmal dalam kalangan guru pelatih sains di UTM dari segi peraturan-peraturan am
makmal, kebakaran, penggunaan peti pertolongan cemas dan pengendalian bahan kimia.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan secara umumnya bertujuan untuk menilai pengetahuan guru-
guru pelatih sains UTM tahun empat bagi kursus SPC, SPK dan SPN tentang amalan
keselamatan makmal yang harus diketahui dan dipraktikkan.
Kajian ini dijalankan mematuhi tahap kepada pengetahuan guru pelatih sains UTM
tentang amalan langkah-langkah keselamatan makmal dari segi:
1. Peraturan-peraturan am makmal.
2. Kebakaran.
3. Penggunaan peti pertolongan cemas.
4. Pengendalian bahan kimia.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab apakah tahap pengetahuan guru pelatih
sains tentang amalan keselamatan makmal dari segi:
1. Peraturan-peraturan am makmal.
2. Kebakaran.
3. Penggunaan peti pertolongan cemas.
4. Pengendalian bahan kimia.