borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filekehadiran teknologi multimedia merupakan saluran yang...
TRANSCRIPT
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL
SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya HASNISHAM BIN KHALIP
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________ ____ ______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : LOT 187,KG BATANG MERBAU EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT 17500 TANAH MERAH , NAMA PENYELIA KELANTAN.
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT.
Tarikh : 7 NOV 2008
iii
PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN GURU-
GURU TEKNIKAL.
HASNISHAM BIN KHALIP
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
7 NOVEMBER, 2008
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : HASNISHAM BIN KHALIP.
Tarikh : 7 NOVEMBER 2008
v
DEDIKASI
Buat Ayahanda dan Bonda
Khalip Bin Idris
Rugayah Binti Sulaiman
Yang sentiasa berdoa kejayaan ku demi masa depan dan sentiasa memberi semangat
sepanjang tempoh pengajian ini.
Ahli keluargaku,
Hairie B Khalip & Noriah Bte Abdullah
Hazeni B.Khalip & Zaihasra Bte Zakaria
Rohayati Bte Khalip
Nurlaili Bte Khalip
Nurfatihah Bte Khalip
Yang sentiasa memberi nasihat, dorongan dan galakan akan kekal dalam ingatan ku
ini.
Buat Tatapan Anak-anak saudaraku,
Mohd Haikal B Hairie
Mohd Hakim B Hairie
...Masa Kini Bergantung Kepada Masa Lalu Untuk Masa Hadapan...
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam
ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat
dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahNya, telah
mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada En Mahyuddin
Bin Arsat selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi
tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta
kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima
kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor, pengetua-pengetua, dan guru-guru
Sekolah Menengah Teknik di Daerah Johor Bahru yang sudi memberi kerjasama
yang sangat memberangsangkan.
Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang
telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih yang tidak terhingga.
vii
ABSTRAK
Kehadiran teknologi multimedia merupakan saluran yang penting bagi
penyebaran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran manakala guru-guru
merupakan kunci kejayaan kepada aplikasi teknologi multimedia tersebut.
Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan perisian
multimedia di kalangan guru-guru Teknikal dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di empat buah sekolah Men Teknik di Daerah Johor Bahru. Kajian ini
melibatkan guru Teknik di daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang telah
digunakan ialah set soalan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Data
yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social
Science, Version 12.0 (SPSS). Hasil penganalisaan data diterangkan dalam bentuk
kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah perisian
yang gemar digunakan ialah ‘Tutorial’, ‘Latih Tubi’ dan ‘Demonstrasi’. Manakala
kekerapan guru-guru menggunakan perisian multimedia adalah rendah. Persepsi
guru dalam penggunaan perisian multimedia adalah pada aras tinggi manakala
masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan perisian multimedia pula adalah
pada aras sederhana. Melalui kajian ini beberapa tindakan boleh diambil untuk
meningkatkan kemahiran berkomputer kepada mereka diantaranya dengan
memperbanyakkan kursus-kursus kemahiran komputer seperti kursus intensif,
bengkel dan sebagainya untuk menghasilkan sendiri perisian multimedia berkait
dengan matapelajaran yang diajar.
viii
ABSTRACT
The existance of multimedia technology is the important channel to distribute
the information in teaching and learning, while teachers is the key of the successful
on the multimedia technology. The objective of this research was to observe the used
of multimedia software among the teachers in their teaching process in four technical
schools in the state of Johor Bahru. The instrument used in this descriptive study was
a set of questionnaire. The collected data were analyzed by using Statistical
Package for Social Science, Version 12.0 (SPSS) and the data was presented in the
form of frequencies, percentage and mean. The most popular multimedia software
had their used are ‘Tutorial’, ‘Exercise’ and ‘Demonstration’. Whereby the usage of
multimedia softwere by teacher frequently low. The result shown that the teachers
perception had a high level on the usage of the multimedia software while the
problem when using of multimedia software had shown a moderate level. As the
result of this research several actions should be taken to improve computer skills
among them such as attending intensive courses and workshops in order to develop
their own multimedia software that related with their subject.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Rasional Kajian 9
1.8. Batasan Kajian 10
x
1.8.1 Lokasi 10
1.8.2 Persempelan 11
1.8.3 Faktor Yang Dikaji 11
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Komputer 12
1.9.2 Perisian 12
1.9.3 Multimedia 12
1.9.4 Penggunaan 13
1.9.5 Guru Teknikal 13
1.10 Penutup 14
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 16
2.3 Apakah itu Perisian Pengajaran Multimedia 18
2.4 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan 20
2.5 Pendekatan yang digunakan Dalam
Pembelajaran Berbantukan Komputer 21
2.6 Kajian-kajian lepas 23
2.6.1 Menyokong Pembelajaran Kendiri. 23
2.6.2 Meningkatkan Pencapaian Pelajar. 23
2.6.3 Membantu Menyelesaikan Masalah
Pendidik Dalam Pengajaran 24
2.6.4 Membantu Imaginasi Terhadap Perkara
Abstrak 25
2.6.5 Keseronokan Belajar dan Menjana
Kekreatifan Pelajar 25
2.6.6 Kaedah dan Pendekatan Perisian
Multimedia Yang Digunakan Oleh Guru
xi
Dalam Proses Pengajaran Mereka. 27
2.6.7 Kekerapan Guru-Guru Menggunakan
Perisian Multimedia Dalam Proses
Pengajaran Mereka. 27
2.6.8 Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Semasa
Menggunakan Perisian Multimedia Dalam
Proses Pengajaran. 28
2.6.9 Persepsi Guru Terhadap Peranan Perisian
Multimedia Dalam Proses Pengajaran. 30
2.6.10 Kekerapan Penggunaaan Perisian Multimedia Di
Antara Guru Yang Berlainan Latar Belakang 31
2.7 Aplikasi Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan 32
2.8 Penutup 33
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
3.4 Sampel Kajian 36
3.5 Instrument Kajian 37
3.6 Prosedur Kajian 39
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Analisis Data 40
3.9 Penutup 42
xii
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Bahagian A - Latar Belakang Responden 35
4.2.1 Bilangan Kekerapan Dan Peratusan 35
Mengikut Jantina
4.2.2 Profil Responden Dari segi 36
Pengkhususan
4.2.3 Profil Responden Dari
Segi matapelajaran 46
4.2.4 Profil Responden Dari
Segi Bangsa 46
4.2.5 Profil Responden Dari
Segi Kelulusan Ikhtisas. 47
4.2.6 Profil responden Dari
Segi Pengalaman Mengajar. 48
4.2.7 Jenis-jenis Perisian Komputer
Yang biasa Digunakan
Di Kalangan guru. 49
4.3 Mengenalpasti kaedah Pengajaran Menggunakan
Perisian Multimedia Oleh Guru Dalam
Matapelajaran Teknikal. 50
4.4 Mengenalpasti Kekerapan guru-guru
Menggunakan Perisian Multimedia
Dalam Proses Pengajaran mereka . 52
4.5 Mengetahui Persepsi Guru terhadap Peranan
Perisian Multimedia Dalam Proses
Pengajaran Mereka. 54
4.6 Mengetahui masalah yang dihadapi oleh
guru semasa menggunakan perisian multimedia
dalam proses pengajaran 58
xiii
4.7 Rumusan Dapatan kajian 62
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Perbincangan
5.2.1 Latar Belakang Pelajar 65
5.2.2 Mengenalpasti kaedah Pengajaran Menggunaka
Perisian Multimedia Yang Digunakan Dalam
Proses Pengajaran yang dijalankan . 66
5.2.3 Mengenalpasti Kekerapan guru-guru
Menggunakan Perisian Multimedia
Dalam Proses Pengajaran mereka . 68
5.2.4 Mengetahui Persepsi Guru terhadap Peranan
Perisian Multimedia Dalam Proses
Pengajaran Mereka. 69
5.2.5 Mengetahui masalah yang dihadapi oleh
guru semasa menggunakan perisian multimedia
dalamproses pengajaran 72
5.3 Rumusan Dapatan kajian 76
5.4 Cadangan 77
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 78
5.6 Penutup 79
BIBLIOGRAFI 80
LAMPIRAN 88
Lampiran A –E
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah Sampel. 37
3.2 Pecahan Item Soal Selidik 38
3.3 Skor skala Likert 38
3.3 Skala pemeringkatan likert diterbitkan 38
3.4 Pengkelasan Maklum Balas Responden
Berdasarkan Skor Min 41
4.1 Profil Responden Mengikut Jantina. 44
4.2 Bidang Pengkhususan 45
4.3 Matapelajaran Yang Diajar
4.4 Taburan Bilangan Mengikut Bangsa. 46
4.5 Kelulusan Ikhtisas
4.6 Pengalaman Mengajar 48
xv
4.7 Perisian Komputer Yang Digunakan
Di Kalangan guru dalam proses
pengajaran mereka. 49
4.8 Kaedah Pengajaran Menggunakan Perisian
Multimedia Yang Digunakan Dalam
Proses Pengajaran yang dijalankan . 51
4.9 Kekerapan guru-guru Menggunakan Perisian
MultimediaDalam Proses Pengajaran
mereka . 52
4.10 Taburan Responden mengikut Peratus Dan
Min Terhadap Persepsi Guru terhadap Peranan
Perisian Multimedia Dalam Proses
Pengajaran Mereka. 54
4.11 Taburan Responden mengikut Peratus Dan
Min bagi masalah yang dihadapi oleh
guru semasa menggunakan perisian multimedia
dalam proses pengajaran 58
xvi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
EPRD - Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
α - Alpha Cronbach
ƒ - Kekerapan
% - Peratus
ST - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SPSS - Statiscal package for the Social Science
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)
C Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran
Negeri Johor (JPNJ)
D Surat Akuan Pelajar
E Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang
pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-
dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi
memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul
dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang
sedang berlaku dalam negara. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat
dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis,
inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Begitu juga dengan sistem pendidikan masa kini sedang mengalami
perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta
digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan
pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah mula diperkenalkan
dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya
semakin mendapat perhatian ramai.
2
Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar
dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara
menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan
pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran
dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi
pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang
bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-
masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.
Sunber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-
mata tetapi lebih luas dari itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet
menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat dimana setiap maklumat
dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan mudah dan pantas.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelajar-pelajar sekolah pada masa kini memerlukan rangsangan yang pelbagai
untuk memotivasikan mereka untuk belajar. Minat untuk mereka belajar akan
berkurangan sekirannya tiada rangsangan yang pelbagai. Kaedah pengajaran secara
tradisional menimbulkan rasa kebosanan dan kurang menarik jika dibandingkan
dengan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian iaitu yang
mampu menimbulkan rangsangan positif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pendidik seharusnya peka dengan setiap perkembangan yang berlaku di
sekeliling mereka. Proses pengajaran yang lebih menarik akan mengelakkan rasa
bosan sebaliknya meningkatkan rasa minat untuk belajar. Multimedia berasaskan
komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang
menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu
konsep dengan cepat dan mudah (Baharuddin & Mohd, 1995).
3
Di dalam bidang kejuruteraan, kebanyakkannya telah mengunakan teknologi
terkini dengan bantuan komputer disamping perisian multimedia yang pelbagai. Oleh
yang demikian, di peringkat sekolah menengah seharusnya telah didedahkan dengan
penggunaan alat bantuan mengajar yang berasaskan multimedia yang lebih interaktif.
Sasaran utama yang perlu dilihat dahulu adalah guru. Ini kerana gurulah yang akan
membentuk pelajar menuju kearah kejayaan.
Sehubungan dengan itu, Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Muhamad
(Utusan Malaysia, 28 Jun 2001), telah mengingatkan para guru bahawa “kerajaan
telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah dan
para guru hendaklah menggunakan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk
menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang”.
Oleh itu bersesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini, penggunaan
multimedia akan menjadi salah satu pendekatan yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran masa kini. Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan, Hamidah Baba; “kebaikan perisian multimedia dalam
pendidikan, bahan multimedia sebenarnya merujuk kepada atribut bahan yang
menyatukan dua media ataupun lebihi aitu teks, gambar, grafik, bunyi, tayangan serta
animasi menjadikannya satu persembahan yang jelas dan mudah difahami.”
(Mingguan Malaysia 26 jun 2000 : m/s 6 dalam Mohd. Ali (2002)).
Seperti yang di ketahui, Kementerian Pendidikan telah membekalkan
sekolah-sekolah dengan pelbagai jenis teknologi (perkakasan dan perisian) dengan
tujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara teknologi utama yang dibekalkan kepada sekolah ialah komputer dan
perantinya, Digital Multimedia Systems, rancangan TV Pendidikan, dan perisian
pendidikan iaitu perisian multimedia (courseware). Pembekalan teknologi ini dibuat
secara berperingkat-peringkat.
4
Sehubungan dengan itu Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat
pekeliling Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran, antara kandungannya adalah guru-guru wajib menggunakan perisian
kursus pendidikan yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan untuk digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu pihak sekolah perlu elakkan
daripada membeli perisian cetak rompak. Sekiranya sekolah berhasrat membeli
perisian kursus, judul perisian yang hendak dibeli perlu terlebih dahulu mendapat
kelulusan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia. (Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003 : Dasar Penggunaan Media
Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran)
Badjet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan RM 5 billion untuk
tempoh antara 2002 hingga 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan
kepada tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh
negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk
membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang
lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion
bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh
negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan
berkenaan (Utusan Malaysia, Selasa, 29 Ogos 2006)
Justeru itu seseorang guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran yang
berbantukan alat bantu mengajar atau media pengajaran secara optimum yang boleh
menjadikan proses pengajaran dan pembelajarannya lebih berkesan dan menarik.
Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sesungguhnya
membawa suatu pembaharuan kepada corak pendidikan masa kini. Ia merupakan
5
satu kaedah alternatif kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar selain dari
merujuk kepada buku yang merupakan sumber ilmu tradisional.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang
paling hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta
mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu kaedah untuk
mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang
digunakan ialah televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian multimedia, dan
internet.
Memandangkan adalah penting penggunaan multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek
penting. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting
dan berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu
juga dengan penggunaan perisian multimedia, walaupun terdapat banyak kelebihan
dan kekuatan menggunakan perisian multimedia dalam pengajaran, banyak
peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru
tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam
pengajaran ialah melalui aplikasi teknologi komputer. Walau bagaimana pun, sejauh
mana guru-guru di sekolah memanfaatkan kemudahan teknologi komputer yang ada
tidaklah di ketahui. Kajian yang dijalankan oleh Koay (1995) yang mengkaji
mengenai penggunaan alat bantuan pengajaran dikalangan guru ketukangan di
Sekolah Menengah Vokasional di Malaysia didapati penggunaan alat bantuan
mengajar bukan elektronik lebih digemari misalnya penggunaan papan kapur,
manakala BBM elektronik sangat jarang digunakan..
Penggunaan perisian multimedia sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara idealnya
adalah untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Selain
mendedahkan kepada suatu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang terkini, ia
dianggap menjadi daya tarikan untuk belajar dan juga memudahkan semua pihak
iaitu guru, pelajar, ketua panitia, pentadbir, jabatan dan kementerian.
Perisian bagi subjek Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan,
Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya
dibekalkan di sekolah. Kemudahan komputer riba dan LCD turut diberikan kepada
guru-guru subjek yang berkenaan. Dengan kemudahan yang dibekalkan adakah
penggunaannya digunakan sepenuhnya oleh pihak guru dalam proses P&P.
Bagaimana pula dengan persediaan guru di sekolah dengan bahan P&P
berantarakan komputer. Adakah mereka bersedia menggunakan bahan P&P
berantarakan komputer seperti perisian multimedia. Oleh itu, pemusatan utama
penyelidik dalam kajian ini adalah untuk mengetahui adakah guru-guru
menggunakan kaedah pengajaran yang berbantukan alat bantu mengajar atau media
7
pengajaran berasaskan perisian multimedia secara optimum yang boleh menjadikan
proses pengajaran dan pembelajarannya lebih berkesan dan menarik.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan bertujuan mengetahui Tahap Penggunaan Perisian
Multimedia Dalam Pengajaran Guru-Guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik di
Daerah Johor Bahru.
Antara objektif kajian ialah:-
i. Mengenalpasti kaedah pengajaran menggunakan perisian multimedia
oleh guru dalam proses pengajaran mereka.
ii. Mengenalpasti kekerapan guru-guru menggunakan perisian
multimedia dalam proses pengajaran mereka.
iii. Mengetahui persepsi guru terhadap peranan perisian multimedia
dalam proses pengajaran.
iv. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan
perisian multimedia dalam proses pengajaran.
8
1.5 Persoalan Kajian.
Antara persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah:
i. Apakah kaedah pengajaran menggunakan perisian multimedia oleh
guru dalam proses pengajaran mereka ?
ii. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan perisian
multimedia dalam proses pengajaran mereka?
iii. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian multimedia dalam
proses pengajaran?
iv. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan
perisian multimedia dalam proses pengajaran?