chen hoe dapat nyawa kedua
TRANSCRIPT
LAMAN UTAMA | AR KIB BERITA | JOM IK LAN
NASIONAL ARTIKEL WILAYAH LUAR NEGARA HIBURAN SUKAN BISNES PENDIDIKAN SAINS REKREASI GAYA HIDUP
VIDEO
Page 1 of 3Utusan Malaysia Online - Kesihatan
10/14/2010http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&s...
Waktu Solat
Laporan Cuaca
Berita Utama
Dalam Negeri
Wilayah
Laporan Khas
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Bisnes
Mahkamah
Jenayah
Agama
Keluarga
Hiburan
Rancangan TV
Feminin
Pendidikan
Sains & Teknologi
Agrobiz
Kesihatan
Rekreasi
Polis & Tentera
Sastera
Rencana
Cuit
Chen Hoe dapat 'nyawa kedua'
Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA [email protected] Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED
MEMANG bukan satu perkara
mudah untuk menerima hakikat
bahawa salah satu organ badan
anda tidak berfungsi.
"Bukan juga satu situasi yang mudah
untuk menerima hakikat bahawa
penyakit yang dihidapi sudah di
peringkat terakhir dan anda
bagaikan berada di penghujung
usia."
Demikian luah rasa Lee Chen Hoe
yang kira-kira 14 tahun lalu
menderita akibat penyakit buah
pinggang sehinggalah menerima
pemindahan buah pinggang yang
disifatkannya bagai diberi 'nyawa
kedua'.
Menurut bapa kepada sepasang anak kembar itu, dia mula menyedari ada yang tidak kena pada
dirinya apabila kaki dan mata mula membengkak.
Mukanya juga pucat, tidak mempunyai selera makan, badan sering mengalami gatal dan susah
bernafas pada waktu malam.
Tanpa mengsyaki sesuatu yang buruk, dia mendapatkan rawatan. Namun setelah pemeriksaan
lanjut dilakukan, dia diberitahu bahawa kedua-dua buah pinggangnya sudah rosak dan tidak
berfungsi.
Chen Hoe yang tidak dapat menerima hakikat tersebut sering bertanya mengapa dugaan itu yang
diberikan kepadanya? Apakah dosa yang telah dilakukan?
''Ketika itu saya baru berusia 33 tahun. Pada masa yang sama anak kembar saya baru berusia
tiga tahun. Kebetulan juga saya baru membuat pinjaman membeli rumah.
''Semua benda perlu saya fikirkan kerana saya ketua keluarga. Ada ketika saya pernah terfikir
hendak membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi.
''Saya mengambil masa selama empat bulan untuk menerima kenyataan yang saya menghidap
penyakit buah pinggang.
"Kemudiannya, saya terpaksa menunggu empat tahun untuk mendapatkan penderma. Satu
tempoh yang saya rasa cukup lama,'' tambahnya.
Chen Hoe, antara pesakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalani pembedahan
pemindahan buah pinggang pada 1996, selepas hampir berputus asa kerana ketiadaan
penderma selain terpaksa berdepan kenyataan bahawa dirinya tidak lagi sihat seperti
sebelumnya.
Katanya, memang susah untuk menerima hakikat bahawa dirinya tidak lagi seperti orang lain.
Tetapi dirinya bertuah kerana orang di sekelilingnya termasuk isteri, anak-anak serta keluarga
memberi sokongan padu untuk meneruskan kehidupan dan menjalani hari-hari mendatang
dengan tabah.
Sementara menunggu penderma yang sesuai untuk menggantikan buah pinggangnya, dia
menjalani rawatan dialisis di samping mengamalkan gaya hidup sihat.
Hakikatnya walaupun menjalani rawatan dialisis seminggu tiga kali, kehidupannya tidak lagi
seperti sedia kala. Selain cepat letih, dia turut menghidap penyakit darah tinggi.
Menurut anak kelahiran Batu Arang, Selangor itu, selama lima tahun dia menjalani rawatan
Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) sebelum mendaftar untuk menjalani proses
pemindahan organ.
Bagaimanapun ia bukanlah semudah yang disangkakan kerana negara ini masih lagi kekurangan
penderma organ.
Sedangkan pesakit dalam senarai menunggu semakin bertambah dari sehari ke sehari.
KESIHATAN
Pembedahan pemindahan organ mampu menyelamatkan nyawa.
- Gambar hiasan
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Waktu Solat Kuala Lumpur
Subuh 5:42
Zohor 1:02 Asar 4:18
Maghrib 7:02
Isyak 8:12
Klik untuk waktu solat kawasan lain
B A N C I A N
Page 2 of 3Utusan Malaysia Online - Kesihatan
10/14/2010http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&s...
Selak
Awang Selamat
Kolumnis
Forum
Classifieds
Utusan Airtime
Portal Pendidikan
Kosmo! Online
Mangga Online
Saji Online
MyBooks
Kareer
Utusan Karya
Laman Xtive
Liga M 2010
PRK 2009
UMNO 2008
Pilihan Raya AS
Beijing 2008
Merdeka 2008
Euro 2008
MAHA 2008
PRU-12
Sharlinie
Salam Perantauan
Berkat kesabaran, akhirnya Chen Hoe mendapat buah pinggang yang bersesuaian dengannya
daripada seorang rakyat Amerika Syarikat yang bermastautin di negara ini.
Penderma tersebut telah disahkan mati otak akibat strok di salah sebuah hospital swasta
tempatan.
Apa yang menariknya, selain Chen Hoe, seorang lagi penerima turut menerima satu buah
pinggang daripada rakyat Amerika tersebut.
''Dua buah pinggang daripada seorang rakyat Amerika telah memberikan satu kehidupan baru
buat dua pesakit buah pinggang yang kritikal.
''Selain mempunyai 'kembar', saya juga kini mempunyai tiga buah pinggang, bagaimanapun dua
lagi sudah kecut dan tidak lagi boleh digunakan,'' kata Chen Hoe.
Bercerita lanjut mengenai kehidupannya ketika sakit, dia yang sememangnya tidak merokok
memberitahu, walaupun bergantung pada rawatan dialisis, ia sedikit pun tidak menghalang
dirinya untuk bersenam serta bekerja seperti biasa.
Kini Chen Hoe sentiasa memastikan pengambilan makanan yang betul. Dia bersarapan dengan
sebiji epal atau buah kiwi dan secawan oat.
Selain itu, dalam menu harian akan dipastikan makanannya terdiri daripada sayur-sayuran dan
makanan yang berserat.
Kini walaupun terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada ubat anti-penolakan, ia tidak
menghalang Chen Hoe menjalani kehidupan seperti biasa.
Malah dia juga aktif memberi ceramah mengenai pendermaan organ di seluruh negara.
Kini usia Chen Hoe sudah mencecah 53 tahun. Tetapi dalam tempoh 14 tahun lalu, buah
pinggang baru yang diterimanya merupakan penyambung hidupnya.
Ia ibarat mendapat peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Chen Hoe dapat 'nyawa kedua' • Kempen selamatkan penglihatan • Artritis jejas kualiti hidup • 3C perangi kanser • Harapan bayi jantung berlubang • Mahu dagu bulat atau panjang? • Menangani kesan radikal • Risiko biarkan tubuh kontang
IKLAN@UTUSAN
IKLAN TEKS
• INGIN MENJADI USAHAWAN BERTARAF JUTAWAN ? • Ingin memenangi iPhone 3GS & TV LCD Sony Bravia? Apa tunggu lagi…
IKLAN@UTUSAN
DARI TUTOR.COM.MY
Dapatkan Pakej Pembelajaran Online yang
boleh membantu anda berhadapan peperiksaan
dengan penuh yakin!!
Utusan Online on Facebook
Utusan Online
Like
117,693 people like Utusan Online
Nyonya Shahirah Lie Cik Cherah
Norita Ady Alpajier Ah Roy Papa
Page 3 of 3Utusan Malaysia Online - Kesihatan
10/14/2010http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&s...