chptr2bdg2_sains_teknologi.ppt

46
BIDANG-BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Upload: hanis-afiqah-violet-meow

Post on 25-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.pptagama slamslide to share

TRANSCRIPT

Page 1: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

BIDANG-BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

ISLAM

Page 2: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Pengenalan

• Pengertian moden – satu cabang ilmu berkenaan dengan kejasmanian (fizik) sifat bahan yang terdapat dalam alam tersebut dan saling bertindak antara satu sama lain.

• Kajian fizik berkembang di bawah tabi’iyyat (natural history)

• Masalah yang diutarakan oleh saintis muslim dan dan ahli falsafah Islam:

- bentuk dan benda (form and matter) - kemungkinan dan kenyataan ( potentially and actuality)

Page 3: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Pencapaian dalam fizik teori.KONSEP DAN TEORI1. Projectile Motion

- Ibnu Sina- Abu al-Barakah al-Baghdadi

2. Momentum- Ibn al-Haytam

Buku: al-ManazirIstilah: Quwwat al-harakah

Page 4: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Falsafah fizik Islam

• Prinsip “fizik tidak menafikan metafizik”• Sesuatu yang tidak dapat dibuktikan

kebenarannya melalui pendekatan fizik (empirical) tidaklah bermakna tidak benarnya sesuatu yang yang bersifat metafizik.

• Fenomena tabii ialah pernyataan – kendiri (self-expression) Allah SWT untuk dirahmati dan direnungi oleh mereka yang mempunyai akal budi.

Page 5: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

GOLONGAN MENGEMBANGKAN FIZIK TEORI.

• Ahli Falsafah Peripetatik- al-Farabi, Ibn Sina, Nasir al-Din al-Tusi, Ibn Bajah, Ibn Rusyd- pemikiran merujuk kepada falsafah Yunani.- fizik ialah sains yang berkenaan dengan fenomena yang berubah.

• Golongan Masha’iyah- berpandangan bahawa setiap jasad terdiri daripda bentuk dan jirim.- alam nyata bergantung terus kepada Allah.- peraturan-peraturan alam dan segala benda mengikut sunnatullah.- membolehkan manusia mengetahui tingkah laku yang terdapat dalam alam semesta.

Page 6: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Ahli Usuluddin dan Kumpulan Ash’ari- menerangkan fenomena berdasarkan keatoman.

• Golongan Mutakallimun- satu fenomena berlaku lalu disusuli oleh yang lain- berlaku bukan kerana tabiat yang diputuskan oleh Allah- berpendapat kehendak Allah ialah mengulang cipta alam yang baru yang tidak selari pada seiap detik masa

yang berturutan.

• Golongan Ahli Sufi Gnostik. - alam tabii mengandungi simbol dan kebolehan

memahami simbol-simbol ini menandakan satu peningkatan.- menyebabkan manusia tunduk dan patuh kepada Allah

• Ahli Sufi- tabii mengalami perubahan yang berkait dengan ruang dan tidak berkait dangan masa.

Page 7: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Optik – Ibn al-Haytam• Kejadian pelangi – Qutb al-Din al-Shirazi• Mekanik – keluarga Bani Musa• Graviti spesifik benda logam dan bukan logam

– Muhammad Ahmad dan Hassan al-Biruni• Bunyi dan gema – al-Jaldaki• Hidrostatik – Al-Khazini

HUKUM-HUKUM BARU FIZIK

Page 8: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Penciptaan Dan Peralatan

Page 9: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Ahli sains Islam telah mencipta beberapa peralatan. Antara alat yang dicipta dan diketengahkan ialah aerometer digunakan bagi mengukur kepekatan bendalir dan suhu, alat penimbang untuk menimbang benda-benda pepejal dalam air dan udara, pendulum digunakan bagi mengukur masa kanta, cermin “sperical” parabola, jarum magnetik untuk menetukan arah dan sebagainya

Page 10: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Dalam sejarah perkembangan fizik Islam, penciptaan peralatan dan perkakas juga merupakan aspek penting yang diberikan penekanan dan tumpuan perhatian oleh komuniti saintis muslim.

Page 11: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Penulisan Buku dan Risalah Fizik

• Al-Biruni ialah seorang ahli fizik muslim yang dikenali kepakarannya dalam bidang sains dan falsafah. Di samping mengetengahkan banyak dapatan fizik eksperimen, beliau juga menulis beberapa buah buku. Antara buku yang disumbangkan berkaitan dengan bidang fizik ialah al-Ahjar, Qanun al-Mas’udi dan risalah fi Anwa al-Suyuf.

Page 12: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

•Buku buku tersebut banyak menyentuh aspek berkaitan dengan graviti. Kitab al-Mu’tabar karangan Abu Bakr al-Baghdad ialah buku yang mempunyai maklumat idea_idea berguna tentang fizik seperti masalah pecutan, jasad terjatuh dan terluncur; kritikan terhadap fizik Aristotles dan menolak teori yang menyatakan daya malar menyebabkan gerakan seragam yang lajunya berkadaran dengan daya.

Page 13: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Kitab al-Manazir yang banyak menjelaskan optik dan kajian saintifik tentang cahaya dan fakulti penglihatan merupakan karya agung yang dihasilkan oleh Ibn al-Haytham. Buku ini diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh F.Risher pada tahun 1572 di bawah tajuk Thesaurus Opticus. Sumbangan sarjana sains Islam al-Mas’udi dalam bidang fizik adalah melalui bukunya yang bertajuk Muruj al-Dhahab yang banyak membincangkan bahan dan unsur-unsur logam.

Page 14: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

•Kitab Nihayat al-Idrak ialah hasil tulisan Qutb al-Din al-Shirazi yang banyak meghuraikan aspek berkaitan dengan optik, kejadian gema ialah Kitab Asrar al-Mizan (Rahsia Kebijaksanaan) yang telah diketengahkan oleh sarjana sains Islam al-Jaldaki.

• Al-Kindi di samping dikenali sebagai seorang ahli falsafah agung, juga menguasai kepakaran dalam bidang sains. Sumbangan beliau dalam fizik ialah Risalah fi Anwa’al-Jawahir al-Thaminah dan Risalah fi Anwa’al-Hajar wa al-Jawahir.

Page 15: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

•Ibn Sina yang lebih dikenali dalam bidang perubatan juga menyumbangkan dapatan kajian dalam bidang fizik. Antara kedua-dua buah buku perubatannya yang menyentuh bidang fizik ialah kitab al-Shifa dan Qanun fi al-Tibb.

Page 16: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Buku Nasir al-Din al-Tusi yang menyentuh dan menjelaskan fizik optik ialah Tahrir Kitab al-Manazir dan al-Mabahith fi In’ikas Wa Shu’aat Wa In’itaf fiha.

• €Kitab Mizan al-Hikmah yang mempunyai pelbagai maklumat berharga tentang fizik eksperimen dan kejuruteraan ialah karya al-Khazini .

Page 17: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

•Hasil kerja fizik dan mekanik yang paling penting pada abad ke-9 ialah kitab al-Hiyal yang disumbangkan oleh keluarga Musa(Bani Musa), Musa dan anak-anaknya Muhammad, Ahmad dan Hassan. Ia menjadi rujukan penting dalam fizik kejuruteraan.

Page 18: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

•Sumbangan dalam aspek fizik yang sama juga telah diberikan oleh Ibn Razzaz melalui karyanya iaitu Kitab fi Mar’ifat al-Hiyal al-Hinsiyyah.

Page 19: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

FALSAFAH BIOLOGI ISLAM: Pencapaian dan Sumbangan dalam Bidang Botani dan Zoologi

Page 20: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

FALSAFAH BIOLOGI ISLAM

BOTANI ZOOLOGI

Page 21: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

BOTANI

• PrinsipSains Perubatan dan Sains Pertanian

• KonsepBotani dan Farmakologi

Page 22: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Pencapaian dan Penulisan Buku Tentang Botani

•Abad ke-8Kitab al-Nabat Wa al-Shajar

•Abad ke-9* Firdaws al-Hikmah*Kitab al-Nabat

•Abad ke-10*Ikhwan al-Safa (sekumpulan ahli saintis Sufi)*al-Shifa’*Kitab al-Tajribatayn dan Kitab fi al-Nabat*al-Adawiyah al-Mufradah

Page 23: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

ZOOLOGI

• TujuanMenentukan penjelasan haiwan bagi memastikan

statusnya dari segi hukum syara’,sama ada haram atau harus sesuatu binatang itu dimakan.

pembiakan dan penjinakan haiwan untuk keperluan kehidupan serta mengetahui dan mengenal pasti kegunaan untuk dipertingkatkan kemanfaatnya bagi kegunaan manusia untuk melihat penyataan Allah S.W.T yang ingin disampaikan kepada manusia.

Page 24: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Pencapaian dan Penulisan dalam Bidang Zoologi• Kitab al-Hayawan• Uyun al-Akhbar (Ibn Kutaiybah)• Al-Shifa(Ibn Sina)• Hayat al-Hayawan al-Kubra (al-Damiri)

Page 25: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Kejuruteraan dan Perkembangannya dalam Tamadun Islam

Page 26: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Pengenalan

• Alat yang bertujuan untuk memenuhi kehendak tuntutan tanggungjawab agama

• Merupakan bidang ilmu praktikal yang berorientasikan kemahiran.

• Ahli-ahli teknorat Islam memberikan sepenuh perhatian untuk menguasai bidang tersebut

• Pemindahan pengetahuan dilakukan melalui pemerhatian dan tunjuk cara hanya kepada mereka yang berminat dan berbakat

Page 27: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Falsafah kejuruteraan Islam memberikan penekanan kepada…• Prinsip dan konsep memudahkan urusan,

memberikan keselesaan dan menyenangkan kehidupan tapi tidak membawa kepada kelalaian.

• Menjimatkan tenaga, mudahkan kerja dan mengurangkan masa tapi tidak menyebabkan kemalasan

• Mengutamakan estetika, tidak membelakangi etika dan amanah terhadap tanngungjawab

• Kekalkan keseimbangan alam semesta, jaga keharmonian dan pelihara kecantikan alam semula jadi

• Pentingkan maslahat umum dan memenuhi tanggungjawab sosial

• Gabungkan pengetahuan, bakat, kemahiran dan seni dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik

Page 28: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Perkembangannya..

• Sumber air dieksploitasi untuk:1. pertanian2. hasilkan tenaga dalam penjanaan kuasa untuk perindustrian

• Sumber angin juga digunakan untuk mengepam air, mengisar jagung dan memerah tebu

Page 29: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Rekaan orang Islam:- Jam air ( Harun al-Rasyid kepada

Charlemange)- Jam mekanik• Ibn Rustam al-Khurasani – pembuat

jam terkenal• Pengeluaran air ros sebagai bahan

pewangi

Page 30: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Perkembangan pengangkutan dan perjalanan• Pembinaan jambatan dan jalan • Lorong-lorong diturap dengan batu• Penggunaan kapal untuk pengangkutan

air• Jarum magnetik digunakan untuk

menentukan kedudukan arah perjalanan dalam pelayaran

• Teknologi pengairan bawah tanah qanat diperkenalkan

Page 31: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Pembinaan kapal

• 2 jenis kapal yang dibina : - Kapal perang- Kapal dagang

Pembinaan terusan• Terusan Abu Musa• Terusan Ma’akal

Page 32: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Kejuruteraan Hidraulik

• Penghasilan peralatan untuk memudahkan urusan kerja dan mengurangkan tenaga

• Banyak disumbangkan oleh Bani Musa yang diterangkan dalam Kitab al-Hiyal

• Turut menyumbang Ibn al-Razzaz yang banyak mencipta perkakas dan alat-alat hidraulik dan kegunaan alat tersebut diterangkan dalam bukunya Ma’rifat al-Hiyal al-Hinsiyyah

Page 33: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Perindustrian Kulit

• Meliputi pembuatan pakaian, kasut, beg, peralatan muzik dan sebagainya

• Bandar-bandar besar mempunyai industri kulit tersendiri

Page 34: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Pencapaian Dan Sumbangan

Page 35: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

•Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi merupakan ahli perubatan pertama yang membezakan antara cacar dengan campak, menyediakan beberapa jenis ubat daripada tumbuhan dan tanaman, merekodkan banyak kes klinik dengan tepat. Beliau membahagikan ubat kepada tiga kategori, iaitu galian (mineral), sayuran dan benda hayat (biological) serta menjelaskan fungsi masing-masing.

Page 36: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Ali ibn al-Abbas al-Ahwazi merupakan tokoh perubatan Islam pertama (yang menerangkan hubungan rangkaian urat dengan arteri. Beliau juga menerangkan kepayahan untuk menyembuhkan penyakit tibi.

Page 37: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Dalam penyediaan ubat, al-Ahwazi mencipta dan menerangkan pelbagai jenis pil, bedak, sirap, salap, dan sebagainya.

• Dalam bidang pembedahan, Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi (r.h) telah mengetengahkan banyak pengetahuan penting tentang pembedahan, antaranya pembedahan biasa, kaedah-kaedah mengeluarkan batu dari pundi kencing, pembedahan mata dan gigi, pemotongan organ dari tubuh badan dan sebagainya. Beliau juga menulis tentang gynaecologi, masalah mata dan telinga.

Page 38: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Ibn Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, menjelaskan penyakit yang menyebabkan demam kuning.

Page 39: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Pengetahuan perubatan mengenai pathologi banyak diketengahkan oleh Abu al-Abbas Yahya ibn Isa ibn Jazlah. Beliau juga banyak memberi penjelasan tentang penyakit termasuk barah.

Page 40: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

•Pengetahuan perubatan mengenai penyediaan penyediaan ubat daripada tanaman dan pokok tumbuhan banyak diperoleh daripada al-Ghafiqi dan Ibn al-Baytar.

Page 41: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Di samping sumbangan yang berbentuk penemuan baru dalam bidang perubatan, ahli sains perubatan Islam juga telah mencipta dan memperkenalkan banyak alat dan perkakas penting yang digunakan dalam bidang perubatan.

Page 42: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Tokoh perubatan Islam yang paling banyak mencipta dan mengetengahkan alat dan perkakas yang digunakan dalam bidang perubatan, terutama sekali untuk tujuan pembedahan, ialah Abu Qasim ibn al-Abbas al-Zahrawi. Beliau telah mencipta lebih kurang 300 jenis alat dan perkakas.

Page 43: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

Penulisan Buku Perubatan

Page 44: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Abu Bakr Muhammad Ibnu Abu Bakr Muhammad Ibnu Zakariyya al-Razi:Zakariyya al-Razi: Kitab al-Hawi, Sirr al-Asraf dan Kitab al-Mansuri

• Al-Ahwazi:Al-Ahwazi: Al-Kitab al-Malaki• Al-Zahrawi:Al-Zahrawi: Al-Tasrif Liman Ajaza

‘an al-Ta’lif • Ibn Sina:Ibn Sina: Shifa, al-Urjuzah fi Tibb

Qawanin, al-Mabda’ wal al-Ma’ad dan al-Qanun

• Ibn Jazlah:Ibn Jazlah: Kitab Taqwin al-Abdan dan Kitab Minhai al-Bayan

Page 45: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Ibn Zuhr: Kitab al-Iqtisad fi Islah al-Anfus wa al-Ajsad, Kitab al-Taysir dan Kitab al-Aghdiyyah

• Al-Ghafiqi: al-Adwiyyah al-Mufradah • Ibn Nafis: Sharh Qanun Ibn Sina, al-

Mukhtasar min al-Aghdiyah dan Kitab Mu’jiz al-Qanun

• Al-Baladi: Kitab Tadbir al-Habalah wa Atfal.

Page 46: chptr2BDG2_SAINS_TEKNOLOGI.ppt

• Di samping apa yang telah disebutkan, terdapat banyak lagi buku perubatan yang dihasilkan oleh ahli sains perubatan Islam dan sebahagian besarnya diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Barat.