contoh jurnal praktikum

3
CONTOH JURNAL PRAKTIKUM Minggu Praktikum : 2 Tarikh : 9.7.2013 Tajuk Jurnal : Murid Tidak Memberi Tumpuan Ketika Sei Pengajaran dan Pembelajaran. 1. !u "ang #i$%kukan : Sa&a menjalankan tuga pengajaran dan pembelajaran di kela Tahun 2 #edikai. Sa&a mendapati ketika et induki dijalankan' tumpuan pelajar adalah memuakan' namun e pengajaran dan pembelajaran berjalan elama 1( minit' a&a mendapati murid mulai h tumpuan dan beraa b%an terhadap pengajaran &ang a&a ampaikan. Terdapat eramai 10 %rang murid telah dikenal pati tidak dapat memberi tumpuan epenuhn&a terhadap pengajaran a&a pada hari terebut. 2. )nalii !u "ang #i$%kukan *Pun+a dan Kean !u, : Pun+a murid tidak dapat memberi tumpuan &ang lama dalam ei pengajaran dan pembela hail daripada analii terhadap iu &ang telah a&a kenal pati ialah penggunaan b mengajar &ang tidak dapat menarik perhatian' elain itu' ga&a pengajaran &ang digun menarik erta pengajaran terlalu ber$%kukan kepada guru. Kean terhadap iu &ang b iaitu murid hilang tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran akan men&ebabkan mereka dapat menguaai pengajaran &ang diampaikan e+ara empurna' juteru' menjejakan m mereka untuk teru mempelajari ilmu baru' elain itu' ia turut akan memberi kean t keputuan ujian dan peperikaan. 3. Kajian -ampau *-iterature e/ie , Terhadap !u *Pengalaman atau Kajian -epa, : Menurut -ahkar *2013, men&atakan baha a pengajaran dalam abad ke 21 adalah merupaka pengajaran &ang beraakan tumpuan pelajar. Pengajaran &ang ber$%kukan kepada guru dalam item la dikurangkan.

Upload: incik-faisal

Post on 06-Oct-2015

199 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

CONTOH JURNAL PRAKTIKUM

TRANSCRIPT

CONTOH JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum : 2Tarikh : 9.7.2013Tajuk Jurnal : Murid Tidak Memberi Tumpuan Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Isu Yang Difokuskan :Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 2 Dedikasi. Saya mendapati ketika set induksi dijalankan, tumpuan pelajar adalah memuaskan, namun setelah sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan selama 15 minit, saya mendapati murid mulai hilang tumpuan dan berasa bosan terhadap pengajaran yang saya sampaikan. Terdapat seramai hampir 10 orang murid telah dikenal pasti tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pengajaran saya pada hari tersebut.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :Punca murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran hasil daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak dapat menarik perhatian, selain itu, gaya pengajaran yang digunakan kurang menarik serta pengajaran terlalu berfokuskan kepada guru. Kesan terhadap isu yang berlaku ini iaitu murid hilang tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna, justeru, menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari ilmu baru, selain itu, ia turut akan memberi kesan terhadap keputusan ujian dan peperiksaan.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :Menurut Lahkar (2013) menyatakan bahawa pengajaran dalam abad ke 21 adalah merupakan pengajaran yangberasakan tumpuan pelajar. Pengajaran yang berfokuskan kepada guru dalam sistem lama perlu dikurangkan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-i) Menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video.ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan.iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian : 1 Minggu

6. Tindakan Susulan :Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan berbentuk video yang berkaitan dengan pengajaran topik yang saya ingin ajar, kemudian menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video tersebut.Muka Surat 1

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan : 16.7.2013

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, selain itu, didapati seramai 90% murid dapat menjawab dengan betul semua latihan yang diberikan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan. Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan.

RujukanLahkar Labanya (2013). Use of the Information and Communication Technology (ICT) in teaching learningprocess (Availability and non availability of ICT related teaching aids in tenth standard in schools ofGossaigaon Sub-Division), Global Research Methodology Journal, V0l-II, 7th issue, Nov-Dec-Jan, 2012-13Muka Surat 2