jurnal praktikum
DESCRIPTION
educationTRANSCRIPT
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bil. Jurnal : 1
Minggu Praktikum : Pertama
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 21- 25 Januari 2013
Tajuk Jurnal : Budaya memberi salam kepada guru
1. Masalah/ Peristiwa
Pada Minggu pertama menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati
kebanyakkan murid di sekolah ini tidak memberi salam kepada guru. Hanya
beberapa sahaja yang memberi salam. Ada juga murid yang tidak meminta izin
daripada guru untuk masuk ke dalam kelas.
2. Analisis
Kebanyakan murid mempunyai sikap tidak memberi salam kepada guru yang
mereka bertembung semasa disekolah. Mereka hanya memberi salam kepada guru
yang mengajar mereka sahaja.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah mengambil langkah pertama dengan memberitahu kepada murid yang
saya mengajar supaya memberi salam apabila bertembung dengan guru sama ada
guru tersebut mengajar mereka atau pun tidak.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan membuat pemerhatian terhadap usaha dan tindakan saya selama
seminggu untuk melihat sejauh mana langkah yang saya ambil adalah berkesan.
Tindakan susulan akan saya sertakan sekiranya tempoh seminggu yang bakal
berlalu tidak memuaskan.
Disemak oleh Guru pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bil. Jurnal : 2
Minggu Praktikum : Kedua
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 28 Januari- 1 Februari 2013
Tajuk Jurnal : Membuang sampah dan mengasah pencil semasa
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
1. Masalah/ Peristiwa
Pada Minggu kedua menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati murid
suka membuang sampah dan mengasah pensil di luar kelas. Hal ini kerana bakul
sampah tersebut berada di luar kelas. Mereka akan keluar masuk sesuka hati untuk
mengasah pensil.
2. Analisis
Masalah ini timbul disebabkan oleh ketiadaan bakul di dalam kelas. Kadang-kadang
mereka suka berjalan keluar daripada kelas semasa proses P&P. Guru menyangka
mereka keluar untuk membuang sampah dan mengasah pensil sahaja.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah mengambil tindakan dengan meminta murid untuk menyediakan plastik
kecil diantara 2 meja. Mereka hanya perlu membuang dan mengasah pensil di
dalam plastik tersebut. Saya juga meminta mereka untuk mengasah pensil di rumah
sebelum datang ke sekolah.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan membuat pemerhatian terhadap usaha dan tindakan saya selama
seminggu untuk melihat sejauh mana langkah yang saya ambil adalah berkesan.
Tindakan susulan akan saya sertakan sekiranya tempoh seminggu yang bakal
berlalu tidak memuaskan.
Disemak oleh Guru pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bil. Jurnal : 3
Minggu Praktikum : Ketiga
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 4 – 8 Februari 2013
Tajuk Jurnal : Masalah Kelas Waktu Akhir
1. Masalah/ Peristiwa
Pada Minggu ini saya ingin mengupas mengenai masalah kelas pada waktu terakhir
sebelum pulang. Waktu akhir tersebut jatuh pada 3 masa terakhir pada hari Rabu.
Waktu ini dikatakan waktu kemuncak dan seperti kebiasaannya murid sudah hilang
minat dan fokus terhadan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Mereka
menumpukan perhatian hanya pada jam dan loceng yang bakal dibunyikan. Masalah
ini sebenarnya sangat mengganggu sesi P&P saya dan menyebabkan sebahagian
murid yang tidak terlibat dengan masalah ini turut terganggu dan hilang tumpuan.
2. Analisis
Masalah yang sama turut berlaku pada waktu P&P sebelum dan selepas rehat.
Murid hilang minat terhadap sesuatu rutin apabila mereka teruja dengan aktiviti yang
bakal mereka buat pada waktu seterusnya dan sebelumnya. Murid belajar dengan
beg yang sudah disandang mahupun bekalan yang sudah dipegang di tangan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah mengambil langkah pertama dengan memberikan amaran kepada
mereka supaya tidak menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, langkah yang lebih proaktif adalah
dengan meningkatkan kualiti dan menukar strategi pengajaran saya menjadi lebih
menarik. Saya juga akan mengugut mereka untuk tidak pergi kokurikulum pada hari
tersebut. Saya turut menerapkan peneguhan negatif kepada murid iaitu dengan
mendenda seorang murid yang tidak mengendahkan kedua-dua tindakan saya. Hal
ini diharapkan menjadi teladan buat murid-murid yang lain.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan mengugut mereka dengan tidak membenarkan mereka pulang awal atau
pergi kokurikulum sekiranya mereka tidak memberi tumpuan atau tidak membuat
kerja semasa di dalam kelas.
Disemak oleh Guru pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bil. Jurnal : 4
Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 14 - 15 Februari 2013
Tajuk Jurnal : Masalah Penghantaran kerja rumah
1. Masalah/ Peristiwa
Pada Minggu ketiga menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi
masalah penghantaran tugasan oleh murid-murid tahun 4. Masalah ini semakin
menular apabila saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka yang
tidak menghantar tugasan. Pada mulanya hanya sebilangan murid gagal
menghantar kerja yang saya berikan untuk disiapkan di rumah kerana kekangan
masa sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Setelah masuk
minggu seterusnya, bilangannya bertambah. Kerja yang diberikan semasa cuti
Tahun Baru Cina ramai yang tidak siap. Pelbagai alasan yang diberikan oleh
mereka.
5. Analisis
Kebanyakan murid mempunyai sikap tidak ambil peduli terhadap tugasan yang
diberikan. Mereka biasanya tidak menghantar tugasan bukan sahaja matapelajaran
Matematik tetapi juga matapelajaran lain. Perbincangan dengan guru-guru juga saya
dapati mereka menghadapi masalah yang sama. Punca utama masalah ini adalah
sikap malas dalam diri murid-murid tersebut.
6. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah mengambil langkah pertama dengan memberikan amaran kepada
mereka iaitu sesiapa yang didapati tidak menghantar tugasan sebanyak 3 kali
berturut-turut akan didenda seperti yang telah dipersetujui sewaktu sesi perkenalan
dahulu.
7. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan membuat pemerhatian terhadap usaha dan tindakan saya selama
seminggu untuk melihat sejauh mana langkah yang saya ambil adalah berkesan.
Saya pernah mengugut mereka untuk mendenda tetapi tidak dihiraukan. Tindakan
susulan akan saya sertakan sekiranya tempoh seminggu yang bakal berlalu tidak
memuaskan.
Disemak oleh Guru pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bil. Jurnal : 5
Minggu Praktikum : Kelima
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 18 - 22 Februari 2013
Tajuk Jurnal : Murid lambat hadir ke sekolah
1. Masalah/ Peristiwa
Pada Minggu lima menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi
masalah murid lambat hadir ke sekolah.
2. Analisis
Bagi Tahun 4 Cerdik, saya mengajar mereka pada hari Selasa dan Jumaat pada
awal waktu iaitu 7:10-8:10 pagi. Kadang-kadang mereka akan sampai ke sekolah
jam 7:15-7:20 pagi. Jadi, mereka akan ketinggalan untuk melakukan atau membuat
aktiviti semasa set induksi dijalankan. Saya dapati murid yang sama lambat hadir ke
sekolah. Masalah ini sukar untuk diatasi kerana kebanyakkan meraka datang
dengan menaiki bas sekolah.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah mengambil langkah pertama dengan memberitahu mereka untuk
memaklumkan kepada pemandu bas atau ibu bapa untuk datang awal lebih awal ke
sekolah.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan membuat pemerhatian terhadap usaha dan tindakan saya selama
seminggu untuk melihat sejauh mana langkah yang saya ambil adalah berkesan.
Disemak oleh Guru pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bilangan Jurnal : 6
Minggu Praktikum : Keenam
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 25 – 1 Mac 2013
Tajuk Jurnal : Masalah Keprihatinan dan perhatian murid
semasa proses Pengajaran dan pembelajaran
(P&P).
1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu enam,saya telah menghadapi masalah keprihatinan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran iaitu murid kurang peka untuk belajar.
Beberapa orang murid yang menunjukkan reaksi bosan dan tidak berminat untuk
meneruskan pembelajaran. Terdapat juga mereka yang bercakap dengan kawan-
kawan dan menganggu proses P&P.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana guru tidak dapat mengawal jumlah murid yang ramai
dalam 1 kelas iaitu seramai 34 orang. Guru tidak memberi perhatian secara
menyeluruh kepada kelas dengan tidak memberi perhatian kepada murid yang
berminat semasa pengajaran dan pembelajaran. “Eye contact” guru dengan murid
kurang berkesan menyebabkan guru tidak menyedari keadaan murid-murid
keseluruhan. Murid yang tidak diberi perhatian berasa tersisih dan tidak berminat
untuk meneruskan P&P dan menganggu perjalanan P&P.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya harus membuat persediaan pengajaran yang baik dengan
menyediakan bahan bantu mengajar yang serasi dengan kaedah P&P dan
kesediaan murid.
b) Saya haruslah menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang mesra murid dengan mengambil kira aspek emosi, hubungan mesra
dan berasa bertanggungjawab yang tinggi untuk memahamkan murid.
c) Saya harus peka dan prihatin dengan perubahan-perubahan atau
keadaan yang berlaku dengan murid semasa proses pengajaran dan
pempelajaran dan harus membuat penyelesaian dengan kadar segera.
d) saya juga akan memberi peneguhan negetif terhadap murid tidak
memberi perhatian semasa proses P&P.
4. Tempoh masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Aspek
keprihatinan murid semasa P&P amat penting demi memastikan P&P dapat
berlangsung dalam suasana harmonis, ceria, difahami, disenangi dan memberi
impak mendalam dalam diri murid. Keberkesanan P&P ditentukan oleh keserasian
kaedah pengajaran guru dengan kesediaan murid untuk menerima pengajaran dan
murid perlu bersedia daripada segi emosi, psikologi, kognitif dan motivasi sebelum
proses pembelajaran berlangsung.
Disemak oleh Guru pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bilangan Jurnal : 10
Minggu Praktikum : Kesepuluh
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 1 - 5 April 2013
Tajuk Jurnal : Pengurusan masa.
1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ketujuh, saya telah menghadapi masalah mengenai pengurusan masa
yang agak lemah semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu saya
menghadapi masalah kekurangan masa dalam membuat penutup khususnya kerana
masa semasa penilaian mengambil masa yang agak lama menyebabkan
kadangkala rumusan pengajaran tidak dapat dilakukan dan penerapan nilai murni
yang kurang. Penutup semasa proses pengajaran adalah amat penting untuk
mendapatkan maklum balas daripada murid tentang kefahaman mereka tentang
pengajaran hari ini. Selain itu juga nilai murni boleh diterapkan dan diterangkan
kepada murid keperluan dan kepentingannya dalam kehiduapan seharian mereka.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana semasa langkah perkembangan dan penilaian guru
mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kefahaman murid. Lembaran
kerja yang disediakan juga mungkin terlalu banyak dan aras yang agak sukar bagi
murid-murid untuk menjawabnya dalam masa yang singkat. Selain itu jua, kekangan
yang dihadapi semasa sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku secara spontan juga perlu diambil kira kerana bukan semua perkara yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
a) Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya harus membuat perancangan yang lebih rapi dari segi
penggunaan ABM dan penerangan konsep dengan masa yang telah
diperuntukkan supaya pengurusan masa yang lebih baik dapat dilakukan.
b) Saya haruslah mengurangkan bilangan soalan dan merendahkan aras
murid-murid dalam lembaran kerja supaya murid dapat menjawabnya
dalam masa yang ditetapkan dan tidak mengambil masa untuk penutup.
c) Saya harus peka dan prihatin dengan perubahan-perubahan atau
keadaan yang berlaku dengan murid semasa proses pengajaran dan
pempelajaran dan harus membuat penyelesaian dengan kadar segera
supaya tidak menggangu langkah pengajaran.
d) Menilai kembali langkah perkembangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adakah mencapai hasil pembelajaran dan ABM yang
digunakan adalah yang dapat membantu meningkatkan kefahaman murid
dan merangsang minat murid.
e) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan
pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan
yang lain untuk berkongsi idea dan maklumat.
4. Tempoh masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Aspek pengurusan
masa semasa P&P amat penting demi memastikan P&P dapat dijalankan sperti
yang dirancang dan hasil pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.
Keberkesanan P&P ditentukan oleh keserasian kaedah pengajaran guru dengan
kesediaan murid untuk menerima pengajaran dan murid perlu bersedia daripada
segi emosi, psikologi, kognitif dan motivasi sebelum proses pembelajaran
berlangsung.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bilangan Jurnal : 7
Minggu Praktikum : Ketujuh
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 -15 Mac 2013
Tajuk Jurnal : Kekangan masa untuk membuat bahan bantu
mengajar yang pelbagai
1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ketujuh, saya telah mengajar topik pecahan. Topik ini memerlukan
saya untuk membuat bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid
memahami topik ini dengan jelas.
2. Analisis
Masalah yang timbul ini mungkin disebabkan kesibukan saya untuk menyiapkan
kertas cadangan bagi kajian tindakan yang akan dilaksanakan nanti. Kesibukan ini
membuatkan saya tidak ada masa untuk menyediakan bahan yang banyak untuk
murid-murid.
a) Cadangan Tindakan Susulan
- Gunakan media elektronik dapat mengganti bahan bantu mengajar bagi topik
pecahan dan menjimatkan masa.
4. Tempoh masa Tindakan Susulan
Tempoh masa sepanjang praktikum 3 ini.
Disemak oleh Guru pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bilangan Jurnal : 8
Minggu Praktikum : Kelapan
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 -15 Mac 2013
Tajuk Jurnal : Pentadbiran Ujian
3. Masalah / Peristiwa
Pada minggu kelapan, sekolah saya telah membuat ujian bagi semester 1. Semua
kelas terlibat dalam ujian tersebut. Masalah yang timbul semasa menjaga ujian ialah
kelas bising selepas ramai murid yang siap lebih awal. Bagi yang belum siap,
mereka akan berbincang jawapan dengan rakan sebelah yang telah siap. Walaupun
arahan telah diberikan, terdapat juga beberapa orang murid masih melakukannya.
Terdapat juga murid yang tidak membawa alat tulis yang lengkap seperti pembaris,
pensil dan pemadam. Mereka akan menggangu kawan lain untuk meminjam
peralatan tersebut. Terdapat juga murid yang mengeluarkan buku conteng dan
bermain dengan kawan yang berhampiran dengannya.
4. Analisis
Masalah yang timbul ini mungkin disebabkan murid-murid tidak mengambil berat
tentang ujian ini dan mengambilnya sebagai ujian biasa. Murid juga tidak dikenakan
tindakan jika melanggar peraturan semasa di dewan peperiksaan sebelum ini. Masa
ujian yang diperuntukan tidak sesuai dengan soalan yang diberikan menyebabkan
ramai murid siap awal dan membuat bising. Kedudukan kelas yang terhad dengan
bilangan murid dalam sebuah kelas menyebabkan kedudukan meja semasa ujian
agak dekat di antara seorang murid dengan seorang murid yang lain. Hal ini akan
menggalakkan mereka meniru rakan dengan mudah dan membuat bising dengan
rakan sebelah.
b) Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya hendaklah mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam
amalan penaksiran matematik iaitu dalam pentadbiran ujian mengenai
arahan ujian dan suasana di tempat peperiksaan.
b) Menjelaskan peraturan sebelum memberi kertas soalan kepada murid
supaya murid dapat mendengar arahan dengan jelas dan menjelaskan
akibat menlanggar peraturan semasa menduduki ujian.
4. Tempoh masa Tindakan Susulan
Saya juga mendapat pelbagai pengalaman baru dan berguna untuk saya aplikasikan
di sekolah sebagai guru sebenar. Dalam usaha menjamin kesahan sesuatu ujian,
aspek arahan ujian, jarak kedudukan tempat duduk dan lokasi peperiksaaan perlu
diberi perhatian. Pentadbiran ujian adalah penting dan perlu dikuasai oleh seorang
guru.
Disemak oleh Guru pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bil. Jurnal : 4
Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 14 - 15 Februari 2013
Tajuk Jurnal : Masalah Penghantaran kerja rumah
2. Masalah/ Peristiwa
Pada Minggu ketiga menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi
masalah penghantaran tugasan oleh murid-murid tahun 4. Masalah ini semakin
menular apabila saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka yang
tidak menghantar tugasan. Pada mulanya hanya sebilangan murid gagal
menghantar kerja yang saya berikan untuk disiapkan di rumah kerana kekangan
masa sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Setelah masuk
minggu seterusnya, bilangannya bertambah. Kerja yang diberikan semasa cuti
Tahun Baru Cina ramai yang tidak siap. Pelbagai alasan yang diberikan oleh
mereka.
8. Analisis
Kebanyakan murid mempunyai sikap tidak ambil peduli terhadap tugasan yang
diberikan. Mereka biasanya tidak menghantar tugasan bukan sahaja matapelajaran
Matematik tetapi juga matapelajaran lain. Perbincangan dengan guru-guru juga saya
dapati mereka menghadapi masalah yang sama. Punca utama masalah ini adalah
sikap malas dalam diri murid-murid tersebut.
9. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah mengambil langkah pertama dengan memberikan amaran kepada
mereka iaitu sesiapa yang didapati tidak menghantar tugasan sebanyak 3 kali
berturut-turut akan didenda seperti yang telah dipersetujui sewaktu sesi perkenalan
dahulu.
10.Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan membuat pemerhatian terhadap usaha dan tindakan saya selama
seminggu untuk melihat sejauh mana langkah yang saya ambil adalah berkesan.
Saya pernah mengugut mereka untuk mendenda tetapi tidak dihiraukan. Tindakan
susulan akan saya sertakan sekiranya tempoh seminggu yang bakal berlalu tidak
memuaskan.
Disemak oleh Guru pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah pembimbing :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bil. Jurnal : 9
Minggu Praktikum : Kesembilan
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 18 -22 Mac 2013
Tajuk Jurnal : Masalah murid menghadapi kekeliruan permudahkan
dan pecahan setara.
1. Masalah / Peristiwa
Saya telah mengenalpasti masalah ini setelah membuat lembaran kerja yang
diberikan semasa penambahan dan penolakan pecahan. Semua soalan yang
diberikan memerlukan murid menukarkan jawapan dalam bentuk termudah. Ada
yang darab untuk permudahkan. Saya telah mendapati bahawa sesetengah murid
masih keliru tentang permudahkan dan pecahan setara.
2. Analisis
Murid-murid ini keliru untuk permudahkan dengan pecahan setara. Mereka membuat
operasi darab apabila soalan minta permudahkan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah mengambil tindakan dengan menekankan semula permudahkan setiap
kali saya mengajar topik pecahan.
4. Tempoh masa tindakan susulan
Tempoh masa adalah seminggu sahaja.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Bil. Jurnal : 10
Minggu Praktikum : Kesepuluh
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 19 September 2012
Tajuk Jurnal : Masalah kawalan suara.
1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu kesembilan, masalah yang dihadapi ialah masalah kawalan suara.
Perkara ini masih menjadi masalah kepada saya setiap kali menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Masalah suara yang perlahan menjadikan saya sukar
untuk mengawal kelas ketika menjalankan aktiviti.
2. Analisis
Saya menghadapi masalah apabila murid membuat bising. Suara yang agak
perlahan menjadikan kelas sukar dikawal. Tambahan pula, pembinaan baharu yang
berhampiran dengan kelas menambahkan kebisingan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah mengambil tindakan dengan cuba menggunakan isyarat tangan tetapi
saya masih belum dapat mengaplikasikannya di kelas.
4. Tempoh masa tindakan susulan
Tempoh masa adalah seminggu sahaja.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh : Tarikh :