contoh kajian tindakan jawi

21
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI 10 ORANG MURID TAHUN 2 OPTIMIS MENGGUNAKAN TEKNIK DALIL AVU ZAR ZAD DALILAH BINTI DESA SK BUKIT KALAM PETI SURAT 81097 87020 WP LABUAN (0123725032) 2011

Upload: najatul-husniah

Post on 20-Jan-2016

520 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kajian Tindakan JAWI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI 10

ORANG MURID TAHUN 2 OPTIMIS

MENGGUNAKAN TEKNIK

DALIL AVU ZAR ZAD

DALILAH BINTI DESA

SK BUKIT KALAM PETI SURAT 81097 87020 WP LABUAN

(0123725032)

2011

Page 2: Contoh Kajian Tindakan JAWI

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan Kajian

Tindakan ini. Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya mendapat sokongan dan kerjasama

yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak. Kesempatan ini saya ambil bagi merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan.

Pertamanya, jutaan terima kasih kepada pengetua dan barisan pentadbir yang lain yang

begitu bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan kajian saya serta tidak putus-putus

memberi sokongan yang padu. Kepada pegawai-pegawai di Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan yang begitu komited membantu memberi kefahaman tentang

Kajian Tindakan, penyelaras Kajian Tindakan Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Hajah

Khaziati Osman, kepada Juru latih Utama Kajian Tindakan, Puan Kartini Ahmad, yang sentiasa

memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Tidak lupa kepada rakan-rakan guru yang sentiasa memberi

kerjasama yang dapat melancarkan lagi proses saya menjalankan kajian ini.

Khusus kepada anak-anak murid yang terlibat secara langsung sebagai sampel kajian,

kerjasama dan kesungguhan mereka mengikuti aktiviti yang saya jalankan sangat mengharukan

dan sangat dihargai. Akhir sekali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

ditujukan khas untuk suami dan anak-anak tercinta, sokongan dan kasih sayang kalian

merupakan dorongan yang sangat tinggi nilainya bagi mencapai kejayaan ini.

Allah S.W.T. jua yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.

Page 3: Contoh Kajian Tindakan JAWI

1

1

ABSTRAK

Sikap dan tingkahlaku 10 orang murid Tahun 2 Optimis semasa proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi. Punca masalah yang utama ialah

kerana mereka tidak mengenal huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta tidak mahir

menyambung antara huruf-huruf tunggal Jawi. Maka fokus kajian ini adalah untuk

menangani masalah tersebut dengan memperkenalkan satu kaedah baru bagi membantu

murid tersebut mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta satu kaedah baru

bagi meningkatkan kemahiran mereka menyambung antara huruf-huruf Jawi. Tinjauan

awal menunjukkan 10 orang murid tersebut gagal dalam ujian mengenal huruf dan gagal

juga dalam ujian menyambung huruf. Soal selidik bagi mengukur minat mereka terhadap

P&P mata pelajaran Jawi menunjukkan bahawa bagi semua item, skor min yang dicapai

adalah di bawah 3. Setelah Kad Dalil Avu Zar Zad digunakan, maka didapati 10 orang

murid tersebut dapat mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan dapat juga

menyambung huruf-uruf Jawi dengan betul. Ujian pos yang dijalankan menunjukkan

100% murid lulus dalam ujian mengenal huruf manakala dalam ujian menyambung huruf

peratus lulus adalah 80%. Min minat yang dicapai selepas program juga telah meningkat

kepada skor min 4. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam menulis Jawi telah dapat

ditingkatkan setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad. Penyelidikan untuk mencari

pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah

pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Page 4: Contoh Kajian Tindakan JAWI

2

2

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID-MURID TAHUN 2 OPTIMIS

DALAM MENULIS JAWIMENGGUNAKAN KAEDAH

DALIL AVU ZAR ZAD

DALILAH BINTI DESA

SK BUKIT KALAM

PETI SURAT 81097

87020 WP LABUAN

Abstrak

Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi dan lemah dalam

kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini menyebabkan mereka hilang minat

terhadap mata pelajaran jawi. Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari

pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf

jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. Program Dalil Avu Zar Zad telah

diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan

menggunakan Teknik Dalil, manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh

disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu Zar Zad. Dapatan

kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu menulis perkataan jawi dan tidak

tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali

menjalankan P&P, mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu. Dapat

dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai

dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan

sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Page 5: Contoh Kajian Tindakan JAWI

3

3

Panduan penulisan Abstrak:

1. Mengapa kajian dijalankan? Apa yang mendorong anda untuk menjalankan kajian?

(Why did you start? What motivate you?)

Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi

dan lemah dalam kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini

menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran jawi.

2. Apa yang anda cuba buktikan/cuba kenal pasti? (what did you try to do?)

Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik

menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf

jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung.

3. Apa yang anda buat? (What did you do?)

Program Dalil Avu Zar Zad telah diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku

kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan menggunakan Teknik Dalil,

manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh

disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu

Zar Zad.

4. Apa yang anda temui? (what did you find?/what answer do you obtain?)

Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu

menulis perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu

melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali menjalankan P&P, mereka begitu

khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu.

5. Apa maknanya? (What does it means?) – Kesimpulan/implikasi.

Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu

menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk

mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi

masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Page 6: Contoh Kajian Tindakan JAWI

Panduan Untuk Menulis Abstrak

1. Isu/masalah

2. Kumpulan sasaran

3. Fokus Kajian

4. Tinjauan Awal

5. Intervensi yang dijalankan

6. Hasil Intervensi

7. Cadangan/rumusan

Page 7: Contoh Kajian Tindakan JAWI

KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN i

ABSTRAK ii

KANDUNGAN iii

1.0 REFLEKSI P&P YANG LALU 1

2.0 FOKUS KAJIAN 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3

4.0 KUMPULAN SASARAN 4

5.0 PERANCANGAN 4

6.0 TINJAUAN AWAL 6

7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI INTERVENSI 8

8.0 PENILAIAN 11

9.0 REFLEKSI KAJIAN 13

10.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 13

RUJUKAN 12

LAMPIRAN 13

Page 8: Contoh Kajian Tindakan JAWI

2.0 FOKUS KAJIAN

Kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan Islam dalam

peperiksaan PMR dan SPM. Oleh kerana itu, saya harus mengambil langkah segera untuk

mengatasi masalah 10 orang murid Tahun 2 Optimis yang tidak dapat menguasai kemahiran

menulis Jawi. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat menulis Jawi

dengan baik ialah tidak mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan tidak tahu

bagaimana untuk menyambung antara huruf-huruf Jawi. Maka saya akan menggunakan teknik

baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik baru yang saya namakan

sebagai Dalil Avu Zar Zad akan digunakan bagi membantu mereka mengenali huruf-huruf Jawi

yang mewakili huruf-huruf Rumi dan membantu mereka menulis suku kata mudah dalam Jawi.

Seterusnya saya akan menggunakan formula baru yang akan membantu murid mengenali huruf

tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Menggunakan 10 orang murid

Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajian sangat bertepatan kerana sebagai guru Jawi mereka, saya

dapat berhubung dengan murid-murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan formula

yang saya perkenalkan. Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab

soal selidik akan dapat dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil analisis data akan

dapat membantu saya mengenal pasti sama ada intervensi yang saya laksanakan dapat

meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi.

Page 9: Contoh Kajian Tindakan JAWI

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:

3.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2

optimis menulis Jawi dengan meningkatkan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf Jawi yang

mewakili huruf-huruf Rumi serta membantu mereka menulis suku kata mudah menggunakan Teknik

Dalil dan mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung menggunakan

Teknik Avu Zar Zad. Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat

menguasai kemahiran menulis Jawi dengan baik serta akan lebih meminati mata pelajaran Jawi.

Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan

PMR dan SPM yang akan mereka jalani semasa di peringkat menengah nanti.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

i. Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf Jawi

yang mewakili huruf Rumi setelah menggunakan Teknik Dalil.

ii. Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 Optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf-huruf

Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad.

iii. Untuk meningkatkan skor min minat murid Tahun 2 Optimis terhadap mata pelajaran Jawi

setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar zad

Page 10: Contoh Kajian Tindakan JAWI

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid Tahun 2 Optimis di SK Bukit Kalam yang menghadapi

masalah dalam menulis Jawi. Daripada pemerhatian, mereka adalah kumpulan murid yang paling

memerlukan bantuan untuk meningkatkan kemahiran menulis Jawi. Saya mengambil keputusan untuk

menjalankan kajian ke atas murid-murid ini untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi dalam

membantu murid-murid yang tidak dapat mengikuti P&P melalui kaedah tradisional yang dijalankan

selama ini.

Page 11: Contoh Kajian Tindakan JAWI

5.0 TINJAUAN AWAL

10 orang murid 2 Optimis yang dipilih sebagai sampel kajian adalah hasil pemerhatian semasa

pengajaran dan latihan. Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam

menulis Jawi. Saya memberikan dua jenis kertas soalan berbeza kemahiran dalam tempoh masa yang

berbeza. Pertama, soalan untuk mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata

mudah Jawi daripada perkataan dalam tulisan Rumi. Manakala soalan kedua adalah untuk menyambung

huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang dikemukakan merangkumi semua subtopik dalam Jawi (Lampiran

E). Setelah murid selesai menjawab, kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka dianalisis.

Jawapan murid tidak dibincangkan kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos. Jadual 4 di

bawah menunjukkan keputusan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam ujian pra:

Jadual 4 Analisis Keputusan Ujian Pra

Julat markah Gred Tulis Suku Kata Mudah Tanpa Kad Dalil

Mengenal huruf Yang Boleh Disambung Dan Tidak Boleh Disambung Serta Menyambungnya Tanpa Kad Avu Zar Zad

Bilangan Murid Peratus Bilangan Murid Peratus

10 A 0 0% 0 0% 8 - 9 0 0% 0 0% 6 - 7 B 0 0% 0 0% 4 - 5 C 0 0% 0 0% 2 - 3 D 5 50% 3 30% 0 - 1 E 5 50% 7 70%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 4, daripada 10 orang murid yang mengambil ujian pra untuk menulis suku kata mudah tanpa Kad Dalil, tiada seorang pun murid yang mencapai gred A hingga C. 5 orang murid mencapai Gred D (50%) manakala 5 orang murid lagi mencapai gred E (50%). Untuk ujian pra bagi mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung serta menyambungnya tanpa Jadual Avu Zar Zad, tiada seorang pun murid yang mendapat gred A hingga C. 3 orang (30%) mencapai gred C manakala 7 orang lagi mencapai gred E (70%). Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis Jawi. Daripada pemerhatian juga, didapati kebanyakan murid-murid ….

Page 12: Contoh Kajian Tindakan JAWI

5.0 TINJAUAN AWAL

10 orang murid 2 Optimis yang dipilih sebagai sampel kajian adalah hasil pemerhatian semasa

pengajaran dan latihan. Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam

menulis Jawi. Saya memberikan dua jenis kertas soalan berbeza kemahiran dalam tempoh masa yang

berbeza. Pertama, soalan untuk mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata

mudah Jawi daripada perkataan dalam tulisan Rumi. Manakala soalan kedua adalah untuk menyambung

huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang dikemukakan merangkumi semua subtopik dalam Jawi (Lampiran

E). Setelah murid selesai menjawab, kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka dianalisis.

Jawapan murid tidak dibincangkan kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos. Jadual 4 di

bawah menunjukkan keputusan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam ujian pra:

Jadual 4 Analisis Keputusan Ujian Pra

Julat markah Gred Tulis Suku Kata Mudah Tanpa Kad Dalil

Mengenal huruf Yang Boleh Disambung Dan Tidak Boleh Disambung Serta Menyambungnya Tanpa Kad Avu Zar Zad

Bilangan Murid Peratus Bilangan Murid Peratus

10 A 0 0% 0 0% 8 - 9 0 0% 0 0% 6 - 7 B 0 0% 0 0% 4 - 5 C 0 0% 0 0% 2 - 3 D 5 50% 3 30% 0 - 1 E 5 50% 7 70%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 4, daripada 10 orang murid yang mengambil ujian pra untuk menulis suku kata mudah tanpa Kad Dalil, tiada seorang pun murid yang mencapai gred A hingga C. 5 orang murid mencapai Gred D (50%) manakala 5 orang murid lagi mencapai gred E (50%). Untuk ujian pra bagi mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung serta menyambungnya tanpa Jadual Avu Zar Zad, tiada seorang pun murid yang mendapat gred A hingga C. 3 orang (30%) mencapai gred C manakala 7 orang lagi mencapai gred E (70%). Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis Jawi. Daripada pemerhatian juga, didapati kebanyakan murid-murid ….

Page 13: Contoh Kajian Tindakan JAWI

6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN, ANGGARAN PERBELANJAAN DAN ALAT BANTU MENGAJAR

Kajian ini akan melibatkan saya sendiri sebagai pengkaji dan 10 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai

sampel kajiian. Di bawah ini ialah jadual pelaksanaan kajian dalam tempoh masa yang telah ditentukan:

Jadual 1 Pelaksanaan Kajian Dalam Tempoh Masa 3 Bulan

Bulan Minggu Aktiviti Catatan Mac 1 Tinjauan Awal:

i. Mereka bentuk soalan untuk ujian pra dan ujian pos bagi mengenal pasti kemahiran murid

ii. Mereka bentuk soal selidik (10 soalan) iii. Menjalankan ujian pra (20 minit) iv. Mengedarkan soal selidik kepada murid dan

mengumpul semula selepas 10 minit v. Membuat perhatian terhadap sikap murid sebelum

aktiviti intervensi

i. Soalan ujian seperti di Lampiran A

ii. Soal Selidik seperti di Lampiran B

iii. Perkara-perkara di perhatikan seperti di lampiran C

Mac

2 & 3

Analisis Data Tinjauan awal:

i. Menganalisis, merekod dan melapor markah ujian pra - bilangan dan peratus yang lulus/yg dapat menjawab dengan betul.

ii. Menganalisis data soal selidik - menentukan nilai min bagi mengukur minat/persepsi murid pada mata pelajaran Jawi dan bilangan serta peratus bagi setiap kategori skala

iii. Melaporkan dapatan analisis data soal selidik dalam Jadual

iv. Melaporkan dapatan pemerhatian

Mac 4 Merancang dan menyusun aktiviti intervensi: i. Aktiviti I: Mereka bentuk Kad Dalil Avu Zar Zad dan

memperkenalkan kad kepada murid-murid. Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan Teknik Dalil - Menggunakan Jadual kunci huruf yang mengandungi huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi (Contoh Kad di Lampiran C)

ii. Aktiviti II: Memberi soalan latih tubi untuk mengenal pasti kemahiran murid mengenal pasti huruf dan kemahiran murid menulis suku kata mudah.

iii. Aktiviti IV: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad iv. Aktiviti V: Memberi latih tubi - murid perlu menulis

jawapan bagi perkataan bagi mengesan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung.

April 1-3 Melaksanakan aktiviti intervensi sebagaimana yang Nota: semua aktiviti

Page 14: Contoh Kajian Tindakan JAWI

dirancang secara satu persatu Melakukan pemerhatian dan membuat perekodan terhadap perubahan sikap dan tingkah laku murid

akan divideokan

April 4 Menjalankan ujian pos untuk menilai tahap perubahan tingkah laku terhadap teknik yang diperkenalkan. Mengedar soal selidik untuk dijawab oleh murid

Mei 1 Menganalisis data ujian pos Menganalisis data soal selidik Menyediakan jadual dan pelaporan hasil analisis data

2 Menulis refleksi kajian dan membuat cadangan 3 Mengemas kini laporan - editing, memastikan isi

kandungan, rujukan dan lampiran dilengkapkan

4 Menjilid laporan dan bersedia untuk dihantar ke PPD.

Anggaran Perbelanjaan Kajian

Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti bahan dan kos yang akan terlibat. Jadual di

bawah menunjukkan perincian bagi bahan dan anggaran perbelanjaan kajian:

Jadual 2 Anggaran Perbelanjaan Kajian

Bil Butiran Harga Per unit x unit (RM)

Jumlah (RM)

1 Kertas mahjung 0.20 x 10 20.00 2 Kertas A4 10.00 x 1 rim 10.00 3 Dakwat pencetak 80.00 x 1 katraj 80.00 4 Artline 3.00 x 3 9.00 5 Bahan fotostat 0.50 x 50 helai 2.60 6 Thum drive 40.00 x 1 40.00

Alat Bantu Mengajar

Senarai ABM yang digunakan (jika ada) juga boleh disediakan dalam satu jadual, contoh dengan format

berikut

Jadual 3 Alat Bantu Mengajar Yang Digunakan

Bil Jenis ABM Kuantiti

1 Kad Dalil Avu Zar Zad 10

Page 15: Contoh Kajian Tindakan JAWI

7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNIK DALIL

AVU ZAR ZAD

Teknik Dalil Avu Zar Zad adalah satu formula mudah bagi mengatasi masalah murid dalam menulis Jawi.

Teknik Dalil adalah menggunakan Jadual Kunci Huruf yang mengandungi huruf-huruf yang mewakili

huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi. Teknik Avu Zar Zad pula adalah Jadual yang

menunjukkan huruf-huruf Jawi yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung dengan huruf

selepasnya. Huruf hamzah, alif, va, wau, zai, ro, zal dan dal atau dikenali sebagai Avu Zar Zad adalah

huruf-huruf yang tidak boleh disambung. Pada kad, selepas huruf-huruf ini diletakkan symbol ( - ).

Huruf-huruf Jawi selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad boleh disambung dengan huruf-huruf lain

selepasnya. Pada kad, simbol (+) diletakkan. Berikut ialah aktiviti intervensi yang dijalankan berdasarkan

Teknik Dalil Avu Zar Zad:

i. Aktiviti I: Memperkenalkan Teknik Dalil

Saya memberikan Kad Dalil Avu Zar Zad kepada setiap murid dan mengajar mereka bagaimana untuk

menggunakan kad tersebut berdasarkan tahap pengetahuan sedia ada mereka sendiri. (Contoh Kad

di Lampiran C). Pada permulaannya, saya membantu murid mengenal pasti persamaan huruf tunggal

Rumi dengan huruf tunggal Jawi. Langkah seterusnya membezakan penggunaan huruf kaf dan qaf

(iaitu huruf kaf di awal suku kata manakala huruf qaf di akhir suku kata). Seterusnya saya

membimbing murid mengenali dan membezakan huruf-huruf diagraf dan huruf vocal di awal suku

kata.

Pemerhatian: Sesi penerangan dan soal jawab sambil memegang Kad Dalil ternyata dapat menarik

minat murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&P. Saya berpuas hati dan bersyukur dengan

sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan murid.

ii. Aktiviti II: Memberi Soalan Latih Tubi Untuk Teknik Dalil

Setelah soal jawab secara lisan dengan memanggil murid secara bergilir-gilir untuk memberi

jawapan, saya memberikan beberapa soalan latih tubi kepada murid iaitu soalan-soalan yang

mengandungi huruf tunggal rumi. Saya meminta murid-murid menulis huruf Jawi yang mempunyai

persamaan dengan huruf Rumi yang ada pada kertas latih tubi masing-masing dengan melihat Kad

Dalil Huruf. Setelah semua murid selesai menulis jawapan masing-masing, saya menulis jawapan

yang betul di papan tulis. Murid-murid diminta menandakan jawapan mereka, sama ada betul atau

salah.

Aktiviti seterusnya ialah menulis beberapa perkataan mudah dalam tulisan Jawi (suku kata terbuka

dan suka kata tertutup). Tujuan aktiviti ini ialah untuk membiasakan murid menulis perkataan-

perkataan tertentu menggunakan huruf Jawi. Sambil melihat kad, saya juga membantu murid-murid

menulis perkataan-perkataan. Saya juga memandu murid dalam penulisan dengan menulis dua

Page 16: Contoh Kajian Tindakan JAWI

huruf Jawi yang perlu ada dalam setiap perkataan yang dihasilkan. Selain itu, gambar-gambar objek

turut dilukis di sebelah perkataan yang hendak ditulis untuk membantu murid menulis dengan betul.

Pemerhatian: Saya dapati semua murid dapat menuliskan jawapan yang betul pada kertas latihan

masing-masing. Kegembiraan dan kepuasan jelas terbayang pada wajah mereka. Saya merasa sangat

seronok dan sekain berpuas hati dengan perubahan sikap mereka.

iii. Aktiviti III: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad

Dengan berpandukan kad Avu Zar Zad, saya menerangkan mengenai huruf-huruf yang menghasilkan

bunyi “Avu Zar Zad’ dan menjelaskan bahawa-bahawa huruf-huruf tersebut boleh disambung di

panggkalnya tetapi tidak di hujungnya. Selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad, huruf-huruf

tersebut boleh disambung di pangkal dan di hujungnya. Saya juga menerangkan maksud symbol ( + )

dan ( - ) yang ada pada Kad Avu Zar Zad. Apabila sesuatu perkataan Jawi mengandungi salah satu

huruf Avu Zar Zad, maka simbol ( - ) ditulis selepas huruf tersebut. Tapi jika huruf selain huruf Avu

Zar Zad maka symbol ( + ) ditulis selepas itu.

Setelah selesai simbol-simbol ditulis, saya meminta murid menyambung huruf-huruf. Saya memberi

peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf ada tanda ( + ), maka huruf itu boleh disambungkan

dengan huruf di hadapannya. Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis symbol ( - ), maka huruf itu

tidak boleh disambung.

Setelah memberi penerangan, saya juga menyoal murid secara lisan bagi mengenal pasti tahap

pemahaman mereka.

Pemerhatian: Saya dapati murid-murid memberi respons yang sungguh menakjubkan. Mereka

seronok untuk mencuba menyambung huruf-huruf sambil menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad.

iv. Aktiviti VI: Memberi Latih Tubi Untuk Teknik Avu Zar Zad

Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan kad, saya memberi

soalan yang mengandungi perkataan yang ditulis huruf tunggal Jawi. Saya meminta murid-murid

menyambung huruf-huruf Jawi tersebut dengan menggunakan Jadual Teknik Avu Zar Zad. Soalan

mengandungi 15 kata nama dan ditulis dalam huruf-huruf Jawi yang tidak bersambung. Murid-murid

diminta menulis semula perkataan dalam tulisan Jawi dengan betul. Sepanjang menyiapkan latihan,

murid-murid dibenarkan untuk menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad sebagai panduan.

Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka, saya meminta seorang demi seorang keluar

ke papan hitam untuk menulis jawapan mereka.

Page 17: Contoh Kajian Tindakan JAWI

Pemerhatian: Murid kelihatan bersungguh-sungguh menyiapkan latihan. Apabila saya bertanya

siapa yang mahu ke depan untuk menulis jawapan, semuanya mengangkat tangan masing-masing

dan begitu yakin untuk ke depan kelas untuk menulis jawapan di papan hitam. Alangkah gembira

rasanya di jiwa apabila melihat perubahan positif pada murid.

Page 18: Contoh Kajian Tindakan JAWI

8.0 PENILAIAN

Untuk mengesan keberkesanan Teknik Dalil Avu Zar Zad dalam meningkatkan kemahiran murid menulis

Jawi, saya menjalankan ujian pos. Ujian akan mengesan sama ada berlaku peningkatan dalam kemahiran

dengan melihat peratus murid lulus dalam ujian menulis Jawi. Saya juga akan mengedarkan soal selidik

berkenaan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi untuk mengenal pasti sama ada berlaku

peningkatan dalam minat mereka terhadap P&P mata pelajaran Jawi. Selain itu, laporan saya berkenaan

dengan perubahan sikap dan tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan

turut digunakan bagi memperjelaskan lagi sama ada objektif menjalankan kajian iaitu untuk

meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi tercapai atau sebaliknya. Huraian adalah mengikut

objektif khusus kajian seperti berikut:

8.1 Objektif 1 : Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian

mengenal pasti huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata setelah menggunakan

Teknik Dalil.

Murid telah menjalani ujian pos. Soalan ujian yang digunakan semasa ujian pra digunakan semula.

Soalan ujian mengarahkan murid menulis suku kata mudah Jawi daripada tulisan Rumi. Perbandingan

keputusan yang dicapai murid dalam ujian pra dan pos adalah seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5 Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Dalil Dan Selepas Teknik Dalil

Ujian Pra

Ujian Pos

Gagal

Lulus Gagal Lulus

100% 0% 0% 100%

Jadual menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian pos. ini

menunjukkan Teknik Dalil telah dapat meningkatkan kemahiran 10 orang murid 2 Optimis mengenali

huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah bagi tulisan Jawi. Dapatan ini juga

menunjukkan objektif menjalankan kajian ini iaitu untuk memastikan 100% murid lulus dalam ujian

setelah menggunakan teknik Dalil Avu Zar Zad telah tercapai.

8.2 Objektif 2: Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian

bagi mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan

Teknik Avu Zar Zad.

Soalan kedua ujian pos ialah untuk murid-murid menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang

digunakan juga adalah sama dengan soalan yang digunakan semasa ujian pra. Analisis data adalah

seperti dalam Jadual 6 di bawah:

Page 19: Contoh Kajian Tindakan JAWI

Jadual 6 Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Avu Zar Zad Dan Selepas Teknik Avu Zar Zad

Ujian Pra Ujian Pos

Gagal Lulus Gagal Lulus 100% 0% 20% 80%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 6, didapati Teknik Dalil Avu Zar Zad berjaya menjadi pemangkin

perubahan markah yang ketara terhadap para murid. Walaupun ujian pos menunjukkan 20% peratus

murid masih gagal, namun tidak memberi makna kegagalan teknik ini meningkatkan kemahiran murid

kerana murid berkenaan gagal mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain,

iaitu sering tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini juga menunjukkan objektif kajian tindakan ini iaitu untuk

meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2 Optimis mengenal huruf-huruf Jawi yang boleh dan

tidak boleh disambung serta menyambung huruf-huruf tunggal menggunakan Teknik Avu Zar Zad

dengan memastikan 100% murid lulus dalam ujian telah dapat dicapai.

Page 20: Contoh Kajian Tindakan JAWI

9.0 REFLEKSI KAJIAN

Semasa ujian pos dilakukan, saya merasa sangat gembira dan terharu apabila melihat murid-murid

yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung huruf-

huruf tunggal mampu melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan kepala

mereka untuk melihat kiri dan kanan bagi mencari jawapan daripada rakan, seperti sebelum ini.

Mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan mereka tanpa ragu-ragu.

Walaupun kami telah berpuas hati kerana murid telah mengenal huruf yang boleh dan tidak boleh

disambung secara total, tetapi daripada pemerhatian, masih ada murid yang tidak tahu untuk

menulis huruf jawi dengan betul apabila bersambung. Saya telah merangka beberapa cara untuk

mengatasi masalah tersebut melalui Kajian Tindakan yang seterusnya.

Penulisan Kajian Tindakan ini juga banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap dunia

pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri dan murid. Saya telah

menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa hadapan, iaitu menggunakan dua

teknik ini seawal mungkin terhadap murid-murid dan menggunakan teknik ini dengan kerap dalam

latihan latih tubi agar mereka tidak perlu menggunakan kunci huruf lagi untuk meningkatkan

kemahiran menulis sesuatu perkataan.

Page 21: Contoh Kajian Tindakan JAWI

BIBLIOGRAFI

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku manual kajian

tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bity Salwana Alias. (2009). Pembudayaan Kajian Tindakan. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan

Kebangsaan 2007. Institut Aminuddin Baki, Pahang, 29 – 31 Julai.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku panduan kursus pemantapan pelaksanaan

kurikulum pendidikan Islam KBSR 2008. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Musa Sulaiman. (2000). Kepengetuaan: kepimpinan, tugas dan hubungannya dengan falsafah

pendidikan, satu penjelasan. Jurnal Pendidikan Guru: 13:1-10.