contoh kertas kerja penubuhan prasekolah (pra3103)
DESCRIPTION
Tutorial : Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah Mentari.TRANSCRIPT
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
KERTAS KERJA PENUBUHAN
PRASEKOLAH MENTARI
Taman Perumahan Sri Kenanga
Disediakan Oleh :
1
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
BAHAGIAN I
a Latar Belakang
Pendidikan Awal Kanak-kanak sangat penting dalam melahirkan dan
membentuk modal insan yang berguna dan mampu mencapai kesejhateraan hidup
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari pelbagai aspek sepertinya jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial. Penubuhan Prasekolah Matahari ini bertujuan untuk memberikan
persediaan awal kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun
sebelum memasuki alam persekolahan di Tahun Satu. Pendidikan prasekolah ini
juga penting untuk memperkembangkan lagi tahap pembelajaran dan pemikiran
kanak-kanak secara berkesan melalui pembelajaran deria sepertimana pandangan
yang diutarakan oleh tokoh pendidikan awal kanak-kanak iaitu Montessori.
Permohonan untuk membina pusat prasekolah ini bertujuan untuk
menampung pusat tadika yang berdekatan apabila ibubapa mulai sedar akan betapa
pentingnya pendidikan di peringkat awal seperti prasekolah dan tadika khasnya.
Sebagai contoh, Tadika Kemas Taman Perumahan Sri Senangka yang sudah tidak
dapat menampung pelajar lagi apabila permintaan ibubapa untuk menyekolahkan
anak-anak mereka di tadika itu sangat tinggi. Keadaan ini telah membuka mata kami
tentang betapa pentingnya sebuah pusat prasekolah yang baru bagi menampung
permintaan ramai dari penduduk kampung. Maka dengan itu, amatlah bersesuaian
motto yang cuba ditampilkan iaitu Ilmu Cahaya Hidup yang membawa maksud
bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan bagi menghadapi cabaran dunia pada
zaman era global ini.
2
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
b Rasional Penubuhan
Rasional penubuhan Prasekolah Mentari :
Untuk menampung keperluan dan permintaan yang tinggi dari penduduk
tempatan.
Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menghantar anak-anak
mereka untuk mendapatkan peluang pendidikan awal.
Untuk mengembangkan kemahiran kanak-kanak secara menyeluruh dari
kecil lagi.
Untuk memberi persediaan awal kepada kanak-kanak sebelum melangkah ke
Tahun Satu.
Untuk memberi pendedahan dan membantu kanak-kanak untuk menguasai
kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul seiring
dengan perkembangan pendidikan pada zaman sekarang.
c Profil Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
1. Nama Pusat Prasekolah
Prasekolah Mentari
2. Tema
Prasekolah dalam Taman. Ini bertujuan untuk menyokong konsep yang
dibawa iaitu pembelajaran secara sensori deria. Maka, pembelajaran di
luar bilik darjah dapat dilaksanakan bagi menyokong perkembangan dan
pembelajaran tersebut.
3. Visi
Prasekolah Mentari menjadi pusat prasekolah contoh bagi peringkat
Daerah XXX pada tahun 2020
4. Misi
Prasekolah Mentari berusaha meningkatkan dan mengembangkan
potensi murid secara menyeluruh disamping menyediakan persekitaran
3
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
yang kondusif bagi menyokong pembelajaran dan penglibatan komuniti
secara menyeluruh.
5. Motto
Ilmu Cahaya Hidup
6. Logo
Logo Prasekolah Mentari.
(Penerangan logo boleh dirujuk pada bahagian Lampiran 1)
d Objektif Penubuhan
Memberikan asas pendidikan prasekolah dengan menggunakan
pendekatan pembelajaran secara deria dengan konsep bermain sambil
belajar.
Memastikan murid prasekolah mempunyai kemahiran kognitif untuk
berfikir dan menyelesaikan masalah
Dapat membantu dan mengembangkan konsep pembelajaran kendiri dan
“obsorbent mind”
4
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Membentuk murid yang mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan
konsep kendiri yang positif.
Untuk melahirkan murid prasekolah yang seimbang dan harmonis dari
segi JERIS
e Lokasi Tapak
Lokasi yang dicadangkan ialah di kawasan Taman Perumahan Sri Kenanga
kerana ketiadaan pusat prasekolah lagi. Ini kerana, penduduk di kawasan
perumahan ini akan menghantar anak-anak mereka di Tabika Kemas Taman
Perumahan Sri Senangka yang terletak satu kilometer dari Taman Perumahan Sri
Kenanga. Berikut merupakan peta lokasi tapak prasekolah :
Peta 1.2 Peta Lokasi Prasekolah di Taman Perumahan Sri Kenanga
5
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
f Tarikh Mula Operasi
Prasekolah Mentari dijangka akan beroperasi pada 5 Januari 2016 dengan
pembukaan empat buah kelas sahaja yang terdiri daripada
2 buah Kelas Mentari (A) – Untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun
dan ke atas
2 buah Kelas Mentari (B) – Untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun
dan ke atas.
6
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Bahagian II
a Pelan bangunan atau lantai
Pihak prasekolah telah mengikut beberapa kriteria yang telah digariskan
dalam penubuhan suatu pusat prasekolah ataupun tadika. Berikut merupakan
kriteria-kriteria yang telah digariskan :
Keperluan keluasan minimum 1.4 meter persegi bagi setiap kanak-kanak
Maksimum satu kelas ialah 25 orang per kelas.
Keperluan tempat letak kereta adalah mengikut Garis Panduan Tempat Letak
Kereta (TLK)
1 tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak
Melalui garis panduan tersebut, pihak prasekolah telah menyediakan satu pusat
prasekolah yang kondusif dan selesa serta bersesuaian dengan konsep atau tema
yang diketengahkan oleh Prasekolah Mentari. Sila rujuk Lampiran 2 untuk melihat
melihat pelan bangunan dan pelan lantai bilik darjah bagi prasekolah ini.
b Kemudahan atau Prasarana yang disediakan.
Pihak prasekolah telah menyediakan beberapa kemudahan atau prasarana
yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan diharapkan
kemudahan seperti ini dapat membantu lagi perkembangan kanak-kanak. Berikut
merupakan kemudahan yang telah disediakan :
Kemudahan asas – Bekalan elektrik, bekalan air, jalan masuk, papan tanda,
tiang bendera
Ruang dapur
Ruang makan
Ruang aktiviti – Bilik Bacaan, Ruang Kering, Ruang Basah, Ruang Bising, Aktiviti
Manipulatif, ruang senyap dan aktiviti pasir
Taman Permainan
Taman Pembelajaran (di luar bilik darjah)
7
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Ruang rehat atau bilik rehat
Stor Penyimpanan Barang
Pejabat Am dan Bilik Guru
Tandas
Tempat Menunggu
Tempat meletakkan kenderaan
c Cadangan Inventori
Berikut merupakan cadangan inventori berdasarkan ruang:
i. Bilik darjah
Meja dan kerusi pelajar – 25 set setiap kelas
Papan tulis (putih) – 2 buah setiap kelas
Rak Kasut – 1 buah setiap kelas
Rak Beg – 1 buah setiap kelas
Komputer – 1 buah setiap kelas
Meja dan kerusi guru – 1 set setiap kelas
Rak atau kabinet – 4 buah setiap kelas
Permaidani – 2 set setiap kelas
Tempat penyimpanan alat permainan (Manipulatif Storage) – 5 set setiap
kelas
Peti kecemasan – 1 set setiap kelas
ii. Bilik rehat
Katil – 2 buah
Rak – 1 buah
Peti Kecemasan – 1 buah
iii. Dapur dan ruang makan
Meja dan kerusi makanan – pelajar
Napkin – 1 set setiap pelajar
Alas makanan (pinggan, sudu dan gelas) – 25 setiap kelas
Meja hidangan makanan – 1 buah
8
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Peralatan memasak
Cermin (besar) – 2 set
Alas kaki – 1 set
Papan notis – 2 set setiap ruang makan
Bekas tempat simpan makanan – 10 set setiap ruang makan
Peti sejuk – 1 buah setiap dapur
Dapur gas – 1 buah setiap dapur
iv. Pejabat am dan bilik guru
Meja untuk guru / penyelia – 7 buah
Rak atau kabinet – 7 buah
Alas kaki – 1 set
Meja mesyuarat – 1 buah
Komputer – 2 buah
Alat pencetak – 1 buah
Telefon sekolah – 1 buah
Fail
Alat tukang kebun
v. Luar bilik darjah
Taman permainan (Playhouse climber, riorocer, jongkang-jongkit, buaian) – 1
set untuk setiap blok.
CCTV - 2 buah
d Kriteria Pengambilan Murid
Berikut merupakan syarat pengambilan murid Prasekolah Matahari Taman
Perumahan Sri Kenanga :
Terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
Terbuka untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun sehingga 6 tahun sahaja.
Keutamaan diberikan kepada penduduk terdekat seperti Taman Perumahan Sri
Kenanga dan Sri Senangka.
Keutamaan diberikan kepada ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan RM
1,500.00 dan ke atas. Namun, sekiranya ada kekosongan, ianya akan dibuka
kepada ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan RM1,500.00 dan ke bawah.
9
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Sihat tubuh badan. (Sekiranya ada penyakit kronik, ibubapa wajib memaklumkan
kepada pihak pentadbiran)
(Sila rujuk Lampiran XX untuk Borang Permohonan Kemasukkan Murid Prasekolah
Mentari)
e Model Kurikulum
Model kurikulum yang digunakan di pusat prasekolah ini ialah Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sepertimana yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun begitu, beberapa unsur kurikulum yang
cuba diterapkan dalam proses pembelajaran di prasekolah ini bagi mencapai objektif
pusat prasekolah ini. Antara kurikulum yang cuba diterapkan ialah Kurikulum
Montessori dan Frobel yang mana menerapkan penggunaan sensori deria dan
bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
10
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Bahagian III
a Aspek Pemakanan
Aspek pemakanan amat dititikberatkan dalam membantu proses
perkembangan kanak-kanak demi mencapai kesihatan dan peribadi yang unggul.
Maka, prasekolah ini mengamalkan pemakanan yang seimbang sepertimana yang
disarankan dalam pengambilan nutrien iaitu kanak-kanak perlu mengambil nutrien
sebanyak 1300kcal sehari Aspek pemakanan secara seimbang ini amat
menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan
termasuklah pengendali makanan, pengurusan peralatan memasak, menghidang
dan etika dalam penghidangan makanan. Aspek-aspek seperti ini boleh dirujuk pada
dokumen atau garis panduan yang telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan
Masyarakat iaitu Garis Panduan Pengurusan Makanan dan Minuman, Pekeliling
Bahagian Pengurusan dan Pemakanan Jabatan Kemajuan Masyarakat Bil 07 Tahun
2009. Lampiran 4 turut disediakan bagi menu makanan yang disediakan untuk murid
Prasekolah Mentari.
b Aspek Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan
Bukan sahaja aspek pemakanan diambil kira, aspek kebersihan, keselamatan
dan kesihatan di pusat prasekolah termasuklah tenaga pengajar dan murid turut
diambil kira. Berikut merupakan huraian terperinci mengenainya:
i. Aspek Kebersihan
Pihak prasekolah akan menekankan aspek kebersihan makanan
dari segi pengendali makanan, pemilihan, penyediaan,
penyimpanan dan penghidangan makanan serta minuman di
prasekolah.
Kanak-kanak akan diajar, dibimbing dan mengamalkan aspek
kebersihan diri sama ada di prasekolah ataupun di luar sekolah.
Pusat prasekolah Mentari bersih dan bebas daripada suasana
yang membahayakan dan serangga (makhluk perosak dan
sebagainya)
11
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Alat mainan sentiasa bersih dan dalam keadaan selamat.
ii. Aspek Keselamatan – Prasekolah Mentari berkolaborasi bersama
Jabatan Perkhidmatan Bomba dan pihak berkuasa tempatan
Pusat prasekolah mendapat Perakuan Keselamatan daripada
pihak keselamatan
Buku Pelawat dan Buku Penjaga disediakan bagi ibu bapa atau
penjaga yang datang untuk menghantar atau mengambil anak-
anak mereka
Pembakaran secara terbuka adalah dilarang sama sekali di
bangunan prasekolah manakala aktiviti memasak diadakan
ditempat yang berasingan yang mempunyai ketahanan api yang
dibenarkan.
Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dalam ruang penyediaan
makanan
Point Socket yang rendah ditutup dengan kemas
Penggunaan extension cable tidak digalakkan
Sistem peparitan bertutup
Pili bomba dan alat pemadam api disediakan di dalam dan luar
bangunan prasekolah.
Pihak prasekolah turut menitikberatkan 12 skop utama yang
terdapat di prasekolah agar keselamatan kanak-kanak dan pihak
prasekolah terjaga. Contohnya, lantai, dinding, tangga, siling,
tangki air, bumbung, pengudaraan, persekitaran, keceriaan dan
pintu, tingkap serta jeriji besi.
Penyediaan kit kecemasan disetiap kelas dan ruang guru.
Pihak prasekolah juga akan melaksanakan aspek-aspek
keselamatan yang lain sekiranya perlu.
iii. Aspek Kesihatan – Prasekolah Mentari sentiasa berkolaborasi bersama
Jabatan Kesihatan atau Hospital Daerah
Prasekolah Mentari menggunakan garis panduan atau peraturan
yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan
Pengendali makanan (tukang masak) akan menjalani pemeriksaan
kesihatan sebanyak 2 kali setahun sebagai langkah-langkah
berjaga disamping mendapatkan suntikan Typhoid 6 di Pejabat
atau Klinik Kesihatan Sri Kenanga.
12
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Murid-murid akan disaring sebelum masuk ke kelas agar tiada
penyakit berjangkit.
Prasekolah Mentari menyediakan ruang sakit atau ruang rehat
bagi murid yang mengalami gejala-gejala sakit agar ianya tidak
tersebar di kalangan murid lain.
Kanak-kanak akan diajar dan mengamalkan kebersihan diri seperti
mencuci tangan dan kaki sebelum dan selepas menjalankan
aktiviti
Persekitaran prasekolah Mentari sentiasa bersih dan selamat
serta bebas daripada serangga, makhluk perosak dan haiwan
peliharaan serta bersih dari sampah sarap.
[ Sila rujuk Garis Panduan Pengurusan Bangunan dan Kemudahan Tabika,
Pekeliling Bahagian Pengurusan dan Keselamatan Jabatan Kemajuan Masyarakat,
Bil 03 Tahun 2007 ]
c Pengurusan Staf
Bagi melicinkan pengurusan pentadbiran dan proses pengajaran dan
pembelajaran, beberapa jawatan telah diwujudkan disamping menetapkan syarat
kelayakan bagi setiap jawatan tersebut. Antara jawatan yang disediakan di
prasekolah ini ialah :
Bil Jawatan Bilangan Kelayakan
1 Pengarah atau Penyelia
Pusat Prasekolah
1 orang Peringkat Ijazah / Diploma dalam
ECCD dan KAAKK
2 Guru Prasekolah 4 orang Peringkat Ijazah / Diploma dalam
ECCD dan KAAK
3 Pembantu Tadbir 2 orang Peringkat Diploma dalam
pentadbiran, ECCD dan KAAK
serta SPM
4 Tukang Masak 3 orang SPM, Lulus Kursus Makanan dan
Keselamatan
5 Tukang Kebun atau
Tukang Cuci
2 orang SPM, PMR
13
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
(ECCD – Penjagaan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak, KAAK – Kursus Asuhan
Kanak-kanak)
[Kadar bayaran gaji tertakluk kepada tahap atau taraf pendidikan]
Tambahan, pekerja bagi jawatan seperti Pengarah atau Penyelia Pusat
Prasekolah, Guru Prasekolah, pembantu tadbir dan tukang masak akan diberikan
latihan tambahan bagi membantu keberkesanan proses hal-hal pentadbiran dan
pendidikan terkini. Ini akan memastikan visi, misi dan objektif penubuhan prasekolah
dapat dicapai.
14
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Bahagian IV
a Pengurusan Kewangan dan Kos Penubuhan
i. Sumber kewangan atau modal
Bi
l
Perkara Kuantiti dan
Jumlah (RM)
Jumlah sebenar
(RM)
1 Modal permulaan (Perkongsian 5
orang rakan kongsi)
RM 150 000.00 RM 200 000.00
2 Yuran pendaftaran murid
Yuran kemasukkan pelajar
Bayaran baju uniform
prasekolah
Baju t-shirt dan seluar
prasekolah
RM50.00
RM50.00
RM50.00
= RM 150 X 100
= RM 15 000.00
3 Yuran Bulanan
Yuran pelajar
Buku aktiviti atau buku kerja
Alat tulis
Aktiviti
RM300.00
RM50.00
RM50.00
RM100.00
= RM500 X 100
RM 50 000.00
JUMLAH RM265 000.00
ii. Belanjawan penubuhan
Bi
l
Perkara Kuantiti dan
Jumlah (RM)
Jumlah sebenar
(RM)
1 Peralatan Keselamatan dan
Kesihatan
RM 10 000.00
2 Kelengkapan / Perabot / Perhiasan RM 50 000.00
3 Perabot bagi pusat aktiviti kanak-
kanak
RM 15 000.00
4 Peralatan pejabat, pentadbiran dan
alat tulis permulaan
RM 20 000.00
5 Peralatan ruang rutin (dapur / bilik
mandi / stor)
RM 8 000.00
15
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
6 Sumber kurikulum, mainan dan
peralatan mainan serta taman
permainan
RM 50 000.00
7 Lesen RM 1000.00
8 Insuran RM 1500.00
JUMLAH RM 155 000.00
iii. Belanjawan Pengendalian
Bi
l
Perkara Jumlah (RM) /
bulan
Jumlah (RM) /
tahun
1 Makanan RM 5000.00 RM 10 000.00
2 Kemudahan :
Elektrik
Air
Telefon
RM 500.00
RM 150.00
RM 200.00
RM 6000.00
RM 1600.00
RM 2400.00
3 Insuran kanak-kanak RM 80.00 RM 960.00
4 Isian semula – Kit Pertolongan
Cemas / Tandas
RM 80.00 RM 960.00
5 ABM / Alat Tulis RM 100.00 RM 1200.00
6 Aktiviti pelajar (Lawatan) RM 500.00 RM 5500.00
7 Latihan Staf / Kakitangan RM 300.00 RM3600.00
8 Program bersama ibubapa RM 150.00 RM 1800.00
9 Penyelenggaraan RM 150.00 RM 1800.00
1
0
Luar jangkaan RM 500.00 RM 6000.0
JUMLAH RM 41 820.00
Kos Gaji :
Bi
l
Perkara Kuantiti dan
Jumlah (RM)
Jumlah sebenar
(RM)
1 Pengarah atau Penyelia RM 3000.00 RM 36 000.00
2 Guru Prasekolah RM 2000.00 RM 96 000.00
3 Pembantu Tadbir RM 1000.00 RM24 000.00
4 Tukang Masak RM 800.00 RM 19 200.00
5 Tukang Kebun RM 800.00 RM 19 200.00
16
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
JUMLAH RM 117 400.00
Jumlah Keseluruhan
Bi
l
Perkara Kuantiti dan Jumlah (RM)
1 Jumlah Perbelanjaan Modal RM 155 000.00
2 Jumlah Perbelanjaan Operasi
Pentadbiran
Gaji
RM 41 820.00
RM 117 400.00
JUMLAH RM 314 200.00
17
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Penutup
Adalah diharapkan agar kertas kerja penubuhan Prasekolah Mentari ini mendapat
persetujuan daripada pihak yang berwajib agar penduduk tempatan terutamanya di Taman
Sri Kenanga dapat menghantar anak-anak mereka ke pusat prasekolah. Setinggi harapan
kami sandarkan agar kertas kerja ini diluluskan serta dapat dilaksanakan dengan jayanya
sepertimana yang terkandung dalam rasional dan objektif penubuhan pusat prasekolah yang
dapat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis daripada pelbagai aspek selain
daripada menyediakan murid prasekolah yang berkemahiran serta mampu mengharungi
cabaran dan dugaan pada masa kini.
18
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
LAMPIRAN
Lampiran 1. Huraian mengenai logo
i. Simbol matahari – Kanak-kanak yang ceria, bertenaga dan bersemangat
ii. Warna kuning – warna ceria
iii. Simbol A,B,C – perlambangan kepada prasekolah
iv. “Ilmu Cahaya Hidup” – Motto Prasekolah
19
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Lampiran 2. Pelan Bangunan
20
Tapak Perhimpuan atau Ruang Fizikal
Tandas
Tandas
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Lampiran 3. Pelan Lantai
21
Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1
Lampiran 4. Menu Makanan
Minggu MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4Hari
ISNIN Susu + koko krunch + kismis
Nasi gorengMilo
Susu + Biskut + kismis
Nasi GorengMilo
Susu + Honey Star + kismis
Nasi GorengMilo
Susu + Biskut + kismis
Mihun goringMilo
SELASA Susu + Biskut + kismis
Laksa + NuggetJus oren
Susu + Bubur Nasi + Kismis
Cucur udangJus oren
Susu + Biskut + kismis
Nasi TomatoJus Oren
Susu + Kuih + kismis
Mi gorengJus Oren
RABU Susu + Biskut + kismis
Mi SupJus Tembikai
Susu
Susu + Honey Star + kismis
Nasi Lemak BilisJus Tembikai
susu
Susu + Biskut + kismis
Mi supJus Tembikai
susu
Susu + Koko krunch + kismis
Nasi Lemak Ayam
Jus Tembikai susu
KHAMIS Susu + Bubur nasi + kismis
Nasi AyamJus Tembikai
Susu + Biskut + kismis
Mi gorengJus Tembikai
Susu + Honey Star + kismis
Nasi MinyakJus Tembikai
Susu + Biskut + kismis
Mi hailamJus Tembikai
JUMAAT Susu + Kuih + kismis
Sandwich SardinMilo
Susu + Biskut + kismis
Kuew Teow Goreng
Milo
Susu + Kuih + kismis
Sandwich TelurMilo
Susu + Biskut + kismis
Mi GorengMilo
22