contoh rph kh
TRANSCRIPT
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
Mata Pelajaran Kemahiran HidupTahun 4 HijauBilangan Murid 35 orangTarikh 5hb Julai 2011Hari SelasaMasa 11.00pg - 12.00 t/hariBidang Reka Bentuk TeknologiUnit 1.4 Elektrik dan ElektronikTajuk Penghasilan projek elektrikHasil pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
i. Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol 5 komponen elektrik dan elektronik tanpa bantuan guru;
ii. Menggunakan alatan tangan yang sesuai untuk kerja elektrik dan elektronik berdasarkan carta dan alatan sebenar; dan
iii. Membuat penyambungan litar berpandukan lukisan kerja yang diedarkan
Bahan Bantuan Mengajar
i. Alatan sebenarii. Komponen elektrikiii. Cartaiv. Lukisan kerja
Penerapan Nilai
i. Berhati-hatiii. Sistematikiii. Jimat Cermativ. Kerjasama
Kemahiran Berfikir
i. Klasifikasiii. Cetusan Ideaiii. Banding bezaiv. Mengaplikasi
Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah melihat beberapa komponen dan alatan elektrik dan
elektronik di rumah
Sbh2011ipgktb
Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti p & p CatatanSet Induksi(5 minit)
Guru menunjukkan beberapa gambar yang menggunakan peralatan/komponen elektrik seperti gambar papan iklan (running light), loceng elektrik, mentol dan bertanyakan beberapa soalan:
1. Pernahkah anda melihat komponen ini?
2. Apakah guna setiap satu?3. Bagaimana ia berfungsi?
LED
LED
Mentol
Buzzer
Sel kering
Sbh2011ipgktb
Langkah/Masa Isi pelajaran Aktiviti p & p CatatanLangkah 1(10 minit)
Fungsi /Kegunaa alatan tangan
Pemutar Skru Philips/Biasa- Melonggar dan mengetatkan skru
Penjalur Wayar
- Menjalur wayar- Memotong wayar
-
Playar Muncung Tirus
1.Guru menerangkan tentang peralatan tangan yang akan digunakan oleh murid dengan bantuan carta dan alatan sebenar.
2. Guru dan murid bersoal jawab tentang kegunaan setiap alatan tangan
Carta Alatan tangan
Alatan sebenar
Penerapan nilai:
SistematikBerhati-hati
Sbh2011ipgktb
Langkah 2
(25 minit)
- Playar muncung tirus sesuai untuk membengkokkan dan memotong dawai halus. Ia juga digunakan untuk memotong kaki komponen dan memegang atau mencapai komponen elektronik di ruang yang sempit.
Membuat Penyambungan Litar Siri
Perbezaan Litar Siri dan Selari
Guru memberi penerangan tentang litar siri/selari
Berpandukan dua contoh litar murid membuat banding beza antara dua litar itu.
Guru membuat tunjukcara penyambungan komponen elektrik seperti di rajah.
Murid membuat penyambungan beberapa komponen dengan menggunakan alatan dan bahan yang diberi
Guru menyelia dan membimbing pelajar
Lukisan kerja litar
Alatan dan komponen
Carta
Penerapan nilai:
Jimat cermatBerhati-hatiKerjasama
Sbh2011ipgktb
Langkah 3 (10 minit)
Penutup
(10 minit)
Menguji litar
Pastikan sambungan betul mengikut lukisan kerja
Buat pengujian dengan menggunakan bateri/sel kering
Guru membuat rumusan mengenai isi pelajaran :
1. Kegunaan setiap alatan2. Fungsi setiap komponen3. Langkah-langkah kerja membuat
penyambungan4. Perbezaan anatara litar siri dan
selari
Guru membimbing murid menguji litar yang sudah lengkap
Buat pembaikan jika didapati penyambungan yang dibuat tidak betul
Soal jawab dan sumbangsaran
Litar yang sudah siap
Refleksi Kendiri:
Ulasan Penyelia:
Sbh2011ipgktb