ctu pendahuluan

3
RUMUSAN Kemunculan kerajaan Islam di Madinah telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada perkembangan ketamadunan dunia secara kesuluruhannya. Sumbangan kerajaan Islam seperti semasa zaman Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniah sangat besar bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada semua umat manusia tanpa mengira agama ,warna kulit, dan kawasan geografi tempat tinggal mereka. Kemunculan perkembangan dan kejatuhan kerajaan Islam telah memberi banyak pengajaran kepada manusia pada hari ini. Zaman kerajaan Islam di Madinah terutamanya selepas kewafatan Nabi Muhammad saw mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam penerusan sesuatu ummah. Pemimpin kerajaan Islam selalu menekankan perpaduan di kalangan penduduk dalam kawasan Islam untuk memastikan perkembangan Islam berterusan. Perkembangan kerajaan Islam juga meunjukkan bahawa pemerintahan dan kepimpinan kerajaan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun, misalnya dalam aspek kegemilangan, keilmuan pada zaman kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah. Selain sumbangan golongan cerdik pandai, golongan pemerintah turut memainkan peranan. Pihak pemerintah bukan sahaja telah memberikan galakan kearah tersebut tetapi juga telah membina kemudahan seperti kawasan pembelajaran dan perpustakaan demi memajukan perkembangan intelektual. Perkembangan Islam bukanlah bergantung kepada agama sahaja. Kerajaan Islam telah mampu menguasai segala bidang seperti ekonomi dan perdagangan, politik dan social. Inilah yang menyebabkan mereka mampu mencapai kegemilangan dalam sejarah ketamadunan manusia. Kerajaan Islam telah membuktikan perkara ini.

Upload: ridzuan

Post on 03-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

z

TRANSCRIPT

RUMUSANKemunculan kerajaan Islam di Madinah telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada perkembangan ketamadunan dunia secara kesuluruhannya. Sumbangan kerajaan Islam seperti semasa zaman Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniah sangat besar bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada semua umat manusia tanpa mengira agama ,warna kulit, dan kawasan geografi tempat tinggal mereka.Kemunculan perkembangan dan kejatuhan kerajaan Islam telah memberi banyak pengajaran kepada manusia pada hari ini. Zaman kerajaan Islam di Madinah terutamanya selepas kewafatan Nabi Muhammad saw mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam penerusan sesuatu ummah. Pemimpin kerajaan Islam selalu menekankan perpaduan di kalangan penduduk dalam kawasan Islam untuk memastikan perkembangan Islam berterusan.Perkembangan kerajaan Islam juga meunjukkan bahawa pemerintahan dan kepimpinan kerajaan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun, misalnya dalam aspek kegemilangan, keilmuan pada zaman kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah. Selain sumbangan golongan cerdik pandai, golongan pemerintah turut memainkan peranan. Pihak pemerintah bukan sahaja telah memberikan galakan kearah tersebut tetapi juga telah membina kemudahan seperti kawasan pembelajaran dan perpustakaan demi memajukan perkembangan intelektual.Perkembangan Islam bukanlah bergantung kepada agama sahaja. Kerajaan Islam telah mampu menguasai segala bidang seperti ekonomi dan perdagangan, politik dan social. Inilah yang menyebabkan mereka mampu mencapai kegemilangan dalam sejarah ketamadunan manusia. Kerajaan Islam telah membuktikan perkara ini.

PERDAHULUANKhutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w. pada musim haji tahun ke-10 H. Mempunyai mesej penting kepada umat Islam. Antara intipati khutbah tersebut termasuklah gesaan agar umat Islam bersatu padu serta mencintai pendamaian. Setelah kewafatan Nabi Muhammad, keadaan ketika itu amat teruk dimana selalu berlaku pergaduhan sesama mereka. Ketika ini, kerajaan Islam yang awal mula dibentuk bagi mengawal sikap manusia sejurus dapat mewujudkan negara yang aman. Ketika ini berlaku pelbagai permasalahan dalam mewujudkan sesebuah kerajaan iaitu dalam pelantikan calon untuk dijadikan sebagai pemerintah. Setelah dibincangkan, akhirnya Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai pemerintah Islam walaupun pada awalnya beliau menolak jawatan ini. Disebabkan keadaan negara yang tidak begitu stabil, akhirnya beliau akur dengan pemilihan tersebut. Bermulanya disini, lahirnya sebuah kerajaan yang dinamakan Kerajaan Khulafa al-Rashidin dan berkembang kepada Kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah.Selain penekanan mengenai perpaduan, dalam intipati khutbahnya, diselitkan mengenai seruan untuk berpegang kepada agama Islam dengan berteraskan al-Quran dan sunah. Dalam menyeru manusia kearah mencintai agama, perlu adanya ketua untuk membimbing mereka. Oleh sebab itu, pemilihan pemerintah yang pertama tergolong dalam golongan sahabat-sahabat Nabi Muhammad kerana ilmu mereka tentang agama lebih tinggi disebabkan selalu berdampingan dengannya. Perkara ini jelas menjadi kekuatan umat Islam ke seterusnya. Kedua-dua sumber tersebut dapat menjamin seseorang untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sekiranya umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran dan sunah, secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak baik dari segi tingkah laku. Ini dapat menjadikan sesebuah tamadun itu maju kerana tiada pergaduhan, penindasan dan sebagainya.