d20102043006 rosman bin tahir kokurikulum cmp
TRANSCRIPT
CMP2011 – PENGURUSANKOKURIKULUM
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIKSROSMAN BIN TAHIR D20102043006
GROUP UPSI EL-A16(A121PJJ)
PENSYARAH E-PEMBELAJARAN:DR. ONG KUAN BOON
PERKHEMAHAN UNIT BERUFORM PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PEKAN31920 KAMPAR
PERAK
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR2012
KERTAS KERJAPERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 2012
SEK KEB BUKIT PEKAN
BAHAGIAN A ( PERANCANGAN )
PERKARA
Tujuan
Pengenalan
Rasional
Matlamat
Objektif
Konsep Pelaksanaan
Tema
Sasaran
Butiran Perkhemahan
Bayaran Penyertaan
Jawatankuasa Pelaksanaan
Tentatif Program
Peraturan-peraturan Perkhemahan
Kewangan
Jawatankuasa pelaksana Gerak kerja
Penutup
LAMPIRAN
PERLAKSANAAN
LAPORAN
TAJUK
Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform 2012, Peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit
Pekan,31920 Kampar Perak.
TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Pengenalan
Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Pekan ini adalah suatu program yang dirancang
oleh Unit Ko-kurikulum untuk Tahun 2012. Umum mengetahui bahawa aktiviti perkhemahan
amat sinonim dengan kegiatan unit beruniform di peringkat sekolah rendah, menengah
sehinggalah universiti.
Oleh sebab itu, Unit Ko-kurikulum berhasrat untuk melaksanakan program ini dengan kerjasama
semua warga SK Bukit Pekan sama ada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, ibu bapa
mahupun murid-murid itu sendiri. Program ini dirasakan bertepatan sebagai langkah pertama
pihak sekolah untuk memantapkan kemahiran-kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform
seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya di kalangan murid-murid SK
Bukit Pekan
Memandangkan ini merupakan pertama kali program sebegini akan diadakan di sekolah ini,
mungkin terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki misalnya dari segi pelaksanaan
dan tahap keberkesanan program. Adalah menjadi harapan supaya sebarang cadangan untuk
penambahbaikan program ini dapat diutarakan dari semasa ke semasa demi manfaaat kita
bersama.
Matlamat
(i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri
untuk bergerak ke depan.
(ii) Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar dengan
penerapan mata pelajaran, khususnya Kajian Tempatan, Sains, Agama Islam untuk melahirkan
generasi yang tahu menghargai alam.
(iii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan masa untuk
melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan
bersistematik.
Objektif
(i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemah yang betul
merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan
makanan serta aspek keselamatan diri.
(ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan Tuhan melalui konsep
perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti alam sekitar.
(iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segala perkara serta
menghindarkan segala perasaan dengki, iri hati dan mementingkan diri sendiri.
KONSEP PELAKSANAAN
Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran melalui aktiviti”.
Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan
menggabungkan unsur-unsur berikut:-
Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan
Penerapan nilai – nilai murni kemanusiaan
Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi
Pengukuhan disiplin kendiri
Pengukuhan disiplin berpasukan
Pengukuhan keimanan dan ketakwaan
Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi
Penyemaian ciri – ciri kepimpinan berwibawa
Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis
TEMA
“ Ke arah Gaya Hidup Sihat dan Mencintai Alam “
SASARAN
Program Perkhemahan ini mensasarkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 dari Unit BeruniformTunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Pengakap dan Bulan Sabit Merah seramai 36 orang muriddan 15 orang guru penasihat.
Butiran Perkhemahan
TARIKH : 20 hingga 21 Oktober 2012
MASA : 7.30 pagi
TEMPAT : Padang Sekolah SKBP dan Gua Tempurung
ANJURAN : SK Bukit Pekan
Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 15 seorang.
Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan
Pengangkutan ke Gua Tempurung
Bayaran masuk ke Gua Tempurung
Makanan dan minuman
Aktiviti perkhemahan
JAWATANKUASA PELAKSANA
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Tn. Hj. Mohd Idris b. Hj. Ramli
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Penasihat : Kapt. Dr. Hj. Ahmad Damanhuri b. Ibrahim
Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan
: En Mohammad Kamal b Yahaya
Penyelia Kokurikulum PPD Kinta Selatan
Pengerusi : En Mohd Hisham Bin Mokhtar
( Guru Besar SK Bukit Pekan )
Naib Pengerusi : En Sabdan Bin Johari
( Penolong Kanan Pentadbiran SKBP )
Penyelaras : En. Samuri Bin Rozali
( Penolong Kanan Kokurikulum SKBP )
Setiausaha : En. Rosman Bin Tahir
Bendahari : Puan Siti Sahara Binti Ibrahim
Kem Komendan : En Saiful Hijat Bin Baharum
AJK : Pn Amira Suryati Bt Zainol Abidin
En Osman Zakaria (Penyelaras 1 Murid 1 sukan )
Pn.Roslina Bt Hj Karim ( Guru Penasihat PBSM )
Pn.Norsalina Bt Mohd Saleh( Guru Penasihat TKRS)
Pn Nor Nasuha Mohd Najib ( Guru Penasihat Pengakap)
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pendaftaran Keselamatan
En Mohd Saiful Hijat B Baharum En.Mohd Rosli B Ismail
Pn Norsalina Bt Mohd Saleh Pn. Roslina Bt Hj Baharum
Makanan dan Minuman Peralatan
Pn Siti Sahara Bt Ibrahim En Samuri B Rozali
Pekerja Perempuan Pekerja Lelaki
Pengangkutan Siaraya
Ustaz Mohd Hasanuddin b Che man En Zainal Adnan B Wahab
Hadiah /Cenderahati/Sijil Masakan Rimba
Pn Noraini Bt Baharum Pn Amira Suryati Binti Zainol Abidin
Pn Siti Faridah Bt Arbain Pn Nor Nasuha Bt Mohd Najib
Riadah/ Sukan Rakyat Ikatan / Gajet
En Mohd Saiful Hijat BBaharum Pn Rozinah Bt Abdul Ghafar
Pn Zaleha Bt Ahmad Fuad En. Sabdan B Johari
Pertolongan Cemas Jurugambar
En. Samuri B Rozali Pn Nor Nasuha Bt Mohd Najib
Pengacara Majlis & Buku Aturcara Penginapan
Pn.Roslina Bt Hj Karim Pn.Faridah Bt Arbain
Persiapan tempat Majlis Perasmian/ Penutupan
Pn.Rozinah Bt Abdul Gaffar En.Rosman B Tahir
Tentatif Program
SABTU ( 20 Oktober 2012 )
MASA PERKARA GURU BERTUGAS
7.30 pagi Pendaftaran peserta AJK Pendaftaran
8.00 pagi Taklimat Kem Komandan dan
Mendirikan khemah En. Mohd Saiful Hijat B Baharum
9.30 pagi Bertolak ke Gua Tempurung
Guru Pengiring
10.00 pagi Sampai ke Gua Tempurung
10.30 pagi Aktiviti Meneroka Gua Tempurung
1.00 petang Makan tengahari
Bertolak pulang ke sekolah AJK Makanan
2.00 petang Solat berjemaah Ust. Hasanuddin B Che Man
3.00 petang Ikatan dan gajet
Pn Rozinah Bt Abdul Ghafar
En Sabdab B Johari
4.00 petang Minum petang AJK Makanan
4.30 petang Solat Ust. Hasanuddin B Che Man
5.00 petang Riadah dan Sukan Rakyat AJK Permainan
6.00 petang Masa sendiri
7.30 malam Solat
Tazkirah Maghrib dan
Solat Isyak
Ustaz Hasanuddin B Che Man
9.00 malam LDK 1
Visi dan Misi persatuan
Kelebihan berpersatuan
En. Samuri B Rozali
9.30 malam LDP 2 Pn Amira Suryati Bt Zainol Abidin
Brainstorming
10.30 malam Minum malam AJK Makanan
11.00 malam Tidur
AHAD ( 21 Oktober 2012 )
MASA PERKARA GURU BERTUGAS
6.00 PAGI Persiapan diri untuk
Solat Subuh Berjemaah
Tazkirah Subuh
Ust Hasanuddin B Che Man
En. Samuri B Rozali
7.30 pagi Senaman pagi Pn Amira Suryati
Pn Rozinah Bt Abdul Ghafar
8.30 pagi Sarapan pagi AJK Makanan
9.00 pagi Pertandingan Masakan Rimba Pn Roslina
En Mohd Rosli
Pn Zaleha
12.00 tengahari Makan Tengahari AJK Makanan
12.30 tengahari Majlis Perasmian dan Penutup Semua guru
1.30 tengahari Pembersihan kawasan dan bersurai Peserta
Peraturan-peraturan Perkhemahan
1 Peraturan Umum
○ Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan.
○ Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan /
Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada
keperluan semasa perkhemahan
○ Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan
○ Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan
selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau
pegawai perubatan yang bertugas
○ Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing
dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan
dari pihak urusetia
○ Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa
berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian
○ Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan
hormat diutamakan
○ Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
○ Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang
perkhemahan
“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”
KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI
PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand phone’ semasa perkhemahan
KESELAMATAN: “UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA”
i. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
ii. Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti
dengan arahan / arah pergerakan
PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.
13.4 KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA
○ Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang
telah ditetapkan
○ Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda
○ Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
○ Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem /
seumpamanya
○ Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12
tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang
kecemasan atau diringi oleh pegawai
PAKAIAN:
○ Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai
mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan
a. Semasa Pertandingan
b. Semasa Aktiviti Integrasi
c. Semasa Sukan dan Riadah
d Semasa Aktiviti Kerohanian
e Semasa Majlis Perasmian Penutup
PERATURAN KEBERSIHAN
○ Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
○ Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
○ Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
○ Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
○ Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
○ Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
○ Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaan ramai dan bersama
○ Bagi kaum wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.
PERATURAN KELUAR MASUK
○ Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam
buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia
○ Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk kawasan
kem.
○ Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen
dan tujuan yang sah dari urusetia
Kewangan
Pendapatan
PEROLEHAN WANG KOKURIKULUM RM 800.00
SUMBANGAN PERIBADI RM 250.00
YURAN PENYERTAAN 60 org X RM 15.00 RM 900.00
JUMLAH RM 1900.00
Perincian Perbelanjaan
BIL PERKARA UNIT HARGA
1 Bayaran Masuk Gua Tempurung 60 org X RM 11.00 RM 660.00
2 Pengangkutan 1 unit X RM 100.00 RM 100.00
3
Makanan Sarapan Pagi ( 1 kali ) 70 orang X RM 1.50 RM 105.00
Minum petang ( 1 kali ) 70 orang X RM 1.50 RM 105.00
Minum Malam (1 kali ) 70 orang X RM 1.50 RM 105.00
Makan Tengahari ( 2 kali )
70 orang X RM 3.00 RM 210.00
70 orang X RM 3.00 RM 210.00
Makanan VIP 10 orang X RM5.00 RM 50.00
4 Pertandingan Masakan Rimba
Ayam 3 ekor X RM 15.00 RM 45.00
Buluh 5 btg X RM 2.00 RM 10.00
Beras 5 kg X RM 3.00 RM 15.00
Air Mineral 3 kotak X RM 17.50 RM 52.50
Bahan mentah RM50.00
5. Hadiah Pertandingan Masakan
Rimba
Tempat pertama
Tempat Kedua
RM 10 .00
RM 7.00
Kebersihan Khemah Tempat Pertama RM 10.00
Kepimpinan Seorang RM 5.00
Cenderahati Perasmi RM 20.00
6 RUNCIT RM 180.50
JUMLAH RM 1950.00
JADUAL PELAKSANA GERAK KERJA
BIL TARIKH PERKARA TINDAKAN
1 30.08.2012 Cadangan aktiviti bersama pentadbir sekolah
dan mengemukakan kertas cadangan beserta
tarikh
Setiausaha dan Guru
Penolong Kanan
2 05.09.2012 Merangka kertas cadangan
Pemilihan tempat
Pemilihan peserta
Setiausaha
Guru Penolong Kanan
3 10.09.2012 Mesyuarat pertama bersama guru dan
Membentangkan kertas kerja
Mengemukakan bajet dan cadangan aktiviti
serta tarikh
Semua guru
Guru Besar
Guru-guru Penolong
Kanan
4 12.09.2012 Menghantar borang permohonan dan
kebenaran kepada PPD.
Mendapat kebenaran meneroka Gua
Tempurung.
Setiausaha
5 26.09.2012 Taklimat Perkhemahan
Membentangkan senarai tugas kepada semua
guru yang terlibat
Semua guru
Guru Besar
Guru-guru penolong
Kanan
6 01.10.2012 Pemilihan peserta aktiviti dan mengedarkan
borang kebenaran kepada ibu bapa serta
taklimat dan tentatif program kepada peserta
Setiausaha
Guru bertugas
Guru Kelas
7 20 – 21
Oktober
2012
Aktiviti perkhemahan bermula mengikut
perancangan serta majlis perasmian dan
penutupan
Peserta dan guru
pengiring
8 11 .10.2012
Postmortem aktiviti
Menyediakan laporan aktiviti ke PPD Setiausaha
PENUTUP
Murid-murid sekolah rendah terutamanya memang sukar untuk dipisahkan dengan aktivitiperkhemahan kerana sudah menjadi fitrah alam bahawa kanak-kanak akan membesar denganseimbang jika mereka sentiasa didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
maka sudah semestinya aktiviti perkhemahan sangat relevan untuk memenuhi kehendak yangsedemikian.
Besar harapan kita semua agar aktiviti perkhemahan ini akan sentiasa menjadi agenda pentingdi setiap sekolah dan mendapat sokongan dalam bentuk tenaga dan wang ringgit dari semuapihak terutamanya PIBG sekolah dan ibu bapa pelajar
LAMPIRAN 1-SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
Senarai Tugas Jawatankuasa
1. Pengerusi
Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat.
2. Naib Pengerusi
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi
3. Setiausaha
Menjalankan tugas kesetiausahaan
Urusan surat menyurat dan borang
Merekod minit mesyuarat
Menyediakan laporan perkhemahan
Menghantar laporan ke PPD
4. Bendahari
Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan.
Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program
Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat.
5. Kem Komandan
Menyampaikan taklimat sop
Menyampaikan taklimat keselamatan dan kawasan larangan sepanjang aktiviti
Memberi taklimat jadual aktiviti
Membuat pemantauan pergerakan peserta sepanjang aktiviti
Menanda tangan buku keluar masuk dan jadual aktiviti
Memastikan setiap aktiviti yang dirancang mengikut jadual yang ditetapkan
Sentiasa berada di tapak perkhemahan sepanjang aktiviti.
Merancang plan kecemasan apabila berlaku bencana alam
5. Pendaftaran
Menyediakan senarai nama muridMenyediakan kaunter pendaftaran
6. Makanan dan Minuman
Merancang dan menentukan menu makanan
Menyediakan dan mengagihkan makanan untuk semua guru dan murid
Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar
7. Hadiah / Cenderamata/ Sijil
Menyediakan hadiah kepada para pemenang pertandinganMenyediakan cenderahati kepada perasmi
Menyediakan sijil kepada peserta
8. Keselamatan dan Disiplin
Memastikan keselamatan peserta sepanjang program
Memastikan murid berdisiplin dan mematuhi peraturan perkhemahan
9. Jurugambar
Mengambil gambar sepanjang program
10. Ikatan dan Gajet
demontrasi membuat gajet dan ikatan
bimbing murid menghasilkan gajet dan ikatan
11. Pertandingan Masakan Rimba
Menyediakan peralatan memasak
Membuat demonstrasi masakan rimba
Membantu peserta menyediakan bahan-bahan memasak
12. Pertolongan Cemas
Menyediakan alatan untuk bantuan kecemasan
Memastikan segala ubatan dalam kid kecemasan masih baik dan boleh digunakan
Sentiasa bersiap sedia untuk memberi bantuan kecemasan
13. Persiapan tempat/ Majlis Perasmian Penutupan
memastikan tempat selamat,bersih dan bersesuaian
menyediakan peralatan yang diperlukan
14. Pengacara Majlis dan Buku Atur cara
Bertugas sebagai pengacara Majlis Perasmian Penutupan
Menyediakan buku atur cara majlis perasmian penutupan
15. Peralatan/ Permainan/ Riadah
Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program
Menyediakan peralatan permainan tradisional
Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan disimpansemula dalamkeadaan baik.
16. Pengangkutan
Menyediakan pengangkutan yang sesuai untuk membawa para peserta ke tempat aktiviti.
17. Siaraya
Menyediakan peralatan siaraya untuk majlis perasmian penutupan
memastikan semua alatan berfungsi dengan baik.
18. Penginapan
Bermalam di sekolah
Menjaga keselamatan murid sepanjang bermalam di khemah
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1- SURAT MOHON KEBENARAN PPD
,
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PEKAN
31920 KAMPAR PERAK
ABA 2032
______________________________________________________________________
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Rujukan Tuan:
31900 Kampar, Rujukan Kami:
Perak. Tarikh :
u:p Unit Kokurikulum
Melalui,
Guru Besar,
SK Bukit Pekan,
31920 Kampar,
Perak.
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform
Peringkat Sekolah 2012
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan
pada ketetapan berikut:
2.1 Tarikh : 20 hingga 21 Oktober 2012
2.2 Hari : Sabtu hingga Ahad
2.3 Tempat : Kawasan Padang Sekolah SKBP dan Gua
Tempurung
3. Bersama-sama ini dilampirkan
3.1 Kertas konsep perkhemahan
3.2 Lampiran B Undang-undang Rombongan
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( EN ROSMAN BIN TAHIR )
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Unit-unit Beruniform,
SK Bukit Pekan,
sk 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Perkhemahan
LAMPIRAN 2 – SURAT JEMPUTAN PERASMI
SK BUKIT PEKAN,
31920 KAMPAR,
PERAK
_____________________________________________________________________________
YDP PIBG Rujukan,
EN IZAHARI BIN MOHD RADZI Tarikh:
Tuan,
Jemputan Sebagai Perasmi Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Tahunan Unit-
unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan
Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012.
3. Oleh yang demikian, bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutupan
Perkhemahan tersebut , pihak sekolah ingin menjemput tuan sebagai perasmi majlis.
Majlis Perasmian Penutupan akan diadakan pada ketetapan berikut:
3.1 Tarikh : 21 Oktober 2012
3.2 Masa : 12.30 tengahari
3.3 Tempat : Padang Sekolah SK Bukit Pekan
4. Sekian, kesudian tuan untuk hadir ke majlis ini amat dihargai dan diadahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………………………
( EN MOHD HISHAM BIN MOKHTAR )
GURU BESAR,
SK Bukit Pekan,
s.k 1. Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan
2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
3. Fail Perkhemahan
LAMPIRAN 4 – SURAT PEMBERITAHUAN IBU BAPA
SK Bukit Pekan,
31920 Kampar,
Perak.
_________ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ______ _______ _______ ____ _________ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ______ _______ _______ ____ _________ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ______ _______ _______ ____ _________ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ _______ ______ _______ ___
Kepada Semua, Rujukan Tuan:
Ibu Bapa / Penjaga Pelajar Tahap 2 Rujukan Kami:
SK Bukit Pekan, Tarikh :
31920 Kampar,
Perak.
Tuan/ Puan,
Pemberitahuan Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform Peringkat Sekolah 2012
Sukacitanya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan
Perkhemahan Tahunan sepertimana yang tersebut di atas: Butir-butir tentang
perkhemahan tersebut adalah seperti berikut :
2.1 Tarikh : 20 hingga 21 Oktober 2012
2.2 Masa : 7.00 pagi
2.3 Tempat : Kawasan Padang SKBP dan Gua Tempurung
2.4 Sasaran : Murid-murid Tahap 2 SKBP
2.5 Yuran Penyertaan : RM 15.00
Sekian, untuk makluman tuan, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( EN MOHD HISHAM BIN MOKHTAR )
Guru Besar,
SK Bukit Pekan,
sk 1. Pengawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan
2. Jawantankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
3. Fail Perkhemahan
LAMPIRAN 4 - SURAT KEBENARAN IBU BAPA
Nama dan Alamat Ibu Bapa / Penjaga
……………………………………………… Tarikh :………………………………………………
………………………………………………
……………………………………………...
No Tel : ……………………………………
Guru Besar,
SK Bukit Pekan,
31920 Kampar,
Perak.
Tuan/ Puan,
Kebenaran Untuk Menyertai Aktiviti Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform
Peringkat Sekolah 2012
Saya ……………………………………………………….No K/P ……………………………
Ibu/ Bapa/Penjaga kepada …………………………………………………………………….
Tahun …………………………. memberi kebenaran kepada anak /anak jagaansaya
mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas.
2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham behawa pihak SK Bukit Pekan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan. Namun demikian saya mengaku tidak akan
mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak atau
wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan, kecacatan
anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap anak/anak jagaan saya yang berlaku
dalam perjalanan pergi dan balik atau sepanjang perkhemahan tersebut.
3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah/pengelola/wakilnya
memberi rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak/anak jgaan saya
jika didapati perlu.
Sekian, terima kasih.
Pengakuan dibuat oleh; Saksi;
………………………………………….. ……………………………………
Tandatangan Tandatangan:
Nama : Nama :
No K/P: No K/P :
Tarikh : Tarikh :
BAHAGIAN B
( PELAKSANAAN )
Situasi Tentatif - Pendaftaran peserta
Ucapan Perasmian Penutupan
Teks pengerusi majlis
Senarai aktiviti yang diadakan
Situasi Tentatif
Pendaftaran peserta
Pendaftaran peserta telah dilakukan di astaka sekolah. Dua orang guru telah ditugaskan untuk
menguruskan pendaftaran murid. Pendaftaran bermula pada kira-kira pukul 7.15 pagi. Murid
diberi nombor kumpulan semasa pendaftaran dilakukan.
1.2 Mendirikan khemah
Murid diarahkan berkumpul di astaka untuk taklimat ringkas sebelum mendirikan khemah di
kawasan padang sekolah. Setelah mendirikan khemah, murid berkumpul semula di dataran kejat
untuk menerima arahan selanjutnya daripada kem komandan bagi ekspedisi ke Gua Tempurung.
1.3 Ekspedisi ke Gua Tempurung
Murid bertolak ke Gua Tempurung kira-kira pukul 10.00 pagi. Sebelum masuk ke Gua
Tempurung, murid-murid telah diberi taklimat ringkas tentang disiplin dan tingkahlaku
sepanjang meneroka gua oleh kem komandan. Ekspedisi ke Gua Tempurung dipandu oleh
jurupandu Gua Tempurung. Ekspedisi tamat kira-kira pukul 12.30 tengahari. Setelah makan
tengahari, murid-murid bertolak pulang semula ke sekolah.
1.4 Ikatan dan Gajet
Setelah membersihkan diri dan solat zohor, murid berkumpul di kawasan khemah untuk aktiviti
membuat ikatan dan gajet dengan pimpinan kem komandan dan dua orang guru. Beberapa jenis
gajet telah dapatdihasilkan untuk kegunaan semasa perkhemahan.
1.5 Riadah dan Sukan Rakyat
Pada sebelah petang, murid beriadah di padang. Murid telah diperkenalkan dengan sukan rakyat
seperti tarik upih, permainan guli dan sebagainya. Ternyata pendedahan kepada permainan
rakyat ini merupakan sesuatu yang baharu buat murid yang selama ini hanya terdedah dengan
permainan elektronik dan sukan padang seperti bola sepak, bola baling dan sebagainya.
1.6 LDK 1 dan LDK 2
Pada sebelah malam murid berada di dewan sekolah untuk aktiviti LDKLDK telah dikendalikan
oleh seorang guru yang dijemput khas dari sekolah berdekatan dan dibantu oleh beberapa
orang guru lain.
1.7 Masakan Rimba
Kem komandan telah membuat demontrasi masakan rimba. Masakan dalam buluh merupakan
menu utama pada hari tersebut. Setelah demontrasi, setiap ketua kumpulan bersama dengan
seorang guru akan membuat masakan rimba untuk pertandingan masakan rimba.
1.8 Majlis Perasmian Penutupan
Majlis Perasmian Penutupan telah diadakan pada kira-kira pukul 12.30 tengahari. Majlis telah
dirasmikan oleh YDP PIBG bagi para pemenang juga telah diberi pada majlis tersebut.
2.0 Ucapan Perasmian Penutupan
Assalammualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Pengacara Majlis, Yang Berusaha En Mohd Hisham B Mokhtar,
Yang Dihormati YDP PBG SK Bukit Pekan, Guru-guru penolong kanan, guru-
guru dan anak murid sekalian. Salam Satu Malaysia, Salam Perak Aman Jaya.
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul pada hari ini untuk meraikan Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform.
Murid-murid sekalian,
Aktiviti perkhemahan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang amat
berfaedah kepada murid-murid. Ia bukan sahaja dapat memupuk sikap toleransi antara
satu sama lain malah dapat memupuk semangat perpaduan dan setia kawan serta
mengcungki bakat dan kepimpinan murid-murid. Aktiviti kokurikulum juga dapat
mewujudkan rasa cinta kepada alam dan melahirakan rasa syukur kepada Penciptanya.
Aktiviti kokurikulum penting untuk kesimbangan rohani dan jasmani serta emosi
seseorang murid. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum menjadi pertimbangan untuk
anak-anak melanjutkan pelajaran ke asrama kelak malah di peringkat universiti juga
aktiviti kokurikulum diambil kira pemarkahannya. Justeru, dalam hal ini ibu bapa perlu
memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak untuk terlibat aktif dalam aktiviti
kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Dalam kesibukan anak-anak bermain, jangan pula lupa untuk meluangkan masa
mengulangkaji pelajaran. Bermain dan belajar sama pentingnya dan sebagai pelajar kita
perlu pandai membahagikan masa untuk kedua-dua perkara ini. Binalah jadual belajar
yang fleksibal untuk diikuti. Selain itu, pemakanan juga perlu dijaga bagi mendapat
kesihatan yang seimbang baik dari segi rohani, jasmani dan emosi.
Murid-murid sekalian,
Saya tidak berhajat untuk berucap panjang. Justeru, sebelum mengakhiri ucapan di
sini saya ingin mengumumkan bahawa sebanyak RM3,000 akan diperuntukkan kepada
pihak sekolah sebagai satu galakkan dan sokongan saya terhadap aktiviti kokurikulum di
sekolah ini.
Sekian, dengan ini saya merasmikan majlis perasmian penutupan Hari
Perkhemahan Unit-unit Beruniform SK Bukit Pekan.
3.0 Teks pengerusi majlis.
Nama Majlis : Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Tahunan Unit-unit
Beruniform Peringkat Sekolah
Tempat : Padang Sekolah
Tarikh : 21 Oktober 2012
Masa : 12.00 tengahari
Cue : Diminta semua murid berbaris di hadapan dataran mengikut pakaian
unit uniform masing-masing. Guru-guru dan para jemputan diminta mengambil tempat duduk di
Padang Sekolah.
Cue : Bersedia menerima isyarat apabila tetamu perasmi tiba
Cue : Pengumuman
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia YDP PIBG dengan diiringi oleh En
Mohd Hisham B Mokhtar, Guru Besar SK Bukit Pekan.
Cue : Yang Dihormati YDP En Izahari Mohd Radzi,Yang berusaha En Mohd Hisham B
Mokhtar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Tuan-tuan, puan-puan para hadirin sekalian,Majlis akan dimulakan dengan perbarisan
lintas hormat oleh pasukan Unit-unit beruniform. Dijemput YDP PIBGk dengan diiringi Tuan Guru
Besar untuk menerima tabik hormat. ( Setiap pasukan melintas di hadapan pentas padang
sehingga habis semua pasukan )
Cue :Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG kerana sudi menerima tabik hormat.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Bersyukur kita ke hadrat IIlahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat kita bersama-sama hadir dalam majlis yang mulia ini.Majlis diteruskan lagi
dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Terima kasih.
Cue : Sekarang dijemput difadhil Ustaz Hasanuddin untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.
Cue : Amin-amin Ya Rabbala’lamin. Terima kasih diucapkan kepada
Ustaz Hasan atas bacaan doa itu tadi.
Seterusnya, majlis menjemput En Mohd Hisham B Mokhtar untuk
menyampaikan ucapan.
Cue : Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Dihormati En Izahari B Mohd Radzi untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
Cue : Majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan
itu tadi.
Cue : Majlis sekali lagi dengan hormatnya menjemput YDP PIBG
untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para peserta dan pemenang pertandingan.
Cue : Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG.
Majlis seterusnya menjemput En Hisham dengan diiringi oleh En Sabdan untuk menyampaikan
cendaramata untuk YDP PIBG
Cue : Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada petang ini. Majlis
dengan ini menjemput Tuan Guru Besar mengiringi YDP PIBG
dan tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan makan
tengahari.
Senarai aktiviti yang diadakan
BIL SENARAI AKTIVITI
1 Meneroka Gua Tempurung
2 Ikatan dan Gajet
3 Riadah dan Sukan Rakyat
4 LDK 1
- Visi dan Misi persatuan
-Kelebihan berpersatuan
5 LDK 2
-Brainstorming
6 Masakan Rimba
-Masakan dalam buluh
7 Perasmian Penutupan
8 Tazkirah
-Kepentingan solat 5 waktu
BAHAGIAN C
( LAPORAN )
SURAT UCAPAN TERIMA KASIH
LAPORAN JAWATANKUASA KERJA
KESIMPULAN LAPORAN
PENAMBAHBAIKAN UNTUK PADA MASA HADAPAN
SURAT UCAPAN TERIMA KASIH
LAPORAN JAWATANKUASA KERJA
BIL TUGAS LAPORAN
1 Setiausaha 1. Semua urusan surat menyurat telah disiapkan.
2. Laporan sedang dibuat untuk dihantar ke PPD
2 Bendahari 1. Semua perbelanjaan telah direkodkan.
2. Pembayaran telah dilakukan mengikut bil
pembelian yang diterima.
3. Tiada lebihan perbelanjaan
3 Kem Komandan 1. Segala aktiviti berjalan dengan lancar.
2. Kawasan perkhemahan telah dibersihkan.
4 Pendaftaran 1.Semua data pendaftaran telah diserahkan
kepada setiausaha
2.Semua murid yang terlibat hadir pada hari
perkhemahan
5 Makanan dan Minuman 1.Makanan murid mencukupi sepanjang
perkhemahan.
2.Kuantiti makanan sesuai dengan harga
3.Cara penyediaan makanan bersih. Pembekal
menghantar makanan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
6 Peralatan 1.Semua peralatan mencukupi dan telah
disimpan semula.
7 Siaraya 1.Semua peralatan siaraya berfungsi dengan baik
dan tiada masalah.
8 Masakan Rimba 1.Pertandingan berjalan lancar.
2.Murid gembira dengan aktiviti yang dijalankan.
9 Ikatan dan Gajet 1.Murid telah didedahkan dengan cara-cara
membuat gajet dan ikatan.
2.Setiap kumpulan berjaya menghasilkan sekurang-
kurangnya dua jenis gajet.
10 Hadiah/ sijil/ Cenderamata 1.Sijil mencukupi dan akan diberi kepada peserta
semasa perhimpunan rasmi pada hari Isnin.
11 Jurugambar 1.Gambar sepanjang perkhemahan telah diupload
dalam laman web sekolah.
2.Gambar juga akan dipamerkan di sudut pameran
kokurikulum.
12 Keselamatan dan Disiplin 1.Tiada masalah dari segi keselamatan dan disiplin
murid
2. Semua murid mematuhi arahan yang dikeluarkan.
13 Pertolongan Cemas 1. Peti kecemasan telah disimpan di tempat asal.
2.Tiada barang yang hilang tetapi minyak cap kapak
dettol dan kapas telah habis dan perlu dibeli.
14 Persiapan Tempat 1.Tiada masalah. AJK mendapat kerjasama baik
daripada pekerja.
15 Pengangkutan 1.Bas yang disewa mengalami kerosakan kecil
menyebabkan peserta lewat sampai ke
Gua Tempurung.
16 Penginapan 1.Hanya 3 orang guru yang tidur di khemah pada
hari perkhemahan.
2.Pada masa akan datang bilangan guru yang tidur
di khemah perlu ditambah untuk menjaga
keselamatan murid.
KESIMPULAN LAPORAN
Kekuatan Program / Aktiviti
Aktiviti ko-kurikulum dijalankan bagi memupuk sifat-sifat mulia dalam diri murid-murid seperti
bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.
Melalui aktiviti ini, murid-murid mendapat peluang untuk menimba pengalaman yang
sangat bermakna dalam diri mereka. Mereka juga didedahkan kepada cabaran-cabaran fizikal
dan mental yang secara tidak langsung dapat memantapkan semangat juang dan keyakinan diri
masing-masing. Dengan adanya semangat juang dan keyakinan diri yang tinggi murid-murid
akan sentiasa bersedia menempuhi sebarang masalah atau cabaran yang mereka hadapi
sepanjang kehidupan mereka. Persediaan awal ini adalah sangat berguna supaya murid-murid
ini tidak mudah putus asa dalam kehidupan mereka kelak.
Aktiviti yang diadakan ini juga dapat membentuk jati diri di kalangan murid supaya mereka
sentiasa berketrampilan yang baik untuk menjadi contoh atau ‘role-model’ kepada rakan-rakan
yang lain. Aktiviti ini juga, dapat menguji sejauh manakah keberkesanan sikap dan disiplin
murid-murid yang didedahkan oleh guru dalam setiap aktiviti yang diadakan. Guru juga dapat
menilai sama ada murid-murid ini dapat mendengar dan patuh pada arahan yang diberikan
semasa aktiviti ini dijalankan. Arahan yang diberikan oleh Kem Komanden adalah sangat penting
untuk memastikan keselamatan semua peserta dalam keadaan baik mahupun mula atau
akhirnya aktiviti ini.
Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid serta memupuk
sikap bekerjasama yang tinggi dalam mengharungi cabaran sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Dengan adanya sikap kerjasama dan toleransi yang tinggi dalam diri murid-murid dapat
membuahkan hasil yang sangat berjaya tanpa sebarang permasalahan yang timbul.
Oleh itu, aktiviti-aktiviti seperti ini perlu diteruskan lagi untuk menarik minat murid-murid dalam
bidang kokurikulum. Ia juga dapat menambah pengetahuan dan pengalaman yang sangat
bermakna dalam diri murid-murid sepanjang kehidupan mereka. Ilmu-ilmu yang ditimba
sepanjang menjalankan aktiviti ini dapat dijadikan panduan dan dapat dikongsi bersama kelak.
Kelemahan Program / Aktiviti
Terdapat beberapa kelemahan yang dikesan sebelum dan semasa program ini dijalankan.
Aktiviti ini telah dirancang dalam masa yang singkat dan kurang rapi akibat daripada kekangan
masa yang tidak dapat dielakkan. Perancangan yang kurang rapi ini menyebabkan banyak
perkara yang tidak disediakan dengan sebaik mungkin.
Sebelum aktiviti ini dijalankan masalah yang timbul adalah kekurangan penyertaan dari murid-
murid. Murid-murid berasa ragu-ragu untuk menyertai aktiviti ini kerana ramai ibu bapa kurang
yakin dengan aktiviti meneroka Gua Tempurung. Walau bagaimanapun selepas diberi
penerangan dan maklumat-maklumat berkenaan aktiviti ini, murid-murid lebih berasa yakin dan
berminat untuk menyertai aktiviti ini.
Semasa aktiviti ini dijalankan pula, masalah yang timbul adalah berkaitan dengan disiplin dan
sikap murid-murid terhadap arahan dan peraturan yang disampaikan oleh Kem Komanden.
Mereka lebih gemar untuk bergerak sendiri tanpa mengikut arahan yang disampaikan. Tetapi
masalah ini dapat diatasi selepas Kem Komanden menerangkan dengan lebih jelas tentang
peraturan dan arahan yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan
kesulitan berlaku. Selain itu, terdapat juga gangguan daripada pihak ibu bapa sendiri yang sering
datang ke sekolah untuk melihat atau berjumpa dengan anak-anak mereka. Keadaan ini sedikit
sebanyak mengganggu aktiviti yang sedang dijalankan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK PROGRAM AKAN DATANG
Saya akan menjadikan pengalaman dalam menjayakan aktiviti ini sebagai panduan dan rujukan
saya pada masa akan datang. Saya akan merancang sesuatu program atau aktiviti dengan lebih
rapi dan teratur. Saya akan membuat kertas kerja yang lengkap dengan semua keperluan-
keperluan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu program atau aktiviti.
Saya juga akan meminta bantuan daripada guru-guru yang lebih berpengalaman dalam
merancang sesuatu aktiviti seperti ini. Saya juga perlu lebih bertanggungjawab dalam setiap
perancangan yang dibuat supaya kelancaran aktiviti yang akan dilaksanakan lebih padat dan
terisi. Saya perlu memantau setiap tugas yang diberikan serta membantu ahli-ahli jawatankuasa
yang menghadapi kesukaran semasa menjalankan tugas supaya tiada masalah yang timbul
semasa aktiviti dijalankan.
Peraturan-peraturan dalam beberapa aktiviti yang dijalankan juga penting untuk mengelakkan
sebarang kemalangan dan kesulitan berlaku terhadap murid-murid yang menyertai. Guru-guru
juga perlu sentiasa berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan setiap aktiviti yang
rancang dan dijalankan di sekolah.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform Peringkat Sekolah 212 ini
berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya Murid-murid juga kelihatan lebih seronok
dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap aktiviti yang telah dirancang. Hanya
beberapa perkara yang perlu diberi penambahbaikan dan diatasi untuk meningkatkan prestasi
dan mutu sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti ini juga dapat memberi pengalaman dan pengetahuan yang banyak sebelum mereka
meninggalkan alam persekolahan rendah dan melangkah kealam persekolahan yang lebih tinggi.