dddpn 3193 kuliah 4 dr. khairul hisyam · pdf fileapril 1988, peraturan kenderaan bermotor...
TRANSCRIPT
KULIAH 4DR. KHAIRUL HISYAM KAMARUDIN
DDDPN 3193
khairulhkamarudin.wordpress.com
Dapatan di akhir kuliah:
Pelajar diharap dapat mengenalpasti isu-isu alam
sekitar yang berkait dengan aktiviti perbandaran di
Malaysia
Memahami secara ringkas semangat Akta 127 dan
cabaran PBT mengurus isu alam sekitar
Menurut Laporan Kualiti Alam
Sekitar yang menilai kualiti alam
sekitar menerusi kaedah kajian
saintifik, menerangkan bahawa
semakin banyak projek pembangunan
dilaksanakan, maka semakin
menurun kualiti alam sekitar.
Keadaan ini menyebabkan timbul
kesangsian terhadap projek-projek
pembangunan yang bertentangan
dengan kepentingan alam sekitar.
Pembangunan
Pencemaran
Pencemaran
ialah merujuk kepada apa-apa perubahan yang berlaku langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif
mana-mana bahagian alam sekitar dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan
yang berfaedah dan menyebabkan suatu keadaan yg berbahaya kepada
kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang seperti
burung, hidupan liar, hidupan akuatik atau tumbuhan-tumbuhan.
Pengangkutan
Industri
Aktiviti perbandaran
Pencemaran
udara
Pencemaran
airKepupusan / ancaman
habitat
Secara umumnya, wujud
sekurang-kurangnya lima
faktor yang mewujudkan
pulau haba.
Iaitu kemudahan dan
teknologi moden seperti
penyaman udara yang
bertujuan untuk
menyamankan ruang
bangunan, kenderaan danrumah, serta operasi industri.
Langkah-langkah mengurangkan
Perundangan Teknologi Pendidikan
Dengan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Pindaan 1985
mengenakan hukuman denda dan penjara terhadap sesiapa sahaja
yang didapati bersalah atas tuduhan mencemar atau merosakkan sumber
alam + mewartakan kawasan sensitif dan kaya sumber sebagai kawasan
pemeliharaan seperti Taman Laut danTaman Negara.
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan) mula dikuatkuasa pada 1
April 1988, Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap,
1977) dikuatkuasa pada 15 Mac 1978, Peraturan Kualiti Alam Sekitar
(Udara Bersih, 1978) dikuatkuasa pada 1 Oktober 1978 dan sebagainya.
Perundangan
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan) mula dikuatkuasa pada 1 April 1988.
Berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas kenderaan, kumbahan, efluen
industri dan juga bahan-bahan buangan kilang.
Penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan alam Sekitar.
Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap, 1977) dikuatkuasa pada 15
Mac 1978. Asap ekzos tidak boleh melebihi 50 HSU (Hartridge Smoke Unit) semua
kenderaan bermotor perlu dipasang dengan alat-alat kawalan yang boleh memerangkap
gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Minyak Kelapa Sawit, 1977) dikuatkuasa pada 1 Julai
1978. berkaitan dengan beberapa parameter kualiti air seperti BOD, pepejal termendak, pH
dan suhu. perlaksanaan dibuat berperingkat-peringkat.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Getah Asli Mentah, 1978) dikuatkuasa pada 1 April 1979.
berkaitan parameter-parameter seperti peraturan Kualiti Alam Sekitar, Minyak Kelapa
Sawit, 1977.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih, 1978) dikuatkuasa pada 1 Oktober 1978.
Menghadkan jarak di antara industri yang mencemarkan dengan kawasan perumahan
mestilah melebihi 1000 meter.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan Efluen Perindustrian, 1979) dikuatkuasa
pada 1 Jun 1979. Mewajibkan semua kilang, kawasan perumahan dan perniagaan
menyediakan satu sistem kumbahan berpusat.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Bahan Buangan Berjadual, 1985) dikuatkuasa pada 1 Julai 1985.
mewajibkan semua kilang yang mengeluarkan bahan buangan kimia, biologi dan minyak berdaftar
dengan Jabatan Alam Sekitar. sisa-sisa mesti dibuang di tempat yang khas dan mesti dilengkapi
dengan sistem kumbahan, loji rawatan, tempat pembakaran insinarator dan makmal.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor, 1985)
dikuatkuasa pada 1 Julai 1985. Mewajibkan semua pengilang dan pengimport petrol menurunkan
kandungan plumbum dalam petrol daripada 0.84 g/l ke paras 0.4 g/l dan selanjutnya ke paras 0.15 g/l
mulai 1 Januari 1990.
Akta Racun Perosak, 1974. Dilaksana di bawah Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan dan
Jabatan Alam Sekitar.
Akta Kilang dan Jentera 1967, 1963 (disemak semula) seseorang pekerja tidak boleh didedahkan
kepada bunyi melebihi 95 dB selama empat jam secara berterusan.
Akta Perhutanan Negara, 1984. Bertujuan melindungi dan memelihara hutan serta hidupan di
dalamnya. Deklarasi Langkawi telah ditandatangani oleh negara-negara Komenwel pada Oktober 1989.
Deklarasi ini bertujuan mewujudkan satu set undang-undang dan akta-akta antarabangsa untukmengatasi masalah pencemaran.
Semangat Akta 127 (Akta Kualiti Alam
Sekeliling)
• Terdapat 6 bahagian di dalam Akta 127 iaitu:
1. Permulaan
2. Pentadbiran
3. Lesen
4. Larangan dan kawalan mengenai pencemaran (4A-Kawalan Buangan Terjadual)
5. Rayuan dan lembaga rayuan (5A- Pembayaran Ses dan kumpulan wang alamsekitar)
6. Pelbagai
Semangat Akta 127 (Akta Kualiti Alam
Sekeliling)
• Bahagian 1, Seksyen 2 (Tafsiran):
• “Alam sekeliling” – ertinya factor-factor fizikal bagi kawasan di sekeliling
manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, factor-factor
biologi bagi binatang dan tumbuhan dan factor social astetika
Semangat Akta 127 (Akta Kualiti Alam
Sekeliling)
• Bahagian 1, Seksyen 2 (Tafsiran):
• “Audit alam sekeliling” – ertinya penilaian berkala, sistematik, didokumenkandan penilaian objektif untuk menentukan:
a) Status pematuhan kepada kehendak pengawalan alam sekeliling
b) Sistem pengurusan alam sekeliling dan
c) Risiko alam sekeliling secara keseluruhan bagi premis
Semangat Akta 127 (Akta Kualiti Alam
Sekeliling)
• Bahagian 1, Seksyen 2 (Tafsiran):
Semangat Akta 127 (Akta Kualiti Alam
Sekeliling)
• Bahagian 1, Seksyen 2 (Tafsiran):
• Bahagian 3, Seksyen 20 Akta 127
Cabaran Mengurus (isu) Alam Sekitar di
Peringkat PBT
PBT di Malaysia merupakan satu agensi yang paling penting kerana
struktur pentadbiran dalam kerajaan Malaysia meletakkan PBT sebagai
kerajaan yang ketiga selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Umum mengetahui bahawa PBT adalah agensi yang paling hampir
dengan penduduk setempat kerana keadaan aktiviti penduduk
seharian banyak yang melibatkan PBT seperti pelesenan, percukaian,
kemudahan awam dan sebagainya.
Oleh itu, PBT tidak pernah terlepas dari permasalahan dan sentiasa
menjadi perhatian khasnya oleh penduduk tempatan.
CABARAN POLITIK - masalah politik (campur tangan ahli politik)
Asas pelantikan ahli majlis adalah berdasarkan lantikan oleh kerajaan negeri akan tetapi
kini kebanyakan kerajan negeri lebih gemar melantik ahli majlis daripada anggota parti
mereka.
Perkara ini jelas telah membawa pelbagai masalah bahkan telah menyusahkan
penduduk di kawasan tersebut.
Pelantikan ahli majlis sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri tetapi
yang menjadi persoalannya apabila kerajaan negeri cenderung melantik mereka yang
mewakili parti masing-masing timbul permasalahan samada mereka yang dilantik itu
mewakili parti ataupun mewakili penduduk tempatan di situ.
• Antara kes yang jelas memperlihatkan campur tangan politik dalam pelantikan
ahli majlis ialah kes pelantikan dua orang calon ahli Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
• Pelantikan kedua-dua calon ini dipertikai kerana seorang daripada mereka
dibuktikan mempunyai rekod jenayah dan sumber polis telah mengesahkan
bahawa calon tersebut sememangnya mempunyai rekod jenayah dalam kes
samun berdasarkan semakan kad pengenalan oleh PDRM.
• Dibuktikan juga bahawa calon ini pernah dibuang daerah pada tahun 2003.
Manakala seorang lagi calon yang akan dilantik juga pernah terbabit dalam
kongsi gelap. (sumber:www.pemuda-enggang.org.3 july 2008).
• Kes ini telah didedahkan oleh seorang penduduk Ampang Jaya sendiri yang suratnya telah dihantar kepada menteri besar iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.
• Sebenarnya yang menjadi permasalahannya mengapa pelantikan ini
telah mendapat sokongan ketua wanita keadialn rakyat (PKR), Zuraida
Kamarudin dan mendapat perkenan menteri besar iaitu Tan Sri Khalid
Ibrahim sedangkan banyak sumber telah membuktikan tuduhan ini
malah sumber PDRM juga telah membuktikan kesahihan maklumat ini.
• Hal inilah yang dikatakan bahawa PBT sekarang berhadapan dengan
campur tangan politik dalam sturktur dalamanya kerana manakan
mungkin seorang yang mempunyai rekod jenayah dan seorang lagi yang
bukan bermaustautin di situ dapat dilantik mengangotai ahli majlisperbandaran.
• Satu lagi kes yang pernah mencuri perhatian Negara malah telah melibatkan pihak
istana Sultan Selangor ialah kes yang melibatkan ahli Majlis Perbandaran Kelang iaitu
Datuk Zakaria Mat Deros yang telah mendirikan “istana kayangannya” tanpa
kelulusan pelan oleh MPK sendiri
• Perkara ini jelas memperlihatkan bahawa ahli Majlis Perbandaran Kelang ini telah
menggunakan kedudukannya sebagai ahli majlis perbandaran untuk tujuan peribadi
dan tindakannya jelas menyalahi undang-undang tempatan.
• Kes ini telah melibatkan campur tangan Sultan Selangor yang tidak memperkenankan
perbuatan ahli Majlis Perbandaran Kelang itu.
• Jadi inilah yang dikatakan pengaruh politik adalah cabaran PBT kini kerana kedudukan
ahli majlis perbandaran kelang itu sendiri sebagai ketua UMNO bahagian telah
“merestuinya” untuk melantik anaknya dan menantunya turut serta berada dalam ahli
Majlis Perbandaran Kelang. Kes ini jelas menunjukkan bahawa politik mempengaruhiPBT dan mempengaruhi dasar PBT tersebut.
CABARAN EKONOMI
PBT yang diperbadankan dibawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta171) yang dari segi
kekuasaanya mempunyai kuasa autonomi dalam hal ehwal pentadbiran, pengurusan dan
kewangannya.
PBT mempunyai kawalan penuh dalam pengurusan kewangannya dari segi hasil cukai pintu,
hasil bukan cukai dan lain-lain hasil.
Keadaan dunia yang mula menghadapi krsis ekonomi yang kian menguncup telah dirasai oleh
Malaysia. Pembuangan pekerjaan yang saban hari kian meningkat ditambah banyak kilang-
kilang telah mula memperlahankan operasi, hal-hal ini sebenarnya memberi kesan kepada PBT.
PBT hilang hasil/pendapatan akibat penutupan kilang/komersil kesan pada operasi dan
belanja baiki alam sekitar jangka pendek dan panjang.
CABARAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (dan pertimdihan bidang kuasa + isu kekurangan
kakitangan + kos pengurusan)
Antara isu dan cabaran penjagaan alam sekitar adalah masalah pencemaran iaitu:
Pencemaran air buangan sisa kumbahan dan sampah sarap ke badan air/sungai,
Pencemaran udara dan bunyi peningkatan kenderaan dan aktiviti kilang dan pembinaan
Masalah pelupusan bahan buangan lokasi dan kapasiti
Banjir kilat dan tanah runtuh pembangunan/penerokaan tidak patuh spesifikasi (skala
besar, perpariatan tidak baik, etc)
CABARAN KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar.
Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam
sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa.
Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya.
Contoh, isu bahan toksik diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor dari
Taiwan. Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu
terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan
bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain alasan seperti pihak Taiwan enggan
menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan sebagainya.
Cabaran
politik
Cabaran
ekonomi
Cabaran
pengurusan
Penguatkuasaan undang-undang
Kesedaran dan
pendidikan
Pembangunan + prihatin terhadap
alam sekitar dan sumberjaya
Pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar dan sumberjaya
POLITICAL WILL !!!!!
KHAIRUL HISYAM KAMARUDIN, PHD
Lecturer/Researcher in Planning (Rural Development & Sustainable Tourism)
UTM Razak School of Engineering & Advanced Technology
UTM Kuala Lumpur
http://khairulhkamarudin.wordpress.com
Head
Geo-Sustainability Research Cluster
UTM-High Impact Research on Royal Belum (TRANSROYAL)
http://royalbelumconference2014.wordpress.com
Member
Rural Research & Planning Group (RRPG)
http://rrpg.org
Thank you