definisi dan konsep asimilasi
TRANSCRIPT
Asmilasi bermaksud proses percantuman antara etnik berlainan budaya sehingga
membentuk nya satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Proses asimilasi akan
berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat dan rapat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza .Ini
memakan jangka masa yang lama. Asimilasi akan memperoleh kejyaan apabila etnik minoriti
sanggup menerima identiti atau budaya etnik majoriti yang lebihdominan sebagai cara hidup mereka
seharian dalam menjalani kehidupan. Daripada proses asimilasi lahir pelbagai etnik yang terdapat di
Tanah Melayu seperti Baba dan Nyonya,Chetty,Serani dan India Muslim sekaligus menwujudkan
masyarakat majmuk.
Asimilasi mempunyai ciri-ciri persamaan dengan akulturasi iaitu apabila sesuatukebudayaan
diubahsuaikan akibat hubungan dengan kebudayaan lainAsimilasi biasanya melibatkan
penghapusan sepenuhnya perbezaan dari segikebudayaan dan pengenalan kelompok.Berbeza
daripada kahwin campur atau penyatuan, asimilasi tidak semestinyamemerlukan penyatuan
biologi.Proses asimilasi bergantung kepada dua faktor yang penting:Kesanggupan golongan minoriti
untuk menghilangkan identiti mereka.Kesanggupan golongan majoriti menerima golongan lain.
Tanpa kesanggupanini proses asimilasi sukar berlaku melainkan dengan cara paksaan.Asimilasi juga
berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan diantara golongan minoriti dengan
golongan majoriti dan juga kadar imigrasi.Pada umumnya kumpulan minoriti yang kecil bilangannya
lebih mudah diasimilasiatau diresapi berbanding dengan kumpulan minoriti yang bilangan
anggotanyalebih besar.Minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri.Umumnya kumpulan
minority lebih mudah di asimilasi berbanding dengan kumpulan minority yang besar.Kumpulan
minority yang lebih sukar untuk di asimilasi..Sebagai contoh di Negara Thailand,terdapat orang
Melayu lebih dikenali Melayu Pattani,mereka diasimilasi dengan menggunakan,nama,bahasa, dan
cara hidup yang sama dengan masyarakat Thai tetapi dipisahkan dengan anutan
agama ,masyarakat Melayu-Pattani beragama Islam dan mereka di satukan melalui budaya
Thai .Manakala di Malaysia pula terdapat Kaum Cina yang fasih berbahasa Melayu-kelantan,mereka
dipanggil Cina-Kelantan dan Baba Nyonya berlaku proses asimilasi tanpa anutan kepercayaan dan
agama.
Masyarakat Pluraliti lahir daripada masyarakat yang pelbagai bangsa sebelum kedatangan
kuasa-kuasa penjajah dari Eropah yang membentuk proses semulajadi tanpa pemaksaan ,disertai
oleh ahli keluarga serta menjaminketenangan perasaan dan fikiran,manakala masyarakat plural
pula lahir selepas zaman kedatangan Eropah ,berbentuk pemaksaan ,mereka menjajah dengan
membawa masuk pendatang-pendatang dari Cina dan India ke Rantau Asia Tenggara untuk
melaksanakan kepentingan ekonomi mereka. tetapi penjajahan Inggeris telah menyebabkan
kegagalan berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan system social-politik-agama yang wujud
di Asia Tenggara. Mereka hanya mementingkan satu kaum sahaja tanpa mempedulikan kaum yang
lain.Kesannya daripada itu wujudlah kelompok-kelompok kmasyarakat yang hidup terasing daripada
kelompok yang lain walaupun tinggal ditempat yang sama.di mana mereka telah memperkenalkan
sistem mereka yang menggalakkanperkembangan masyarakat pluralistik.Pluraliti alam Melayu boleh
dikaji berdasarkan plurality social dan alam sekitar.Pluraliti social dapat dilihat berdasarkan
realiti .kehidupan masyarakat yang ada.Masyarakat plurality ketika zaman pemerintahan Melayu
Melaka hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Mereka bekerjsama dan menjalankan aktiviti
harian bersama penduduk tempatan tanpa meragui tentang keselamatan ketika itu kerana dasar
pemerintah dan pembesar yang terbuka mewujudkan kemajuan dan keharmonian tanpa ada rasa
kepentingan peribadi. .
Masyarakat pluraliti lebih mudah diasimilasi kerana factor wujudnya hubungan
perdagangan antara kaum lain iaitu pada ketika dahulu aktiviti perdagangan adalah sangat penting
pada para pedagangan.Untuk memperolehi keuntungan dari hasil perniagaan mereka,ramai
pedagang sanggup mempelajari dan menghayati kebudayaan sesuatu tempat yang mereka
singgahi ,biasanya dengan jangka masa yang lama .Sebagai contoh seorang pedagang Arab
mempelajari bahasa Melayu untuk menambat hati para peniaga Melayu,selain itu juga pedagang
yang mempelajari adat di samping mempamerkan keperibadian yang sopan dan baik . sekaligus
mengahw inkan pedagang tersebut dengan anak gadis mereka.,maka lahir lah percantuman dua
budaya Melayu dan Arab.orang melayu mudah tertarik kepada penampilan mereka serta
kesanggupan mereka menerima budaya dan adat resam yang berlainan.Faktor ini adalah untuk
memudahkan urusan perdagangan dijalankan dengan lebih berkesan.
Faktor kedua sikap dan dasar pemerintah dimana pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka,pemerintahan dijalankan ,para pengawai istana terdiri daripada kaum Melayu dan juga kaum
lain.Kebanyakan terdiri daripada bangsa asing yang terlibat dengan perkahwinan campur.contoh
pengawai istana yang berbangsa asing ialah Raja Mandaliar keturunan India Chetty yang terkenal
dalam Kesusasteraan melayu Melaka Sulatus saltin dan Hikayat Hang Tuah .Sikap pemerintah dan
pembesar yang terbuka telah menwujudkan keharmonian di dalam negeri Melaka sehingga
berlakunya perkahwinan campur antara perempuan Maharaja Cina Puteri hang Li Po dan Sultan
Melaka ( Sultan Mansor Shah).Oleh itu hubungan dilplomatik ini menjadi bertambah erat termasuk
rakyat kedua-dua negara. tersebut.Undang –undang laut Melaka dan Perlembagaan Melaka
mengamalkan undang-undang mengikut syarak.Perdagangan Ketika itu berjalan dengan lancar
telah menjamin keselamatan yang bermutu dan kawalan pengurusan rempah ratus yang cekap
menarik minat pedagang datang ke Melaka sekaligus mewujudkan asimilasi dikalangan masyarakat
plurality.
Faktor seterusnya ialah pengkongsian ilmu dan keagamaan,para pedagang asing datang
ke Melaka bukan sahaja membaparawa kebudayaan mereka malah mereka juga membawa agama
mereka bersama.Sebagai contoh pedagang Arab membawa agama Islam ke Tanah Melayu,mereka
juga menyebarkan ajaran Islam ke Melaka dan menarik minat penduduk Pendudukan tempatan
memeluk agama tersebut..Sebelum kedatangan Islam penduduk tempatan beragama Hindu dan
menganut agama yang mempunyai unsur kepecayaan anisme.Setelah kedatangan Islam Penduduk
tempatan mengalami asimilasi di mana mereka meninggalkan amalan-amalan yang bertentangan
dengan agama Islam dan mewujudkan pula budaya baru dalam kehidupan mereka yang diamalkan
sehingga sekarang seperti mencukur rambut bayi ,menngadakan korban dan akikah serta
sebagainya.Begitu juga dengan pedagang Cina,mereka telah melahirkan kaum baba dan
nyonya.Pencampuran budaya dan ilmu ini telah menghasilkan budaya tempatan yang diserap
masuk ke dalam budaya mereka,sebagai contoh kaum baba dan nyonya hanya memakai baju
kebaya dan berkain batik sebagai pakaian rasmi mereka.Masakan mereka juga lebih kepada
masakan Melayu.Pengetahuan yang ada dikongsi bersama untuk melahirkan kemakmuran kepada
seluruh masyarakat.
Selain itu,faktor penempatan dan pendudukan pedagang juga punca mengapa
masyarakat pluraliit imudah diasimilasi.Proses penghijrahan menjadi galak.Proses perhijrahan dan
pemindahan terjadi tanpa paksaan dari mana-mana pihak,ianya terjadi secara semula jadi mengikut
kehendak individu tersebut.Banyak para pedagang terutamanya dar Arab,China ,India dan Eropah
datang dengan secara rela hati ke Melaka.Mereka mudah berasimilasi dengan masyarakat dan
alam sekitarnya .Kebanyakan mereka menjalinkan hubungan yang sangat baik dengan penduduk
tempatan malah interaksi yang sangat aktif antara pelbagai kaum itu telah buktinya wujudnya satu
masyarakat lain dari perkahwinan campur seperti Baba Nyonya yang terkenal dengan lagu-lagu
Dondang Sayangnya dan Chetty.(India Peranakan).Kaum Chetty tidak bolehi samakan lansung
dengan Chettie si peminjam wang dan pengut.ip hutang .Mereka dikatakan tidak fasih berbahasa
Tamil.Bahasa pertuturan mereka hampir sama dengan bahasa pertuturan baba dan Nyonya dengan
sisipan perkataan-perkataan Tamil untuk hal-hal yang bersangkutan dengan hal-hal keagamaan dan
kekeluargaan.Raut wajah mereka dapat dibezakan kerana ada unsur –unsur asimilasi yang jelas
seperti ciri-ciri kemelayuan dan kecinaan.Pakaian warga tuanya pula lebih kepada pakaian orang
Melayu.Minority daripada mereka menghilangkan hampir semua identity dari tempat mereka
menyebabkan proses asimilasi berlaku dengan lebih mudah.Pada zaman penjajahan Portugis wujud
satu lagi kaum di panggil kaum Serani yang berketurunan Portugis.Sebilangan besar masyarakat ini
tinggal di sebuah perkampungan khas di Melaka Tengah.Akibat kahwin campur antara Melayu,Cina
dan India bentuk rupa mereka lebih mirip kepada ketiga-tiga kaum ini.Bahasa ibunda mereka ialah
bahasa Portugis,ada yang bertutur dalam bahasa Inggeris,umumnya mereka faasih berbahasa
Melayu.Tarian mereka hampir sama dengan tarian joget orang Melayu.Kaum wanitanya pula
khasnya golongan tua gemar berkain batik,bercucuk sanggul dam berkebaya labuh dan mereka
menganut agama Kristian.Cuma bezanya di sini mereka adalah masyarakat yan diasimilasi ketika
kedatangan penjajah pertama di Tanah Melayu.
Faktor Kebudayaan .juga menjadi pendorong utama membentuk masyarakat yang mudah
diasimilasi.Penghijrahan pelbagai kaum ke Melaka telah mewujudkan pelbagai kebudayaan ,apatah
lagi dengan sikap keterbukaan tanpa syarat –syarat yang sulit pemerintah ketika itu menyebabkan
kehadiran pedagang asing di Melaka begitu ramai.Ini menjadikan Melaka menjadi antara pelabuhan
terpenting di dunia ,Melaka menjadi Kota Multi dimana setiap budaya mempunyai tempat masing-
masing .Penglahiran Pluralisme budaya di kalangan masyar akat ketika itu bukanlah suatu fenomena
baharu dalam alam Melayu. Interaksi yang berlansung antara pelbagai budaya seperti Arab pra-
Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islamdan Eropah (Portugis, Belanda & British) dengan budaya
alam Melayu telah berlakusekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan
pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu cirri fenomena kepluralitian
budaya.Maka tidak hairanlah jika masyarakat plurality lebih mudah diasimilasi berbandin dengan
masyarakat plural yang hanya hidup secara berkelompok mengikut kawasan tertentu tanpa
mempedulikan masyarakat lain apatah lagi dipengaruhi dengan cengkeman pemerintah yang
bersifat kapitalis.
Kesimpulannya Hakikatnya Masyarakat pluraliti mengamal gaya hidup yang mementing
adab dan kesopanan,sikap toleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain jika di
bandingkan dengan masyarakat plural yang dilahir dengan paksaan dan penjajahan.Keadilan dan
kedamaian dikongsi bersama.Undang-undang yang dijalankan pula sangat wajar dan cekap
menjadikan masyarakat pluraliti mudah menerima pencantuman budaya.Kesanggupan mereka
meninggalkan hampir keseluruhan identity dari tempat mereka dan penerimaan yang sangat positif
dari kalangan majority ini menjadikan asimilasi dari pelbagai latar belakang telah memghasilkan
kejayaan apatah lagi jika ada persamaan budaya antara majoriti dan minoriti
Masyarakat plural pula mengalami Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi
pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan Negara dikawal
oleh penjajahmanakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan
Melayu.Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsure penting
iaituLegislatif, Eksekutif dan Kehakiman telah diperkenalkan oleh penjajah. Ianyaberbeza dengan
kuasa mutlak raja yang tiada agihan kuasa. Hasil daripadapemerintahan moden ini berkembangnya
sistem ekonomi kapitalis yang berasaskanekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi
ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh. Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yang
mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dan menguntungkan hanya
sebelah pihak sahaja..Kesan-kesan dua golongan masyarakat ini masih ada sehingga hari ini dan
daripada rentetan peristiwa-peristiwa silam maka lahirlah sebuah negara Malaysia yang berbilang
kaum.
DEFINSI MASYARAKAT
Mengikut definisi kamus dewan (2005) masyarakat ialah kumpulan manusia
yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,
keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan
bersemuka. Melalui pergaulan ini, maka terbina pola hubungan sosial yang sifatnya
berulang seperti bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka,
berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung,aktiviti gotong –royong
menghadiri kenduri majlis perkahwinan atau rewang, membantu mereka yang ditimpa
bencana dan menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Ini
merupakan satu pembentukan adat resam yang diamalkan secara turun –
temurun.Pengulangan ini menjadi satu kesepaduan dalam masyarakat,Ini dikenali
sebagai satu unit sosial. Sementara di dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis
antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang utuh
Perhubungan dan pergaulan yang rapat antara masyarakat telah lama
terjalin ,sebagai contoh di Zaman Kesultanan Melayu Melaka.Masyarakat Melayu di
kampung telah wujud berkurun lamanya sebelum kedatangan pedagang asing dari
China,tanah Arab,India mahupun Eropah yang membawa pelbagai kebudayaan masuk
ke Tanah Melayu.Ramai para sarjana telah berpendapat bahawa kebudayaan tidak
akan wujud sekiranya tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta sejagat
bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mengubah,
mencipta, menokok tambah dan melestarikan budaya, serta mewariskannya daripada
generasi kepada generasi melibatkan jutaan tahun dalam peradaban manusia. Proses
mewariskan budaya merangkumi interaksi dua generasi; pertamanya, generasi yang
menurunkan budaya; dan keduanya, generasi yang menerima budaya.
Generasi yang menurunkan warisan itu ketika menerima budaya tersebut telah
mengubah sedikit budaya yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran sosial dan
fizikal. seperti juga yang dilakukan oleh generasi yang telah menerima, terdiri daripada
anak-anak mereka pun turut mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan
situasi sosial dan fizikal semasa.Kesinambungan inilah, sesuatu budaya terus menerus
diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman, yang selanjutnya menjadi
asas pembinaan sesebuah tamadun besar seperti di Mesir, negara China,India dan
sebagainya
Ciri –ciri utama masyarakat ialah hidup berkelompok,mempunyai
budaya,memiliki kepimpinan ( pemerintah dan yang diperintah),mengalami
perubahan ,sentiasa berinteraksi sama ada dari tempatan dan pihak luar ,dan akhir
sekali mempunyai aturan sosialnya tersendiri.Masyarakat yang berbudaya berkembang
dengan menurunkan dua bentuk budaya: budaya material seperti Tembok Besar China
dan Piramid di Mesir; yang wujud sejak sekian lamanya.Sistem kepercayaan dan
agama, falsafah dan kesusasteraa, pemikiran berasaskan sains serta kemampuan
menciptaan sesuatu teknologi (bukan material)telah menjadi satu keperluan penting.
Paduan kedua-dua inilah yang menjadi pendorong kepada perkembangan dan
kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan setiap anggota masyarakat diperlukan
bukan sahaja berfungsi untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang,
ekonomi, politik dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi dan semangat
mencintai masyarakat atau sesebuah negara, sekaligus pula membentuk pelbagai rupa
jenis masyarakat.
Huraian yang telah dinyatakan menegaskan bahawa masyarakat yang
mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.Sebagai contoh di Malaysia satu
ketika dahulu ,masyarakat terdiri daripada masyarakat plurality dan pluralistic(plural).Di
kaji dari segi sejarahnya, masyrakat Malaysia juga telah terbukti mempunyai asas
kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni
. Hal ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melaui pemikiran, nilai
sosiobudaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang
mereka amalkan sehingga hubungan etnik yang harmonis terus bertahan dengan baik.
Konsep Etnik atau kaum bermaksud satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan
mereka melalui nenek moyang yangsama. Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok
sama.Sementara. etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yang
mengamalkan cara hidup,adat resam,ekonomi,budaya yang dikatakan hampir seragam.
Maksud masyarakat plural ialah masyarakat yang mempunyai dua atau lebih
daripada dua unsur.Ada unsur pemaksaan dan perbezaan.Pada peringkat sosialnya
terdapat saingan dan tidak bercampur.Unsur-unsur ini telah merujuk kepada satu unit
politik.Dalam konteks alam Melayu,masyarakat merujuk kepada tiga komuniti etnik
utama yang terdapat dimalaysia khususnya iaitu kaum Melayu,Cina dan India.Bukan
membabitkan tiga kaum itu sahaja malah terdapat banyak lagi lain –lain kaum seperti
Punjabi ,Sikh,orang asli,Kadazan, Murut,Iban dan sebagainya yang menetap di
Malaysia.
Masyarakat Plural juga lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk.Unsur majmuk
ini sememangnya sudah sebati dengan negara Malaysia kerana Malaysia merupakan
negara yang beridentitikan pelbagai kaum.Menurut Funivall majmuk wujud dari dasar-
dasar penjajah yang menggalakan penghijrahan penduduk kerana keperluan
ekonomi.Ini telah mengakibatkan lahirnya kelompok-kelompok campuran tetapi tidak
bergantung antara kaum dan amat kuat berpegang kepada ajaran
agama.budaya ,bahasa dan cara hidup.Pedatang asing dari pelbagai kaum telah
bermula semasa era kegemilangan kerajaan Melaka tetapi kedatangan mereka ini tida
dapat dilabelkan sebagai masyarakat majmuk kerana istilah ini bermula pada
penghujung abad ke 18 di Tanah Melayu dengan penjajahan British,kuasa-kuasa besar
yang lain datang dengan membawa budaya dan system pemerintahannya maka
berkembanglah masyarakat yang di panggil masyarakat plural atau pluralistic .
Ciri –ciri masyarakat plural atau majmuk yang dikenalpasti ialah dua atau lebih
daripada bilangan etnik,tidak bercampur –gaul,pemerintahan yang berlainan
kaum,pembahagian ekonomi antara kaum adalah berlainan,lebih cenderung kepada
konflik dan memerlukan kawalan dari pihak atau kuasa luar,pasar menjadi
tempatinteraksi,setiap kumpulan etnik mempunyai budaya dan adat resam sendiri dan
mempunyai garis pemisah.Ini terbukti semasa penjajahan Inggeris orang Melayu diasuh
menjadi petani dan nelayan,mereka menetap di kampung –kampung.Orang Cina pula
menjadi pelombong atau peniaga dan tinggal di bandar sementera orang India
ditempatkan di lading-ladang getah untuk menjadi peladang.mereka hidup secara
berasing yang diaturkan oleh penjajah dengan mengamalkan adat resam yang
diwarisi,Inggeris telah membawa masuk ramai imigiran dari Cina pada kurun ke 19 dan
kurun ke 20 untuk menjalankan aktiviti melombong dan India pada 1824 semasa
perjanjian Inggeris –Belanda yang menjadi tawanan mereka.Penjajah juga
menggunakan mereka untuk mengusahakan lading-ladang teh ,tebu fdan getah di
samping menjadi buruh.
Pembentukan masyarakat plural diambil kira berdasarkan tiga perkara utama
iaitu penempatan kawasan dan hidup dengan aturan sendiri serta boleh bergabung
dengan kaum lain.Perkara kedua ialah proses tindakan ,kelakuan dan pemikiranyang di
warisi manakala akhir sekali ialah identity yang dikekalkan dari tempat asal.Sejarah
pembentukan masyarakat plural di Tanah Melayu bermula selepasa campurtangan
Inggeris dalam system pentadbiran negeri-negeri Melayu pada abad ke 19.Tanah
melayu pernah dijajah oleh tiga kuasa besar iaitu Portugis (1511) ,Belanda (1597)
dan ,Inggeris .
Kemasukan kuasa-kuasa penjajah ke negara ini banyak memberi kesan
terhadap system politik dan adat budaya di negara ini,malah telah menjadikan
Malaysia sebagai satu negara bangsa,pengaruh in sukar diakhiri apatah lagi kelompok
ini mempunyai pelbagai etnik.Penyatuan antara tiga kaum di Malaysia telah
membuahkan hasil apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,maka
tamatlah penjajahan Inggeris yang menjadi pengasas dan kepada titik permulaan
berkembangnya masyarakat plural dan pluralistic di Tanah Melayu.
Baba dan Nyonya Chetty (India
Peranakan)
Masyarakat berbilang kaum (PLURAL)
PLURALITI