deraf teks ucapan yb. datuk abdul rahman dahlan … ucapan yb menteri 18 mei... · sebagai...
TRANSCRIPT
DERAF TEKS UCAPAN
YB. DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
SEMPENA
MAJLIS AMANAT YB MENTERI SEMPENA PENGUATKUASAAN
PENGASINGAN SISA PEPEJAL DI PUNCA
18 MEI 2016 (RABU) DEWAN KRISTAL
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
2
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia.
1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
SWT atas limpah rahmat dan izin Nya, kita dapat bersama-sama dan
berkumpul pada pagi ini bagi menyampaikan amanat yang penting kepada
warga kerja penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (SWCorp) bersempena dengan Penguatkuasaan
3
Pengasingan Sisa Pepejal di Punca bermula pada 1 Jun 2016 ini.
Sesungguhnya kehadiran YBhg.Datuk/Tuan/Puan dan para hadirin ke majlis
ini telah menzahirkan komitmen yang tinggi bagi memastikan usaha kerajaan
dalam meningkatkan kadar kitar semula Negara pada tahap yang
membanggakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekaligus
mengurangkan jumlah penjanaan sisa pepejal ke tapak pelupusan yang perlu
diuruskan dengan peruntukan yang tinggi.
4
2. SWCorp yang telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 merupakan agensi
yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan peraturan-peraturan
yang berkaitan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan awam. Mulai 1 September 2011, Akta 672 telah dikuatkuasakan
di beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Objektif
melaksanakan penguatkuasaan Akta 672 ini adalah untuk menyelaras dan
mentransformasikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan
5
pembersihan awam negara dengan meningkatkan profesionalisme
perkhidmatan di negeri-negeri berkaitan. Dengan usaha-usaha transformasi
ini, diharap dapat mengatasi cabaran-cabaran yang semakin kompleks
dewasa ini dan di antara cabarannya adalah peningkatan kos pengurusan
sisa pepejal dan kadar kitar semula yang masih terbelakang berbanding
dengan negara-negara maju yang lain.
6
3. Sebagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar, kerajaan telah
menguatkuasakan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca bermula 1 September
2015 yang lalu di negeri-negeri yang menggunapakai Akta 672. Hanya
dengan tiga langkah mudah, kita dapat menyelamatkan tapak pelupusan
sampah yang semakin padat saban hari. Salah satu tujuan pengasingan sisa
ini dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat
terhadap amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta dapat memupuk
pembudayaan amalan kebersihan dalam memastikan kelestarian alam
7
sekitar untuk menjayakan aspirasi negara menjadi sebuah negara yang
bersih, indah dan sejahtera menjelang 2020.
4. Sebagaimana yang kita sedia maklum juga, bermula 1 Jun 2016 ini
adalah hari yang amat bersejarah buat SWCorp dan kerajaan khususnya iaitu
pelaksanaan penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca secara
mandatori dan langkah ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan memastikan
peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi oleh masyarakat. Langkah
8
penguatkuasaan ini adalah langkah terakhir yang diambil oleh SWCorp
kepada masyarakat setelah pendidikan, kempen dan engagement yang telah
dilakukan bermula 1 Jun 2015 dan ini merupakan fasa ketiga di mana
tindakan penguatkuasaan akan dikenakan kepada mana-mana premis di
bawah seliaan SWCorp yang didapati tidak mengasingkan sisa pepejal di
punca. Penguatkuasaan ini bukan bertujuan untuk menghukum masyarakat
tetapi untuk memberikan gambaran bahawa kerajaan memandang serius
berkaitan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca.
9
Para hadirin yang dihormati sekalian,
5. SWCorp harus menjadi pemangkin kepada transformasi minda
masyarakat dan melakukan perubahan yang signifikan kepada negara dalam
usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan
sejahtera. Hal ini dapat dilihat dalam pelaksanaan pengasingan sisa pepejal
di punca melalui dua fasa sebelum ini di mana fasa pertama melibatkan
pemakluman kepada masyarakat berhubung panduan dan kaedah
berkenaan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca dengan edaran
10
risalah kepada setiap premis dan fasa kedua melibatkan Ops Mata Hati yang
bertujuan mendidik masyarakat dan memberikan penerangan mengenai
pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca kepada penghuni premis.
Hasil usaha dan pengorbanan yang telah dilaksanakan dalam memastikan
inisiatif Kerajaan untuk melaksanakan Pengasingan Sisa di Punca mulai 1
September 2015 yang lalu tercapai, sehingga Mei 2016, sebanyak 85,239
surat peringatan mesra telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang
didapati tidak melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca dan ini
11
membuktikan warga kerja penguatkuasa SWCorp sentiasa komited dalam
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.
6. SWCorp perlu mempunyai strategi bagi memantapkan fungsinya
sehingga menjadikan SWCorp sebagai sebuah organisasi yang membuktikan
kewibawaannya dalam melaksanakan perubahan besar kepada landskap
pengurusan sisa pepejal dan kebersihan negara. Untuk itu, satu ketetapan
atau garis panduan telah diwujudkan kepada warga kerja penguatkuasa
dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan agar keseragaman tindakan
12
adalah sama di semua negeri di bawah seliaan SWCorp. Diharapkan semua
warga kerja penguatkuasa SWCorp dapat menjalankan tugas berdasarkan
garis panduan yang telah dibangunkan ini bagi memastikan tiada pertikaian
yang boleh diambil oleh orang awam apabila tindakan penguatkuasaan
dilaksanakan.
7. Pendidikan secara berterusan juga perlu diberi kepada masyarakat
untuk melakukan pengasingan sisa pepejal di punca dengan cara yang betul.
Penguatkuasaan adalah langkah yang terakhir yang akan diambil sekiranya
13
masyarakat masih ingkar dengan tidak melakukan pengasingan. Kempen
dan ceramah secara berterusan perlu diberikan kepada masyarakat agar
penambahbaikan dalam melaksanakan pengasingan akan terlaksana dan
menjadi ikutan masyarakat yang lain.
8. Selain itu, saya juga ingin mengingatkan kepada semua bahawa kita
perlu mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang
kukuh dalam tugasan seharian. Pemantapan integriti dan akauntabiliti dalam
setiap diri warga kerja penguatkuasa SWCorp adalah merupakan landasan
14
yang sangat penting dalam meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap
keupayaan SWCorp melaksanakan dasar yang digariskan. Albert Einstein
pernah berkata: “whoever is careless with the truth in small matters cannot be
trusted with important matters.” Jesteru, warga kerja Penguatkuasa perlu
menekankan aspek integriti yang tinggi semasa mengambil tindakan
penguatkuasaan kepada orang awam. Ini adalah amat penting dalam
memastikan imej Kementerian dan kerajaan khususnya tidak tercemar. Perlu
diingatkan juga bahawa, walaupun kita mempunyai kuasa dalam
mengenakan tindakan undang-undang, kita perlu berhemah dalam setiap
15
tindakan yang diambil dan amalan tegas tetapi mesra perlu diamalkan dalam
setiap tindakan yang dilaksanakan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
9. Ke arah mencapai matlamat dan kepentingan pengasingan sisa pepejal
di punca ini, warga kerja penguatkuasa SWCorp perlu mempertingkatkan
tekad dan azam untuk berusaha dengan lebih gigih, mempunyai disiplin yang
tinggi dan amanah dalam satu pasukan yang kuat untuk meningkatkan
16
prestasi dan meneruskan momentum kecemerlangan SWCorp. Dengan
strategi-strategi yang berkesan di samping pendekatan-pendekatan yang
strategik, impak ke atas pelaksanaaan penguatkuasaan pengasingan sisa
pepejal di punca ini dapat merealisasikan perubahan minda masyarakat ke
arah sebuah masyarakat yang menghargai kebersihan persekitaran dan
pengamalan kitar semula yang meningkat kepada 22% pada tahun 2020.
17
10. Selain itu, faktor utama penentu kejayaan pelaksanaan
penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca ini adalah kesediaan
warga kerja penguatkuasa sendiri untuk merubah minda dan cara bekerja
kepada budaya kerja kelas pertama bagi menggalas cabaran-cabaran dalam
mentransformasikan minda masyarakat untuk merealisasikan aspirasi ke
arah meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera
setanding negara-negara maju yang lain. Dengan penguatkuasaan ini,
diharap akan dapat memberikan nilai tambah kepada kerajaan serta dapat
18
membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan berkaitan pengurusan sisa
pepejal.
11. Dalam usaha untuk menjadikan SWCorp yang sekaligus membawa
nama Kementerian sebagai sebuah organisasi yang dihormati dan dicontohi,
kita perlu peka kepada cabaran-cabaran yang harus ditempuhi supaya kita
sentiasa berada dalam keadaan kompetitif. Sesungguhnya, langkah-langkah
yang telah dilaksanakan dalam tahun-tahun terdahulu hanyala langkah-
langkah permulaan dalam perjalanan ke arah masa depan yang lebih baik.
19
Justeru, dengan penguatkuasaan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di
punca ini diharapkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
melaksanakan dan mengamalkan penjagaan alam sekitar secara optimum
terutama dalam melaksanakan pengasingan dengan cara yang betul dan
konsisten sekaligus dijangka mampu mengurangkan 40% jumlah sisa pepejal
yang dihantar ke tapak pelupusan dan menambah jangka hayat tapak
pelupusan sedia ada. Semoga hasrat untuk menyenaraikan Malaysia di
antara negara terbersih di dunia mampu tercapai.
20
Akhir kalam, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada
semua warga kerja SWCorp yang telah menggembeleng usaha dan tenaga
dalam memastikan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca ini
direalisasikan dan saya yakin dengan sokongan semua pihak, kita mampu
meninggalkan satu legasi dalam pengurusan sisa pepejal negara yang
komprehensif, moden dan mampan yang akan menjadi kebanggaan negara
dan rakyat Malaysia.
21
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.