doa kita - sacredheartkl.org · ramai orang katolik mendapati ajaran ini sukar diikuti kerana ......

4
Published by: Print: Stenoprint Sdn Bhd Design: The Mustard Seed Studio Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected] Siapa boleh memberi anda kedamaian melainkan Tuhan? Adakah dunia pernah dapat memuaskan hati? - Sto. Gerard Yesus memberitahu kita pada Injil hari ini: “Sebab pada awal dunia, (dan bukan sesuatu yang difikirkan selepas penciptaan) Allah menjadikan mereka laki-laki dan perempuan (jantina). Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu (dalam perkahwinan) dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging (demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu (tidak dipisahkan). Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia (untuk selamanya). Markus 10:6-9 Ramai orang Katolik mendapati ajaran ini sukar diikuti kerana dunia memberikan pilihan yang lebih menarik dimana berkaitan seks dan perkahwinan. Dunia berkata kita harus dibenarkan untuk menyatakan pilihan peribadi kita berkaitan dengan seks kasual; perkahwinan seks sejenis dan perceraian. Jika Gereja dianggap hilang sentuhan terhadap realiti bagi kehidupan moden; jadi mengapa pilihan alternatif yang ditawarkan oleh dunia masih menyebabkan orang tidak puas hati, berasa kosong dan digunakan? Mengapa orang masih mencari kasih dan kepenuhan dalam hubungan mereka? Keinginan seksual, perbuatan seksual dan keseronokan seksual bukanlah dianggap kotor atau jijik oleh Tuhan dan GerejaNya. Sebaliknya ia diraikan dalam konteks perkahwinan. Tuhan adalah cinta, dan segala penciptaan (Bacaan Pertama- Kej 2:18-24) adalah berkaitan dengan cinta. Uskup Fulton Sheen pernah berkata bahawa ia mengambil tiga untuk berkahwin. Apabila dua orang jatuh cinta, itu adalah bahagian pertama perkahwinan mereka. Tetapi apabila mereka bersama jatuh cinta kepada Tuhan; perkahwinan mereka akan selesai. Berdiri di antara Tuhan dan dunia - Mazmur hari ini (Mazmur 127: 1-6) mengajak kita untuk takut kepada Tuhan (menentang kepuasan diri kita) dan berjalan dalam cara-Nya dan kita akan bahagia dan keluarga kita akan diberkati. Bukankah ini yang kita semua inginkan dalam kehidupan... Kebahagiaan dan Keberkatan? Menjelang Sinod untuk Belia akan diadakan di Roma pada Oktober 2018, kita berdoa bahawa perkahwinan dan keluarga masih merupakan cita-cita dan rancangan yang diterapkan oleh anak-anak muda kita. Ajaran Gereja Katolik kita: Tidak kepada seks sebelum berkahwin Tidak kepada perkahwinan sejenis Tidak kepada seks luar perkahwinan Tidak kepada perceraian selepas berkahwin Jalan Tuhan atau Dunia NEW WAY OF BEING CHURCH 7 OKTOBER 2018 Apabila mereka bersama jatuh cinta kepada Tuhan; perkahwinan mereka akan selesai. BUL 40/2018 MENYEBERANGI SEMPADAN DAN BERJALAN DIDALAM KRISTUS TEMA BULANAN: Image: ©123rf.com Hari Minggu Biasa Ke-27 Perkataan mingguan EDARAN DALAMAN SAHAJA MENJADI MURID-MURID HARAPAN

Upload: truongtram

Post on 13-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Published by: Print: Stenoprint Sdn BhdDesign: The Mustard Seed Studio

Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected]

Siapa boleh memberi anda

kedamaian melainkan

Tuhan? Adakah dunia pernah dapat memuaskan

hati? - Sto. Gerard

Yesus memberitahu kita pada Injil hari ini: “Sebab pada awal dunia, (dan bukan sesuatu yang difikirkan selepas penciptaan) Allah menjadikan mereka laki-laki dan perempuan (jantina). Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu (dalam perkahwinan) dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging (demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu (tidak dipisahkan). Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia (untuk selamanya). Markus 10:6-9

Ramai orang Katolik mendapati ajaran ini sukar diikuti kerana dunia memberikan pilihan yang lebih menarik dimana berkaitan seks dan perkahwinan. Dunia berkata kita harus dibenarkan untuk menyatakan pilihan peribadi kita berkaitan dengan seks kasual; perkahwinan seks sejenis dan perceraian.

Jika Gereja dianggap hilang sentuhan terhadap realiti bagi kehidupan moden; jadi mengapa pilihan alternatif yang ditawarkan oleh dunia masih menyebabkan orang tidak puas hati, berasa kosong dan digunakan? Mengapa orang masih mencari kasih dan kepenuhan dalam hubungan mereka?

Keinginan seksual, perbuatan seksual dan keseronokan seksual bukanlah dianggap kotor atau jijik oleh Tuhan dan GerejaNya. Sebaliknya ia diraikan dalam konteks perkahwinan. Tuhan adalah cinta, dan segala penciptaan (Bacaan Pertama- Kej 2:18-24) adalah berkaitan dengan cinta. Uskup Fulton Sheen pernah berkata bahawa ia mengambil tiga untuk berkahwin. Apabila dua orang jatuh cinta, itu adalah bahagian pertama perkahwinan mereka. Tetapi apabila mereka bersama jatuh cinta kepada Tuhan; perkahwinan mereka akan selesai.

Berdiri di antara Tuhan dan dunia - Mazmur hari ini (Mazmur 127: 1-6) mengajak kita untuk takut kepada Tuhan (menentang kepuasan diri kita) dan berjalan dalam cara-Nya dan kita akan bahagia dan keluarga kita akan diberkati. Bukankah ini yang kita semua inginkan dalam kehidupan... Kebahagiaan dan Keberkatan?

Menjelang Sinod untuk Belia akan diadakan di Roma pada Oktober 2018, kita berdoa bahawa perkahwinan dan keluarga masih merupakan cita-cita dan rancangan yang diterapkan oleh anak-anak muda kita. ✟ Ajaran Gereja Katolik kita:

� Tidak kepada seks sebelum berkahwin � Tidak kepada perkahwinan sejenis � Tidak kepada seks luar perkahwinan � Tidak kepada perceraian selepas berkahwin

Jalan Tuhan atau Dunia

N E W W A Y O F B E I N G C H U R C H

7 OKTOBER 2018

Apabila mereka bersama jatuh cinta kepada

Tuhan; perkahwinan mereka akan

selesai.

BUL 40/2018

MENYEBERANGI SEMPADAN DANBERJALAN DIDALAM KRISTUS

TEMA BULANAN:

Image: ©123rf.com

Hari Minggu Biasa Ke-27

Perkataanmingguan

EDARAN DALAMAN SAHAJA

M E N J A D I M U R I D - M U R I D H A R A P A N

Published by: Print: Stenoprint Sdn BhdDesign: The Mustard Seed Studio

Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected]

Anda pergilah berdoa; untuk menjadi api unggun, api hidup dan

untuk memberi cahaya dan kehangatan.

– Sto. Josemaria Escriva

Kita berlari kepada Tuhan sama seperti lelaki muda kaya yang berlari kepada Yesus. Yesus meminta orang muda itu untuk menjualkan segala hartanya, memberikannya kepada orang miskin dan mengikuti Dia. Perkara ini adalah berat bagi lelaki muda kaya itu kerana dia terlalu terikat untuk hidup lebih kaya.

Bagaimana dengan kita? Adakah kita sanggup memberikan Harta, Bakat dan Masa kita dalam pelayanan kepada yang 'miskin'? Atau adakah kita menghitung kos dan memilih untuk tetap berada di “zon selesa” kita dan "mengikut" perintah-perintah dan bukannya mengikuti Kristus.

Kita diingatkan; Penyelamatan Yesus tidak melakukan apa-apa kepada kita jika ianya tidak menjadi semuanya kepada kita. Untuk menerima Penyelamatan, kita mesti menghargainya dari segala yang lain. Kita perlu meletakkan Tuhan terlebih dahulu dalam kehidupan kita - di atas semua kuasa, kedudukan dan harta benda kita.

Apa yang boleh menjadi doa kita? Pembacaan Pertama dari Kitab Kebijaksanaan 7: 7-11, berbicara tentang Raja Salomo yang meminta Tuhan untuk Kebijaksanaan dan bukannya Kekayaan. Raja Salomo melihat Kebijaksanaan sebagai lebih baik daripada tongkat kerajaan dan takhta; emas dan perak; kesihatan dan kecantikan.

Raja Solomo suka kepada Tuhan dan dengan rendah hati meminta Tuhan untuk minda yang memahami untuk membezakan antara yang baik dan yang jahat supaya ia dapat menjadi Raja yang baik.

Ini menyenangkan Tuhan apabila Solomo meminta Kebijaksanaan dan bukannya kehidupan yang panjang atau kekayaan atau nyawa musuh-musuhnya. Oleh sebab itu Tuhan tidak hanya memberi Raja Salomo pemikiran yang bijaksana dan arif tetapi juga kekayaan dan kehormatan.

Jadilah rendah hati dan ikhlas dalam doa anda dan anda mungkin terkejut dengan respon dari Tuhan. ✟

ita adalah seperti seorang lelaki muda kaya dalam bacaan Injil (Mrk 10:17-30) hari ini. Kita sentiasa mencari makna kehidupan

dan cuba memahaminya. Kadang kala kita mengalami kekosongan yang hanya Tuhan dapat memuaskan; dan bukannya perkara material. Kita mempunyai pertanyaan untuk Tuhan.

N E W W A Y O F B E I N G C H U R C H

Kita perlu meletakkan Tuhan terlebih dahulu

dalam kehidupan kita.

Doa Kita...

BUL 41/2018

14 OKTOBER 2018

Hari Minggu Biasa Ke-28

Perkataanmingguan

EDARAN DALAMAN SAHAJA

MENYEBERANGI SEMPADAN DANBERJALAN DIDALAM KRISTUS

TEMA BULANAN:

K

M E N J A D I M U R I D - M U R I D H A R A P A N

Apabila anda melayani orang lain, anda perlu menjadi yang paling

kurang.

Published by: Print: Stenoprint Sdn BhdDesign: The Mustard Seed Studio

Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected] 42/2018

Untuk menjadi

hamba Kristus adalah untuk benar-benar

bebas. - St. Agatha

Permintaan ini dibuat ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya dalam perjalanan ke Yerusalem setelah Yesus telah menubuatkan mereka untuk kali ketiga tentang Kematian dan Kebangkitan-Nya yang akan datang. Oleh itu mungkin kedua-dua murid ini memutuskan untuk "menempah" tempat-tempat kehormatan mereka sebelum ada murid-murid lain tergesa-gesa meminta. Satu kes siapa cepat dia dapat.

Kadang-kadang bila kita sudah lama dan bersungguh-sungguh melayani di dalam ministri Gereja, kita percaya bahawa kita berhak untuk diiktiraf, dihormati dan dihargai.

Seseorang perlu memberitahu pimpinan seperti ini bahawa "hidup anda bukan tentang anda". Jika kita melihat kehidupan kita sebagai drama kita perlu bergerak dari drama "Ego-drama" di mana "Saya" atau "Kami" menguasai kepada drama "Theo-drama" di mana Tuhan mengambil tempat yang benar di hati kita semasa kita melayani.

Dalam "Theo-drama" kita sentiasa mencari Tuhan dengan kata-kata ini "Berbicaralah Tuhan, hamba-Mu sedang mendengar" daripada mengikuti contoh Yakobus dan Yohanes yang membuat permintaan yang berani (dan agak sombong) dalam Mk 10:35 yang adalah serupa dengan mereka memberitahu Yesus "Dengarlah Tuhan, hamba-hamba mu sedang berkata-kata".

Hasrat yang disuarakan oleh Yakobus dan Yohanes, membawa Yesus untuk memperjelaskan sifat sebenar kepimpinan Kristian (10:37). Murid-muridnya tidak meniru kemegahan dan kezaliman penguasa-penguasa bangsa-bangsa (10:42) tetapi kerendahan hati dan pelayanannya yang telah ditunjukkan untuk mereka selama pelayanannya. (10:45).

Apabila anda melayani orang lain, anda perlu menjadi yang paling kurang. Ini adalah di mana anda mencari tempat yang paling rendah penghormatan dan mencari pengiktirafan paling rendah. Dengan cara ini anda menilai kuasa Allah dan anda mencari kehormatan Tuhan. Itulah kuasa sebenar dan penghormatan sejati. ✟

N E W W A Y O F B E I N G C H U R C H

sebagai hamba kepada orang lainSikap kita... Sikap kita...

Dalam Injil hari ini (Mk 10: 35-45) Yakobus dan Yohanes membuat tuntutan yang berani dari tuan mereka:

“Guru, kami harap supaya Engkau kiranya mengabulkan suatu permintaan kami!” (10:35)

“Perkenankanlah kami duduk di sebelah kiri dan kanan dalam kemuliaan-Mu kelak, yang seorang lagi di sebelah kanan-Mu

dan yang seorang di sebelah kiri-Mu.” (10:37)

TEMA BULANAN:

MENYEBERANGI SEMPADAN DANBERJALAN DIDALAM KRISTUS

21 OKTOBER 2018

Hari Minggu Biasa Ke-29

M E N J A D I M U R I D - M U R I D H A R A P A N

Perkataanmingguan

EDARAN DALAMAN SAHAJA

Apakah Yesus memanggil untuk

kamu lakukan bagi orang lain?

Published by: Print: Stenoprint Sdn BhdDesign: The Mustard Seed Studio

Peninsular Malaysia Pastoral Team [email protected] 43/2018

Seluruh kebaikan kita bukan hanya

untuk menerima kebenaran

firman Tuhan, tetapi juga untuk

sentiasa menghidupinya.

- Sto. Francis de Sales Harapan Kita...

untuk ‘melihat’seperti Bartimaeus

Kita juga boleh menjadi buta rohani terhadap kebenaran perkara yang paling dalam dan tidak berdaya dalam perhambaan dosa. Kita tidak boleh hilang harapan dan jangan menyerah tidak kira betapa sukarnya keadaan kita. Ramai yang akan menentang akan kepercayaan kita kepada Yesus Kristus dan berusaha untuk mengejek dan menggagalkan kita. Kita perlu ingat akan Bartimaeus; untuk bersungguh-sungguh dalam doa dan menjaga iman.

Marilah kita meluangkan masa minggu yang akan datang untuk memikirkan sikap kita yang mungkin akan membuatkan kita buta rohani. Renunglah diri sendiri apakah sikap dan kepercayaan yang menahan kita daripada dipanggil untuk menjadi murid-murid Yesus.

Renunglah masa-masa dalam kehidupan anda apabila menjadi buta rohani yang mungkin menghalang anda daripada mengenali kehadiran Kristus dalam komuniti anda; tempat kerja; dalam golongan miskin dan terpinggir. Apakah Yesus memanggil untuk kamu lakukan bagi orang lain?

St Markus menggambarkan keghairahan Bartimaeus ketika Yesus akhirnya memanggilnya: "Dia melemparkan jubahnya, bangun dan terus datang kepada Yesus." Terdapat tenaga dalam tindak balas segeranya dengan kuat menunjukkan semangat yang seharusnya menjadi "tanda" bagi setiap murid.

Bagaimana anda menjawab pertanyaan Yesus "apa yang kamu mahu saya lakukan untuk anda? Apabila Tuhan memanggil, kita mesti bersedia untuk bertindak dengan penuh semangat.

Bartimaeus dapat melihat semula dan dengan itu kepenuhan bagi martabatnya. Dia dapat berdiri kembali dan mengikut Yesus.

Apabila kita membuka diri kepada rahmat Tuhan, kita dapat disembuhkan dari kebutaan rohani yang kadang-kadang menghalang kita daripada mengikuti Yesus dengan bebas dan gembira. Pelayanan penyembuhan Yesus Kristus adalah "hijrah" yang baru dari penghambaan dosa kepada kebebasan 'Sion syurgawi'. (Pembacaan Pertama Yeremia 31: 7-9) ✟

Bacaan Injil Mrk 10: 46-52 pada hari ini mengajar kita

tentang menjadi murid harapan.

Bartimaeus seorang yang buta, terdesak dan memohon untuk terus hidup. Namun dalam ketidakberdayaannya, Bartimaeus tidak pernah kehilangan harapan. Dia menunggu penyembuhan dan menge- tahui Yesus berada di sekitar, dia berseru tanpa henti, "Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku". Malah penolakan orang ramai tidak dapat menghalang Bartimaeus.

NEW WAY OF BEING CHURCH

T

TEMA BULANAN:

MENYEBERANGI SEMPADAN DAN BERJALAN DIDALAM KRISTUS

28 OKTOBER 2018

Hari Minggu Biasa Ke-30

Perkataanmingguan

EDARAN DALAMAN SAHAJA

M E N J A D I M U R I D - M U R I D H A R A P A N