dondang sayang.pptx

26
Dondang Sayang

Upload: tamil-silvam-raja

Post on 14-Jul-2016

87 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dondang Sayang.pptx

Dondang Sayang

Page 2: Dondang Sayang.pptx

Sejarah

Page 3: Dondang Sayang.pptx

• Dondang sayang bermaksud nyanyian kasih, berasal daripada perkataan dendang yang bererti nyanyian dan sayang bermaksud kasih

• Dalam persembahan dondang sayang, penyanyi akan mendendangkan pantun 4 kerat dan penyanyi lain akan menjawabnya

• Suasana menarik ialah apabila dua atau lebih orang penyanyi menjual beli pantun sambil sindir menyindir

• Pantun dicipta secara spontan bertema kasih sayang, budi, buah, laut, jenaka, nasihat dan sebagainya.

• Dahulu, masa untuk balas-membalas pantun tidak terhad• Penyanyi yang tidak dapat membalas pantun terpaksa menarik diri• Persembahan dondang sayang boleh diadakan di mana-mana sahaja• Dinyanyikan di majlis perkahwinan, hari keramaian dan di Pesta Mandi Safar Melaka.• Dalam persembahan dondang sayang, lazimnya lagu inang, joget dan asli disampaikan

secara selingan• Di Pulau Pinang, dondang sayang dinyanyikan pada hari Chap Goh Meh• Tradisi ini wujud di Pulau Pinang sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

Page 4: Dondang Sayang.pptx

SejarahTerdapat 2 teori mengenai sejarah asal usul dondang sayang.• Pendapat pertama – dondang sayang berasal dari Penyengat Riau• Pendapat kedua• Mula wujudnya di Negeri Melaka pada zaman kegemilangan

kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15• Dondang Sayang bukan sahaja popular dalam kalangan orang

Melayu malahan telah terkenal dalam kalangan Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang, Singapura serta masyhur juga dalam kalangan masyarakat Chetti dan Portugis di Melaka

Page 5: Dondang Sayang.pptx

• Seni tradisi ini telah tersebar luas ke seluruh dunia Melayu khususnya di Kepulauan Nusantara hasil perhubungan yang terjalin melalui :

I) Siasah empayar Melaka dan Johor - Riau

II) Perhubungan perdagangan melalui negeri Selat

III) Penubuhan Negeri-Negeri Selat di bawah pemerintahan Inggeris

IV) Kesan penjajahan Inggeris – Belanda

Page 6: Dondang Sayang.pptx

Konsep Muzik

Page 7: Dondang Sayang.pptx

Alat-alat Muzik

Page 8: Dondang Sayang.pptx

• Ensembel dondang sayang asli terdiri daripada 1 biola, 2 rebana dan 1 gong.

• Pasa masa sekarang harmonium, akordion, gitar dan tamburin juga digunakan.

• Oleh sebab ensembel ini serupa dengan ensembel ronggeng, lagu-lagu asli,inang dan joget dimainkan

• Kadang kala pemain rebana juga menyanyi

• Muzik dondang sayang• Semua lagu dondang sayang berasaskan satu melodi sahaja

Page 9: Dondang Sayang.pptx

Kordofon ialah sejenis alat muzik yang menghasilkan bunyi daripada tali yang diregangkan.

Kordofon

Page 10: Dondang Sayang.pptx

Biola

• Biola atau violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan mengunakan penggesek biola (bow).

• Biola mempunyai empat tali dan leher yang tidak mempunyai fret

• Biola dimainkan dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain.

Page 11: Dondang Sayang.pptx

Gitar

• Gitar,sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat muzik solo klasik.

• Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret".

• Badannya seakan-akan berbentuk biola. • Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan

dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar).

Page 12: Dondang Sayang.pptx

Idiofon merupakan alat muzik yang menghasilkan bunyi secara spontan melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk alat tersebut.

Idiofon

Page 13: Dondang Sayang.pptx

Gong

• Gong berbusut • Diperbuat daripada logam.• Dipukul dengan pemukul yang berbalut

Page 14: Dondang Sayang.pptx

Tamborin

• Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit

Page 15: Dondang Sayang.pptx

Membranofon ialah alat muzikyang menghasilkan bunyi daripada kulit yang diregangkan.

Membranofon

Page 16: Dondang Sayang.pptx

Rebana

• Berasal daripada Timur Tengah Perkataan asal daripada bahasa Arab “rabbana”

• Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. • Belulang kambing dipasang dan disirat dengan pasak-pasak

kayu yang terdapat pada kakinya

Page 17: Dondang Sayang.pptx

Erofon ialah sejenis alat muzik di mana sifat serta sumber-sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin.

Erofon

Page 18: Dondang Sayang.pptx

Akordian • Berbentuk seperti kotak• Instrumen ini dimainkan dengan

memampatkan atau mengembangkan belos sambil menekan papan nada, menyebabkan injap, yang dipanggil palet membuka dan membolehkan udara mengalir merentasi jalur tembaga atau besi, yang dipanggil buluh, yang bergetar dan menghasilkan bunyi.

Page 19: Dondang Sayang.pptx

Harmonium • Harmonium merupakan peti yang

diperbuat daripada kayu dan menggunakan angin untuk membunyikannya.

• Cara bermainnya seolah olah bermain piano. Kebiasaannya seseorang individu yang bermain Harmonium tidak menggunakan not dan bermain mengikut rentak.

Page 20: Dondang Sayang.pptx

• Sistem tonal• Skel D Major lazim digunakan, kadang kala C Major

• Contoh (rujuk Buku Muzik Malaysia)

• Tekstur, melodi dan rentak• Tekstur linear• Terdapat 4 baris melodi/rentak yang tersendiri• Contoh• (a) suara menyanyikan melodi dengan not-not yang diulangi atau jeda selangkah• - Bunga seperti portamento, tremolo dan apogiatura digunakan• - Melodi yang dinyanyikan oleh setiap penyanyi berbeza sedikit dari segi timbre vokal, kontur melodi

dan bunga.

Page 21: Dondang Sayang.pptx

(b) biola menghasilkan melodi tersendiri. Biola memperkenalkan frasa pembuka sebanyak 5 bar. Frasa dua bar pertama ini dikenali sebagai tiun dondang sayang (Rujuk m/s 339)Pemain biola membuat improvisasi berasaskan melodi yang dinyanyikan tetapi bermain melodi tetap pada kaden sebagai isyarat kepada penyanyiSecara umumnya melodi biola dihiasi dengan bunga-bunga seperti aciakatura,trill, morden,portamento. Kadang kala pemain biola memainkan not panjang sahaja apabila penyanyii menyanyi(c) Gong menandakan bahawa satu pusingan telah tamat dan satu pusingan bermula (rentak 8 bit)

Page 22: Dondang Sayang.pptx

Form (Bentuk)

• Lagu dondang sayang adalah dalam form strofik• Setiap stanza terdiri daripada tujuh baris vokal• Bentuk atau form muzik berasaskan struktur pantun 4 kerat dengan

ulangan beberapa baris pantun. Contoh• Baris 1 } pembayang maksud• Baris 2 }• Baris 3 ulangan baris 1• Baris 4 } maksud pantun• Baris 5}• Baris 6 ulang baris 4} maksud pantun• Baris 7 ulang baris 5}

Page 23: Dondang Sayang.pptx

• Perkataan dondang sayang, ala dendang, ala kawan dan cik adik sering diselitkan antara baris 4 dan 5, baris 6 dan 7

• Lagu dondang sayang boleh dibahagikan kepada dua bahagian

• Bahagian A (Rujuk buku Muzik Malaysia)• (pembayang maksud, baris 1-3)• Bahagian B• (maksud pantun, baris 4-7)• Pada Bahagian B, lagu berpindah nada ke subdominan

Page 24: Dondang Sayang.pptx

• Kini, dondang sayang mengalami perubahan• Di Melaka, dondang sayang dipersembahkan di

majlis formal, pesta, pertandingan dan jarang-jarang dimainkan di rumah orang biasa

• Tema pantun baharu juga dicipta. Sebagai contoh pantun yang dapat mewujudkan semangat perpaduan, tentang kebudayaan dan sebagainya

• Masa untuk berbalas-balas pantun juga dihadkan• Kadang kala hanya seorang penyanyi sahaja di

majlis tersebut, justeru sifat berbalas pantun dikecualikan.

Page 25: Dondang Sayang.pptx
Page 26: Dondang Sayang.pptx