Download - Assignment Ctu 101
ASSIGNMENT CTU 101
PRINSIP ASAS ISLAM
AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN UMMAH
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian
hanyalah untuk Dia yang telah memberikan kekuatan dan kesabaran untuk menyiapkan
tugasan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahlul bait
dan para sahabat baginda sekalian.
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Illahi
dengan limpah kurniaNya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus CTU 101
Prinsip Asas Islam yang bertajuk ‘Akidah Teras Pembangunan Ummah’ ini dengan penuh
jayanya. Kami juga menjulang sepenuh penghargaan kepdad Ustazah Hajjah Noor Wani Bt
Abas, Pensyarah Matapelajaran Prinsip Asas Islam (CTU 101), di atas kesudiaan beliau
membantu kami dalam menyiapkan tugasan tersebut. Beliau banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat
kami ungkaikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigm dalam menongkah arus globalisasi ini, begitulah
dominannya peranan mahasiswa khususnya yang bakal mentadbir Negara ini untuk
mengupas pelbagai ilmu pendidikan dan penyelidikan di muka bumi ini. Dewasa kini,
pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat membangun, namun begitu prinsip
asas Islam yang sebenar haruslah difahami dan dipelajari untuk mengelakkan
penyelewengan akidah. Justeru itu, haruslah mahasiswa dan mahasiswi mempelajari dan
memahami tentang asas akidah yang sebenar agar kita tidak terpesong dari landasan
syariah. Sebelum kami berundur terimalah serangkap mutiara kata dari kami sabagai
renung-rengunan dan selamat beramal.
“Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi
kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak
sesat” - (Hamka)
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN
SENARAI KANDUNGAN
PENGENALAN
DEFINASI AGAMA
DEFINASI ISLAM
DEFINASI AKIDAH
PERANAN AKIDAH
PENYELEWENGAN DAN KEROSAKKAN AKIDAH
FREEMASON
MAKSUD FREEMASON
TUJUAN PENYEBARAN FREEMASON
TOKOH-TOKOH TERKENAL FREEMASON
LAMBANG FREEMASON
CARA PENYEBARAN FREEMASON DI MALAYSIA
KESIMPULAN
LAMPIRAN
PENGENALAN
Prinsip asas Islam adalah berasaskan kepada ketaatan terhadap Allah, tunduk dan
menyerah diri kepadaNya dengan menekankan kepentingan kefahaman dan penghayatan
akidah, syariat, ibadat, dan akhlak dalam kehidupan seharian. Ia juga adalah sebagai suatu
syariat dan dituntut supaya diamalkan di dalam kehidupan sehingga sebati menjadi adat,
budaya dan pcraturan kehidupan yang dihayati. Ia dapat dibentuk sebagai budaya kerana
mengandungi nilai-nilai yang diterima dan diamalkan di dalam masyarakat sebagai
sebahagian daripada kehidupan. Ia melibatkan asas-asas Islam dalam akhlak Islam (khuluq
al-Islamiyah) dan kemudiannya disusun menjadi aturan-aturan yang mudah difahami dan
diikuti dalam kehidupan seharian seorang mukmin. Contohnya, menunaikan solat fardhu
merupakan salah satu daripada prinsip asas islam yang harus dilaksanakan oleh umat
Islam. Dalam konteks ilmu pengetahuan, prinsip asas Islam adalah satu yang sangat
penting utuk seseorang itu berwibawa dan memahami, menerima serta mencapai keadilan
dan kebenaran (ta’dib) dalam mencari makna sesuatu disiplin ilmu atau hakikat sesuatu
perkara di alam ini. Kemampuan inilah yang membolehkan Muslim menilai kebaikan dan
keburukkan sesuatu disiplin ilmu tersebut, lebih-lebih lagi prinsip asas Islam menjamin
kekukuhan teras akidah umat sejagat di alam ini.kesannya ia dapat menghasilkan kebaikan
dan menolak keburukan dan menghapuskan kerosakkan (mafsadah) akidah di bumi ini.
Jelas sekali bahawa kemakmuran akan lahir dari proses ista’arafa iaitu memperolehi
kebaikan ilmu pengetahuan yang benar, tepat dan jitu manakala keroskkan akidah pula
berpunca daripada nakara iaitu keingkaran kepada prinsip asas Islam yang baik (al-
tadayyun al-haqq), benar dan adil tersebut. Kemajuan pesat yang dikecapi oleh umat
sejagat merupakan sesuatu yang harus dibanggankan kerana telah membawa pelbagai
kebaikan kepadaseuruh umata manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Tetapi
disebalik kebaikan yang dibawa oleh kemajuan globalisasi ini, terdapat pelbagai kesan
negatif kepada manausia yang telah membuatkan mereka alpa kepada prinsip asas Islam
yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Disamping kejahatan yang bermaharajalela,
terdapat juga pelbagai agama dan fahaman baru yang dicipta oleh mereka yang mahu
menyesatkan umat Islam. Maka, sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan Al-
Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW, kita haruslah menggunakan kurniaan Allah dengan
sebaik-baiknya untuk kepentingan ummah supaya umat Islam dipandang tinggi oleh
masyarakat dunia.
DEFINASI AGAMA
Perkataan 'agama' yang diucapkan oleh orang Melayu adalah berasal dari bahasa
Sanskrit. Perkataan 'agama' ialah gabungan dari dua kata asas iaitu 'a' dan 'gama'. Kata 'a'
maknanya tidak atau bukan, sementara 'gama' bermakna dunia, nafsu atau keseronokan.
Apabila digabungkan dua perkataan itu, maka ia bermakna bukan dunia dan tidak ada
keseronokan serta jauh dari nafsu yang negatif.
Menurut Kamus Dewan (1989), perkataan 'agama' diertikan sebagai kepercayaan
pada tuhan atau yang maha kuasa dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaan
ajaran dan perintah-Nya. Sementara ‘beragama’ pula ialah mempunyai agama atau
menganut sesuatu agama.
Manusia yang mampu berfikir, pasti akan memiliki sesuatu kepercayaan.
Kepercayaan ialah bibit agama dan kepercayaan tentang adanya Tuhan. Agama lahir
bersama-sama dengan kelahiran manusia, ia adalah fitrah dalam kehidupan manusia dan
manusia tidak terpisah daripada memilikinya. Terdapat pelbagai agama dalam masyarakat
manusia di sepanjang zaman. Bermula daripada masyarakat primitif sehinggalah
masyarakat termoden di dunia hari ini. Agama yang dianuti di dunia ini terbahagi kepada
dua, iaitu agama samawi dan agama budaya.
Agama samawi ialah agama yang mempunyai nabi dan kitab-kitab suci. Ia
diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui. Agama yang termasuk dalam agama
samawi ialah agama Yahudi, Kristian dan Islam. Agama budaya ialah agama yang tidak
berdasarkan wahyu dan ia lahir daripada pemikiran manusia. Agama-agama yang termasuk
dalam bahagian ini ialah Hindu, Buddha, Shinto, Sikh dan lain-lain lagi. Kajian terbaharu
menunjukkan masyarakat manusia, sejak dahulu hingga sekarang dan dari kalangan
masyarakat primitif sehinggalah kepada masyarakat moden, tidak terpisah daripada
menganuti agama. Ringkasnya, agama berkaitan dengan fitrah manusia untuk hidup dengan
lebih tesusun dan disiplin.
DEFINISI ISLAM
Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu al-Islam yang berasal dari kata
dasar salima yang bermakna selamat sejahtera yakni apabila orang yang menganut Islam
itu mempelajari Islam, memahami ajaran dan cara hidup Islam dan mengamalkannya dalam
kehidupan, maka ia menjadi orang yang baik (soleh) kepada Allah s.w.t dan baik (soleh)
kepada sesama manusia dan alam.
Islam ialah agama yang diturunkan kepada seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul
bermula dari Adam A.S sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. Muslim adalah orang yang
mentauhidkan Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hatinya kepada Allah s.w.t serta beriman
dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w (Haron
Din, 1988).
Selain daripada itu, Islam juga boleh didefinisikan sebagai suatu pegangan hidup
secara sederhana yang memerlukan seseorang itu taat, patuh dan tunduk menyerah diri
kepada perintah suruhan dan larangan Allah s.w.t sepenuhnya yang melibatkan hubungan
dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan alam, dalam urusan dunia dan akhirat.
Islam sebenarnya adalah agama yang mudah dan indah serta meliputi setiap urusan
kehidupan manusia daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara, untuk
mengurus dan mengatur kehidupan manusia supaya menjadi baik, selamat dan bahagia di
dunia dan akhirat. Ajaran Islam sekali-kali tidak menyusahkan manusia, kerana ia dicipta
oleh Allah s.w.t yang Maha Bijaksana. Justeru Allah s.w.t lebih Mengetahui kehendak,
keperluan dan masalah manusia berbanding dengan manusia itu sendiri. Oleh itu tidak layak
mana-mana manusia untuk mencipta agama atau jalan hidup mereka sendiri, kerana akal
mereka tidak dapat mengetahui apa yang akan berlaku pada esok hari, apatah lagi di hari
kemudian atau hari akhirat.
DEFINASI AKIDAH
Dari sudut bahasa, perkataan akidah adalah berasal daripada kalimah bahasa Arab.
lanya berpunca daripada akar kata 'aqd yang membawa erti ikatan atau simpulan.
Pengertian Aqidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada Allah s.w.t yakni mengakui
kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah s.w.t berperanan sebagai Rabb, Malik, dan Ilah
seperti dapat dilihat dalam surah al-Fatihah ayat 1, 3, 4, surah al-Naas ayat 1, 2, 3.
Menyerah diri kepada Allah dalam akidah juga disebut iman ialah dengan
membenarkan (al-Tasdik) dengan hati atau dengan kata lain hatinya membenarkan akan
hakikat Allah dan segala hakikat yang asas seperti yang dinaskan secara putus atau qat'i
oleh wahyu dan lidah Rasulullah s.a.w. Hakikat-hakikat inilah yang telah dirumuskan dengan
istilah "Rukun Iman" (Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, 1985).
Kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa iman ialah keyakinan yang dibenarkan
oleh hati, diucapkan dengan mulut (lidah) dan dibuktikan dengan amalan. Ringkasnya orang
yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini,
seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari
syarat yang tiga itu, seseorang itu dikira sebagai fasik, munafik atau kafir.
PERANAN AKIDAH
Apubila manusia mengenal Allah dengan akal dan hati, maka mereka merasa bebas
daripada kongkongan orang lain dan tidak terikat dengan sesiapa kecuali Allah. Kekuatan
akidah melahirkan jiwa yang berani dan selalu inginkan kemajuan jiwa agar tidak dihinggapi
sifat-sifat loba, tamak dan rakus tetapi sebaliknya bersifat tenang dan tenteram. Kekuatan
akidah membantu manusia melepaskan diri daripada tarikan kebendaan, terhindar daripada
segala macam nufsu syahwat dan merasa kurang memerlukan kelazatan keduniaan.
Kekuatan akidah perlu dibina oleh setiap individu dengan berpandukan dasar-dasar hidup
yang kekal, ideologi yang mulia, yang ditentukan sendiri oleh Allah.
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t untuk mengabdikan dirinya kepada Allah dalam
satu rangka pengabdian (ubudiyyah) yang sangat unik. Pengabdian ini harus berlaku dalam
konteks menjalankan tugas dan amanah Allah selaku Khalifah di bumi (al-An'am: 165) (al-
Baqarah: 30 - 39). Di atas dasar iman kepada Allah s.w.t, para malaikatNya, kitab-kitabNya,
manusia harus membangunkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan
ketetapan serta garis panduan Tuhannya. Apabila ia dipatuhi maka kehidupan individu,
keluarga, masyarakat dan negara akan menjadi selamat di dunia dan di akhirat.
Kesimpulannya, akidah yang benar dapat menjaga individu beserta agama yang
dianutinya agar sentiasa patuh kepada Allah dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
Tanpa akidah dan keimanan yang kukuh kepada setiap individu akan dijadikan senjata
terpenting bagi musuh Islam untuk meruntuhkan umat Islam, sekaligus melenyapkan Islam
di atas muka bumi ini.
PENYELEWENGAN DAN KEROSAKAN
AKIDAH
Nabi Adam adalah orang yang pertama menerima ajaran tauhid daripada Allah s.w.t.
Ajaran tersebut bukan sahaja untuk amalan dirinya, tetapi juga untuk diseru dan diamalkan
oleh kaum keluarga dan umatnya. Nabi Adam A.S telah berjaya menyampaikan ajaran
tauhid dengan menerima wahyu daripada Allah s.w.t kepada kaumnya, sehingga melewati
tiga generasi berikutnya. Dengan berlalunya zaman, maka mulai nampak kepincangan pada
kefahaman manusia terhadap ajaran tersebut sehingga ada orang yang menjadikan guru-
guru yang mengajar ajaran tauhid itu dipuja dan dilukiskan gambar mereka pada tembok
batu dan kemudiannya dibuat dalam bentuk patung. Generasi berikutnya sudah tersasar
jauh dari ajaran yang sebenar sehingga menganggap patung itu wakil tuhan dan seterusnya
menyembah patung-patung tersebut. Inilah penyelewengan pertama yang terjadi dalam
sejarah ajaran tauhid.
Allah s.w.t menurunkan wahyu seterusnya melalui nabi-nabi berikutnya untuk
membetulkan semula penyelewengan tersebut. Maka melalui wahyu yang disampaikan oleh
para nabi-nabi berikutnya, kembalilah mereka kepada ajaran tauhid yang betul.
Keadaan manusia dengan ajaran tauhid dan berlaku penyelewengan itu silih berganti
sehingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, di mana penyelewengan dari ajaran tauhid
berlaku dengan dahsyat sehingga kehidupan mereka menjadi rosak dengan berlakunya
kezaliman terhadap sesama manusia, kejahatan tingkahlaku dan peperangan. Zaman itu
digelar oleh Allah s.w.t sebagai zaman jahiliah. Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w
untuk membetulkan semula penyelewengan tersebut dengan membawa wahyu terakhir
daripada Allah s.w.t.
Apabila Nabi s.a.w telah wafat, terjadilah sedikit demi sedikit kelemahan umat Islam
dalam mengamalkan ajaran Islam dan berlaku penyelewengan dari ajaran Islam. Tugas
untuk membetulkan semula penyelewengan tersebut diamanahkan kepada para ulama
Islam. Allah s.w.t mengingatkan manusia di dalam al-Quran, supaya menjadilkan landasan
hidup Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap untuk selamat dan sejahtera di dunia
dan di akhirat dan jangan sekali-kali memilih agama dan ajaran yang lain daripada Islam
sebagai cara hidup.
Sesuatu perkataan yang dilafazkan boleh menyebabkan seseorang itu terbatal
akidahnya. Sebagai contohnya jika seseorang berkata, "kalau aku diperintahkan Allah
melakukan sesuatu, aku tidak akan lakukan. Walaupun kiblat beralih arahnya ke arah ini aku
tidak akan sembahyang menghadap kepadaNya. Kalau aku diberikan oleh Allah syurga aku
tidak akan masuk". Perkataan yang diucapkan secara memperkecilkan Allah s.w.t atau
melahirkan keangkuhan akan menyebabkan seseorang itu terbatal akidahnya.
FREEMASON
i) MAKSUD FREEMASON
Freemason terdiri dari dua kata, ‘free”‘ dan “mason”. Free ertinya merdeka dan mason
ertinya tukang bangunan. Freemason bererti tukang bangunan yang
merdeka. Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional yang tidak ada hubungannya
dengan tukang-tukang bangunan yang terdapat pada abad-abad pertengahan.Freemason di
atas juga tidak ada hubungannya dengan kegiatan pembangunan kapal atau katedral besar
seperti yang banyak diduga oleh sebahagian orang.
ii) PENUBUHAN FREEMASON
Illuminati moden lahir di Bavaria pada tahun 1773, tiga tahun sebelum para tokoh Mason
menandatangani piagam kemerdekaan Amerika Serikat. Sebelum Illuminati ‘lahir’, gerakan
bernama Freemason telah dahulu ada di Eropah dan berkembang dengan pesat di sana.
Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahsia
paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia.
Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan
mereka, iaitu mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.Versi yang lebih tua dari
sejarah Freemason adalah kisah yang menyebutkan pembentukan Freemason pada zaman
Raja Israel, Herodes Agripa I yang meninggal pada tahun 44 Masihi. Freemason pada
zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as.
Waktu itu dinamakan The Secret Power atau kekuatan yang Tersembunyi. Tujuan utamanya
adalah memusuhi pengikut Nabi Isa, menculik mereka, membunuh, melarang penyebaran
agama baru tersebut, termasuk membunuh bayi-bayi Kristian. Herodes Agripa I
menjalankan segala misi The Secret Power ini dan dibantu dua pengikut setianya, Heram
Abioud sebagai Wakil Presiden gerakan dan Moab Leumi sebagai pemegang rahasia utama
gerakan ini. Beberapa anggota Freemason juga mempercayai bahawa Freemason wujud
sejak di zaman Firaun lagi. Ini menjadi salah satu penjelasan mengapa mereka kerap kali
menggunakan simbol-simbol Mesir Kuno dalam tradisi dan aktiviti ritual mereka, seperti
penggunaan Dewa Horus, Matahari dan berbagai simbol Mesir yang lain
iii)TOKOH-TOKOH TERKENAL
A) Raden Saleh
Raden Saleh yang merupakan pelukis Indonesia termasyhur
di dunia tercatat sebagai orang Indonesia pertama yang
menjadi anggota Freemason.
B) Sri Sultan Hamengkubuwono VIII
C) Rihanna
D) KENYA WEST
E) JAY-Z
iv)LAMBANG FREEMASON
‘THE SQUARE AND COMPASES’ ‘THE WHITE MASONIC LAMBSKIN’
‘THE ALL SEEING EYE’
v) CARA PENYEBARAN FREEMASON DI MALAYSIA
KESIMPULAN
Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti manusia yang
menetukan setiap kelakuan dan perkataan yang keluar hasil bisikan
perasaan seseorang. Dari situ dapat dijelaskan bahawa iman itu
adalah satu ikatan berbentuk maknawi yang menghubungkan
individu dengan hakikat yang sebenarnya. Tanpa iman dan akidah
segala-galanya akan musnah dan tidak dinilai di sisi Allah. Untuk
itu orang-orang yang beriman dan mempraktikkan keimanannya
akan mencapai kemanisan iman scrta merekalah sebaik-baik
makhluk sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam al-Qur'an yang
bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
maka mereka itulah sebaik-baik makhluk (al-Bayyinah: 7)
Bertunjangkan akidah, Sayid Sabiq (1978) telah menjelaskan tujuh
kekuatan utama yang perlu dikuasai oleh setiap muslim bagi
membina semula peradaban Islam:
1. Kekuatan jihad : memberi pengorbanan yang nyata demi
membela hak, memperoleh kehidupan yang merdeka dan
memperoleh kehidupan yang mulia.
2. Kekuatan akidah : Keimanan yang mutlak kepada Allah akan
melahiran kepuasan dalam hati dan fikiran. Begitu juga, berpegang
teguh kepada kebenaran akan dapat mengusir kebatilan daripada
hati dan fikiran.
3. Kekuatan ilmu : Ilmu pengetahuan merupakan penegak peribadi
manusia, menyingkap hakikat kewujudan sesuatu benda atau
perkara dalam alam nyata dan alam yang tidak dapat dilihat dengan
mata.
4. Kekuatan budi pekerti : Kelemahan jiwa diatasi dengan
mensucikannya sehingga dapat berkembang di atas jalan yang
lurus yang menuju ke arah kemuliaan dan keluhuran rohani.
5. Kekuatan ekonomi : Memperolehi harta kekayaan, memakmurkan
bumi, memperkembangkan kekuatan alam dan kemudian
mengambil kemanfaatan daripada sumber alam. Harta kekayaan
dan sumber alam itu perlu digunakan dengan adil dan bijaksana.
6. Kekuatan ikatan masyarakat : Menegakkan masyarakat dengan
dasar kemerdekaan, keadilan, persamarataan, mengikut asas-asas
syariah Islam, bekerja kuat, pergaulan baik dan undang-undang
yang jujur. Semua ini bertujuan untuk mencapai kebahagiaan bagi
seluruh umat manusia.
7. Kekuatan susunan perdamaian : melaksanakan perdamaian
umum yang berteraskan hormat-menghormati antara sesama
manusia dan menghorniati serta melindungi semua perjanjian.
Berdasarkan penjelasan-penjelasan tersebut di sini dapat
dirumuskan bahawa iman yang bertapak di dalam hati itu dapat
mendorong individu ke arah segala bentuk kebaikan berupa niat,
ucapan dan perbuatan demi untuk mencapai keredhaan Allah.
Justeru itu jugalah dalam konteks Islam, menjaga keimanan dan
akidah itu satu perkara wajib terhadap individu. Kerana dengan
selamatnya iman dan akidah itu menyebabkan semua anggota lain
juga terselamat dari seksaan dan azab di akhirat nanti. Sebagai
rumusannya, berbekalkan akidah yang benar dan iman yang
mantap akan membentuk masyarakat, bangsa dan akhirnya negara
ke arah mencapai kemajuan dari sudut material dan rohani.
RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim.
Abdul Halim, M. 1992. "Al-Quran dan Sunnah Sebagai Sumber
Hukum dan Ilmu" dim. Abdul Halim (ed.). Dinamika Dakwah.
Petaling Jaya Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Ab. Latif b. Muda dan Rosmawati All @Mat Zin. 1998. Pengantar
Ilmu Tauhid . Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abu Bazli Abdul Kadir Bin Che Kob. 1985. Aqidah dan Keimanan.
Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Abul Khairi Al-Latifi. 1994. Martabat Umat Islam. Kuala Lumpur :
Darul Nu'man. Abu Urwah 1986. Risalah Usrah. Jilid 1. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam.
Abu al-'Ula 'Afifi. 1963. Al-Tasawwuf: al-Thawrah al-Ruhiyyah fi al-
Islam. Misr : Dar al-Ma'arif.
'Ali b. Muhammad b. 'Ali al-Sayyid al-Zayn Abi al-Hassan al-
Husayni. 1938. Al-Ta'rifat. Misr : Syarikah Maktabah wa Matba'ah
Mustafa al-Babi al-Halabi.
80
AI-Dahlawi, Syah Wall Allah ibn al-Rahim. t.thn. Hujjah Allah al-
Balighah. Qahirah : Dar al-Kutub al-Hadithah.
I lukami.Hafiz ibn Ahmad. t.thn. Ma'arij al-Qabul bi Syarh Sulam al-
Wusul ila 'Ilm al-Usul fi al-Tauhid. 2 Jilid. Bayrut: al-Salafiyyah.
Manna al-Fakhu dan Khalil. 1957. Tarikh Falsafah al-'Arabiyah. Juz.
2. Bayrut : Darul Ma'arif.
Prof. Dr. Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur:
Percetakan Watan Sdn Bhd.
llasan Langgulung. 1991. Kreativiti dan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Kathir, Abu al-Fida' Isma'il. 1970. Tafsir al-Quran al-'Azim. 7
Jilid. Bayrut : Dar al-Fikr.
Ibn Taymiyyah. 1969. Jami' al-Rasa'il. Qahirah : Mat. Al-madani.
Al-Jazaairi, Abu Bakar Jaabir. 1986. Aqidatul Mukmin. Jilid 1.
Terjemahan H.Salahuddin Abdullah. Kuala Lumpur : Pustaka
Antara.
Mahmud Syaltut. 1972. Aqidah wa Syari'ah. Bayrut: Dar al-Shuruq.
Mohd Nakhaie Ahmad. 1998. Di Bawah Naungan Islam. Kuala
Lumpur : Institut Muamalat Islam Malaysia.
Mohd Sulaiman Yasin. 1984. Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Sulaiman Yasin. 1985. Islam dan Aqidah. Selangor: Al-Qamari
Sdn. Bhd.
Muhammad Ala b. 'Al-Thanawi. 1948. Kashaf Istilahat al-Funun. 2
Jil. Tehran: Maktabah Khayyar wa Shurakahu.
Muhammad Rasyid Rida. t.thn. Al-Wahyu al-Muhammadi. Bayrut :
al-Maktab al-Islami.
Nik Azis Nik Pa. 1994. Penghayatan Wawasan Pembangunan
Negara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Mohd Rosdi & Nik Kamaliah. 1993. Kenalilah Islam. Kota
Bharu : Pustaka Aman Press.
Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Aqidah Ahli Sunnah Wal jamaah. Kuala
Lumpur : Darul Ma'rifah.
Sayid Sabiq. 1978. Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam. Singapura :
Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Siddiqi, M.N. 1979. "Tawhid : The Concept and Process". Dim.
Khurshid Ahmad & Zafar Ishaq (ed.). Islamic Perspectiyes.
Leicester : Islamic Foundation.
W. Abdullah bin Hj. W. Mahmood dan Dra. Wista Ahmad. 1997.
Tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu serta Sumbangannya
kepada Dunia. Selangor : Global Printers Sdn. Bhd.
Siddiq Fadzil. 2005. Pembangunan Watak Bangsa. Selangor:
Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah.
Dr. Syed Othman AlHabshi. 1992. Islam Dan Pembangunan
Ekonomi Di Malaysia : Satu Perubahan Paradigma. Dim. Kongres
"Menjelang Abad 21 : Islam Dan Wawasan 2020". 3-4 Julai 1992.
Kuala Lumpur : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Zakaria Stapa. 1993. "Konsep Tauhid, Pendekatan dari Sudut
Pandangan Sufi".Dlm. Mohammed Yusoff Hussain, Abdul Shukor
Hj. Husin, Idris Zakaria & Anisah Hj. Zainal Abidin (pnyt.) Isu-isu
Dalam Usuluddin dan Falsafah. Bangi Uniyersiti Kebangsaan
Malaysia.
RUJUKAN