Download - Laporan Mukhayyam Ilmi 2013
SAMT. TENGKU AMPUAN RAHIMAH SG. MANGGIS 42700 BANTING, SELANGOR
L A P O R A N PROGRAM MUKHAYYAM ILMI
23 & 24 MEI 2013 (KHAMIS - JUMAAT)
BERSAMAAN
13 & 14 REJAB 1934H
TEMPAT :
Dewan Al-Ghazali SAMTTAR
ANJURAN :
Bahagian Kurikulum Unit Pakej Ke Arah Kecemerlangan & Bimbingan Akademik
Dengan Kerjasama
Unit Bimbingan Dan Kaunseling (UBK) SAMTTAR
KEHADIRAN PESERTA
PROGRAM MUKHAYYAM ILMI
KHUSUS UNTUK CALON PMR SAMTTAR 2013
BIL TINGKATAN JUMLAH HADIR T/HADIR
1. 3 KAROMAH 34 31 3
2. 3 IKHLAS 36 35 1
3. 3 SIDDIQ 36 34 2
4. 3 AMANAH 36 33 3
5. 3 TABLIGH 35 32 3
6. 3 FATONAH 31 26 5
JUMLAH
KESELURUHAN 208 191 17
Kertas Kerja Program
KERTAS KONSEP
PROGRAM MUKHAYYAM ILMI
KHUSUS UNTUK CALON PMR
SAMTTAR 2013
1.0 NAMA PROGRAM
PROGRAM MUKHAYYAM ILMI atau Perkampungan Ilmu.
2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini diajukan kepada Puan Pengetua SAMTTAR bertujuan untuk mendapat pertimbangan
dan kelulusan bagi menjayakan Program Mukhayyam Ilmi khusus calon-calon PMR 2013.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyediakan pelajar-pelajar tingkatan tiga dengan persiapan untuk menghadapi PMR yang
bakal menjelang.
3.2 memberikan pendekatan bimbingan khusus ”mentor mentee” kepada kumpulan pelajar
khususnya tingkatan tiga.
3.3 membolehkan pelajar-pelajar tingkatan tiga mengulang kaji secara berkumpulan dengan
pemantauan mentor dan guru subjek.
3.4 memantapkan calon-calon dengan bentuk soalan untuk subjek terpilih melalui latih tubi.
4.0 ANJURAN
Unit Kurikulum Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis
dibawah kendalian Unit Pakej Ke Arah Kecemerlangan dan Bimbingan Akademik, kerjasama Unit
Bimbingan dan Kaunseling(UBK).
5.0 KUMPULAN SASAR
Semua calon PMR seramai 208 orang.
6.0 TEMPAT
Dewan Al-Ghazali, dewan makan, musolla Siti Zainah dan asrama Lelaki dan perempuan.
7.0 TARIKH PELAKSANAAN
23/5/2013 (Khamis) dan 24/5/2013 (Jumaat).
8.0 PENGISIAN PROGRAM
8.1 Slot Yakin diri (pengurusan masa berkesan)
8.2 Latih tubi @ menjawab soalan
8.3 Bengkel dan diskusi ilmu dalam kumpulan
8.4 solat Jemaah, Bacaan Yassin dan Tazkirah
9.0 BAYARAN
RM 6 x 208(RM 1248) (sebahagian peruntukan ditanggung oleh Dewan Makan)
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Ustazah Romziah binti Madong. (Pengetua SAMTTAR)
Pengerusi : Hj Hasbullah bin Paujan (GPK Akademik)
Naib Pengerusi 1 : Ustaz Ramli bin Rashid (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Hj Khairollah bin Tahir (GPK Kokurikulum)
Pengarah : Pn. NorAzna binti Kusnin
P. Pengarah : Norazah Azan binti Mohamed
Setiausaha : Pn. Norraha binti Banuri
Naib setiausaha : Pn. Siti Nor Azah binti Mohd Amin.
Bendahari : Marina binti Depong Ong
AJK PELAKSANA: Puan dan Tuan:
PENDAFTARAN/ Norlida Hayon
TAKLIMAT PESERTA Ilya Romiza binti Suri
Juriah binti Anit
PERSIAPAN TEMPAT: NorAzira Ahmad
Norsiah Basar
Zaleha Hasyim
PENGINAPAN Fatin Khairunisa binti Mat Isa
Suhaini Ismail
Azizi Saiman
Ahmad Masykuri bin Mohd Judi
PERALATAN/ LCD Firdaus bin Misnan
SIAR RAYA Rohaiza Kusnin
Mohd Nazri bin Nahrowi
DISIPLIN DAN Normaziah Yunus
KEBERSIHAN Kamishah Saper
Umi Kalsom Ismail
Pn. Muslimah Taslim
JAMUAN Zaleha Jantan
Noraliza Mohamad
Hanisah Mansur
KEMAS TEMPAT Jurifa Mustafa
Pn Affidah binti Ayob
Pn Noor hashimah binti Ismail
Anuar bin Md Ishak
KEROHANIAN Chek Yah Leman
Mohd Zam Zam bin Othman
Zahidi bin Mohamed
Hamidah binti Daud
DOKUMENTASI Nor Safiyati Isman
(LAPORAN DAN Siti Liza Soyot
GAMBAR) Nor Hafizah Jamil
PEMUDAH CARA Guru-guru @ mentor
12 murid tingkatan 6 STAM
(5 Lelaki dan 7 Perempuan) dari Kelab Remaja Islam
JADUAL AKTIVITI
Rujuk lampiran A
IMPLIKASI KEWANGAN
Rujuk Lampiran B
PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang dapat berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan.
Semoga usaha murni ini akan memberikan impak positif yang berterusan di samping mencapai matlamat
peningkatan 100% kecemerlangan akademik, Insya-Allah.
Disediakan oleh,
(NORRAHA BINTI BANURI)
Setiausaha Unit PKKDBA
SAMTTAR, Sg Manggis
LAMPIRAN B
IMPLIKASI KEWANGAN UNTUK PROGRAM MUKHAYYAM ILMI
ANGGARAN
PERBELANJAAN
SUMBER
KEWANGAN
BIL PERKARA KUANTITI
JUMLAH
KUANTITI X
HARGA
KUTIPAN
MURID
DEWAN
MAKAN
1 CETAKAN
BAHAN
5 RIM A4 4 X RM 10.00
= RM 40
RM 40
2. MAKAN
MALAM,
SARAPAN,
TENGAH HARI
3 kali X 208
peserta
RM12 X 208
= RM2496
RM5x 208
= RM1040
RM7x 208
= RM1456
3. BANNER
1 unit RM 150 RM 150
4. AIR MINERAL 2 kotak RM 18 RM 18
JUMLAH KECIL
RM 1248
RM 1456
JUMLAH KESELURUHAN
RM 2704
LAMPIRAN A
TENTATIF PROGRAM
23/5/2013 KHAMIS
3.00 PM PENDAFTARAN, TAKLIMAT DAN PENGINAPAN
3.30 PM SLOT 1
YAKIN DIRI DAN PENGURUSAN MASA
5.00 PM SOLAT ASAR
PENGURUSAN DIRI
6.15 PM MAKAN MALAM
7.15 PM SOLAT MAGHRIB
SOLAT HAJAT
BACAAN YASSIN
SOLAT ISYAK
8.45 PM SLOT 2
BAHASA ARAB
11.00 PM REHAT
24/5/2013 JUMAAT
5.45 AM SOLAT SUBUH
AL-MA’THURAT
KULIYAH SUBUH
7.00 AM SARAPAN
PERSEDIAAN DIRI
8.00 AM SLOT 3
BAHASA INGGERIS
10.00 AM REHAT
10.30 AM SLOT 4
SEJARAH
12.30 PM MAKAN TENGAH HARI
SOLAT JUMAAT (Pelajar lelaki)
2.00 PM BERSURAI
Buku Program
Lensa Kamera
Taklimat dari Puan Norraha Banuri selaku Setiausaha Program kepada para peserta
Fasilitator : Pelajar Tingkatan 6, SAMTTAR
SLOT 1
CERAMAH MOTIVASI
TAJUK : YAKIN DIRI DAN PENGURUSAN MASA
Penceramah Jemputan
Puan Filzah Binti Ibrahim
Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) Kuala Lumpur
SLOT 1
Penyampaian Cenderahati dari Pihak Sekolah oleh Penolong Kanan Akademik Ustaz Hasbullah Paujan
manakala penceramah juga menyampaikan cenderahati dari Dewan Bahasa & Pustaka kepada pihak
sekolah.
SLOT 1
SLOT 2
23/5/2013 8.45 MALAM : BAHASA ARAB
Guru-guru Bahasa Arab sebagai Mentor
SLOT 3
24/5/2013 8.00 PAGI : BAHASA INGGERIS
Guru-guru Bahasa Inggeris sebagai Mentor
SLOT 4
10.30 AM :SEJARAH
Guru-guru Sejarah sebagai Mentor
Penglibatan Pelajar dalam Kumpulan
MAKAN TENGAHARI
Dewan makan SAMTTAR
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA KUMPULAN TERBAIK
Tahniah kepada yang berjaya
PENDAFTARAN PESERTA PROGRAM
Lampiran
LAPORAN
PROGRAM MUKHAYYAM ILMI
KHUSUS UNTUK CALON PMR SAMTTAR 2013
Tarikh :
23/5/2013 (Khamis) dan 24/5/2013 (Jumaat).
Tempat :
Dewan Al-Ghazali Samttar
Kelancaran Program :
Program ini telah dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Para peserta terdiri dari pelajar-pelajar
tingkatan 3 telah hadir tepat pada masa pendaftaran. Kesemua tentatif program telah dapat dipatuhi.
Kekuatan Program :
1. Kerjasama guru-guru AJK Program dari awal hingga akhir serta sokongan dari para pentadbir.
2. Pelajar dapat megikuti tentatif dan mematuhi masa.
3. Kehadiran pelajar - 92% iaitu seramai 191 orang.
4. Penglibatan pelajar menyeluruh dalam aktiviti kumpulan.
5. Bantuan Fasilitator seramai 12 orang dari kalangan pelajar tingkatan 6 untuk memantau pergerakan
pelajar di dalam dewan, asrama dan musolla.
Kelemahan Program :
1. Jumlah pelajar dalam satu kumpulan terlalu ramai menyebabkan pelajar kurang fokus.
cadangan : Kecilkan saiz kumpulan kepada 4-5 orang dalam satu kumpulan.
2. Perlaksanaan dan Penglibatan Mentor kurang berkesan.
cadangan : Perlu diperhalusi dan ditaklimatkan dengan lebih teliti. Senarai Mentor Mentee diedar
lebih awal kepada guru-guru.
3. Tidak semua guru panitia hadir untuk membantu ketika bengkel dilaksanakan mungkin kerana
makluman program dan pembahagian tugas pada minggu terakhir persekolahan, sebahagian guru
telah merancang agenda mereka sendiri lebih awal.
cadangan : Perlu disenaraikan nama-nama guru terlibat dan kehadiran diwajibkan. Makluman awal
agar guru lebih bersedia.
4. Modul Perlaksanaan kurang terancang. Mengikut kesempatan guru menyediakan.
cadangan :Modul perlaksanaan perlu lebih terancang dan teratur agar teknik penyampaian dapat
dipelbagaikan serta melibatkan penyertaan pelajar supaya suasana lebih menyeronokkan.
Kesimpulan :
Secara keseluruhan,program ini telah dapat dilaksanakan dan akan disambung lagi untuk subjek-subjek yang
lain bergantung pada keadaan dan kesesuaian masa. Beberapa objektif yang digariskan telah dicapai,
sementara kelemahan yang ada akan diperbaiki dari semasa ke semasa. InsyaAllah.
Sekian,terimakasih.
Disediakan : Disemak : Disahkan :
Unit Dokumentasi