Download - Mathematics Anxiety
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
SME 3023
TRENS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
SEM 1 SESSION 2011/2012
ASSIGNMENT :
FACTORS ASSOCIATED WITH MATHEMATICS ANXIETY
NAMA
NO.MATRIK
KUMPULAN
NAMA PENSYARAH
: MUHAMMAD FARID BIN AZIZ
: D20081032271
: A
: PROF.MARZITA PUTEH
Apakah kebimbangan matematik?
Kebimbangan matematik didefinisikan sebagai perasaan tertekan dan kebimbangan
berkaitan dengan manipulasi nombor dan menyelesaikan masalah berkaitan matematik dalam
kehidupan seharian dan aspek akademik. Menurut Tobias (1978), kebimbangan ini boleh
menyebabkan seseorang itu lupa dan kehilangan keyakinan diri. Mereka akan merasa tidak
mampu untuk malakukan aktiviti yang berkaitan dengan matematik dan manyebabkan mereka
takut dengan matematik. Keadaan ini dikenali sebagai “mathematic phobia”.
Kebimbangan matematik ini lebih dikaitkan kepada masalah emosi berbanding masalah
intelektual. Sigmund Freud merupakan orang pertama yang hadir untuk memberikan maksud
kebimbangan matematik di dalam konteks teori psikologi. Menurut beliau, kebimbangan
merujuk kepada kehilangan sesuatu, atau emosi yang kurang menyenangkan. Kemudian, beliau
memikirkan kebimbangan sebagai isyarat terhadap sesuatu yang bahaya dan membezakan
kebimbangan kepada objektif dan neuorotik. Kebimbangan objektif merujuk kepada sesuatu
yang dihadapi oleh ramai orang di dalam kehidupan harian mereka yang melibatkan reaksi
dalaman kompleks untuk mengelakkan bahaya daripada bahaya luaran. Persepsi terhadap bahaya
situasi bahaya yang sebenar diringkaskan oleh rajah dibawah.
Bahaya Persepsi terhadap bahaya Kebimbangan objektif
Kebimbangan neurotik seperti kebimbangan objektif dikaitkan dengan perasaan khuatir
atau was-was tetapi berbeza dengan kebimbangan objektif dari segi sumber bahaya dan reaksi
dari dalam atau luaran. Dalam kebimbangan neurotic, hubungan antara objek yang ditakuti
dengan situasi bahaya yang sebenar tidak dapat diketahui. Menurut Freud, kebimbangan neurotik
dirasai oleh seseorang dalam sesetengah perkara. Formula Freud berkaitan dengan kebimbangan
merangkumi 3 kriteria antaranya
i) Tidak tenang,
ii) Mengiringi psikologi seperti musculat tension, tremor, berpeluh, jantung berdegup
pantas dan kesukaran bernafas, dan
iii) Pengalaman secara sedar.
Mengapa ia berlaku?
Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menjadi pemangkin kepada berlakunya
perasaan kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar dan guru. Antara faktor-faktor
utama adalah hubungan antara guru dan pelajar, gaya pembelajaran yang diterapkan oleh
guru dan tekanan daripada peperiksaan dan ibu bapa serta rakan sebaya. Faktor pertama iaitu
faktor hubungan antara pelajar dan guru serta gaya pembelajaran guru jelas menjadi sebab
utama terjadinya perasaan ini. Sikap guru yang masih menerapkan gaya pembelajaran
tradisional dengan bertanya soalan dan mengharapkan pelajar dapat menjawab soalan yang
diberikan menimbulkan rasa gelisah murid setiap kali tiba waktu matapelajaran matematik.
Pelajar menjadi takut untuk berhadapan dengan guru dan apabila pelajar tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan mengikut kehendak guru tersebut, gyry tersebut akan
mendenda pelajar, mencaci dan timbul perasaan kurang senang guru tersebut terhadap
pelajar. Sebagai guru yang telah diberikan latihan perguruan, keadaan ini tidak seharusnya
berlaku kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.
Tekanan yang dihadapi oleh pelajar apabila tiba musim peperiksaan menjadi punca utama
terjadinya perasaan ini di dalam diri mereka. Ditambah pula dengan sistem pendidikan yang
diterapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di mana mereka menjadikan
matapelajaran matematik sebagai kayu ukur untuk melanjutkan pelajar ke tahap yang lebih
tinggi. Hal ini akan dibincangkan secara lanjut dalam soalan yang seterusnya.
Tekanan daripada ibu bapa turut menjadi punca utama wujudnya perasaan ini dalam diri
anak-anak. Ibu bapa hanya mengharapkan keputusan yang cemerlang daripada anak-anak
tanpa mengambilkira masalah yang dihadapi anak-anak di sekolah. Apa yang mereka mahu
hanyalah berita baik yang mengatakan anak mereka cemerlang dalam pepriksaan. Sebagai
ibu bapa yang bertanggungjawab, sikap itu tidak harus wujud kerana dengan galakan dan
sokongan yang berterusan akan membantu pelajar lebih cemerlang dalam pelajaran sekaligus
menepis perasaan ini dalam diri anak-anak. Di sini, wujud individu dominan yang boleh
mencorakkan kehidupan pelajar iaitu guru di sekoah dan ibu bapa di rumah. Ini kerana
individu-individu tersebut meruapakan mereka yang sangat rapat dengan kehidupan pelajar.
Siapakah yang memiliki perasaan ini?
Perasaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang berkaitan dengan matematik sama
ada pelajar atau guru itu sendiri. Menurut kajian yang dijalankan oleh Briggs (1993), guru
sekolah rendah sering mengalami perasaan ini iaitu perasaan kebimbangan matematik. Ia
dipercayai berpunca daripada kekurangan pengetahuan asas dalam matematik. Terdapat pelbagai
sebab mengapa masalah ini perlu dibendung dalam kalangan guru terutamanya guru pelatih.
Pertama sekali, sikap guru yang kuat memaksa di dalam kelas serta sikap dan kecenderungan
mereka terhadap subjek membawa kesan yang buruk terhadap pelajar. Mereka akan mewarisi
sikap ini kepada pelajar sekaligus membawa sikap kebimbangan matematik terhadap pelajar.
Pelajar adalah individu yang dijangka mengalami perasaan ini sejak dari sekolah rendah
lagi. Keadaan ini berpunca daripada pemahaman yang kurang terhadap pengajaran guru. Apabila
mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah masalah ini menjadi semakin parah apabila
pengetahuan asas matematik tidak dapat dikuasai dengan baik ketika di sekolah rendah. Ini
kerana sukatan pelajaran di sekolah menengah lebih mencabar berbanding sekolah menengah.
Apabila pelajar tidak mampu menguasai matematik dengan baik, ini akan menimbulkan konflik
antara pelajar dengan guru berkenaan. Ini menyebabkan perasaan kebimbangan terhadap subjek
matematik semakin menjadi-jadi dalam diri mereka.
Pihak ketiga yang mempunyai perasaan ini dalam diri mereka adalah guru pelatih. Antara
tanggapan guru pelatih terhadap matematik berdasarkan kajian yang telah dijalankan ialah
mamtematik hanya melibatkan nombor dan symbol dan keadaan itu membosankan. Mereka juga
beranggapan matematik hanya melibatkan penyelesaian masalah dan sangat sukar, dan
matematik adalah subjek yang abstrak dan tidak melibatkan kehidupan seharian mereka.
Terdapat bebrapa yang lagi tanggapan mereka terhadap matematik yang menjurus kepada
persepsi negatif.
Bilakah ia berlaku?
Kebiasaanya, keadaan ini berlaku pada musim peperiksaan tidak kira peperiksaan umum
atau ujian bulanan yang dijalanka di peringkat sekolah. Keadaan ini tidak mengejutkan
kerana dengan sistem yang deterapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di mana
prestasi dan kemempuan pelajar diuji sepenuhnya melalui proses peperiksaan. Akibatnya,
pelajar akan dinilai berdasarkan pepriksaan semata-mata. Seperti yang telah dibincangkan,
sikap mereka yang mengalami kebimbangan matematik ini berkait rapat dengan peperiksaan
dan pengalaman mereka ketika mengambil peperiksaan. Menduduki peperiksaan sama ada
peperiksaan awam atau peperiksaan peringkat sekolah telah mencetuskan kebimbangan
dalam diri mereka. Pengalaman lepas yang dialami oleh mereka terutamanya kegagalan
mereka menjadi rangsangan kepada mereka dan ini menyebabkan kegagalan terus
menyelebungi diri mereka. Soalan matematik malahan perkataan matematik itu sendiri telah
menerbitkan perasaan bimbang dalam diri mereka ditambah pula dengan kegagalan lepas dan
kebanyakan daripada mereka gagal mengawal perasaan bimbang tersebut. Seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini, sistem yang ditetapkan oleh pihak KPM di mana matematik
bertindak sebagai penapis dan kayu ukur asas untuk pelajar dipilih untuk meneruskan
pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Pemikiran cetek dalam kalangan masyarakat di mana
kemampuan pelajar diberika gred dan peratus tertentu. Ini telah menjadi kayu ukur terhadap
kemampuan pelajar. Dalam semua peperiksaan umum utama, 70% markah diambil manakala
yang selebihnya dinilai oleh pihak sekolah itu sendiri. Namun, ini tidak membantu
mengurangkan perasaan bimbang pelajar terhadap sesuatu subjek. Walaubagaimanapun, jika
pepriksaan merupakan punca utama yang membawa kepada kebimbangan pelajar, sesuatu
perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan buruk. Sebagai contoh, pengagihan markah
antara peperiksaan bertulis dan pemilaian berterusan harus diagihkan 50:50. Ini kan
memberikan lebih keyakinan kepada pelajar sekaligus mengurangkan kebimbangan dalam
diri mereka.
Apakah penyebab ianya berlaku?
Terdapat beberpa faktor yang dikenalpasti tealah membawa kebimbangan terhadap
matematik dalam kalangan pelajar khususnya. Menurut Tobias (1976), kelemahan kemahiran
asas menyebabkan peneguhan matematik menjadi sukar dalam kebanyakan orang. Menurut
McMillan (1976), sikap guru dan penekanan secara berlebihan terhadap sesuatu subjek
memberikan impak yang mendalam kepada sikap pelajar. Secara spesifiknya, guru yang
mengalami kebimbangan matematik telah mewariskan kebimbangan mereka kepada nak
murid mereka.
Tambahan daripada Lazarus (1974) dan Wilhelm dan Brooks (1980), menyatakan sikap
negatif daripada ibu bapa telah mewariskan kebimbangan mereka kepada anak mereka dan
mereka sering menyebabkan kebimbangan itu menjadi semakin teruk. Kebimbangan
matematik telah diasuh kepada anak-anak sejak awal zaman persekolahan. Itu merupakan
pandangan yang diberikan oleh Bush (1991).
Menurut kajian yang dilakukan oleh Puteh (1998), kebimbangan matematik
merujuk kepada beberapa faktor dibawah antaranya termasuklah,
Personaliti guru dan kaedah pengajaran mereka;
Peperiksaan awam dan kesan terhadap pelajar;
Domain affektif- faktor diri sendiri seperti personaliti dan persepsi;
Perasaan, kebimbangan, kesukaran ( memori, ketidakupayaan sejak lahir);
Harapan ibu bapa- aspirasi dan standard mereka;
Pengaruh rakan sebaya;
Relevan- penggunaan matematik dalam kehidupan seharian
Bagaimana cara mengurangkannya?
Pelbagai inisiatif perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah berkaitan kebimbangan
matematik dalam kalangan pelajar khususnya di negara kita Malaysia. Mungkin sesetengah
orang akan menanggap tugas ini hanyalah tanggungjawab kepada guru di sekolah semata-
mata. Secara realistiknya di sini, setiap individu memainkan peranan penting dalam
bekerjasama memastikan masalah kebimbangan matematik ini dapat dibendung terutamanya
ibu bapa. Beberapa program dapat dirancang dengan kerjasama guru, ibu bapa dan orang
ramai.
Antaranya, guru-guru di sekolah boleh mengadakan minggu matematik. Pelbagai aktiviti
yang boleh dijalankan untuk menarik minat pelajar antaranya kuiz matematik, pertandingan
menyelesaikan masalah matematik, menghasilkan nota ringkas berkaitan matematik, dan
lain-lain lagi. Dengan menyediakan ganjaran dan hadiah yang lumayan, ini akan menjadi
motivasi tambhan kepada pelajar untuk melibatkan diri sekaligus membolehkan mereka
menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam matematik.
Program klinik matematik juga boleh diadakan di setiap sekolah dengan memanggil
individu yang arif tentang matematik. Program ini bukan melibatkan pelajar semata-mata,
tetapi ia juga seharusnya melibatkan guru yang mengajar subjek matematik. Antara yang
perlu ditekankan dalam klinik ini termasuklah teknik dan strategi menjawab soalan, aplikasi
penggunaan matematik dalam kehidupan seharian dan soalan-solan spot dalam peperiksaan.
Bagi guru, antara aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah seminar untuk meningkatkan
kemahiran mereka dalam megajar matematik di samping mengeratkan hubungan antara guru
dan pelajar kerana apabila pelajar tidak memhami pengajaran guru akan wujudlah suatu
perasaan tidak senang pelajar terhadap guru.
Program seperti ini direkodkan telah lama dijalankan di university-universiti Barat
seawall tahun 1976 di sebuah universiti di Middle town. Ia turut dilakukan oleh universiti di
California dan Massachusetts. Di San Francisco, program bertajuk ‘ Math Without Fear”
telah dijalankan untuk membantu pelajar mengurangkan rasa takut dan persepsi negatif
terhadap matematik. Pelbagai program seangkatan dengan dua program di atas boleh
dijalankan untuk membantu pelajar mengatasi perasaan kebimbangan matematik dengan
sokongan setiap individu.
Bagaimana cara mengatasinya?
Ibu bapa dan keluarga sangat mempengaruhi anak-anak dalam setiap perkara yang
dilakukan. Menurut Poffenbergen dan Norton (1959), ibu bapa mempengaruhi sikap dan
pencapaian anak-anak melalui tiga cara
Galakan ibu bapa;
Sikap ibu bapa;
Jangkaan ibu bapa terhadap pencapaian anak-anak.
Di sini, terserlah pengaruh ibu bapa dan keluarga yang kuat dalam menentukan apa yang
dilakukan oleh anak mereka dan dapat dikenalpasti ibu bapa adalah individu yang tepat dapat
menghilangkan perasaan kebimbangan matematik dalam diri anak-anak. Temubual yang telaha
dijalankan kepada dua orang pelajar telah mendapati mereka berminat dengan matematik dan
menganggap matematik merupakan sesuatu yang seronok dan mencabar. Menurut mereka, bapa
mereka merupakan individu yang memberikan rasa menarik terhadap matematik. Bapa mereka
memberikan latihan dan gaya menyelesaikan soalan matematik yang menarik dan efektif. Ini
menunjukkan walapun hanya seorang daripada ibu bapa terlibat dalam menunjukkan minat dan
memberikan galakan, ia akan memberikan impak positif terhadap minat anak-anak terhdap
matematik.
Satu lagi temubual yang dijalankan menunjukkan walaupun ibu bapa mereka seorang
yang kurang berpelajaran, mereka hanya bertanya kepada abang dan kakak mereka. Melalui
aktiviti menelaah bersama-sama yang diterapkan oleh keluarga, ia dapat menarik minat anak-
anak menelaah. Di sini, jelaslah peranan ibu bapa dan keluarga dalam menentukan setiap apa
yang dilakukan oleh anak-anak dan di sini sekali lagi besar peranan yang dimainkan oleh ibu
bapa dalam mengatasi perasaan kebimbangan matematik dalam kalangan anak-anak. Namun,
peranan guru dan rakan sebaya juga memainkan peranan penting. Kaedah pengajaran guru yang
berkesan dapat membantu pemahaman pelajar sekaligus menghilangkan perasaan takut terhadap
matematik.
Rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Pemilihan rakan sebaya
yang baik akan membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka dengan melakukan aktiviti
berkumpulan dan meningkatkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar. Ibu bapa perlu
memnatau anak mereka dan mengambil tahu tentang rakan mereka dan apa yang mereka lakukan
bersama rakan-rakan. Di sini, peranan ibu bapa jelas kelihatan dalam menentukan apa yang
dilakukan oleh anak-anak. Kesimpulannya, ibu bapa, guru dan rakan sebaya adalah individu
yang penting dalam mengatasi perasaan kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar.
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
SME 3023
TRENS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
SEM 1 SESSION 2011/2012
ASSIGNMENT :
FACTORS ASSOCIATED WITH MATHEMATICS ANXIETY
NAMA
NO.MATRIK
KUMPULAN
NAMA PENSYARAH
: MUHAMAD SABRI BIN IBRAHIM
: D20081032280
: A
: PROF.MARZITA PUTEH
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Mathematics Anxiety?
Mengikut Tobias (1978) Mathematics Anxiety ataupun kebimbangan Matematik sebagai tekanan
perasaan dan kebimbangan yang melibatkan bilangan dan penyelesaian masalah dalam
matematik dalam kehidupan seharian serta dalam situasi akademik. Kebimbangan matematik ini
boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lupa dan hilang kenyakinan diri. Seseorang yang
mengalami kebimbimbangan matematik ini akan merasakan diri mereka tidak dapat melakukan
perkara yang melibatkan pengiraan dan juga matematik
Burton (1979 ) menyatakan bahawa kebimbangan matematik ini boleh menyebabkan
seseorang pelajar itu menjadi kelu seketika apabila mereka diberikan tugasan menyelesaikan
masalah matematik yang mudah. Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu
mengalami kebimbangan matematik ini, antaranya ialah berpeluh, panik, ketakutan, tertekan,
bibir kering, malu dan sebagainya. Manakala mengikut morris (1981) pula, seseorang akan
berhadapan dengan perubahan keadaan fizikal dan psikologi apabila berhadapan dengan
matematik.
Mengikut Sigmud Freud (1936) yang menerangkan kebimbangan matematik ini secara
psikologi menyatakan bahawa perasaan merasakan sesuatu dan mengalami keadaan emosi yang
tidak tenang apabila berhadapan dengan matematik. Berdasarkan formula keadaan kebimbangan
yang dinyatakan Freud terdapat tiga ciri yang akan dialami seseorang apabila mengalami
kebimbangan matematik antaranya adalah seperti mengalami perasaaan yang tidak tenang,
mempunyai perubahan psikologi seperti berpeluh, jantung berdenyut dengan kencang dan
kesukaran untuk bernafas dan mereka sedar mereka mengalami perasaan tersebut.
Secara keseluruhanya, kebimbangan matematik ini merupakan suatu perasaan yang takut,
panik, resah dan bimbang apabila berhadapan dengan matematik sama ada dalam kehidupan
seharian dan akademik.
2. Siapa yang mengalami kebimbangan matematik?
Kebimbangan matematik dialami oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah khususnya
pelajar yang akan berhadapan dengan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar-pelajar
yang mengalami kebimbangan matematik ini akan merasa ketakutan, resah, tidak tenang,
kenyakinan diri berkurang, tidak dapat menjawab dengan baik dan sebagainya apabila
berhadapan dengan matematik.
Selain daripada itu, kebimbangan matematik juga dialami oleh guru-guru pelatih
matematik dan ini dibuktikan dengan kajian oleh Bulmahn & Young (1982) yang menyatakan
bahawa kebimbangan matematik juga wujud dalam kalangan guru pelatih opsyen matematik.
Antara ciri-ciri guru pelatih yang mengalami kebimbangan matematik adalah, mereka tidak suka
dicabar, mempunyai kenyakinan diri yang rendah, mengangap diri mereka pelajar yang lemah,
mudah berputus asa dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak pandai dalam matematik. Semua
sikap yang disebutkan adalah merupakan anggapan mereka terhadap diri sendiri bila berhadapan
dengan matematik.
Guru yang mengajar matematik disekolah juga mengalami kebimbangan matematik. Hal
ini disebabkan perasaan ataupun sikap guru yang hilang minat untuk mengajar matematik,
mereka gagal untuk memberi pemahaman ketika mengajar matematik dan gagal untuk
mewujudkan suasana yang aktif dan berkesan ketika mengajar.
3. Kenapakah kebimbangan matematik ini berlaku?
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya kebimbangan matematik
antaranya adalah hubungan pelajar dengan guru. Hubungan guru dengan pelajar mempengaruhi
sikap dan pandangan pelajar terhadap matematik. Selain itu, sikap guru dan bagaimana guru
menyampaikan pengajaran juga memberikan kesan terhadap persepsi pelajar terhadap
matematik. Antara beberapa sikap yang menyumbang kepada kebimbangan matematik dalam
bilik darjah adalah sikap pelajar yang takut untuk bertanya, guru yang menyalahkan pelajar jika
tidak faham, guru yang memperlekehkan kemampuan pelajar, guru yang garang dan sangat
tegas, guru mengugut dan memberi tekanan kepada pelajar, guru yang tidak menunjukkan minat
untuk mengajar dan guru yang tidak mengunakan kaedah mengajar yang tepat.
Faktor kedua adalah tekanan daripada peperiksaan. Ramai yang berpendapat bahawa
apabila seseorang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dapat meningkatkan
kenyakinan diri dan dijadikan motivasi untuk berjaya. Tetapi jika pelajar selalu gagal khususnya
dalam peperiksaan awam ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dan kebencian terhadap
subjek tersebut. Maka, jika hal ini berlaku terhadap subjek matematik maka pelajar akan kecewa
dan menyebabkan mereka menjadi bimbang dan risau jika berhadapan dengan matematik kelak.
Faktor ketiga adalah pengaruh ibubapa. Penglibatan ibubapa dalam pendidikan
matematik amat penting dalam membentuk keyakinan diri minat terhadap subjek matematik.
Jika ibubapa yang selalu mengambil berat terhadap perkembangan akademik pelajar seperti
selalu menegur, membantu dan mengalakkan anak mereka suka akan matematik maka hal ini
akan menyebabkan anak mereka menjadi suka dan seronok terhadap matematik tetapi jika
sebaliknya berlaku, maka kebimbangan matematik akan hinggap kedalam jiwa anak mereka.
Seterusnya adalah pengaruh rakan sebaya yang turut menyumbang kepada kebimbangan
matematik. Jika rakan yang didampingi pelajar dalam kelas merupakan seorang yang bagus dan
berminat terhadap matematik maka secara tidak langsung pelajar tersebut berminat dan suka
akan matematik, tetapi berlaku sebaliknya jika rakan yang didampingi lemah dan tidak suka
matematik.
4. Bilakah kebimbangan matematik ini berlaku?
Kebimbangan matematik berlaku ketika seseorang berhadapan dengan peperiksaan awam yang
melibatkan subjek matematik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, apabila seseorang pelajar
menduduki ujian ataupun peperiksaan awam mereka berasa terlampau takut dan gementar.
Kadang-kadang ketakutan yang dialami mereka melangkaui pemahaman mereka terhadap
matematik. Jika pelajar gagal mendapat keputusan ujian atau peperiksaan yang baik, hal ini akan
menimbulkan perasaan negatif dan tidak suka terhadap matematik. Sekiranya pelajar mendapat
keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan maka perkara sebaliknya berlaku dan malah
menjadi motivasi kepada mereka untuk terus belajar.
Keadaan seterusnya yang menyebabkan timbulnya kebimbangan matematik apabila
pengajaran guru dalam kelas yang agak rigid dan tegas. Terdapat juga sesetengah guru yang
gagal menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik
sehinggakan menyebabkan pelajar kehilangan minat untuk belajar matematik, hal ini seterusnya
akan menimbulkan kebimbangan matematik dalam diri pelajar.
5. Apakah yang menyebabkan kebimbangan matematik berlaku?
Perkara yang mendorong kepada berlaku kebimbangan matematik adalah anggapan terhadap
subjek matematik. Mengikut Kloosterman (1991) kepercayaan pelajar terhadap matematik
mempengaruhi pembelajaran mereka. Mengikut Puteh, (1998) anggapan guru pelatih terhadap
matematik merupakan salah satu perkara yang menyebabkan kebimbangan matematik, antara
anggapan yang dibuat adalah subjek matematik ini hanya melibatkan pengiraan, nombor dan
simbol, mereka juga beranggapan bahawa matematik susah kerana melibatkan penyelesaian
masalah, matematik adalah sangat abstrak dan tiada kaitan dengan kehidupan seharian,
matematik banyak menghafal formula dan peraturan untuk selesaikan masalah, matematik juga
mengukur IQ dan kreativiti dan menjadi kayu ukur terhadap kebolehan diri sendiri dan akhir
sekali mereka mengangap matematik ini memerlukan banyak latihan dan perhatian serta kerja
keras untuk menjadi pandai.
Selain itu, antara perkara yang menyebabkan kebimbangan dalam guru pelatih adalah
dari segi gambaran diri sendiri terhadap matematik. Antara gambaran yang dibuat adalah mereka
tidak suka dicabar, mempunyai kenyakinan diri yang rendah, mengangap diri mereka pelajar
yang lemah, mudah berputus asa dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak pandai dalam
matematik.
6. Bagaimanakah cara mengurangkan kebimbangan matematik sebagai seorang
guru?
Setiap permasalahan yang timbul mesti ada jalan penyelesaianya. Sebagai seorang bakal guru
pengetahuan berkaitan dengan kebimbangan matematik adalah sangat penting. Untuk
mengurangkan berlakunya kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar adalah bergantung
kepada peranan guru. Guru matematik adalah bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran
dan minat dalam matematik kepada pelajar mereka. Mereka seharusnya dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang memberangsangkan agar minat terhadap matematik dapat dipupuk di
kalangan pelajar mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, guru matematik perlulah membina
konsep kendiri yang positif dalam diri mereka terhadap matematik.
Selain itu juga, guru perlu untuk mengubah kaedah pengajaran mereka kearah yang lebih
baik dan berkesan supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif dan
berkesan. Dengan perubahan kaedah pengajaran guru ini, maka kebimbangan matematik yang
ada dalam diri pelajar dapat dikurangkan dengan berkesan.
Peranan ibubapa juga perlu untuk mengurangkan kebimbangan matematik dalam diri
pelajar. Guru perlu memainkan peranan untuk memaklumkan kepada ibubapa pelajar berkaitan
dengan masalah kebimbangan matematik ini. Guru perlu meminta ibubapa untuk sentiasa
melihat perkembangan akademik pelajar dan memberikan dorongan serta sokongan kepada
pelajar yang mengalami kebimbangan matematik ini. Dengan kerjasama daripada guru dan
ibubapa maka kebimbangan matematik ini dapat dikurangkan dalam kalangan pelajar.
7. Bagaimanakah cara menyingkirkan kebimbangan matematik?
Guru yang memainkan peranan yang sangat penting untuk menyingkirkan kebimbangan
matematik ini. Guru sebenarnya perlu untuk buang dan mengurangkan apa juga ujian ataupun
peperiksaan yang menyebabkan pelajar tertekan dan hilang kenyakinan diri. Selain itu, guru juga
perlu untuk mengurangkan dan mengelakkan daripada meminta pelajar untuk menunjukkan jalan
penyelesaian ataupun menjawab soalan yang diberikan guru dihadapan papan hitam.
Kebanyakan daripada pelajar merasa malu sekiranya mereka dipanggil kehadapan dan gagal
menulis jawapan yang betul dihadapan. Selain itu, mereka juga merasakan akan diejek dan
ditertawakan oleh rakan-rakan jika gagal menulis jawapan dengan baik dihadapan. Justeru itu,
guru perlulah mengelak daripada meminta pelajar kehadapan tetapi perlu meminta pelajar
berbincang dan berkerjasama dalam kumpulan yang kecil untuk menyelesaikan masalah. Dengan
kaedah perbincangan dalam kumpulan ini maka, mereka akan berasa lebih selesa untuk bertanya
dan berbincang dengan rakan-rakan jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang
diberikan.
Antara tindakan yang lain yang perlu diambil untuk menyingkirkan kebimbangan
matematik adalah, guru perlu untuk mengelak daripada membuat perbandingan atau ujian yang
membandingkan pelajar. Tindakan membandingkan pelajar ini menyebabkan pelajar yang lemah
rasa tertekan dan terabai. Hal ini juga akan menyebabkan pelajar yang tertekan akan mula
mengelak daripada belajar matematik, mula bimbang dan resah bila berhadapan dengan subjek
matematik.
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
SME 3023
TRENS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
SEM 1 SESSION 2011/2012
ASSIGNMENT :
FACTORS ASSOCIATED WITH MATHEMATICS ANXIETY
NAMA
NO.MATRIK
KUMPULAN
NAMA PENSYARAH
: MOHD HAMIZI BIN YUSOFF
: D20081032295
: A
: PROF.MARZITA PUTEH
Mathematics Anxiety
1. What is it?
Mathematics anxiety dapat ditafsirkan sebagai ketakutan atau kegelisahan terhadap apa
jua yang melibatkan matematik ataupun lebih dikenali sebagai mathophobia. Hal ini dapat
digambarkan dalam keadaan fizikal dan psikologi terhadap perasaan dan pengalaman apabila
seseorang itu berhadapan dengan situasi yang melibatkan matematik. Perasaan seperti panik,
tekanan perasaan, berpeluh, ketakutan, malu dan kegelisahan merupakan tanda-tanda kepada
seseorang itu mengalami mathematics anxiety. Contohnya, apabila seorang pelajar itu
diajukan soalan yang melibatkan penyelesaian matematik, pelajar tersebut akan merasa
gelisah dan gusar untuk menjawab soalan tersebut. Seterusnya, dia akan berasa sukar untuk
menyelesaikan soalan matematik yang telah diajukan tadi. Simptom sedemikian juga dapat
digambarkan sebagai mathematics anxiety yang sangat membimbangkan pelajar-pelajar
sekarang ini.
Linquist (1981) menyatakan mathematics anxiety ini melibatkan tekanan perasaan dan
kebimbangan yang bercampur baur dengan memanipulasi nombor dan penyelesaian masalah
matematik dalam pembelajaran seharian. Beliau juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja
yang mempunyai mathematics anxiety ini akan menghalang mereka untuk mendapat
pencapaian yang terbaik semasa peperiksaan dan seterusnya untuk melayakkan mereka
melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Hal sedemikian sangat membimbangkan
pelajar jikalau mereka tidak dapat mempamerkan prestasi yang memberangsangkan untuk
melayakkan mereka melanjutkan pembelajaran ke tahap yang tertinggi terutamanya dalam
matapelajaran matematik.
2. Why that is happen?
Setelah meneliti kepada aspek-aspek yang tertentu, terdapat banyak faktor-faktor yang
boleh menyumbangkan kepada berlakunya mathematics anxiety ini. Beltz (1978) menyatakan
bahawa mathematics anxiety ini merupakan masalah kepada pelajar-pelajar kolej
termasuklah mereka yang mengambil kelas matematik lanjutan. Daripada kajian yang telah
dijalankan (Puteh, 1998), terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan kepada berlakunya
mathematics anxiety ini. Personaliti dan gaya penyampaian guru dalam bilik darjah juga
merupakan salah satu faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya mathematics
anxiety ini.
Personaliti guru yang garang menyebabkan pelajar merasa takut untuk bertanya soalan-
soalan sukar yang melibatkan penyelesaian matematik. Guru juga harus bijak untuk
berinteraksi dengan pelajar agar mereka tidak berasa takut dan gentar untuk menanyakan
soalan yang tidak mereka fahami. Gaya pembelajaran guru juga seharusnya sesuai dengan
tahap dan penguasaan para pelajar. Terdapat gaya penyampaian guru yang agak laju dan
pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran itu dengan baik dan seterusnya menyebabkan pelajar
itu ketinggalan dalam pelajaran. Para pelajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dan
guru seharusnya bijak mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dan menyesuaikan dengan
gaya pembelajaran yang berkesan supaya pelajar dapat menerima ilmu matematik itu dengan
berkesan dan berguna.
Faktor yang seterusnya ialah kesan daripada peperiksaan awam. Pembelajaran matematik
di Malaysia lebih berorientasikan kepada peperiksaan. Berorientasikan kepada peperiksaan
ini adalah tidak bagus untuk diamalkan kerana matlamatnya adalah untuk mencapai
keputusan yang cemerlang tetapi impak yang amat berat ditanggung oleh pelajar itu sendiri.
Pelajar yang cemerlang semestinya tidak gusar untuk terus cemerlang dalam peperiksaan
tetapi pelajar yang tidak dapat mempamerkan prestasi yang membanggakan akan terus
tertekan untuk mencapai keputusan yang cemerlang terutama dalam matapelajaran
matematik. Motivasi pelajar itu juga akan merudum dan keyakinannya untuk menjawab
peperiksaan seterusnya akan berkurang dan selanjutnya memberi tekanan untuk mendapat
kejayaan yang cemerlang.
Seterusnya, faktor keluarga juga menjadi penyumbang kepada masalah mathematics
anxiety ini. Pelajar seharusnya mendapat bimbingan yang berterusan daripada kaum keluarga
dan dapat memberikan motivasi yang kuat supaya mendorong mereka mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan. Harapan keluarga yang tinggi untuk melihat anak
mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan seharusnya disusuli dengan
dorongan yang mapan dan tidak hanya membimbing dari jauh sahaja. Masalah akan berlaku
sekiranya harapan yang tinggi dicanangkan tetapi tiada bimbingan atau motivasi yang
diberikan untuk merealisasikan impian yang dihajatkan. Keluarga yang menjadi inspirasi
kepada pelajar dapat menyumbangkan sesuatu terutama dalam menyuntik semangat dalaman
para pelajar.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya amat kuat untuk diperkatakan menjadi pendorong
kepada mathematics anxiety ini. Pelajar yang bijak seharusnya membimbing pelajar yang
lemah dan tidak terus membiarkan mereka terbiar tanpa dorongan yang bersesuaian. Hal
sedemikian terjadi apabila mereka tidak mendapat pembelajaran yang sepenuhnya daripada
guru dan sebagai teman seharusnya membimbing rakan mereka untuk mencapai dan
seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang. Rakan sebaya yang tidak dapat membimbing
rakannya dan membiarkan mereka terus tertanya-tanya terhadap persoalan khususnya
persoalan melibatkan matematik yang diajukan akan menyebabkan mereka mengalami
mathematics anxiety ini. Bagi mencegah daripada berlakunya hal sedemikian, mereka
seharusnya dapat melakukan aktiviti atau perbincangan berkumpulan sesama sendiri. Segala
yang tidak difahami akan diselesaikan dalam perbincangan yang dilakukan.
3. Who has it?
Mathematics anxiety ini diperolehi apabila seseorang itu mempunyai kegusaran atau
kegelisahan apabila berhadapan dengan apa sahaja yang melibatkan matematik. Daripada
pembacaan yang telah dibuat, guru yang tiada pengalaman mengajar matematik juga
mempunyai masalah mathematics anxiety ini. Guru yang mempunyai masalah sedemikian
akan menyebabkan pelajarnya mengalami masalah yang sama kelak. Selalunya, guru pelatih
yang baru sahaja ditugaskan untuk mengajar matematik di sekolah mempunyai masalah yang
sama semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Daripada
kajian yang telah dilakukan (Puteh, 1998), beberapa tanggapan terhadap matematik telah
dibuat oleh guru-guru pelatih. Antara tanggapan yang telah dinyatakan ialah matematik
adalah hanya perkiraan yang melibatkan kepada nombor, simbol dan ianya membosankan
dan mengelirukan.
Tanggapan lain yang dikemukan ialah matematik ini sekadar penyelesaian masalah dan
menyebabkannya susah, matematik ini terlalu abstrak dan tiada kaitan dengan kehidupan
seharian, matematik ini melibatkan peraturan dan penghafalan formula sahaja. Kesemua
tanggapan yang dibuat jelas menunjukkan bahawa guru-guru pelatih ini mengalami
mathematics anxiety. Mereka masih lemah dan baru dalam dunia perguruan dan seharusnya
mendapat tahu cara penyampaian yang betul untuk menyakinkan pelajar terhadap
pembelajaran matematik. Penyampaian guru yang melibatkan penyampaian fakta sahaja akan
menyebabkan mereka sukar untuk memahami pembelajaran tersebut dan akhirnya mereka
mendapat kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan penyelesaian matematik.
Selain daripada guru yang memiliki mathematics anxiety ini, pelajar juga tidak terkecuali
daripada memliki masalah yang sama. Pelajar yang tidak suka dicabar dan mempunyai tahap
keyakinan diri yang rendah melibatkan matematik akan tergolong dalam masalah yang sama
iaitu mathematics anxiety. Pelajar yang tidak suka dicabar dan mempunyai keyakinan diri
yang rendah sering sahaja mengalah apabila diaju dan diberikan soalan yang melibatkan
penyelesaian masalah matematik. Kegagalan untuk mereka menjawab soalan-soalan dan
ditambah pula dengan tiada keyakinan diri yang tinggi itu akan menyebabkan mereka cepat
mengalah dan menganggap matematik ini susah. Seterusnya, pelajar mempamerkan
kurangnya minat terhadap matematik dan segala penyelesaian yang melibatkan matematik.
Selain itu, pelajar yang mempunyai cara pembelajaran matematik yang perlahan, kurang
keyakinan diri, mudah mengalah dan selalu menyalahkan diri sendiri terhadap prestasi
matematik yang teruk tergolong dalam pelajar yang mempunyai mathematics anxiety.
Mereka yang berhadapan dengan situasi yang sedemikian selalunya tidak minat terhadap
matematik dan tiada semangat untuk mempelajarinya. Contohnya, pelajar yang sering
mengalah dan mempunyai keyakinan diri yang rendah menunjukkan protes yang selalunya
berlaku dalam bilik darjah. Pelajar yang bersifat sedemikian akan cuba sedaya upaya untuk
mengelak daripada disoal oleh guru. Apabila disoal mengenai latihan dan penyelesaian
masalah yang melibatkan matematik, mereka cuba sedaya upaya untuk mengelak kerana
mereka tidak mahu kelihatan rasa gugup, gelisah dan gementar jika tidak dapat menjawab
soalan yang diajukan sepertimana yang dialami oleh pelajar lain.
4. When does it occur?
Mathematics anxiety ini berlaku tanpa kita sedari akan kewujudannya. Setiap tindakan
atau gaya pembelajaran yang disampaikan oleh guru dalam kelas dan penerimaan sendiri
pelajar itu terhadap pembelajaran guru sedikit sebanyak telah berlakunya mathematics
anxiety itu. Masalah sedemikian berlaku daripada kurangnya komitmen guru dalam
pembelajaran matematik. Hal ini berlanjutan apabila tiada tindakan susulan yang diambil dan
menyebabkan pelajar berasa ketakutan serta kurang minat terhadap matematik. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa mathematics anxiety berlaku tanpa disedari oleh guru matematik itu
sendiri dan secara tidak langsung pelajar yang mengikuti pembelajarannya juga akan berasa
dan mengalami kecenderungan yang sama untuk memiliki mathematics anxiety ini.
Guru juga tidak terlepas daripada memiliki mathematics anxiety ini. Apabila guru yang
tidak menunjukkan rasa minat yang mendalam untuk mengajar matematik dan sering
menggunakan ugutan dan tekanan terhadap pelajar, menyebabkan secara tidak langsung
mereka telah terlibat dalam masalah ini. Guru bertindak sedemikian bertujuan untuk
memastikan para pelajar untuk belajar dan ternyata persepsi pelajar negatif mengakibatkan
mereka bertindak diluar batasan menyebabkan keadaan bertambah teruk dan sukar dikawal.
Pelajar juga tidak merasa bilakah simptom atau tanda-tanda yang menyebabkan mereka
mengalami mathematics anxiety ini. Hal sedemikian dapat dilihat melalui latihan yang
diberikan dalam kelas dan dipantau secara bereterusan oleh guru untuk mengenalpasti
pelajar-pelajar yang bermasalah dengan mathematics anxiety. Pada mulanya, para pelajar
akan menunjukkan rasa bosan dan tidak meminati untuk mengikuti pengajaran matematik ini.
Apabila latihan yang diberikan menyukarkan mereka untuk menjawabnya, lihat pada
perilaku dan raut wajah mereka samada tertekan, bimbang, bosan atau mereka akan berasa
cuai semasa melakukan latihan yang telah diberikan. Pelajar akan tahu yang mereka
mengalami mathematics anxiety. Pelajar yang mempunyai tanda-tanda sedemikian
seharusnya tahu mengenai mathematics anxiety dan berusaha untuk mengelak daripada
berlakunya masalah ini.
5. What create it?
Apa yang menyebabkan berlakunya mathematics anxiety ini ialah konsep pelajar itu
sendiri terhadap matematik dan motivasi diri membuat mereka percaya terhadap pelbagai
gaya pembelajaran. Pelajar yang mempunyai sifat fobia kepada nombor sangat mudah untuk
terdedah kepada berlakunya masalah ini. Gaya pembelajaran matematik berbeza yang
dipraktikkan semasa pengajaran matematik dalam kelas seharusnya sesuai dengan teknik atau
penerimaan diri pelajar itu sendiri. Gaya pembelajaran yang lebih kepada hafalan adalah
salah sama sekali untuk dipraktikkan semasa belajar matematik. Hal ini kerana matematik
memerlukan pemahaman terhadap konsep, prosedur dan strategi untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang melibatkan matematik. Selain itu, latihan yang konsisten dan
berterusan perlu dilakukan untuk mengelakkan pelajar berasa tidak yakin untuk menjawab
kertas peperiksaan matematik kelak.
Selain itu, pembelajaran guru matematik yang abstrak dan tidak kaitannya dengan
kehidupan seharian mendorong kenapa berlakunya mathematics anxiety ini. Selalunya
pemahaman guru pelatih yang baru sahaja mengajar matematik di sekolah tidak mengaitkan
pembelajaran mereka dengan kehidupan seharian akan melambatkan proses pemahaman
pelajar itu sendiri. Sehingga sekarang ramai pelajar yang menerima matematik itu hanya
sebagai nombor, simbol, pengiraan dan sekadar penyelesaian masalah tidak kepada
kegunaannya dalam kehidupan seharian. Banyak daripada pelajar tidak dapat
menghubungkait pengetahuan yang diperolehi dalam suasana pembelajaran dalam kelas
yang melibatkan nombor dan simbol dengan cara menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian mereka. Untuk mengaitkan sesuatu perkara adalah sesuatu yang tidak berlaku
secara semulajadi tetapi bagi pelajar mereka hendaklah diajar dan ditolong untuk mereka
menghargai kegunaan matematik seawal yang mungkin untuk melihat keberkesanannya.
6. How do you reduce?
Setiap permasalahan yang timbul semestinya ada jalan yang dapat mengurangkan
daripada terus berlaku dan memburukan lagi keadaan sedia ada. Permasalan yang melibatkan
mathematics anxiety atau dikenali juga sebagai kerisauan terhadap matematik ini perlulah
dilakukan sesuatu supaya dapat dibendung sepenuhnya. Selalunya pelajar berasa gusar dan
takut untuk menjawab latihan yang diberikan oleh guru kerana guru terlalu kerap menyoal
dan menyediakan ujian setiap kali habis bab atau topik supaya pelajar dapat menguasai bab
itu. Hal sedemikian dapat dikurangkan dengan memberi latihan yang bersesuian atau
mengurangkan ujian dan digantikan dengan kerja kumpulan yang tidak memberikan tekanan
serta pelajar dapat belajar matematik sambil berhibur tanpa tekanan.
Permasalahan yang selalu timbul ialah guru selalu mengadakan kuiz kilat yang selalu
menunjukkan persaingan untuk melihat siapa jaguh dalam kelas. Hal sedemikian dapat
menjatuhkan motivasi diri pelajar-pelajar yang lemah dalam matematik. Guru seharusnya
tidak berbuat demikian tetapi menggantikan dengan aktiviti-aktiviti lain yang dapat membina
pemikiran pelajar secara menyeluruh. Guru juga tidak seharusnya menumpukan seratus
peratus pengajaran dekat papan tulis tetapi seharusnya mendekati pelajar dan menyelami
masalah yang dihadapi mereka supaya dapat mengelak daripada terjadinya mathematics
anxiety. Pelajar juga dapat berkumpul dalam kumpulan-kumpulan kecil dimana mereka dapat
berbincang sesama sendiri dan menolong antara satu sama lain. Sekiranya ada kekeliruan
guru seharusnya ada untuk membimbing pelajar supaya berada dilandasan yang betul dan
kurangnya keraguan terhadap matematik itu sendiri.
7. How do you eliminate?
Sesuatu perkara untuk dilenyapkan terus adalah amat sukar tetapi dengan azam yang kuat
dan mencari penyelesaian terbaik adalah amat bernas untuk dipraktikkan supaya
permasalahan itu terus lenyap untuk dibahaskan lagi. Permasalah seperti mathematics anxiety
ini sepatutnya dihapuskan dengan mengkaji kepada faktor utama pemasalahan itu terjadi.
Faktor-faktor yang telah diterangkan menyumbang kepada berlakunya permasalan ini seperti
tekanan peperiksaan, personaliti dan gaya pembelajaran guru, kurangnya bimbingan ibu bapa
dan rakan sebaya serta rendahnya motivasi diri pelajar. Penyelesaian yang utama dapat
dilakukan ialah dengan menjauhkan diri dengan situasi yang menjebakkan kepada
berlakunya mathematics anxiety.
Selain itu, motivasi diri dan persepsi pelajar itu terhadap pengajaran matematik haruslah
kuat dan mendalam supaya mereka sendiri dapat meminati dan tidak jemu dalam
mempelajari matematik tidak kira di mana jua. Setelah dalaman diri pelajar dimotivasikan
dengan pandangan positif hal yang berkaitan matematik, pelajar dengan mudah dapat
mengadaptasi apa sahaja yang berkaitan matematik. Tambahan pula, disuntikan semangat
yang padu daripada ahli keluarga yang terdekat serta rakan sebaya untuk mereka terus
berjaya khususnya dalam hal yang berkaitan matematik. Guru pula seharusnya bijak
mempelbagaikan gaya pembelajaran supaya pembelajaran matematik itu mudah untuk
diaplikasikan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya semua pihak
haruslah bergandingan agar masalah mathematics anxiety ini benar-benar dapat dibendung
sepenuhnya.
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
SME 3023
TRENS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
SEM 1 SESSION 2011/2012
ASSIGNMENT :
FACTORS ASSOCIATED WITH MATHEMATICS ANXIETY
NAMA
NO.MATRIK
KUMPULAN
NAMA PENSYARAH
: MOHD BADRUL HISHAM BIN MAT AMIN
: D20081032279
: A
: PROF.MARZITA PUTEH
1. Apakah itu mathematic anxiety?
Berdasarkan hasil pembacaan saya berkaitan buku yang bertajuk “Factors Associated With
Matemathic Anxiety” yang diterbitkan oleh Dr. Marzita puteh, Mathematic anxiety atau
kebimbangan matematik dapatlah diterjemahkan kepada beberapa perkara. Walau
bagaimanapun, berasaskan beberapa fakta definisi yang diolah dalam buku ini iaitu hasil kajian
daripada tokoh-tokoh yang juga pernah membuat penyelidikan mengenai mathematic anxiety, ia
lebih membantu saya untuk memahami dengan lebih jelas mengenai mathematic anxiety yang
dimaksudkan. Antara petikan yang boleh di petik adalah Mathematic anxiety merujuk kepada
pemeringkatan seseorang tentang perasaan tertekan dan bimbang terhadap proses manipulasi
nombor, menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Matematik serta ujian Matematik.
Menurut Sigmund freud mathematic anxiety ialah suatu perasaan yang tidak senang yakni
pengalaman menyeluruh. Kelly & Tomhave (1985) pula mendefinisikannya sebagai perasaan
takut dan tidak suka pada, serta ingin mengelakkan diri daripada situasi berkenaan dengan
Matematik. Menurut Richardson & Suinn (1972), ia berkaitan dengan perasaan tekanan dan takut
yang berkaitan dengan manipulasi nombor serta penyelesaian masalah Matematik dalam
pelbagai situasi akademik dan kehidupan seharian. Menurut Aiken (1976) kebimbangan
matematik diambil kira sebagai sikap umum terhadap matematik.
Oleh yang demikian, maka mathematic anxiety dapatlah dirumuskan sebagai suatu perasaan
runsing, gelisah, tertekan, takut, fobia, benci, tidak selesa, tidak focus serta seram terhadap
matematik samada subjek matematik atau pun ujian yang berkaitan matematik. Malahan, ia juga
boleh diterjemahkan sebagai suatu tindak balas yang diluar kawalan apabila melihat nombor,
pengiraan, penyelasaian masalah matematik atau pon situasi dalam kehidupan seharian.
Sementara itu, ia juga boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang menghalang pemikiran serta
jiwa untuk terlibat dengan sebarang isu matematik di mana akan menjadi seseorang itu trauma
atau yang diistilahkan sebagai “mathfobia”.
2. Kenapakah mathematic anxiety boleh berlaku?
Hasil pembacaan mendapati, terdapat 4 faktor utama yang menyumbang kearah terjadinya
mathematic anxiety. Antaranya ialah hubungan antara guru dan pelajar, teknik pengajaran guru,
tekanan, peperiksaan dan ibu bapa serta rakan sebaya atau rakan sekelas. Oleh yang demikian,
melalui temubual yang dijalankan, setiap faktor jelas membuktikan mengapa mathematic anxiety
telah berlaku. Apabila kita merujuk kepada faktor yang pertama iaitu hubungan antara guru dan
pelajar, didapati faktor ini sangat mempengaruhi sikap dan tingkah laku pelajar. Di samping
sikap tradisonal seorang guru dan pelajar yang masih kekal subur sehingga ke hari ini, jelas
menyumbang kepada mathematic anxiety dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana sikap guru yang
suka bertanya soalan kepada mana-mana pelajar serta meletakkan harapan yang tinggi kepada
pelajar untuk berjaya menyelesaikan setiap masalah matematik menjadikan pelajar sedikit
sebanyak mengalami mathematic anxiety. Sementara itu, ini menyebabkan pelajar takut untuk
meminta pertolongan daripada guru, guru menyalahkan pelajar kerana tidak faham, guru
mencaci pelajar, guru tidak menunjukkan minat kepada pelajar dan sebagainya menyebabkan
guru pelatih terus menerus mengalami mathematic anxiety.
Antara faktor lain yang menjadi faktor utama kearah mathematic anxiety dalam kalangan
guru pelatih ialah pengaruh ibu bapa. Ibu bapa merupakan golongan yang paling
bertanggungjawab dalam fenomena ini. Hal ini kerana setiap yang bermula itu datangnya dari
rumah. Hasil temubual kebanyakkannya menyatakan ibu bapa mereka tidak tahu berkaitan
matematik. Pada mereka, mereka hanya meletakkan harapan kepada anak-anak untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan. Walahal, anak-anak sangat memerlukan
bantuan ibu bapa di mana dalam kajian ini juga jelas membuktikan bahawa ibu bapa yang boleh
memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada anak-anak akan membantu anakk-anak untuk tidak
tertekan. Hal ini dapat didengar hasil temubual pelajar. Justeru, hal ini secara tidak lansung akan
membantu guru pelatih menangani mathematic anxiety yang sering di hadapi terutama ketika
berdepan dengan pelajar-pelajar yang datang dari latar belakang yang lemah dalam pendidikan.
Pada masa yang sama, tekanan yang diterima dalam keluarga yang berpendidikan di mana
mengharapkan anak-anak menjadi sehebat abang atau kakak mereka juga turut mendorong
kearah perkara ini. Walau bagaimanapun, masih ada sebilangan mereka menyatakan kegagalan
ibu bapa untuk membantu tidak menjadikan mereka mathematic anxiety. Faktor-faktor lain, juga
banyak mendorong kearah masalah yang dibincangkan tetapi dominannya adalah lebih menjurus
kepada pengaruh ibu bapa dan guru.
3. Siapakah yang memiliki mathematic anxiety?
Secara keseluruhanya, jika melihat kajian yang dijalankan ini, secara amnya mendapati
masalah mathematic anxiety ini lebih dimiliki oleh guru pelatih. Hal ini juga jelas dilihat apabila
bukti-bukti yang diperoleh daripada kajian ini mendapati mathematic anxiety sangat
mempengaruhi guru pelatih bahkan guru pelatih sebenarnya yang banyak memiliki sikap ini jika
dibandingkan dengan pelajar. Hal ini kerana, hasil temubual telah jelas menyokong bahawa
faktor seperti hubungan guru dan pelajar, pendekatan guru, tekanan peperiksaan serta pengaruh
ibu bapa membuktikan guru pelatih sebenarnya yang memiliki masalah ini dan seterusnya secara
tidak lansung menglibatkan pelajar-pelajar mereka walahal tidak dinafikan setiap pelajar itu juga
turut memiliki perasaan mathematic anxiety ini. Namun, oleh kerana guru pelatih yang lebih
memilikinya ia menjadikan keadaannya lebih teruk sehingga melibatkan pelajar-pelajar serta
meningkatkan mathematic anxiety dalam kalangan pelajar itu sendiri.
4. Bilakah mathematic anxiety ini terbentuk atau muncul?
Secara puratanya, mathematic anxiety ini akan muncul apabila guru pelatih atau pon pelajar
berdepan dengan masalah penyelesaian matematik. Hal ini kerana, guru pelatih telah meletakkan
suatu syarat di mana matematik merupakan suatu subjek yang hanya mengira, matematik hanya
menghafal formula, matematik hanya melibatkan nombor, operasi tambah, tolak, darab, bahagi
dan sebagainya telah membuat guru pelatih mengalami mathematic anxiety. Hal ini kerana
apabila berdepan dengan situasi di mana guru perlu menyelesaikan penyelesaian matematik
melibatkan aplikasi membuat guru akan tertekan dan kecewa. Hal ini jelas dapat dilihat sewaktu
pertukaran dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Hal ini menyebabkan, guru pelatih yang
sentiasa berdepan dengan soalan matematik yang mudah akan megalami mathematic anxiety
apabila berada di peringkat sekolah menengah. Corak pengajaran guru serta tekniknya juga
menjadi saat terbentuknya mathematic anxiety ini. Guru gemar menuding jari kepada pelajar
untuk menjawab soalan di papan hitam dan mengharapkan pelajar berjaya menyelesaikannya
dengan tepat telah meningkatkan lagi mathematic anxiety.
Secara amnya, sebagai seorang guru mereka seharusnya peka bawa sesetengah pelajar
memerlukan masa untuk menerima setiap ilmu. Jadi seorang guru tidak sepatutnya berkeras atau
meletakkan harapan yang tinggi kepada pelajar apabila melibatkan perbincangan masalah
matematik. Antara perkara lain yang menjadi saat dan ketika mathematic anxiety ini wujud ialah
peperiksaan itu sendiri. Hasil tembual mendapati sesetengah pelajar, apabila mereka melihat
sahaja soalan matematik walahal tidak membacanya lagi telah membawa perasaan mathematic
anxiety. Selain itu, berada dalam peperiksaan subjek matematik juga telah mendorong kearah
perasaan mathematic anxiety itu. Selain itu, tuntutan peperiksaan kebangsaan terutama seperti
PMR, SPM telah membuat guru pelatih menjadi mathematic anxiety terhadap matematik.
Terdapat pelbagai lagi keadaan yang mewujudkan perasaan mathematic anxiety.
5. Apakah yang membentuk mathematic anxiety?
Pelbagai keadaan sebenarnya akan mewujudkan mathematic anxiety ini. Namun apakah yang
mendorong kepada bilakan ia mula wujud perasaan mathematic anxiety itu adalah pokok
asalannya. Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang memberi alasan terjadinya keadaan ini.
Antaranya ialah, persepsi guru pelatih terhadap matematik, konsep kendiri terhadap matematik,
perasaan terhadap matematik dan sikap apabila melakukan matematik. Bagi persepsi terhadap
matematik, kebanyakkanya menganggap matematik ini hanyalah melibatkan nombor, symbol
dan pengiraan tambah, tolak, darab, bahagi, matematik adalah abstract dan tiada kaitan dengan
kehidupan seharian, matematik memerlukan banyak latihan, tumpuan dan kerja keras telah
menjadi pencetus kepada perasaan mathematic anxiety. Mereka hanya percaya bahawa untuk
berjaya matematik seseorang itu perlu berkerja keras, komited dan berdisiplin.
Selain itu, mereka juga menganggap matematik adalah suatu yang sangat penting sehingga
sekiranya gagal, mereka akan kecewa serta berputus asa malahan ada yang menganggap gagal
dalam matematik bermaksud gagal segalanya. Hal ini yang membawa kepada mathematic
anxiety. Konsep kendiri terhadap matematik juga besar peranannya. Keadaan di mana seorang
guru pelatih itu yang mempunyai konsep kendiri seperti tidak suka cabaran, keyakinan yang
rendah, mudah putus asa dan menyalahkan diri apabila tidak menonjol ketika prestasi matematik
yang teruk telah membawa kepada mathematic anxiety. Selain itu, apa yang mereka bercakap
mengenai matematik sama ada suka atau tidak suka juga memberi pengaruh kepada apakah yang
mewujudkan mathematic anxiety. Hasil temubual, mendapati, sebilangan guru pelatih ada
mengatakan bahawa apabila beliau berdepan dengan aplikasian penyelesaian masalah, beliau
tidak dapat melakukannya kerana ia terlalu susah baginya. Oleh sebab soalan yang sangat susah,
beliau merasakan beliau tidak dapat menyelesaikannya. Ada juga yang mengatakan mereka
gembira melakukan matematik melibat penyelesaian masalah. Ianya seronok apabila mendapat
jawapan. Sekiranya gagal, mereka tidak kisah kerana itulah cabaran. Hal ini membuktikan
bahawa apa yang kita perkatakan mengenai perasaan kita terhadap matematik, ia akan membantu
persepsi terhadap subjek matematik. Walau apa pun, masih banyak perkara yang menjadi alasan
tentang apakah yang menyebabkan mathematic anxiety ini terbentuk.
6. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan mathematic anxiety?
Terdapat pelbagai cara yang boleh mengurangkan mathematic anxiety. Antaranya ialah
membina konsep kendiri yang positif. Hal ini merujuk kepada menukarkan segala konsep kendiri
yang negative kepada sikap-sikap yang positif. Dalam hal ini terdapat 6 presepsi terhadap
matematik yang perlu di positifkan agar mathematic anxiety dapat dikurangkan. Prinsip pertama,
matematik adalah suatu yang abstrak. Kebanyakkan membuat presepsi negative bahawa ia tiada
kaitan dengan kehidupan seharian. Dalam perkara ini, kita hendaklah sedar bahawa matematik
adalah sangat berkaitan dalam kehidupan manusia seperti kewangan, pembinaan, kesihatan dan
sebagainya. Prinsip kedua, matematik hanya melibatkan pengiraan. Oleh yang demikian mereka
menganggap matematik adalah subjek yang susah. Justeru, kita seharusnya menukarkan persepsi
ini bahawa matematik adalah suatu yang mencabar untuk dilakukan serta memberi kepuasan
yang tinggi apabila berjaya menyelesaikannya.
Prinsip ketiga ialah matematik adalah peraturan dan formula yang perlu diingat. Ramai yang
menganggap ianya bosan dan subjek yang mengelirukan serta sentiasa ada cara yang mudah
untuk selesaikan masalah. Oleh yang demikian, apabila gagal untuk membuat penyelesaian
masalah, mereka mengalami mathematic anxiety. Jesteru, mereka perlu sentiasa berfikir secara
realistic bahawa matematik adalah suatu yang menyeronokkan untuk dilakukan. Bagi prinsip
yang lain, langkah yang sama juga perlu dilaku iaitu mempossitifkan setiap yang perkara
tersebut. 4 konsep kendiri yang perlu dititikberatkan di sini seharusnya diketengahkan bagi
menangani masalah mathematic anxiety ini. Antaranya ialah, sikap yang tidak suka cabaran
seharusnya ditukar menjadi gemar kepada cabaran, keyakinan yang tinggi perlulah digantikan
dengan keyakinan yang tinggi, sikap mudah putus asa seharusnya di ubah kepada sentiasa
mencuba tanpa kenal penat jemu dan sikap menyalahkan keputusan yang teruk dalam matematik
di samping menganggapnya sebagai suatu cabaran baru.
Dalam kajian ini, antara kaedah menangani yang telah dilakukan bagi mengurangkan
mathematic anxiety ialah menggunakan ‘pop-up card’. Hal ini kerana, melihat hasil temubual,
mendapati kaedah ini dapat mewujudkan suasan pembelajaran yang menarik dan meriah.
7. Bagaimanakah cara untuk menyingkirkan mathematic anxiety?
Antara cara untuk menyingkirkan mathematic anxiety adalah suasana kelas yang selesa,
proses memahami stress, buangkan pemikiran buruk mengenai matematik, menghasilkan
pengalaman mengajar matematik yang baru, guna bahan maujud, pastikan semua konsep
dikuasai sebelum meneruskan topic baru, mengurangkan tekanan dalam kelas matematik,
memberi respon yang positif kepada ujian dan peka dan cakna kepada pelajar. Selain itu, antara
langkah yang paling berkesan adalah mengelak dari apa jua situasi matematik sekiranya melihat
kepada data yang diperolehi. Namun begitu, ini akan menyebabkan mereka hilang kepercayaan
mengenai kemampuan untuk melakukan soalan matematik. Mereka pastinya akan kurang ilmu
pengetahuan dan keyakinan dalam menyelesaikan matematik.
Selain itu, antara faktor lain yang sangat memberi kesan dan pada masa yang sama keyakinan
dan pengetahuan matematik berterusan ialah mengubah sikap guru pelatih terhadap matematik di
peringkat sekolah rendah lagi terutama bagi asas yang diperlukan. Ia bermaksud menukar segala
persepsi, perasaan dan sikap terhadap matematik semenjak sekolah rendah terhadap subjek
matematik. Sekiranya ingin ia berlaku, proses yang sedia wujud dalam pelajar dan terutamanya
guru pelatih perlu dirombak atau dipecahkan. Akhirnya, matlamat dalam membantu guru pelatih
untuk mengenal pasti dan kemudian mengubahsuai dan mengurangkan mathematic anxiety perlu
diperkenalkan dalam proses melatih guru pelatih di kolej latihan. Justeru, secara keseluruhannya,
mathemathic anxiety dapat disingkirkan atau dihapuskan.
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
SME 3023
TRENS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
SEM 1 SESSION 2011/2012
ASSIGNMENT :
FACTORS ASSOCIATED WITH MATHEMATICS ANXIETY
NAMA
NO.MATRIK
KUMPULAN
NAMA PENSYARAH
: MOHAMAD SUFFYAN BIN MOHD DAIM
: D20081032383
: A
: PROF.MARZITA PUTEH
Soalan 1
Apa itu kebimbangan matematik? (What is Mathematic anxiety?)
Kebimbangan matematik (Mathematic anxiety) boleh ditakrifkan sebagai perasaan
tertekan dan bimbang apabila berhadapan dengan situasi yang melibatkan nombor dan
penyelesaian masalah matematik dalam pelbagai keadaan samada dalam kehidupan seharian
ataupun semasa pembelajaran akademik. Ianya boleh membuatkan seseorang itu hilang
keyakinan diri akibat daripada kebimbangan dalam situasi melibatkan matemati (Tobias, 1978).
Kebimbangan matematik ini merupakan satu masalah yang lebih berkait dengan emosi seseorang
berbanding masalah intelektual. Kesan daripada masalah emosi inilah baru ianya berkembang
dan memberi kesan kepada kebolehan seseorang itu menguasai ilmu matematik yang seterusnya
mendatangkan kesan kepada masalah intelektual. Suatu fakta yang harus diketahui umum ialah,
masalah kebimbangan matematik ini dapat dilihat daripada segi fizikal dan psikologi seseorang
itu apabila berhadapan dengan situasi yang melibatkan matematik. Sebagai contoh, seorang
pelajar berasa tertekan dan gelisah apabila masuk ke dalam kelas matematik dan berasa panik,
malu, takut dan berpeluh sekiranya diajukan soalan berkaitan matematik. Ini merupakan
simptom-simptom yang dapat dikenalpasti bagi mereka yang mengalami masalah ini. Emosi
yang terganggu kesan daripada kebimbangan matematik ini pastinya memberi kesan kepada
proses pembelajaran mereka.
Fobia matematik merupakan nama lain yang boleh disinonimkan dengan kebimbangan
matematik. Sigmand Freud (1936) merupakan orang pertama yang menyentuh mengenai isu
kebimbangan ini tetapi dalam konteks psikologikal. Hasil kajian beliau menunjukkan situasi
bahaya daripada aspek psikologi bagi orang yang mengalami masalah ini. Linquist (1981)
berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai masalah ini akan menghalang mereka
untuk mendapat pencapaian yang terbaik semasa peperiksaan dan seterusnya untuk melayakkan
mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Sistem pendidikan Malaysia yang
berorientasikan peperiksaan pastinya memberi tekanan yang lebih tinggi kepada para pelajar
kerana matematik merupakan subjek yang harus mereka kuasai dengan cemerlang sebelum
mereka menceburkan diri dalam bidang professional seperti jurutera dan akauntan.
Soalan 2
Kenapa ini berlaku (Why that’s happen?)
Banyak faktor dan aspek yang telah diketengahkan oleh penyelidik bagaimana masalah
kebimbngan dalam matematik ini boleh berlaku. Antaranya ialah pelajar berasa tertekan untuk
membuat yang terbaik dalam matematik semasa peperiksaan sejak daripada darjah 6 sehinggalah
ke tingkatan 5 dan ianya secara tidak langsung telah menyumbang kepada masalah kebimbangan
dalam matematik. Hal ini demikian kerana sistem pendidikan negara Malaysia yang
berorientasikan peperiksaan dan ianya menjadi penentu atau kayu ukur kebolehan seseorang
pelajar itu dalam bidang akademik. Selain itu, kajian menunjukkan rakyat Malaysia belajar
matematik adalah kerana kepentingannya dalam melayakkan seseorang itu menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi yang bakal menjanjikan kerjaya yang baik dan bergaji
lumayan apabila bergraduasi kelak. Ini membuatkan ibu bapa merasakan pentingnya memastikan
anak-anak mereka berjaya dalam matematik yang menghasilkan satu tekanan yang tinggi kepada
guru dan pelajar. Natijahnya ia turut memberi sumbangan kepada masalah kebimbangan dalam
matematik.
Guru-guru sekolah rendah dilihat sering menderita dengan masalah kebimbangan
matematik kerana kekurangan asas yang kukuh dalam matematik. (Briggs,1993 ; Briggs dan
Crook,1991). Mc Milan (1976) berpendapat sikap guru terhadap subjek matematik memberi
kesan yang besar terhadap sikap murid terhadap subjek ini berbanding kaedah pengajaran. Guru
yang mempunyai masalah kebimbangan dalam matematik ini akan memindahkannya kepada
pelajar-pelajar mereka ( Kelly dan Tomhave,1985; Bulman dan Young,1982 dan Lazarus 1974)
dan seterusnya memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan Negara. Guru seharusnya
bijak untuk berinteraksi dengan pelajar agar mereka tidak berasa takut untuk bertanya soalan
yang tidak mereka fahami. Guru seharusnya bersedia meningkatkan ilmu mereka dalam bidang
matematik sekiranya mengalami masalah ini. Gaya pembelajaran yang diketengahkan guru harus
menepati acuan pelajar kerana pelajar mempunyai tahap kecerdasan dan pencapaian yang
berbeza .
Ia juga boleh terbit akibat daripada sikap negatif ibu bapa terhadap subjek matematik dan
memindahkannya kepada anak-anak mereka dan menggalakkan masalah kebimbangan
matematik dalam diri anak-anak mereka ( Lazarus,1974; Wilhelm dan Brooks,1980). Ibu bapa
merupakan contoh terbaik bagi anak-anak dan kebanyakan anak-anak akan menjadikan ibu bapa
mereka sebagai model yang ingin mereka ikuti. Motivasi, dorongan dan perhatian yang
berterusan harus disalurakan kepada anak-anak ini supaya mereka tidak mengaggap matematik
merupakan subjek yang sukar.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga antara faktor yang menyumbang kepada masalah
kebimbangan dalam matematik. Hal ini demikian kerana, tiadanya bimbingan daripada pelajar
yang bijak terhadap pelajar lemah. Ini pastinya menyukarkan lagi proses mengatasi masalah
kebimbangan matematik. Pelajar yang bijak seharusnya membimbing pelajar yang lemah dan
tidak terus membiarkan mereka terbiar tanpa dorongan yang bersesuaian. Apabila seseorang
pelajar tidak menguasai atau tidak faham tentang suatu topik, teman adalah rakan terdekat untuk
mereka ajukan pertanyaan sekiranya mereka malu bertanya kepada guru. Namun begitu, sikap
rakan sebaya yang tidak memainkan peranan seperti tidak mahu membimbing dan rakan sebaya
juga tidak faham mengenai suatu topik itu membuatkan ia menjadi dorongan kepada pelajar
untuk membiarkan sahaja ketidakfahaman mereka dan akhirnya menyumbang kepada masalah
kebimbangan dalam matematik. Pembelajaran koperatif merupakan salah satu cara untuk
mengatasi faktor ini daripada terus menjadi barah dalam daging.
Secara ringkasannya, hasil daripada kajian (Puteh,1998), penyebab kepada kebimbangan
matematik adalah personaliti guru dan kaedah pengajaran guru, kesan daripada peperiksaan
awam, domain afektif yang merangkumi faktor diri seperti personaliti dan persepsi, perasaan
takut, harapan ibu bapa,pengaruh rakan sebaya dan kaitan matematik dalam kehidupan seharian.
Soalan 3
Siapa yang mempunyainya? (Who has it?)
Seseorang yang mempunyai masalah kebimbangan matematik ini dapat dilihat daripada
beberapa sudut. Semua orang boleh menghadapi situasi ini terutamanya mereka yang
mempunyai masalah dengan nombor dan matematik. Kebiasaannya mereka ini mempunyai
perasaan gelisah, takut dan risau mengenai masalah pengiraan seperti fobia matematik.
Menyelesaikan masalah matematik dilihat sebagai satu beban yang tidak dapat ditanggung dan
mustahil untuk diselesaikan terutamanya bagi pelajar. Mereka akan cuba sehabis mampu untuk
mengelakkan situasi yang melibatkan matematik dan mereka percaya mereka tidak tergolong
dalam golongan orang yang mempunyai minda matematik.
Guru merupakan golongan yang dilihat mempunyai masalah ini terutamanya guru yang
tiada pengalaman mengajar matematik dan tidak menguasai kemahairan asas matematik. Kesan
daripada masalah ini berterusan kepada pelajar-pelajarnya. Hal ini biasanya berlaku kepada guru-
guru pelatih yang baru sahaja ditugaskan untuk mengajar matematik semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Daripada kajian yang dibuat oleh (Puteh, 1998), soalan-soalan seperti adakah
mereka percaya persepsi terhadap matematik memberi kesan kepada kaedah pengajaran mereka
dan adakah mereka keliru terhadap matematik serta bagaiamana pendekatan yang sesuai untuk
mengajar subjek ini telah diajukan. Hasil kajian menunjukkan hampir semua guru pelatih yang
ditemubual mengaitkan matematik dengan nombor atau pengiraan dan ianya menghasilkan
situasi yang tidak selesa dan membosankan.
Selain itu, tanggapan lain yang diberikan hasil temubual ialah matematik adalah cara
untuk penyelesaian masalah dan membuatkan ianya sukar, matematik bersifat abstrak dan tidak
berkait dengan kehidupan seharian, matematik melibatkan peraturan dan mengingat formula dan
ada cara untuk melakukannya. Ia juga mengukur kadar intelektual dan kretiviti seseorang, serta
dilihat sebagai kayu pengukur terhadap kebolehan seseorang kerana ianya merupakan subjek
yang penting untuk masa depan dan status. Akhir sekali, matematik memerlukan latihan yang
banyak dan tumpuan dan kerja keras yang tinggi.
Pelajar juga tidak dapat dipisahkan dengan masalah kebimbangan dalam matematik. Sifat
takut, risau, gelisah dan tertekan apabila berhadapan situasi yang melibatkan matematik
membuatkan matematik merupakan suatu beban yang tinggi bagi mereka. Secara luarannya,
mereka dilihat tidak terganggu dengan masalah ini. Namun begitu, apabila berhadapan dengan
situasi matematik, mereka menjadi panik dan menjadi tidak selesa terutamanya mereka
dikehendaki menyelesaikan tugasan matematik apabila orang melihatnya. Mereka akan hilang
keyakinan diri sekiranya mereka tidak mampu untuk menyelesaikan masalah matematik yang
membawa kepada sikap bosan dan melemahkan minat mereka terhadap matematik.
Selain itu, pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran matematik yang rendah dilihat
hilang minat untuk belajar matematik ditambah dengan kaedah pembelajaran guru yang kurang
berkesan. Sebagai contoh apabila mendapat tugasan matematik untuk diselesaikan, pelajar
merasakan mereka tidak mampu menjawab soalan tersebut walaupun belum membacanya.
Mereka menganggap lebih banyak ulangan bacaan dilakukan lebih keliru mereka terhadap soalan
yang diberikan. Kesannya, apabila mereka gagal menjawab soalan yang diberikan, ingatan
mereka terhadap kegagalan yang lampau menghantui mereka semula membuatkan mereka
bosan. Antara kenyataan yang dikeluarkan pelajar semasa temubual ialah mereka bosan kerana
tidak faham soalan. Pelajar-pelajar seperti ini memerlukan bimbingan yang lebih samada
daripada guru mereka mahupun rakan mereka. Pendekatan dan kaedah pengajaran yang berbeza
harus diketengahkan dalam usaha membantu pelajar ini menguasai subjek matematik dan tidak
hilang minat terhadap subjek ini.
Soalan 4
Bilakah ianya berlaku? (When does it occur?)
Menurut (Tan 1990), masalah ini biasanya berlaku apabila mereka menghadapi masalah
dalam menyelesaikan masalah dalam matematik seperti pengiraan ketinggian dalam sentimeter
dan meter. Ia wujud apabila mereka sedar kepentingan matematik dalam kerjaya mereka pada
masa akan datang dan menjadi tertekan kerana kelemahan dalam kemahiran asas matematik,
konsep dan penggunannya dalam kehidupan seharian.
Ia juga berlaku apabila mereka berada dalam situasi yang melibatkan matematik. Seperti
berada di dalam kelas matematik. Sebagai contoh apabila guru memberikan tugasan matematik
yang memerlukan mereka menyelesaikannya di hadapan kelas, timbul rasa gelisah dan takut
apatah lagi ianya disaksikan oleh orang lain. Hal ini pastinya membuatkan pelajar sentiasa
bimbang untuk berada dalam situasi matematik kerana akan berlakunya masalah kebimbangan
matematik.
Kaedah pembelajaran guru yang membosankan, komitmen guru yang kurang terhadap
pelajar dan subjek matematik juga merupakan yang mendorong kepada masalah ini berlaku.
Pelajar jadi kurang minat untuk belajar, tidak menguasai subjek matematik dan seterusnya
menjadi tertekan apabila tidak dapat menyelesaikan masalah matematik samada dalam
peperiksaan mahupun di kehidupan seharian mereka.
Ia juga boleh berlaku apabila guru tidak menunjukkan minat untuk mengajar yang
pastinya memberi kesan kepada prestasi pelajar itu sendiri. Terbitla jurang dan sempadan negatif
antara guru dan pelajar yang pastinya menjadi titik tolak kepada masalah kebimbangan dalam
matematik.
Masalah kebimbangan dalam matematik juga mula timbul apabila pelajar diberikan
laihan,kuiz, ujian ataupun tugasan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah matematik.
Mereka menjadi tidak selesa dan seperti mahu mengelak untuk menjawab soalan yang diberikan.
Mereka lebih gemar melihat orang lain membuatnya berbanding cuba menyelesaikan soalan
tugasan yang diberikan. Kesannya bertambah buruk apabila pelajar ini tidak mahu bertanya dan
berbincang bersama rakan sekiranya tidak faham soalan yang diberikan. Hal ini pastinya
memberikan impak buruk kepada pelajar itu sendiri.
Soalan 5
Apa yang mewujudkan ia? (What created it?)
Banyak faktor yang mewujudkan berlakunya masalah kebimbangan matematik.
Antaranya, faktor guru itu sendiri yang mewujudkan masalah ini daripada timbul. Kaedah
pembelajaran guru yang sehala dan tidak berlandaskan gaya pembelajaran guru membuatkan
ianya semakin kritikal dan amat membimbangkan. Melalui pembacaan banyak perkara menarik
ditemui dan harus dititikberatkan. Hubungan antara pelajar dan guru dilihat antara faktor yang
mewujudkan masalah ini. Kebanyakan pelajar yang ditemubual menyatakan mereka tidak
berminat mendapatkan pertolongan daripada guru apabila mereka memerlukannya khususnya
dalam bidang pembelajaran matematik. Hal ini demikian kerana timbulnya perasaan malu dan
takut kerana tidak tahu untuk melakukanya ( masalah matematik). Hal ini terjadi mungkin kesan
sikap guru yang terlalu garang dan sering marah apabila pelajar tidak mampu menyelesaikan
masalah berkaitan matematik.
Selain itu sikap guru yang sering menyalahkan pelajar sekiranya mereka tidak faham juga
membuatkan masalah kebimbangan matematik ini boleh wujud. Pelajar begitu takut untuk
bertanya kepada guru sekiranya tidak faham kerana bimbang dimarahi oleh guru. Ini telah
mewujudkan sempadan negatif antara guru dan pelajar. Kesannya prestasi pelajar dalam subjek
ini menjadi semakin merosot. Sikap guru yang sering menghina pelajar yang lemah juga antara
sebab mengapa wujud kebimbangan dalam diri pelajar untuk menguasai ilmu matematik.
Sebagai contoh, menerusi temubual yang dijalankan, pelajar merasa tersinggung kerana dihina
oleh guru apabila bertanya soalan yang kesannya pelajar terbabit tidak mahu bertanya soalan
lagi. Suatu aspek negatf lain, kebanyakan pelajar kelas tersebut tidak cekap dan mahir dalam
matematik. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dan harus dielakkan oleh setiap pendidik. Selain itu,
sikap guru yang terlampau tegas, mengenakan denda kepada pelajar, guru tidak menunjukkan
minat terhadap pelajar dan kaedah pengajaran guru juga dilihat antara faktor lain yang
menyumbang kepada kewujudan masalah kebimbangan matematik khususnya dalam diri pelajar.
Tekanan menghadapi peperiksaan juga antara faktor yang dikaji ianya dilihat memberi
kesan dalam diri pelajar yang menimbulkan wujudnya masalah kebimbangan matematik.
Laporan yang dikeluarkan oleh Cockcroft Comitee (1982) mendapati kebimbangan terhadap
matematik adalah biasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah di United Kingdom. Di
Malaysia pula, kelamahan yang sama turut wujud terutamanya mendekati hari peperiksaan awam
seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Apa yang
menarik mengenai temubual yang dijalankan mendapati pelajar menjadi tidak berminat terhadap
matematik kerana sering gagal dalam ujian terutamanya dalam peperiksaan awam. Hal ini
sekaligus menunjukkan peperiksaan menyumbang faktor yang besar kepada kewujudan
kebimbangan dalam matematik. Pelajar merasa begitu tertekan apabila duduk dimeja
peperiksaan untuk menjawab soalan matematik terutamnya bila mereka tidak mampu
menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan. Terdapat juga tanggapan pelajar yang mahu
mengelak daripada mengambil subjek matematik sekiranya diberikan pilihan.
Soalan 6
Bagaimanakah kamu mengurangkannya ? (How do you reduce it?)
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Sebagai seorang bakal guru antara
langkah yang boleh digunakan adalah dengan mengurangkan ujian atau kuiz yang menjadi kayu
ukur atau penentu kepada kebolehan seseorang itu dalam bidang matematik. Ianya harus ditukar
kepada pembelajaran sepanjang hayat dengan mengaitkan matematik dalam kehidupan seharian.
Hal ini dikuatkan lagi dengan memperbanyakkan latihan dan aktiviti perbincangan secara
kerap. Dengan itu, ia dapat mengurangkan kerisauan pelajar terhadap matematik dan pelajar akan
menganggap matematik sangat berkait dengan kehidupan seharian. Kaedah pengajaran juga
harus disesuaikan dengan tahap kecerdasan dan pencapaian pelajar. Pencarian kaedah terbaik
semestinya satu tugas yang harus dilakukan oleh guru-guru dalam usaha mengurangkan masalah
kebimbangan dalam matematik. Perbincangan secara kumpulan, pembentangan secara
berkumpulan dan perjumpaan individu harus dilakukan bagi mengenalpasti masalah pelajar
dalam bidang matematik. Hasil daripada temu bual yang dijalankan dalan kajian (Puteh, 1998)
menunjukkan kebanyakan pelajar malu untuk bertanya pada guru-guru mereka. Oleh yang
demikian usaha daripada pihak guru wajar dilaksanakan.
Kerajaan juga harus memainkan peranan dengan menghapuskan pengambilan guru
sandaran tidak terlatih (GSTT) untuk mengajar subjek matematik serta memartabatkan
professional perguruan. Pengajaran guru luar bidang juga perlu dihapuskan dalam usaha
mewujudkan seorang guru yang betul-betul bertauliah. Saban hari, pasti kedengaran isu yang
kurang enak hasil daripada Kementerian Pelajar Malaysia yang pastinya memberi kesan kepada
motivasi bakal guru. Oleh yang demikian dalam usaha mengurangkan masalah ini daripada terus
membelenggu, kajian secara mendalam perlu dilakukan oleh kerajaan berkenaan kelayakan guru
untuk mengajar subjek matematik. Jangan hanya mengejar kedudukan, pelajar-pelajar menjadi
mangsanya. Mereka merupakan pelapis negara pada masa akan datang dan mereka jugalah yang
akan mencorak masa depan negara. Satu langkah berterusan harus dilakukan oleh para guru,ibu
bapa dan kerajaan bagi mengelakkan pelajar-pelajar Malaysia terus tercicir dan ketinggalan dalm
bidang matematik.
Soalan 7
Bagaimana kamu ingin menghapuskannya? (How do you eliminate it?)
Tidak mustahil untuk masalah ini dihapuskan dalam diri setiap orang yang memilikinya.
Kerjasama yang utuh diperlukan daripada semua pihak daripada individu, guru, masyarakat,ibu
bapa dan pihak kerajaan itu sendiri. Individu yang terlibat dengan masalah ini seharusnya sedar
akan kepentingan matematik dalam kehidupan seharian. Matematik bukan sekadar nombor dan
langkah penyelesaian semata-mata. Ianya sesuatu yang kita akan gunakan dalam kehidupan
seharian dan sangat penting dalam membentuk personaliti diri yang baik terutamanya apabila
melangkah ke dalam bidang kerjaya kelak. Mereka seharusnya mencari inisiatif untuk
memperbaiki kelemahan diri dan menanam azam yang tinggi untuk menguasai ilmu matematik.
Semua perkara yang dilakukan pasti memerlukan usaha walaupun sedikit.
Guru pula perlu menjadi nadi utama kepada penghapusan masalah ini. Sikap guru seperti
terlampau tegas, mengenakan denda yang kerap, memarahi dan menghina pelajar harus
dielakkan bagi mewujudkan hubungan yang rapat antara guru dan pelajar. Hal ini pastinya
memberikan kesan positif kepada suasana pengajaran dan pembelajaran yang membawa kepada
kesan positif pada prestasi akademik para pelajar dalam bidang matametik. Guru juga perlu sedia
menimba ilmu yang lebih sekiranya merasakan diri masih belum kukuh ilmu asas matematik
bagi menghalang masalah kebimbangan matematik dipindahkan kepada pada pelajar.
Masyarakat terutamanya ibu bapa pula perlu menjadi contoh dan teladan yang baik
kepada anak-anak dengan memberi dorongan dan galakan yang membina. Luangkan masa
bersama anak-anak dengan mendengar luahan mereka sekiranya mereka menghadapi sebarang
masalah khususnya dalam bidang akademik. Motivasi yang berterusan pastinya bakal memberi
semangat kepada anak-anak untuk terus belajar.
Kerajaan pula seharusnya peka dengan masalah yang semakin meruncing ini. Sistem
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat antara faktor dominan yang membawa
kepada wujudnya masalah ini timbul. Sewajarnya kurikulum berlandaskan pembelajaran
sepanjang hayat harus diperkenalkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai pentingnya
matematik dan penggunannya dalam kehidupan seharian.