Download - PBS geografi penggal 3
KAJIAN KEGAGALAN CERUN (PROSES,FAKTOR,KESAN, DAN LANGKAH) DI TAMAN JENGKA
Nur Huda Idayu bt Abd ManafNur Haziqah bt Samsudin
Nur Akmal Syahirah bt ZakariaNur Hidayah bt Abd Manan
Nur Hasniza bt Mustafa
5.1 BENTUK CERUN5.2 PROSES KEGAGALAN
CERUN5.3 FAKTOR KEGAGALAN
CERUN5.4 KESAN KEGAGALAN
CERUNPERSEKITARAN FIZIKALPESEKITARAN MANUSIA
5.5 LANGKAH MENSTABILKAN CERUN
HASIL KAJIAN
5.1 Bentuk Cerun
Hasil dapatan kajian lapangan saya melalui pemerhatian dan pencerapan di lapangan serta pengukuran kecerunan cerun yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa cerun kajian berbentuk cerun cembung.
Bahagian cerun atas yang berlaku disebabkan oleh lapisan-lapisan batuan keras yang terletak secara mendatar atau berbentuk cerun curam hampir sama dengan permukaan bumi.
Manakala cerun cembung landai di bahagian atas dipercayai hasil daripada proses luluhawa atau kesotan tanih dan hampir tegak di bahagian kaki cerun.
Ukuran cerun ialah 30°. Ini menunjukkan cerun kajian adalah curam.
Dari bahagian atas cerunnya landai menuruni bukit sejauh 200m, bahagian yang menghampiri kaki cerun curam dan tegak, ketinggiannya hampir 20m, keadaan ini menyebabkan tanah dan serpihan batuan bahagian ini mengalami runtuhan dan diangkut ke bawah cerun akibat daripada proses kegagalan cerun yang berlaku. Kawasan di tebing kaki cerun makin mengundur ke belakang, curam dan tegak akibat runtuhan yang berlaku sedikit demi sedikit.
• Bentuk Cerun Cembung di Taman Jengka Impian
5.2 Proses Kegagalan CerunTerdapat beberapa proses yang turut bertindak secara berurutan terhadap kegagalan cerun ini. Ianya bermula dengan proses susupan air hujan memenuhi liang pore tanih. Banyak tumbuhan litupan yang telah dibersihkan di bahagian cerun tersebut untuk dijdikan sebagai tapak perumahan, penyediaan infrastruktur dan juga dijadikan sebagai tapak pertanian ini telah menyebabkan kuantiti susupan air ke dalam tanah semakin berkurangan.
Hujan lebat
jangka masa lama
Jumlah air
banyak
Saiz titisan
air yang kasar
dengan cepat
memenuhi
liang pore tanah
di bahagi
an permuk
aan cerun
Hujan dalam jangka masa singka
t
Tanah menjadi tepu
Tiada pintasan pokok
yang menyebabkan
air memasuki ke dalam liang pore
tanih di permuk
aan cerun
• Tarikan graviti yang tinggi kerana bahagian kaki cerun ditarahdan dipotong menyebabkan bahagian cerun bawah yang terbentuk dari tanah jenis laterit tercabut dari jisim induknya mengakibatkan berlakunya tanah runtuh. Larian air berlaku diikuti dengan tanah yang lembab dan tepu yang mudah bergerak mengalir turun ke bahagian permukaan ke bawah cerun. Aliran air permukaan yang banyak bukan sahaja pelincir yang mengangkut bahan-bahan tanah dan serpihan batuan yang lembab dan tepu tadi menuruni cerun dengan laju, malah mampu mencungkil dan menghauskan tanah permukaan cerun. Runtuhan yang berlaku secara perlahan menyebabkan cerun bawah menjadi mengendur,curam dan tegak. Akhirnya, bahan runtuhan tanah yang melonggok di kaki cerun dengan banyak menyebabkan kaki cerun yang melandai menjdi makin cembung.
Longgokan tanah yang terjadi akibat daripada keruntuhan cerun yang berlaku di Taman Jengka Impian
5.3 Faktor Kegagalan Cerun
Penurunan hujan yang lebat akan menyebabkan tanah akan terpisah dan diangkat oleh larian air yang membentuk mendapan seterusnya tanah mulai bergerak kebawah sehingga terjadinya kejadian cerun
Hujan yang lebat juga akan menggangu kestabilan cerun kerana struktur tanah cerun tidak mempunyai tarikan graviti yang kuat.
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab juga akan menyebabkan proses kegagalan cerun:Aktiviti penyahutanan: Manusia menebang pokok dan tumbuhan litupanuntuk melapangkan kawasanbagi pembinaan kawasan penempatan. Aktiviti penarahan tidak mengikut spesifikasi:Penarahan cerun yang tegak akan menyebabkan tanah menjadi tidak stabil seyerusnya longgokan tanah mulai jatuh sedikit demi sedikit
Faktor Fizikal Faktor Manusia
5.4 Kesan Kegagalan Cerun
KESAN FIZIKAL
• KEMUSNAHAN EKOSISTEM• Aktiviti manusia telah menyebabkan air Sungai Chenerai
berkelodak,keruh,dan cetek dengan mendapan tanah runtuh yg telah mengalir dan seterusnya masuk ke dalam sungai
• Menyebabkan rantaian makanan hidupan akuatik terganggu serta tumbuhan air tidak dapat menjalankan proses fotosintesis
• Kesannya menyebabkan hidupan akuatik mati
KESAN FIZIKAL
• BANJIR• Hujan yang turun secara beterusan dan tanpa henti
menjadi punca kepada banjir• Menyebabkan air akan melimpah keluar dari parit @
longkang • Membawa kesan kepada manusia dan haiwan seperti
kemusnahan harta benda,kerosakan infrastruktur,kemusnahan hasil pertanian dan kematian binatang ternakan.
• Menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti penyakit taun, malaria dan kencing tikus.
BANJIR YANG BERLAKU DI TAMAN JENGKA IMPIAN PADA TAHUN 2012
5.5 LANGKAH MENSTABILKAN CERUN
• Langkah kestrukturan
Membina benteng konkrit adalah salah satu langkah yang paling efektif. Hal ini kerana benteng konrit yang dibina akan dapat menghalang daripada berlakunya kejadian
yang tidak diingini.
• Pembinaan sistem perparitan
sistem perparitan yang baik akan dapat manyalurkan air larian permukaan dan subpermukaan tanah dengan baik
Menanam semula pokok-pokok dan tanaman tutup bumi di cerun bukit.
langkah terbaik untuk menjaga cerun-cerun tersebut dan kawasan yang dibangunkan daripada terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh.
TANAMAN TUTUP BUMI
BENTENG KONKRIT
PEMBINAAN SISTEM PERPARITAN