Download - Perancnagan Progam (JURNAL)
Perancangan Program Latihan dalam Menjana Pembangunan Modal Insan
ABSTRAK
Aspek penting dalam membangunkan ekonomi Negara yang berasaskan pengetahuan,
berdaya saing dan berdaya tahan ialah penya modal insane yang cukup ampuh untuk
mendepani sebarang cabaran. Kepentingan pembangunan modal insan ini dalam
pembangunan ekonomi negara jelas dapat dilihat, di mana teras kedua yang digariskan
dalam Misi Nasional yang menjadi asas kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia
Kesembilan ke arah merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020, adalah berkait secara langsung dengan pembangunan
modal insan. Dalam sector pendidikan umpamanya, pembangunan modal insan,
terutamanya golongan akademik dan pelajar, adalah sangat penting kerana golongan
ini menjadi antara penyumbang utama ke arah matlamat menjadikan Malaysia sebuah
negara maju.
Usaha membangunkan modal insan ini melibatkan perancangan program latihan
bagi menambah dan membangunkan mereka dengan input dan kemahiran yang
bertepatan dengan keperluan semasa. Latihan adalah penting untuk membuat sesuatu
perubahan yang positif, iaitu untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
perubahan sikap serta memperkenalkan kaedah baru bagi melakukan pembaharuan
untuk kemajuan individu.
Pastinya perancangan program latihan yang tepat untuk modal insane Negara maju
akan membantu menjana perkembangan yang selari dengan kemajuan ekonomi
Negara.
Kata kunci (Pembangunan, Modal Insan, Perancangan Program Latihan, Menjana
Modal Insan dan Pembangunan Modal Insan).
1
1. PENGENALAN
Modal manusia atau modal insan ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia
yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh dipindahkan kepada
seseorang kepada seseorang yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk
mendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan,
latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha
mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup sesorang.Negara memerlukan
pekerja-pekerja terlatih, berkemahiran dan produktif dalam berbagai bidang. Keperluan
ini semakin meningkat selaras dengan peralihan kepada ekonomi berasaskan
pengetahuan. Tenaga mahir ini dilihat perlu dilengkapkan dengan jati diri tinggi yang
penuh dengan sifat-sifat jujur, amanah, berwawasan demi mengutamakan kualiti
pekerjaan.31 Oleh itu modal insan yang ingin dilahirkan ialah modal insan berkualiti lagi
seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek. Ia juga untuk melahirkan tenaga kerja
terlatih lagi berdaya saing, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, pembangunan modal insan menjadi teras kepada Misi Nasional dalam
Rancangan Malaysia Ke-Sembilan iaitu rancangan Malaysia terpenting yang menjadi
titik permulaan fasa kedua negara menuju Wawasan 2020. Pembangunan modal insan
ditekankan dalam teras kedua melalui peningkatan keupayaan penduduk dalam aspek
pengetahuan, inovasi dan nilai. Melalui teras kedua ini rakyat dilihat sebagai aset
negara paling berharga. Ia merupakan satu inisiatif transformasi negara untuk
melangkah ke arah ekonomi berpaksikan pengetahuan dan menjadi negara maju serta
kekal pada tahap tersebut. Oleh itu modal insan adalah satu keperluan bukan lagi satu
kemewahan.
2
2. METODOLOGI
Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan
pengumpulan, pengolahan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan
cekap untuk memecahkan sesuatu persoalan. Dengan itu, tujuan menjalankan
kajian ialah untuk memperoleh jawapan melalui penggunaan suatu langkah
ilmiah yang sistematik dan saintifik Justeru mana-mana kajian memerlukan
kepada metodologi sebagai cara memperoleh dapatan. Metodologi yang
digunakan pula memerlukan teknik yang bersistematik bagi menepati
kehendak ilmiah, kaedah saintifik dan mempunyai kualiti.
Metodologi dalam bab ini merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian
atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian.
Ahmad Mahdzan Ayob (1993:44) menetapkan kaedah kajian sebagai segala
langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana aktiviti
kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains. Bagi pelaksanaan
kajian ini, penulis akan memastikan teknik-teknik kajian yang dipilih dapat
menjamin kajian dapat dilakukan secara lebih teratur dan teliti dalam semua aspek.
Secara umum, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi
menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti.
3
3. SOROTON LITERATUR
3.1 DEFINASI LATIHAN DAN MODAL INSAN
Dalam usaha melakukan perubahan yang positif untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap serta memperkenalkan kaedah baru
bagi melakukan pembaharuan untuk kemajuan sesuatu organisasi memerlukan latihan.
Latihan merupakan aktiviti organisasi yang dirangka secara sistematik untuk membawa
perubahan kepada pekerja-pekerja melalui proses pembelajaran dan pembangunan.
Latihan juga dikenali sebagai satu bentuk pelaburan yang mempunyai kaitan dengan
nilai-nilai produktif seseorang individu yang dilatih.
Cascio (1995) telah mentakrifkan latihan sebagai program-program yang
direkabentuk untuk meningkatkan prestasi di tahap individu, kumpulan, dan organisasi.
Menurut Rozhan (2002), latihan ialah segala usaha yang dilakukan oleh organisasi
untuk meningkatkan kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasnya atau
memainkan peranan yang telah ditetapkan organisasi. Latihan tertumpu kepada usaha
menyediakan pekerja secara khusus bagi tugas yang telah diberikan kepadanya, dan
lebih berorientasikan masa kini. Peningkatan prestasi bermaksud wujudnya perubahan
yang boleh diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap, dan tingkah laku sosial.
Pendefinisian yang agak similar diberikan oleh M.B. Muda (2003) terhadap latihan iaitu
ia terdiri daripada program terancang yang direkabentuk untuk memperbaiki prestasi
individu, kumpulan dan organisasi.
Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary (2003), pula, latihan ditakrifkan
dalam dua pendefinisian. Pertamanya, latihan sebagai proses pembelajaran kemahiran-
kemahiran yang diperlukan seseorang untuk melaksanakan tugasnya. Keduanya,
latihan didefinisikan sebagai proses persediaan untuk turut serta dalam satu-satu
pertandingan sukan dengan membuat persediaan fizikal. Dalam konteks perbincangan
4
artikel ini, pendefinisian yang pertama akan digunapakai kerana latihan yang
dilaksanakan dalam sesebuah organisasi lebih terfokus kepada proses pembelajaran
yang diwujudkan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran individu bagi memudahkan
individu tersebut melaksanakan tugasnya.
Menurut Jaafar Muhammad (1985) pula, latihan bermaksud pendidikan yang
didapati untuk memahirkan atau memperolehi sesuatu kepandaian. Konsep latihan
selari dengan konsep pembelajaran di mana individu mendapat kemahiran,
pengetahuan dan kebolehan yang akan menimbulkan perubahan tingkah laku yang
kekal.
Mengikut Sibson (1976), latihan dibentuk untuk memberi kemahiran yang diperlukan
oleh kakitangan dalam melaksanakan tugas mereka. Hackett (1979) pula berpendapat
latihan ialah sejumlah masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kepada pekerja-
pekerja baru atau lama untuk memberitahu serba sedikit tentang polisi organisasi,
peraturan kerja dan sebagainya. Ia bertujuan untuk melahirkan pekerja yang berpenge-
tahuan dan mahir dalam bidangnya. Secara formalnya, latihan ialah kursus-kursus yang
dibentuk untuk melahirkan pekerja yang berkualiti.
Latihan kakitangan di dalam sesebuah organisasi bermula dengan analisis
keperluan latihan. Menurut Wan Azmi Ramli (1994), berdasarkan penemuan analisis ini
sesebuah organisasi harus menyediakan latihan yang diperlukan oleh kakitangannya.
Latihan adalah perlu bagi melengkapkan kakitangan dengan kemahiran dan
pengetahuan serta sikap positif untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam
menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang berkualiti. Ini disokong oleh
Mahadavan (1997) yang mengatakan bahawa program latihan atau pembangunan staf
mesti mengambil kira keperluan dan keutamaan guru. Ini adalah kerana keperluan bagi
setiap peserta adalah berbeza-beza. Oleh itu, jika ia tidak dirancang dengan teliti, ia
boleh menimbulkan tanggapan yang negatif di kalangan guru kerana mereka
merasakan program latihan yang dihadiri tidak relevan dan tidak dapat menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi.
Nadler (1986) menunjukkan dengan jelas pembangunan sumber manusia saling
mempengaruhi perancangan dan penggunaan sumber manusia. Nadler
5
mengemukakan model ini bagi menunjukkan bahawa aktiviti utama pembangunan
individu iaitu latihan, pendidikan dan pembangunan dapat menambah ataupun
memperbaiki pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku (KSA) pekerja dalam
melakukan tugasnya.
Sebagaimana contohnya German-Malaysian Institute (GMI) adalah projek gabungan
kerajaan Malaysia dan Jerman dalam usaha menghasilkan pekerja-pekerja yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan mereka bentuk program latihan bagi
organisasi-organisasi yang memerlukan latihan teknikal. Selain daripada itu, individu-
individu juga perlu berusaha mendapatkan kemahiran dan pengetahuan baru dalam
menempuh alaf baru yang berasaskan teknologi digital melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran terancang.
Berbalik pula kepada Istilah modal insane, pada mulanya modal insan dipercayai
pertama kali dibincangkan oleh ArthurCecil Pigou (1877-1959) dalam karyanya, A Study
in Public Finance pada tahun1928. Kemudiannya diikuti tokoh-tokoh seperti Jacob
Mincer dalam artikelnyaInvestment in Human Capital and Personal Income Distribution
pada tahun 1958dan Gary Becker dalam Human Capital pada tahun 1964. Pada aspek
yang tertentu,idea mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) iaitu konsep labor
power.Bagi definisi Barat, pembangunan modal insan didefinisikan sebagai suatu
carauntuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang
digunadalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, mereka memberi
sumbangankepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu
memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan
dankemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah
organisasi atau masyarakat.
Dewan bahasa dan pustaka menjelaskan modal insan sebagai sumber-sumber
intelek yang ada pada dir pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang
mempunyai kemahiran, ilmu,berpengetahuan dan mampu menyumbangkan kebaikan
kepada dunia hari ini. Modal insane merupakan sumber yang penting dalam
membangunkan sesebuah Negara.
6
Malaysia sebagai sebuah Negara yang berada dalam era kemajuan tidak
menafikan bahawa pembinaan modal insan rakyatnya telah menyumbang ke
arah peningkatan perkembangan ekonomi. Walaupun Malaysia sebuah Negara
yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa, pelbagai latar belakang
kepercayaan dan budaya, namun Malaysia menggunakan pendekatan agama
dalam membangunkan modal insan. Sebagai rumusannya, dapat dikatakan
bahawa dalam mencapai usaha membangunkan modal insane, ia melibatkan
usaha membentuk program latihan yang diyakini mampu mempersiapan modal
insan yang mampu berdepan, dengan cabaran yang selaras dengan peredaran
zaman. Fungsi latihan kini juga dilihat sebagai asas kepada kelangsungan
sesuatu pembangunan. Jelas dalam usaha membangunkan modal insane
ini,pembangunan insan terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan
yang lain termasuk pembangunan Negara dapat dilakukan.
7
3.2 KEPENTINGAN MODAL INSAN
Dalam usaha mencapai sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang dan punya generasi ‘Minda Kelas Pertama’, memerlukan persediaan
melahirkan atau membentuk generasi pelapis yang menepati keperluan-keperluan ini.
Generasi muda hari ini merupakan modal insan yang mampu memenuhi keperluan
pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia yang merangkumi
aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya
menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat
holistik.‘Minda Kelas Pertama’ memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada
setiap peringkat masyarakat untuk melahirkan modal insan. Setiap etnik, kelas sosial,
komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini.Terdapat
beberapa kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkannya.
Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai
negara yang mampu berdaya saing dan berdaya maju dengan negara-negara
membangun yang lain agar mampu dijadikan contoh oleh negara-negara di rantau
Asia.Hal ini kerana modal insan merupakan golongan tenaga muda yang mempunyai
potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan bagi memajukan lagi segala sektor-
sektor yang penting di Malaysia .Golongan ini menjadi tulang belakang bagi
memastikan negara Malaysia akan sentiasa membangun seiring dengan negara-negara
maju yang lain.Golongan ini juga dianggap sebagai benteng harapan untuk maju ke
hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk kemajuan negara.
Kedua, modal insan amat penting untuk menjana kemajuan negara Malaysia dalam
semua bidang agar mampu menempa kemajuan serta perubahan keatas negara
Malaysia dari pelbagai aspek penting.Hal ini terbukti apabila golongan minda kelas
8
pertama ini telah mencuba untuk melakukan tranformasi secara total atau perubahan
drastik yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,adat resam, budaya,dominasi
ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan,teknologi
maklumat,media cetak dan eletronik terhadap masyarakat dalam kalangan rakyat
Malaysia.Tindakan golongan ini melakukan tranformasi adalah bertujuan untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia agar selaras dengan taraf hidup masyarakat
di negara-negara membangun yang lain.
Strategi untuk melahirkan modal insan adalah melalui pendedahan meluas terhadap
penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang oleh golongan modal insan.Hal
ini menunjukkan bahawa golongan ini perlu menyediakan diri dengan memiliki
kemantapan informasi serta kemahiran dalam pelbagai bidang untuk melahirkan
golongan modan insan kelas pertama.Melalui penguasaan ilmu pengetahuan ini,kita
dapat mendedahkan bidang sains dan teknologi kepada seantero masyarakat
Malaysia.Tindakan ini merupakan cara bagi melahirkan modal insan kelas
pertama.Perkembangan era globalisasi adalah merupakan satu cabaran yang perlu
dihadapi oleh modal insan agar mampu menghasilkan modal insan kelas pertama yang
berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi.
Seterusnya dalam kesediaan sistem pendidikan Malaysia umpamnya,melalui
pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat melahirkan modal insan yang memiliki
keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan fizikal.Hala tuju dasar
pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan berminda kelas pertama
bukan sahaja melalui pencapaian akademik malah melalui pencapaian dalam bidang
sukan. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat melahirkan modal
insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Melalui dasar ini juga
kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan
negara melalui bidang sukan.
9
Selain itu,Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat menghasilkan modal
insan yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada masa akan
datang.Melalui program ini,modal insan dapat dibentuk menjadi insan yang
bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang
bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.Golongan yang menyertai PLKN ini
adalah golongan sasaran utama bagi melahirkan modal insan disebabkan oleh daya
pemikiran yang dinamik,progresif dan eksklusif yang ada pada mereka. Dengan
itu,mereka telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk
pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.
Kesimpulannya,dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan modal insan amat
penting bagi menjadikan Malaysia bukan sahaja negara maju yang beridentitikan diri
sendiri,malah akan menjadi contoh bagi negara-negara di seluruh pelosok dunia .
Dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar berkualiti adalah
satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan dan kemegahan. Oleh itu,bersama-
samalah kita melangkah maju ke hadapan berpaksikan pengetahuan serta bukan
sahaja sekadar semata-mata ingin menjadi negara maju tetapi negara maju yang
mempunyai identitinya sendiri serta mampu melahirkan lebih ramai lagi modal insan
kelas pertama.
3.3 PERANCANGAN PRORGAM LATIHAN DALAM MENJANA MODAL INSAN
Pakar ekonomi telah menyarankan satu reformasi ekonomi dan sosial yang
besar dijalankan bagi mencapai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru. Enjin kepada
ekonomi tersebut ialah menyediakan polisi yang menjadikan ilmu sebagai pemacu
pertumbuhan ekonomi yang utama. Oleh itu, sumber utama pertumbuhan ekonomi kini
bukan lagi dalam bentuk material seperti tanah dan komoditi. Ilmu, inovasi dan
teknologi telah menjadi sumber baru ekonomi berasaskan pengetahuan yang menjadi
pemacu penting kepada pertumbuhan ekonomi global menggantikan modal material.
Justeru, pembangunan modal insan adalah pembangunan yang menumpukan kepada
10
manusia. Matlamat utamanya ialah untuk meningkat dan memajukan individu bagi
mendapatkan pulangan pada masa akan datang.
Secara asas, ia berkaitan kecekapan dan komitmen seseorang dalam
organisasi yang dilihat dari aspek kemahiran, pengalaman, potensi dan kapasiti. Modal
insan mengumpul mereka yang mempunyai kemampuan bagi memastikan sesebuah
perniagaan dan pentadbiran itu berjaya. Namun demikian, bagaimanakah modal insan
ini dapat dibangunkan atau dengan perkataan yang lebih tepat dilaburkan. Program-
program pembangunan modal insan yang lengkap dan menepati matlamat menjadikan
manusia sebagai modal untuk mendapat pulangan adalah merangkumi program latihan
dan pembangunan.
Pembangunan modal insan wajar melahirkan manusia yang memiliki ilmu
pengetahuan dan nilai moral yang tinggi serta memiliki kemahiran-kemahiran tertentu
yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pekerjaan dan kehidupan seharihari secara
berkesan dan berkualiti. Negara memerlukan pekerja-pekerja terlatih, berkemahiran
dan produktif dalam berbagai bidang. Keperluan ini semakin meningkat selaras dengan
peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Tenaga mahir ini dilihat perlu
dilengkapkan dengan jati diri tinggi yang penuh dengan sifat-sifat jujur, amanah,
berwawasan demi mengutamakan kualiti pekerjaan. Oleh itu modal insan yang ingin
dilahirkan ialah modal insan berkualiti lagi seimbang dari segi jasmani, rohani dan
intelek. Ia juga untuk melahirkan tenaga kerja terlatih lagi berdaya saing, baik di dalam
negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Membentuk program latihan yang berkesan dengan menggunakan pendekatan sistem
akan melibatkan empat fasa penting iaitu fasa menilai keperluan, fasa mereka bentuk,
fasa perlaksanaa dan fasa penilaian. Berdasarkan penilaian empat fasa utama ini,
terdapat berbagai-bagai jenis latihan yang boleh diberikan kepada generasi muda.
Namun begitu, dalam membentuk latihan tersebut, kita juga perlu tahu apakah jenis
latihan yang diperlukan, di mana latihan diperlukan, siapa yang perlu menghadiri latihan
dan apakah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan latihan kepada pekerja. Analisis
keperluan latihan (training need analysis) merupakan titik permulaan bagi merancang
dan membentuk latihan yang berkesan melalui pendekatan sistem. Analisis keperluan
11
latihan juga merupakan satu pendekatan sistematik untuk mengenalpasti keperluan
latihan bagi pekerja tertentu.
Dalam usaha negara membangunkan modal insan yang berkualiti,kebanyakan
organisasi sekarang ini dilanda dengan pelbagai bentuk peubahan dari segi ekonomi,
teknologi dan trend sosial. Ini telah menjadikan latihan sebagai satu perkara yang
sangat penting bagi memastikan prestasi dan produktiviti pekerja yang tinggi. Bagi
memastikan program latihan berkesan, adalah dicadangkan agari menggunakan
pendekatan sistem yang mempunyai empat fasa iaiatu fasa keperluan latihan, fasa
rekabentuk, fasa peleksanaan program latihan dan fasa penilaian program latihan.
Program latihan yang berkesan sememangnya sesuatu yang diidamkan oleh semua
majikan. Melalui pendekatan sistem ini, suatu program latihan yang terancang dapat
dilaksanakan. Oleh yang demikian, semua pihak dalam organisasi perlu terlibat dalam
membentuk program latihan supaya latihan yang disediakan betul-betul memenuhi
keperluan organisasi dan akan memberi pulangan yang sepatutnya kepada organsiasi.
Sebegitu jualah hasrat dalam membentuk modal insan melalui rekaan latihan yang
bersesuaian dan mampu mencapai matlamat akhir latihan yang dibina.
Pihak kerajaan juga harus mengubah suai program pengajian di semua institusi
pengajian tinggi dan latihan mengikut keperluan semasa pembangunan ekonomi
Negara. Selain itu pihak kerajaan juga hendaklah mempergiat program latihan dan
kemahiran , menyediakan dana bagi mempergiat ‘program industrial skill enhancement’
di pusat latihan kemahiran negeri untuk meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan
dan pekerja teknikal. Usaha mengembangkan latihan dan pembangunan ini juga boleh
melibatkan graduan jurusan lain supaya digalakkan untuk mengembangkan
kompentensi dan kebolehpasaran melalui program pentauliahan
professional,pembangunan sukan,keusahawanan,skim pengurusan kebolehpasaran
siswazah dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Usaha kerajaan
melaksanakan Program Latihan 1 Malaysia dengan tujuan menambah ilmu
pengetahuan melalui peningkatan kemahiran dan mempelajari kemahiran baharu.
Dengan ini selari dengan kehendak kerajaan yang menggalakkan pembelajaran
sepanjang hayat untuk meningkatkan peluang bekerja dan produktiviti tenaga buruh.
12
4. KESIMPULAN
Pendidikan dan latihan sebenarnya memainkan peranan yang lebih penting
dalam pertumbuhan tersebut. Pendidikan dan latihan akan meningkatkan produktiviti
pekerja di mana pengetahuan dan kemahiran yang ada pada pekerja tersebut akan
meningkatkan penjanaan pendapatan mereka. Teori ini juga menekankan
kepentingan pendidikan dan latihan sebagai kunci untuk terlibat dalam ekonomi
global yang baru. Oleh itu pendidikan tinggi merupakan satu komponen penting
dalam mengukuhkan produktiviti modal manusia.
13
Modal manusia atau modal insan merupakan faktor pengeluaran yang penting
dalam semua aktiviti ekonomi. Keperluan terhadap modal manusia yang pelbagai
menggambarkan peri pentingnya pembangunan modal manusia yang sesuai
dengan keperluan pasaran pekerjaan. Ini adalah kerana modal manusia mempunyai
kaitan yang rapat dengan pertumbuhan ekonomi dan sebagai penggerak kepada
ekonomi dalam era globalisasi. Ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan yang
dikemukakan oleh Venhorst et al. (2010) bahawa modal manusia merupakan kunci
kepada teori pertumbuhan ekonomi moden.
Kepentingan pendidikan ini telah membawa kepada inisiatif kerajaan untuk
mengukuhkan sistem pendidikan melalui peruntukan pendapatan negara untuk
tujuan pembangunan pendidikan. Pembangunan pendidikan terutamanya pada
peringkat tinggi adalah sangat penting dalam pembinaan modal insan yang lebih
produktif untuk meningkatkan produktiviti ekonomi. Tambahan pula pembinaan
modal insan pada peringkat ini menjadi teras dalam menjana ekonomi negara yang
berasaskan pengetahuan. Oleh itu, perancangan dan pembentukan latihan yang
bersesuaian dan bersifat tepat dengan keperluan semasa adalah yang terbaik
dalam usaha mencapai matlamat negara melahirkan modal insan yang cemerlang.
RUJUKAN
1. Abdullah Ahmad Badawi (2007), “Human Development: The Engine of Economic
Growth” dalam Abdullah Ahmad Badawi (ed), Islam Hadhari Approach: Towards a
Progressive Islamic Civilisation, Putrajaya: JAKIM.
2. Abdul Rahman Ahmad (2006), Pembangunan Modal Insan: Apa dan Kenapa
Perlu Dalam Konteks Organisasi di Malaysia, Kuala Lumpur: Human Resources
Academy.
14
3. Dhesi, Autar S. (1979), Human Capital Formation and its Utilization, New Delhi:
Sterling Publishers Pvt. Ltd.
4. Hideo Seki (1985), “Greeting”, dalam Nihon Rodo Kyokai (ed), Toward Better
Utilization of Human Resources In Asian Countries, Asian Regional Conference on
Industrial Relations, Tokyo: The Japan Institute of Labour, h. 177.
5. INTAN (2006), Pentadbiran dan Pengurusan Awam di Malaysia, Kuala Lumpur:
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
15