PROFIL KOMPOSISI LEMAK DALAM BADAN DAN PRESTASI DAYA
TAHAN KARDIOVASKULAR KANAK-KANAK SINDROM DOWN
HIEDAHYATIE BINTI ABD MAJID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atauTERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau
disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PROFIL KOMPOSISI LEMAK DALAM BADAN DAN PRESTASI DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR KANAK-KANAK SINDROM DOWN
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya HIEDAHYATIE BINTI ABD MAJID 0
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ()
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh:
_________________________________ _____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
KG. LUMADAN, DR. HALIJAH BINTI IBRAHIM 0
PETI SURAT 876, Nama Penyelia
89808 BEAUFORT,
SABAH BAWAH BAYU.
Tarikh: 6 MEI 2011 Tarikh: 6 MEI 2011 0
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
ii
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”
Tandatangan :……………………………….....................
Nama Penyelia : DR.HALIJAH BINTI IBRAHIM
Tarikh : 06 MEI 2011
iii
PROFIL KOMPOSISI LEMAK DALAM BADAN DAN PRESTASI DAYA
TAHAN KARDIOVASKULAR KANAK-KANAK SINDROM DOWN
HIEDAHYATIE BINTI ABD MAJID
Tesisi ini dikemukan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
iv
“Saya akui karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya
sendiri kecuali nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : HIEDAHYATIE BINTI ABD MAJID
Tarikh : 06 MEI 2011
v
DEDIKASI
Buat ayahanda dan bonda tersayang
Abd Majid Bin Mujiarto dan Tatih Binti Lunan
Buat ahli keluarga yang tersayang
Niezam Bin Abd Majid, Surianie Binti Abd Majid,
Suzielah Binti Abd Majid dan Niezrie Bin Abd Majid
Buat pensyarahku Dr. Halijah Binti Ibrahim yang telah banyak membimbing dan membantu
sepanjang perlaksanaan tesis ini. Terima kasih ku ucapkan atas segala tunjuk ajar dan halalkan
segala ilmu yang pernah kupelajari.
Tidak lupa juga buat teman Seperjuangan Aliff Bin Ahmad, Mohd Azuan Bin Jamaluddin dan
Mohd Saiful Bin Shamsudin yang banyak membantu dan menyokong ku serta memberi semangat
kepadaku selama ini.
Diharapkan pada masa akan datang semua akan terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dan memori kita selama empat tahun akan tetap utuh di ingatan dan tidak mungkin
dapatku lupakan.
Akhir sekali
Terima kasih pada semua...Terima kasih atas sokongan kalian..
vi
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah yang lagi pemurah dan lagi mengasihani...
Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini dengan jayanya sebagai syarat bagi memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).
Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada
penyelia saya, Dr. Halijah Binti Ibrahim yang terlalu banyak membantu dalam
memberi idea dan sokongan, komen-komen yang membangun yang membantu
meluaskan pengetahuan saya dalam bidang ini. Tunjuk ajar yang diberikan itu amat
saya sanjungi.
Tidak lupa juga kepada semua pensyarah di Fakulti Sains Sukan Universiti
Teknologi Malaysia yang turut sama membantu dalam memberi pandangan dan
tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan
buat guru sekolah dan juga subjek yang telah banyak memberi kerjasama sepanjang
proses pengambilan data dilakukan. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan
yang sentiasa memberi motivasi dan sokongan. Terima kasih atas bantuan dan
kerjasama yang diberikan.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga tersayang, ayah
dan bonda yang sentiasa menjadi pembakar semangat dan mendoakan kejayaan
anakanda selama ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
Sekian, Wassalam.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengukur Komponen Komposisi lemak dalam
badan dan daya tahan kardiovaskular kanak-kanak Sindrom down. Seramai 16 orang
subjek terlibat dalam kajian ini (12 orang lelaki, 4 orang perempuan) yang berumur
diantara 13 hingga 17 tahun (min=15.58, SP=1.24) diklasifikasikan kepada
kumpulan Moderate dan Severe dengan menggunakan ujian McCarron Assessment
Neuromuscular Development (MAND) sebagai ujian rujukan kriteria. Komposisi
lemak dalam badan diukur menggunakan instrumen Body Composition Analyzer
(TANITA TBF-300A) digunakan. Manakala daya tahan kardiovaskular diuji
menggunakan Ujian Queen’s College Step Test. Data mentah dianalisis
menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 dan Statistic Package of Social Science
(SPSS) version 16.0. Merujuk kepada manual MAND iaitu Neuromuscular
Development Index (NDI), analisis data menunjukkan 50% daripada subjek (N=8)
merupakan kumpulan Moderate manakala 50% (N=8) lagi adalah kumpulan severe.
Kajian menunjukkan terdapat perbezaan komposisi lemak dalam badan yang
signifikan antara kumpulan moderate dan severe di mana nilai p jisim lemak, indeks
jisim badan, jisim tanpa lemak dan jumlah air dalam badan adalah lebih kecil dari
aras yang telah ditetapkan p < 0.05. Manakala, tiada perkaitan yang signifikan di
antara komposisi lemak dalam badan dan daya tahan kardiovaskular. Pemilihan
instrumen mungkin menyumbang kepada dapatan kajian ini. Kesimpulannya,
komposisi lemak dalam badan antara kumpulan moderate dan severe adalah berbeza
di mana kumpulan moderate lebih cenderung ke arah obesiti dan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara dua komponen yang diuji iaitu daya tahan
kardiovaskular dan juga komposisi lemak dalam badan.
viii
ABSTRACT
The purpose of this study was to determine component of body composition
and cardiovascular fitness among down syndrome children. Sixteen subjects were
selected (12 males, 4 females) aged 13 to 17 years old (mean=15.58, SP=1.24) and
will be classified to Moderate and Severe group by using McCarron Assessment
Neuromuscular Development test (MAND) as criteria referenced test. Body
Composition Analyzer (TANITA TBF-300A) were used to measure body
composition (BF). While cardiovascular endurance were measured using Queen's
College Step Test (QCT). The collected data from the testing were analyzed by using
Microsoft Excel software 2007 and Statistic Package of Social Science (SPSS)
version 16.0. Refering to manual MAND namely Neuromuscular Development Index
(NDI), the results indicate that 50% of subject (N=8) had classified as Moderate
group while 50% (N=8) is severe. The result of the study showed a significant
difference of body composition between moderate and severe group where p value of
fat mass, body mass index (BMI), free fat mass and total body water was less than
the significant level which is p < 0.05. There was no significant difference between
body composition and cardiovascular endurance. QCT instrument's selection in this
study might be contributing to study findings. In conclusion, there was a significant
differences of body composition between moderate and severe group where as
moderate group have the tendecy to be more obesity. While, there was no significant
correlation between body composition and cardiovascular fitness component.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Judul i
Pengesahan Penyelia ii
Pengakuan iv
Dedikasi v
Penghargaan vi
Abstrak vii
Abstract viii
Kandungan ix-xi
Senarai Jadual xii
Senarai Graf xiii
Senarai Lampiran xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Kepentingan Kajian 7
1.9 Batasan Kajian 8
x
1.10 Definisi Operasional 8
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Sindrom Down 11
2.3 Kemahiran Motor Halus dan Kasar 12
2.4 Komposisi Lemak Dalam Badan dan 13
Daya Tahan Kardiovaskular
2.5 Ujian Queen’s College Step test 16
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 18
3.2 Rekabentuk Kajian 19
3.3 Tempat Kajian 20
3.4 Persampelan Kajian 21
3.5 Instrumen Kajian 21
3.6 Prosedur Ujian 21
3.6.1 Body Composition Analyzer 22
3.6.2 Ujian Queens College’s
Step Test 23
3.7 Kaedah Analisis Data Kajian 24
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 25
4.2 Analisis Deskriptif 26
4.3 Prestasi Kemahiran Motor Halus 27
Ujian MAND
4.4 Prestasi Kemahiran Motor Kasar 31
Ujian MAND
xi
4.5 Komposisi Lemak dalam Badan dan 36
Daya Tahan Kardiovaskular
4.6 Analisis Infrensi 39
4.6.1 Perbezaan Komposisi Lemak Dalam 40
Badan antara kumpulan Moderate dan
Severe
4.6.2 Hubungan Komposisi Lemak dalam 42
Badan Dan Daya Tahan Kardiovaskular
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 44
5.2 Perbincangan 44
5.2.1 Analisis Deskriptif 44
5.2.2 Analisis Infrensi 46
5.3 Kesimpulan 48
5.4 Cadangan 49
SENARAI RUJUKAN 50
LAMPIRAN 57-81
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Bilangan Subjek Berdasarkan Jantina 26
4.2 Maklumat Deskriptif Mengenai Umur, Tinggi 27
Dan Berat Subjek.
4.3 Keputusan Prestasi Kemahiran Motor Halus 28
Ujian MAND
4.4 Keputusan Prestasi Kemahiran Motor Kasar 32
Ujian MAND
4.5 Indeks Jisim Badan, Jisim Lemak, Jisim Tanpa 36
lemak dan Jumlah Air dalam Badan
4.6 Perbandingan keputusan Nilai Ujian-t bagi 40
Jisim Lemak (Fat Mass)
4.7 Perbandingan keputusan Nilai Ujian-t Indeks 40
Jisim badan (BMI)
4.8 Perbandingan keputusan Nilai Ujian-t Jisim Tanpa 41
Lemak (Free Fat Mass)
4.9 Perbandingan keputusan Nilai Ujian-t Jumlah Air 41
Dalam Badan (Total Body Water)
4.10 Hubungan Kadar Nadi dengan Indeks Jisim 42
Badan (BMI) Dan Jisim lemak
4.11 Hubungan VO2max dengan Indeks Jisim 43
Badan (BMI) Dan Jisim Lemak
xiii
SENARAI GRAF
NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT
4.1 Keputusan Ujian Manik Dalam Kotak 29
4.2 Keputusan Ujian Manik Dalam Rod 29
4.3 Keputusan Ujian Ketukan Jari 30
4.4 Keputusan Ujian Nat Dan Skru 30
4.5 Keputusan Ujian Rod Gelungsor 31
4.6 Keputusan Ujian Kekuatan Genggaman 32
4.7 Keputusan Ujian Jari Hidung Jari 33
4.8 Keputusan Ujian Lompatan 34
4.9 Keputusan Ujian Jalan Tumit Hujung Jari 34
4.10 Keputusan Ujian Imbangan Satu Kaki 35
4.11 Kategori Sindrom Down Berdasarkan 35
Neuromuscular Development Index (NDI).
4.12 Status Berat Subjek Mengikut BMI 37
4.12 Keputusan kadar Nadi Ujian Queen’s 38
College Step Test ( QCT)
4.13 Keputusan Ujian VO2max (ml/kg/min) 39
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT
A Prosedur Ujian MCcarron Assesment Of 57-73
Development (MAND)
B Surat Kebenaran 74-76
C Norma Ujian MAND dan Neuromuscular 77-81
Development Index (NDI)
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kelahiran bayi yang comel pasti menjadi peristiwa menggembirakan bagi
setiap pasangan apabila tiba waktunya. Namun hakikatnya, tidak semua bayi
dilahirkan sempurna. Ada kemungkinan bayi dilahirkan adalah bayi istimewa yang
dianugerah Tuhan dengan Sindrom Down (SD). Sindrom Down adalah masalah
genetik yang paling kerap berlaku iaitu pada kadar satu kes dalam setiap 700
kelahiran (Roizen dan Patterson, 2003). Sindrom Down juga adalah masalah genetik
paling utama yang menjadi penyebab masalah kerencatan akal. Kanak-kanak SD
mempunyai ciri-ciri seperti tubuh yang pendek, kepala bersaiz kecil dan raut wajah
yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas. Selain itu, populasi ini sering
dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti obesiti dan juga penyakit-
penyakit berkaitan jantung.
Kesihatan merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seharian.
Ia definisikan sebagai kualiti hidup yang merangkumi kecergasan fizikal, emosi,
sosial, mental, dan kerohanian individu hasil daripada adaptasi dengan persekitaran
(Donattelle dan Davis, 1996). Aspek yang selalu dikaitkan dengan kesihatan ialah
2
kecergasan fizikal (Sallis dan Patrick, 1994). Kehidupan yang aktif dari segi fizikal
adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan individu. Nieman (1998)
mentakrifkan kecergasan fizikal sebagai keadaan di mana seseorang itu mempunyai
tenaga dan kekuatan yang cukup untuk melakukan tugas harian dan aktif tanpa
merasa lesu.
Tahap kecergasan fizikal yang baik diterjemahkan sebagai melakukan kerja
tanpa kelesuan yang menggunakan tenaga yang sedikit dan mempunyai tenaga
simpanan untuk digunakan pada waktu senggang dan waktu kecemasan. Menurut
Prentice (1994), kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian
dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai
tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti riadah.
Kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berasaskan kemahiran. Terdapat lima
komponen dalam kecergasan fizikal berasaskan kesihatan, iaitu kecergasan
kardiorespiratori, kekuatan otot, daya tahan otot, kelembutan dan komposisi badan.
Manakala Kecergasan fizikal berasaskan kemahiran terdiri daripada ketangkasan,
kepantasan, kuasa, imbangan, koordinasi, dan masa reaksi (Nieman, 2003).
Namun walaupun mempunyai komponen yang sama, Prentice (1994)
membahagikan kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua iaitu berasaskan
kesihatan dan kecergasan berasaskan fizikal. Prentice (1994) mendefinisikan
kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan
fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang perlindungan dari
ancaman penyakit-penyakit hipokinetik atau kekurangan pergerakan seperti penyakit
jantung, kegemukan dan berbagai penyakit otot dan tulang.
Salah satu komponen penting dalam mengukur tahap kecergasan fizikal
seseorang berlandaskan kesihatan ialah Daya tahan kardiovaskular. Daya tahan
kardiovaskular didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama
oksigen, ke otot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika
melaksanakan kerja fizikal yang berterusan. Komponen ini melibatkan efisiensi
3
jantung, salur darah dan paru-paru. Power dan Dodd (1996), mendefinisikan daya
tahan kardiovaskular sebagai keupayaan jantung untuk mengepam darah yang kaya
oksigen kepada otot-otot ketika aktiviti senaman. Ia juga merupakan keupayaan otot
untuk mengambil dan menggunakan sumber oksigen bagi menjana tenaga yang
diperlukan dalam meneruskan aktiviti senamannya.
McGlynn (1996), mendefinisikan daya tahan kardiovaskular sebagai
keupayaan darah dalam tubuh badan mengangkut oksigen dan nutrien kepada seluruh
anggota badan bagi melaksanakan aktiviti fizikal secara berterusan. Kebolehan badan
membekalkan oksigen dapat menentukan keberkesanan sistem respiratori dan
keupayaan jantung. Secara asasnya, sistem kardiovaskular sepatutnya berupaya
mengangkut oksigen secara berkesan dan membekalkan tenaga kepada jantung,
sistem saraf dan otot-otot yang melakukan kerja.
Nieman (2003) menyatakan daya tahan kardiovaskular juga dikenali sebagai
kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk
penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan
laju, berbasikal, berenang dan sebagainya. Seseorang itu boleh meningkatkan tahap
kecergasan kardiorespiratori dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan
jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser tertentu melalui aktiviti fizikal
(Larsen, George, Alaxender, dan Fellingham, 2002).
Selain daya tahan kardiovaskular, komposisi tubuh badan juga merupakan
salah satu komponen yang diukur dalam kecergasan fizikal berasaskan kesihatan.
Komposisi badan merujuk kepada peratusan lemak, tulang dan otot dalam badan
manusia. Manusia terbentuk hasil daripada berbagai-bagai komposisi seperti air, otot,
tulang dan sebaginya. Mengikut Bower dan Fox (1988) secara dasarnya manusia
dilengkapi oleh lemak dan berat badan unggul. Maksud berat badan unggul ini ialah
jumlah 40% hingga 50% berat badan yang merangkumi kulit, otot rangka, tulang dan
tisu organ. Hasil kajian Willford, Blessing, Scharf-Olson dan Brown (1996)
mendapati bahawa dengan melakukan latihan yang terancang dan berterusan dapat
menurunkan lemak dan berat badan subjek yang diuji. Menurut Institute of Medicine
(2005), komponen komposisi badan didapati lebih signifikan dalam menentukan
4
kekuatan, kesihatan mahu pun tahap kecergasan fizikal seseorang berbanding saiz
badan.
Satu cara untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal ahli ialah dengan
menjalani ujian kecergasan tertentu yang menggunakan bateri-bateri ujian mengikut
komponen yang hendak diuji oleh penguji. Bateri-bateri ujian ini dapat mengukur
bahagian- bahagian badan secara khusus dan sistematik yang dapat menunjukkan
kemampuan seseorang mengikut komponen kecergasan fizikal. Setelah menjalani
dan mendapat keputusan ujian barulah dapat ditentukan kelebihan atau kelemahan
seseorang individu tersebut. Daripada kelemahan-kelemahan yang telah dikesan akan
dapat memudahkan para guru untuk merangka program latihan yang bersesuaian,
bagi memperbaiki kelemahan individu terbabit.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian–kajian lepas menggunakan antropometrik yang dijalankan ke atas
individu kerencatan akal (MR) sebelum ini menunjukkan golongan ini
mempunyai tahap obesiti yang tinggi. Kajian sebelum ini juga mengkaji
peratusan lemak dalam badan bagi individu kerencatan akal (MR) dengan
Sindrom Down dan juga individu kerencatan akal (MR) tanpa sindrom down.
Hasil kajian menunjukkan individu dengan sindrom down mempunyai peratusan
lemak dalam badan yang lebih tinggi. Antara punca yang dikaitkan dengan hasil
kajian ini ialah gaya hidup populasi ini yang kurang aktif dan juga pemakanan
yang tidak seimbang (Pitetti dan Fernhall, 2005). Dalam beberapa kajian
berkenaan berat badan populasi ini, Bell dan Bhate (1992) mengukur indeks jisim
badan (BMI) ke atas 58 orang individu sindrom down dan membandingkannya
dengan individu kerencatan akal (MR) tanpa sindrom down. Hasil kajian
menunjukkan individu sindrom down mempunyai berat badan berlebihan yang
lebih tinggi iaitu 71% lelaki dan 96% wanita.
5
Selain isu berat badan berlebihan, populasi ini juga dikatakan mempunyai
daya tahan kardiovaskular yang rendah. Fernhall et al., (1996) mengatakan
bahawa daya tahan kardiovaskular individu sindrom down lebih rendah
berbanding individu kerencatan akal (MR) tanpa sindrom down. Fernhall (1997)
menyatakan bahawa individu sindrom down mempunyai kadar nadi maksimum
10% lebih rendah dari rakan mereka yang tidak mempunyai sindrom down.
Kajian Eberhard (1997) memberikan menunjukkan bahawa latihan daya tahan
boleh mempunyai kesan positif jangka panjang.
1.3 Penyataan Masalah
Kurangnya motivasi dan usaha dalam menggalakkan populasi ini untuk
terlibat dalam aktiviti fizikal menyebabkan tahap kecergasan mereka kurang.
Obesiti di kalangan kumpulan sindrom down juga adalah tinggi. Oleh yang
demikian, kajian yang dijalankan ini akan mengenalpasti dan menilai tahap
kecergasan bagi komponen daya tahan kardiovaskular dan komposisi lemak
dalam badan bagi populasi ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:-
1.4.1 Mengukur komponen daya tahan kardiovaskular dan komposisi lemak dalam
badan kanak-kanak Sindrom Down
1.4.2 Membuat perbandingan komponen komposisi lemak dalam badan bagi antara
kumpulan moderate dan severe
6
1.4.3 Melihat perkaitan di antara daya tahan kardiovaskular dengan komposisi
lemak dalam badan.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap Kecergasan Fizikal bagi komponen daya tahan kardiovaskular
dan komposisi lemak dalam badan kanak-kanak Sindrom Down?
1.5.2 Apakah perbezaan komponen komposisi lemak dalam badan antara kumpulan
moderate dan severe?
1.5.3 Adakah terdapat perkaitan antara daya tahan kardiovaskular dengan
komposisi lemak dalam badan kanak-kanak Sindrom Down