Download - Refleksi Simulasi Terapi Bermain
-
8/20/2019 Refleksi Simulasi Terapi Bermain
1/2
REFLEKSI SIMULASI TERAPI BERMAIN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmat-Nya yang tidak
terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan simulasi bagi terapi bermain. Kami telah
menjalankan aktiviti terapi bermain di Bilik Tutorial, !" Kampus !endidikan Teknik Bandar
#nstek. Aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada bermain kerana terapi yang hendak
dijalankan adalah terapi bermain.
$ntuk sesi rapport, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti permainan ‘Musical Chair’ .
%agu-lagu yang dipilih adalah lagu kanak-kanak. !ergerakan adalah digalakkan dalam aktiviti
permainan tersebut. ni adalah disebabkan klien boleh menggerakkan motor halus dan motor
kasar mereka sambil mereka bermain.
&enurut Kraus '((), bermain se*ara amnya boleh dide+inisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. arr pula dalam teorinya mengatakan bahaa main
adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.ari aspek
psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan
dan mengaal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti
sebenar. Terapi main membantu klien mununjukkan komitmen dan +okus yang sepenuhnya
terhadap aktiviti yang dijalankan.
Selain itu, kami juga telah menyediakan pelbagai jenis alat permainan untuk terapi. Kami
dikehendaki untuk mereka satu aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan alat
permainan tersebut. &elalui aktiviti ini, ianya memberi peluang kepada kami guru pelatih untuk
menyelami diri klien ketika bermain dan terlibat sama dalam aktiviti tersebut. !ermainan yang
direka adalah mengikut kekreati+an kumpulan masing-masing. i samping dapat menyelami diri
klien, guru pelatih juga dapat bertukar-tukar pendapat dan idea tentang aktiviti permainan yang
hendak dijalankan.
Aktiviti yang dijalankan dapat membuka minda guru pelatih untuk memikirkan sesuatuyang kreati+ dan menarik yang boleh dijalankan kepada klien-klien sebagai satu terapi main.
Aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk
bertukar-tukar pendapat atau mengeluarkan idea-idea yang bernas dan kreati+ berkaitan aktiviti
yang hendak diran*angkan.
-
8/20/2019 Refleksi Simulasi Terapi Bermain
2/2
Terapi bermain berpeluang untuk mendiagnosis seseorang terapi ini dapat diperhatikan
melalui aktiviti bermain dengan menggunakan alat permainan. Alat permainan digunakan untuk
mengenalpasti gangguan tingkah yang dialami oleh klien khususnya kanak-kanak. &elalui
terapi bermain, kaunselor akan mengenalpasti apa sebenarnya yang dirasai oleh kanak-kanak,
ia lebih berkesan dibandingkan dengan meminta kanak-kanak meluahkan dalam bentuk kata-
kata.
Se*ara kesimpulannya, aktiviti terapi bermain adalah terapi yang sangat digemari dan
menyeronokkan bagi klien-klien mahupun sesiapa sahaja yang terlibat sama. Terpulang kepada
diri individu itu sendiri untuk menjadikan sesuatu aktiviti main menjadi lebih seronok. Sebagai
seorang guru, kekreati+an dalam mereka aktiviti main adalah satu kelebihan kerana dengan itu
ia dapat menarik minat klien untuk mengikuti aktiviti yang kita laksanakan.