Download - T1A4Jurnal Refleksi
Jurnal Refleksi
Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani
latihan praktikum selama 12 minggu pada semester ke 10 hati saya terasa seakan berdebar-
debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum
ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang unutk melaksanakan
proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya
pelajari segala ilmu dan juga teori di OUM selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa
mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik
minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik darjah.
Semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kelas Tahun 5 Cerdik
untuk subjek Sains bagi tajuk Rantai makanan, saya mendapati murid-murid menghadapi
kesukaran untuk mengingati elemen-elemen yang perlu ada untuk embina suatu rantai
makanan di suatu habitat.
Dalam usaha membantu murid membina rantai makanan, saya telah menggunakan
cara penghubungkaitan di antara cara pemakanan haiwan yang melibatkan kumpulan
makanan herbivore, omnivore dan karnivor. Tumbuhan perlu ditegaskan sebagai pengeluar.
Saya juga menggunakan tayangan power point untuk menunjukkan gambaran sebenar kepada
mereka. Kefahaman mereka telah diuji melalui latihan soalan dan kuiz. Keputusan
pencapaian murid didapati perlu dipertingkatkan lagi. Kebanyakan mereka tidak dapat
mengingati istilah-istilah kumpulan makanan tersebuttersebut.
Daya ingatan (kognitif) hanya dapat diterokai dan dikuasai apabila individu tersebut
menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara. Ini disokong oleh pendapat Erikson (1963),
lupaan merupakan satu motif di mana maklumat tertentu sengaja dilupai kerana dianggap
tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang.
Semua manusia mengalami fenomena yang dikatakan lupa termasuklah orang dewasa.
Tindak balas murid-murid ini berkaitan dengan kenyataan William James, (Yusof
Boon 2000) bahawa terdapat dua jenis ingatan yang dialami oleh manusia iaitu ingatan
jangka masa pendek dan ingatan jangka masa panjang. Melalui hasil penilaian tersebut,
murid-murid hanya menguasai ingatan jangka pendek yang menyimpan maklumat dalam
masa beberapa saat sahaja dan tidak menyimpan maklumat yang diterima dalam jangka masa
yang lama iaitu ingatan jangka masa panjang.
Definisi ingatan jangka pendek ialah Ingatan ini melibatkan penyimpanan bahan di
dalam ingatan untuk beberapa saat atau minit sahaja dan jarang sekali lebih daripada itu. Jika
anda diberitahu nama yang anda tidak kenali, anda akan ingat nama tersebut buat beberapa
saat dan apabila tumpuan tidak diberikan kepadanya, ia akan hilang, (Bulgeslki 1979).
Keadan ini berlaku kepada murid apabila diberitahu kepentingan bentuk muka bumi, mereka
akan melupainya sebaik sahaja pengajaran berakhir kerana pengetahuan baru yang diterima
tidak berkaitan dengan persekitaran mereka sendiri.
Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang
kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang
bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh
memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada
penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk
menghasilkan satu kreativiti dalam P&P dengan menyelitkan unsur muzik iaitu nyanyian.
Selain dapat meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian juga dapat menguatkan
ingatan murid terhadap apa yang dipelajari.Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu
dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan
kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari
dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat
yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian
daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri
seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu
diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.
Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur muzik melalui
kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan
mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam pendidikan kerana
sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaanya. Ini
turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi muzik dengan
mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.Otak kiri dan
kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara
seperti bahasa, logik, matematik, sains dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula
menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Jika seseorang
itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk mengembangkan aktiviti otak kanan, otak
kirinya akan berfungsi lebih aktif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan
belajar akan meningkat jika kedua otak kiri dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang
harmoni.
Bertitik-tolak kepada fakta tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa penggabungjalinan
antara otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) boleh menghasilkan suatu
pembelajaran yang penuh bermakna. Ini selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994)
yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak
dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah,
daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik
untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.Selain itu, kenyataan
Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak pula
menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan membaca, menulis,
kebolehan menghafal dan kemahiran matematik. Apa yang menarik dalam dapatan tersebut
kepada para pendidik ialah penggunaan muzik dalam proses P&P mampu meningkatkan
kualiti pembelajaran. Routier (2003) turut berkongsi pendapat dengan Prescott (2005) yang
menyifatkan integrasi muzik dengan mata pelajaran akademik yang lain dapat menyuburkan
seluruh kurikulum. Oleh itu, pengkaji ingin menerapkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam
mata pelajaran Sains. Pengkaji akan menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh
murid bagi memudahkan mereka mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin (2001),
penggunaan lagu yang dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.