t1a4jurnal refleksi

5
Jurnal Refleksi Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani latihan praktikum selama 12 minggu pada semester ke 10 hati saya terasa seakan berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang unutk melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di OUM selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik darjah. Semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kelas Tahun 5 Cerdik untuk subjek Sains bagi tajuk Rantai makanan, saya mendapati murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengingati elemen-elemen yang perlu ada untuk embina suatu rantai makanan di suatu habitat. Dalam usaha membantu murid membina rantai makanan, saya telah menggunakan cara penghubungkaitan di antara cara pemakanan haiwan yang melibatkan kumpulan makanan herbivore, omnivore dan karnivor. Tumbuhan perlu ditegaskan sebagai pengeluar. Saya juga menggunakan tayangan power point untuk menunjukkan gambaran sebenar kepada mereka. Kefahaman mereka telah diuji melalui latihan soalan dan kuiz. Keputusan pencapaian murid didapati perlu dipertingkatkan lagi.

Upload: maulana-hamzah

Post on 19-Jan-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: T1A4Jurnal Refleksi

Jurnal Refleksi

Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani

latihan praktikum selama 12 minggu pada semester ke 10 hati saya terasa seakan berdebar-

debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum

ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang unutk melaksanakan

proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya

pelajari segala ilmu dan juga teori di OUM selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa

mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang

tinggi dalam  proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik

minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik darjah.

Semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kelas Tahun 5 Cerdik

untuk subjek Sains bagi tajuk Rantai makanan, saya mendapati murid-murid menghadapi

kesukaran untuk mengingati elemen-elemen yang perlu ada untuk embina suatu rantai

makanan di suatu habitat.

Dalam usaha membantu murid membina rantai makanan, saya telah menggunakan

cara penghubungkaitan di antara cara pemakanan haiwan yang melibatkan kumpulan

makanan herbivore, omnivore dan karnivor. Tumbuhan perlu ditegaskan sebagai pengeluar.

Saya juga menggunakan tayangan power point untuk menunjukkan gambaran sebenar kepada

mereka. Kefahaman mereka telah diuji melalui latihan soalan dan kuiz. Keputusan

pencapaian murid didapati perlu dipertingkatkan lagi. Kebanyakan mereka tidak dapat

mengingati istilah-istilah kumpulan makanan tersebuttersebut.

Daya ingatan (kognitif) hanya dapat diterokai dan dikuasai apabila individu tersebut

menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara. Ini disokong oleh pendapat Erikson (1963),

lupaan merupakan satu motif di mana maklumat tertentu sengaja dilupai kerana dianggap

tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang.

Semua manusia mengalami fenomena yang dikatakan lupa termasuklah orang dewasa.

Tindak balas murid-murid ini berkaitan dengan kenyataan William James, (Yusof

Boon 2000) bahawa terdapat dua jenis ingatan yang dialami oleh manusia iaitu ingatan

jangka masa pendek dan ingatan jangka masa panjang. Melalui hasil penilaian tersebut,

murid-murid hanya menguasai ingatan jangka pendek yang menyimpan maklumat dalam

masa beberapa saat sahaja dan tidak menyimpan maklumat yang diterima dalam jangka masa

yang lama iaitu ingatan jangka masa panjang.

Page 2: T1A4Jurnal Refleksi

Definisi ingatan jangka pendek ialah Ingatan ini melibatkan penyimpanan bahan di

dalam ingatan untuk beberapa saat atau minit sahaja dan jarang sekali lebih daripada itu. Jika

anda diberitahu nama yang anda tidak kenali, anda akan ingat nama tersebut buat beberapa

saat dan apabila tumpuan tidak diberikan kepadanya, ia akan hilang, (Bulgeslki 1979).

Keadan ini berlaku kepada murid apabila diberitahu kepentingan bentuk muka bumi, mereka

akan melupainya sebaik sahaja pengajaran berakhir kerana pengetahuan baru yang diterima

tidak berkaitan dengan persekitaran mereka sendiri.

Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang

kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang

bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh

memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada

penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji terpanggil untuk

menghasilkan satu kreativiti dalam P&P dengan menyelitkan unsur muzik iaitu nyanyian.

Selain dapat meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian juga dapat menguatkan

ingatan murid terhadap apa yang dipelajari.Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu

dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan

kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari

dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat

yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian

daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri

seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu

diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur muzik melalui

kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan

mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam pendidikan kerana

sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaanya. Ini

turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi muzik dengan

mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.Otak kiri dan

kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara

seperti bahasa, logik, matematik, sains dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula

menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Jika seseorang

itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk mengembangkan aktiviti otak kanan, otak

Page 3: T1A4Jurnal Refleksi

kirinya akan berfungsi lebih aktif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan

belajar akan meningkat jika kedua otak kiri dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang

harmoni.

Bertitik-tolak kepada fakta tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa penggabungjalinan

antara otak kiri (fakta sains) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) boleh menghasilkan suatu

pembelajaran yang penuh bermakna. Ini selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994)

yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak

dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah,

daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik

untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.Selain itu, kenyataan

Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak pula

menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan membaca, menulis,

kebolehan menghafal dan kemahiran matematik. Apa yang menarik dalam dapatan tersebut

kepada para pendidik ialah penggunaan muzik dalam proses P&P mampu meningkatkan

kualiti pembelajaran. Routier (2003) turut berkongsi pendapat dengan Prescott (2005) yang

menyifatkan integrasi muzik dengan mata pelajaran akademik yang lain dapat menyuburkan

seluruh kurikulum. Oleh itu, pengkaji ingin menerapkan elemen muzik iaitu nyanyian dalam

mata pelajaran Sains. Pengkaji akan menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh

murid bagi memudahkan mereka mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin (2001),

penggunaan lagu yang dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu

pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.