Download - Tugasan Pendidikan Awal Kanak2 A
Pendidikan awal kanak-kanak bermaksud tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir
hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young
Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda,
pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi
layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun.
Perkembangan merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara kuantitatif
dan kualitatif dari segi perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral seseorang
individu (Berk, 2000). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 2 tahun tidak pandai dan
mengenal bentuk huruf setelah meningkat usia dan dibimbing pada usia 4 tahun kanak-kanak itu
dapat mengenal huruf dan menulis huruf secara terbalik manakal pada usia 6 tahun kanak-kanak
itu dapat menulis dengan baik. Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur
secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long,
1978). Pertumbuhan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti
iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya
ketinggian kanak-kanak dari 100cm pada usia 4 tahun meningkat 118cm pada usia 6 tahun.
Antara pahaman saya, amalan yang bersesuaian dalam seting pengasuhan dan pendidikan awal
kanak-kanak mestilah bersesuaian dengan umur,perkembangan diri, kebolehan,bakat, dan minat
kanak-kanak.
Amalan bermaksud internetif yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk
memastikan kanak-kanak bawah jagaannya berkembang mengikut kadar perkembangan kanak-
kanak. Selain itu, perkembngan kanak-kanak berbeza mengikut dari segi minat, keperluan,
kekuatan, personaliti, emosi. Oleh yang demikian, sebagai guru atau pendidik di awal usia ini
perlulah kretif bagi menarik minat pelajar. Bagi pelajar atau kanak-kanak yang aktif belajar,
sebagai guru yang mengambil pendidikan awal usia perlulah memberi peluang kepada kanak-
kanak ini memilih dan membuat keputusan sendiri dan dibimbing atau di perhatikan oleh guru
tersebut. Menurut (Rousseau, 1762), seseorang manusia itu benar-benar bebas apabila dia
menginginkan apa yang mampu dia kecapi, dan melakukan apa yang diingini. Inilah moto asas
saya. Terapkannya pada zaman kanak-kanak dan semua peraturan pendidikan akan terbit
daripadanya. Ini kerana, pelajar dapat membuat keputusan sendiri, pelajar lebih berkayinan
untuk melakukan sesuatu tanpa ada bimbingan dari guru atau orang dewasa.
Selain itu, kanak-kanak mempunyai sifat suka bermain yang semula jadi dalam diri.
Sesetengah pelajar dapat dirangsang dengan permainan atau kata lain belajar sambil bermain.
Oleh itu, sebagai guru yang inginkan pelajarnya dapat mengikuti perlulah menyediakan pelbagai
aktiviti yang berunsurkan pelajaran. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat
merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan
daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan berdisiplin. Menurut
Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), beliau percaya yang kanak-kanak perlu didedahkan kepada
penggunaan pelbagai objek yang boleh digunakan untuk mengira, mengukur, menyukat, dan
membanding. Dengan membenarkan kanak-kanak menggunakan kebolehan semua jadi mereka
semasa meneroka objek-objek, mereka akan memahami ciriciri objek tersebut seperti panas,
sejuk, keras, saiz, dan bentuk. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan aktiviti kolam bentuk
untuk mengajar bentuk kepada pelajar dan pelajar dapat meneroka kolam bentuk tersebut dengan
keriangan.
Amalan yang boleh dilakukan oleh seorang guru pendidikan awal kanak-kanak ialah
menarik minat dan ingin tahu kanak-kanak tersebut sebelum memulakan sesuatu pelajaran.
Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman
sebenar bagi memahami sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti
melihat, mendengar, menyentuh merasa dan bau. Menuru tokoh pendidikan awal kana-kanak
iaitu Jean-Jacques Rousseau (1772-1778), kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya
dapat menyuburkan minat mereka melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka.Kanak-
kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia dan kanak-kanak dengan sendiri suka
mencari ilmu. . Sebagai guru, tidak perlulah kita memaksa pelajar kita dengan apa yang kita
ingin ajarkan malah kita perlu mengikut kanak-kanak tersebut. Untuk menarik minat pelajar,
sebagai guru perlu menyediakan bahan yang menarik dan apa yang pelajar tidak dapat fikirkan
sebelum memulakan kelas. Ini kerana dengan adanya bahan yang menarik pelajar akan lebih
memberi tumpuan pada guru dan akan lebih bersemangat untuk tahu dan terus tahu.
Kesimpulannya, sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak perlulah menerima dengan
apa adanya pada diri kanak-kanak tersebut. Ini kerana, setiap kanak-kanak mempunyai sifat yang
berbeza. Selain itu, sebagai guru perlulah keratif dan cepat berfikit untuk bertindak semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran supaya kanak-kanak di dalam kelas tidak cepat merasakan bosan.
Dengan hal yang demikian tidak berpeluang kanak-kanak itu lalai kerana mereka ingin tahu dan
mencuba apa yang guru sediakan untuk permainan yang tidak pernah meraka main.
https://www.scribd.com/doc/36535891/Amalan-Bersesuaian
https://www.scribd.com/doc/13950813/3/TOPIK-3-KONSEP-AMALAN-YANG-
BERSESUAIAN-DENGAN-PERKEMBANGAN-KANAK-KANAK
Dr. Mastura Badzir, Prof Hazidi Abdul Hamid & Mahani Abdul Malik. (2015). Intrisuction to
Early Childhood Education/ideas and theories that influence ECE