drsnpp 2008-2025

240

Upload: aieyda-nazri

Post on 06-Jun-2015

4.507 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2008-2025

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Definisi RSN Keperluan RSN Proses Penyediaan RSN 3 Peringkat RFN Terjemahan RFN dalam konteks RSN 1-2 1-3 1-5 1-8 1-10

2.0

PROFIL NEGERI 2.1 2.2 Latar Belakang Negeri Kepentingan Negeri dalam Konteks Hubungan Wilayah 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.3 ASEAN Koridor NCER Sempadan Negeri dan Daerah 2-1 2-2 2-2 2-6 2-9 2-13 2-13 2-24 2-29

Cabaran Negeri dalam konteks Hubungan Wilayah 2.3.1 2.3.2 Wilayah Utara Negara

2.4

Pencapaian Semasa

3.0

ISU dan POLISI PEMBANGUNAN 3.1 RMK9 3.1.1 3.2 RFN 3-1 3-4 3-9 3-10

Dasar-dasar yang berkaitan 3.2.1 3.2.2 Pelan Strategik Pembangunan Pulau Pinang Ke-2 Strategi Utama Pelan Strategik Pembangunan

Pulau Pinang Ke-2 3.3 3.4 Isu-isu Pembangunan Asas Pembentukan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2008-2025 3.4.1 3.4.2 Penyediaan Rancangan Struktur dari Top Down. Penyediaan Rancangan Struktur dari Bottom Up

3-13 3-14

3-17 3-18 3-18

i

3.4.3

Aspek Sokongan Dalam Penyediaan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 3-18

4.0

VISI, MATLAMAT dan WAWASAN PEMBANGUNAN 4.1 4.2 4.3 4.4 Visi Wawasan Pembangunan Objektif Konsep Pembangunan Negeri 4.4.1 4.4.2 4.4.3 4.4.4 Konsep Pembangunan Koridor Konsep Pembangunan Integrasi Konsep Pilihan Kriteria Pemilihan Konsep Pilihan 4-1 4-1 4-2 4-3 4-3 4-13 4-19 4-23

4.5

Strategi Pembangunan Negeri 4.5.1 Strategi Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Di Peringkat Global 4.5.2 Strategi Memperkukuhkan Hubungan Inter dan Intra Wilayah Di Peringkat Wilayah dan Antarabangsa 4.5.3 Strategi Pengukuhan Fungsi Hierarki Petempatan Utama Sebagai Pemangkin Keseimbangan Pembangunan Antara Daerah 4.5.4 Strategi Pulau Pinang Sebagai Pusat Pelancongan Yang Produktif Dan Inovatif

4-24

4-24

4-25

4-25

4-29

5.0

DASAR dan CADANGAN 5.1 5.2 Dasar Umum Dasar dan Cadangan Pembangunan Ekonomi 5.2.1 5.2.2 5.3 Sektor Rangka Kerja Wilayah Sektor Ekonomi 5-1 5-3 5-3 5-7 5-11

Dasar dan Cadangan Pembangunan Social

ii

5.3.1 5.3.2

Sektor Penduduk dan Sumber Manusia Sektor Petempatan Bandar dan Desa serta Koridor Pembangunan

5-11

5-15 5-23 5-23 5-31 5-39 5-44 5-49 5-54 5-58 5-63 5-71 5-84 5-90 5-93 5-93 5-94 5-96

5.4

Dasar dan Cadangan Pembangunan Fizikal 5.4.1 5.4.2 5.4.3 5.4.4 5.4.5 5.4.6 5.4.7 5.4.8 5.4.9 Sektor Guna Tanah dan Fizikal Sektor Pertanian dan Perhutanan Sektor Perindustrian Sekor Perdagangan dan Perkhidmatan Sektor Perumahan Sektor Pelancongan Sektor Kemudahan Masyarakat, Rekreasi dan Sukan Sektor Pengangkutan Sektor Infastruktur dan Utiliti

5.4.10 Sektor Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Jaya Asli 5.4.11 Sektor Pemeliharaan dan Warisan 5.5 Dasar Khusus Pembangunan Pulau Pinang 5.5.1 5.5.2 5.5.3 Dasar Khusus Alam Sekitar Dasar Khusus Pelancongan Dasar Khusus Warisan

6.0

PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN 6.1 6.2 6.3 Pengenalan Struktur Pentadbiran Perancangan Pembangunan Pulau Pinang 6.3.1 6.3.2 6.3.3 6.4 Institusi dalam Perancangan Fizikal Institusi dalam Perancangan Ekonomi Hubungan Dua Hala Perancangan Fizikal dan Ekonomi 6-1 6-1 6-3 6-3 6-3 6-3 6-4 6-4

Pelaksanaan RSN 6.4.1 6.4.2 Carta Organisasi Pelaksanaan dan Pemantauan Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan

iii

RSNPP 6.4.3 6.4.4 6.4.5

6-5

Penyelarasan Agensi-agensi dan Jabatan-jabatan Kerajaan 6-5 Penglibatan Swasta dalam Proses Pembangunan Penyertaan Awam dalam Pelaksanaan dan Pemantauan SNPP 6-6 6-6

6.4.6

Melengkapkan Anggota Kerja dengan Pengetahuan dan Kemahiran 6-7 6-8 6-9 6-10 6-10 6-11 6-17 6-17

6.4.7 6.4.8 6.4.9

Penyediaan RT dan RKK Lembaga Rayuan Penggunaan RSN dalam Proses Pembangunan

6.4.10 Komitmen Semua Pihak dalam Pelaksanaan RSNPP 6.4.11 Cadangan Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan 6.5 Pemantauan RSNPP 6.5.1 6.5.2 Tujuan Pemantauan Aplikasi Sistem LaPiS dalam Aktiviti Pelaksanaan dan Pemantauan 6.5.3 6.6 Implikasi Kewangan

6-17 6-20 6-21

Rumusan

LAMPIRAN

iv

SENARAI RAJAH Rajah 1.1 : Proses Penyediaan Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang Rajah 1.2 Rajah 2.1 Rajah 2.2 Rajah 2.3 Rajah 3.1 : Rangka Perancangan Pembangunan Negara : Pulau Pinang Di Dalam Wilayah IMT-GT : Pelan Kedudukan Pulau Pinang Di Dalam NCER : Pelan Pulau Pinang Dan Negeri Bersempadan : Pembentukan Rancangan Struktur Pulau Pinang 1-7 1-8 2-8 2-11 2-12 3-19

Rajah 4.1 Rajah 4.2 Rajah 4.3 Rajah 5.1 Rajah 5.2 Rajah 5.3 Rajah 5.4 Rajah 5.5 Rajah 5.6 Rajah 5.7 Rajah 5.8 Rajah 5.9

: Pelan Konsep Pembangunan Koridor : Pelan Konsep Pembangunan Berintegrasi : Pelan Konsep Pembangunan KoridorBerintegrasi : Pelan Subjek Hierarki Petempatan : Pelan Kawasan Tumpuan Pembangunan : Pelan Subjek Kawasan Pertanian : Pelan Subjek Kawasan Perhutanan : Pelan Subjek Pembangunan Perindustrian : Pelan Subjek Perdagangan Dan Perkhidmatan : Pelan Subjek Pembangunan Perumahan : Pelan Subjek Pelancongan : Pelan Subjek Keseluruhan Cadangan Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan

4-12 4-15 4-22 5-22 5-30 5-38 5-43 5-48 5-53 5-57 5-32

5-62

Rajah 5.10

: Pelan Subjek Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang 5-70 5-83 5-89 5-92 6-2 6-4 6-10

Rajah 5.11 Rajah 5.12 Rajah 5.13 Rajah 6.1 Rajah 6.2 Rajah 6.3

: Pelan Subjek Pembangunan Infrastruktur Dan Utiliti : Pelan Subjek Kawasan Sensitif Alam Sekitar : Pelan Subjek Kawasan Pemeliharaan Dan Warisan : Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang : Carta Organisasi Perlaksanaan Dan Pemantauan : Penggunaan RSN Dalam Proses Pembangunan

v

Rajah 6.4 Rajah 6.5

: Aliran Data Menegak : Aliran Data Melintang

6-19 6-20

SENARAI JADUAL Jadual 2.1 Jadual 2.2 : Keluasan Pulau Pinang Mengikut Daerah, 2008 : Komponen Utama Cabaran Dalam Konteks Hubungan Wilayah Utara dan Negara Jadual 3.1 : Teras, Cadangan Program Dan Projek RMK 9 Yang Berkaitan Dengan Negeri Pulau Pinang Jadual 3.2 Jadual 4.1 Jadual 4.2 Jadual 4.3 Jadual 6.1 : Dasar Rancangan Fizikal Negara Dan Perkaitan Dengan RSN : Carta Goal Achievement Matrix : Koridor Pembangunan Pulau Pinang : Hierarki Petempatan : Cadangan Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan 3-2 3-6 4-23 4-26 4-28 6-11 2-25 2-1

vi

TERMA

MAKSUD

Bandar

Kawasan yang diwarta dan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungannya yang terletak di dalam had sempadan bandar dan mengandungi: Penduduk minima 10000 orang Kemudahan perbandaran Kawasan petempatan dan komited yang telad diluluskan Sekurang-kurangnya 60% penduduk bekerja yang berumur 15 tahun dan ke atas yang terlibat dengan aktiviti bukan pertanian Bangunan atau komplek berteknologi tinggi dan mempunyai kemudahan elektronik, telekomunikasi dan air memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia Satu Bandar Pintar yang lengkap dan mempunyai perniagaan dan persekitaran hidup yang bertaraf dunia dan mempunyai kelengkapan yang memenuhi kehendak 10 perkara dalam Bill of Guarantee Koridor Raya Multimedia Malaysia Ekonomi yang berasaskan pengeluaran, pengedaran dan Penggunaan pengetahuan serta maklumat. Contoh : Pengeluaran barang berteknologi tinggi Pengeluaran teknologi yang utama Pengeluaran berintensitikan pengetahuan

Cybercentre

Cybercity

K-ekomoni

Kampung dalam bandar

Merujuk kepada kawasan petempatan di dalam Bandar yang mempunyai nilai-nilai kampung. Jenis kampung yang terdapat di dalam bandar adalah kampung tradisi, kampung tersusun, kampung baru, kampung nelayan dan kampung orang asli Kawasan merangkumi risab hutan simpan dan KSAS Tahap 1 dan 2, kawasan lapang dan permainan Kawasan Bandar yang merangkumi beberapa Bandaraya atau Bandar yang bercantum secara fizikal dan membentuk satu kawasan tepu bina berikutan pertambahan penduduk. Sempadan konurbasi adalah mengikut tempoh perjalanan dari tempat kerja di pusat Bandaraya.

Kawasan Hijau

Konurbasi

ix

Pembangunan Bercampuran

Suatu pembangunan yang mengandungi pelbagai jenis pembangunan seperti kediaman, perniagaan dan perindustrian

Pembangunan Infil

Pembangunan atau pembangunan semula yang dijalankan ke atas tanah kosong atau tapak yang telah dibangunkan yang terletak di dalam kawasan tepu bina dan kawasan yang sedang dibangunkan

Pembangunan Mampan

Pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkrompomi kemampuan generasi akan datang dengan memenuhi keperluan mereka Satu proses perubaahan serta penerapan ciri-ciri Bandar terhadap sesebuah kawasan dan proses ini akan melibatkan penghijrahan masuk penduduk luar bandar, perubahan aktiviti ekonomi, perkembangan kawsan bandar, pertambahan penyediaan kemudahan perbandaran, perubahan sosial, nilai dan sifat masyarakat tradisional kepada masyarakat moden serta perubahan guna tanah keseluruhannya Sebarang monumen, objek, kawasan dan kesenian yang empunyai nilai estetika, sejarah, saintifik atau nilai sosial yang diwarisi turun menurun dan mempunyai nilai pada masa sekarang dan generasi akan datang

Perbandaran

Warisan

Warisan Kebudayaan

Warisan kebudayaan terbahagi kepada dua iaitu warisan ketara (tangible heritage) dan warisan tak ketara (intangible heritage) Warisan kebudayaan ketara termasuklah kawasan, monumen dan bangunan manakala warisan kebudayaan tidak ketara termasuk persembahan teater, seni mempertahankan diri dan penggubahan bunyi dan muzik

x

SINGKATAN KATA

ASAS BD BKEBOD DEB DPN DWN JEWAY JPBD JBA JPBD JPS IKS IMT-GT IWK KPKT KSAS LHDN LTBL MIDA MPFN MPPP MPSP NBCT NCER PCC PGCC PDC PERDA PORR

-

Kawasan Sensitif Alam Sekitar Barat Daya Butterworth Kulim ExpresswayBiology Oxygen Demand Dasar Ekonomi Baru Dasar Pembangunan Nasional Dasar Wawasan Negara Jelutong Expressway Jabatan Alam Sekitar Jabatan Bekalan Air Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Jabatan Pengairan dan Saliran Industri Kecil dan Sederhana Indonesia Malaysia Thailand Golden Triangle Indah Water Konsortium Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Lembaga Hasil Dalam Negeri Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Malaysian Industrial Development Authority Majlis Perancangan Fizikal Negara Majlis Perbandaran Pulau Pinang Majlis Perbandaran Seberang Perai North Butterworth Contena Terminal Northern Corridor Economic Region Penang Ciber City Penang Global City Centre Penang Development Coorporation Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Penang Outer Ring Centre

i

RFN RMK-9 RMLT RRJP3 SMIDEC SPS SPT SPU SWOT TL TM TNB UNESCO

-

Rancangan Fizikal Negara Rancangan Malaysia Ke - 9 Rancangan Malaysia Lima Tahun Rancangan Rangka Jangka Panjang ke-3 Small and Medium Development Coorporation Seberang Perai Selatan Seberang Perai Tengah Seberang Perai Utara Strength, Weakness, Opportunity, Threat Analysis Timur Laut Telekom Malaysia Tenaga Nasional Berhad United Nation for Environment, Social and Cultural Organization

UPEN

-

Unit Perancang Ekonomi Negeri

ii

Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (DRSNPP) adalah dokumen yang menyediakan rangka kerja perancangan untuk tujuan memandu dan mengawal pembangunan fizikal di seluruh negeri sehingga tahun 2025. Dokumen ini merupakan Draf Rancangan Struktur Kedua bagi Negeri Pulau Pinang di mana kawasan perancangannya meliputi seluruh negeri. Pewartaan RSN ini oleh Pihak Berkuasa Negeri bermakna semua Rancangan Struktur terdahulu yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) tidak lagi terpakai (over-write).

Dengan adanya DRSN, implikasi penting daripada perubahan ini adalah semua isu dan masalah dalam konteks pembangunan Negeri Pulau Pinang dapat diteliti secara menyeluruh dan secara tidak langsung, setiap perancangan pembangunan masa hadapan dapat diselaraskan untuk memberikan manfaat yang lebih besar kepada pembangunan keseluruhan negeri. Selain daripada itu, DRSN juga bertindak sebagai Rancangan Pembangunan Negeri (State Development Plan) yang menyediakan rangka kerja perancangan dan hala-tuju pembangunan yang bersifat jangka panjang untuk faedah negeri dan juga rakyatnya.

Malah, yang paling penting adalah DRSN Pulau Pinang mampu menjadi landasan ke arah merealisasikan Wawasan Pulau Pinang Berdaya Saing di Peringkat Global menjelang 2025 disamping dapat mencapai matlamat dan objektif pembangunan negeri sepertimana yang telah digariskan. Setiap penerangan dasar dan cadangancadangan am perlulah mengambil kira persekitaran hidup aspek fizikal, sistem perhubungan dan lalulintas, kesejahteraan sosio-ekonomi serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi ke arah pembangunan mampan.

1-1

1.1

Definisi RSN

Mengikut Subseksyen 8 (3), Akta 172 menggariskan ianya sebagai satu pernyataan bertulis yang yang menerangkan perkara-perkara berikut:i. Menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik peringkat negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah di dalam kawasan bandar dan luar bandar termasuk langkah-langkah : a. b. c. Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal; Memperelokkan lagi perhubungan dan pengurusan lalu lintas; Meningkatkan tahap kesejahteraan, sosio-ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi; d. e. f. Memudahkan pemajuan yang mampan; Melaksanakan pembangunan yang lestari; dan Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa.

ii.

RSN juga perlu mempertimbangkan atau mengandungi perkara-perkara lain yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam sesuatu kes tertentu; dan

iii.

Menyatakan pertalian antara cadangan-cadangan yang terkandung di dalamnya dengan cadangan-cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah di negeri-negeri yang bersempadan dengannya yang dijangka mungkin menyentuh negeri itu.

Rancangan Struktur Negeri juga perlu mengandungi gambar rajah yang menunjukkan pelan perancangan pembangunan fizikal keseluruhan negeri serta turut mengandungi pelan-pelan subjek dan ilustrasi-ilustrasi untuk menjelaskan konsep dan cadangan-cadangan pembangunan.

1-2

1.2

Keperluan RSN

1.2.1

Aspek Perundangan

RSN disediakan untuk melengkapkan sistem perancangan fizikal di samping menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara. Ia juga bertujuan untuk menyelaraskan dasar-dasar Rancangan Struktur Sedia ada. Penyediaan RSN adalah diperlukan mengikut perundangan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Rancangan ini diperlukan kerana ia adalah sebahagian daripada Sistem Rancangan Pemajuan di Semenanjung Malaysia yang mempunyai tiga peringkat iaitu;

i. ii. iii. iv.

Rancangan Fizikal Negara (RFN); Rancangan Struktur Negeri (RSN); Rancangan Tempatan (RT); dan Rancangan Kawasan Khas (RKK).

Beberapa keadaan RSN bagi suatu negeri bolehdisediakan oleh Pihak Berkuasa Negeri(PBN) iaitu ;

i.

Pengarah JPBD Negeri memikirkan perlu kepada suatu pemeriksaan dimulakan bagi negeri; dan

ii.

Apabila menerima arahan daripada JPN atau MPFN.

Menurut Akta 172 adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Perancang Negeri (Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri) untuk menyediakan RSN untuk memastikan dasar-dasar strategik yang digubal di peringkat negara, yang disediakan dalam RFN, dapat diterjemahkan dan dilaksanakan di peringkat negeri. Tanpa RSN,

pembangunan fizikal Negeri Pulau Pinang tidak akan dapat diselaraskan dengan pembangunan negeri-negeri lain dengan baik sepertimana yang telah ditentukan haluan dan arah alirannya dalam RFN. Ini secara umumnya akan

1-3

menimbulkan persaingan yang tidak sihat di dalam pembangunan negara. Ketiadaan RSN akan menyebabkan matlamat pembangunan RFN tidak akan dapat direalisasikan dengan sempurna.

1.2.2

Sistem Rancangan Pembangunan

RSN juga diperlukan untuk memandu arah tuju pembangunan fizikal Negeri untuk jangka masa yang ditetapkan. Pada masa yang sama ianya akan menjadi asas kepada penyediaan rancangan tempatan untuk setiap daerah dan PBPT, di mana dasar-dasar yang digubal akan diterjemahkan ke dalam bentuk spatial.

Berdasarkan seksyen 11, Akta 172 cadangan-cadangan pengubahan kepada sesuatu RSN perlu dibuat setiap lima tahun sekali seiring degan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri. Walau bagaimanapun penggubahan kepada keseluruhan atau sebahagian RSN boleh dibuat atas sebab-sebab berikut;

i. ii. iii.

Arahan daripada JPN; Terdapat perubahan kepada dasar-dasar sektor berkaitan; dan Terdapat perubahan kepada trend pembangunan negeri.

Kajian semula kepada RSN perlu sekiranya terdapat perubahan kepada dasar-dasar negara mahupun dasar-dasar di peringkat negeri maka dasar-dasar RSN hendaklah dikaji semula. Perubahan kepada dasar-dasar negara kadangkala akan menggubah corak atau trend pembangunan. Jika perubahan yang berlaku hanya pada peringkat sektoral dan tidak melibatkan banyak percanggahan kepada dasardasar RSN maka kajian semula bolehlah dijalankan kepada dasardasar sektor yang berkaitan sahaja.

1-4

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan kepada trend pembangunan berkepentingan yang negara disebabkan seperti pelaksanaan projek-projek terbang,

pembinaan

lapangan

pelabuhan, lebuh raya dan sebagainya maka keseluruhan RSN perlu dikaji semula. Begitulah sebaliknya, sekiranya berlaku bencana alam yang menjejaskan kawasan-kawasan sensetif dan berkepentingan awam maka dasar-dasar RSN juga perlu dikaji semula untuk meningkatkan kawalan ke atas kawasan-kawasan yang

berkepentingan negara.

1.3

Proses Penyediaan RSN

Proses penyediaan RSN dibahagikan kepada tiga peringkat utama seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 1.1.

Peringkat Pertama

:

Laporan Awalan

Pada peringkat ini ialah menyediakan asas rujukan penyediaan RSN. Asas Rujukan akan menyatakan lokasi dan keluasan kawasan kajian, sektor-sektor yang harus dikaji, skop kerja untuk setiap sektor dan jangka masa kajian. Selepas itu peringkat seterusnya iaitu akan menyediakan laporan awal yang mengandungi perkaraperkara seperti matlamat dan objektif kajian, skop kajian, pendekatan kajian dan pengumpulan data serta hasil kajian.

Peringkat Kedua

:

Laporan Teknikal dan Laporan Pemeriksaan

Peringkat Kedua pula melibatkan penyediaan Laporan Teknikal dan Laporan Pemerikasaan. Penyediaan Laporan Teknikal merangkumi tugasan pengumpulan data dan maklumat serta analisis data bagi mengenalpasti keadaan semasa kawasan kajian di dalam pelbagai sektor yang dikaji. Laporan Teknikal merupakan laporan yang membentangkan data-data yang telah dikaji dan dianalisa. Ianya juga mengemukakan unjuran-unjuran yang telah dibuat bagi sektor-sektor kajian yang berkaitan. Peringkat ini juga melibatkan penyediaan Laporan Pemeriksaan.

1-5

Penyediaan Laporan Pemeriksaan merupakan laporan yang membentangkan datadata utama yang dikaji serta kesimpulan-kesimpulan dan unjuran-unjuran yang dibuat bagi setiap sektor-sektor yang berkaitan. Penyediaan Laporan Pemeriksaan diperuntukkan dalam Seksyen 7(1), (2) dan (3), Akta 172.

Peringkat Ketiga

:

Laporan Draf Rancangan Struktur Negeri

Merupakan peringkat sebenar penghasilan Laporan DRSN. DRSN disediakan selepas melalui proses kelulusan laporan Awal, Laporan Teknikal dan Laporan Pemeriksaan. Selepas Laporan DRSN maka peringkat seterusnya iaitu proses Pembentangan Laporan DRSN. Seranta hendaklah diadakan selepas penghasilan Laporan DRSN dan Pembentangan Laporan DRSN.

1-6

Rajah 1.1 : Proses Penyediaan Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang

Peringkat Pertama

PENYEDIAAN ASAS RUJUKAN

PENYEDIAAN LAPORAN AWAL

PENYEDIAAN LAPORAN TEKNIKAL

Peringkat Kedua

PEMBENTANGAN LAPORAN TEKNIKAL

PENYEDIAAN LAPORAN PEMERIKSAAN

PENYEDIAAN DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

Peringkat Ketiga

PEMBENTANGAN DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

SERANTA

1-7

1.4

Tiga Peringkat RFN

Dalam perancangan pembangunan negara, terdapat tiga peringkat yang diamalkan dalam kerajaan. Ia melibatkan Kabinet, Kementerian-kementerian dan Majlis-majlis Sektoral yang berkaitan. Di peringkat pembangunan negeri, ia adalah berdasarkan Rancangan Struktur Negeri yang digubal dan diwartakan sebagai panduan dalam melaksanakan proses pembangunan. Berikut merupakan Rangka Perancangan Pembangunan Negara:

Rajah 1.2 : Rangka Perancangan Pembangunan Negara

WAWASAN 2020 PERINGKAT 1: PERANCANGAN NEGARA

Rancangan Malaysia 5 Tahun

Rancangan Fizikal Negara

Dasar / Rancangan Sektoral

1-8

PERINGKAT 2: PERANCANGAN WILAYAH / NEGERI

Pelan Pembangunan Negeri

Dasar / Rancangan Sektoral Rancangan Struktur / Wilayah

PERINGKAT 3: PERANCANGAN TEMPATAN

Rancangan Tempatan

Rancangan Kawasan Khas

1-9

1.5

Terjemahan RFN dalam konteks RSN

Dalam RSN Pulau Pinang ini, terdapat beberapa dasar dan strategi pembangunan RFN yang diterjemah ke dalam RSN ini untuk menjamin negeri Pulau Pinang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara Malaysia. Malaysia sedang menuju ke arah negara membangun menjelang tahun 2020. Dengan penterjemahan ini, dasardasar RSN yang digubal adalah selaras dengan strategi dan dasar yang telah digariskan di dalam RFN.

Bab

Dasar-dasar RFN RFN 1: RFN akan berperanan sebagai rangka untuk mencapai perancangan guna tanah bersepadu dan mampan di negara ini.

Terjemahan Strategi ke Dalam RSN Melaksanakan dasar ini sebagai asas kepada dasardasar RSN yang digubal.

RFN 2: Perancangan aktiviti ekonomi berasaskan bandar perlu menggunapakai konsep tumpuan terpilih bandar strategik di semua negeri.

Menumpukan proses pembandaran di kawasan strategik yang terpilih.

5.0 Dasar dan Cadangan

RFN 3: Memperkukuhkan kerjasama di dalam perancangan fizikal di antara malaysia dengan negara-negara serantau.

Meningkatkan peranan Pulau Pinang sebagai pusat pertumbuhan wilayah bagi wilyah utara Malaysia.

RFN 4: Tanah dan sumber semula jadi di wilayah yang kurang maju perlu digunakan secara mampan bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan ketidakseimbangan wilayah.

Mengoptimumkan penggunaan tanah secara mampan, efisien dan terancang bagi meningkatkan kualiti penggunaan tanah.

RFN 5: Menggunapakai konsep kelompok industri

Memperkukuhkan sektor

1-10

Bab

Dasar-dasar RFN dalam perancangan untuk pembangunan tanah perindustrian.

Terjemahan Strategi ke Dalam RSN perindustrian yang berteraskan R&D dan hitech sebagai tunjang dalam penyediaan ekonomi negeri. Mempelbagaikan produktiviti dalam sektor pertanian dengan menggunakan kaedah dan teknologi moden.

RFN 6: Pembangunan pertanian perlu mengambilkira tekanan dan peluang dari proses perbandaran.

RFN 8: Zon pembangunan pelancongan perlu menumpukan kepada pakej produk pelancongan yang berbeza untuk memaksimakan kekuatan lokasi dan sumber masingmasing.

Meningkatkan negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan tempatan dan antrabangsa.

5.0 Dasar dan Cadangan

RFN 9: Tumpuan pertumbuhan bandar di dalam konurbasi perlu disokong dan diselaraskan.

Memberi tumpuan terhadap pembangunan bandar dalam konurbasi yang diadangkan.

RFN 10: Pertumbuhan empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bharu dan Kuantan perlu disokong.

Memastikan dasar-dasar RSN yang digubal akan menyokong pertumbuhan konurbasi Georgetown.

RFN 11: Konurbasi perlu dirancang dan dibangunkan sebagai satu wilayah bersepadu.

Memastikan cadangan konurbasi tidak bercanggah dengan konurbasi sedia ada dan mendapat manfaat dan saling melengkapi.

RFN 13 : Bandar berciri khas perlu dikenalpasti dan pembangunan projek yang mengeksploitasikan ciri-ciri berkenaan perlu disokong

Bandar yang mempunyai nilai-nilai khas akan dipelihara dan dibangunkan secara bersesuaian.

1-11

Bab

Dasar-dasar RFN dengan infrastruktur yang bersesuaian.. RFN 14: Bandar kecil dan sederhana perlu dibangunkan mengikut potensi ekonomi setempat.

Terjemahan Strategi ke Dalam RSN

Meningkatkan pengukuhan hierarki petempatan bandar dan desa dalam mencapai keseimbangan pembangunan berdasarkan fungsi dan peranan petempatan yang telah ditetapkan.

RFN 15: Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) perlu diperkukuhkan untuk merealisasikan perkhidmatan bagi penduduk luar bandar.

Membuat cadangan dasar untuk menyokong perkembangan pusat pertumbuhan desa untuk meningkatkan

5.0 Dasar dan Cadangan

RFN 18: Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) perlu diintegrasikan dalam perancangan dan pengurusan guna tanah serta sumber semulajadi bagi memastikan pembangunan mampan.

Mewartakan dan menguruskan KSAS bagi memastikan semua jenis pembangunan fizikal dikawal selia secara menyeluruh dalam usaha meningkatkan kualiti alam sekitar.

RFN 21: Pembangunan di tanah tinggi perlu dikawal dengan tegas bagi melindungi keselamatan manusia dan kualiti persekitaran.

Memastikan setiap pembangunan dikawal terutamanya pembangunan di kawasan tanah tinggi dan memastikan peneyediaan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) untuk kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

RFN 22: Kesemua sumber air permukaan dan air tanah adalah aset strategik yang perlu dilindungi dan digunakan secara optima.

Mencadangkan dasar untuk melindungi sumber air sedia ada dan sumber air baru.

1-12

Bab

Dasar-dasar RFN RFN 23: Rangkaian pengangkutan negara bersepadu perlu diwujudkan dengan mengambilkira hubungan antara gunatanah dan pengangkutan. RFN 24: Satu sistem keretapi laju negara yang bersepadu perlu diwujudkan.

Terjemahan Strategi ke Dalam RSN Mewujudkan sistem pengangkutan yang menyeluruh, bersepadu dan efisien.

Membuat cadangan dasar untuk memperkenalkan sistem keretapi laju dan memperkenalkan semula penggunaan tram dalam negara.

RFN 30: Penawaran dan permintaan bekalan air mengikut kuantiti dan lokasi perlu menjadi panduan perancangan kawasan sumber air.

Menggubal dasar untuk menguruskan permintaan air dan untuk melindungi sumber air sedia ada termasuklah kawasan tadahan hujan.

5.0 Dasar dan Cadangan

RFN 32: Semua petempatan bandar perlu disediakan dengan kemudahan sistem rawatan kumbahan berpusat.

Menggubal dasar untuk sistem pembentungan

RFN 33: Semua petempatan perlu disediakan dengan rangkaian kemudahan dan pemulihan sisa pepejal bersepadu.

Membuat cadangan dasar tentang rangkaian kemudahan dan pemulihan sisa pepejal bersepadu.

RFN 34: Tanah bagi kegunaan perparitan utama, sungai dan anak sungai perlu dijadikan rizab parit atau sungai.

Membuat cadangan dasar dalam mewartakan rezab sungai dan mengawal pembangunan di sekitar badan-badan air.

RFN 35: Logi janakuasa elektrik dan rangkaian agihan utama adalah aset strategik yang perlu diletakkan di lokasi yang sesuai untuk

Mencadangkan dasar untuk memastikan bekalan tenaga elektrik dapat menampung permintaan penduduk dan aktiviti ekonomi yang kian

1-13

Bab

Dasar-dasar RFN menyediakan kemudahan yang berterusan (reliable) dan efisien kepada pengguna.

Terjemahan Strategi ke Dalam RSN bertambah. Sumber alternatif tenaga elektrik juga digalakkan.

1-14

2.1

Latar Belakang Negeri

Pulau Pinang sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang mempunyai pencapaian yang berjaya berbanding negeri-negeri utara yang lain adalah merupakan negeri kedua yang terkecil di Malaysia dengan keluasan sebanyak 105482 hektar dan penduduk seramai 1 386 300 orang pada tahun 2005. Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pulau Pinang dan tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai dimana bersempadanan dengan Negeri Kedah di bahagian utara dan Negeri Perak di bahagian Selatan.

Pulau Pinang mempunyai lima daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya. Ibu negeri Pulau Pinang ialah Georgetown yang terletak di bahagian Pulau. Negeri Pulau Pinang turut disokong oleh bandar-bandar utama lain seperti Butterworth, Bayan Baru, Bayan Lepas, Gelugor, Jelutong, Bukit Mertajam dan Tanjung Tokong

Jadual 2.1

: Keluasan Pulau Pinang Mengikut Daerah, 2008

Bil

Daerah

Keluasan Daerah (hektar) 27143 23508 24750 30081 105482

Keluasan Daerah Dari Jumlah Keluasan Negeri (%) 25.73 22.29 23.46 28.52 100

1 2 3 4 5

Seberang Perai Utara Seberang Perai Tengah Seberang Perai Selatan Timur Laut Barat Daya Jumlah

Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan yang berfungsi sebagai pentadbir di Pulau Pinang iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP

2-1

2.2

Kepentingan Negeri Dalam Konteks Hubungan Wilayah

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang mempunyai potensi besar dalam perkembangan pembangunan wilayah luar yang mana secara tidak langsung ianya mampu memberi impak ekonomi yang besar kepada negara Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya. Amnya Pulau Pinang memainkan peranan dalam persaingan global dalam mempertahankan dan meningkatkan pertumbuhan ekonominya. Cabaran dalam persaingan global ini melibatkan beberapa sektor perindustrian (pembuatan), pelancongan, perkhidmatan dan perhubungan serta pengangkutan. Pulau Pinang memainkan peranan utama dalam melancarkan perhubungan Malaysia dengan wilayah serantau.

Perlaksanaan bandar berkembar antara George Town dan Adelaide dan Butterworth dengan Freemantle (Australia) memberi kesan kepada jalinan hubungan dalam sistem pentadbiran Pulau Pinang.

2.2.1

Kerjasama Wilayah ASEAN

ASEAN adalah amat berpotensi dalam menjadi satu daripada kuasa besar ekonomi yang mana ianya memiliki prospek ekonomi yang besar pada masa hadapan. Amnya pada tahun 1970-an perdagangan intra-ASEAN adalah dianggarkan sebanyak 14% dan pada tahun 2001, ianya menunjukkan peningkatan kepada jumlah eksport ini iaitu sebanyak 23.0% daripada jumlah keseluruhan jumlah eksport anggota-anggota ASEAN. Malaysia merupakan negara kedua terbesar kepada penyumbang dalam perdagangan intraASEAN selepas Singapura.

Di dalam serantau ASEAN, ekonomi Pulau Pinang mempunyai perkaitan yang rapat dalam sektor perindustrian dan juga perdagangan dengan negara seperti Thailand, Singapura dan juga Indonesia. Selain wujudnya kerjasama dengan negara ASEAN, Pulau Pinang juga mempunyai hubungan dengan negara Asia Pasifik seperti China, Taiwan dan Hong Kong.

2-2

Pada tahun 1999, negera China adalah merupakan destinasi utama agenda pelaburan yang mana sebanyak 40% daripada jumlah keseluruhan PLA di Asia Timur sementara ASEAN hanya 17% sahaja. Kemasukan China dalam WTO telah memberi implikasi yang besar kepada Malaysia dan Pulau Pinang khususnya yang mana belakunya kemasukan barangan murah akibat daripada kos buruh yang begitu rendah. Keadaan ini menyebabkan beberapa syarikat dari Pulau Pinang telah berpindah operasi ke Negara China bagi mengurangkan kos operasi serta tertarik kepada pasaran yang lebih besar. Kemasukan negara China ke WTO memberi impak yang positif kepada Malaysia dan Pulau Pinang kerana ianya telah membuka pasaran yang besar kepada pengusaha-pengusaha dari Malaysia khusunya Pulau Pinang dan secara tidak langsung ianya akan mengurangkan pergantungan terhadap pengaruh ekonomi besar seperti Amerika Syarikat ke atas ekonomi Malaysia dan Pulau Pinang khususnya. Kesan kepada perkembangan ini akan diambilkira dalam setiap perancangan pembangunan negeri Pulau Pinang.

Seiring dengan usaha untuk meningkatkan pembangunan antara sempadan antarabangsa, pelbagai kerjasama telah diwujudkan dan akan dilaksanakan melalui mekanisma kerjasama wilayah kecil ASEAN antaranya adalah Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang berkait rapat dengan Negeri Pulau Pinang. Kerjasama-kerjasama lain yang wujud adalah seperti Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei DarussalamIndonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) DAN Jawatankuasa MalaysiaThailand bagi Strategi Pembangunan Bersama Kawasan Sempadan (JDS). Sektor swasta merupakan peneraju utama dalam pembangunan projek usahasama di wilayah kecil ini.

Selain daripada itu juga kerjasama IMT-GT juga adalah merupakan salah satu daripada kerjasama antara wilayah yang mana membantu dalam

perkembangan pembangunan Pulau Pinang. Implikasi kerjasama wilayah dalam konteks pembangunan Indonesia-Malaysia-Thailand membawa kesan

2-3

dalam pelbagai aspek seperti pelaburan asing, tenaga kerja, sumber bahan mentah, infrastruktur, pelancongan dan pusat-pusat pengurusan dan kawalan.

Pulau Pinang adalah amat berpotensi untuk memainkan peranan utama dalam konteks perhubungan dan pengangkutan antarabangsa bagi wilayah utara. Cadangan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang serta pembesaran pelabuhan NBCT secara tidak langsung ianya mampu untuk meningkatkan lagi kadar moboliti barangan atau perdagangan dan perkhidmatan bagi negeri ini.

i.

Kerjasama IMT-GT dan Pulau Pinang

Pulau Pinang telah dikenalpasti sebagai pusat serantau bagi perdagangan, pengangkutan, pendidikan, perubatan, teknologi dan khidmat pengumpulan serta pengagihan maklumat perdagangan. Setiap kawasan yang terlibat ini mempunyai peranan yang berbezabeza. Selatan Thailand dan Utara Sumatera lebih menekankan kepada pengwujudan Wilayah Perniagaan Tani dan Pelancongan manakala Pulau Pinang dan negeri-negeri utama yang lain berfungsi sebagai wilayah industri utama.

Terdapat beberapa hubungkait antara IMT-GT dan negeri Pulau Pinang antaranya adalah :

a.

Perdagangan perancangan dan perlaksanaan pembangunan

Terdapat

koridor antara Pulau Pinang dengan negara Thailand dan Indonesia.

2-4

b.

Pelancongan

Sempena tahun melawat IMT-GT, Pulau Pinang akan mengeratkan lagi perhubungannya dengan negara-negara IMT-GT yang lain. Cadangan terminal kapal penumpang yang khusus dijangka akan mampu untuk menarik lebih banyak kapal-kapal besar untuk berlabuh di Pulau Pinang. Di kalangan negara-negara IMT-GT yang lain, Pulau Pinang juga terkenal dalam bidang pelancongan kesihatan

c.

Ekonomi

Projek Taman Industri Asas Tani (Agro Base Industrial Park) di Tasek Gelugor akan dijadikan sebagai Halal Hub Wilayah IMT-GT.

d.

Logistik

Pelabuhan Pulau Pinang sedang berusaha untuk menjadi pelabuhan bagi negara-negara IMT-GT dan negara serantau bagi sektor perdagangan intra Asia. Sistem pengangkutan yang lain juga dipertingkatkan seperti perkhidmatan feri, penerbangan ke negara-negara IMT-GT . Terdapatnya

beberapa projek pembangunan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan negeri Thailand.

Kerjasama yang terjalin di Wilayah IMT-GT ini dilihat sebagai pendorong kepada penglibatan Pulau Pinang kepada negaranegara Asia yang lain dan mendorong untuk pengusaha tempatan meningkatkan daya saing dan daya maju mereka.

2-5

2.2.2

Koridor NCER peranan di dalam memberikan penumpuan

Pulau Pinang memainkan

kepada aktiviti-aktiviti pelancongan dan pengedaran perkhidmatan. Selain itu, Pulau Pinang juga merupakan hab pengeluaran pelbagai.

Dari segi pelancongan, Pulau Pinang berperanan sebagai pintu masuk utama pelancong asing ke Koridor Utara yang mana Pulau Pinang mampu untuk mengendalikan 5 juta penumpang setiap tahun.

Berikut menunjukkan perkaitan di antara sektor-sektor yang diketengahkan oleh NCER dan perkaitannya dengan Pulau Pinang:

i.

Hab Pengeluaran

Sebagai pengeluar kepada pelbagai produk E&E terdiri daripada komponen-komponen elektronik, barangan elektrik pengguna serta produk E&E untuk tujuan industri.

ii.

Pelancongan

Berperanan sebagai pintu masuk kepada pelancong asing ke Koridor Utara yang mana Pulau Pinang mampu untuk mengendalikan 5 juta penumpang setiap tahun. Pulau Pinang mempunyai 7 tujuh hospital swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan, Koridor utara mampu menyediakan kepakaran yang mencukupi untuk memajukan produk pelancongan perubatan yang semakin mendapat sambutan.

iii.

Logistik

Untuk mangukuhkan lagi Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan terkemuka di IMT-GT. Meliputi juga pengembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang menjadikan kedudukan Pulau Pinang stategik sebagai hab untuk mengeksport dan

2-6

menimport barang dan perkhidmatan kargo udata terulung di IMTGT.

Fokus NCER kepada Pulau Pinang adalah kepada tiga sektor iaitu hab pengeluaran, pelancongan dan logistik. Kesemua perkara yang telah dikhususkan untuk Pulau Pinang ini adalah berdasarkan kelebihan Pulau Pinang itu sendiri. Sebagai hab pengeluaran, sememangnya di Pulau Pinang banyak kawasan-kawasan perindustrian secara berkelompok yag

mengeluarkan barangan Elektrik dan Elektronik.

Dari segi sektor logistik iaitu aktiviti bagi aktiviti industri import dan export, Pulau Pinang sudah menjadi pusat pengangkutan utama bagi wilayah utara dari perkhidmatan logistik udara dan juga melalui air. Dengan adanya NCER ini, kedudukan pelabuhan Pulau Pinang sebagai hub utama pengangkutan akan menjadi semakin kukuh di peringkat nasional dan juga di peringkat negara-negara IMT-GT

2-7

Rajah 2.1

PULAU PINANG DALAM WILAYAH IMT-GTTHAILAND

Surat Thani Phangga Phuket# #

#

#

Nakhon Si Thammarat

#

#

Laut China Selatan#

Laut Andaman

Satun Langkawi

#

#

#

Hatyai Kangar#

Narathiwat

Alor Setar#

#

George Town Banda Acheh ACHEH#

#

Butterworth

#

Ipoh

Belawan Medan SUMATERA UTARA

MALAYSIA

a ak el tM la Se

#

0

5 kilometer

10

Draf RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2008 - 2025Petunjuk:Pulau Pinang Wilayah IMT-GT Linkungan IMT-GT

INDONESIA

2.2.3

Sempadan Negeri dan Daerah

Hubungan antara Pulau Pinang dengan negeri-negeri bersempadan adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Pengaruh ekonomi Pulau Pinang juga sedikit sebanyak akan merebak ke negeri sempadan dan juga mendorong kepada pembangunan-pembangunan di kawasan-kawasan tersebut.

i.

Hubungan Negeri Pulau Pinang dengan Negeri Kedah

Amnya pembangunan sektor pertanian dan perindustrian bagi negeri ini memberi impak yang besar kepada Pulau Pinang seperti Kawasan Perindustrian Teknologi Kulim Perindustrian Teknologi Tinggi Kulim. Antara daerah yang bersempadanan dengan Pulau Pinang adalah Daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Daerah Kuala Muda terletak di selatan negeri Kedah yang bersempadanan dengan Daerah Seberang Perai Utara. Limpahan daripada pembangunan di Bertam telah memberikan kesan pada Daerah Kuala Muda di mana banyak kawasan-kawasan baru yang dibuka bagi tujuan pembinaan perumahan.

Daerah Kulim terletak bersempadanan dengan Daerah Seberang Perai Utara dan Daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Aktiviti industri yang terdapat di kawasan ini adalah berbentuk industri moden bersifat high tech dan dilihat sebagai persaingan kepada aktiviti perindustrian di Pulau Pinang. Namun, pada masa yang sama, ia juga menjadi pelengkap kepada perindustrian di Bayan Lepas.

Daerah Bandar Baharu yang terletak berhampiran dengan Kawasan Industri Prai dan Butterworth di mana bandar ini telahpun menerima

2-9

limpahan daripada pembangunan yang pesat yang berlaku di Pulau Pinang.

ii.

Hubungan Negeri Pulau Pinang dengan Negeri Perak

Negeri Perak terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan telah menjadi pembekal sumber manusia bagi kegiatan perindustrian yang pesat di Pulau Pinang iaitu di Prai dan Mak Mandin.

Pembangunan pesat di Pulau Pinang akan berpotensi untuk mengalirkan pembangunan yang pesat ke daerah Kerian ini adalah kerana daerah ini adalah terletak berhampiran pelabuhan Pulau Pinang.

2-10

Rajah 2.2

KEDUDUKAN PULAU PINANG DALAM NCER

PERLISKangar Pulau Langkawi Kubang Pasu Padang T erap

Kota Setar

Pendang Yan

KEDAHSik

Kuala Muda Baling T imur Laut SPU Kulim Hulu Perak

Jeli

PULAU PINANGTengah

Barat Daya SPS Bandar Baharu Selama

PERAK KELANTANKuala Kangsar

Kerian

Larut Matang

Kinta

Cameron Highland Lipis

Perak T engah Batang Padang

PAHANG

0

Draf RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2008 - 2025 Petunjuk:Hilir Perakkilometer 5 10 Negeri-negeri Yang Terlibat Kedudukan Pulau Pinang didalam NCER

Rajah 2.3

PULAU PINANG DAN NEGERI SEMPADAN