ebook_tajuk_iklan_wtw_-_percuma

8
Hakcipta terpelihara | Write to Wealth

Upload: i-deal-halal-mart

Post on 19-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Iklan Percuma

TRANSCRIPT

Hakcipta terpelihara | Write to Wealth

Hakcipta terpelihara | Write to Wealth

Hakcipta terpelihara | Write to Wealth

Tajuk iklan yang berkesan buat pelanggan berhenti.

Kemudian baca. Akhirnya, membeli.

Menulis tajuk iklan ini sebenarnya paling berisiko

Salah tulis, jahanam.

Betul tulis, harapan untuk menghasilkan keuntungan kembali

bersinar.

David Ogilvy (pakar penulisan iklan) mempunyai anologi

tersendiri terhadap tajuk iklan. Katanya,

“Jika kita mempunyai RM1, maka tajuk iklan sudah mengambil

80% (RM0.80) daripada nilai asal.”

Maksudnya? Tajuk iklan memainkan peranan penting.

Josh Shayne dalam artikel yang ditulis menerusi blognya

berkongsi cara-cara untuk menulis tajuk iklan, yang mampu

menarik perhatian bakal pelanggan.

Hakcipta terpelihara | Write to Wealth

Tajuk iklan #1 - Nombor magik anda.

Nombor ibarat magik dalam dunia tajuk iklan.

Pelanggan mudah tertarik dengan iklan yang berbentuk

nombor. Khususnya apabila iklan itu muncul di Internet.

Kita pasti biasa melihat tajuk iklan yang menggunakan

pendekatan nombor seperti:

1) 15 Fakta produk XYZ yang membuatkan ramai membeli.

2) 7 Perkara yang anda wajib tahu sebelum membeli produk

XYZ.

3) 15 Jenis manfaat produk XYZ.

Kenapa bisnes yang sukses menggunakan pendekatan iklan

bernombor? Jawapannya: Kerana ia berkesan, dan memberi

pulangan yang berganda.

Hakcipta terpelihara | Write to Wealth

Tajuk iklan #2 - Tanya terus masalah pelanggan.

`Gunakan soalan yang berkait rapat dengan pelanggan.

Jangan tanya banyak soalan. Tanya satu soalan yang memang

sentiasa bermain dalam fikiran pelanggan.

Soalan juga tidak perlu menggunakan bahasa yang terlalu pelik.

Anggap macam kita bertanya kepada seorang kawan karib.

Ini adalah contoh yang diberi oleh Josh Shayne, iaitu perbezaan

di antara tajuk iklan berbentuk kenyataan dan tajuk iklan

berbentuk soalan.

KENYATAAN: Kami tawarkan satu produk percuma.

SOALAN: Bagaimana anda boleh dapat produk ini secara

percuma?

Hakcipta terpelihara | Write to Wealth

Tajuk iklan #3 - Baca iklan ini dahulu, baru tahu.

Wujudkan tanda tanya.

Buat pelanggan rasa ingin tahu. Ia tidak sama dengan buat

pelanggan rasa terganggu.

Tajuk iklan seperti ini biasanya mengambil masa untuk

menghasilkannya. Kerana ia perlukan sedikit sentuhan kreativiti

dan inovasi.

Sebagai contoh:

“Ini 4 punca utama kenapa pelanggan membeli produk kami

lebih 3 kali setiap sebulan.”

Kaedah ini agak berisiko. Namun ia risiko yang berbaloi apabila

kita berjaya menemui tajuk iklan yang menyengat.

Hakcipta terpelihara | Write to Wealth

Tajuk iklan #4 - Alahai, beritahu sahaja tawaran

menarik kita.

Letakkan fakta yang berkaitan dengan tawaran produk kita.

Ini adalah kaedah straight-to-the-point. Tidak buat pelanggan

rasa ingin tahu. Tetapi biasanya akan buat pelanggan terus rasa

ingin membeli.

Contoh ayat iklan yang paling jelas adalah:

“Beli 2 helai baju, dan dapat harga untuk baju ketiga dengan

RM10 sahaja.”

Hanya gunakan kaedah ini apabila kita mempunyai tawaran

yang sukar pelanggan tolak. Jika tidak, ia nampak seperti

promosi yang mendesak-desak mereka.

Hakcipta terpelihara | Write to Wealth

Siapa Aqif Azizan?

Pengasas Write to Wealth .

Membantu bisnes di Malaysia dan Amerika Syarikat

menghasilkan kempen marketing dan pengiklanan.

PS: Jika anda sudah praktikkan ilmu ini, sila kongsi hasilnya.

Emel saya di [email protected]