edisi 2 / 2018 issn 2232 0008 a ppreciation night with

34
bersambung di muka 2 KANDUNGAN Politeknik Mentransformasi KehidupanDisediakan oleh: Norfazirah binti Kusin PPRECIATION NIGHT WITH INDUSTRY 2018 A EDISI 2 / 2018 ISSN 2232-0008 APPRECIATION NIGHT WITH INDUSTRY 2018 2 2 PIS KEKAL JOHAN DI KARNIVAL HOKI POLITEKNIK 2018 6 SUKAN UNIVERSITI ASEAN (AUG) KE- 19 NAYPYITAW, MYANMAR HARI PSIKOLOGI 2018: TROUBLE IS A FRIEND7 PROGRAM LUKIS BUNYI 2018 12 HALAL-COMPLIANT CREATIVE PRODUCTS COMPETITION 2018 13 ada 13 September 2018, barisan pensyarah dan pelajar-pelajar Semester 4 dari Diploma Pengurusan Hotel, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan Work – Based Learning (WBL) Appreciation Night with Industry 2018” yang berlangsung di Hotel Holiday Villa Johor Bahru. Objektif utama majlis ini adalah untuk menghargai kolaborasi dan kerjasama yang terjalin di antara industri (WBL) dengan Politeknik Ibrahim Sultan yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan program WBL sepanjang tahun bermula sejak tahun 2017.Terdapat 6 industri hotel yang telah bekerjasama dengan Program Diploma Pengurusan Hotel (DHM) PIS untuk penempatan WBL pelajar bagi Semester 5 & 6 (DHM) iaitu Hotel Mutiara, Johor Bahru, Hotel Grand Paragon, Le Grandeur Palm Resort, Senai, Legoland Malaysia Resort, Hotel Berjaya Waterfront dan Lakeview Terrace Resort, Pengerang Johor. P Senarai tetamu jemputan VVIP pada majlis ini dihadiri oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Hajah Rashidah Mustapa, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, En. Mohd Amin Zakaria, Ketua Unit WBL PIS, Pn. Khatijah Md Saad, Ketua Program DHM, Pn. Ruhaizah Duki, Pengurus Besar Hotel Grand Paragon, Ms Yeo Siu Ling, Pengurus Besar Hotel Lakeview Terrace Resort, Pengerang Johor, En. Khairil Hafez Harith Yahya, Pengurus Sumber Manusia Hotel Mutiara Johor Bahru, Pn. Haniza Rahmat @ A Rahman, dan Pengurus Sumber Manusia Le Grandeur Palm Resort, Senai, Pn. Rose Mahmud. Turut sama hadir memeriahkan majlis ialah Penolong Pengurus Sumber Manusia Hotel Grand Paragon, Ms Lim Mui Lian, Pegawai Eksekutif Sumber Manusia Hotel Grand Paragon, Pn. Nazura Salleh, Pengurus Latihan & Pembangunan Le Grandeur Palm Resort, Senai, En. Muhammad Nur Fikri Mohd Firazan hadir bersama isteri, Penolong Pengurus Sumber Manusia Hotel Berjaya Waterfront, Ms. Jocerlyn Tan, Koordinator Sumber Manusia Hotel KOLABORASI INDUSTRI WBL BERSAMA DHM, JPH Yang terlibat adalah Hotel Berjaya Waterfront Johor Bahru, Hotel Grand Paragon Johor Bahru, Hotel Mutiara Johor Bahru, Hotel Le Grandeur Palm Resort, Senai Johor, Hotel Lakeview Resort, Pengerang Johor & Hotel Legoland Jemputan VVIP dari kiri: Pn. Ruhaizah Duki, Ms. Jocerlyn Tan, Pn. Khatijah Md. Saad, Ms Yeo Siu Ling, Pn. Hjh Rashidah Mustapa, Pn. Hanizah Rahmat, Pn. Rose Mahmud & En Khairil Hafez Harith Yahya

Upload: others

Post on 25-Nov-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

bersambung di muka 2 KANDUNGAN

“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”

Disediakan oleh: Norfazirah binti Kusin

PPRECIATION NIGHT WITH INDUSTRY 2018 A

EDISI 2 / 2018 ISSN 2232-0008

APPRECIATION NIGHT WITH INDUSTRY 2018 2

2 PIS KEKAL JOHAN DI KARNIVAL HOKI POLITEKNIK 2018

6

SUKAN UNIVERSITI ASEAN (AUG) KE-19 NAYPYITAW, MYANMAR

HARI PSIKOLOGI 2018: “ TROUBLE IS A FRIEND” 7

PROGRAM LUKIS BUNYI 2018 12

HALAL-COMPLIANT CREATIVE PRODUCTS COMPETITION 2018

13

ada 13 September 2018, barisan pensyarah dan pelajar-pelajar Semester 4 dari Diploma Pengurusan Hotel, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan “Work – Based Learning (WBL) Appreciation Night with Industry

2018” yang berlangsung di Hotel Holiday Villa Johor Bahru.

Objektif utama majlis ini adalah untuk menghargai kolaborasi dan kerjasama yang terjalin di antara industri (WBL) dengan Politeknik Ibrahim Sultan yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan program WBL sepanjang tahun bermula sejak tahun 2017.Terdapat 6 industri hotel yang telah bekerjasama dengan Program Diploma Pengurusan Hotel (DHM) PIS untuk penempatan WBL pelajar bagi Semester 5 & 6 (DHM) iaitu Hotel Mutiara, Johor Bahru, Hotel Grand Paragon, Le Grandeur Palm Resort, Senai, Legoland Malaysia Resort, Hotel Berjaya Waterfront dan Lakeview Terrace Resort, Pengerang Johor.

P

Senarai tetamu jemputan VVIP pada majlis ini dihadiri oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Hajah Rashidah Mustapa, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, En. Mohd Amin Zakaria, Ketua Unit WBL PIS, Pn. Khatijah Md Saad, Ketua Program DHM, Pn. Ruhaizah Duki, Pengurus Besar Hotel Grand Paragon, Ms Yeo Siu Ling, Pengurus Besar Hotel Lakeview Terrace Resort, Pengerang Johor, En. Khairil Hafez Harith Yahya, Pengurus Sumber Manusia Hotel Mutiara Johor Bahru, Pn. Haniza Rahmat @ A Rahman, dan Pengurus Sumber Manusia Le Grandeur Palm Resort, Senai, Pn. Rose Mahmud. Turut sama hadir memeriahkan majlis ialah Penolong Pengurus Sumber Manusia Hotel Grand Paragon, Ms Lim Mui Lian, Pegawai Eksekutif Sumber Manusia Hotel Grand Paragon, Pn. Nazura Salleh, Pengurus Latihan & Pembangunan Le Grandeur Palm

Resort, Senai, En. Muhammad Nur Fikri Mohd Firazan hadir bersama isteri, Penolong Pengurus Sumber Manusia Hotel Berjaya Waterfront, Ms. Jocerlyn Tan, Koordinator Sumber Manusia Hotel

KOLABORASI INDUSTRI WBL BERSAMA DHM, JPH

Yang terlibat adalah Hotel Berjaya Waterfront Johor Bahru,

Hotel Grand Paragon Johor Bahru, Hotel Mutiara Johor

Bahru, Hotel Le Grandeur Palm Resort, Senai Johor, Hotel

Lakeview Resort, Pengerang Johor & Hotel Legoland

Jemputan VVIP dari kiri: Pn. Ruhaizah Duki, Ms. Jocerlyn Tan, Pn. Khatijah

Md. Saad, Ms Yeo Siu Ling, Pn. Hjh Rashidah Mustapa, Pn. Hanizah Rahmat,

Pn. Rose Mahmud & En Khairil Hafez Harith Yahya

Page 2: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 2

i BULETIN

PREM ER

Berjaya Waterfront, Cik Nurshazlin Kamarudin dan En. Nor Razin Shazanie Safe’ei, serta barisan Pegawai Eksekutif Sumber Manusia Hotel Lakeview Terrace Resort, Pengerang Johor, En. Rossman Syah Yusoff, En.Helton Jabing, dan En. Muhd Azim Abd Jabar.

Majlis yang bertemakan “Songket Prom Night” ini bermula pada pukul 7.45 malam dan telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Puan Hajah Rashidah binti Mustapa dengan upacara gimik membuka kotak “Surprise Box” yang mengandungi beberapa belon gas helium. Dalam ucapan perasmian, beliau berkata “bagi pelaksanaan Work – Based Learning (WBL) ini, tanpa sokongan dan kolaborasi dari pihak industri nescaya agak sukar dilaksanakan. PIS berasa sangat bertuah dan gembira kerana pihak industri WBL telah memberi dan menunjukkan komitmen yang sangat tinggi bagi menjayakan WBL yang perlu dijalankan oleh pelajar selama setahun. Oleh itu, penganjuran Majlis Work – Based Learning (WBL) Appreciation Night with Industry 2018 ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua industri yang telah terlibat dalam menjayakan pelaksanaan WBL bagi 19 orang pelajar dari Kohort 1, Program Diploma Pengurusan Hotel”. Majlis ini juga disempurnakan dengan ucapan dari wakil Industri WBL yang terlibat, iaitu Pn. Haniza binti Rahmat @ A Rahman, Pengurus Sumber Manusia, Hotel Mutiara Johor Bahru.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan upacara Penyampaian Sijil Tamat WBL daripada tiga industri hotel yang terlibat dengan penempatan

WBL bagi pelajar DHM Kohort 1 iaitu Hotel Mutiara Johor Bahru, Le Grandeur Palm Resort Senai dan Hotel Grand Paragon Johor Bahru. Seterusnya, upacara Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik WBL yang

dianugerahkan kepada pelajar Noor Fatin Hanani binti Aris (Le Grandeur Palm Resort Senai), Nurul Nadia binti Md Nukman (Hotel Mutiara Johor Bahru), dan Nur Laily Ismalia binti Ahmad Bahtiar (Hotel Grand Paragon Johor Bahru). Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Cenderahati

kepada Industri yang disampaikan oleh Pengarah PIS kepada wakil industri terlibat. Aktiviti Cabutan Bertuah dan beberapa Indoor Games juga dilaksanakan sebagai selingan bagi memeriahkan majlis. Upacara

kemuncak program diakhiri dengan Anugerah Best Dress bagi KING & QUEEN of the Night yang dimenangi oleh Louvgethaan A/L Santaran dan Nur Hani Shazwani Binti Abd Hamid.

Para Pensyarah DHM bergambar kenangan bersama jemputan wakil

industri

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik WBL

arnival Hoki Politeknik 2018 telah berlangsung pada 17 hingga 19 Novermber 2018 bertempat di Stadium Hoki

MBMB Melaka dan telah dirasmikan oleh Ts. Haji Mohamad Amin Bin Hamat. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Pusat Kecemer-langan Atlet Hoki Politeknik (PKAT) dengan kerjasama Politeknik Melaka bagi memilih pelajar-pelajar yang layak dan berkebolehan untuk menyertai Pasukan Hoki Politeknik Malaysia ke kejohanan hoki di dalam atau di luar Negara. Selain itu, kejohanan ini juga merupakan platform kepada para pelajar untuk dipilih ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya bagi persiapan ke Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA 2019) dan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT 2020). Pasukan Politeknik Johor yang mana kesemuanya adalah pemain daripada Politeknik Ibrahim Sultan telah berjaya menjadi johan da-lam kejohanan tersebut dengan rekod tanpa kalah sepanjang kejo-hanan berlangsung. Politeknik Ibrahim Sultan juga telah berjaya mengekalkan kejuaraan sebagai johan selama lima kali berturut-turut. Naib johan bagi kejohanan tersebut disandang oleh Politeknik Perak manakala tempat ketiga disandang oleh Politeknik Pulau Pinang. Pegawai pasukan yang terlibat bagi kejohanan tersebut terdiri daripada pengurus pasukan iaitu Encik Mohamed Rafi bin MS Solaiman, penolong pengurus iaitu Encik Jumaat bin Hasim, ketua jurulatih iaitu Encik Kamaruddin bin Misman dan jurulatih kecergasan, Encik Hendra Shahril bin Iskandar.

PIS KEKAL JOHAN DI KARNIVAL Disediakan oleh: Mohamed Rafi bin M.S Solaiman

K

Bersama peserta Karnival Hoki Politeknik 2018

Page 3: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 3

ISU 2/ 2018

PROGRAM BERSAMA PENSYARAH INDUSTRI

“ELECTRIC, ELECTRONIC AND CONTROL EXHIBITION” Disediakan oleh: Fazlina Binti Yunos

ada 2 Oktober 2018 (Selasa), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)

telah mengadakan satu program bersama pensyarah industri iaitu

“Electric, Electronic and Control Exhibition” (EECE) bertempat di

Dewan Tuanku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan. Program ini

berbentuk pertandingan dan pameran projek akhir Sesi Jun 2018 bagi pelajar

semester 5 program Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi (DEP),

Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan (DJK) dan Diploma Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik (DEE). Bilangan pelajar yang terlibat adalah seramai

80 orang yang terdiri daripada 40 kumpulan projek yang terpilih daripada

program Final Innovation Project Assessment (FIPA).

Pada peringkat pertama setiap kumpulan projek akan membentang dan

membuat demonstrasi projek masing-masing di hadapan panel dalaman

yang terdiri daripada para pensyarah JKE. Seterusnya, 16 kumpulan projek

yang terpilih akan membentang dan membuat demonstrasi projek masing-

masing sekali lagi di hadapan panel penilai industri dan panel penilai bebas.

Panel penilai industi terdiri daripada Pn. Rafidah binti Mohd. Tahar, Senior

Engineer, HID Global Sdn. Bhd Kulaijaya, Johor dan En. Md Hasnin Hadi bin

Mat Daud, Engineer, UBM Engineering Sdn. Bhd, Johor Bahru,

Johor.

P

Pameran EECE ini

akan menjadi platform

kepada pensyarah

dan pelajar untuk mengenengahkan hasil penyelidikan/reka cipta yang dijalankan

kepada umum disamping melayakkan para pelajar untuk menyertai pertandingan

inovasi di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa seperti ITEX dan

MTE. Pelaksanaan program EECE ini juga dapat menyemarakkan budaya

penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan juga pelajar Politeknik Ibrahim Sultan

amnya dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik khasnya.

Projek yang dilaksanakan oleh pelajar secara berkumpulan ini dapat meningkatkan

kepada amalan bekerja secara berkumpulan seperti mana yang ingin dicapai dalam

“Program Learning Outcome”. Selain itu, aspek pembentangan dan penilaian akan

meningkatkan tahap keyakinan pelajar ketika membentangkan projek masing-

masing. Ini memudahkan mereka ketika menghadapi alam pekerjaan yang

sebenar. Hasil usaha mereka juga diberi penghargaan melalui anugerah yang dise-

diakan.

Secara keseluruhannya, melalui program ini, pelajar berpeluang mengaplikasi sega-

la ilmu elektrik dan elektronik yang telah mereka pelajari dan dapat menerangkan

secara terperinci kepada panel penilai yang dilantik. Program ini sangat bagus untuk

diteruskan dan menghasilkan persekitaran pertandingan yang sihat kepada para

pelajar.

Penerangan oleh AJK kepada Panel Penilai Dalaman berkenaan

penilaian projek

Pelajar membentangkan hasil projek mereka kepada Panel Penilai

Dalaman pada penilaian peringkat pertama.

Panel Penilai Industri dan Panel Bebas menilai

projek pelajar pada penilaian peringkat akhir.

Page 4: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 4

KURSUS PRAKTIKAL PEMBENTANGAN PRODUK Disediakan oleh: Yuzi Binti Saidun

ada 2 Oktober 2018 (Selasa), portfolio Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah mengadakan satu kursus Praktikal

Pembentangan Produk bertempat di Bilik Seminar CDEC dan Dewan Tuanku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kursus ini disertai oleh 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Bas politeknik telah digunakan bagi menghantar pergi dan balik para pelajar dan guru ke SMK Kota Masai Pasir Gudang. Kursus ini mengandungi 2 modul. Modul 1 dilaksanakan di Bilik Seminar CDEC di mana pelajar mempelajari teori-teori pembentangan produk, garis panduan tentang persiapan dan perkara-perkara asas yang perlu disediakan sewaktu sesi pembentangan produk. Modul 2 pula melibatkan demonstrasi pembentangan produk-produk bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS. Objektif program ini adalah untuk memberi garispanduan tentang persiapan dan perkara-perkara asas yang perlu disediakan sewaktu membentangkan produk, meningkatkan pengetahuan pelajar tentang ciri-ciri komunikasi yang berkesan ketika membuat pembentangan dan pempromosikan Politeknik Ibrahim Sultan kepada pelajar sekolah menengah dan komuniti setempat.

P

i BULETIN

PREM ER

AUDIT INTRADEPARTMENTAL PIS 2018 & AUDIT PEMANTAUAN KE-2 MS

ISO 9001: 2015 OLEH SIRIM QTS SDN. BHD.

Kehadiran para pelajar dan guru-guru

pengiring. Penerangan tentang teknik pembentangan

produk secara praktikal.

Para peserta kursus praktikal pembentangan

produk. Pendaftaran kursus.

Penerangan tentang asas pembentangan

produk.

ada 12 hingga 16 Ogos 2018, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menjalankan Audit Intradepartmental MS ISO 9001:2015. Objektif Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 ini bertujuan memastikan sistem pengurusan kualiti di PIS dilaksanakan secara berkesan berdasarkan prosedur kualiti yang digunapakai dan mengenalpasti masalah-masalah

dalaman yang berlaku bersesuaian dengan kehendak pensijilan MS ISO 9001:2015. Ketua Juruaudit, Pn Syamzurina binti Md. Hasnan telah mengetuai pasukan audit dalaman kali ini dengan dibantu oleh 21 orang juruaudit yang dilantik. Pasukan juruaudit telah melaksanakan proses audit dengan mengutamakan hasil proses. Pada 07 hingga 09 Oktober 2018 pula, PIS telah di audit oleh pihak ke tiga iaitu SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Audit yang berlangsung selama tiga hari ini telah diketuai oleh En. Abd Rashid bin Mohd Yaacob sebagai auditor yang diiktiraf oleh SIRIM. Beliau telah diberi tanggungjawab melaksanakan proses audit pemantauan ke-2 di Politeknik Ibrahim Sultan sepanjang tempoh tersebut. Tujuan utama Audit Pemantauan ke-2 ini untuk memastikan PIS mematuhi dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) secara terancang dan lestari bertepatan dengan kehendak standard. Selain itu audit ini juga untuk mengnalpasti ruang yang boleh ditambahbaik dalam Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah organisasi. Kaedah pelaksanaan audit ini adalah secara semakan dokumen, pemerhatian proses dan temuduga kepada pegawai yang bertanggungjawab. Hasil laporan auditor SIRIM kali ini amat membanggakan PIS kerana tiada penemuan ketakakuran (NCR) major atau minor, hanya beberapa isu perlu ditambahbaik pada masa akan datang. Pengarah Pn. Hjh Rashidah binti Mustapa mengucapkan sekalung penghargaan kepada seluruh warga PIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perlaksaan audit kali ini. Kerjasama daripada semua staf menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang diberikan adalah tinggi. Diharapkan agar tindakan pembetulan yang sesuai dan berkesan terhadap penemuan yang dilaporkan, dapat diterima dan dilaksanakan supaya kelemahan yang berlaku dapat diatasi dengan segera bagi meningkatkan lagi sistem pengurusan kualiti Politeknik Ibrahim Sultan.

P

Urusetia bersama para peserta kursus prak-

tikal pembentangan produk.

Disediakan oleh: Nor Marlina binti Othman

Sekitar proses Audit Pemantauan Kedua

Page 5: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 5

POLYTECHNIC SPORT EXCELLENCE AWARD 17 (POLYSEA)

Disediakan oleh: Mohamed Rafi bin M.S Solaiman

olytechnic Sport Excellence Award 17 (POLYSEA) telah

berlangsung pada 7 Julai 2018 bertempat di Politeknik

Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis Perasmian telah

disempurnakan oleh Prof. Dato’. Dr. Mohd Ismail bin Abd Kadir

yang merupakan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan

Politeknik dan Kolej Komuniti. Terdapat pelbagai kategori

anugerah yang dipertandingkan. Politeknik Ibrahim Sultan yang

merupakan sebuah pusat kecemerlangan atlet bagi sukan hoki

telah berjaya merangkul beberapa anugerah

daripada kebanyakan kategori yang

dipertandingkan.

Di antara anugerah yang berjaya dibawa

pulang adalah Anugerah Pengurus

Cemerlang yang dimenangi oleh Encik

Mohamed Rafi bin MS Solaiman dari

Politeknik Ibrahim Sultan, Anugerah

Olahragawan Terbaik yang dimenangi oleh

Encik Ashran bin Hamsari dari Politeknik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan

Anugerah Ikon Sukan yang disandang oleh

Encik Kamaruddin bin Misman, Ketua

Jurulatih Hoki, Politeknik Ibrahim Sultan.

Uddingston Hockey Club Scotland turut dianugerahkan Anugerah

Khas Rakan Sukan pada majlis tersebut.

Anugerah-anugerah yang diperoleh membuktikan bahawa Pusat

Kecemerlangan Atlet (PKAT) komited dan berwawasan dalam

melaksanakan segala usaha untuk menjayakan sukan-sukan di

politeknik terutamanya sukan hoki yang semakin cemerlang. Usaha

tersebut adalah selaras dengan kejayaan yang diperoleh bagi

memastikan kecemerlangan pada masa akan datang.

P

ISU 2/ 2018

ada 7 November 2018 yang lalu, telah berlangsung satu majlis menandatangani sijil kerjasama antara Politeknik Ibrahim Sultan dengan pihak industri. Majlis berlangsung di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim

Sultan. Majlis menandatangani sijil kerjasama tersebut mencerminkan peningkatan hubungan bersama industri dengan institusi pendidikan politeknik. Sijil Kerjasama Industri (COC) itu merupakan kerjasama rangka kerja yang meliputi khidmat nasihat dan perkongsian pintar industri, penempatan latihan pelajar di industri dan juga program keusahawanan dan mobiliti pelajar yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Sebanyak 26 buah industri pelbagai bidang telah bersetuju menjalinkan kerjasama erat bersama Politeknik Ibrahim Sultan dalam membangunkan platform terbaik bagi mendapatkan hala tuju kerjaya graduan politeknik. Majlis disaksikan oleh Dr Mohd Rashahidi @ Rusdi bin Mohamood, Pengarah Kanan Bahagian Kompentensi, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Pn Hajah Rashidah Binti Mustapa selaku wakil politeknik dan 26 wakil industri yang terdiri daripada pengarah syarikat, pengurus sumber manusia dan pengarah operasi. Turut hadir menyaksikan majlis adalah Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan, Mejar Norizam Bin Sekak dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Ibrahim Sultan, En Nor Azmi Bin Haji Asmawi.

P

MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KERJASAMA INSUDTRI (COC)

Disediakan oleh: Wan Mahirah Binti Wan Ibrahim

Penyampaian anugerah di Polytechnic Sport Excellence

Award 17.

Be

rga

mb

ar k

en

an

ga

n b

ers

am

a a

nu

ge

rah

yan

g d

iterim

a

Bersama wakil industri di Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Industri (COC)

Page 6: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 6

i BULETIN

PREM ER

ada 14 hingga 16 Disember 2018, Politeknik Ibrahim Sultan telah dengan jayanya melangsungkan sebuah kejohanan hoki, Johor Polytechnic International Indoor Hockey 2018 bertempat di Dewan Tunku Laksamana

Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan. Kejohanan tersebut diadakan dengan kerjasama di antara Politeknik Ibrahim Sultan dan Persatuan Hoki Daerah Kluang serta Persatuan Hoki Johor. Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan hoki tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Che Zakaria bin Mohd Salleh manakala Majlis Penutup pula telah disempurnakan oleh Ts. Haji Mohamad Amin Bin Hamat selaku Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP). Seramai 700 orang peserta telah terlibat dalam kejohanan tersebut yang terdiri daripada kelab-kelab hoki indoor seluruh Malaysia. Kejohanan ini turut disertai oleh dua pasukan dari Indonesia dan satu pasukan dari Thailand. Terdapat lima kategori yang dipertandingkan sepanjang kejohanan berlangsung iaitu kategori bawah 11 tahun lelaki, kategori bawah 11 tahun perempuan, kategori bawah 17 tahun lelaki, kategori bawah 17 tahun perempuan dan kategori terbuka/universiti lelaki. Melalui kejohanan tersebut, pelbagai objektif telah berjaya dicapai termasuklah menjadikan kejohanan bertaraf bintang dengan pen yertaan pasukan antarabangsa, membantu pembangunan sukan hoki terutamanya di institut pengajian tinggi dan menjadikan Johor sebagai hub sukan hoki peringkat kebangsaan.

P

JOHOR POLYTECHNIC INTERNATIONAL INDOOR HOCKEY TOURNAMENT 2018

Disediakan oleh: Mohamed Rafi bin M.S Solaiman

ada 9 hingga 20 Disember 2018, seramai dua orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Nur Atasha Nabila binti Saring dan Nur Khairunnisa Nadiah binti Abd Karim telah dipilih mewakili kontinjen Malaysia untuk

menyertai Sukan Universiti ASEAN (AUG) bertempat di Naypyitaw, Myanmar. Kejohanan sukan tersebut merupakan kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Kerajaan Myanmar. Majlis Perasmian kejohanan tersebut telah dilangsungkan pada 10 Disember 2018 bertempat di Stadium Tertutup Wunnatheikdi, Myanmar. Sebelum kejohanan berlangsung, para atlet telah dikumpulkan di Kem Pemantapan Akhir AUG di Universiti Kebangsaan Malaysia selama seminggu bermula dari 3 hingga 9 Disember 2018. Ia bertujuan untuk mempersiapkan diri para atlet kontinjen Malaysia dari segi fizikal dan mental mereka supaya dapat memberikan komitmen yang terbaik pada kejohanan tersebut. Pelbagai kategori sukan telah dipertandingkan sepanjang kejohanan tersebut termasuklah memanah, olahraga, badminton, sepak takraw, petanque, golf, bola tampar dan kayak. Wakil dari Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Nur Atasha Nabila dan Nur Khairunnisa Nadiah telah berjaya meraih tempat ke-empat dalam Acara Lumba Perahu Tradisional (TBR) wTBR 500m, wTBR 1000m, mixTBR 500m dan mixTBR 1000m. Kejayaan mereka telah mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultan di persada antarabangsa. Ini membuktikan bahawa Politeknik Ibrahim Sultan berjaya melahirkan modal insan yang membanggakan negara.

SUKAN UNIVERSITI ASEAN (AUG) KE-19 NAYPYITAW, MYANMAR

P Disediakan oleh: Mohamed Rafi bin M.S Solaiman

Bersama pemenang dari salah satu kategori yang dipertandingkan

P

Nur Atasha Nabila binti Saring dan Nur

Khairunnisa Nadiah binti Abd Karim

Bergambar kenangan di

Myanmar

Bersama wakil kontinjen

Malaysia

Page 7: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 7

ISU 2/ 2018

HARI PSIKOLOGI 2018: “ TROUBLE IS A FRIEND”

ari Psikologi 2018 dengan tema “Trouble Is A Friend” telah berlangsung pada 15 Ogos 2018 bertempat di Dewan Tunku

Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Program ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) dengan kerjasama Akrab Siswa dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa PIS. Hari Psikologi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan ia disambut baik oleh warga Politeknik Ibrahim Sultan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi, pensyarah PIS serta pelajar sekolah yang berhampiran. Majlis perasmian Hari Psikologi 2018 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Mejar Norizam Bin Sekak. Program ini turut disertai oleh 6 agensi iaitu Lembaga Pembangunan Penduduk dan Kemajuan Negara ( LPPKN), Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor(Jabatan Siasatan Jenayah), Hospital Permai Johor Bahru, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru,

Klinik Kesihatan Masai dan MYCARE Humanitarian Care Malaysia. Agensi-agensi ini berperanan untuk memberi pendedahan tentang tip-tip penjagaan kesihatan dan memberi pendedahan kepada modal insan serta kesedaran undang-undang yang wujud di Malaysia melalui pameran yang disediakan. Selain itu, objektif program ini dijalankan untuk memberi pendedahan tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh UPPsi. Antara pengisian lain program adalah Pertandingan Mewarna yang disertai oleh pelajar tadika, Pertandingan Merekabentuk model masa hadapan, aktiviti/permainan Interaktif, Pentadbiran Ujian Psikologi, Sesi Art Therapy oleh pakar Art Therapy REST iaitu Dr Rafidah dan Taklimat Kesihatan dari Pakar Perubatan iaitu Dr. Dalila Aqilah Rossidi. Pengisian bagi aktiviti interaktif dikendalikan sepenuhnya oleh Ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa program. Antara aktiviti tersebut adalah segmen #CantikKan di mana hadirin diberi peluang untuk mendandan diri. Selain

H Disediakan oleh: Norfairus binti Mohd Khalid

itu, aktiviti permainan lain yang turut diadakan adalah seperti Konda Kondi, permainan Turun Naik, Sudoku dan Jenga serta segmen Dariku Untukmu iaitu peserta boleh berkongsi kata-kata semangat dan dilekatkan di papan khas.

Ahli JawatanKuasa Program Hari Psikologi PIS

2018

Slot Art Therapy Yang dikendalikan oleh Dr. Rafidah

Booth Ujian Psikologi yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dan

AKRAB Siswa PIS

Pertandingan Mewarna dari Tadika berhampiran

Lawatan ke Booth Pameran oleh Wakil

Pengurusan PIS

Gimik Perasmian Hari Psikologi 2018

Page 8: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 8

ada 23 sehingga 25 November 2018, telah berlangsungnya sebuah

kejohanan iaitu Lawn Bowls Singles Politeknik Malaysia 2018 bertempat di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Majlis Sukan Politeknik dan Politeknik Kota Kinabalu. Majlis Perasmian kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Ts. Haji Mohamad Amin bin Hamat yang merupakan Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik Malaysia. Para peserta kejohanan terdiri daripada atlet sukan lawn bowls terbaik dari seluruh Politeknik Malaysia yang merupakan atlet kebangsaan dan pernah mewakili negeri masing-masing di kejohanan SUKMA. Politeknik Ibrahim Sultan juga merupakan salah satu daripada politeknik di Malaysia yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dan telah menghantar seramai empat orang atlet sukan lawn bowls bagi menyertai acara yang dipertandingkan. Di antara empat orang atlet yang dihantar, dua orang merupakan atlet lelaki manakala dua orang lagi merupakan atlet perempuan. Kesemua mereka telah diiringi oleh Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan iaitu Encik Khairul Nazry bin Talib. Politeknik Ibrahim Sultan telah berjaya merebut gelaran Johan bagi kategori lelaki dalam kejohan tersebut. Pencapaian anugerah ini telah berjaya melonjakkan nama Politeknik Ibrahim Sultan ke peringkat yang lebih tinggi terutama sekali dalam sukan lawn bowls. Usaha dan komitmen yang diberikan oleh para atlet sepanjang tempoh latihan dengan sokongan dari pihak Politeknik Ibrahim Sultan telah berjaya membuahkan hasil yang sangat membanggakan.

P

KEJOHANAN LAWN BOWLS SINGLES POLITEKNIK MALAYSIA 2018 Disediakan oleh: Jumaat Bin Hasim

ada 31 Oktober 2018 (Rabu), portfolio Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan Kursus Pemasangan Lampu Solar sempena program Politeknik Kasih - Merdeka Day: Free & Green bertempat di Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor. Kursus ini membabitkan 45 orang yang terdiri daripada guru-guru dan para pelajar Sekolah Kebangsaan

Tanjung Surat serta penduduk Tanjung Linting, Pengerang, Johor. Kursus ini dibimbing oleh para pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan. Peserta didedahkan kepada asas-asas penyambungan lampu solar, demonstrasi menguji dan mengenalpasti kerosakan lampu solar serta mempelajari teknik-teknik membaikpulih kerosakan lampu solar. Kursus ini diharapkan dapat mempromosikan Politeknik Ibrahim Sultan kepada masyarakat luar disamping memartabatkan Politeknik Ibrahim Sultan dalam pembangunan sumber manusia iaitu dari aspek pembangunan diri dan kerjaya terutamanya dalam bidang teknikal.

KURSUS PEMASANGAN LAMPU SOLAR

POLITEKNIK KASIH-MERDEKA DAY: FREE

& GREEN

P

Disediakan Oleh: Yuzi Binti Saidun

i BULETIN

PREM ER

Atlet-atlet dari Politeknik Ibrahim Sultan bergambar

bersama barisan pegawai pengiring dan pengurus

kejohanan

Atlet-atlet dari Politeknik Ibrahim Sultan mengharumkan nama PIS.

Penerangan tentang bahagian-bahagian asas

lampu solar.

Penerangan tentang teknik-teknik pengujian

lampu solar.

Pengujian kebolehfungsian lampu solar. Pemasangan lampu solar

Page 9: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 9

ada 3 hingga 5 Disember 2018, satu program ilmiah iaitu EXPLORING ASIA’S NATURE, CULTURE AND FESTIVAL: SARAWAK MORE TO DISCOVER, KUCHING SARAWAK telah berlangsung di Sarawak. Ia melibatkan 17 orang pelajar semester tiga, Program Sarjana Muda Sains (Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti) serta dua orang pensyarah

pengiring dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan. Program selama tiga hari ini padat dengan pelbagai aktiviti dan mendapat kerjasama penuh dari Sarawak Tourism Board, Semenggoh Rehabilitation Wildlife Centre, serta Sarawak Culture Village. Aktiviti hari pertama dimulakan dengan sesi taklimat pelancongan di Sarawak Tourism Board dan Sarawak Cultural Village bagi meningkatkan pengetahuan tentang budaya dan cara hidup masyarakat Sarawak. Hari kedua pula dimulakan dengan aktiviti Live with Nature di Semenggoh Orang Utan Rehabilitation Wildlife Centre di mana pelajar melakukan aktiviti khidmat masyarakat serta diberi pendedahan mengenai pengurusan pusat rehabilitasi dan ini termasuklah cara dan kaedah untuk melatih orang utan, cara menguruskan anak orang utan yang ditinggalkan serta cara untuk menguruskan pengekalan hutan Semenggoh. Para pelajar juga berpeluang merasai pengalaman kehidupan di rumah panjang menerusi lawatan ke Annah Rais Long House yang masih menjadi tradisi dan budaya kebanyakan kaum di Sarawak. Selain itu, delegasi ini turut menjalankan eksplorasi destinasi pelancongan menarik di sekitar Kuching antaranya Kuching Waterfront, Fairy and Wind Cave serta Blue Lake. Para pelajar juga berpeluang melihat cara hidup masyarakat peniaga di Satok Market, Main Bazar dan India Street Kuching. Di sini para pelajar dapat melihat sendiri demonstrasi Tour Guiding oleh pemandu pelancong berpengalaman yang menjadi pemandu sepanjang tempoh program dijayakan. Aktiviti diakhiri dengan simulasi pengurusan tetamu di lapangan terbang oleh pemandu pelancong yang bertugas. Program sebegini bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan kursus yang ditetapkan atau meneroka cabang-cabang baru destinasi pelancongan yang menarik semata-mata, bahkan ia menjadi platform kepada para pelajar untuk mempelajari ilmu dan kemahiran baru bagi memantapkan kemahiran sedia ada untuk terus bersaing dalam industri yang serba kompetetif ini. Ia penting untuk memenuhi keperluan industri pelancongan & hospitaliti pada masa akan datang

P Disediakan oleh: Siti Suhaila binti Samian dan Hanis Atikah binti Hashim

i BULETIN

PREM ER

ajlis Pentauliahan Pangkat Relasis tahun 2018 telah diadakan di Akademik Latihan RELA Malaysia (ALARM), Melaka pada 20 hingga 22 september 2018. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan kerjasama Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Universiti dan Politeknik Malaysia. Pentauliahan pangkat ini merupakan majlis kemuncak kepada

pelajar yang telah menyertai dengan jayanya aktiviti dan kursus Briged Relasis selama 2 tahun (4 semester). Aktiviti badan beruniform merupakan kegiatan kokurikulum yang menjadi wadah dalam memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar politeknik bagi meneroka aspek kemahiran pembentukan sahsiah diri sejajar dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan. Minda yang cergas dan disiplin diri yang tinggi mampu melahirkan warga Malaysia yang cemerlang sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Majlis pada kali ini melibatkan 577 orang daripada 24 institut pengajian tinggi seluruh negara. Kontijen Relasis Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar seramai 50 orang anggota Relasis iaitu 23 orang perempuan dan 27 orang lelaki dengan diiringi oleh 2 orang pegawai Relasis Politeknik Ibrahim Sultan dan seorang Adjutan. Semua pelajar telah ditauliahkan sebagai Ahli Bersekutu Relasis dan dianugerahkan dengan pangkat Penolong Penguasa Rela (PPgR). Pada majlis ini juga, Adjutan Relasis Politeknik Ibrahim Sultan , TPgR Mohammed Rizuan Bin Mohammed Noah telah menerima penganugerahan Pingat Am Rela. Tahniah diucapkan kepada semua!

M

Disediakan oleh: TPgR Mohd Fairuz bin Salleh & TpGR Mohamed Rizuan bin Mohamed

MAJLIS PENTAULIAHAN PANGKAT RELASIS

CSR di Semenggoh Rehabilitation Wildlife Centre

Berlatar belakangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bergambar kenangan di Anna Long House, Kuching

EXPLORING ASIA’S NATURE, CULTURE AND FESTIVAL: SARAWAK

MORE TO DISCOVER, KUCHING SARAWAK

Pelajar Menerima Sijil Tauliah Relasis

Page 10: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 10

ISU 2/ 2018

PEMANTAPAN JATI DIRI PELAJAR

LUAR BIASA “PEARL 3.0”

esedaran membantu pelajar kelainan upaya (pekak dan bisu) terutama dalam menerapkan ilmu kepimpinan dan sahsiah diri

merupakan asas penganjuran program PEARL 3.0 yang telah diusahakan oleh Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Ibrahim Sultan pada 5 Oktober 2018. Melalui program ini, peserta diberi ruang untuk memperbaiki diri dan seterusnya menerapkan kepentingan bekerja berpasukan

dalam kehidupan seharian. Sasaran penyertaan pelajar yang mengikuti program ini adalah seramai 45 orang pelajar kelainan upaya (pekak dan bisu) dan 100 orang ahli Kelab Bahasa Isyarat Malaysia bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil. Program berlangsung dari jam 8.00 pagi

hingga 5.00 petang ini dijalankan dengan bantuan fasilitator pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa dan ahli Kelab Bahasa Isyarat Malaysia. Semua peserta telah menunjukkan kerjasama yang baik dengan mengikuti sepenuhnya setiap modul yang dibina khas bagi meningkatkan kecemerlangan diri

setiap peserta yang terlibat dari aspek kepimpinan. Slot pengisian program adalah mendedahkan peserta kepada teori kepentingan bekerja berpasukan demi kecemerlangan diri di samping slot aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dimana peserta

dilatih kemahiran kepimpinan dan sahsiah diri terpuji. Selain itu, barisan fasilitator Kelab Bahasa Isyarat Malaysia juga telah mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sukaneka yang melibatkan semua peserta pada sebelah petang.Program ini secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar kelainan upaya yang proaktif, bersemangat, membawa kepada perkembangan sahsiah diri yang baik dan seterusnya membantu pihak PIS dalam memastikan KPI pembangunan pelajar tercapai.

K Disediakan oleh: Norashikin binti Awang Kechik

PROGRAM MELANJUTKAN PENGAJIAN Disediakan oleh: Mohamad Noh bin Ahmad

rogram Melanjutkan Pengajian Pelajar Semester Akhir

ini adalah anjuran Collaboration, Industrial Services and Employability Centre (CISEC). Ia telah diadakan pada 19 November 2018 bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari di bawah inisiatif mampan pasukan kerjaya PIS untuk meningkatkan lagi kadar kebolehpasaran graduan PIS. Program ini khusus untuk pelajar semester akhir dari semua jabatan induk yang telah berjaya menamatkan latihan industri bagi sesi Jun 2018. Dua universiti awam telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia melalui UTMSPACE dan Universiti Teknologi Tun Hussein Onn melalui Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang dan memudahkan para pelajar untuk mengetahui pelbagai maklumat tentang universiti dan program pengajian yang ditawarkan oleh universiti tersebut bagi

membolehkan mereka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi disamping menyebarluas jaringan dan kolaborasi dengan pihak universiti. Selain daripada pameran booth, penerangan secara terus berkaitan maklumat serta kelayakan kemasukan juga diberikan oleh pegawai-pegawai

dari universiti terbabit. Proses semakan kelayakan dan permohonan secara online juga dilakukan bagi membolehkan pelajar memohon program secara terus bagi sesi kemasukan Februari/April 2019. Perlaksanaan program ini telah memberi manfaat kepada pelajar dan juga pihak universiti serta memberikan impak yang besar dalam kebolehpasaran pelajar PIS. Pihak universiti telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung dan semoga ianya dapat mengeratkan lagi jalinan serta kerjasama antara PIS dan universiti terbabit. Bagi meningkatkan lagi peluang kepada pelajar-pelajar PIS, program ini akan terus dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan dari universiti-universiti yang lain pula.

P

Para fasilitator sedang

menunjukkan demon-

strasi LDK kepada para

peserta

Ready, Set, GO!!!

Fasilitator dan peserta

kumpulan sedang menjalankan

aktiviti sukaneka

Antara denda yang dikenakan

kepada peserta kumpulan

Terima kasih di atas

kerjasama semua

Pegawai UTHM sedang memberi penerangan .

Lawatan Ketua Unit Komunikasi Korporat PIS ke booth

promosi

Penerangan kepada pelajar, semakan kelayakan dan

pengisian borang secara online

Page 11: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 11

i BULETIN

KARNIVAL SUKAN MSP 2018

ada 16 hingga 20 September 2018 yang lalu, sebuah Karnival Sukan MSP 2018 telah berjaya dilangsungkan dengan gilang-gemilang bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan,

Johor. Kejohanan ini merupakan hasil kerjasama di antara dua pihak iaitu Majlis Sukan Politeknik (MSP) Malaysia dan Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis Perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh Ts. Haji Mohamad Amin bin Hamat, Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik Malaysia. Majlis penutup dan penyampaian hadiah pula disempurnakan oleh Yang Berhormat

Tun Hassan bin Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti merangkap Timbalan Yang Dipertua MSP, Muhamad Rumzi bin Mamat. Karnival yang berlangsung selama lima hari ini telah melibatkan seramai 1,078 orang peserta yang merupakan atlet dari politeknik seluruh Malaysia. Sebanyak lima sukan telah dipertandingkan dalam kejohanan tersebut iaitu bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton dan petanque.

Johan Keseluruhan Karnival Sukan Politeknik Malaysia edisi ke-24 ini telah dirangkul oleh Kontinjen Perak dengan memperoleh lima emas dan satu perak sekaligus mengenepikan 12 kontinjen lain. Naib Johan pula disandang oleh Kontinjen Pahang dengan memperoleh tiga emas, satu perak dan satu gangsa manakala Kontinjen

Selangor muncul di tempat ketiga dengan dua emas, satu perak dan satu gangsa. Politeknik Ibrahim Sultan selaku tuan rumah juga tidak ketinggalan untuk memburu kejayaan dalam acara yang dipertandingkan. Buktinya dengan kejayaan Politeknik Ibrahim Sultan yang telah meraih tempat sebagai Johan bagi acara Single Petanque. Usaha dalam meningkatkan mutu dan taraf sukan seperti yang ditunjukkan di dalam karnival ini perlulah diteruskan pada masa akan datang.

ISU 2/ 2018

P Disediakan oleh: Khairul Nazry bin Talib

Kalah atau menang, semangat kesukanan tetap membara.

Kontinjen setiap negeri bergambar kenangan selepas majlis

penyampaian hadiah.

Kontinjen Johor bersemangat mengibarkan bendera kebanggaan

Johor Darul Takzim.

Suasana meriah di sekitar Karnival Sukan MSP 2018.

Ahli Jawatankuasa yang menjayakan Karnival Sukan MSP 2018

bergambar kenangan.

Pemanang bersama pingat.

Page 12: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 12

PROGRAM LUKIS BUNYI 2018 Disediakan oleh: Nor Asmahani binti Kutip & Nur Izzah Syazwani binti Abd Manaf

ada 8 September 2018 telah berlangsung Program LUKIS BUNYI 2018 dengan tema kesenian dan patriotisme bertempat di Warehouse @ Kilang Bateri, Johor Bahru. Program anjuran pelajar Diploma

Pengurusan Acara Semester 5 Sesi Jun 2018 @ Rush Event yang julung kalinya diadakan ini, telah dirasmikan oleh wakil Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor. Program ini mensasarkan golongan belia dengan tujuan untuk membangkitkan nilai patriotisme dalam diri melalui elemen kesenian sebagai aktiviti utama yang bertepatan dengan citarasa komuniti dan golongan belia khususnya sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Program ini telah dibahagikan kepada beberapa zon aktiviti iaitu Creative Hive, Pentas Bunyi dan Zon Santai. Aktiviti yang dijalankan di Zon Creative Hive adalah Dinding Merdeka; elemen patriotisme melalui seni grafiti oleh Cikgu Iqbal Hareez, Ruang Astetik; pameran seni hasil karya daripada pelajar SMK Pulai Perdana dan 1 Tap 1 Help Jalur Gemilang pula merupakan aktiviti kebajikan bertujuan untuk mengumpul dana bagi Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM).

Seterusnya, Zon Santai pula terdiri daripada Local Market yang bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan jenama produk mereka kepada komuniti. Selain itu, zon ini juga mengetengahkan Bored? Skateboard! yang merupakan kolaborasi bersama Kelab Skate Selatan di mana pertandingan ini berkonsepkan pertandingan Game of Skate. Console War dan

Johor Bahru Nerf Club pula telah bekerjasama bersama penganjur dalam merealisasikan aktiviti E – games dan Nerf Challenge di dalam Zon Santai ini. Zon Pentas Bunyi juga merupakan salah satu aktiviti yang diadakan dalam program ini. Slot ini mengetengahkan bakat – bakat dari Politeknik Ibrahim Sultan dalam slot PIS Talent Showcase. Seterusnya, Pentas Bunyi #Love Suria pula merupakan acara kemuncak bagi Program Lukis Bunyi 2018 ini di mana ia telah dihadiri oleh seramai lebih 1000 orang penonton. Slot ini diserikan

dengan persembahan dari Kugiran Masdo, Amir Jahari, Nastia, Cora dan The Lawra. Keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan menerima pelbagai maklumbalas yang positif daripada segenap lapisan masyarakat yang hadir.

P

i BULETIN

PREM ER

Bored? Skateboard!

Ruang Astetik

Pentas Bunyi

1 Tap 1 Help1 Tap 1 Help E – games

Dinding Merdeka

Nerf Challenge

Page 13: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Mukasurat 13

ISU 2/ 2018

rogram HALAL-COMPLIANT CREATIVE PRODUCTS COMPETITION 2018 merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Ibrahim Sultan bagi mencungkil bakat dan kreativiti pelajar serta melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik kuliah. Program berlansung selama 2 hari dimana sesi latihan dan taklimat telah dijalankan pada 5 september 2018 dan sesi penjurian pada 6 September 2018.

Matlamat program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar di samping meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri secara tidak langsung melalui pertandingan. Pertandingan ini dianjurkan untuk menyuntik semangat berdaya saing dan menambah kemahiran pelajar dalam seni kulinari melalui penglibatan aktiviti penyediaan sesuatu makanan termasuklah cara menghias, mengendalikan dan menyusun atur selaras dengan usaha menjana graduan yang seimbang dari segi akademik serta kemahiran insaniah. Ia selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan graduan yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi. Antara kategori yang dipertandingkan adalah cake decorating, fondant figure, fruits and vegetables cutting serta Barista. Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori dimenangi oleh Dennisa A/P Sabastine Rao (cake decorating), Noor Amalia binti Abu Hassan (fondant figure), Muhammad Arif imran bin Abdul Wahab (fruits and vegetables cutting) serta Muhammad Erfhan Ikhwan bin Abdurahim (Barista). Anugerah disampaikan oleh Professor Dr. Kashif Hussain yang merupakan presiden MyCenthe (Malaysia Centre for Tourism & Hospitality Education) . Semoga melalui usaha ini dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

P

HALAL-COMPLIANT CREATIVE PRODUCTS COMPETITION 2018 Disediakan oleh: Nurshayzwani binti Abd Samad

ada 6 Oktober 2018, telah berlangsungnya sebuah acara larian amal di Pasir Gudang, Johor iaitu MEOW FUN RUN 2018 yang dianjurkan oleh pelajar Diploma Pengurusan Acara semester 5, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan bimbingan penasihat projek Puan Zulaikha binti Ab Rahman dan En Mohd Faiz bin Mohd Noor dengan kerjasama Country Garden Central Park,Tampoi,Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar Johor Bahru (WIRA KASSEH) dan Tanjung Puteri Cycling Club. Kira-kira sebanyak 550 peserta dari seluruh Malaysia menyertai acara yang dirasmikan oleh YB Tan Hong Pin yang merupakan ADUN

Skudai merangkap Pengerusi EXCO Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor. Melalui penganjuran larian amal ini sebanyak RM 3000.00 telah berjaya disumbangkan kepada Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar Johor Bahru (WIRA KASSEH).

WIRA KASSEH telah didaftarkan sebagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) di mana misinya adalah untuk membantu, melindungi dan mewujudkan rasa cinta antara manusia dan haiwan. Persatuan berdaftar ini merupakan persatuan yang membantu haiwan jalanan yang cedera/sakit/kurang upaya dengan mencari, menyelamatkan, menghantar ke klinik haiwan dan mencarikan keluarga angkat bagi haiwan tersebut. Selain daripada acara utama iaitu acara larian amal. Meow Fun Run 2018 juga menyediakan beberapa aktiviti lain antaranya, futsal dan explorace dan aktiviti berkaitan kucing yang dipanggil Meow Wonderland yang menggabungkan pelbagai aktiviti berkaitan kucing di bawah satu bumbung antaranya Cat Clinic, Cat

Adoption, Face Painting dan Cat Show. Berbeza dengan PIS Hero Run 2.0, program Meow Fun Run 2018 ini telah menambah baik pengisian program untuk memantapkan lagi perlaksanaan program yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran merancang, mengurus, mengendalikan sesebuah acara yang berkonsepkan amal, kesukanan dan kesihatan. Dalam masa yang sama, nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti antara masyarakat dapat dipupuk.

Disediakan oleh: Zulaikha binti Ab Rahman

MEOW FUN RUN 2018

P

Sekitar acara pelepasan peserta MEOW FUN RUN

2018 yang disempurnakan oleh YB Tuan Tan Hong Pin

Sesi pertandingan berlangsung

Hasil kreativiti pelajar

Sesi Penjurian

Krew dan penyelia projek yang terlibat dalam men-

jayakan MEOW FUN RUN 2018

Page 14: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

BULETIN PREMIER POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, KM 10,

JALAN KONG KONG 81700 PASIR GUDANG, JOHOR

TEL: 07 2612403 / 2423 [email protected]

www.pis.edu.my KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

ISU 2/ 2018

i BULETIN

Sidang Redaksi

P

CSR di Semenggoh Rehabilitation Wildlife Centre

Berlatar belakangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak

EXPLORING ASIA’S NATURE, CULTURE AND FESTIVAL: SARAWAK

MORE TO DISCOVER, KUCHING

Bergambar kenangan di Anna Long House, Kuching

Ketua Editor En Nordin bin Zakariah

Penolong Ketua Editor Pn Asniza binti Abu Bakar

Setiausaha Pn Alyyati binti Mohd Talib

Editor Pn Naksa binti Ahmad

Editor Rekabentuk Pn Emy Zulyiana bt Mohd Nor

Proofreader Pn Hafizah binti Md Yusof Pn Dina binti Abdul Khalik

Wakil Jabatan/Unit Pn Maisarah binti Mahizan (JKE) En Eliyun bin Othman (JKE) Pn Raja Sharidatul Liza binti Raja Shardin (JKM) Pn Rohaidah binti Mohd Yusoff (JRKV) Pn Maisarah binti Zakaria (JPH) Pn Rohamiah binti Muda (JPA) En Baniamin bin Abu Bakar (PRO)

ada 3 hingga 5 Disember 2018, satu program ilmiah iaitu EXPLORING ASIA’S NATURE, CULTURE AND FESTIVAL: SARAWAK MORE TO DISCOVER, KUCHING SARAWAK telah berlangsung di Sarawak. Ia melibatkan 17 orang pelajar semester tiga, Program Sarjana Muda Sains (Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti) serta dua orang pensyarah pengiring dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan. Program selama tiga hari ini padat dengan pelbagai aktiviti dan mendapat kerjasama penuh dari Sarawak Tourism Board, Semenggoh Rehabilitation Wildlife Centre, serta Sarawak Culture Village. Aktiviti hari pertama dimulakan dengan sesi taklimat pelancongan di Sarawak Tourism Board dan Sarawak Cultural Village bagi meningkatkan pengetahuan tentang budaya dan cara hidup masyarakat Sarawak. Hari kedua pula dimulakan dengan aktiviti Live with Nature di Semenggoh Orang Utan Rehabilitation Wildlife Centre di mana pelajar melakukan aktiviti khidmat masyarakat serta diberi pendedahan mengenai pengurusan pusat rehabilitasi dan ini termasuklah cara dan kaedah untuk melatih orang utan, cara menguruskan anak orang utan yang ditinggalkan serta cara untuk menguruskan pengekalan hutan Semenggoh. Para pelajar juga berpeluang merasai pengalaman kehidupan di rumah panjang menerusi lawatan ke Annah Rais Long House yang masih menjadi tradisi dan budaya kebanyakan kaum di Sarawak. Selain itu, delegasi ini turut menjalankan eksplorasi destinasi pelancongan menarik di sekitar Kuching antaranya Kuching Waterfront, Fairy and Wind Cave serta Blue Lake. Para pelajar juga berpeluang melihat cara hidup masyarakat peniaga di Satok Market, Main Bazar dan India Street Kuching. Di sini para pelajar dapat melihat sendiri demonstrasi Tour Guiding oleh pemandu pelancong berpengalaman yang menjadi pemandu sepanjang tempoh program dijayakan. Aktiviti diakhiri dengan simulasi pengurusan tetamu di lapangan terbang oleh pemandu pelancong yang bertugas. Program sebegini bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan kursus yang ditetapkan atau meneroka cabang-cabang baru destinasi pelancongan yang menarik semata-mata, bahkan ia menjadi platform kepada para pelajar untuk mempelajari ilmu dan kemahiran baru bagi memantapkan kemahiran sedia ada untuk terus bersaing dalam industri yang serba kompetetif ini. Ia penting untuk memenuhi keperluan industri pelancongan dan hospitaliti pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Siti Suhaila binti Samian dan Hanis Atikah binti Hashim

Page 15: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 16: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 17: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 18: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 19: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 20: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 21: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 22: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 23: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 24: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Penyampaian anugerah di Polytechnic Sport Excellence Award 17,

Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

Page 25: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 26: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 27: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 28: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 29: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 30: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 31: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 32: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 33: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH
Page 34: EDISI 2 / 2018 ISSN 2232 0008 A PPRECIATION NIGHT WITH

Program Meow Fun Run 2018 adalah selaras dengan visi Kementerian Belia dan Sukan yang merealisasikan pembentukan Negara Bersukan dengan membudayakan sukan dalam kehidupan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan umur dan kaum.