elemen 2 kerja kursus sejarah pmr 2013
DESCRIPTION
:)TRANSCRIPT
ELEMEN
2
TAJUK:
KEGIATAN EKONOMI
TRADISIONAL DI
MALAYSIA
(BATIK)
SENARAI KANDUNGAN:
PERKARA: MUKA SURAT:
1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Objektif Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Hasil Kajian
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
PENGHARGAAN:
Saya, Chai Jia-Yi dari tingkatan 3A4 ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada individu-individu berikut yang telah membantu saya dalam projek ini.
Antara ialah Pengetua SMJK Katholik, Petaling Jaya, iaitu Encik Ong Boon
Puah kerana membenarkan saya melaksanakan kerja kursus ini.
Seterusnya, kepada guru Sejarah saya, Encik Abdul Manap kerana banyak
memberi panduan dan bimbingan kepada saya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya,
iaitu Chan Foong Ming dan Chai Tze Kian kerana banyak memberi sokongan kepada
saya untuk menjayakan projek ini. Mereka bukan sahaja memberi sokongan moral
kepada saya, malah juga sudi menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk kerja
kursus ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan saya , iaitu Chye
Fang Zheng, Chan Kin Leigh, Phang Yi Qian, Low Shu Yeng, Lee Yoong Zen, Wong
Ke Xin dan Lee Jian Quan yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya
untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka, tidak mungkin dapat
saya menghasilkan projek ini.
OBJEKTIF KAJIAN:
Kajian saya terhadap kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia telah merangkumi
objektif-objektif berikut:
Melalui projek ini, saya dapat mengkaji dan meneliti latar belakang kegiatan
pengusahaan batik di Malaysia. Saya juga mendapat pengetahuan tentang pengaruh
kepada masyarakat dan prospek masa depan perusahaan batik di Malaysia.
Selain itu, dengan melaksanakan projek ini, saya dapat menentukan faedah
kegiatan perusahaan batik di negara kita. Biarpun dari segi ekonomi dan sosial,
kegiatan tersebut sebenarnya amat penting dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya, saya dapat menambah pengalaman dalam mencari sumber-sumber
sejarah yang sahih. Hal ini dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan
prosedur yang jelas, tepat dan efisien.
Seterusnya, kegiatan ekonomi tradisional yang diusahankan oleh masyarakat
pengusaha batik dapat memupuk semangat nasionalisme saya. Dalam pelaksanaan
projek ini, saya telah dijadikan seorang yang lebih berpatriotik dan berbangga
terhadap tanah air.
KAEDAH KAJIAN:
Dalam usaha saya menjalankan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa
kaedah kajian seperti yang tersebut:
Internet
Saya telah melayari laman web www.wikipedia.org untuk mendapat
maklumat yang lebih lanjut tentang perusahaan batik di Malaysia.
Orang Sumber
Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, saya telah menemu bual pengusaha batik,
Puan Hafsahlinda Abu Bakar tentang penghasilan batik.
Melawat Ke Tempat Kajian
Saya telah melawati gerai batik Puan Hafsahlinda yang terletak di Kompleks
Kraf Kuala Lumpur untuk mengumpulkan maklumat yang lebih lanjut tentang
perusahaan batik di negara kita.
Buku Ilmiah
Saya telah merujuk kepada buku teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan Tiga
untuk mendapat tahu lebih banyak tentang penghasilan batik.
HASIL KAJIAN:
1. MAKLUMAT ASAS:
Kegiatan ekonomi tradisional yang saya kaji ialah perusahaan batik
yang dijalankan oleh Puan Hafsahlinda Abu Bakar. Batik merujuk kepada kain
yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Antara jenis batik
termasuklah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik
membuat batik telah wujud melebihi seribu tahun dan kemungkinannya
berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Kegiatan menghasilkan batik terdapat
di banyak negara di Asia. Contohnya, di Bangladesh, India, Indonesia, Iran,
Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah memainkan peranan yang
penting dalam budaya dan tradisi Melayu.
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia.
Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak
tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa
'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Perkataan batik merujuk
kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin
bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna
yang menarik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau
menitik. Pada masa dahulu, ubi kentang digunakan sebagai alat pengecap
tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
Di negeri Kelantan dan Terengganu, terdapat banyak kilang batik.
Puan Hafsalinda mulai mengusahakan batik pada tahun 2003. Beliau
belajar teknik penghasilan batik daripada ibu beliau yang mahir dalam bidang
tersebut. Pada mulanya, Puan Hafsalinda menjalankan kegiatan menghasilkan
batik kerana berminat dan batik merupakan suatu kegemarannya. Lama-
kelamaan, Puan Hafsalinda mengusahakan batik sebagai satu pekerjaan yang
tetap untuk menyokong keluraganya. Kini, beliau mempunyai banyak
pelanggan yang mengunjungi gerainya.
Lokasi yang saya melawati ialah Komples Kraf Kuala Lumpur yang
terletak di Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur. Kompleks Kraf
Kuala Lumpur dikenali sebagai pusat kraf setempat yang merupakan destinasi
pelancongan tempatan dan antarabangsa. Di sini, pelancong-pelancong dapat
mempelajari keunikan dan kecantikan kraftangan tempatan yang bernilai
estetika tersendiri. Kompleks Kraf Kuala Lumpur menjadi aspirasi aktiviti kraf
negara yang meliputi pemasaran, pendidikan dan pembudayaan serta dipenuhi
dengan pelbagai aktiviti kraf yang beridentiti Malaysia.
Individu yang menjalankan perusahaaan batik di Kompleks Kraf Kuala
Lumpur ialah Puan Hafsahlinda Abu Bakar. Beliau menjalankan perusahaan
batik dengan seorang individu yang bernama Puan Siwok Harun. Mereka
bersama-sama menjalankan perusahaan batik di gerai yang dimilik Puan
Hafsahlinda di Tingkat Satu, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Lokasi Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
2. LATAR BELAKANG
Tujuan Puan Hafsahlinda menjalankan perusahaan batik adalah kerana
kegiatan ini merupakan punca pendapatan utama keluarga beliau. Gerai batik
Puan Hafsahlinda dapat menarik pelbagai pelancong asing kerana terletak di
Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur yang merupakan satu tarikan pelancong.
Selain itu, Puan Hafsahlinda juga mengusahakan batik untuk mengekalkalkan
budaya dan warisan tradisi nenek moyang. Beliau juga ingin tradisi Melayu
yang istimewa ini dikenali oleh orang ramai.
Proses menghasilkan batik lukis adalah mudah. Pertamanya, kain
dibersih dan dikeringkan lalu ditegangkan pada pemidang kayu. Setelah kain
ditegangkan, motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan
kain. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair. Canting digunakan
untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain manakala berus
digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna. Setelah kain
yang telah siap diwarnakan dibiarkan kering, kain direndam atau disapu
dengan sodium silikat selama 8 – 12 jam untuk mematikan warna.
Selanjutnya, kain direbus dalam campuran air dan debu soda. Akhir sekali,
kain dicuci, dibilas kemudian dijemur di tempat redup atau digosok sehingga
kering.
Peralatan moden seperti canting, lilin, kain putih atau fabrik yang
sesuai, bahan pewarna, pemidang, berus, dan periuk digunakan oleh Pn.
Hafsahlinda dalam proses penghasilan batik.
Banyak produk yang boleh dihasilkan daripada batik. Antaranya
terdapat kemeja, kain, baju kurung, lukisan, beg dan sebagainya.
Puan Hafsahlinda sedang melilin batik dengan canting.
Campuran damar dan lilin yang digunakan untuk melilin kain batik
3. SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT
Puan Hafsalinda mengusahakan batik sebagai pekerjaan beliau yang
tetap kerana pekerjaan ini dapat menambah pendapatan keluarga beliau untuk
Puan Hafsalinda mendapat pendapatan kasar sebanyak RM3000 hingga
RM5000 sebulan dengan menjual produk yang dihasilkan daripada batik.
Puan Hafsalinda telah mempelajari teknik membuat batik daripada ibu
beliau yang mahir menghasil batik. Beliau ingin untuk mengekalkalkan
budaya dan warisan tradisi nenek moyang beliau. Oleh sebab itu, beliau telah
mengusahakan batik selama 10 tahun.
Puan Hafsahlinda mendapat pelanggan yang terdiri daripada
masyarakat setempat dan pelancong-pelancong asing. Mereka akan membuat
tempahan atau memberikan gambar dan corak kepada beliau untuk dijadikan
batik. Gerai Puan Hafsahlinda yang terletak di dalam Kompleks Kraf Kuala
Lumpur yang merupakan destinasi pelancongan terkenal dapat menarik
perhatian ramai pelancong asing. Pelancong dapat membeli hasil batik serta
menghasilkan batik rekaan sendiri. Hasil batik beliau juga sering dibeli oleh
pelancong asing sebagai buah tangan.
Hasil Batik yang dijual di gerai Puan Hafsahlinda
4. Prospek:
Cabaran utama yang sering dihadapi oleh Puan Hafsahlinda dalam
perusahaan batik ialah cuaca. Masa penghasilan batik yang terbaik adalah
pada waktu cuaca panas kerana cuaca yang sejuk dan lembap akan
menyebabkan warna batik pudar dan terjejas kualitinya. Selain itu, Puan
Hafsahlinda harus sentiasa memikirkan pelbagai kaedah untuk memasarkan
hasilan batiknya untuk memikat perhatian pelanggan dan pelancong.
Puan Hafsahlinda dapat menerima pinjaman wang yang selamat sama
ada dari pihak swasta atau kerajaan, contohnya SME yang memberikan
sumbangan wang kepada pengurus perniagaan kecil. Hal ini demikian kerana
pekerjaan beliau merupakan kegiatan ekonomi tradisional yang berperanan
mengekalkan warisan tradisi Melayu dan mengekalkan identiti negara. Di
samping itu, Puan Hafsahlinda juga berpeluang untuk mempamerkan hasil
karya batiknya di pelbagai pameran dan pesta mengenai kraftangan.
Penghasilan batik telah diterima oleh masyarakat secara umum.
Sebagai contoh, semua kakitangan awam di Malaysia dikehendaki memakai
pakaian batik pada setiap hari Khamis. Batik juga dipakai dalam majlis-majlis
formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan
sebagai hiasan seperti sarung kusyen, alas meja, tudung kepala, alas televisyen
yang banyak digunakan oleh masyarakat.
Puan Hafsahlinda berharap agar semua pihak dapat memberi sokongan
untuk agar batik dapat dikenali pada peringkat antarabangsa. Di samping itu,
beliau juga berharap agar anak-anak perempuan beliau dapat meneruskan
kerjayanya dalam bidang perusahaan batik agar tradisi yang melambangkan
identiti Melayu dapat diwarisi secara turn-temurun.
RUMUSAN:
Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan saya pelbagai
pengalaman baru dan bermanfaat. Dalam proses penghasilan kerja kursus ini, saya
telah mempelajari tatacara bagi mendapatkan bahan dan maklumat untuk keperluan
kerja kursus ini. Saya juga mempelajari cara menganalisis maklumat dalam
pelaksanaan projek ini.
Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai
rakyat Malaysia dan berasa bersyukur. Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang
kaum. Oleh sebab itu, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya
dan tradisi yang unik dan menarik.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa
kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah
daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan
bidang kraftangan di negara ini. Kegiatan ekonomi tradisional dapat memberi
sumbangan kepada negara kita.
Tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya
sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin. Hanya dengan mengamalkan nilai-
nilai ini, dapat saya melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna. Pada masa yang
sama, saya sedar bahawa banyak kegiatan, walaupun dijalankan secara kecil-kecilan,
sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
LAMPIRAN
Risalah Kompleks Kraf Tangan Kuala Lumpur
Saya mewarnakan batik bersama seorang rakan
Proses mengeringkan kain batik dengan menggunakan pengering.
Corak dan motif batik
Produk Hasil Batik yang dijual di gerai Puan Hafsahlinda
Corak dan motif Batik
RUJUKAN:
1. Internet:
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Batik
2. Melawat Tempat Kajian:
- Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala
Lumpur.
3. Orang Sumber:
- Puan Hafsahlinda Abu Bakar, 30 tahun, KM26, Jalan Kluang, 86400 Parit
Raja, Johor.
4. Buku Ilmiah:
- Mazlan Othman, Rahmat Salihon dan Ruzitah Tapah, 2007. Pendidikan
Seni Visual KBSM Tingkatan 3. Shah Alam: Oxford Fajar.