kerja kursus geo pmr 2008 (kegiatan ekonomi)
TRANSCRIPT
Pendahuluan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan projek ini dengan sempurnanya.
Bil Kandungan Halaman
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Hasil Kajian
7. Rumusan
8. Rujukan
9. Lampiran
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Pokok Sena iaitu Encik Zolkepley bin Shahidan yang telah memberi kebenaran
kepada saya untuk menjalankan Kerja Khusus Geografi 23/2 ini. Saya juga ingin berterima kasih
kepada Puan Norhaiza bt Mohamad, guru Geografi yang sentiasa memberi dorongan dan
bimbingan kepada saya dalam menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada Cik Zahira selaku
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Pulau Pinang yang sudi ditemubual dan
memberi maklumat serta kerjasama sepenuhnya semasa kajian ini dijalankan.
Selain itu, saya ingin merakamkan rasa terhutang budi yang tidak terhingga kepada ibu
bapa yang telah memberi bantuan dari segi kewangan dan memberi sokongan moral kepada saya
untuk menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-
rakan sekelas saya yang telah memberi sokongan dan kerjasama yang sangat membanggakan
dalam menyiapkan laporan kajian ini. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih sekalung budi.
Objektif kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
a) Mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis-jenis kegiatan ekonomi yang
dijalankan di kawasan Bayan Lepas, Pulau Pinang dan di negara Jepun.
b) Menerangkan sumbangan kegiatan ekonomi terhadap kawasan Bayan Lepas,
Pulau Pinang dan di negara Jepun.
c) Menyatakan kesan-kesan kegiatan ekonomi di kawasan Bayan Lepas, Pulau
Pinang dan negara Jepun terhadap alam sekitar.
d) Menerangkan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di
kawasan Bayan Lepas, Pulau Pinang dan negara Jepun terhadap alam sekitar.
Kawasan kajian
Kawasan kajian saya terletak di Negeri Pulau Pinang. Ibu negeri bagi Negeri
Pulau Pinang adalah George Town. Bayan Lepas adalah salah satu kawasan perindustrian
yang terkenal di Pulau Pinang.
Negara yang menjadi perbandingan dalam kajian ini adalah Negara Jepun. Jepun
terletak di benua Asia, antara negara Asia yang termaju di dunia. Ibu Negara bagi Negara
ini adalah Tokyo.
Di bawah menunjukkan peta lakaran lokasi kawasan kajian saya dalam peta
Bayan Lepas. Kawasan kajian saya meliputi kawasan Pulau Pinang yang terletak di
bahagian Pantai Barat Laut Semenanjung Malaysia. Jarak kawasan kajian terletak 40 km
dari rumah saya dan 12 km dari George Town. Selain itu, mempunyai bentuk muka bumi
kawasan kajian adalah rata dan terletak hampir dengan pinggir pantai Seagate. Pandangan
darat lanskap semulajadi berubah kesan dari pembangunan perindustrian.
Hasil kajian
PERBANDINGAN JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN
BAYAN LEPAS DENGAN KAWASAN DI NEGARA JEPUN
Bayan Lepas adalah kawasan perindustrian yang penting di Pulau Pinang dan
negara Malaysia. Selain itu, Bayan Lepas juga merupakan kawasan Zon Perdagangan
Bebas. Kawasan Bayan Lepas mempunyai pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang
dijalankan oleh penduduk di sekitarnya. Antara jenis kegiatan ekonomi yang banyak
terdapat di kawasan ini adalah kegiatan perindustrian.
Terdapat sebanyak 251 kilang beroperasi di kawasan ini. Saya telah membuat
analisa dan mengambil 6 jenis kilang yang menghasilkan produk elektrik, elektronik,
bahan kimia, mesin dan fabrik.
Jenis kilang Jenis produk Jumlah
Elektronik dan Elektrikal Microcip, litar komputer dan
barangan elektrik
76
Chemicals / Fertilizers Bahan kimia dan baja kimia 9
Automation Machinery &
Percision Tooing
Jentera dan mesin berat 48
Barangan Plastik Alatan plastik 10
Fabricated Metal Besi tempa, dawai 35
Pulpa dan Kertas Kertas dan papan lapis 11
Bilangan Jenis Kilang Yang Beroperasi di Sekitar Bayan Lepas
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Jenis Kilang
Jum
lah
Elektronik dan Elektrikal
Chemicals / Fertilizers
Automation Machinery &Percision Tooing
Barangan Plastik
Fabricated Metal
Pulpa dan Kertas
Jepun merupakan sebuah Negara perindustrian yang paling maju di dunia. Sektor
perindustrian di Jepun menghasilkan pelbagai barangan dan produk antaranya barangan
kejuruteraan permotoran dan jentera, mesin berteknologi tinggi, kapal-kapal penumpang,
bahan kimia, elektrik dan sebagainya.
Menerusi kaedah rujukan internet dan buku rujukan, saya merumuskan bahawa
kawasan perindustrian di Jepun dapat dilihat dalam jadual di bawah.
Kawasan Perindustrian Jenis Industi
Kawasan perindustrian Keihin Besi dan keluli, membina dan membaiki
kapal, bahan kimia, tekstil, makanan dan
kejututeraan elektrik
Kawasan perindustrian Hanshin Tekstil, kejuruteraan, besi dan keluli, petro
kimia, sutera dan kain
Kawasan perindustrian Kitakyushu Kapal, besi dan keluli, kejuruteraan elektrik,
bahan kmia dan makanan
Kawasan perindustrian Chukyo Kain kapas dan sutera, bahan kimia, kereta
dan makanan minuman
PERBANDINGAN SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN
BAYAN LEPAS DENGAN KAWASAN DI NEGARA JEPUN
Menberikan Peluang Pekerjaan
Dengan adanya kegiatan perindustrian, kewangan, pendidikan, perdagangan serta
pengangkutan di kedua-dua kawasan kajian telah membuka banyak peluang pekerjaan
seperti pengurus, akuantan, jurutera, kerani, operator pengeluaran, guru, pegawai bank,
tukang masak, pemandu lori, jurujual serta banyak lagi jenis pekerjaan. Kedua-dua
kawasan kajian telah memberikan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
mahupun pekerja asing. Contoh, di Bayan Lepas perindustrian memberi peluang
pekerjaan dalam bidang Industri kepada 101, 110 penduduk (unit pembangunan
ekonomi). Di Jepun, 60% penduduk terlibat dalam bidang industri.
Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk
Kegiatan-kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan kajian sememangnya telah dapat
meningkatkan taraf hidup penduduk di sekitar kawasan ini. Dengan adanya pekerjaan,
maka kuasa beli penduduk juga telah meningkat. Ini dapat dilihat dengan wujudnya pasar
raya besar seperti Giant, Jusco, Quens Bay dan lain-lain di kawasan ini. Penduduk di
kedua-dua kawasan kajian juga mampu menikmati taraf hidup yang lebih selesa bersama
keluarga. Kawasan petempatan yang banyak dimajukan memberi ruang hidup yang
sempurna. Demikian juga negara Jepun yang menikmati hidup rakyat negara maju kesan
dari perindustrian.
Meningkatkan Infrastuktur
Pembangunan kegiatan ekonomi di kedua-dua kawasan kajian didapati telah memberi
sumbangan terhadap peningkatan infrastruktur seperti kemudahan pengangkutan dan
perhubungan, kemudahan elektrik dan air, sekolah-sekolah, masjid, dewan orang ramai,
balai polis dan sebagainya. Jalan pengangkutan di kawasan perindustrian dengan
berkembangnya sektor perindustrian, tahap teknologi dikedua-dua kawasan kajian juga
telah berkembang dengan pesatnya dibina secara terancang dan moden bagi kemudahan
perkilangan sekaligus penduduk dapat menikmatinya. Negara Jepun mempunyai
rangkaian pengangkutan dan perhubungan yang moden dan canggih. Contohnya sistem
kereta api di Jepun yang moden dan laju seperti penggunaan Bullet Train.
PERBANDINGAN KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN
BAYAN LEPAS DENGAN KAWASAN DI NEGARA JEPUN
Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Di Kawasan Bayan Lepas
Pembangunan yang semakin pesat dalam bidang kegiatan ekonomi telah membawa
beberapa kesan yang negatif terhadap alam sekitar di kawasan ini. Saya telah
menjalankan kaedah soal selidik dengan memberikan borang soal selidik kepada 20
orang responden yang tinggal berdekatan. Daripada hasil dapatan, saya telah
mengenalpasti beberapa kesan negatif kegiatan-kegiatan ekonomi ini terhadap alam
sekitar. Ianya dapat dilihat dalam jadual dan carta pai di bawah.
Jenis Pencemaran Bilangan Responden
Sampah sarap 18
Pencemaran udara 16
Pencemaran air 12
Perubahan pandang darat 8
Kesan rumah hijau 6
Hujan asid 14
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Di Kawasan Bayan Lepas
24%
22%16%
11%
8%
19% Sampah sarap
Pencemaran udara
Pencemaran air
Perubahan pandang darat
Kesan rumah hijau
Hujan asid
Melalui pemerhatian saya telah mendapati bahawa kegiatan ekonomi seperti
aktiviti perdagangan di Bayan Lepas telah menyebabkan longgokan-longgokan sampah
sarap seperti kertas, plastik, botol dan aluminium. Aktiviti perkilangan juga didapati
menimbunkan bahan-bahan buangan kilang mereka di sekitar kawasan tersebut.
Pencemaran udara di kawasan Bayan Lepas banyak berpunca daripada asap
kenderaan bermotor, asap daripada kilang, bahan kimia, dan butiran halus seperti debu
yang dilepaskan ke udara. Ruang udara tercemar dengan gas karbon dioksida dan karbon
monoksida.
Pencemaran air berlaku di laut terutama yang berlaku di pinggir laut di sekitar
kawasan Bayan Lepas. Persisiran pinggir pantai di kawasan ini didapati agak keruh dan
terdapat kilang-kilang di pantai itu yang membuang sisa kilang mereka terus ke dalam
laut. Terdapat juga longkang-longkang yang tersumbat dan kotor kesan dari pembuangan
sampah dari kilang.
Kesan-kesan Kegiatan Ekonomi Di Negara Jepun
Sebagai sebuah negara perindustrian yang paling maju, negara Jepun juga tidak
terlepas daridapa memberi kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan-kesan yang
dihadapi oleh negara Jepun termasuk masalah pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan
lapisan ozon, hujan asid masalah kepupusan sumber.
Menurut satu laporan di dalam sebuah laman web, ada dinyatakan suatu kesan
yang dahsyat telah menimpa penduduk Jepun telah membuang sisa toksik ke dalam laut
dan telah mencemarkan ikan di laut tersebut yang menjadi sumber protein. Akhirnya
penduduk sekitar kawasan tersebut telah menerima kesan seperti kecacatan dalam
kelahiran serta keguguran bayi.
PERBANDINGAN LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN
KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN BAYAN LEPAS DENGAN KAWASAN
DI NEGARA JEPUN
Kitar Semula
Kitar semula merupakan aktiviti menggunakan atau memproses semula bahan-bahan
yang telah digunakan. Terdapat banyak jenis bahan buangan daripada aktiviti ekonomi di
sekitar kawasan Bayan Lepas ini boleh dikitar semla mahupun diproses dan dijadikan
barangan baru.
Antara barang yang boleh dikitar semula ialah kertas, botol kaca, plastik, serta
barangan alumunium yang dibuang daripada kilang-kilang mahupun kedai-kedai yang
beroperasi di sekitar kawasan ini. Barangan seperti kertas, kaca dan alumunium boleh
juga diproses menjadi barang baru ini dapat memaksimunkan pengunaan barangan
tersebut serta dapat menjimatkan sumber. Agensi yang terlibat dengan kitar semula
seperti Malaysia Newsprint Industry Sdn Bhd dan Alam Flora Sdn Bhd.
Penguatkuasaan Undang-Undang
Kerajaan Malaysia telah mengubal pelbagai undang-undang untuk melindungi
alam sekitar antaranya adalah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Ianya merupakan
perundangan secara menyeluruh tentang alam sekitar. Akta ini telah menetapkan bahawa
segala aktiviti yang berpotensi menjejaskan alam sekitar harus dikawal dan dibendung.
Di negara Jepun, Undang-undang Kualiti Air dan Undang-undang Kawalan Buangan
Industri 1958 telah diwartakan untuk mengawal keselamatan dan kualiti air. Terdapat
juga Undang-undang Asas Bagi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar 1983 serta Undang-
undang Sungai 1964 yang memberi penekanan kepada pembangunan sumber air dan
empangan.
Kempen Menjaga Alam Sekitar
Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan untuk mengurangkan kesan negatif
aktiviti ekonomi di kawasan Bayan Lepas ini adalah dengan mengadakan kempen. Para
pekilang, usahawan, peniaga serta orang ramai mesti digalakkan supaya lebih berwaspada
tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar
memainkan peranan yang besar dalam menjalankan kempen dan pendidikan alam sekitar.
Kempen alam sekitar ini boleh dijalankan melalui aktiviti ceramah, pameran, kem
kesedaran, bengkel alam sekitar, serta kempen melalui media cetak atau elektronik.
Dengan adanya kempen-kempen seumpama ini diharapkan dapat membuka mata
masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar khususnya yang mereka terlibat
secara langsung dalam kegiatan ekonomi yang berpotensi mencemarkan alam sekitar.
Rawatan Air di Jepun
Dengan teknologi yang canggih, sebanyak 53 juta metrik padu sisa air boleh dirawat
sehari di Jepun. Air yang dirawat digunakan semula sebagai air siraman membasuh dan
tandas dan industri. Jepun juga mengamalkan rawatan air secara biologi dan ozonisasi
untuk mengeluarkan bauran rasa yang tidak diingini daripada air terpakai.
Pembersihan Tasik di Jepun
Langkah-langkah pembersihan tasik dilaksanakan melalui Pengurusan Lembangan
Saliran. Kerja-kerja ini termasuklah membersihkan air tasik dan meneutrakan
keasidannya, mengawal pembiakan rumpai dalam tasik, mengorek dasar tasik bagi
mengurangkan pemendapan seperti di Tasik Kasumigaura dan Tasik Kemayama.
Perundangan
Undang-undang Kawalan Kualiti Air dan Undang-undang Kawalan Buangan Industri
1958 di wartakan untuk mengawal keselamatan dan kualiti bekalan air. Enakmen dan
undang-undang ini, pembangunan lestari, iaitu pembangunan pesat dengan kualiti alam
sekitar di pelihara dapat dilaksanakan dengan berkesan di Jepun.
Rumusan
Sesungguhnya, kajian itu telah menberikan banyak kesan yang positif. Melalui
kajian ini, saya telah mengetahui tentang kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan di
kawasan perindustrian serta di sebuah negara yang dibandingkan iaitu Jepun. Kajian ini
juga memberi saya maklumat tentang sumbangan-sumbangan kegiatan ekonomi tersebut.
Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut
terhadap alam sekitar serta langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan
ekonomi tersebut terhadap alam sekitar.
Saya telah mengalami pengalaman yang amat berguna dalam pembelajaran
geograri dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha mendapatkan data dan
maklumat berkaitan denga kawasan kajian saya. Maklumat-maklumat yang saya dapati
telah diproses dan dipersembahkan dalam bentuk grafik seperti jadual, graf bar dan carta
pai seperti yang telah diajar oleh guru.
Kajian ini juga telah menyedarkan saya bahawa kita seharusnya merasa
bersyukur terhadap persekitaran kita. Jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang
kurang bernasib baik, kawasan tempat tinggal saya adalah jauh lebih bertuah kerana
mempunyai kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta
penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa yang ada
dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh mencemarkan persekitaran kita.
Kawasan tempat tinggal yang sempurna mencerminkan penduduknya yang sentiasa
menghargainya.
Disediakan oleh [email protected]