epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/f/f4/gpat_jkr_bagi_bangunan... · 2016-03-25 · garis...
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
1
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR
BAGI BANGUNAN KERAJAAN
Disediakan Oleh:
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga
Cawangan Arkitek
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
2
PRAKATA
Program audit tenaga di bangunan kerajaan telah mula dirancang dan dilaksanakan oleh JKR
sejak tahun 2009. Hingga 2013, sejumlah 26 bangunan kerajaan telah diaudit. Perancangan
dan pelaksanaan program audit tenaga ini (sehingga 2012) telah dirancang secara berasingan
oleh beberapa Cawangan di dalam Sektor Pakar tanpa mengambil kira keperluan masa dan
keupayaan tenaga kerja cawangan-cawangan lain untuk melaksanakan kerja audit tenaga
tersebut. Kesan daripada perancangan program audit tenaga yang tidak diselaraskan ini,
permasalahan-permasalahan berikut berlaku:
a. Perancangan dan tatacara pelaksanaan yang berbeza oleh setiap cawangan yang
melaksanakan program audit tenaga.
b. Format laporan audit tenaga yang tidak seragam dihasilkan oleh setiap cawangan.
c. Terdapat kesilapan di dalam laporan audit tenaga yang diserahkan kepada
pelanggan.
d. Pelanggan tiada panduan pihak manakah yang bertanggungjawab di dalam
pelaksanaan program audit tenaga di JKR.
e. Pelanggan terpaksa berdepan dengan pelbagai cawangan pada waktu yang berbeza
apabila pelaksanaan audit tenaga dilaksana pada waktu yang berbeza di bangunan
yang sama.
Berdasarkan daripada permasalahan yang dikenalpasti, Penyataan Masalah seperti berikut
boleh disimpulkan, iaitu: JKR tidak mempunyai penyelarasan di dalam merancang dan
melaksanakan program audit tenaga di bangunan-bangunan kerajaan.
Permasalahan-permasalahan yang disenaraikan telah menjejaskan reputasi JKR di mata
pelanggan. Oleh itu, Jawatankuasa Kerja Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui JKR
Malaysia (JKK EE&RE) yang diletakkan di bawah Jawatankuasa Induk Pembangunan
Lestari JKR (JKIPL) telah memutuskan bahawa Standard Operating Procedure untuk kerja
Audit Tenaga perlu dibangunkan bagi mengelakkan permasalahan-permasalahan tersebut
berlaku dan berulang. Standard Operating Procedure telah diberi nama Garis Panduan Audit
Tenaga JKR (GPAT) Bagi Bangunan Kerajaan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
3
SEKALUNG PENGHARGAAN
Penyediaan Garis Panduan Audit Tenaga JKR (GPAT) Bagi Bangunan Kerajaan
merupakan salah satu aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Kerja Kecil
Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui JKR (JKK EE & RE) yang diwujudkan di
bawah Jawatankuasa Induk Pembangunan Lestari JKR Malaysia (JKIPL). Ahli-ahli
Jawatankuasa yang terlibat di dalam penyediaan GPAT ini terdiri daripada pegawai-pegawai
JKR Malaysia yang bertugas di dalam pelbagai unit dan cawangan, iaitu:
i. Unit Perunding Kecekapan Tenaga Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE)
– Urusetia.
ii. Unit Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui, Cawangan Kejuruteraan
Mekanikal (CKM).
iii. Bahagian Khidmat Pakar (Kecekapan Tenaga), Cawangan Alam Sekitar dan
Kecekapan Tenaga (CAST).
iv. Unit Pembangunan Kepakaran dan Teknologi Bangunan, Cawangan Arkitek (CA).
v. Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB).
Ahli Jawatankuasa EnMS 50001 JKR dan Ahli Jawatankuasa Penyediaan Dokumen Sistem
Pengurusan Tenaga JKR juga terlibat di dalam penyediaan GPAT ini. Penglibatan kedua-dua
jawatankuasa ini adalah berdasarkan bahawa GPAT akan melengkapkan dokumen yang
dibangunkan oleh mereka.
Selain daripada itu, pemantapan GPAT ini telah dilaksanakan bersama di bawah satu
program yang dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM)
(koleborasi bersama Universiti Teknologi Malaysia) iaitu Value Creation Acceleration
through Creativity and Innovation Experience (VACCINE).
Oleh itu, urusetia penyediaan GPAT bagi bangunan kerajaan ini ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas
sumbangan dan sokongan yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menyempurnakan dokumen GPAT ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada
En. Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin dari Cawangan Arkitek atas sumbangan menyediakan
reka bentuk muka hadapan GPAT ini.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
4
SENARAI AHLI JAWATANKUASA GPAT
i. Unit Perunding Kecekapan Tenaga Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE)
- Ir. Hj. Baihaki Bin Azraee
- Ir. Mohd Zaini Bin Abu Hassan
- En. Mohd Ainor Bin Yahya
- En. Mohamed Shahril Bin Abdul Rashid
ii. Unit Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui, Cawangan Kejuruteraan
Mekanikal (CKM).
- Ir. Dr. Abdul Murad Bin Zainal Abidin
- En. Abdul Khalid Bin Che Din
- En. Mohd Khirman Bin Khalid
- En. Norizan Bin Mohd Zain
iii. Bahagian Khidmat Pakar (Kecekapan Tenaga), Cawangan Alam Sekitar dan
Kecekapan Tenaga (CAST).
- En. Mohammad Hairi Bin Rosman
- En. Thiagarajen a/l Munusamy
- En. Abdul Halim Bin Mat Yani
iv. Unit Pembangunan Kepakaran dan Teknologi Bangunan, Cawangan Arkitek (CA).
- Dr. Nor Shahrene Binti Mohd Ibrahim
- En. Mohd Firrdhaus Bin Mohd Shahabudin
- En. Mohd Sabere Bin Sulaiman
- Pn. Hamilia Binti Selamat
v. Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB).
- Ir. Zahri Bin Pandak
- En. Mohd Adam Bin Abdullah
- En. Mohd Azrin Bin Husin
- Ir. Hj. Zulkifly Bin Yaakob
- Ir. Abdul Muiez Bin Abdullah
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
5
ISI KANDUNGAN
Prakata
Penghargaan
Senarai AhliJawatankuasa
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Carta Air
Senarai Gambar
1.0 Pengenalan
1.1 Objektif 12
1.2 Skop 13
1.3 Singkatan 13
2.0 Tanggungjawab & Peranan
2.1 Ketua Pasukan Audit Tenaga (KPAT) 16
2.2 Pasukan Audit Tenaga (PAT) 17
3.0 Peringkat Audit Tenaga
3.1 Audit Tenaga Awalan (ATA) 20
3.2 Audit Tenaga Terperinci (ATT) 20
3.3 Perbezaan Diantara ATA & ATT 21
4.0 Langkah - Langkah Keselamatan 24
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
6
5.0 Aliran Kerja Audit Tenaga 26
5.1 Perancangan Audit Tenaga 27
5.2 Perlantikan PAT 28
5.3 Mesyuarat Penyelarasan 29
5.4 Pelaksanaan Kerja Audit Tenaga 30
5.5 Penyediaan Laporan Audit Tenaga oleh PAT (mengikut disiplin PAT) 31
5.6 Penyelarasan & Penyediaan Laporan Audit Tenaga JKR 32
(Gabungan laporan daripada semua disiplin PAT)
5.7 Penyerahan Laporan Audit Tenaga JKR kepada Pelanggan 33
6.0 Lampiran
Lampiran 1 - Surat Kepada Pelanggan Untuk Mohon Maklumat Bangunan. 38
Lampiran 2 - Surat Kepada Pelanggan Untuk Maklum Tempoh Masa Aktiviti 42
Audit Tenaga Dan Butiran Mesyuarat Pembukaan.
Lampiran 3 - Surat Kepada Cawangan (Sektor Pakar) Memohon Penamaan 44
Pegawai Bagi Menganggotai PAT.
Lampiran 4 - Surat Perlantikan Sebagai PAT Kepada Pegawai Yang 46
Dinamakan.
Lampiran 5 - Surat Panggilan Mesyuarat Kepada Setiap PAT. 48
Lampiran 6 - Pelaksanaan Mesyuarat Pembukaan Bersama Pihak Pelanggan. 50
Lampiran 7 - Tatacara Kerja Audit Tenaga:
Lampiran 7-A : Senarai Peralatan Pengukuran yang Digunakan. 56
Lampiran 7-B : Merekod Data Penggunaan Tenaga menggunakan 60
Peralatan Power Logger.
Lampiran 7-C : Analisa Tarif Elektrik. 64
Lampiran 7-D : Pengiraan Pecahan Penggunaan Tenaga 68
Bangunan
Lampiran 7-E : Hasilan Audit Tenaga. 72
Lampiran 7-F : Pengiraan Intensiti Tenaga Bangunan. 78
Lampiran 7-G : Pengiraan Penjimatan Tenaga dan 82
Tempoh Bayar Balik
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
7
Lampiran 7-H : Sistem Lampu dan Pengukuran Tahap 90
Pencahayaan.
Lampiran 7-I : Peralatan Pejabat dan Domestik. 98
Lampiran 7-J : Sistem Penyaman Udara. 102
Lampiran 7-K : Sistem Lif. 134
Lampiran 7-L : Sistem Pam Air Sejuk. 138
Lampiran 7-M : Ujian Penyusupan Udara Luar ke 142
Dalam Bangunan.
Lampiran 7-N : Sistem Pasif / Prestasi Bangunan. 154
Lampiran 7-O : Pengiraan Overall Thermal Transfer Value & 162
Roof Thermal Transfer Value
Lampiran 7-P : Kaji Selidik Keselesaan Pengguna 168
Lampiran 7-Q : Penilaian Sistem Pengurusan Tenaga. 176
Lampiran 8 - Senarai Semak Mesyuarat Penutup Bersama Pelanggan. 186
Lampiran 9 - Format Laporan Audit Tenaga JKR. 190
Lampiran 10 - Proses Semakan Laporan Audit Tenaga JKR. 194
Lampiran 11 - Surat Penyerahan Laporan Audit Tenaga JKR & Borang 196
Maklumbalas Pelanggan Kepada Pihak Pelanggan
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
8
SENARAI JADUAL:
Jadual 1 : Pasukan Audit Tenaga (PAT) 17
Jadual 2 : Perbezaan antara Audit Tenaga Awalan dan 21
Audit Tenaga Terperinci
Jadual 3 : Gred dan Kelayakan Chargeman 60
Jadual 4 : Anggaran Kadar Penggunaan Tenaga bagi Bangunan Kerajaan 69
Jadual 5 : Analisa Bil Elektrik Tahunan bagi Satu Bangunan 78
Jadual 6 : Contoh Jadual Langkah Penjimatan Tenaga 85
Jadual 7 : Purata Penggunaan Tenaga untuk Peralatan Pejabat 98
Bagi 10 Jam Sehari
Jadual 8 : COP minima bagi Water Cooled Unitary Air Conditioners 120
(Electrically Driven)
Jadual 9 : Faktor Orientasi Solar 163
Jadual 10 : Absorptiviti Solar bagi Dinding Tidak Telus 164
Jadual 11 : The Equivalent Temperature Difference (TDeq) bagi 165
Pelbagai Jenis Bumbung
Jadual 12 : Faktor Orientasi Bumbung dan Kecerunan Skylight 165
Jadual 13 : Jadual Penilaian Pengurusan Tenaga 179
Jadual 14 : Format Laporan Audit Tenaga JKR 190
SENARAI RAJAH:
Rajah 1 : Anggaran Pecahan Penggunaan Tenaga bagi Bangunan 70
Kerajaan
SENARAI CARTA ALIR:
Carta Alir 1 : Aliran Kerja Audit Tenaga 26
Carta Alir 2 : Proses Semakan Laporan Di Antara KPAT & PAT 194
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
9
SENARAI GAMBAR:
Gambar 1 : Power Logger 56
Gambar 2 : Clamp Meter 56
Gambar 3 : Lux Meter 56
Gambar 4 : Data Logger 57
Gambar 5 : Sling Thermometer 57
Gambar 6 : CO2 Meter 57
Gambar 7 : Flow Meter 58
Gambar 8 : Mesin Penimbang 58
Gambar 9 : Timer 58
Gambar 10 : Contoh Penggunaan Power Logger 61
Gambar 11 : Skematik Pemasangan Power Logger pada Papan Suis Utama 61
Gambar 12 : Sambungan Kabel Power Logger pada Papan Suis Utama 62
Gambar 13 : Bil Elektrik Menunjukkan Terdapat Penalti Caj 65
Sambungan Beban (Connected Load Charge)
Gambar 14 : Bil Elektrik Menunjukkan Terdapat Penalti Faktor 66
Kuasa Rendah (Power Factor Surcharge)
Gambar 15 : Bacaan Suhu Masuk dan Keluar Bagi Chilled Water 106
dan Condenser Water Untuk Chiller
Gambar 16 : Pemasangan Data Logger pada On-Coil 108
Gambar 17 : Pemasangan Data Logger pada Off-Coil 108
Gambar 18 : Data Logger Dilekatkan pada Dinding Ruang Pejabat 109
Gambar 19 : Kedudukan Butang Hitam Data Logger 109
Gambar 20 : Penentuan Bacaan Suhu bagi Ruang Pejabat Yang Luas 110
Gambar 21 : Penentuan Bacaan Suhu bagi Ruang Pejabat Yang Kecil 110
Gambar 22 : Memutarkan Sling Thermometer untuk 111
Mengambil Bacaan Suhu
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
10
Gambar 23 : Kedudukan Skala Suhu Wet Bulb dan Dry Bulb 111
Pada Sling Thermometer
Gambar 24 : Nilai CO2 Yang Terdapat pada CO2 Meter 112
Gambar 25 : Cara Mengambil Bacaan Halaju Udara 113
pada Filter On-Coil AHU atau WCP
Gambar 26 : Filter yang perlu Diambil Bacaan Halaju Udara 114
Gambar 27 : Proses Pengiraan Kadar Air Terkondensasi 144
Gambar 28 : Proses Pengukuran Kandungan Wap Air Dalam 145
Udara Luar dan Udara Dalam Bangunan
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
11
PENGENALAN
1.0
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
12
1.0 PENGENALAN
GPAT ini merangkumi dan mengambil kira pelbagai proses kerja audit tenaga yang
dilaksanakan oleh pelbagai disiplin di dalam JKR terhadap sistem atau peralatan yang
biasanya dipasang dan digunakan di dalam bangunan kerajaan. Berikut adalah
objektif pembangunan dan skop penggunaan dokumen GPAT:
1.1 OBJEKTIF
i. Menyediakan satu dokumen yang boleh dijadikan panduan di dalam
pelaksanaan program audit tenaga.
ii. Menggalakkan audit tenaga dijalankan pada bangunan kerajaan.
iii. Mencadangkan langkah-langkah penjimatan tenaga dan seterusnya
mengurangkan penggunaan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan.
iv. Meningkatkan mutu rekabentuk bangunan kerajaan agar menjadi lebih
cekap tenaga melalui maklumat serta data yang diperolehi dari audit
tenaga.
v. Meningkatkan kefahaman rekabentuk, pemantauan dan penggunaan
bangunan cekap tenaga melalui pelaksanaan audit tenaga.
vi. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman di kalangan kakitangan awam
tentang penggunaan tenaga lestari.
vii. Menyediakan data-data yang diperlukan bagi Sistem Pengurusan Aset
Tak Alih (My-SPATA)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
13
1.2 SKOP
i. Garis panduan ini boleh digunapakai pada mana-mana bangunan
kerajaan sama ada dipilih atau tertakluk kepada peraturan dan/atau akta
berkaitan pengauditan penggunaan tenaga.
ii. GPAT ini juga boleh dijadikan sebagai panduan oleh Pengurus Tenaga
di sesuatu bangunan untuk memuatkan program audit tenaga di dalam
Program Pengurusan Tenaga.
iii. Pegawai yang ingin mendapatkan pentauliahan sebagai Pengurus
Tenaga Elektrik Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga boleh
menggunakan GPAT ini sebagai rujukan.
1.3 SINGKATAN
CKE - Cawangan Kejuruteraan Elektrik
CKM - Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
CA - Cawangan Arkitek
CAST - Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga
CKS - Cawangan Kejuruteraan Senggara
CSFB - Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan
ST - Suruhanjaya Tenaga
GPAT - Garis Panduan Audit Tenaga
PAT - Pasukan Audit Tenaga
KPAT - Ketua Pasukan Audit Tenaga
PPE - Personal Protective Equipment
RH - Relative Humidity (Kelembapan Relative)
LPI - Lighting Power Intensity
SPI - Socket Power Intensity
kWj - Kilowatt jam
Btu/hr - British Thermal Unit / hours
Btu/Ib - British Thermal Unit / pound
AHU - Air Handling Unit
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
14
LCWT - Leaving Chiled Water Temperature
ECWT - Entering Chiled Water Temperature
BEI - Building Energy Intensity
ACPI - Air Conditioning Power Intensity
COP - Coefficient of Performance
IES - Integrated Environment Solution
HVAC - Heating, Ventilation and Air Conditioning
LA - Full Load Amp
LRA - Lock Rotor Amp
ASHRAE - American Society of Heating, Refrigerating and
Air Conditioning Engineers
VLT - Visible Light Transmittance
MSB - Main Switchboard
Pf - Power Factor
TNB - Tenaga Nasional Berhad
VAV - Variable Air Volume
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
15
TANGGUNGJAWAB DAN
PERANAN
2.0
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
16
2.0 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN
Terdapat dua (2) pasukan yang memainkan peranan utama di dalam menjalankan
program dan kerja audit tenaga JKR di bangunan kerajaan, iaitu:
i. Ketua Pasukan Audit Tenaga (KPAT).
ii. Pasukan Audit Tenaga (PAT).
Kedua-dua pasukan ini mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing.
2.1 KETUA PASUKAN AUDIT TENAGA (KPAT)
Ketua Pasukan Audit Tenaga (KPAT) JKR terdiri daripada pegawai di
Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB). CSFB dipertanggung-
jawabkan untuk merancang dan menyelaras program audit tenaga JKR di
bangunan kerajaan. KPAT adalah pusat rujukan di dalam JKR jika ada
pemilik/pengurus bangunan yang memerlukan kepakaran JKR bagi
melaksanakan audit terhadap penggunaan tenaga di bangunan mereka.
Perancangan dan penyelarasan ini tidak terhad kepada bangunan yang ingin
diaudit secara sukarela, namun ianya meliputi bangunan yang dirancang
sendiri oleh JKR bagi mencapai sasaran KPI KPKR di dalam pelaksanaan
Program Penjimatan Tanpa Kos di bangunan kerajaan. Di dalam menjalankan
kerja audit tenaga ini, KPAT akan dibantu oleh PAT yang berperanan
melaksanakan audit tenaga berdasarkan disiplin atau kepakaran PAT tersebut.
GPAT yang dibangunkan ini boleh dijadikan rujukan oleh KPAT di dalam
merancang program (di mana berkaitan) di bangunan kerajaan.
KPAT juga bertanggungjawab menyediakan laporan audit tenaga JKR yang
akan diserahkan kepada pelanggan untuk tindakan selanjutnya. Laporan yang
disediakan ini berdasarkan (gabungan) laporan audit tenaga yang disediakan
oleh PAT mengikut disiplin, kepakaran dan tugas masing-masing seperti yang
dipersetujui semasa pembangunan GPAT ini.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
17
2.2 PASUKAN AUDIT TENAGA (PAT)
Pasukan Audit Tenaga (PAT) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
kerja audit tenaga mengikut disiplin, kepakaran dan tugas PAT tersebut. PAT
yang terlibat di dalam menjalankan kerja audit tenaga di bangunan kerajaan
mengikut disiplin, kepakaran dan tugas yang telah dipersetujui semasa
pembangunan GPAT ini adalah seperti Jadual 1 di bawah:
Bil. Cawangan Disiplin Tugas (Skop Audit)
1. Cawangan Kejuruteraan
Mekanikal (CKM)
Mekanikal Sistem Penghawa Dingin, Sistem
Lif, Sistem Pam Air.
2. Cawangan Kejuruteraan
Elektrik (CKE)
Elektrik Sistem Lampu (Luaran &
Dalaman), Peralatan Pejabat &
Domestik, Analisa Tarif.
3. Cawangan Arkitek (CA) Arkitek Sistem Pasif, Kaji Selidik
Keselesaan Pengguna.
4. Cawangan Alam Sekitar &
Kecekapan Tenaga (CAST)
Pelbagai Ujian Penyusupan Udara Luar ke
Dalam Bangunan
5. Cawangan Senggara Fasiliti
Bangunan (CSFB)
Pelbagai Pecahan Tenaga Keseluruhan,
Imbangan Tenaga Keseluruhan,
Sistem Pengurusan Tenaga.
Jadual 1: Pasukan Audit Tenaga (PAT)
Setiap PAT perlu menyenaraikan cadangan penjimatan tenaga (tanpa kos &
dengan kos) bagi setiap sistem dan perlu mengira jumlah penjimatan tenaga
bulanan/tahunan daripada setiap cadangan penjimatan tenaga yang
dicadangkan. Juga pengiraan tempoh bayaran balik daripada pelaburan ke atas
cadangan penjimatan tenaga dengan kos.
Skop pelaksanaan kerja audit tenaga dan format penyediaan laporan oleh
setiap PAT boleh dirujuk di dalam Lampiran 9.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
18
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
19
PERINGKAT AUDIT TENAGA
3.0
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
20
3.0 PERINGKAT AUDIT TENAGA
Audit tenaga merupakan salah satu proses kerja utama di dalam pelaksanaan
pengurusan tenaga, iaitu pelaksanaan kajian bagi mengenal pasti di mana, bila dan
berapa banyak tenaga telah digunakan di dalam sesebuah bangunan. Hasil daripada
audit tenaga ini, cadangan bagaimana untuk mengurangkan kos penggunaan tenaga di
bangunan berkenaan dapat disenaraikan. Ada dua peringkat audit tenaga, iaitu:
3.1 Audit Tenaga Awalan
Audit Tenaga Awalan ialah proses yang digunakan untuk memberikan
gambaran awal tentang potensi penjimatan tenaga menerusi pemeriksaan
visual premis termasuk bahagian luar bangunan, sistem penyaman udara,
pencahayaan, pemeteran, automasi bangunan, penyenggaraan bangunan dan
faktor lain yang mempengaruhi penggunaan tenaga di dalam bangunan.
Perbezaan utama antara menjalankan Audit Tenaga Awalan dengan Audit
Tenaga Terperinci, yang akan dibincangkan dalam perenggan berikutnya ialah
tahap perincian dalam pengumpulan, pemprosesan dan pemodelan data. Oleh
itu, kebolehpercayaan hasil Audit Tenaga Awalan tidaklah setinggi yang
diperoleh daripada Audit Tenaga Terperinci.
3.2 Audit Tenaga Terperinci
Audit Tenaga Terperinci ialah proses penganalisaan secara terperinci tentang
bagaimana tenaga digunakan dan potensi penjimatan tenaga (tanpa kos dan
dengan kos) dengan anggaran penjimatan, teknologi yang akan digunakan dan
prosedur pelaksanaan. Audit Tenaga Terperinci melibatkan penyiasatan
mendalam tentang bagaimana tenaga digunakan pada masa itu, dan
pengenalpastian pelbagai Langkah Penjimatan Tenaga (Energy Saving
Measures - ESM). Ia juga memberikan pengiraan anggaran kos dan pengiraan
Tempoh Bayar Balik Mudah untuk semua ESM yang disyorkan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
21
Audit Tenaga Terperinci melibatkan empat langkah utama berikut;
i. Mesyuarat permulaan.
ii. Pengumpulan data.
iii. Pengagihan beban kegunaan akhir.
iv. Pengenalpastian Langkah Penjimatan Tenaga.
v. Pelaporan dan penyampaian.
3.3 Perbezaan diantara Audit Tenaga Awalam & Audit Tenaga Terperinci
Jadual 2 di bawah menunjukkan perbezaan di antara Audit Tenaga Awalan
dan Audit Tenaga Terperinci.
Jadual 2: Perbezaan Antara Audit Tenaga Awalan Dan Audit Tenaga Terperinci
Bil. Proses Kerja Audit Tenaga
Awalan
Audit Tenaga
Terperinci
1. Analisa Meja (Desktop Analysis) √ √
2. Pemeriksaan secara visual √ √
3. Mesyuarat Permulaan √ √
4. Pengumpulan Data (Menggunakan
Power Logger) X √
5. Pengagihan beban kegunaan akhir X √
6.
Mengenalpasti & Mencadangkan
Langkah Penjimatan Tenaga (Tanpa
Kos)
√ √
7.
Mengenalpasti & Mencadangkan
Langkah Penjimatan Tenaga (Dengan
Kos)
X √
8. Pelaporan dan penyampaian √ √
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
22
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
23
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN
4.0
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
24
4.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Semasa kerja-kerja audit dijalankan, beberapa langkah keselamatan perlulah dipatuhi
apabila memasuki bilik-bilik peralatan Mekanikal dan Elektrikal. Antara langkah –
langkah keselamatan tersebut adalah seperti berikut:
i. Memastikan kehadiran orang kompeten (penjaga jentera – chargeman) semasa
memasuki bilik suis elektrik.
ii. Memastikan aksesori tangan seperti jam tangan serta cincin yang di pakai di
tanggalkan semasa mengendalikan papan suis.
iii. Hendaklah memakai Personal Protective Equipment (PPE) yang bersesuaian:
- memakai sarung tangan khas semasa memasang Power Logger di papan suis
utama.
- memakai but keselamatan semasa kerja-kerja audit dijalankan.
- memakai cermin mata keselamatan
iv. Hendaklah memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian untuk kerja-kerja
audit dijalankan.
v. Hendaklah memastikan rambut/tudung dalam keadaan kemas bagi mengelakkan
rambut/tudung memasuki peralatan.
vi. Hendaklah mematikan peralatan bergerak seperti blower fan, motor dan
sebagainya sebelum kerja-kerja pengukuran ke atas peralatan tersebut dijalankan.
vii. Perlu memastikan kit kecemasan dibawa bersama semasa kerja audit
dijalankan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
25
ALIRAN KERJA AUDIT
TENAGA
5.0
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
26
5.0 ALIRAN KERJA AUDIT TENAGA
Perlantikan Pasukan Audit Tenaga (PAT)
Pelaksanaan Kerja Audit Tenaga
Penyediaan Laporan Audit Tenaga oleh PAT (mengikut disiplin PAT)
Penyelarasan dan Penyediaan Laporan Audit Tenaga JKR
(gabungan laporan daripada setiap disiplin PAT)
Penyerahan Laporan Audit Tenaga JKR kepada Pelanggan
Perancangan Audit Tenaga
Mesyuarat Penyelarasan Pasukan Audit Tenaga (PAT)
Carta Alir 1: Aliran Kerja Audit Tenaga
Rujuk 5.1
Rujuk 5.2
Rujuk 5.3
Rujuk 5.4
Rujuk 5.5
Rujuk 5.6
Rujuk 5.7
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
27
5.1 Perancangan Audit Tenaga
Bil Proses Kerja Tindakan Rujuk
Lampiran
1.
Pemilihan premis / bangunan kerajaan:
i. Permohonan secara rasmi daripada pemilik /
pengurus bangunan.
ii. Pemilihan sendiri oleh JKR.
KPAT -
2.
Pemakluman niat untuk melaksanakan audit tenaga dan
menjemput ke mesyuarat penyelarasan bagi
membincangkan tarikh mesyuarat pembukaan audit
tenaga (di premis pelanggan), tempoh pelaksanaan
aktiviti audit tenaga dan membincangkan keperluan
dokumen-dokumen berkaitan (rujuk Bil.3 di bawah)
bagi membantu aktiviti audit tenaga.
KPAT Lampiran 1
3.
Merasmikan permohonan dokumen-dokumen berkaitan
bagi membantu aktiviti audit tenaga (berdasarkan
Bil.2 di atas). Maklumat-maklumat tersebut adalah
seperti berikut:
i. Bil Elektrik (sekurang-kurangnya 12 bulan).
ii. Lukisan pelan tapak kawasan bangunan.
iii. Lukisan Terpasang (As Built) (Arkitek, Elektrik
& Mekanikal).
iv. Manual Operasi & Penyelenggaraan.
v. Senarai lengkapan sistem dan peralatan elektrik
dan mekanikal (jenis, bilangan & wattage).
vi. Masa operasi bangunan.
vii. Jumlah penghuni bangunan.
viii. Langkah penjimatan tenaga yang telah diambil.
ix. Keperluan penjaga jentera (chargeman) ketika
audit tenaga.
x. Dokumen Penyata Kehendak Kerajaan (Need
Statement) sekiranya bangunan dibina
menggunakan tatacara pelaksanaan Projek Reka
& Bina.
KPAT Lampiran 2
4. Rancang audit tenaga setelah maklumat di dalam Bil.3
di atas diperolehi. KPAT -
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
28
5.2 Perlantikan PAT
Bil. Proses Kerja Tindakan Rujuk
Lampiran
1.
Kenalpasti dan mohon penamaan pegawai untuk
menanggotai PAT daripada Cawangan-Cawangan
(Sektor Pakar) yang berkepentingan berdasarkan
sistem dan perkara yang akan diaudit di bangunan
yang telah dikenalpasti.
KPAT Lampiran 3
2. Penerimaan maklumbalas Cawangan-Cawangan
tersebut.
Setiap
Cawangan
yang
dimohon
penamaan
-
3.
Perlantikan PAT kepada setiap pegawai yang
dinamakan oleh setiap cawangan yang terlibat di
dalam aktiviti audit tenaga.
KPAT Lampiran 4
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
29
5.3 Mesyuarat Penyelarasan PAT
Bil. Proses Kerja Tindakan Rujuk
Lampiran
1.
Panggilan Mesyuarat Penyelarasan bersama setiap
PAT yang telah dilantik.
KPAT Lampiran 5
2.
Perkara yang perlu dibincangkan di dalam
Mesyuarat Penyelarasan:
i. Tarikh dan tempoh masa kerja audit tenaga.
ii. Keperluan penginapan dan pengangkutan.
iii. Peralatan pengujian.
iv. KPAT isytihar sistem / peralatan dan blok
bangunan yang perlu diaudit.
v. Penentuan skop kerja yang akan
dilaksanakan oleh PAT sekiranya terdapat
skop yang berbeza seperti yang telah
dibincangkan di dalam Bab 2, Pekara 2.2.
vi. Keperluan pegawai kompeten.
vii. Penentuan pegawai yang akan
mempersembahkan penemuan awal aktiviti
audit tenaga semasa mesyuarat penutup
bersama pihak pelanggan.
KPAT &
PAT -
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
30
5.4 Pelaksanaan Kerja Audit Tenaga
Bil. Proses Kerja Tindakan Rujuk
Lampiran
1. Mesyuarat Pembukaan bersama pihak pelanggan. KPAT Lampiran 6
(Senarai Semak)
2.
Tatacara Kerja Audit Tenaga:
PAT
(mengikut
disiplin
dan tugas)
i. Senarai Peralatan Pengukuran yang Digunakan. Lampiran 7-A
ii. Merekod Data Penggunaan Tenaga menggunakan
Peralatan Power Logger. Lampiran 7-B
iii. Analisa Tarif Elektrik. Lampiran 7-C
iv. Pengiraan Pecahan Penggunaan Tenaga Bangunan. Lampiran 7-D
v. Hasilan Audit Tenaga Lampiran 7-E
vi. Pengiraan Intensiti Tenaga Bangunan. Lampiran 7-F
vii. Pengiraan Penjimatan Tenaga dan Tempoh Bayar
Balik (pengiraan cara Simple Payback Period). Lampiran 7-G
viii. Sistem Lampu Dan Pengukuran Tahap
Pencahayaan. Lampiran 7-H
ix. Peralatan Pejabat dan Domestik. Lampiran 7-I
x. Sistem Penyaman Udara. Lampiran 7-J
xi. Sistem Lif. Lampiran 7-K
xii. Sistem Pam Air Sejuk. Lampiran 7-L
xiii. Ujian Penyusupan Udara Luar Ke Dalam
Bangunan. Lampiran 7-M
xiv. Sistem Pasif / Prestasi Bangunan. Lampiran 7-N
xv. Pengiraan Overall Thermal Transfer Value (OTTV)
& Roof Thermal Transfer Value (RTTV). Lampiran 7-O
xvi. Kaji Selidik Keselesaan Pengguna. Lampiran 7-P
xvii. Penilaian Sistem Pengurusan Tenaga. Lampiran 7-Q
3. Mesyuarat Penutup bersama pihak pelanggan serta
pembentangan penemuan awal audit tenaga.
Lampiran 8 (Senarai Semak)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
31
5.5 Penyediaan Laporan Audit Tenaga oleh PAT (mengikut disiplin PAT)
Bil. Proses Kerja Tindakan Rujuk
Lampiran
1.
Setiap PAT sediakan laporan (berdasarkan skop
kerja audit tenaga setiap PAT). Penyediaan
laporan tersebut perlu mengikut format laporan
yang telah ditetapkan.
PAT Lampiran 9
2.
Setiap PAT serahkan laporan audit tenaga kepada
KPAT untuk diselaraskan menjadi Laporan Audit
Tenaga JKR.
PAT -
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
32
5.6 Penyelarasan & Penyediaan Laporan Audit Tenaga JKR (gabungan
laporan daripada semua disiplin PAT)
Bil. Proses Kerja Tindakan Rujuk
Lampiran
1.
Sediakan Laporan Audit Tenaga JKR berdasarkan
laporan audit tenaga daripada setiap PAT dan
format laporan yang telah ditetapkan.
- Contoh Laporan Audit Tenaga JKR
boleh dirujuk di
http://jpedia.jkr.gov.my/index.php/Wiki
GREEN
KPAT
Lampiran 9
2.
Semakan deraf akhir Laporan Audit Tenaga JKR
bersama setiap PAT. Rujuk proses semakan seperti
yang dicadangkan.
KPAT Lampiran 10
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
33
5.7 Penyerahan Laporan Audit Tenaga JKR kepada pelanggan.
Bil. Proses Kerja Tindakan Rujuk
Lampiran
1
Serahkan Laporan Audit Tenaga Dan Borang
Maklumbalas Pelanggan kepada pihak pelanggan.
i. Surat serah Laporan Audit Tenaga
ii. Borang Maklumbalas Pelanggan
Sila rujuk Dokumen SPB:
Prosedur Maklumbalas Pelanggan
(JKR.PK(P).11-5)
Pelanggan hanya perlu mengisi:
- Bahagian A: Butiran Responden
- Bahagian D : Penilaian Perundingan
Teknikal
Dokumen SPB yang terkini boleh dimuat
turun di http://www.jkr.gov.my/spb/
KPAT Lampiran 11
(Surat)
2
Pastikan borang maklumbalas pelanggan yang
telah lengkap diisi diterima untuk direkodkan dan
dimajukan kepada setiap PAT yang terlibat di
dalam kerja audit tenaga.
KPAT -
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
34
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
35
LAMPIRAN
6.0
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
36
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
37
SURAT KEPADA PELANGGAN
UNTUK MOHON MAKLUMAT
BANGUNAN
LAMPIRAN 1
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
38
Rujukan Fail :
Tarikh :
(Alamatkan kepada pelanggan)
Tuan,
PELAKSANAAN AUDIT TENAGA DI (isikan butiran premis berkenaan).
Perkara: Memohon Maklumat Bangunan
_____________________________________________________________________________ Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada mesyuarat/perbincangan/perbualan telefon/
minit mesyuarat pada (tarikh) mengenai perkara tersebut di atas.
2. Seperti tuan sedia maklum, pihak kami akan mengadakan satu audit tenaga di premis tuan
pada tarikh serta masa yang akan dimaklumkan kemudian.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon beberapa maklumat berkaitan premis
tuan seperti di bawah:
i. Bil Elektrik (sekurang-kurangnya 12 bulan)
ii. Lukisan terpasang (Elektrik & Mekanikal)
iii. Manual Operasi dan Penyenggaraan
iv. Senarai lengkapan Elektrik & Mekanikal (jenis, bilangan serta wattage)
v. Masa operasi bangunan
vi. Jumlah penghuni bangunan
vii. Dokumen kontrak (jika projek menggunakan peralatan/sistem cekap tenaga)
4. Pihak kami berharap agar maklumat-maklumat berkaitan dapat disediakan sebelum kerja-
kerja audit dijalankan.
5. Sebarang pertanyaan, pihak tuan bolehlah menghubungi (pegawai berkenaan) di talian
(no. telefon pegawai berkenaan).
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
39
Rujukan Fail :
Tarikh :
Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( )
KPAT
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
40
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
41
SURAT KEPADA PELANGGAN
UNTUK MAKLUM TEMPOH
MASA AKTIVITI AUDIT
TENAGA DAN BUTIRAN
MESYUARAT PEMBUKAAN
LAMPIRAN 2
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
42
Rujukan Fail :
Tarikh :
(Alamatkan kepada pelanggan)
Tuan,
PELAKSANAAN AUDIT TENAGA DI (isikan butiran premis berkenaan).
Perkara : Mesyuarat Penyelarasan Audit Tenaga
_____________________________________________________________________________
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada mesyuarat/perbincangan/perbualan telefon/
minit mesyuarat pada (tarikh) mengenai perkara tersebut di atas.
2. Seperti tuan sedia maklum, pihak kami akan mengadakan satu audit tenaga di premis tuan
pada tarikh serta masa yang akan dimaklumkan kemudian.
3. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan perlu diadakan bagi
membincangkan tarikh, masa dan perkara-perkara serta keperluan berkaitan untuk menjalankan
kerja-kerja audit tenaga tersebut. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh :
Masa :
Tempat :
4. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi (nama pegawai) di talian
(no. telefon pegawai berkenaan). Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( )
KPAT
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
43
SURAT KEPADA CAWANGAN
(SEKTOR PAKAR) MEMOHON
PENAMAAN PEGAWAI BAGI
MENGANGGOTAI PAT
LAMPIRAN 3
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
44
Rujukan Fail :
Tarikh :
(Alamatkan kepada Cawangan Pakar yang terlibat)
Tuan,
PELAKSANAAN AUDIT TENAGA DI (isikan butiran premis berkenaan).
Perkara: Permohonan Penamaan Pegawai Untuk Menganggotai Pasukan Audit Tenaga JKR
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada mesyuarat/perbincangan/perbualan telefon/
minit mesyuarat pada (tarikh) mengenai perkara tersebut di atas.
2. Untuk makluman tuan, kerja-kerja audit tenaga di (nama bangunan) akan dilaksanakan
pada (tarikh audit).
3. Sehubungan dengan itu, pihak saya selaku Ketua Pasukan Audit Tenaga JKR memohon
agar pihak tuan menamakan sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai tuan bagi menganggotai
Pasukan Audit Tenaga JKR.
4. Surat lantikan akan dikeluarkan kepada pegawai yang dinamakan.
Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( )
KPAT
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
45
SURAT PERLANTIKAN SEBAGAI
PAT KEPADA PEGAWAI YANG
DINAMAKAN
LAMPIRAN 4
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
46
Rujukan Fail :
Tarikh :
(Nama pegawai berkenaan)
Melalui:
(Alamatkan kepada Cawangan yang terlibat)
Tuan,
PELAKSANAAN AUDIT TENAGA DI (isikan butiran premis berkenaan).
Perkara : Lantikan Sebagai Ahli Pasukan Audit
Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat penamaan dari
cawangan tuan (isikan butiran surat daripada Cawangan berkenaan) adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan tuan dilantik sebagai Ahli Pasukan Audit Tenaga JKR bagi
melaksanakan kerja-kerja audit tenaga di bangunan (isikan butiran premis berkenaan).
3. Penglibatan dan pengalaman pengalaman tuan amat diperlukan bagi menjayakan kerja
Audit Tenaga ini.
Kerjasama daripada tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( )
KPAT
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
47
SURAT PANGGILAN
MESYUARAT KEPADA SETIAP
PAT
LAMPIRAN 5
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
48
Rujukan Fail :
Tarikh :
Seperti Senarai Edaran
Tuan,
PELAKSANAAN AUDIT TENAGA DI (isikan butiran premis berkenaan).
Perkara : Mesyuarat Penyelarasan Pasukan Audit Tenaga
Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat kami (rujukan
surat perlantikan PAT dan tarikh).
2. Tahniah kerana tuan telah terpilih dan dilantik menganggotai Pasukan Audit Tenaga JKR
untuk melaksanakan kerja-kerja Audit Tenaga (nama bangunan) pada (tarikh audit).
3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan
Pasukan Audit Tenaga yang akan di adakan seperti berikut:
Tarikh :
Masa :
Tempat :
4. Kehadiran dan kerjasama tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( )
KPAT
SENARAI EDARAN
(Alamat Cawangan yang terlibat dan untuk perhatian pegawai dilantik untuk sertai PAT)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
49
PELAKSANAAN MESYUARAT
PEMBUKAAN BERSAMA
PIHAK PELANGGAN
LAMPIRAN 6
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
50
SENARAI SEMAK MESYUARAT PEMBUKAAN DENGAN PELANGGAN
BIL PERKARA
1
2
3
SEMASA MEMULAKAN MESYUARAT
Kenalpasti pegawai (pangkat, gelaran) yang hadir mesyuarat.
Ucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana dapat meluangkan masa dan kerjasama
yang diberikan.
TUJUAN AUDIT TENAGA
Maklumkan kepada pelanggan bahawa audit tenaga adalah :
Mengenalpasti pola serta tahap penggunaan semasa tenaga bagi bangunan
kerajaan untuk tujuan pengumpulan data dan analisis.
Peluang bagi menjimatkan penggunaan tenaga dengan kos yang efektif dalam
konteks masih menjalankan operasi bangunan sebagaimana fungsi sebenar.
Menjadikan bangunan kerajaan lebih cekap tenaga.
SKOP AUDIT TENAGA
Merekod penggunaan tenaga bangunan dengan menggunakan power logger
(sistem pencahayaan, sistem penghawa dingin, sistem soket, lif dll)
Sistem voltan rendah dalam dan luar bangunan ( pemeriksaan pada power factor
correction board)
Sistem penghawa dingin (chiller dan AHU)
Tahap pencahayaan – jelaskan bahawa audit hanya melibatkan sistem
pencahayaan dalam dan luar bangunan sahaja.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
51
BIL PERKARA
4
5
6
Kelengkapan elektrik – jelaskan bahawa audit hanya melibatkan pengumpulan
data ke atas kelengkapan elektrik yang digunakan seperti komputer, mesin
photostat, mesin fax, printer dll. Ulangi bahawa semua pemeriksaan secara visual
sahaja dan tidak melibatkan gangguan bekalan elektrik
TEMPAT/LOKASI YANG TERLIBAT
Secara ringkas nyatakan ruang atau bilik-bilik yang terlibat seperti :
Bilik Suis Voltan Rendah, Bilik Janakuasa, Bilik Chiller, Bilik AHU, dan ruang
pejabat.
Maklumkan bahawa menurut perundangan, bilik-bilik ini mesti berkunci. Oleh
itu perlu ada pihak penyelia bangunan turut serta dengan kunci supaya dapat
akses ke dalamnya.
Maklumkan tempoh dianggarkan perlu untuk menyiapkan pemeriksaan, contohnya
sehingga petang atau dua hari.
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN DARIPADA PELANGGAN
Maklumkan kepada pelanggan:
Terdapat beberapa maklumat yang JKR perlukan bagi melengkapkan rekod audit
tenaga.
Melalui temubual semasa mesyuarat dapatkan maklum balas berkaitan maklumat
am yang diperlukan dalam Perkara 5.1, Bil. 3. Tanya satu persatu Perkara 1
hingga 8, sambil staf JKR isikan maklumat tersebut.
Borang maklumbalas pelanggan Arkitek.
Bagi maklumat yang masih belum lengkap, pohon pelanggan menyerahkannya semasa
mesyuarat penutup.
MENUTUP MESYUARAT
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
52
BIL PERKARA
Maklumkan kepada pelanggan bahawa selepas selesai audit dilaksanakan, JKR akan
mengadakan mesyuarat penutup yang ringkas bersama mereka sekali lagi. Pohon
pelanggan sediakan bilik mesyuarat untuk mesyuarat penutup. Maklumkan tarikh
dan masa dianggarkan mesyuarat penutup itu akan diadakan.
Mohon kehadiran pelanggan yang berkaitan berserta pengurusan atasan.
Terangkan bahawa dalam mesyuarat penutup:
o Penerangan secara ringkas kaedah penjimatan tenaga dan langkah-langkah
yang boleh dilaksanakan tanpa menggunakan kos
o Potensi penjimatan tenaga di bangunan tersebut
o kemukakan laporan audit tenaga kepada pelanggan
Nyatakan harapan semoga aktiviti audit tenaga ini akan memanfaatkan kedua-dua
belah pihak.
Ucapkan terima kasih sekali lagi di atas kerjasama yang diberi.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
53
TATACARA KERJA AUDIT
TENAGA
LAMPIRAN 7
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
54
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
55
SENARAI PERALATAN
PENGUKURAN YANG
DIGUNAKAN
LAMPIRAN 7 - A
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
56
A. SENARAI PERALATAN PENGUKURAN YANG DIGUNAKAN
Peralatan-peralatan yang perlu digunakan semasa audit dijalankan adalah seperti berikut:
a) Power Logger – Untuk merekod bacaan jumlah penggunaan kuasa dan tenaga
sistem lampu dan soket di papan suis utama. Gambar 1 menunjukkan contoh
power logger yang digunakan.
Gambar 1: Power Logger
b) Clamp Meter – Untuk mengambil bacaan arus (amp) di DB bagi peralatan lampu
dan soket serta peralatan penyaman udara yang menghasilkan arus malar.
Gambar 2 menunjukkan clamp meter yang digunakan.
Gambar 2: Clamp Meter
c) Lux Meter – Untuk mengambil bacaan tahap pencahayaan (lux level) di dalam
bangunan. Gambar 3 menunjukkan lux meter yang digunakan.
Gambar 3: Lux Meter
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
57
d) Data Logger – Untuk mengambil bacaan suhu dan kelembapan relatif (RH)
dalam jangka waktu yang panjang. Gambar 4 menunjukkan data logger yang
digunakan.
Gambar 4: Data Logger
e) Sling Thermometer – Untuk mengambil bacaan suhu dry bulb dan wet bulb untuk
setiap satu (1) jam. Gambar 5 menunjukkan sling thermometer yang digunakan.
Gambar 5: Sling Thermometer
f) CO2 Meter – Untuk menentukan bacaan CO2 setiap bilik. Gambar 6
menunjukkan CO2 meter yang digunakan.
Gambar 6: CO2 meter
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
58
g) Flow Meter – Untuk mengambil bacaan halaju udara. Gambar 7 menunjukkan
flow meter yang digunakan.
Gambar 7: Flow Meter
h) Mesin Penimbang – Untuk mengambil bacaan berat air terkondensasi dari AHU
dalam jangkamasa tertentu.
Gambar 8: Mesin Penimbang
i) Timer – Untuk mengira masa ketika berat air terkondensasi diambil dari AHU.
Gambar 9: Timer
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
59
MEREKOD DATA
PENGGUNAAN TENAGA
MENGGUNAKAN PERALATAN
POWER LOGGER
LAMPIRAN 7 - B
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
60
B. MEREKOD DATA PENGGUNAAN TENAGA MENGGUNAKAN POWER
LOGGER
Penjaga Jentera Elektrik atau lebih dikenali sebagai chargeman adalah diperlukan dalam
membantu juruaudit dalam pemasangan alat-alat pengukuran semasa audit. Tugas seorang
chargeman adalah mengerja, mengendali atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau
pengendalian sesuatu pepasangan elektrik mengikut sekatan voltan dan kategori perakuan
kekompetenannya termasuk, jika perlu mengeluarkan arahan bertulis (Permit to Work) kepada
orang yang bekerja di bawah kawalannya. Gred dan kelayakan seseorang chargeman adalah
seperti dalam Jadual 3 di bawah.
GRED KELAYAKAN
Sistem Voltan Tinggi (VT) – Sekatan 33kV/11kV
B4 Sistem VT
B1 Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT
B0 Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT dan Talian
Atas VT
B0-1 Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT, Talian Atas
VT dan Penyegerakkan (synchronizing) Janakuasa
VR
B0-2 Sistem VT Tanpa Stesen Janakuasa VT, Talian Atas
VT, Janakuasa segerak VR dan Talian Atas VR
Sistem Voltan Rendah (VR) – Sekatan 1000V
A4 Sistem VR Tanpa Had
A4-1 Sistem VR Tanpa Penyegerakan Janakuasa
A4-2 Sistem VR Tanpa Talian Atas dan Janakuasa Segerak
A1 Sistem VR Tanpa Stesen Janakuasa
A0 Sistem VR Tanpa Stesen Janakuasa dan Talian Atas
Jadual 3: Gred dan Kelayakan Chargeman
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
61
Gambar 10 menunjukkan contoh penggunaan Power Logger. Kaedah merekod jumlah
penggunaan kuasa bagi sistem penyaman udara, sistem lif, sistem bekalan air sejuk, sistem
lampu dan sistem soket kuasa adalah seperti berikut:
a) Lukisan Pemasangan dan layout plan dirujuk untuk mengetahui cara agihan elektrik dan
peralatan yang digunakan.
b) Tentukan agihan elektrik yang membekalkan elektrik untuk sistem penyaman udara,
sistem lif, sistem bekalan air sejuk, sistem lampu dan sistem soket kuasa.
c) Pastikan agihan elektrik tersebut tidak bercampur dengan sistem lain.
d) Pasang Power Logger pada papan suis utama yang membekalkan elektrik untuk sistem
yang hendak direkod. Gambar 11 dan Gambar 12 menunjukkan sambungan kabel pada
papan suis utama.
�
Gambar 10: Contoh Penggunaan Power Logger
Gambar 11: Skematik pemasangan Power Logger pada papan suis utama
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
62
Gambar 12 : Sambungan kabel Power Logger pada papan suis utama
e) Masukkan maklumat yang diperlukan pada power logger tersebut seperti yang terdapat di
dalam manual pengguna.
f) Bilangan hari yang telah diset pada power logger untuk diambil bacaan adalah
berdasarkan faktor jangkamasa audit. Seboleh-bolehnya power logger perlu dipasang
melebihi 24 jam bagi menentukan profil penggunaan kuasa bagi sistem yang direkod.
g) Kaedah yang sama akan digunakan untuk setiap sistem yang hendak direkod.
Untuk maklumat lanjut kaedah pemasangan serta penggunaan power logger boleh dirujuk pada
manual yang telah disediakan oleh pihak pembekal power logger tersebut. Ini adalah kerana
setiap Power Logger mungkin menggunakan kaedah yang berbeza mengikut jenama power
logger yang digunakan.
Dolphin Clip
Flexi Set
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
63
ANALISA TARIF ELEKTRIK
LAMPIRAN 7 - C
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
64
C. ANALISA TARIF ELEKTRIK
Terdapat beberapa tarif elektrik yang digunakan mengikut kategori premis pelanggan antaranya;
i. Domestic Tariff
ii. Commercial Tariff
iii. Industrial Tariff
iv. Mining Tariff
v. Street Lighting Tariff
vi. Specific Agriculture Tariff
vii. Top-up Standby Tariff
Kadar tarif elektrik elektrik terkini yang telah berkuatkuasa mulai 1 hb Januari 2014 boleh di
muat turun di: http://www.tnb.com.my/residential/pricing-and-tariff.html.
Sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada bulan April 2011, pihak
Kerajaan akan mengenakan 1% bagi Feed-in-Tariff (FiT) levi ke atas jumlah kos bil pengguna
untuk Dana Tenaga Boleh Baharu (RE) yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2011. Bermula pada
1 Januari 2014, caj ini telah dinaikkan kepada 1.6% ke atas jumlah kos bil pengguna.
Dana ini digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek-projek dan inisiatif
berhubung Tenaga Boleh Baharu dan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air.
Semasa membuat analisa terhadap bil-bil terdahulu, perkara-perkara berikut perlulah diteliti dan
diambil kira jika berkaitan;
i. Penalti Caj Sambungan Beban (Connected Load Charge)
- Dikenakan apabila penggunaan kehendak maksima (MD) kurang daripada 75% MD
yang dipohon kepada TNB/SESB. Contoh bil elektrik seperti di tunjukkan pada
Rajah 13.
ii. Penalti Faktor Kuasa Rendah (Power Factor Surcharge)
- Dikenakan apabila faktor kuasa kurang daripada 0.85. Contoh bil elektrik seperti di
tunjukkan pada Rajah 14.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
65
Gambar 13: Bil Elektrik Menunjukkan Terdapat Penalti Caj Sambungan Beban
(Connected Load Charge)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
66
Gambar 14: Bil Elektrik Menunjukkan Terdapat Penalti Faktor Kuasa Rendah
(Power Factor Surcharge)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
67
PENGIRAAN PECAHAN
PENGGUNAAN TENAGA
BANGUNAN
LAMPIRAN 7 - D
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
68
D. PENGIRAAN PECAHAN PENGGUNAAN TENAGA BANGUNAN
(LOAD APPORTIONING)
Pecahan penggunaan tenaga sesebuah bangunan adalah sangat penting bagi mengenalpasti
penggunaan tenaga setiap peralatan, fungsi dan komponen yang ada di dalam sesebuah
bangunan.
Melalui pecahan penggunaan tenaga ini, sistem yang menyumbang kepada penggunaan
tenaga yang tinggi dapat dikenalpasti dan langkah penjimatan bagi mengurangkan tenaga
sesuatu sistem yang telah dikenalpasti ini dapat diambil. Ini membolehkan penjimatan tenaga
yang tinggi dapat dicapai.
1. Kaedah Pengukuran
Penggunaan tenaga keseluruhan sesebuah bangunan dilakukan dengan mendapatkan data
melalui Power logger yang dipasang di papan suis utama (Main Switchboard, MSB)
bangunan. Power logger ini akan dipasang untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam bagi
merekodkan penggunaan tenaga pada waktu operasi bangunan dan pada waktu malam.
Sekiranya tempoh merekodkan data penggunaan tenaga ini lebih lama, data yang diperolehi
akan lebih tepat.
Sebelum pecahan penggunaan tenaga bangunan dapat dilakukan, data penggunaan tenaga
bagi bahagian elektrikal dan mekanikal perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Bahagian
elektrikal bangunan meliputi sistem pencahayaan (lampu) dan peralatan-peralatan pejabat dan
domestik. Bahagian mekanikal pula meliputi sistem lif, sistem pencegah kebakaran dan
sistem penyaman udara (pengokol, AHU, pam, menara penyejuk dan lain-lain).
2. Penggunaan Tenaga Bahagian Elektrikal
Bagi sistem pencahayaan dan peralatan pejabat, penggunaan tenaga diperolehi dengan
menggunakan clamp meter pada papan suis setiap tingkat bangunan. Kaedah ini bertujuan
untuk mendapatkan jumlah beban bagi lampu dan soket yang ada di bangunan berkenaan.
Selain itu, jumlah serta jenis lampu yang ada perlu dikenalpasti bagi mendapatkan anggaran
penggunaan tenaga yang tepat.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
69
3. Penggunaan Tenaga Bahagian Mekanikal
Bagi sistem penyaman udara bangunan, data penggunaan tenaga diperolehi melalui power
logger yang dipasang pada papan suis utama sistem penyaman udara atau pengokol (chiller)
selama 24 jam untuk mengenalpasti profil penggunaan tenaga. Bagi mendapatkan pecahan
penggunaan tenaga sistem penyaman udara dengan lebih terperinci, power logger turut
dipasang pada papan suis setiap bilik AHU yang ada untuk tempoh 24 jam. Ini bagi
mendapatkan data penggunaan tenaga oleh AHU sahaja manakala clamp meter dipasang pada
papan suis pam dan menara penyejuk (cooling tower) bagi mendapatkan data penggunaan
tenaga setiap peralatan ini.
4. Pecahan Beban Bagi Bangunan Kerajaan
Kadar penggunaan tenaga bagi bangunan boleh dikategorikan mengikut sistem. Anggaran
kadar penggunaan tenaga bagi bangunan kerajaan dinyatakan dalam Jadual 4.
Sistem Penggunaan Tenaga
%
Penyaman Udara &
Pengalihudaraan 55 - 65
Pencahayaan 20 - 31
Plug load 7.0 – 8.0
Distilled water 3.0 – 3.5
Dental chair 2.5 – 3.2
Mesin x-ray 1.5 – 2.0
Lif 0.8 – 1.0
Fume cupboard 0.5 - 0.6
Cold water 0.1 – 0.4
Jadual 4: Anggaran kadar penggunaan tenaga bagi bangunan kerajaan
Jadual 4 menjelaskan bahawa penggunaan tenaga tinggi adalah bagi sistem penyaman udara
iaitu diantara 55-65 peratus dari jumlah pengunaan tenaga bangunan. Sistem pencahayaan
adalah kedua tertinggi iaitu diantara 20-31 peratus manakala plug load adalah ketiga tinggi
iatu diantara 7-8 peratus dan seterusnya seperti di Jadual 4.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
70
Rajah 1: Anggaran pecahan penggunaan tenaga bagi bangunan kerajaan
* Peratus pecahan penggunaan tenaga yang dinyatakan di Jadual 4 dan Rajah 1 adalah
sebagai garis panduan/rujukan sahaja. Ia mungkin berbeza mengikut kategori bangunan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
71
HASILAN AUDIT TENAGA
LAMPIRAN 7 - E
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
72
E. Hasilan Audit Tenaga
Ia merupakan maklumat-maklumat yang diperolehi melalui analisa data audit tenaga untuk
dijadikan sebagai panduan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penjimatan
tenaga serta dijadikan perbandingan diantara prestasi semasa dan terdahulu.
Perkara-perkara di bawah merupakan hasilan (deliverables) bagi kerja audit tenaga:
1. Petunjuk Prestasi Tenaga
2. Penanda Asas Tenaga
3. Langkah-Langkah Penjimatan Tenaga
4. Pengguna Tenaga Ketara (Significant Energy User)
5. Pembolehubah Tenaga Signifikan (Significant Energy Variable)
1. Petunjuk Prestasi Tenaga (PPT)
PPT merupakan parameter yang digunakan bagi tujuan mengenalpasti prestasi penggunaan
tenaga bagi sesuatu bangunan/sistem/pepasangan. Ia digunapakai untuk perbandingan dan
rujukan dalam penetapan sasaran. Dalam konteks bangunan, PPT secara lazimnya dinyatakan di
dalam bentuk penggunaan tenaga mutlak atau intensiti tenaga di dalam tempoh masa yang
ditentukan samada secara tahunan, bulanan atau harian. Tempoh masa ini adalah perlu selari
dengan kekerapan aktiviti pemantauan tenaga yang dilaksanakan. Contoh PPT ialah Intensiti
Tenaga Bangunan (kWj/m2/tahun)
1, Intensiti Kuasa Bangunan (W/m
2), Intensiti Tenaga
Pencahayaan (kWj/m2/tahun)
2, Intensiti Tenaga Penyaman Udara (kWj/m
2/tahun)
3, , Coefficient
of Performance (COP)4 dan sebagainya.
1 Rujuk Lampiran 7-F untuk penjelasan lanjut
2 Rujuk Lampiran 7-H untuk penjelasan lanjut
3 Rujuk Lampiran 7-J untuk penjelasan lanjut
4 Rujuk Lampiran 7-J untuk penjelasan lanjut
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
73
Contoh formula pengiraan prestasi tenaga ialah;
2. Penanda Asas Tenaga
Ia merupakan nilai rujukan dalam bentuk Petunjuk Prestasi Tenaga yang digunakan untuk
menilai prestasi tenaga organisasi. Ia nya adalah rujukan kuantitatif yang menyediakan asas
untuk perbandingan prestasi yang digunakan pada tempoh masa tertentu atau sebagai rujukan
untuk perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga.
Penanda Asas Tenaga kebiasaanya diperolehi melalui data-data penggunaan tenaga terdahulu
(historical data) untuk suatu tempoh paling minima iaitu satu (1) tahun atau mengikut
kesesuaian Petunjuk Prestasi Tenaga tertentu. Ia ditentukan secara samada nilai purata atau nilai
terendah bagi kesemua historical data tersebut. Jumlah penjimatan tenaga / pengurangan kuasa /
tambahbaik pekali kecekapan dikira melalui perbandingan nilai Petunjuk Prestasi Tenaga dengan
nilai Penanda Asas Tenaga yang telah ditetapkan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
74
3. Langkah-Langkah Penjimatan Tenaga5
Ia merupakan cadangan yang dikemukakan hasil daripada penemuan audit tenaga, yang
dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga bagi sesebuah bangunan/sistem.
Cadangan langkah-langkah penjimatan tenaga adalah berdasarkan kepada penggunaan teknologi
baru, penambahbaikan sistem (optimization) dan operasi bagi sesebuah bangunan. Langkah-
langkah penjimatan tenaga yang dicadangkan hendaklah mempunyai maklumat yang lengkap
dengan mengambilkira faktor keselamatan dan analisa ekonomik6. Langkah-langkah penjimatan
tenaga disusun mengikut keutamaan dari segi kemampuan kewangan, teknikal dan lain-lain
sumber berkaitan. Pemilihan pelaksanaan Langkah-langkah penjimatan tenaga seharusnya
mengikut senarai keutamaan tersebut.
4. Pengguna Tenaga Ketara (Significant Energy User)
Ia merupakan sistem atau komponen yang dikenalpasti sebagai pengguna tenaga majoriti dalam
pecahan tenaga bangunan dikenali sebagai pengguna tenaga ketara. Ia ditentukan secara
pengumpulan data penggunaan tenaga bagi setiap sistem atau komponen yang terdapat pada
sesebuah bangunan. Sistem atau komponen yang mempunyai peratus penggunaan tenaga yang
tinggi dinyatakan sebagai pengguna tenaga ketara7.
Pengguna tenaga ketara hendaklah ditentukan kerana sistem atau komponen ini memerlukan
kawalan operasi bagi memastikan penggunaannya tidak berlebihan dan sentiasa dikawal. Selain
daripada itu, penjimatan yang diperolehi dari langkah-langkah penjimatan tenaga bagi sistem
tersebut dapat menyumbang kepada peratusan penjimatan yang tinggi secara keseluruhan.
Contoh pengguna tenaga ketara bagi tipikal bangunan pejabat ialah sistem penyaman udara dan
sistem pencahayaan8.
5 Rujuk Lampiran 7-I hingga Lampiran 7-N untuk contoh
6 Rujuk Lampiran 7-H untuk pengiraan penjimatan tenaga dan pengiraan tempoh bayar balik mudah pelaburan
7 Rujuk Lampiran 7-D untuk pengiraan pecahan penggunaan tenaga bangunan (load apportioning)
8 Rujuk Lampiran 7-D Rajah 1: Anggaran pecahan penggunaan tenaga bagi bangunan kerajaan
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
75
5. Pembolehubah Tenaga Ketara (Significant Energy Variable)
Ia merupakan parameter yang dikenalpasti boleh mempengaruhi kadar penggunaan tenaga bagi
sesuatu sistem/komponen. Perubahan nilai parameter ini boleh mengubah kadar penggunaan
tenaga dan seterusnya memberi kesan dalam penganalisaan data terutamanya dalam pengiraan
nilai Petunjuk Prestasi Tenaga. Setiap perubahan nilai pembolehubah tenaga perlu direkodkan
kerana ia perlu diambilkira untuk penilaian yang saksama.
Oleh itu, parameter ini hendaklah ditentukan dengan terperinci untuk menilai tahap hubungkait
parameter ini dengan kadar penggunaan tenaga. Tahap hubungkait parameter ini dengan kadar
penggunaan tenaga adalah ditentukan melalui kaedah statistikal Regression. Dalam kaedah ini,
parameter yang mempunyai nilai R2 yang melebihi 0.75 dianggap mempunyai pengaruh yang
tinggi dalam kadar penggunaan tenaga. Contoh faktor pembolehubah tenaga ialah suhu luar,
cooling degree days, waktu operasi sistem/komponen, bilangan hari bekerja bilangan penghuni
dan sebagainya. Walaubagaimanapun, bukan semua pembolehubah di atas boleh dikategorikan
sebagai pembolehubah tenaga bagi semua bangunan/keadaan. Analisa statistikal perlu
dilaksanakan ke atas setiap pembolehubah tersebut untuk menentukan samada ianya
pembolehubah tenaga signifikan ataupun ianya hanya mempunyai hubungkait yang minima
(weak correlation).
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
76
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
77
PENGIRAAN INTENSITI
TENAGA BANGUNAN
LAMPIRAN 7 - F
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
78
F. PENGIRAAN INTENSITI TENAGA BANGUNAN
Berdasarkan bil elektrik tahunan, Intensiti Tenaga Bangunan (BEI) boleh dikira dengan
menggunakan formula berikut:
TkWj : Jumlah penggunaan tenaga elektrik setahun (kWj)
Aac : Jumlah luas lantai berpenyaman udara (m²)
Contoh Pengiraan BEI:
Analisa bil elektrik tahunan bagi satu bangunan adalah seperti Jadual 5 di bawah.
Bulan kWj RM/kWj kWj (RM) Jumlah Bulanan (RM)
Jan 2011 75,446.25 0.397 29,952.16 29,952.16
Feb 2011 64,616.25 0.397 25,652.65 25,652.65
Mar 2011 81,509.06 0.397 32,359.10 32,359.10
Apr 2011 75,795.94 0.397 30,090.99 30,090.99
May 2011 84,619.69 0.397 33,594.02 33,594.02
Jun 2011 79,327.50 0.430 34,110.83 34,110.83
Jul 2011 80,876.25 0.430 34,776.79 34,776.79
Aug 2011 72,107.81 0.430 31,006.36 31,006.36
Sep 2011 74,906.25 0.430 32,209.69 32,209.69
Oct 2011 80,706.56 0.430 34,703.82 34,703.82
Nov 2011 65,450.63 0.430 28,143.77 28,143.77
Dec 2011 66,297.19 0.430 28,507.79 28,507.79
Jumlah 901,659.38
375,107.96
Purata Bulanan 75,138.28
31,259.00
Jadual 5: Analisa Bil Elektrik Tahunan Bagi Satu Bangunan
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
79
Daripada Jadual 5, Jumlah penggunaan tenaga tahunan adalah 901,659.30 kWj. Luas kawasan
berpanyaman udara adalah 6,318 m². Intensiti Tenaga Bangunan (BEI) bagi bangunan tersebut
adalah:
BEI = 901,659.30 kWj
6,318 m²
= 142.71 kWj/m²/tahun
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
80
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
81
PENGIRAAN PENJIMATAN
TENAGA DAN TEMPOH
BAYAR BALIK
LAMPIRAN 7 - G
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
82
G. Pengukuran Penjimatan Tenaga Dan Tempoh Bayar Balik
1.0 Pengukuran Penjimatan Tenaga
Keberkesanan Audit Tenaga dinilai dengan jumlah tenaga yang dijimatkan, kos serta tempoh
Bayar Balik Mudah dalam Langkah Penjimatan Tenaga. PAT hendaklah menggunakan kaedah
yang sesuai serta tepat untuk membuat anggaran penjimatan tenaga bagi Langkah Penjimatan
Tenaga yang disyorkan. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh beberapa andaian yang dibuat
oleh PAT semasa membuat anggaran beban kegunaan akhir dan penjimatan tenaga, maka
disyorkan agar anggaran penjimatan tenaga dibuat dengan amat teliti. Ini akan menjamin bahawa
penjimatan yang dicapai selepas pelaksanaan adalah sekurang-kurangnya sama dengan atau lebih
tinggi daripada anggaran. Selain itu, PAT hendaklah menyatakan semua andaian dan keadaan
yang digunakan semasa membuat anggaran penjimatan. Penjimatan sebenar tertakluk kepada
rekabentuk dan pepasangan akhir Langkah Penjimatan Tenaga yang dilaksanakan.
Langkah Penjimatan Tenaga dapat dikelaskan kepada yang berikut:
Kategori Penjimatan Tenaga Bekalan Elektrik:
Penggunaan Optimum bekalan elektrik boleh membawa kepada penjimatan kos bekalan elektrik.
Oleh yang demikian, PAT hendaklah menganalisis bil elektrik bangunan untuk:
i. Memastikan bahawa tidak ada penalti Faktor Kuasa (PF) dikenakan oleh syarikat utiliti
elektrik. Jika penalti PF dikenakan, maka PAT hendaklah membuat anggaran keupayaan
dan kos pemasangan bank kapasitor yang diperlukan untuk menghapuskan penalti
tersebut.
ii. Menyemak kesesuaian tarif elektrik semasa. Dengan menggunakan profil beban harian
dan data bil yang terdahulu, PAT dapat menyemak sama ada bangunan itu menggunakan
Tarif paling murah atau tidak. Kos infrastruktur tambahan substesen 11 kV/415 Volt
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
83
hendaklah dipertimbangkan jika disyorkan perubahan daripada Tarif Voltan Rendah
kepada Tarif Voltan Sederhana.
iii. Meneliti sama ada terdapat insentif ekonomi atau tidak untuk menggunakan Tarif
Penyimpanan Ais terdiskaun yang ditawarkan oleh TNB untuk membekalkan sebahagian
atau sepenuhnya beban penyaman udara bangunan dengan menggunakan pilihan
Penyimpanan Ais.
Kategori Penjimatan Tenaga Sistem Penyaman Udara:
i. Penggantian kelengkapan.
ii. Penalaan kelengkapan.
iii. Kawalan kelengkapan.
iv. Penyenggaraan kelengkapan.
v. Pengurangan dalam pertambahan haba bahagian luar bangunan.
vi. Penggunaan sistem pengagihan udara yang paling sesuai (sebagai contoh Isi Padu Udara
Boleh Ubah (VAV), sistem aruhan dan sebagainya).
vii. Penggunaan penukar haba untuk mendinginkan terlebih dahulu udara di luar yang
digunakan oleh Unit Pengendalian Udara (AHU) dengan menggunakan udara limpah dan
sebagainya.
viii. Pengehadan pengambilan udara dari luar untuk meminimumkan keperluan atau
penggunaan penderia kualiti udara (sebagai contoh penderia CO2) untuk mengawal
pengambilan udara dari luar menurut tahap penghunian.
ix. Penggunaan Penyimpanan Ais untuk pengurangan beban puncak.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
84
Kategori Penjimatan Tenaga Pencahayaan;
i. Penggantian kelengkapan (contohnya penggunaan sistem lampu yang cekap tenaga, low
lost ballast dan sebagainya).
ii. Kelengkapan kawalan (contohnya dimmer, motion sensor, daylight sensor, timer dan
sebagainya).
iii. Penyenggaraan kelengkapan (pembersihan berkala, penggantian lampu/balast secara
berperingkat-peringkat dengan alternatif yang lebih cekap).
iv. Pengurangan cahaya di kawasan yang terlalu terang.
v. Penggunaan cahaya siang bersama dengan kawalan lampu.
Disyorkan agar langkah penjimatan tenaga diringkaskan dalam bentuk Jadual yang menunjukkan
strategi penjimatan tenaga, anggaran penjimatan setahun dalam kW, kWj dan RM (ringgit), kos
pelaburan, tempoh bayar balik mudah dan beberapa komen tentang langkah yang disyorkan.
Contoh Jadual ini ditunjukkan dalam Jadual 6 di bawah.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
85
Bil. Strategi Penjimatan
Potensi Penjimatan
(Setahun) Kos
Pelaburan
(RM)
Simple
Payback
Period kW kWj RM
1. Tanpa Kos
2. Kos Sederhana
3. Kos Tinggi
Jadual 6: Contoh Jadual Langkah Penjimatan Tenaga
2.0 Tempoh Bayar Balik
Selepas pengukuran penjimatan tenaga dikenal pasti, tempoh bayar balik mudah (simple payback
period) perlulah diambilkira dan dianalisis agar setiap langkah penjimatan tenaga yang diambil
bersesuaian dengan kos pelaburan.
Tempoh Bayar Balik Mudah adalah teknik analisis mudah dan paling biasa digunakan dan
ditakrifkan sebagai:
Tempoh Bayar Balik (tahun) = _Kos Pelaburan___
Kos Penjimatan Tahunan
Kaedah analisis ini digunakan adalah untuk menilai peluang penjimatan tenaga yang akan
dilaksanakan dari segi ekonomik. Jika tempoh bayaran balik adalah kurang daripada tiga tahun
atau lima tahun biasanya tiada analisis lebih lanjut perlu dilakukan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
86
Contoh bagi setiap pengiraan tempoh bayar balik adalah seperti di bawah;
1. Retrofit lampu sedia ada kepada lampu yang lebih cekap tenaga.
Lampu Dalam Bangunan
Dicadangkan penukaran lampu sedia ada (T8, 36 watt bersama magnetic ballast) kepada
lampu yang lebih cekap tenaga (T8 28 watt bersama electronic ballast). Anggaran
penjimatan dan tempoh bayaran balik adalah seperti berikut:
Penggantian lampu 2 x 36W(F) recess kepada 2 x 28W(F) recess:
Bilangan lampu 2x36W recess fluorescent = 2931 unit
Anggaran lampu yang boleh dikeluarkan = 30% daripada 2931 unit
(Delamping) = 880 unit
Penjimatan (kW) = (2051 x 2 x 12W#9
) + (880 x 2 x 42W#10
)
= 49.22 kW + 73.92 kW
= 123.14 kW
Kos Penukaran (RM) = 2051 set lampu x RM 160.00 = RM 328,160.00
Anggaran penjimatan setahun (kWj) = 123.14 kW x 10 jam x 22 hari x 12 bulan
= 325,089.60 kWj
Anggaran penjimatan setahun (RM) = (325,089.60 kWj x 0.365 RM/kWj)
= RM 118,657.70
Tempoh bayaran balik (tahun) = Jumlah Kos Penukaran / Kos penjimatan setahun
= RM 328,160.00 / RM 118,657.70
= 2.76 tahun ≈ 2 tahun 9 bulan
9 - (36 W + 6 W ballast lost) - (28 W + 2 W ballast lost) = 12 W (penjimatan bagi tiub lampu yang digunakan)
10 - (36 W + 6 W ballast lost) = 42 W (penjimatan bagi 1 tiub lampu yang dikeluarkan)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
87
2. Penggunaan auxiliary sistem
Jumlah penggunaan tenaga tahunan sebelum perlaksanaan = 770,000 kWj
Jumlah penggunaan tenaga tahunan selepas perlaksanaan = 760,000 kWj
Penjimatan tenaga = (Jumlah penggunaan tenaga tahunan sebelum pelarasan suhu) –
(Jumlah penggunaan tenaga tahunan selepas pelarasan suhu)
Penjimatan tenaga = 770,000 kWj – 760,000 kWj
= 10,000 kWj/ setahun
Anggaran penjimatan = 10,000 kWj x RM0.408 seunit
= RM 4,080 setahun
Anggaran kos pengubahsuaian yang diperlukan ialah RM 20,000, oleh itu tempoh
pulangan balik adalah seperti berikut:
Tempoh pulangan balik = RM 20,000 / RM 4,080 = 4.9 tahun ≈ 4 tahun 10 bulan
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
88
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
89
SISTEM LAMPU DAN
PENGUKURAN TAHAP
PENCAHAYAAN
LAMPIRAN 7 - H
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
90
H. SISTEM LAMPU DAN PENGUKURAN TAHAP PENCAHAYAAN
Terdapat beberapa jenis lampu dalaman yang digunakan seperti lampu fluorescent T8
(diameter tiub 1” atau 25.4 mm), T5 (diameter tiub 5/8” atau 16 mm) dan compact
fluorescent. Kecekapan lampu bergantung kepada lumen/watt di mana makin tinggi lumen
semakin tinggi kecekapan lampu tersebut.
Penukaran lampu kepada yang lebih cekap tenaga boleh membantu mengurangkan
penggunaan tenaga bangunan. Perbandingan ini boleh dibuat melalui pengiraan Lighting
Power Intensity (W/m²).
Selain daripada itu juga penggunaan pencahayaan lampu secara optimum juga dapat
mengurangkan beban bagi sistem lampu di dalam bangunan. Bagi bangunan pejabat tahap
pencahayaan yang disyorkan adalah 300 lux hingga 400 lux. Semasa audit tenaga dijalankan
adalah penting pengukuran tahap pencahayaan di ruang pejabat dijalanklan bagi mengetahui
tahap pencahayaan sebenar ruang pejabat tersebut. Kaedah delamping (mengeluarkan tiub
lampu) boleh dilaksanakan sekiranya tahap pencahayaan yang diukur melebihi tahap
pencahayaan yang disyorkan di mana pengurangan bilangan tiub lampu boleh dilaksanakan
bagi mengurangkan tahap pencahayaan.
1. Penukaran Kepada Lampu Cekap Tenaga (Retrofit)
1.1 Kaedah Pengukuran Penggunaan Kuasa Sistem Lampu Sedia Ada
Pengukuran penggunaan kuasa di dalam sistem lampu sedia ada di dalam bangunan
perlu di buat untuk mendapatkan jumlah kos yang terlibat dan jumlah penjimatan.
Terdapat 2 kaedah untuk mengukur penggunaan kuasa di dalam sistem lampu di
dalam bangunan;
i. Mengira jumlah keseluruhan lampu yang terpasang beserta penggunaan kuasa.
ii. Mengambil bacaan kuasa di setiap papan agihan lampu dengan menggunakan
clamp meter / power logger.
- Jumlah penggunaan kuasa yang diperolehi perlu dibahagi dengan jumlah
keseluruhan kawasan untuk mendapatkan Lighting Power Intensity (LPI)
W/m.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
91
1.2 Pengisian Borang (Checklist) Pengukuran
Contoh:
No. Lokasi Jenis Lampu Jumlah
Lampu Kuasa (W)
(tiub+ballast) Catatan
1 Bilik Mesyuarat Fluorescent T8
(2x36 watt) 2931 2x42= 84 W -
2 Bilik Mesyuarat Downlight
(2x18 watt) 4 2x24= 48 W -
1.3 Cadangan penjimatan
Lampu Dalam Bangunan
Dicadangkan penukaran lampu sedia ada (T8, 36 watt bersama magnetic ballast)
kepada lampu yang lebih cekap tenaga (T8 28 watt bersama electronic ballast).
Contoh:
Anggaran penjimatan dan tempoh bayaran balik adalah seperti berikut:
Penggantian lampu 2 x 36W(F) recess kepada 2 x 28W(F) recess:
Bilangan lampu 2 x 36W recess
fluorescent
2931 tiub
Bilangan tiub yang boleh dikeluarkan
(Anggaran 1/3 dari jumlah tiub)
880 tiub
Bilangan lampu 2 x 28 W recess
fluorescent
2051 tiub
Penjimatan (kW) (2051 x 2 x 12W#11
) + (880 x 2 x 42W#12
)
= 49.22 kW + 73.92 kW
= 123.14 kW
Kos Penukaran (RM 160 per lampu) 2051 set lampu x RM 160.00
= RM 328,160.00
Anggaran penjimatan Bil Elektrik setahun
(kWj)
123.14 kW x 10 jam x 22 hari x 12 bulan
= 325,089.60 kWj
Anggaran penjimatan Bil Elektrik setahun
(RM 0.365 per KWj)
325,089.60 kWj x 0.365 RM/kWj
= RM 118,657.70
#11
- (36 W + 6 W ballast lost) - (28 W + 2 W ballast lost) = 12 W (penjimatan bagi tiub lampu yang digunakan) #12
- (36 W + 6 W ballast lost) = 42 W (penjimatan bagi 1 tiub lampu yang dikeluarkan)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
92
Tempoh bayaran balik (tahun) = Jumlah kos penukaran / Anggaran penjimatan setahun
= RM 328,160.00 / RM 118,657.70
= 2.76 tahun ≈ 2 tahun 9 bulan
2. Pengurangan Tiub Lampu (Delamping)
2.1 Kaedah Pengukuran Bagi Delamping
Pengurangan tahap pencahayaan boleh dilaksanakan dengan kaedah delamping di
mana pengurangan bilangan tiub lampu di ruang kerja mengikut tahap pencahayaan
lampu yang disyorkan. Berikut adalah kaedah yang boleh dilaksanakan.
i. Mengukur tahap pencahayaan di setiap ruang kerja dengan menggunakan lux
meter.
ii. Mengenalpasti ruang kerja yang mempunyai tahap pencahayaan yang melebihi
seperti yang disyorkan.
iii. Mengurangkan bilangan tiub lampu pada ruang kerja yang dikenalpasti
mempunyai tahap pencahayaan yang tinggi.
iv. Mengukur semula tahap pencahayaan pada ruang kerja yang telah
dilaksanakan program delamping ini.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
93
2.2 Pengisian Borang (Checklist) Pengukuran
Contoh:
Bil. Ruang Kerja
(Lokasi)
Lux Level (Semasa) Lux Level (Delamping)
P1 P2 P3 P4 P5 P1 P2 P3 P4 P5
1 Bilik Mesyuarat 520 600 550 620 640 380 400 350 390 400
2 Bilik Pegawai 600 580 620 550 670 350 340 360 370 400
2.3 Cadangan Penjimatan
Contoh:
Daripada audit yang dijalankan pada setiap tingkat, didapati tahap kecerahan (lux
level) adalah tinggi iaitu melebihi 400 lux dan ini tidak mematuhi piawaian
MS1525:2014. Bagi mengurangkan tahap kecerahan tersebut, dicadangkan agar
langkah delamping untuk setiap satu tiub lampu bagi lampu 3 x 36W recess
fluorescent (pejabat) dijalankan. Anggaran penjimatan bagi aktiviti delamping adalah
seperti berikut:
Bilangan lampu 3 x 36W recess
fluorescent
3 x 932 tiub = 2796 Tiub
Bilangan tiub yang boleh dikeluarkan
(Anggaran 1/3 dari jumlah tiub)
932 tiub
Jumlah penjimatan (kW)
932 x 42W = 39.14 kW
Anggaran penjimatan setahun (kWj) 39.14 kW x 10 jam x 22 hari x 12 bulan
= 103,329.60 kWj
Anggaran penjimatan setahun
(RM 0.365 per KWj)
103,329.60 kWj x 0.365 = RM 37,715.30
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
94
3. Penambahan Suis Lampu
3.1 Kaedah Pengukuran Bagi Penambahan Suis Lampu
Pengukuran bagi keperluan penambahan suis lampu perlu dilakukan dengan
mengenalpasti ruang kerja tertutup sedia ada (atau bilik tambahan baru) yang tidak
mempunyai suis dan berkongsi sistem zon lampu dengan ruang kerja utama.
3.2 Pengisian Borang (Checklist) Pengukuran
Contoh:
Bil. Ruang Kerja
(Lokasi)
Suis Bil. Lampu
Yang
Terlibat
Jenis Lampu
Yang Terlibat
Ada Tiada
1 Bilik Mesyuarat √
-
2 Bilik Pegawai
√ 2 2 x 36 W
3.3 Cadangan Penjimatan
Contoh: Jumlah bilik yang terlibat
7 bilik
Jumlah beban lampu yang terlibat
0.168 kW
Anggaran jam penutupan suis (sehari)
2 jam
Anggaran penjimatan setahun (kWj)
0.168 kW x 2 jam x 22 hari x 12 bulan =
88.70 kWj
Anggaran penjimatan setahun (RM)
88.70 kWj x 0.365 RM/kWj x 7 bilik =
RM 226.64
Anggaran kos pendawaian bagi
meletakkan suis kawalan lampu pada
setiap bilik
RM 80 x 7 bilik = RM 560
Tempoh bayaran balik (tahun) Kos pendawaian / Kos Penjimatan
= RM 560 / RM 226.639
=2.47 tahun ≈ 2 tahun 6 bulan
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
95
4. Pengukuran Tahap Pencahayaan
Tahap pencahayaan bagi ruang kerja adalah berlainan mengikut kesesuaian pekerjaan
di dalam sesebuah bangunan. Sebagai contoh, tahap pencahayaan bagi ruang pejabat
adalah 300 lux hingga 400 lux manakala bagi koridor dan tangga adalah 100 lux
(Rujuk Appendix 2 di dalam Energy Efficiency Guidelines For CKE Design). Tahap
pencahayaan yang optimum di ruang kerja dapat mengurangkan penggunaan tenaga
bagi beban lampu di dalam sesebuah bangunan. Oleh yang demikian, pengukuran
tahap pencahayaan (lux level) adalah perlu di dalam audit tenaga bagi mengetahui
tahap pencahayaan sebenar serta mencadangkan kaedah penjimatan tenaga yang perlu
dilaksanakan. Pengukuran tahap pencahayaan dan penggunaan alat pengukuran
dengan betul dapat membantu juru audit tenaga memperolehi keputusan dengan lebih
tepat lagi.
Di dalam bab ini diterangkan secara ringkas berkenaan kaedah pengukuran serta
penggunaan peralatan pengukuran dengan betul sebagai panduan juru audit tenaga.
4.1 Kaedah Penentuan Titik Kawasan Kajian Untuk Lux Meter
Penentuan titik kawasan kajian iaitu objek kerja berupa meja kerja mahupun peralatan
yang bersesuaian, pengukuran dapat dilakukan di atas meja yang ada. Jarak tertentu
dibezakan berdasarkan luas ruangan sebagai berikut:
i. Luas ruangan kurang dari 10 meter persegi : Titik potong garis horizontal
panjang dan lebar ruangan adalah pada jarak setiap 1 (satu) meter x 1 (satu)
meter.
ii. Luas ruangan antara 10 meter persegi sampai 100 meter persegi : Titik potong
garis horizontal panjang dan lebar ruangan adalah pada jarak setiap 3 (tiga)
meter x 3 (tiga) meter.
iii. Luas ruangan lebih dari 100 meter persegi : Titik potong horizontal panjang
dan lebar ruangan adalah pada jarak 6 meter x 6 meter.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
96
4.2 Kaedah Penggunaan Lux Meter
i. Ubah power on / off pada posisi “ON” ‘1’ = ON ‘2’ = OFF
ii. Pilih julat yang sesuai (Contoh: 2000 lux atau 20.000 lux) pada “range
switch”.
iii. Lakukan “zero adjustment” untuk meyakinkan posisi “zero value”.
iv. Pegang “light sensor” setinggi kurang lebih 0.85 – 0.90 meter dari lantai dan
menghadapkan pada sumber cahaya dan tunggu beberapa saat sehingga
paparan (display) menunjukkan nilai yang terbaca.
v. Sebelum melakukan pengukuran biarkan “light sensor” terpapar kepada
cahaya selama 5 minit.
vi. Elakkan bayangan operator melindungi “light sensor”. Oleh itu, disaran agar
dijauhkan dari badan operator.
vii. Pakaian operator seboleh-bolehnya hendaklah berwarna gelap untuk
menghindari terjadinya pantulan cahaya.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
97
PERALATAN PEJABAT DAN
DOMESTIK
LAMPIRAN 7 - I
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
98
I. PERALATAN PEJABAT DAN DOMESTIK
Peralatan pejabat merupakan 10% penyumbang kepada penggunaan tenaga di dalam bangunan.
Penggunaan peralatan pejabat yang lebih cekap tenaga boleh membantu mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik bangunan. Perbandingan ini boleh dibuat melalui pengiraan Socket
Power Intensity (W/m² atau W/item).
Jadual 7 menunjukkan purata penggunaan tenaga untuk peralatan pejabat bagi 10 jam sehari.
Peralatan
Purata
Penggunaan
Tenaga Pada
Waktu Pejabat
(W)
Purata
Penggunaan
Tenaga Pada
Luar Waktu
Pejabat (W)
Bilangan
Purata Penggunaan
Tenaga Pada Waktu
Pejabat (W/Bil.)
Desktop
(no monitor)
40 5 1 40
Laptops 20 5 1 20
CRT monitor 65 5 1 65
LCD monitor 20 5 1 20
Printers 5 5 10 0.5
Photocopier 25 25 10 2.5
Fax machines 5 5 10 0.5
Jadual 7: Purata Penggunaan Tenaga Untuk Peralatan Pejabat Bagi 10 Jam Sehari
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
99
i. Kaedah Pengukuran
- Terdapat 2 cara untuk mengukur penggunaan kuasa elektrik untuk peralatan di
dalam bangunan;
i. Mengira jumlah keseluruhan peralatan pejabat terpasang beserta penggunaan
kuasa
ii. Mengambil bacaan kuasa di setiap papan agihan soket kuasa dengan
menggunakan clamp meter / power logger.
- Jumlah penggunaan kuasa yang diperolehi perlu dibahagi dengan jumlah
keseluruhan kawasan untuk mendapatkan Socket Power Intensity (SPI) W/m²
ii. Pengisian Borang (Checklist) Pengukuran
Contoh:
No. Lokasi Jenis Peralatan
Pejabat Jumlah Kuasa (W) Catatan
1 Bilik Pegawai 1
Komputer
(CPU + LCD
monitor)
1 25 -
2 Ruang Pejabat Mesin Pencetak 1 25 -
iii. Cadangan penjimatan
Pastikan peralatan pejabat (cth: komputer, mesin fotokopi di dalam energy savings mode)
apabila tidak digunakan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
100
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
101
SISTEM PENYAMAN UDARA
LAMPIRAN 7 - J
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
102
J. SISTEM PENYAMAN UDARA
Sistem mekanikal di dalam bangunan merangkumi tiga sistem iaitu sistem penyaman udara,
sistem lif dan sistem bekalan air dalaman. Kebiasaannya, bagi bangunan kerajaan yang
menggunakan penyaman udara secara keseluruhan, sistem penyaman udara merupakan
penyumbang terbesar kepada bil elektrik sesebuah bangunan itu. Oleh itu, audit tenaga bagi
sistem mekanikal menfokuskan kepada kapasiti beban sistem penyaman udara dan seterusnya
membuat cadangan bagi mengurangkan beban tersebut.
1. Kaedah Pengukuran
Bagi mengenalpasti maklumat terperinci mengenai beban sistem penyaman udara, pengumpulan
data dilakukan dengan merekod bacaan tenaga menggunakan Power Logger yang dipasang pada
papan suis utama (Main Switch Board). Kemudian, pengiraan secara manual dilakukan bagi
mendapatkan pecahan bebanan tenaga untuk sistem penyaman udara bangunan.
Data awal seperti berikut diperlukan bagi memastikan auditan tenaga bahagian mekanikal dapat
dilaksanakan dengan berkesan:
i. Data penggunaan tenaga bangunan untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun (kWj).
ii. Data beban sistem penyaman udara untuk sehari (Btu/hr).
iii. Keluasan lantai dalam meter persegi (m2) yang disejukkan oleh sesebuah AHU.
iv. Suhu udara dalam bangunan – bagi tujuan pelaksanaan imbangan suhu penyaman udara.
Semasa audit tenaga yang terperinci dijalankan, data tambahan seperti berikut direkodkan bagi
melihat penggunaan tenaga sistem penyaman udara bangunan:
i. Off coil, on coil ( Suhu dan Kelembapan Relatif, RH)
ii. Supply air, return air flow
iii. Kuasa Elektrik
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
103
iv. Menara Penyejuk (Cooling tower)
- LCWT
- ECWT
- Amp Motor
- Suhu dan kelembapan relatif Udara Luar (ambient air)
- Kualiti air
v. Pam Air Dingin (Chilled Water Pump), Pam Air Kondenser (Condenser Water Pump)
- Amp Motor
- Aliran Pam (Pump flow)
vi. Sampel Unit Pengawal Udara (Sample AHU)
- Aras Bawah
- Aras Tengah
- Aras Paling Atas
vii. Ruang Berpenyaman Udara (Air Conditioning Space)
- Suhu dan Kelembapan Relatif (Temp, RH)
- Diffuser CFM
Penggunaan tenaga bagi sistem penyaman udara bangunan dipecahkan kepada komponen berikut
bagi mengenalpasti komponen penyaman udara yang paling banyak menggunakan tenaga:
i. Compressor
ii. Blower Fan
iii. Condenser Water Pump
iv. Cooling Tower
Suhu udara dalam bangunan direkodkan dengan menggunakan alat data logger yang boleh
merekod data seperti suhu, kelembapan, tahap pencahayaan (lux level) dan lain-lain untuk suatu
tempoh masa yang ditetapkan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
104
1.1 Pengukuran Penggunaan Tenaga Elektrik
1.1.1 Sistem Penyaman Udara, Sistem Lif dan Sistem Bekalan Air Sejuk
Jumlah penggunaan tenaga elektrik keseluruhan bagi sistem penyaman udara,
sistem lif dan sistem bekalan air sejuk boleh diketahui dan direkod menggunakan
peralatan power logger. Lampiran 7-B menerangkan kaedah untuk merekod data
penggunaan tenaga menggunakan peralatan power logger.
Bacaan penggunaan kuasa di DB bagi setiap sistem juga perlu diambil secara
berasingan setiap satu (1) jam dengan menggunakan clamp meter. Bacaan dengan
perlu diambil sebanyak tiga (3) kali iaitu bacaan arus (A) pada kabel merah,
kuning dan biru. Unit bacaan ialah dalam Ampere (A) dan bagi mendapatkan
bacaan penggunaan kuasa, unit ini perlu ditukarkan ke unit kilowatt (kW). Contoh
pengiraan penggunaan kuasa adalah seperti berikut:
Contoh pengiraan penggunaan kuasa bagi CHWP :
CHWP 1 : Merah : 80.8 A
Kuning : 80.5 A
Biru : 77.8 A
Arus tertinggi yang dihasilkan ialah 80.8 A
Penggunaan kuasa CHWP 1 = (1.732)(415)(0.85)(80.8) / 1000 = 49.37 kW
CHWP 2 : Merah : 80.2 A
Kuning : 80.5 A
Biru : 77.8 A
Arus tertinggi yang dihasilkan ialah 80.5 A
Penggunaan kuasa CHWP 1 = (1.732)(415)(0.85)(80.5) / 1000= 49.18 kW
Jumlah penggunaan kuasa bagi CHWP : (49.37 + 49.18) kW = 98.55 kW
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
105
1.1.2 Sistem Chiller
Bagi menentukan bacaan penggunaan kuasa chiller, bacaan penggunaan kuasa
bagi AHU, chilled water pump, condenser water pump dan cooling tower yang
diambil dengan menggunakan clamp meter perlu ditolak dengan jumlah
penggunaan kuasa sistem penyaman udara yang diambil melalui power logger.
Contoh pengiraan penggunaan kuasa chiller adalah seperti berikut:
Contoh pengiraan penggunaan kuasa chiller:
Jumlah penggunaan kuasa keseluruhan sistem penyaman udara (bacaan dari
power logger) = 1000 kW
Penggunaan kuasa AHU = 120 kW
Penggunaan kuasa CHWP = 95 kW
Penggunaan kuasa CWP = 90 kW
Penggunaan kuasa CT = 5.5 kW
Penggunaan kuasa chiller :
(1000 120 95 90 5.5) kW = 689.5 kW
Selain itu, suhu masuk dan keluar bagi chilled water dan condenser water yang
terhasil dari chiller tersebut perlu dicatat setiap satu (1) jam. Suhu masuk dan
suhu keluar boleh dibaca secara terus dari skrin yang terdapat pada chiller seperti
Gambar 15. Bacaan suhu masuk dan keluar ini penting bagi menentukan
coefficient of performance (COP) chiller tersebut.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
106
Gambar 15: Bacaan Suhu Masuk Dan Keluar Bagi Chilled Water Dan
Condenser Water Untuk Chiller
1.1.3 Compressor (bagi sistem yang tidak menggunakan chiller)
Bagi menentukan bacaan penggunaan kuasa compressor, bacaan penggunaan
kuasa bagi blower motor, condenser water pump dan cooling tower yang diambil
dengan menggunakan clamp meter perlu ditolak dengan jumlah penggunaan
kuasa sistem penyaman udara yang diambil melalui power logger. Contoh
pengiraan penggunaan kuasa compressor adalah seperti berikut:
Contoh pengiraan penggunaan kuasa compressor:
Jumlah penggunaan kuasa keseluruhan sistem penyaman udara (bacaan dari
power logger) = 400 kW
Penggunaan kuasa blower motor = 15 kW
Penggunaan kuasa CWP = 55 kW
Penggunaan kuasa CT = 10 kW
Penggunaan kuasa compressor:
(400 15 55 10) kW = 320 kW
Suhu
masuk &
keluar
chilled
water
Suhu
masuk &
keluar
condenser
water
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
107
1.2 Pengukuran Keselesaan Thermal
1.2.1 Suhu Dan Kelembapan Relatif (Rh)
Terdapat 2 alat yang digunakan untuk mengukur suhu dan kelembapan relatif
iaitu:
i. Data Logger boleh digunakan untuk mengukur suhu dan kelembapan relatif
(RH) bagi on-coil, off-coil dan bilik/ruang pejabat untuk AHU dan WCP.
ii. Sling thermometer boleh digunakan untuk mengukur dry bulb dan wet bulb
bagi sesuatu ruang atau tempat.
Kaedah menggunakan data logger untuk menentukan suhu dan RH adalah seperti
berikut:
a. Pilih tempat yang sesuai untuk meletakkan data logger.
- Bagi on-coil, kebiasaannya data logger dilekatkan di tengah-tengah
kawasan on-coil.
- Bagi off-coil, kebiasaannya data logger dilekatkan di tengah-tengah
kawasan off-coil.
- Bagi ruang pejabat, selalunya ruang pejabat dipilih berdasarkan beberapa
faktor antaranya jarak antara pejabat dengan chiller plant room, bilangan
kakitangan, ruang pejabat yang sentiasa dikunjungi pelanggan, ruang
pejabat yang sederhana jauh dari chiller plant room dan faktor-faktor lain
yang dirasakan perlu diberi perhatian oleh juruaudit ketika audit
dilaksanakan.
b. Lekatkan data logger pada tempat yang ingin diambil bacaan dengan
double side tape atau pita pelekat. Gambar 16 hingga Gambar 18 menunjukkan
data logger yang dilekatkan pada tempat yang telah dipilh.
c. Tekan butang hitam yang terdapat pada data logger sekali untuk setkan
data logger pada bacaan kosong. Gambar 19 menunjukkan kedudukan butang
hitam yang perlu ditekan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
108
Penentuan suhu dan kelembapan ini perlu bagi menentukan entalpi dan beban
penyejukan (Btu/Ib) yang digunakan bagi sistem penyaman udara. Contoh data
bagi suhu bilik (oC) dan relative humidity (RH) yang diambil menggunakan data
logger adalah seperti dalam Lampiran I.
Gambar 16: Pemasangan Data Logger Pada On-Coil
Gambar 17: Pemasangan Data Logger Pada Off-Coil
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
109
Gambar 18: Data Logger Dilekatkan Pada Dinding Ruang Pejabat
Gambar 19: Kedudukan Butang Hitam Data Logger
Kaedah menggunakan Sling thermometer untuk mengukur suhu bilik atau ruang
pejabat adalah seperi berikut:
a. Tentukan tempat yang ingin di ambil bacaan suhu. Contoh: jika ruang pejabat
tersebut luas, tentukan bilangan dan kesesuaian tempat yang ingin diambil
bacaan suhu. Bagi ruang pejabat yang kecil, hanya satu bacaan suhu sudah
mencukupi. Gambar 20 dan Gambar 21 di bawah menunjukkan contoh
bilangan tempat yang perlu diambil bacaan.
Butang
hitam
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
110
Gambar 20: Penentuan Bacaan Suhu Bagi Ruang Pejabat Yang Luas
Gambar 11: Penentuan bacaan suhu bagi ruang pejabat yang kecil
Gambar 21: Penentuan Bacaan Suhu Bagi Ruang Pejabat Yang Kecil
Bacaan suhu di ruang yang terdedah dengan cahaya
matahari
Bacaan suhu di ruang kerja yang hamper
dengan diffuser
Bacaan suhu hanya pada satu tempat untuk ruang pejabat yang
kecil
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
111
b. Memutarkan Sling thermometer selama 15 saat di ruang atau tempat yang ingin
diambil bacaan. Gambar 22 menunjukkan Sling thermometer diputarkan ketika
mengambil bacaan suhu.
Gambar 22: Memutarkan Sling Thermometer Untuk Mengambil Bacaan Suhu
c. Membaca dan mencatatkan suhu dry bulb dan wet bulb yang diperolehi. Gambar
23 menunjukkan kedudukan skala suhu dry bulb dan wet bulb.
Gambar 23: Kedudukan Skala Suhu Wet Bulb Dan Dry Bulb Pada Sling Thermometer
Contoh data bagi bacaan suhu bilik (oC) yang diambil menggunakan sling
thermometer adalah seperti pada Lampiran II.
Skala suhu dry bulb
Skala suhu wet bulb
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
112
1.22 CO2
Nilai CO2 perlu ditentukan bagi setiap bilik dan ruang yang berpenyaman udara
bagi menilai tahap CO2 didalam bilik tersebut. Bagi menjimatkan masa jururaudit,
bacaan CO2 biasanya diambil secara serentak ketika mengambil bacaan suhu.
Kaedah untuk mengambil bacaan CO2 adalah seperti berikut:
a. Meletakkan CO2 meter di atas meja
b. Tekan butang start dan tunggu beberapa saat
c. Ambil bacaan yang tercatat pada CO2 meter tersebut. Gambar 24
menunjukkan nilai CO2 (ppm) yang terdapat pada CO2 meter
Contoh data bagi nilai CO2 adalah seperti dalam Lampiran III.
Gambar 24: Nilai CO2 Yang Terdapat Pada CO2 Meter
Nilai CO2
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
113
1.2.3 Halaju Udara
Halaju udara perlu ditentukan bagi mengetahui nilai halaju yang terhasil pada
AHU atau WCP unit. Penentuan halaju udara ini penting bagi memudahkan
pengiraan COP.
Kaedah yang perlu dilakukan bagi menentukan halaju udara adalah seperti
berikut:
a. Letakkan air flow meter pada setiap filter yang terdapat pada AHU atau WCP
unit. Gambar 25 menunjukkan cara mengambil bacaan halaju udara.
b. Pastikan anak panah yang terdapat pada flow meter menghala ke arah filter.
c. Mencatat bacaan yang terhasil pada alat tersebut.
d. Ulang cara diatas pada filter yang berikutnya. Sekiranya terdapat 6 filter pada
AHU atau WCP, perlu diulang sebanyak 6 kali. Gambar 26 menunjukkan
bilangan filter dan setiap satunya perlu diambil bacaan halaju udara yang terhasil.
Gambar 25: Cara Mengambil Bacaan Halaju Udara Pada Filter On-Coil
AHU Atau WCP
Anak panah menghala
ke arah filter
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
114
Gambar 26: Filter Yang Perlu Diambil Bacaan Halaju Udara
1.3 Pengukuran Indeks Kuasa Penyaman Udara (Air Conditioning Power
Intensity, ACPI)
Daripada data penggunaan tenaga elektrik untuk sistem penyaman udara, Indeks Kuasa
Penyaman Udara, ACPI dapat diperolehi melalui pengiraan seperti berikut:
1.4 Pengukuran Coefficient of Performance (COP)
Coefficient of Performance (COP) merupakan salah satu kriteria dan kaedah yang
digunakan untuk menilai prestasi sesuatu sistem penyaman udara. Formula pengiraan
adalah seperti berikut:
COP terbahagi kepada dua iaitu COP sistem dan COP kitaran. COP sistem adalah
termasuk semua kuasa bagi komponen sistem seperti condenser pump, compressor,
cooling tower dan blower. COP kitaran (cycle) pula hanya melibatkan kuasa pada
compressor sahaja. Contoh data bagi nilai COP adalah seperti dalam Lampiran IV.
Jadual 8 (Lampiran V) menunjukkan COP minima bagi Water Cooled Unitary Air
Conditioners (Electrically Driven).
1
2 4
3
6
5
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
115
1.5 Pengukuran Melalui Simulasi Penggunaan Tenaga Bangunan
Penganalisaan penggunaan tenaga bagi sesebuah bangunan juga dilakukan dengan
menggunakan kaedah simulasi untuk mendapatkan gambaran secara teori penggunaan
tenaga sesebuah bangunan itu. Perisian yang digunakan bagi menjalankan simulasi
penggunaan tenaga ke atas bangunan ialah Integrated Environment Solution (IES)
<Virtual Environment>.
Melalui simulasi ini, jumlah penggunaan tenaga tahunan bagi setiap sistem yang ada pada
sesebuah bangunan ini dapat ditentukan. Bangunan yang berkenaan dimodelkan dengan
dimensi, bahan binaan dan cara pengoperasian yang sama seperti sebenar sebelum proses
simulasi dijalankan.
Parameter seperti berikut dimasukkan ke dalam Simulasi Penggunaan Tenaga bagi
menganggarkan penggunaan tenaga tahunan:
i. Suhu ruang pejabat, oC
ii. Kelembapan relative ruang pejabat, %
iii. Kadar penyusupan, ACH
iv. Kepadatan penghuni, m2/orang
v. Tenaga digunakan untuk pencahayaan, W/m2
vi. Tenaga digunakan untuk peralatan pejabat, W/m2
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
116
2. Pengisian Borang (checklist) Pengukuran
Bagi memudahkan pengumpulan data dibuat, borang seperti di Lampiran VI diwujudkan.
Borang ini merangkumi sistem mekanikal yang ada di dalam sesebuah bangunan seperti sistem
penyaman udara, sistem lif dan sistem pam untuk penggunaan air domestik.
3. Cadangan Kaedah Penjimatan
Bagi menjimatkan penggunaan tenaga dalam bangunan, beberapa langkah penjimatan boleh
dilaksanakan. Antara langkah berkenaan ialah:
i. Pelarasan suhu (temperature set point) di ruang pejabat,dan lobi bangunan.
ii. Pengawalan suhu di ruang atrium, sekiranya ada.
iii. Penggunaan sistem auxiliary ventilation di ruang atrium.
iv. Penetapan kadar aliran condenser water kepada kadar yang sesuai.
3.1 Pelarasan suhu (temperature set point) di Ruang Pejabat dan Lobi Bangunan
Penetapan suhu mengikut Garis Panduan Penjimatan Tenaga Penetapan Suhu Pada Tahap
Minimum 24oC Di Bangunan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada oktober 2011 dapat mengurangkan sehingga
10% penggunaan tenaga bergantung kepada suhu asal bangunan.
Sebagai contoh, sekiranya sesebuah bangunan yang dilaraskan semula suhu dari
21 oC - 22
oC kepada 24
oC, pengiraan penjimatan adalah seperti berikut:
Jumlah penggunaan tenaga tahunan sebelum pelarasan suhu = 770,000 kWj
Jumlah penggunaan tenaga tahunan selepas pelarasan suhu = 675,000 kWj
Penjimatan tenaga = (Jumlah penggunaan tenaga tahunan sebelum pelarasan suhu) –
(Jumlah penggunaan tenaga tahunan selepas pelarasan suhu)
Penjimatan tenaga = 770,000 kWj – 675,000 kWj = 95,000 kWj/tahun
Anggaran penjimatan = 95,000 kWj x RM 0.408 seunit/kWj = RM 38,760 tahun
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
117
3.2 Penggunaan Sistem Auxiliary Ventilation di Ruang Atrium
Cadangan penggunaan sistem auxiliary ventilation adalah supaya suhu di ruang atrium
bangunan dapat dikawal dan seterusnya mengoptimumkan penggunaan tenaga. Cadangan
ini diaplikasikan dengan menutup semua supply air diffuser yang terdapat di kawasan
atrium bagi mengelakkan udara sejuk masuk ke dalam kawasan tersebut. Pemasangan
exhaust fan tambahan diperlukan bagi memastikan terdapat peredaran udara (air flow)
yang mencukupi dan mencapai suhu persekitaran yang sesuai.
Sebagai contoh, sekiranya cadangan penggunaan auxiliary sistem digunapakai,
pengiraan penjimatan adalah seperti berikut:
Jumlah penggunaan tenaga tahunan sebelum perlaksanaan = 770,000 kWj
Jumlah penggunaan tenaga tahunan selepas perlaksanaan = 760,000 kWj
Penjimatan tenaga = (Jumlah penggunaan tenaga tahunan sebelum pelarasan suhu) –
(Jumlah penggunaan tenaga tahunan selepas pelarasan suhu)
Penjimatan tenaga = 770,000 kWj – 760,000 kWj
= 10,000 kWj/ tahun
Anggaran penjimatan = 10,000 kWj x RM0.408 seunit
= RM 4,080 setahun
Anggaran kos pengubahsuaian yang diperlukan ialah RM 20,000, oleh itu tempoh
pulangan balik adalah seperti berikut:
Tempoh pulangan balik = RM 20,000 / RM 4,080
= 4.9 tahun
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
118
LAMPIRAN
LAMPIRAN I
Contoh data bagi Suhu Bilik (oC) dan Kelembapan relatif (RH) yang diambil menggunakan Data
logger.
LAMPIRAN II
Contoh data bagi Suhu Bilik (oC) yang diambil menggunakan Sling thermometer.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
119
LAMPIRAN III
Contoh nilai CO2 yang diperolehi dalam lingkungan 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
LAMPIRAN IV
Contoh nilai COP yang diperolehi dalam lingkungan 7.00 pagi hingga 5.00 petang.
Time
Refrigerant Load Power, kWe
System
COP
Cycle
COP (Air Conditioning System)
Btu/hr kWr System
WCPU Compressor
7.00 0 0 0 0 0 0
8.00 3,339,370.2 978.7 228.6 151.0 4.3 6.5
9.00 3,075,454.9 901.4 210.4 132.8 4.3 6.8
10.00 2,884,195.7 845.3 248.7 171.1 3.4 4.9
11.00 3,266,860.0 957.5 249.6 172.0 3.8 5.6
12.00 3,299,212.2 966.9 251.5 173.9 3.8 5.6
13.00 2,863,193.1 839.2 249.2 171.7 3.4 4.9
14.00 3,249,691.0 952.4 261.9 184.3 3.6 5.2
15.00 3,424,837.7 1,003.8 271 193.4 3.7 5.2
16.00 3,183,149.9 932.9 238.4 160.8 3.9 5.8
17.00 2,316,535.5 678.9 124.3 46.7 5.5 14.5
Average 3,090,250.0 905.7 233.4 155.8 4 6.5
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
120
LAMPIRAN V
Equipment Size Sub-category Minimum COP
Split system 2.7
Single package 2.7
≥ 19 kWr and < 35
kWr
Split system and single
package2.6
≥ 35 kWrSplit system and single
package2.5
< 19 kWrSplit system and single
package3
≥ 19 kWr and < 35
kWr
Split system and single
package3.5
≥ 35 kWrSplit system and single
package3.6
Air Conditioners:
Water and
evaporatively
cooled
Air Conditioners:
Air cooled with
condenser
< 19 kWr
Jadual 8: COP minima bagi Water Cooled Unitary Air Conditioners (Electrically Driven)
Jadual Pengiraan COP sistem dan kitaran daripada “MS 1525:2014 Code of Practice on Energy
Efficiency and Renewable Energy for non-Residential Building” menunjukkan COP minimum
yang dicadangkan untuk Water Cooled Unitary Air Conditioners (Electrically Driven) seperti
ditunjukkan pada Jadual 8.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
121
LAMPIRAN VI
AUDIT AWALAN
BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT AM
Nama Bangunan : …………….……………………………………………….
Jenis Bangunan : ………………………………………………………………
Luas Keluasan Keseluruhan Bangunan :..............................m2
Luas Kawasan Berpenyaman Udara:………………m2
Jumlah Tingkat:
Tahun Pembinaan: ……………………
Nama Pemeriksa:
1) ……………………………………..
2) ……………………………………..
1.1 Penambahbaikan Sistem (Jika ada):
Sistem
Tahun Skop Kerja
HVAC
Lift & Escalator
Lighting
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
122
1.2 Maklumat Terperinci Kawasan Bangunan
Kawasan Berpenyaman Udara:
No. Tempat Keluasan
Lantai
(m2)
Jarak
Siling Dari
Lantai (m)
Tingkat Tempoh
Operasi
(Jam)
Kawasan Terbuka (Tidak berpenyaman udara):
No. Tempat Keluasan
Lantai
(m2)
Jarak
Siling Dari
Lantai (m)
Tingkat Tempoh
Operasi
(Jam)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
123
BAHAGIAN 2 : SISTEM MEKANIKAL
2.1 Sistem Penyaman Udara (HVAC):
Jenis Sistem Penyaman Udara :………………………..
No. Peralatan/Komponen Kuan-
titi
Spesifikasi Catatan
2.2 Sistem Lif:
No. Peralatan/Komponen Kuan-
titi
Spesifikasi Catatan
2.3 Sistem Pam Air Sejuk:
No. Peralatan/Komponen Kuan-
titi
Spesifikasi Catatan
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
124
AUDIT TERPERINCI TENAGA SISTEM MEKANIKAL
1. SISTEM PENYAMAN UDARA (HVAC)
1.1 AHU/FCU/WCPU/ACPU
Jenis Sistem Penyaman Udara:………………………..
Tempat:………………………
Spesifikasi Sistem:
Temperature/Humidity Setpoint: Cooling Capacity: Compressor FLA/LRA:
Rated Airflo: Chilled Water Flowrate: Blower Fan Motor Capacity/Speed:
Static Pressure: Water Pressure Drop: Blower Fan FLA/LRA:
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
125
Data Pengukuran:
Time Air On Coil Off Coil Return Air Cond. Outside Air Cond.
Total Current
Amp
Blower Fan
Current Amp
Condenser Fan
Current Amp
Compressor
Current Amp
Velocity DB WB DB WB DB WB Velocity DB WB Velocity R Y B R Y B R Y B R Y B
On Coil Area : Fresh Air Intake Area :
Air Velocity: Return Air Intake Area :
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
126
1.2 Chiller dan Pump
Spesifikasi Sistem :
Capacity:…………..RT/Btu/hr CHWRT:…….. FLA/LRA:……………..
Evaporator Refrigerant Temperature /
Pressure:
Condenser Refrigerant Temperature /
Pressure
Chiller Method Operation/Sequencing:
CHWST:……….. Max. Demand Limit/Percentage Loading /
Current Limit:
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
127
Data Pengukuran:
Time Chiller Chiller Current Amp Pumps Current Amp
CHWST CHWRT Flowrate R Y B CHWP CHWP Total CWP CWP Total
R Y B R Y B R Y B R Y B
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
128
1.3 Cooling Tower
Spesifikasi Sistem:
Capacity:…………..RT/Btu/hr Tower Fan Motor FLA/LRA:……..
No. of Cells: Operation Method:
Tower Fan Motor Capacity/Speed ………..
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
129
Data Pengukuran:
Time Ambient Cooling Tower
Temperature CWST CWRT Water Tower Fan Current Amp Total Current Amp
DB WB Flowrate R Y B R Y B
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
130
2. SISTEM LIF
No.
Sistem/Jenis Lif
Kuantiti
Spesifikasi Motor (Kuasa)
Tempoh Operasi (Jam)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
131
3. SISTEM PAM AIR SEJUK
No.
Sistem/Jenis Pam
Kuantiti
Spesifikasi Motor (Kuasa)
Tempoh Operasi (Jam)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
132
4. LAIN-LAIN SISTEM (EXHAUST FAN, ETC.)
No.
Sistem/Jenis
Kuantiti
Spesifikasi Motor (Kuasa)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
133
SISTEM LIF
LAMPIRAN 7 - K
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
134
K. SISTEM LIF
Sistem lif didalam sesebuah bangunan merupakan salah satu daripada sistem mekanikal
yang turut menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi. Walaupun sistem ini bukanlah
penyumbang utama kepada penggunaan eletrik yang tinggi, tetapi tetap ada potensi untuk
membantu dalam penjimatan tenaga bangunan secara keseluruhan.
Sebagai tambahan, menurut kertas kajian yang dikeluarkan pihak International Building
Performance Simulation Association, Sydney Australia, sistem lif di dalam bangunan
yang berketinggian sederhana menggunakan 8.4% daripada jumlah penggunaan tenaga
elektrik bangunan. Oleh itu, audit tenaga bagi sistem mekanikal turut menfokuskan
kepada sistem lif selain dari sistem penyaman udara bangunan dan seterusnya membuat
cadangan bagi mengurangkan beban tenaga bagi sistem lif ini.
1. Kaedah Pengukuran
Bagi mengenalpasti maklumat terperinci mengenai beban sistem lif, pengumpulan data
dilakukan dengan merekod bacaan tenaga menggunakan electrical power logger yang
dipasang pada papan agihan (Distribution Board) yang terletak di dalam bilik motor lif.
(lift motor room). Data direkod untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam bagi
menganggarkan pengunaan harian lif di sesebuah bangunan berkenaan.
Data yang direkodkan adalah seperti berikut:
i. Data penggunaan tenaga sistem lif untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam
(kWj).
ii. Data beban tenaga untuk satu tempoh masa bagi mendapatkan bacaan kehendak
maksimum, maximum demand MD (kW).
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
135
Kaedah menentukan jumlah penggunaan kuasa keseluruhan bagi sistem lif adalah seperti
berikut:
a. Semak lukisan skematik elektrik untuk menentukan cara agihan elektrik.
b. Tentukan agihan elektrik yang hanya membekalkan elektrik untuk sistem lif
sahaja dan tidak bercampur dengan sistem lain.
c. Pasang power logger pada papan suis utama atau papan agihan yang
membekalkan elektrik untuk sistem lif. Gambar 11 dan Gambar 12
menunjukkan sambungan kabel pada power logger dan pemasangan power logger
pada papan suis utama. Untuk maklumat lanjut boleh dirujuk pada manual yang
telah disediakan oleh pihak pembekal power logger tersebut.
d. Masukkan maklumat yang diperlukan pada power logger tersebut seperti
Gambar 10.
e. Bilangan hari yang telah diset pada power logger untuk diambil bacaan adalah
berdasarkan faktor jangkamasa audit. Power logger perlu dipasang untuk tempoh
sekurang-kurangnya 24 jam bagi menentukan profil penggunaan kuasa lif.
Bacaan penggunaan kuasa perlu diambil secara berasingan setiap satu (1) jam dengan
mengambil bacaan di papan agihan (Distribution Board) masing- masing dengan
menggunakan clamp meter. Bacaan perlu diambil sebanyak tiga (3) kali.
Bacaan dengan menggunakan clamp meter perlu diambil sebanyak tiga (3) kali iaitu
bacaan arus (A) pada kabel merah, kuning dan biru. Unit bacaan ialah dalam Ampere (A)
dan bagi mendapatkan bacaan penggunaan kuasa, unit ini perlu ditukarkan ke unit
kilowatt (kW).
2. Pengisian Borang (checklist) Pengukuran
Bagi memudahkan pengumpulan data dibuat, borang seperti di Lampiran VI (Sila rujuk
muka surat 112) diwujudkan. Borang ini merangkumi sistem mekanikal yang ada
didalam sesebuah bangunan seperti sistem penyaman udara, sistem lif dan sistem pam
untuk penggunaan air domestik.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
136
3. Cadangan Kaedah Penjimatan
Bagi menjimatkan penggunaan tenaga dalam bangunan, beberapa langkah penjimatan
boleh dilaksanakan. Antara langkah berkenaan ialah:
i. Penetapan pergerakan lif mengikut waktu puncak dan waktu biasa.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
137
SISTEM PAM AIR SEJUK
LAMPIRAN 7 - L
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
138
L. SISTEM PAM AIR SEJUK (COLD WATER PUMP)
1. Kaedah Pengukuran Sistem Pam Air Sejuk
Sistem pam di sesebuah bangunan pejabat biasanya berfungsi untuk menyalurkan air
dingin ke dalam sistem penyaman udara, air untuk kegunaan domestik dan air untuk
sistem pencegah kebakaran.
Bagi mendapatkan jumlah tenaga yang digunakan oleh sistem pam, kaedahnya adalah
sama seperti untuk mendapatkan bacaan tenaga sistem penyaman udara dan juga sistem
lif. Bacaan data tenaga direkod dengan menggunakan electrical power logger yang
dipasang pada papan agihan (Distribution Board) untuk pam yang terletak di dalam bilik
pam (pump room). Data direkod untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam bagi
menganggarkan pengunaan pam di sesebuah bangunan berkenaan. Walaubagaimanapun,
sistem pam untuk alatan pencegah kebakaran hanya berfungsi semasa kecemasan dan
tidak menyumbang kepada jumlah penggunaan tenaga harian bangunan.
Data yang direkodkan adalah seperti berikut:
i. Data penggunaan tenaga sistem pam untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam
(kWj).
ii. Data beban tenaga untuk satu tempoh masa bagi mendapatkan bacaan kehendak
maksimum, maximum demand MD (kW).
2. Pengisian Borang (checklist) Pengukuran
Bagi memudahkan pengumpulan data dibuat, borang seperti di Lampiran VI (Sila rujuk
muka surat 112) diwujudkan. Borang ini merangkumi sistem mekanikal yang ada
didalam sesebuah bangunan seperti sistem penyaman udara, sistem lif dan sistem pam
untuk penggunaan air domestik.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
139
3. Cadangan Kaedah Penjimatan
3.1 Tanpa kos:
a) Semua jenis bentuk komunikasi, maklumat serta pendidikan
kepada pemilik dan pengguna bangunan tentang penjimatan air
(Kempen kesedaran, poster, memo, e-mail, dan lain-lain lagi).
3.2 Dengan kos
a) Pemasangan tandas dual-flush
b) Pemasangan meter air individu
c) Pemasangan fittings (contoh: showerhead, urinals, dan lain-lain
yang lebih cekap penggunaan air).
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
140
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
141
UJIAN PENYUSUPAN
UDARA LUAR KE DALAM
BANGUNAN
LAMPIRAN 7 - M
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
142
M. UJIAN PENYUSUPAN UDARA LUAR KE DALAM BANGUNAN
(INFILTRATION TEST)
Penyusupan udara luar yang lebih panas ke dalam bangunan berpenyaman udara telah
dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang menyebabkan sistem penyaman udara
bangunan terpaksa beroperasi dengan lebih kuat dan seterusnya meningkatkan
penggunaan tenaga elektrik bangunan itu.
Ujian Penyusupan Udara Luar ke Dalam Bangunan ini bertujuan untuk menentukan tahap
sebenar penyusupan udara luar yang tidak diperlukan dan seterusnya memperkenalkan
langkah pengawalan terhadap penyusupan udara luar ini. Langkah pengawalan yang
diperkenalkan akan dapat mengurangkan beban sistem penyaman udara bangunan dan
sekaligus membantu mengurangkan penggunaan tenaga bangunan.
1. Kaedah Pengukuran
Ujian Penyusupan Udara Luar ini dilakukan dengan mengumpulkan kadar wap air yang
terkondensasi di bilik Unit Pengawal Udara (Air Handling Unit, AHU) bangunan seperti
ditunjukkan pada Gambar 27 di bawah.
Data seperti berikut diperlukan bagi mengira kadar penyusupan udara ke dalam bangunan
dalam unit air-changes per hour, (ACH):
i. Keluasan lantai dalam meter persegi (m2) yang disejukkan oleh sesebuah AHU.
ii. Jarak siling dari lantai.
iii. Bilangan pengguna dalam bilik yang disejukkan oleh sesebuah AHU (bagi
mengira haba yang dibebaskan.)
iv. Suhu dan kelembapan udara luar – bagi mengira jumlah wap air yang terkandung
dalam udara luar (g/kg).
v. Suhu dan kelembapan udara dalam bangunan – bagi mengira jumlah wap air yang
terkandung dalam udara dalam bangunan (g/kg).
vi. Kadar wap air terkondensasi dari AHU (g/s).
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
143
Suhu dan kelembapan udara luar dan dalam bangunan direkodkan dengan menggunakan
alat data logger yang boleh merekod data seperti suhu, kelembapan, tahap pencahayaan
(lux level) dan lain-lain untuk suatu tempoh masa yang ditetapkan.
Kadar wap air terkondensasi dikira dengan mengumpulkan air yang keluar dari AHU
melalui drain pipe dalam tempoh masa yang sama semasa suhu dan kelembapan udara
luar dan dalam bangunan direkodkan.
Kadar wap air terkondensasi yang dikira ini turut meliputi beban haba orang (latent load),
udara segar dari luar yang dibenarkan masuk melalui ‘damper’ di bilik AHU dan udara
yang masuk ke dalam bangunan melalui bukaan tingkap, pintu, dinding dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, bagi mendapatkan bacaan udara yang menyusup ke dalam
bangunan atau penyusupan udara ini, kadar wap air terkondensasi disebabkan udara segar
dan beban haba orang ditolak dari kadar wap air terkondensasi keseluruhan.
Formula seperti di bawah digunakan bagi mengira penyusupan udara yang masuk ke
dalam bangunan.
Di mana,
FA = Kadar Penyusupan Udara (m3
air/h)
C.W = Kadar Wap Air Terkondensasi yang dikumpulkan (gwater/sec)
Occ.W = Kadar Wap Air Daripada Orang (gwater/sec)
Om = Kandungan Wap Air Udara Luar Bangunan (gwater/kgair)
Im = Kandungan Wap Air Udara Dalam Bangunan (gwater/kgair)
ρair = Ketumpatan Udara Luar Bangunan (kg/m3)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
144
1.1 Pengiraan Kadar Air Terkondensasi (Condensate Water, C.W)
Jumlah keseluruhan kadar kondensasi diukur dengan mengumpul wap air yang
terkondensasi dari AHU antara 15 saat – 1 minit dan berat air berkenaan
ditimbang dalam gram. Ini seterusnya akan menghasilkan keputusan kadar wap
air yang terkondensasi. (gram/sec).
Gambar 27: Proses Pengiraan Kadar Air Terkondensasi
Air dikumpul dalam masa tertentu dari
paip kondensasi yang terdapat di
AHU.
Air yang dikumpul kemudian
ditimbang.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
145
1.2 Pengukuran Kandungan Wap Air Dalam Udara Luar dan Udara
Dalam Bangunan (Outdoor Moisture, Om dan Indoor Moisture, Im).
Data bagi kandungan wap air dalam udara luar dan dalam bangunan diambil
menggunakan alat Data Logger yang diletakkan di luar bangunan dan dalam
kawasan pejabat yang disejukkan oleh sesebuah AHU seperti ditunjukkan pada
Gambar 28 di bawah.
Gambar 28: Proses Pengukuran Kandungan Wap Air Dalam Udara Luar
dan Udara Dalam Bangunan
Dari bacaan suhu dan kelembapan udara yang telah diambil, wap air dalam udara
dapat dikira atau diperolehi melalui carta psychometric. Ketumpatan udara luar
juga boleh dikira dengan menggunakan data suhu dan kelembapan udara dan
merujuk kepada carta psychometrics udara.
Data logger diletakkan di luar
(berdekatan dengan lobi) bangunan
bagi mengukur wap air dalam udara
luar.
Data logger diletakkan di dalam
pejabat untuk mengukur wap air
dalam udara ketika ujian penyusupan
sedang dibuat.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
146
ANSI/ASHRAE Standard 62.1-2007 Ventilation for Acceptable Indoor Air Quality
menyarankan kadar minimum udara segar di dalam bangunan seperti berikut
untuk mengekalkan kualiti udara yang baik:
Kadar Aliran Udara (flow rate) Minimum untuk 1 m² = 0.3 l/s/m²
Kadar Aliran Udara (flow rate) Minimum untuk 1 orang = 2.5 l/s/person
ASHRAE juga menyarankan jumlah minimum udara segar yang diperlukan di
dalam bangunan untuk mengekalkan kualiti udara yang baik adalah hasil tambah
Kadar Aliran Udara Minimum untuk 1 m² dan Kadar Aliran Udara Minimum
untuk 1 orang.
1.3 Pengiraan Kadar Wap Air Daripada Orang (Occupant Moisture,
Occ.W)
Dengan merujuk kepada Jurnal Personal factors in Thermal Comfort Assessment:
Clothing Properties and Metabolic Heat Production oleh George Havenith,
Ingvar Holmer dan Ken Parsons, Department of Human Sciences, Human
Thermal Environments Laboratory, Laoughborough University Leicester;
dan laman web http://www.engineeringtoolbox.com/metabolic-heat-persons-
d_706.html (jadual seperti di lampiran A).
Haba pendam air (water latent heat) bagi pemeluwapan (evaporation) adalah;
2270 kJ/kg = 2270 Wsec/gram air.
Oleh itu, 1 orang pada 60 W haba pendam ÷ 2270 Wsec/g = 0.02643 g/sec air yang
dihasilkan seorang.
Berdasarkan bilangan orang yang berada di dalam bilik yang disejukkan oleh
sesebuah AHU, wap air keseluruhan yang dihasilkan semua orang ini boleh dikira
seperti formula berikut:
Kadar wap air oleh orang secara keseluruhan (g/sec) = 0.02643 g/sec/orang x bil.
orang.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
147
2. Pengisian Borang (Checklist) Pengukuran
Bagi memudahkan pengumpulan data dibuat, Borang Ujian Penyusupan Udara Luar Ke
Dalam Bangunan digunakan. Rujuk Lampiran B.
3. Cadangan Kaedah Penjimatan
Dengan memastikan penutupan tingkap dan pintu antara ruang berpenyaman udara
dengan ruang tidak berpenyaman udara (natural ventilation), contoh anggaran penjimatan
yang akan dicapai adalah seperti berikut:
Contoh Pengiraan Kadar Penjimatan;
Pada kadar 3.8 ACH,
Anggaran penggunaan tenaga tahunan = 1,413 kWj x 22 hari x 12 bulan x 35%
= 130,561 kWj/tahun
Bagi penurunan sebanyak 15% dari kadar ACH, iaitu 20% dari penggunaan tenaga
tahunan,
Anggaran penggunaan tenaga tahunan = 1,413 kWj x 22 hari x 12 bulan x 20%
= 74,606 kWj/tahun
Anggaran penjimatan setahun (RM) tarif baru berkuatkuasa 1 Jun 2011
= (130,561 kWj – 74,606 kWj) x 0.430 RM/kWj
= RM 24,060.00
(peratus penggunaan
tenaga disebabkan
penyusupan udara)
(peratus penggunaan
tenaga disebabkan
penyusupan udara )
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
148
LAMPIRAN A
Degree of
Activity
Typical
Application
Average
Metabolic
rate - male
adult (W)
Room Dry Bulb Temperature (oC)
28 27 26 24 22 20
Sens. Lat. Sens. Lat. Sens. Lat. Sen
s. Lat. Sens. Lat. Sens. Lat.
Seated, very
light work
Computer
working 120 50 70 55 65 60 60 70 50 478 42 84 36
Office work
Hotel
reception,
cashier
130 50 80 56 74 60 70 70 60 78 52 86 44
Standing,
walking slowly
Laboratory
work 130 50 80 56 74 60 70 70 60 78 52 86 44
Walking, seated 150 53 97 58 92 64 86 76 74 84 66 90 60
Moderate work Servant, hair
dresser 160 55 105 60 100 68 92 80 80 90 70 98 62
Light bench
work
Mechanical
production 220 55 165 52 158 70 150 85 135 100 120 115 105
Moderate
Dancing Party 250 62 188 70 180 78 172 94 156 110 140 125 125
Fast walking Mountain
walking 300 80 220 88 212 96 204 110 190 130 170 145 155
Heavy work Athletics 430 132 298 138 292 144 286 154 276 170 260 188 242
Jadual haba pendam orang diambil dari http://www.engineeringtoolbox.com/metabolic-
heat-persons-d_http://www.engineeringtoolbox.com/metabolic-heat-persons-d_706.html
06.html.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
149
LAMPIRAN B
BORANG UJIAN PENYUSUPAN UDARA LUAR KE DALAM BANGUNAN
Nama Bangunan :……………………………………………………….
Nama Pemeriksa :……………………………………………………….
Tarikh
Keluasan Lantai (m²)
Jarak Siling Dari Lantai (m)
Bilangan Pengguna/penghuni
Jam Mula
Jam Tamat
No. Data Logger (Dalam)
No. Data Logger (Luar)
Tingkat
No. Bilik AHU
No. AHU
Nama Kawasan AHU
membekalkan udara
No Air Dikumpul
(g) Masa (s)
1
2
3
4
5
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
150
Contoh Pengiraan Kadar Penyusupan Udara ke Dalam Bangunan
Keluasan Lantai (m
2) 790 Beban Pendam Orang (W/person) 60
Haba pendam air (water latent heat) bagi pemeluwapan
(evaporation) adalah;
2270 kJ/kg = 2270 Wsec/gram air
Tinggi Siling Dari Lantai (m) 3 Wap Air Orang (g/sec) 0.53
Bilangan orang 20
kJ = 1000 W.sec
Ketumpatan orang (m2/person) 39.5
Density of air = 1.135348
Suhu luar bangunan (Celcius) 28.6323 Suhu udara balik 22.52827
Kelembapan luar bangunan (RH %) 76.2739 Kelembapan udara balik 73.49064
Kandungan wap air luar bangunan (g/kg) 19.00
Kandungan wap air dalam udara balik (g/kg) 12.62
Wap air dibuang (g/kg) 6.38
Air Dikumpul (grams) Sec Jumlah Kadar Kondesasi (g/sec)
Cond - Occ (g/sec)
Infil (kg air/sec) Infil (m3 air/hour)
ACH Infiltration
ACH Ashrae
Melebihi sebanyak
1 300 30 10.00 9.47 1.48 4705.628 1.99 0.44 355%
2 287 30 9.57 9.04 1.42 4490.337 1.89 0.44 335%
3 290 30 9.67 9.14 1.43 4540.02 1.92 0.44 339%
4 300 30 10.00 9.47 1.48 4705.628 1.99 0.44 355%
5 294 30 9.80 9.27 1.45 4606.263 1.94 0.44 346%
Purata 294.20 30.00 9.81 9.28 1.45 4609.575 1.94 0.44 346%
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
151
Keadaan Udara Dalam Bangunan
Time, GMT+08:00
Temp, °C RH, % DewPt, °C g/kg kg/kg
Air density (kg/m3)
7/4/2012 12:20 22.681 71.805 17.465 12.43874 0.012439 1.170421
7/4/2012 12:21 22.633 72.031 17.466 12.44167 0.012442 1.170606
7/4/2012 12:22 22.585 72.402 17.496 12.46994 0.01247 1.170745
7/4/2012 12:23 22.537 73.27 17.627 12.58501 0.012585 1.170725
7/4/2012 12:24 22.489 73.232 17.573 12.541 0.012541 1.170996
7/4/2012 12:25 22.465 73.577 17.62 12.58255 0.012583 1.171016
7/4/2012 12:26 22.441 73.135 17.507 12.48686 0.012487 1.171286
7/4/2012 12:27 22.417 73.917 17.642 12.60432 0.012604 1.171166
7/4/2012 12:28 22.417 73.364 17.53 12.50813 0.012508 1.171342
7/4/2012 12:29 22.465 76.475 18.192 13.08857 0.013089 1.17009
7/4/2012 12:30 22.681 75.189 18.15 13.03724 0.013037 1.169327
purata 22.52827 73.49064 17.66073 12.61673 0.012617 1.170702
Keadaan Udara Luar Bangunan
Time, GMT+08:00
Temp, °C RH, % DewPt, °C g/kg kg/kg
Air density (kg/m3)
7/4/2012 12:20 28.493 76.55 24.062 18.91174 0.018912 1.136314
7/4/2012 12:21 28.518 76.614 24.1 18.95635 0.018956 1.136141
7/4/2012 12:22 28.518 76.526 24.082 18.93392 0.018934 1.136181
7/4/2012 12:23 28.543 76.707 24.143 19.00846 0.019008 1.135955
7/4/2012 12:24 28.593 76.54 24.157 19.0226 0.019023 1.135742
7/4/2012 12:25 28.617 76.722 24.218 19.0966 0.019097 1.135521
7/4/2012 12:26 28.692 75.793 24.101 18.94304 0.018943 1.135508
7/4/2012 12:27 28.717 75.828 24.132 18.98037 0.01898 1.135348
7/4/2012 12:28 28.791 75.695 24.177 19.02995 0.01903 1.134982
7/4/2012 12:29 28.841 75.764 24.239 19.10476 0.019105 1.134662
7/4/2012 12:30 28.916 75.749 24.308 19.18652 0.019187 1.134237
purata 28.6323 76.2739 24.1411 18.99878 0.018999 1.135635
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
152
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
153
SISTEM PASIF /
PRESTASI BANGUNAN
LAMPIRAN 7 - N
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
154
N. SISTEM PASIF / PRESTASI BANGUNAN
SENARAI SEMAK PRESTASI BANGUNAN KERAJAAN
1) MAKLUMAT BANGUNAN KAJIAN
A)
Senarai Lukisan/ Pelan Bangunan:
(Dapatkan satu salinan dokumen ’hardcopy’ ATAU dokumen ’softcopy’)
No.
Item
Salinan Dokumen (Hardcopy)
Salinan AutoCad
Catatan
1 Pelan Lantai Bangunan (Bersama keluasan ruang)
2 Pandangan Sisi-sisi Bangunan: - Depan - Sisi Kiri - Belakang - Sisi Kanan
3 Keratan Bangunan (Menunjukkan ketinggian lantai ke siling)
4 Pelan Tapak (Beserta penunjuk arah utara)
B)
Diskripsi bangunan:
No. Perkara Keluasan (m.per) Bilik / Ruang Yang Akan Dikaji
1 Keluasan Ruang
Tingkat Bawah
Tingkat ….. (Jika perlu)
Tingkat ….. (Jika perlu)
Tingkat Pertengahan
Tingkat ….. (Jika perlu)
Tingkat ….. (Jika perlu)
Tingkat ….. (Jika perlu)
Tingkat Teratas
JUMLAH KELUASAN KESELURUHAN
1 Bil. Tingkat
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
155
C) Diskripsi Bahan Binaan Bangunan (Berpandukan lukisan)
No. Perkara Jenis Ketebalan(mm) Catatan
1
Dinding Dalam (Mengikut Tingkat)
i.) Bahan Binaan utama Dinding ii.) Bahan Kemasan Lapisan Dalam
Tingkat .................. i.) - ii.) -
Tingkat .................. i.) - ii.) -
Tingkat .................. i.) - ii.) -
2 Permukaan Dinding Luar
i.) Bahan Binaan Dinding
ii.) Bahan Kemasan Lapisan Luar
3 Papak Konkrit Tingkat Bawah
4 Papak Konkrit diantara Setiap Tingkat
5 PERMUKAAN BUMBUNG
i.) Jenis & Nilai ‘SRI‘
ii.) Bahan Kemasan
iii.) Bahan Penebat
iv.) Warna
v.) Pengudaraan (Jika Ada)
6 PERMUKAAN TINGKAP (Mengikut Fasad)
i.) Jenis Kaca Tingkap
ii.) Bahan Bingkai Tingkap
iii) Rekabentuk Tingkap/ bilangan
iv) Nisbah Keluasan Tingkap & Dinding (WWR)
7. PERMUKAAN SILING
i.) Jenis/ Bahan Kemasan Siling
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
156
i) Pengambilan Data : Luar Bangunan
- Kiraan keluasan permukaan setiap fasad (Rujuk
Lukisan)
- Jenis / Bilangan Tingkap/ Bukaan (Rujuk Lukisan)
- Bacaan suhu permukaan dinding luar (*)
- Lokasi / Diameter Lanskap luar bangunan
(*)Proses kerja akan dibuat secara berulang-ulang mengikut masa yang telah ditetapkan 1-2 Bacaan/ Pengambilan Data (Pagi) 1-2 Bacaan/ Pengambilan Data (Petang)
ii) Pengambilan Data : Dalam Bangunan
- Susun atur ruang pejabat (Internal & furniture
layout)
- Mengambil data pencahayaan (Adakah ’switch’ mengikut zone)
- Lampu akan dimatikan seketika dibeberapa lokasi ruang pejabat yang bersesuaian / sebahagian tingkat / seluruh bangunan.
- Bacaan VLT – tingkap dibuka/ditutup (lampu
dipadam)
- Bacaan cahaya ruang blind tutup/blind buka (lampu buka/tutup)
- Bacaan suhu pada permukaan dalaman
- Bacaan Kelembapan (RH)
- Lokasi lanskap dalam bangunan
- Poster/stiker langkah-langkah penjimatan tenaga dipamerkan
Proses kerja akan dibuat secara berulang-ulang mengikut masa yang telah ditetapkan 1-2 Bacaan/ Pengambilan Data (Pagi) 1-2 Bacaan/ Pengambilan Data (Petang)
2) PENGUMPULAN DATA DI TAPAK
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
157
iii) Orientasi Permukaan Dinding Luar
(Pengesyoran Gambar Satelit Bangunan Kajian dari imej Google Earth)
- Tandakan sudut diantara UTARA dan Dinding A (Ikut Jam):…..…sudut
A (TIMUR) B (BARAT)
DINDING (Jika berlainan dari lukisan) DINDING (Jika berlainan dari lukisan)
- Bahan - Bahan
- Ketebalan [mm] - Ketebalan [mm]
- Warna (Luar) - Warna (Luar)
- Keluasan [m.per] - Keluasan [m.per]
- Adakah terdedah
kepada matahari?
Jika TIDAK, ulasan lanjut
- Adakah terdedah
kepada matahari?
Jika TIDAK, ulasan lanjut
TINGKAP TINGKAP
- Bahan - Bahan
- Bahan Kerangka - Bahan Kerangka
- Peneduh Cahaya - Peneduh Cahaya
- Keluasan [m.per] - Keluasan [m.per]
- Nilai SC - Nilai SC
- Unjuran tingkap YA - Unjuran tingkap YA
- Blinds YA - Blinds YA
- Side Reveals YA - Side Reveals YA
- Curtains YA - Curtains YA
- Mempunyai
Peneduh Cahaya diluar? Jika YA,
ulasan lanjut
- Mempunyai
Peneduh Cahaya diluar? Jika YA,
ulasan lanjut
T
S
U
B
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
158
Blok Aras Nama Ruang Masa Ukuran pagi/ptg
Suhu°C
Blok / Aras
Nama Ruang
Masa
Ukuran diambil
Cahaya Siang
(LUX)
Pencahayaan buatan
(LUX)
Buka lampu
Tutup lampu
Dengan Langsir/Bidai
Tanpa Langsir/bidai
Blok / Aras
Nama Ruang
Masa Ukuran diambil Pg/ptg
Cahaya Siang -VLT (LUX)
Buka tingkap
Tutup tingkap
3) PENGUKURAN PURATA RUANG DALAMAN (SUHU) (Sila lengkapkan Ukuran di tempat yang disediakan)
4) PENGUKURAN PENCAHAYAAN DALAMAN (Sila lengkapkan Ukuran di tempat yang disediakan)
5) PENGUKURAN PENCAHAYAAN DALAMAN MELALUI TINGKAP (VISIBLE LIGHT TRANSMITTANCE – VLT)
(Sila lengkapkan Ukuran di tempat yang disediakan)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
159
i) Gambar yang diambil ( Tandakan ditempat yang sudah dilengkapkan)
Kesemua
Dinding Luar
dan Bumbung
Kesemua
Tingkap dan
Pintu
Landskap
persekitaran
Ruang
Dalaman
Lain - lain
ii) Maklumat: mengenai Penjimatan Tenaga ( Papan tanda/ poster/ maklumat / arahan dll.)
Jabatan/ Kawasan/ Aras Masa diambil
iii) Maklumat: Landskap (dalam bangunan)
Jabatan/ Kawasan/ Aras Catatan
iv) Maklumat: Landskap (luar bangunan)
Lokasi/ Orientasi/ Gambar Catatan
‘TAMAT’
6) MAKLUMAT TAMBAHAN BANGUNAN KAJIAN (Sila lengkapkan Ukuran di tempat yang disediakan)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
160
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
161
PENGIRAAN OVERALL
THERMAL TRANSFER VALUE
& ROOF THERMAL TRANSFER
VALUE
LAMPIRAN 7 - O
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
162
O. PENGIRAAN ’OVERALL THERMAL TRANSFER VALUE’ (OTTV) &
’ROOF THERMAL TRANSFER VALUE’ (RTTV)
i. Konsep OTTV
Haba matahari yang menyusup kedalam bangunan melalui sampul bangunan (building
envelope) adalah penyumbang bagi menentukan beban sistem penyaman udara sesuatu
bangunan. Bagi sesebuah bangunan yang tidak mempunyai sistem penyaman udara, haba
matahari menyumbang kepada keadaan ketidakselesaan didalam bangunan itu. Untuk
mengurangkan kesan haba matahari didalam bangunan, rekabentuk bangunan yang
mempunyai pendekatan penjimatan tenaga adalah sangat penting.
Salah satu kriteria untuk mencapai reka bentuk sampul bangunan yang cekap tenaga
adalah dengan mengira ’Overall Thermal Transfer Value (OTTV)’ yang telah dicapai
oleh bangunan tersebut. Nilai OTTV untuk sesebuah bangunan berkeluasan 1000 m2
seharusnya tidak melebihi 50 W/m2 (rujukan: MS 1525:2014). Nilai OTTV yang
ditetapkan ini adalah bermatlamat untuk mengurangkan kemasukan haba matahari
kedalam bangunan dan akan menyumbang kepada pengurangan beban sistem penyaman
udara bangunan tersebut.
ii. Kaedah Pengiraan OTTV
Pengiraan OTTV bagi sampul bangunan adalah seperti berikut:
Dimana,
OTTV = (A1 x OTTV1) + (A2 x OTTV2) + ... + (An x OTTVn)
A1 + A2 + ... + An
A1 ialah keluasan kasar dinding luar bagi orientasi 1; dan
OTTV ialah nilai OTTV bagi orientasi 1 dari persamaan (2)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
163
Dimana Persamaan (2) adalah,
Untuk bukaan pada orientasi yang dipilih, formula pengiraan adalah seperti berikut:
OTTV i = 15α (1 – WWR) Uw + 6 (WWR) Uf + (194 x OF x WWR x SC )
Dimana,
WWR ialah ratio keluasan tingkap kepada dinding (window-to-wall ratio) orientasi yang
dipilih
α ialah penyerapan (absorptiviti) solar bagi dinding tidak telus, seperti di Jadual 9
Uw ialah pegantaraan haba pada dinding tidak telus (W/m2K)
Uf ialah pegantaraan haba pada sistem bukaan (W/m2K)
OF ialah faktor orientasi solar, seperti di Jadual 8; dan
SC ialah pekali teduhan bagi sistem bukaan
Nota: SHGC ialah pekali perolehan haba solar; dimana, SHGC = SC x 0.87
Jadual 9: Faktor Orientasi Solar
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
164
Jadual 10: Kadar Penyerapan (Absorptiviti) Solar Bagi Dinding Tidak
Telus
iii. Konsep RTTV
Dalam kes bangunan yang menggunakan sistem penyaman udara, konsep ’Roof Thermal
Transfer Value (RTTV) adalah terpakai jika pada bahagian bumbung bangunan itu
mempunyai Skylight dan keseluruhan ruang dibawahnya adalah menggunakan penyaman
udara. Pengesyoran maksimum RTTV ialah 25 W/m2.
iv. Kaedah Pengiraan RTTV
Pengiraan RTTV adalah seperti berikut:
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
165
v. Equivalent Temperature Difference
Bagi memudahkan pengiraan RTTV, ’The Equivalent Temperature Difference’ (TDeq)
bagi jenis pembinaan bumbung yang berbeza telah diklasifikasikan seperti di Jadual 10
berikut:
Jadual 11: The Equivalent Temperature Difference (TDeq) Bagi Pelbagai Jenis Bumbung
vi. Solar Factor
Bagi orientasi dan darjah kecerunan bumbung, solar facto’ adalah seperti persamaan
berikut:
SF = 323 x OF
Dimana,
SF ialah faktor solar (W/m2); dan
OF ialah faktor orientasi dengan merujuk orientasi bumbung dan kecerunan skylight
seperti ditunjukkan di Jadual 11.
Jadual 12: Faktor Orientasi Bumbung Dan Kecerunan Skylight
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
166
Jika bumbung mempunyai bahagian-bahagian yang berbeza orientasinya atau kecerunan
bumbung berbeza, RTTV bagi keseluruhan bumbung harus dikira seperti berikut:
RTTV = (A01 x RTTV1) + (A02 x RTTV2) + ... + (A0n x RTTV0n)
A01 + A02 + ... + A0n
Dimana,
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
167
KAJI SELIDIK KESELESAAN
PENGGUNA
LAMPIRAN 7 - P
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
168
P. KAJI SELIDIK KESELESAAN PENGGUNA Blok / Aras Pejabat :__________________________________________ Nama Unit / Jabatan :__________________________________________ Kedudukan Dipejabat : Utara / Selatan / Timur / Barat (potong yg tidak
berkaitan) Keadaan Cuaca Diluar : Cerah / Mendung / Hujan (potong yg tidak
berkaitan)
PENILAIAN TAHAP KESELESAAN PERSEKITARAN RUANG DALAMAN BANGUNAN KERAJAAN
1) KUALITI UDARA DAN SISTEM PENGUDARAAN
1) Bagaimanakah anda menilaikan tahap kualiti udara dan sistem pengudaraan di tempat kerja anda sejak tiga bulan yang lalu? Kualiti udara dan sistem pengudaraan adalah:
Ya, Selalu
Ya, Kadang-kadang
Ya, Tidak
pernah Kering
Lembap
Sukar bernafas/ berasa menyesakkan
Berkulat
Berbau (Nyatakan punca bau:………………………….)
Segar
2) Adakah anda berasa sukar bernafas/menyesakkan ketika berada di tempat kerja apabila anda mula memasuki pejabat di waktu pagi?
Selalu
Biasa
Sekali sekala
Tidak pernah
3) Secara umumnya, apakah persepsi anda terhadap kualiti udara dan sistem pengudaraan di tempat anda bekerja sejak tiga bulan yang lalu?
Sangat baik
Baik
Boleh di terima
Tidak baik
Sangat baik
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
169
2) TAHAP KESELESAAN SUHU
4) Adakah anda mengalami kesukaran dengan tahap penyejukan dan pengawalan suhu di pejabat anda sejak tiga bulan yang lalu? Tahap penyejukan dan pengawalan suhu adalah sepert berikut:
Ya, Selalu
Ya, Kadang-kadang
Ya, Tidak pernah
Terlalu panas di waktu pagi
Terlalu sejuk di waktu pagi
Terlalu panas di waktu petang
Terlalu sejuk di waktu petang
Kemarau/kekeringan, akibat saluran pengudaraan udara dalaman.
Terlalu sejuk di sepanjang hari
Terlalu panas di sepanjang hari
5) Adakah anda memerlukan pakaian tambahan ketika di pejabat sepanjang hari untuk berasa lebih selesa?
Ya, Selalu Ya, Kadang-kadang Tidak pernah
6) Adakah ruang pejabat anda mempunyai sekurang-kurangnya satu tingkap/bukaan yang menghadap keluar?
Ya
Tidak
Sekiranya ya, Apakah arah orientasinya ? Utara Selatan Timur Barat
Adakah tingkap/bukaan menggunakan langsir/ bidai?
Selalu
Kadang-kadang
Tidak pernah
7) Adakah permukaan tingkap menjadi terlalu panas apabila cahaya matahari melaluinya?
Selalu Kadang-kadang Jarang-jarang Tidak pernah
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
170
8) Bolehkah anda mengawal kemasukan haba matahari melalui tingkap tersebut?
Penggunaan bidai
Penggunan langsir
Lain-lain (Sila nyatakan)
Tidak
pernah
9) Secara umumnya, bagaimana anda menilai tahap suhu di dalam pejabat anda sejak tiga bulan yang lalu?
Sangat baik
Baik
Boleh diterima
Tidak baik
Sangat tidak baik
3) TAHAP KESELESAAN PENCAHAYAAN
10) Adakah anda lebih suka bekerja dengan menggunakan pencahayaan semulajadi, cahaya lampu/tiruan atau kombinasi kedua-duanya?
Suka cahaya semulajadi
Suka cahaya lampu/ tiruan
Suka kombinasi kedua-
duanya
11) Adakah anda selalu berkerja dengan bergantung penuh pada cahaya semulajadi sahaja?
Selalu
Kadang-kadang
Jarang-jarang
Tidak pernah
12) Adakah anda menggunakan lampu meja atau bentuk lampu yang sama fungsi dengannya?
Ya
Tidak
Sekira jawapannya YA, adakah anda menggunakannya
Sentiasa
Selalu
Kadangkala
Tidak pernah
Sekira jawapannya TIDAK, adakah penggunaan lampu meja dapat memperbaiki tahap keselesaan suasana bekerja anda?
Ya
Tidak
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
171
13) Secara umumnya, bagaimana anda menilai tahap pencahayaan, samada cahaya lampu dan cahaya semulajadi atau kombinasi kedua-duanya?
Cahaya terlalu sedikit
Sederhana sahaja
Terlalu banyak cahaya
Di tempat kerja / meja
Di bilik pejabat secara umumnya
Di sistem komputer anda
14) Adakah punca cahaya lampu/tiruan menyebabkan penglihatan anda silau dan sangat mengganggu anda? Selalu Kadang-kadang Sekali sekala Tidak
pernah Di tempat kerja/ meja
Di sistem komputer anda
15) Adakah punca cahaya semulajadi menyebabkan penglihatan anda silau dan sangat mengganggu anda? Selalu Kadang-kadang Sekali sekala Tidak
pernah Imbasan dari awan/langit (diffuse)
Pancaran matahari terus (direct)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
172
4) TAHAP KESELESAAN BUNYI
16) Adakah anda pernah mengalami kesukaran terhadap tahap bunyi bising di ruang bekerja/pej abat anda sejak tiga bulan yang lalu yang mana berkemungkinan dapat anda kenalpasti ianya berpunca dari perkara-perkara berikut: Ya, Selalu Ya, kadang-
kadang Tidak
pernah Sistem pengudaraan/ penghawa dingin
Bunyi bising dari luar pejabat
Sistem Komputer anda
Mesin pencetak dan fotostat
Ruang Koridor/ ruang laluan
Kerja-kerja pengubahsuaian
Lain-lain (Sila nyatakan …………………)
17) Adakah anda dapat menilai dengan mudah atau menghadapi kesukaran untuk mengadakan perbualan di ruang bekerja/pejabat anda?
Ya, mudah
Agak sukar ( kesan bunyi pantulan)
Kesukaran ( lain-lain, sila nyatakan )
18) Secara amnya, bagaimana anda menilai tahap kebisingan di ruang bekerja/ pejabat anda sejak tiga bulan yang lalu?
Sangat sunyi
Agak sunyi
Boleh diterima
Mengganggu
Sangat bising
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
173
19) Adakah anda setuju dengan bekerja tanpa menggunakan cahaya tiruan dapat menjimatkan tenaga elektrik? Tidak Setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
20) Adakah anda berasa selesa bekerja dengan hanya menggunakan cahaya semulajadi?
Tidak Selesa
Kurang Selesa
Selesa
21) Secara umumnya, tanpa cahaya tiruan adakah ruang tempat kerja anda mempunyai pencahayaan semulajadi yang baik?
Terlalu Gelap Gelap Baik Sangat Baik
Jika TIDAK nyatakan mengapa ____________________________________________________ 22) Adakah anda berpendapat elemen tingkap / bukaan di ruang kerja anda adalah sangat penting?
Sangat penting Sederhana penting Tidak penting
23) Jika pencahayaan semulajadi di tempat anda mencukupi adakah anda akan mengelak menggunakan cahaya tiruan (lampu)? Tidak Ya Jika TIDAK nyatakan mengapa ____________________________________________________ 24) Apakah kaedah lain yang dapat menyumbang kepada penjimatan tenaga yang boleh anda syorkan? _____________________________________________________________________________
5) KESEDARAN PENJIMATAN TENAGA
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
174
25) Bagaimana anda menilai tahap keselesaan di ruang-ruang dalaman lain di persekitaran kawasan pejabat anda?
B: Baik ; S: Sederhana; TB: Tidak Baik
Ruang-Ruang Lain (Jika Ada)
Udara Suhu Bunyi Cahaya (tanpa lampu)
B S TB B S TB B S TB B S TB
Kafetaria
Ruang koridor
Tandas
Lobi/ Atrium
Bilik-bilik Mesyuarat
Ulasan/ Cadangan:
Tarikh:
Diucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan, diatas kesudian meluangkan masa bagi
melengkapkan Borang Soal Selidik ini. Kerjasama anda adalah amat dihargai. Sokongan anda yang
berterusan ini bukan sahaja akan menjayakan misi Jabatan Kerja Raya untuk memperkenalkan kaedah
penjimatan dan pengurusan tenaga, malahan ianya secara tidak langsung akan memperbaiki dan
mewujudkan tahap keselesaan persekitaran kerja yang maksima di bangunan pejabat anda!
‘TAMAT & TERIMA KASIH’
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
175
PENILAIAN SISTEM
PENGURUSAN TENAGA
LAMPIRAN 7 - Q
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
176
Q. SISTEM PENGURUSAN TENAGA (SPT)
SPT adalah merupakan sistem pengurusan bersifat holistik yang merangkumi pengurusan
secara sistematik semua elemen yang memberi kesan kepada penggunaan tenaga dalam
bangunan dengan objektif untuk menjamin penggunaan tenaga secara rasional. SPT
memberi penekanan kepada prinsip-prinsip seperti berikut: i) Memberi fokus kepada
pengurusan; ii) Komitmen daripada pengurusan tertinggi; iii) Penglibatan semua pihak;
dan iv) Penambahbaikan berterusan.
Di antara elemen-elemen yang terlibat dalam pengurusan tenaga ialah:
a. Polisi Tenaga
b. Strategi Pengurusan Tenaga
c. Struktur Organisasi
d. Kepatuhan Undang-Undang, Piawaian dan Pekeliling
e. Polisi Perolehan
f. Pemantauan Analisa Pengurusan Tenaga
g. Penetapan Sasaran
h. Potensi Penjimatan
i. Latihan dan Penglibatan Staf
j. Prosedur Operasi
k. Komunikasi
1. OBJEKTIF
Audit pengurusan adalah untuk menilai tahap kewujudan dan pelaksanaan elemen-
elemen di atas dalam sesebuah organisasi.
2. KAEDAH
Pemeriksaan elemen-elemen ini boleh dilaksanakan dengan kaedah berikut:
a. Temuduga dengan pihak berkaitan (cth: pengurus fasiliti, pemilik bangunan,
penghuni bangunan dll.)
b. Semakan dokumen
c. Pemerhatian persekitaran organisasi (field survey)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
177
3. PENILAIAN
Penilaian ini akan dilakukan mengikut kaedah pemarkahan melalui semakan ke atas
setiap aspek-aspek tersebut. Pemarkahan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap
kewujudan dan pelaksanaan setiap aspek berkenaan. Jadual bagi penilaian pengurusan
tenaga seperti ditunjukkan pada Jadual 23 di bawah.
Aspek -aspek pengurusan tenaga yang dinilai adalah;
Polisi Tenaga
Penyataan komitmen sesebuah jabatan ke atas usaha melaksanakan pengurusan tenaga
termasuk menetapkan sasaran pengurusan tenaga. Penilaian akan dilakukan secara
semakan kewujudan polisi tenaga, komitmen pengurusan tertinggi dan kakitangan
dalaman ke atas polisi tenaga, penambahbaikan polisi tenaga secara berkala, penetapan
sasaran tenaga dan komitmen pelaksanaan langkah-langkah penjimatan tenaga.
Strategi Pengurusan Tenaga
Antara aspek yang ditekankan dalam penilaian strategi pengurusan tenaga adalah
kewujudan dokumen rasmi yang telah dipersetujui oleh pengurusan tertinggi.
Kepentingan pelan tindakan pengurusan tenaga serta kajian semula berkala bagi
dokumen-dokumen berkaitan turut dititikberatkan dalam penilaian ini.
Struktur Organisasi
Penilaian akan dilakukan secara menyemak kewujudan organisasi pengurusan tenaga dan
penglibatan pengurusan tertinggi, tugas dan tanggungjawab setiap ahli organisasi
pengurusan tenaga ditentukan dengan jelas dan pemantauan penggunaan tenaga secara
berkala.
Kepatuhan Undang-undang, Piawaian dan Pekeliling
Penilaian akan dilakukan dengan menilai kewujudan sistem bagi mengenalpasti
keperluan-keperluan undang-undang, piawaian dan pekeliling yang perlu dipatuhi dan
tahap pematuhan kepada keperluan-keperluan tersebut.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
178
Polisi Perolehan
Penilaian dibuat bagi mengenalpasti sejauh mana elemen tenaga disertakan dalam polisi-
polisi perolehan dalam organisasi, termasuk polisi perolehan asset-aset baru serta polisi
yang melibatkan asset-aset sedia ada.
Pemantauan dan Analisa Penggunaan Tenaga
Penilaian dibuat terhadap aktiviti pengumpulan data tenaga, analisa tenaga dan pelaporan
tenaga secara berkala kepada pengurusan tertinggi organisasi.
Penetapan Sasaran
Penilaian dibuat berdasarkan kewujudan sasaran serta kebolehlaksanaan sasaran-sasaran
mengikut keupayan jabatan dari segi teknikal, kewangan dan sumber manusia.
Potensi Penjimatan
Penilaian dibuat terhadap kewujudan kaedah sistematik bagi mengenalpasti peluang
penjimatan.
Latihan dan Penglibatan Staf
Penilaian akan dilakukan terhadap komitmen jabatan dalam menyediakan dan
melaksanakan latihan pengurusan tenaga kepada kakitangan, pelaksanaan program
kesedaran dikalangan penghuni bangunan dan penglibatan kakitangan dalam aktiviti
pengurusan tenaga
Prosedur Operasi
Penilaian dibuat atas kewujudan sistem pelaporan pembaziran tenaga, jadual
penyenggaraan dan arahan pengendalian operasi yang melibatkan penjimatan tenaga.
Komunikasi
Saluran penyampaian maklumat di antara organisasi pengurusan tenaga dan penghuni
bangunan berkenaan pengurusan tenaga. Ia bertujuan untuk memastikan setiap maklumat
atau aktiviti pengurusan dapat disampaikan kepada semua penghuni bangunan. Penilaian
akan dilakukan secara menyemak kewujudan komunikasi rasmi yang berterusan di antara
semua kakitangan jabatan berkaitan aktiviti pengurusan tenaga dan makluman prestasi
tenaga selepas pelaksanaan langkah-langkah penjimatan kepada kakitangan jabatan.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
179
1 POLISI TENAGA
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
1.1 Wujud polisi tenaga secara bertulis 2
1.2 Polisi tenaga dipersetujui oleh Pengurusan
Tertinggi 2
1.3 Polisi tenaga diuar-uarkan kepada
kakitangan 1
1.4
Polisi tenaga terkini yang telah disemak dan
dikemaskini kurang daripada 3 tahun
(mutakhir)
1
1.5 Menyatakan komitmen dalam penetapan dan
pencapaian sasaran tenaga secara kuantitatif 2
1.6
Komitmen aktiviti penjimatan tenaga
dimasukkan ke dalam laporan tahunan
jabatan
1
1.7 Tarikh bagi kajian semula polisi tenaga telah
ditetapkan 1
Jumlah
10
2 STRATEGI PENGURUSAN TENAGA
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
2.1 Wujud dokumen yang memperincikan
strategi pengurusan tenaga 4
2.2 Dokumen dipersetujui oleh pengurusan
tertinggi / wakil pengurusan tertinggi 2
2.3 Wujud pelan tindakan pengurusan tenaga 3
2.4 Wujud kajian semula dokumen yang telah
ditetapkan 1
Jumlah
10
3 STRUKTUR ORGANISASI
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
3.1 Penglibatan pengurusan tertinggi dalam
struktur pengurusan tenaga 3
3.2
Lantikan pegawai yang
dipertanggungjawabkan berkenaan
pengurusan tenaga
3
3.3 Perincian tugas yang jelas dan peruntukan
sumber yang mencukupi 2
3.4 Mesyuarat berkala bagi memantau
penggunaan tenaga 2
Jumlah
10
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
180
4 KEPATUHAN UNDANG-
UNDANG,PIAWAIAN DAN
PEKELILING
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
4.1
Wujud sistem bagi mengenalpasti undang-
undang, piawaian dan pekeliling yang perlu
dipatuhi
2
4.2
Pengurusan tertinggi menyemak dan
memahami tuntutan undang-undang,
piawaian dan pekeliling berkenaan
pengurusan tenaga
2
4.3 Wujud pelan pematuhan dan pegawai
tanggungjawab 2
4.4
Wujud proses bagi mengikuti perkembangan
mutakhir undang-undang, piawaian dan
pekeliling berkaitan pengurusan tenaga
2
4.5 Organisasi mematuhi semua keperluan
undang-undang, piawaian dan pekeliling 2
Jumlah
10
5 POLISI PEROLEHAN
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
5.1 Semua proses prolehan mengandungi elemen
penilaian penggunaan tenaga 4
5.2
Penilaian prestasi tenaga disertakan dalam
spesifikasi perolehan-perolehan aset baru
(cth: bangunan, pam, peralatan pejabat,
perkakasan teknologi maklumat dsb.)
3
5.3 Terdapat polisi perolehan yang spesifik bagi
peralatan (cth: lampu, motor, pam dsb.) 3
Jumlah
10
6 PEMANTAUAN DAN ANALISA
PENGGUNAAN TENAGA
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
6.1 Pengumpulan data penggunaan tenaga dan
kos secara berkala 4
6.2
Membuat analisa indeks tenaga dan kaitan
dengan parameter- parameter pembolehubah
tenaga (cth: suhu, waktu operasi dsb.)
4
6.3 Pelaporan berkala kepada pengurusan atasan 2
Jumlah
10
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
181
7 PENETAPAN SASARAN
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
7.1 Sasaran penjimatan tenaga ditetapkan 3
7.2
Sasaran penjimatan tenaga yang dicadangkan
adalah berdasarkan keupayaan jabatan untuk
melaksanakannya sama ada dari segi
teknikal, belanjawan mahupun sumber
manusia
4
7.3 Melakukan perbandingan prestasi terhadap
penanda aras (dalaman atau luaran) 3
Jumlah 10
8 POTENSI PENJIMATAN
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
8.1 Kaedah sistematik untuk mengenalpasti
peluang penjimatan tenaga 4
8.3 Pengumpulan maklumat-maklumat lain
berkaitan tenaga (cth: pendaftaran aset dsb.) 2
Jumlah 6
9 LATIHAN DAN PENGLIBATAN STAF
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
9.1
Menyediakan latihan yang bersesuaian
kepada staf yang terlibat (cth:
penyenggaraan, pengurusan tenaga, audit
tenaga dsb.)
4
9.2 Kempen kesedaran penjimatan tenaga
dijalankan secara berkala 3
9.3 Penglibatan staf dalam inisiatif penjimatan
tenaga (cth: kempen kesedaran dsb.) 2
Jumlah
9
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
182
10
PROSEDUR OPERASI
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
10.1
Mempunyai sistem pelaporan berkaitan
pembaziran tenaga dan cadangan kaedah
mengatasinya
3
10.2
Mempunyai jadual senggara yang
mengambilkira pengurangan pembaziran
tenaga
2
10.3
Mempunyai arahan pengendalian operasi
bangunan/sistem-sistem lain ke arah
menjimatkan tenaga (Cth: prosedur
penutupan lampu, pengokol dsb.)
3
Jumlah 8
11 KOMUNIKASI
No. Keterangan Skor
Ulasan Sebenar Maksima
11.1
Komunikasi berterusan kepada semua staf
berkenaan inisiatif dan progres kerja yang
dijalankan serta perbandingan dengan
strategi dan sasaran
4
11.2
Perbandingan di antara prestasi tenaga
selepas penjimatan dan sasaran penjimatan
dimaklumkan kepada semua staf secara
berkala melalui saluran rasmi jabatan
3
11.3
Isu tenaga dan pembebasan karbon dioksida
dibincang secara terbuka dan melibatkan
komuniti tempatan
3
Jumlah
10
RINGKASAN PENILAIAN PENGURUSAN
TENAGA
No. Keterangan Skor
Peratus skor Sebenar Maksima
1 POLISI TENAGA 0 10 0%
2 STRATEGI PENGURUSAN TENAGA 0 10 0%
3 STRUKTUR ORGANISASI 0 10 0%
4 KEPATUHAN UNDANG-
UNDANG,PIAWAIAN DAN PEKELILING 0 10 0%
5 POLISI PEROLEHAN 0 10 0%
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
183
6 PEMANTAUAN DAN ANALISA
PENGGUNAAN TENAGA 0 10 0%
7 PENETAPAN SASARAN 0 10 0%
8 KENALPASTI POTENSI PENJIMATAN 0 10 0%
9 LATIHAN DAN PENGLIBATAN STAF 0 9 0%
10 PROSEDUR OPERASI 0 8 0%
11 KOMUNIKASI 0 10 0%
JUMLAH 0 107 0%
Jadual 13: Jadual Penilaian Pengurusan Tenaga
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
184
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
185
SENARAI SEMAK
MESYUARAT PENUTUP
BERSAMA PELANGGAN
LAMPIRAN 8
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
186
8.0 SENARAI SEMAK MESYUARAT PENUTUP BERSAMA PIHAK PELANGGAN
BIL PERKARA
1
2
3
SEMASA MEMULAKAN MESYUARAT
Ucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana dapat meluangkan masa serta atas
kerjasama yang diberikan.
PENEMUAN SECARA RINGKAS
Maklumkan kepada pelanggan penemuan audit secara ringkas melalui persembahan slide
yang merangkumi:
o Penemuan bergambar
o Cadangan kaedah penjimatan tenaga tanpa kos, kos sederhana dan kos tinggi
SEMAKAN MAKLUMAT AWALYANG DIPEROLEHI UNTUK
MELENGKAPKAN LAPORAN
Salinan bil elektrik 12 bulan terkini
Senarai peralatan pejabat (komputer, mesin photostat, mesin fax dll)
Lukisan terpasang sistem elektrik
Lukisan terpasang sistem mekanikal
Dokumen peralatan sistem M&E bangunan
Pelan tapak bangunan
Pelan lantai bangunan
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
187
BIL PERKARA
4
LAPORAN HASIL AUDIT TENAGA
Maklumkan bahawa JKR akan mengemukakan laporan audit dalam tempoh 2
bulan.
Maklumkan pelanggan bahawa skop kerja audit tenaga hanya merangkumi
laporan penemuan dan cadangan kaedah penjimatan tenaga.
Maklumkan kesediaan dan kerjasama JKR dalam membantu melaksanakan
cadangan kaedah penjimatan tenaga melalui peruntukan pejabat pelanggan.
Pegawai yang dilantik membentangkan ringkasan laporan penemuan dan
cadangan kaedah penjimatan tenaga.
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
188
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
189
FORMAT LAPORAN AUDIT
TENAGA JKR
LAMPIRAN 9
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
190
9.0 FORMAT LAPORAN AUDIT TENAGA JKR
CATATAN (√): Walaupun PERKARA berkenaan di bawah tanggungjawab KPAT,
namun setiap PAT perlu mengemukakan laporan pada PERKARA
berkenaan berdasarkan disiplin masing-masing. Ini bertujuan
memudahkan KPAT untuk menyelaraskan dan menyediakan Laporan
Audit Tenaga JKR.
No. PERKARA TANGGUNGJAWAB CATATAN
RINGKASAN EKSEKUTIF KPAT (CSFB) √
DEFINASI SINGKATAN KPAT (CSFB) √
1.0 PENGENALAN KPAT (CSFB)
2.0 MAKLUMAT BANGUNAN
2.1 Latar belakang bangunan KPAT (CSFB)
2.2 Waktu Operasi KPAT (CSFB)
2.3 Bilangan Penghuni KPAT (CSFB)
3.0 SKOP KERJA KPAT (CSFB)
4.0 SENARAI PERALATAN KPAT (CSFB) √
5.0 PENEMUAN
5.1 Analisa Sejarah Bil Elektrik (Penggunaan
Tenaga) PAT (CKE)
5.2 Imbangan Tenaga PAT (CKE)
5.3 Pecahan Tenaga & Profil Beban KPAT (CSFB) √
5.4 Indeks Penggunaan Tenaga
5.4.1 Building Energy Intensity (BEI) PAT (CKE)
5.4.2 Building Energy Cost (BEC) PAT (CKE)
5.4.3 Air-Conditioning Energy Intensity
(ACEI) PAT (CKM)
5.4.4 Air-Conditioning Power Intensity
(ACPI) PAT (CKM)
5.4.5 Lighting Power Intensity (LPI) PAT (CKE)
5.4.6 Ligthting Energy Intensity (LEI) PAT (CKE)
5.4.7 Lighting Cost Intensity (LCI) PAT (CKE)
5.5 Prestasi Sistem Aktif (Elektrik)
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
191
No. PERKARA TANGGUNGJAWAB CATATAN
5.5.1 Pengenalan Sistem Elektrik PAT (CKE)
5.5.2 Penemuan Teknikal Sistem Elektrik PAT (CKE)
5.6 Prestasi Sistem Aktif (Mekanikal)
5.6.1 Pengenalan Sistem Mekanikal PAT (CKM)
5.6.2 Penemuan Teknikal Sistem
Mekanikal PAT (CKM)
5.7 Prestasi Sistem Aktif (Mekanikal -
Penyusupan Udara Luar)
5.7.1 Pengenalan Sistem Aktif (Mekanikal
- Penyusupan Udara Luar) PAT (CAST)
5.7.2 Penemuan Teknikal (Mekanikal -
Penyusupan Udara Luar) PAT (CAST)
5.8 Prestasi Sistem Pasif
5.8.1 Pengenalan Sistem Pasif PAT (CA)
5.8.2 Penemuan Teknikal Sistem Pasif PAT (CA)
5.9 Penilaian Sistem Pengurusan Tenaga KPAT (CSFB)
5.10 Kaji Selidik Keselesaan Pengguna PAT (CA)
6.0 CADANGAN LANGKAH PENJIMATAN TENAGA DAN KIRAAN TEMPOH
BAYARAN BALIK MUDAH PELABURAN
6.1 Sistem Elektrik
6.1.1 Tanpa Kos PAT (CKE)
6.1.2 Dengan Kos PAT (CKE)
6.2 Sistem Mekanikal
6.2.1 Tanpa Kos PAT (CKM)
6.2.2 Dengan Kos PAT (CKM)
6.3 Sistem Mekanikal (Penyusupan Udara Luar)
6.2.1 Tanpa Kos PAT (CAST)
6.2.2 Dengan Kos PAT (CAST)
6.3 Sistem Pasif
6.2.1 Tanpa Kos PAT (CA)
6.2.2 Dengan Kos PAT (CA)
7.0 KESIMPULAN KPAT (CSFB) √
8.0 LAMPIRAN KPAT (CSFB) √
Jadual 14: Format Laporan Audit JKR
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
192
Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
193
PROSES SEMAKAN LAPORAN
AUDIT TENAGA JKR
LAMPIRAN 10
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
194
10.0 PROSES SEMAKAN LAPORAN DI ANTARA KPAT & PAT
Semakan Laporan Audit Tenaga JKR
oleh setiap PAT
Setuju dengan
Laporan Audit Tenaga
JKR
Laporan Audit Tenaga dimajukan
kepada Pelanggan
Laporan Audit Tenaga
JKR
setuju
Tidak
setuju
Pembetulan oleh PAT /
KPAT
Majukan laporan yang telah
diselaraskan kepada setiap PAT
untuk semakan
Carta Alir 2: Proses Semakan Laporan Di Antara KPAT & PAT
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
195
SURAT PENYERAHAN
LAPORAN AUDIT TENAGA
JKR & BORANG
MAKLUMBALAS PELANGGAN
KEPADA PIHAK PELANGGAN
LAMPIRAN 11
GARIS PANDUAN AUDIT TENAGA JKR BAGI BANGUNAN KERAJAAN : 2014
196
Rujukan Fail :
Tarikh :
(Alamatkan kepada pelanggan)
Tuan,
PELAKSANAAN AUDIT TENAGA DI (isikan butiran premis berkenaan).
Perkara : Penyerahan Laporan Audit Tenaga dan Borang Maklumbalas Pelanggan
____________________________________________________________________________
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas serta lanjutan daripada
audit tenaga yang telah dijalankan oleh Pasukan Audit Tenaga JKR pada (isikan tarikh
audit berkenaan) di (isikan butiran premis berkenaan) adalah berkaitan.
2. Bersama-sama dengan ini disertakan satu (1) salinan Laporan Audit Tenaga
Bangunan (isikan butiran premis berkenaan) untuk makluman dan tindakan tuan
selanjutnya.
3. Disertakan bersama juga ialah Borang Maklumbalas Pelanggan. Mohon agar
pihak tuan dapat melengkapkan Borang Maklumbalas Pelanggan ini dan dikembalikan
semula dalam tempoh 3 minggu dari tarikh surat ini untuk tindakan pihak kami
selanjutnya.
4. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi (nama pegawai) di talian
(no. telefon pegawai berkenaan).
Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( )
KPAT