esei.docx

27
KEMAHIRAN LISAN Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Antara pendekatan yang digunakan ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikasi. Pendekatan situasi telah diperkenalkan oleh Mackey (1965). Mackey menyatakan bahawa penyataan lisan merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola nada dan intonasi tertentu. Penyataan lisan ini turut meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Dalam pendekatan situasi, penguasaan kemahiran asas perlulah dikuasai terlebih dahulu sebelum menguasai kemahiran lisan. Antaranya ialah kemahiran membuat tanggapan, kemahiran mengingat, kemahiran membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Pendekatan situasi yang dilaksanakan hendaklah berlandaskan beberapa prinsip pengajaran. Antaranya ialah guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi. Selain itu, murid mestilah dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat. Guru juga perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid- murid belajar bahasa. Bukan itu sahaja, penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur. Bagi penutur-penutur bahasa kedua

Upload: arif-shah

Post on 16-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN LISANTerdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Antara pendekatan yang digunakan ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikasi. Pendekatan situasi telah diperkenalkan oleh Mackey (1965). Mackey menyatakan bahawa penyataan lisan merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola nada dan intonasi tertentu. Penyataan lisan ini turut meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Dalam pendekatan situasi, penguasaan kemahiran asas perlulah dikuasai terlebih dahulu sebelum menguasai kemahiran lisan. Antaranya ialah kemahiran membuat tanggapan, kemahiran mengingat, kemahiran membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Pendekatan situasi yang dilaksanakan hendaklah berlandaskan beberapa prinsip pengajaran. Antaranya ialah guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi. Selain itu, murid mestilah dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat. Guru juga perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Bukan itu sahaja, penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur. Bagi penutur-penutur bahasa kedua kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Walaubagaimanapun, pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Hal ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. Dalam pendekatan komunikatif penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk mengganggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan komunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa.Terdapat beberapa prinsip dalam pengajaran kemahiran lisan yang dicadangkan. Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur. Selain itu, guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian, murid dapat menggunakan pelbagai stategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru agar terbentuk persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan. Akhir sekali, guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. KAEDAH KAEDAH TERUSAntara kaedah yang digunakan dalam kemahiran lisan ialah kaedah terus. Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Ciri-ciri kaedah terus dalam pengajaran ialah murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut. Sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain.Selain itu, aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai. Murid juga dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif manakala guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus, terdapat langkah-langkah pengajaran guru yang boleh digunakan. Pertama, guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbulan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. Murid akan dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. Seterusnya, guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut. Kaedah terus ini dianggap berjaya jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Walaubagaimanapun, bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan di mana ianya tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.KAEDAH FONETIKKaedah fonetik mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Oleh itu, guru akan terlebih dahulu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan. Selain itu, pemilihan ayat juga berdasarkan bentuk yang sama. Dengan demikian, murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Penggunaan kaedah fonetik dalam kemahiran lisan boleh dilaksanakan dengan guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran. Seterusnya, murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut. Guru pula akan memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa manakala murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberikan oleh guru.Kaedah audio lingual pula merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini amat bersesuaian bagi saya kerana ianya mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.

Bergerak kepada kaedah komunikatif pula, kaedah ini amat penting untuk dilaksanakan bagi kemahiran lisan. Dengan mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa, sudah pasti ianya bersesuaian dengan pengajaran kemahiran tersebut. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Contohnya penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.

Melihat dari sudut teknik dalam pengajaran kemahiran lisan pula, Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru. Oleh sebab itu, selaras dengan tujuan pengajaran kemahiran lisan, terdapat tujuh teknik utama yang boleh direncana dan diaplikasikan kepada murid-murid setelah pemilihan kaedah yang sesuai. Teknik-teknik tersebut ialah seperti teknik soal jawab, teknik main peranan, teknik lakonan/drama, teknik permainan bahasa, teknik hafazan, teknik latih tubi, teknik perbincangan dan teknik penyelesaian masalah. Namun harus diberi perhatian kepada guru, semua teknik ini perlu digilirkan dan diaturkan dengan baik supaya variasi teknik akan dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran akan bertambah menarik.

Ditinjau satu persatu teknik yang sesuai untuk pengajaran kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, teknik yang paling popular dan selalu digunakan ialah teknik soal jawab. Teknik ini dikatakan berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Hal ini kerana komunikasi antara dua hala merupakan elemen utama yang mana melibatkan guru bertanya serta murid menjawab semula dan begitu juga sebaliknya. Pada pandangan saya, teknik ini penting kerana komunikasi yang aktif dan positif akan berlaku dalam bilik darjah sekaligus akan meningkatkan kemahiran lisan murid.

Teknik main peranan pula membawa pengertian di mana murid perlu melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Memandangkan teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip, maka kognitif dan penguasaan bahasa lisan murid akan dapat dirangsang. Main peranan ini merupakan teknik yang sangat baik untuk menarik minat murid dalam fokus kepada proses pembelajaran. Guru perlu memainkan peranan dalam menvariasikan jenis-jenis peranan supaya murid akan merasa seronok untuk belajar di samping memperolehi apa yang guru sampaikan. Secara mendalam, ransangan melalui teknik ini akan berlaku melalui keperluan mereka untuk menuturkan bunyi-bunyi lambang bahasa yang perlu diujarkan secara spontan. Secara kesan mendalamnya pula, kemahiran bahasa murid akan dapat ditingkatkan namun memerlukan pengawalan dan peraturan guru supaya menetapkan hanya bahasa yang formal sahaja digunakan. Peraturan ini penting supaya murid akan menjadi biasa dan mahir dengan penggunaan bahasa Melayu baku yang betul. Istilah bahasa rojak juga akan dapat disisihkan dari diri murid-murid.

Mendalami teknik lakonan atau drama pula, tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Apabila semua elemen ini disatukan dalam teknik ini dan ditambah pula dengan pengulangan latihan yang berterusan, sudah pasti kemahiran lisan murid akan dapat ditingkatkan dan ditambah baik.

Selain itu, teknik permainan bahasa turut mampu memainkan peranan yang baik dalam pengajaran kemhairan lisan. Hal ini kerana teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan yang mana sudah kita sedia ketahui bahawa murid akan lebih cepat belajar sesuatu perkara memalui permainan. Dengan adanya teknik yang berbentuk permainan ini, sudah tentu murid juga akan berminat untuk terus belajar dan meneruskan pembelajaran. Impaknya, objektif pengajaran bahasa oleh guru akan dapat dicapai dengan baik.

Menelusuri teknik latih tubi pula, teknik ini mendifinisikan sebagai penggapilkasian aktiviti yang berbentuk pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Hal ini kerana dengan adanya pengulangan isi pengajaran yang berterusan, sudah pasti ingatan murid akan terus dan dapat kekal dengan lebih lama. Fakta ini disokong dengan kuat lagi melalui pandangan Jean Piaget iaitu pakar kognitif yang memberi pandangan hasil kajiannya bahawa aktiviti atau benda yang dilakukan berulang kali akan menguatkan lagi ingatan dan pemahaman murid.

Di samping itu, suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk yang dikenali sebagai teknik perbincangan juga boleh dijadikan senjata utama guru dalam pengajaran kemahiran lisan. Teknik ini boleh diadakan secara berpasangan dan berkumpulan bergantung kepada keperluan subjek yang diajar. Jika melakukan aktiviti, sebaiknya guru mengagihkan murid mengikut kumpulan. Ini supaya murid dapat menyerap nilai-nilai murni di dalam diri masing-masing dan meningkatkan kemahiran komunikasi murid-murid melalui keperluan mereka untuk bekerjasama dengan rakan untuk melengkapkan tugasan.

Manakala teknik yang terakhir dan seterusnya pula adalah teknik yang boleh dialpikasikan dalam pengajaran kemhairan lisan ialah teknik penyelesaian masalah. Aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz merupakan contoh aktiviti dalam teknik ini. Teknik ini amat penting selain daripada untuk menjana kognitif murid, secara tidak langsung juga akan dapat melatih murid belajar berdikari dalam menyelesaikan masalah sendiri. Impaknya, murid yang serba boleh iaitu mahir dalam meyelesaikan masalah pembelajaran dan dunia sebenar akan dapat dilahirkan.

KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca merupakan antara kemahiran-kemahiran yang ditekankan dalam penguasaan Bahasa Melayu. Kemahiran bahasa sudah diperkenalkan kepada murid-murid semasa di tadika lagi. Para guru telah menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan juga teknik bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca yang betul. Aspek pendekatan merupakan aspek pertama untuk mengajar kemahiran membaca. Guru yang bertanggungjawab perlu memilih pendekatan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran anak murid mereka agar pengajaran dan pembelajaran yang berlansung berjalan dengan lancar. Pendekatan membaca asas, pengalaman bahasa merupakan pendekatan-pendekatan yang akan dijelaskan dalam aspek ini.Menurut Yahya Othman (2004) dalam lawan sesawangnya, pendekatan membaca asas ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang biasa menggunakan pelbagai kemahiran. Antaranya ialah untuk tujuan rekreasi, mencari maklumat serta bimbingan. Dalam pendekatan ini juga menekankan tentang kesinambungan pengulangan dan mengulangkaji perkara yang diajar sebelumnya. Hal ini bermaksud murid-murid sentiasa membuat latihan terhadap sesuatu yang telah diajar. Seterusnya, pendekatan ini memandang serius terhadap pola dan perbendaharaan kata. Ini bermakna guru perlu menjelaskan dengan lebih terperinci kepada pelajar agar dapat meminimakan kesalahan yang mungkin berlaku. Malah, perkara yang lebih penting dalam pendekatan ini ialah guru perlu memikirkan kebolehan serta pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dalam peringkat menguasai kemahiran membaca. Pendekatan kedua ialah pengalaman bahasa. Pendekatan ini melibatkan hubungan antara pemikiran. Pertuturan, penulisan dan membaca. Pendekatan ini mengkehendaki guru untuk menyediakan bahan rangsangan yang dapat membantu pelajar melahirkan pemikiran secara lisan berdasarkan bahan rangsangan yang diterima. Konteks ini dapat menjelaskan bahawa apa yang difikir, diucapkan dan dituliskan sangat bermakna kerana secara tidak langsung mampu memperlihatkan tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu perkara. Contoh pengajaran ialah guru tidak memerlukan buku teks semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana pendekatan ini merujuk kepada kaedah yang berfokuskan pengalaman.Pendekatan yang ketiga ialah pendekatan mengajar bacaan peringkat awal. Pendekatan ini meliputi beberapa peringkat asas yang perlu dilaksanakan oleh guru. Peringkat pertama ialah pendekatan binaan (sintektik). Peringkat ini terdiri daripada kaedah abjad iaitu guru akan melatih pelajar untuk menyebut dan menghafal abjad daripada A sehingga Z, kaedah suku kata yang akan memperkenalkan pelajar huruf vokal dan juga konsonan dalam membentuk suku kata terbuka mahu pun suku kata tertutup, dan akhir sekali ialah kaedah fonik berkenaan dengan bunyi-bunyi huruf yang akan digabungkan membentuk perkataan.Seterusnya ialah mengenai kaedah pandang dan sebut dalam kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan antara kaedah yang sering dipraktikkan oleh guru-guru BahasaMelayu. Kaedah ini sangat popular untuk pengajaran bacaan dalam Bahasa Inggeris, Namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa digunakan seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan diandaikan bahawa murid belajar secara pandang dan dengar. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Kaedah abjad ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu, kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au, oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Kemudian huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan perkataan. Sebagai contoh, memperkenalkan huruf a z, memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u, menggabungkan huruf konsonan dan vokal seperti ba, be, bi, bo, bu dan juga membentuk perkataan daripada suku kata seperti ba + tu menjadi batu. Akhir sekali, membentuk rangkai kata dan ayat mudah.Audio-Lingual ini merupakan juga keadah yang boleh digunakan oleh para guru untuk mengajar membaca. Kaedah ini melibatkan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, piring hitam dan sebagainya. Kaedah ini sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Contohnya, guru boleh menayangkan video berunsurkan lagu yang mempunyai lirik pada video (sila rujuk pada lampiran). Guru meminta murid untuk bernyanyi bersama-sama mengikut jeda dan lirik yang ditayangkan oleh guru. Melalui pengalaman melihat video tersebut, murid-murid akan terlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasi video tersebut. Melalui kaedah ini, murid dapat menerima dan dapat melestarikan ingatan melalui maklumat yang didengar. Oleh yang demikian, kaedah ini amat sesuai untuk dijalankan aktiviti kemahiran mendengar, bertutur serta membaca. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Selain itu, merujuk kepada kamus pelajar, teknik ini adalah cara atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti seni lukis, karang-mengarang dan lain-lain. Dalam disimpulkan bahawa, teknik adalah sesuatu cara yang digunakan oleh sesuatu organisasi untuk mencapai objektif yang disarankan. Melalui konteks pendidikan, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan bahan-bahan pengajaran bertunjangkan objektif pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan kemampuan murid. Seorang guru yang berwibawa perlulah peka dan teliti dalam merancang dan melaksanakan objektif yang hendak dicapai. Penelitian yang perlu di ambil dari segi pengalaman murid dalam persekitaran, emosi dan motivasi serta, kecerdasan dan berkembangan kognitif murid-murid. Oleh itu, teknik yang hendak digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran perlulah selaras dengan penelitian guru. Jika ditelusuri dengan rapi, guru dapat mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang lebih menarik serta dapat meransang murid untuk mahu terus belajar. Maka, guru dapat melahirkan dan membangkitkan rasa inkuiri dalam diri murid-murid mengenai pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Melalui objektif yang disarankan oleh guru, guru perlu memilih teknik yang bersesuaian dalam pengajaran yang hendak disampaikan. Contoh-contoh teknik, iaitu main peranan, permainan bahasa, latih tubi, bercerita, inkuiri, perbahasaan, kuiz, sumbangsaran dan sebagainya. Hasil daripada pemerhatian guru, murid-murid terdiri daripada golongan yang fatan, pengalaman persekitan bahagian bandar, dan dalam keadaan fizikal yang baik.Teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah, teknik perbincangan dalam sesuatu topik yang diberikan oleh guru. Contohnya, guru membahagikan kumpulan dalam kelas dan disertakan dengan teks bacaan. Guru memberikan penjelasan atau keteranga nmengenai aktiviti yang hendak dijalankan. Murid diminta untuk membaca kuat, memahami teks bacaan dan berbincang dalam kumpulan mengenai teks bacaan yang diberikan. Teks bacaan yang disediakan oleh guru perlulah menggunakan aras bahasa selaras dengan kemahiran murid. Tujuan perbincang adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Sehubungan dengan itu, teknik ini juga melatih kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid. Maka, guru perlulah memperbaiki pola-pola ayat yang salah, yang di baca oleh murid. Contohnya kesalahan, merujuk dalam teks apakah anda sedang lakukan? merupakan ayat tanya. Murid membaca menggunakan ayat perintah. Melalui teknik perbincang ini, murid dapat memanifestasikan fikiran murid dalam landasan fikiran melalui teks yang telah diberikan oleh guru. Tuntasnya, sekiranya guru tidak alpa dalam merancang teknik-teknik yang berkesanan untuk murid. Maka, guru mampu melahirkan inteligensia mutakhir ini.

KEMAHIRAN MENULISKemahiran menulis perlu dititikberatkan dan diberi penekanan kepada murid agar dapat mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang murid itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik. Dengan yang demikian, guru bertanggungjawan untuk menggunakan beberapa pendekatan serta kaedah yang sesuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di bilik darjah.

Guru boleh menggunakan beberapa pendekatan dalam pengajaran kemahiran menulis, salah satunya ialah pendekatan terkawal. Dalam pendekatan ini, pengajaran penulisan dikawal lebih banyak pada peringkat awal supaya murid-murid tidak melakukan kesalahan dan beransur kurang pada peringkat yang seterusnya.Pendekatan ini seolah-olah hampir menyerupai peringkat menyalin. Walau bagaimanapun, murid-murid masih mempunyai kebebasan untuk memilih kosa kata atau struktur ayat sendiri seperti dalam kemahiran bahasa dan karangan berpandu.Antara aktiviti berbentuk kawalan yang dilakukan oleh guru ialah murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan atau frasa. Selain itu, guru menggunakan gambar atau bahan lain sebagai rangka karangan dan murid dikehendakimengarang berpandukan bahan tersebut.

Selain daripada pendekatan terkawal, pendekatan bebas juga sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran menulis. Hal ini kerana, dalam pendekatan ini, guru mengutamakan kuantiti berbanding kualiti penulisan.Murid diberi kebebasan untuk menulis tentang sesuatu tajuk dan guru hanya melakukan sedikit pembetulan.Apabila murid dapat mencatat idea, maka ketepatan bahasa dan penyusunan idea dapat dikuasai bersama.Pendekatan ini juga berupaya memberi peluang kepada murid menggambarkan pendapat mereka secara bersendirian.Penulisan juga boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di luar bilik darjah seperti majalah dan akhbar.

Ketiga, pendekatan pengalaman atau turut dikenali sebagai pendekatan eksperiansial. Dalam diri manusia, bahasa, pemikiran dan pengalaman sentiasa berkembang mengikut peredaran masa kerana setiap hari manusia akan memperoleh pengalaman-pengalaman baru. Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam buku mereka Penguasaan Kemahiran Menulis, apabila seseorang berhadapan dengan masalah, mereka akan merujuk pengalaman-pengalaman lalu untuk mengatasi masalah tersebut.Dalam pengajaran kemahiran menulis, guru boleh menggunakan pendekatan ini apabila mengajar karangan. Sebagai contoh, guru memberikan tajuk-tajuk yang memerlukan murid untuk mengingat semula pengalaman yang pernah mereka lalui untuk diolah di dalam penulisan. Misalnya, tempat-tempat menarik yang pernah dilawati, kenangan manis yang tidak dapat dilupakan, dan haiwan kesayangan. Walaupun pada awalnya murid akan mengambil masa yang lama untuk memulakan karangan kerana proses imbas kembali sedang berlaku, namun penulisan dan olahan ayat mereka akan menjadi lebih menarik kerana semuanya berdasarkan pengalaman yang dilalui.Dalam pendekatan pengalaman juga, murid lazimnya akan menulis untuk dibaca oleh orang lain. Namun yang demikian, terdapat juga murid yang menulis untuk tujuan peribadi kerana berasa malu untuk membenarkan orang lain untuk membaca tulisan mereka. Oleh hal yang demikian, dengan menggunakan pendekatan ini, murid dilatih supaya yakin dengan penulisan sendiri. Guru boleh menjadi pembaca tetapi komen daripada murid-murid lain juga merupakan satu unsur penting yang turut membantu dalam penghasilan penulisan yang baik.

Selain daripada menggunakan pendekatan di dalam pengajaran kemahiran menulis, guru juga boleh menggunakan beberapa kaedah yang sesuai bagi memperkasakan lagi penguasaan kemahiran tersebut. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dalam bukunya Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur dan sistematik. Kaedah juga merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran yang dirangka. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajar bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang.Salah satu kaedah yang lazim digunakan ialah kaedah terkawal.

Kaedah terkawal lebih berpusatkan guru kerana semua bahan penulisan disediakan oleh guru. Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada pelbagai bahan rangsangan. Semasa murid menyalin, mereka melihat perkataan dengan cermat dan menyalin dengan betul. Oleh hal yang demikian, murid sekaligus dapat mempelajari dan memperkukuh ejaan dan struktur ayat mereka. Walau bagaimanapun, guru perlu mengambil kira kesesuaian umur dan tahap penguasaan murid dalam pemilihan bahan. Selain daripada bahan-bahan yang berbentuk teks untuk disalin semula, guru boleh menyediakan aktiviti lain yang memerlukan murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam teks yang disediakan seperti latihan melengkapkan cerita.Kemudian, murid perlu menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap. Secara tidak langsung, murid dapat belajar menyediakan sebuah cerita yang menarik daripada ayat-ayat pendek.Kaedah yang seterusnya ialah kaedah bebas. Menurut Amir bin Juhari dalam laman sesawangnya, kaedah ini biasanya digunakan oleh guru untuk memberi kebebasan kepada murid dalam membuat olahan, sama ada secara individu, kolaboratif mahupun koperatif. Sekiranya murid menunjukkan minat dalam penulisan, guru hendaklah memberi galakan dan pendedahan kepada penulisan kreatif seperti sajak atau cerpen. Dalam kaedah bebas, lazimnya guru akan menyediakan tajuk ringkas dan murid menulis berdasarkan gaya penulisan masing-masing. Aspek tatabahasa tidak dititikberatkan kerana murid bebas untuk menterjemah fikiran mereka dalam bentuk penulisan. Kaedah menulis bebas juga hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini.Sebagai contoh, murid bebas untuk menulis dan berkarya dalam menghasilkan penulisan yang kreatif seperti puisi, sajak, dan cerpen.

Peringkat kemahiran tertinggi yang harus dicapai oleh setiap murid dalam asas kemahiran bahasa ialah kemahiran menulis. Suatu keistimewaaan bagi seseorang individu atau murid apabila berupaya menterjemahkan sesuatu perkataan atau ayat ke dalam lambang-lambang huruf di samping dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai bentuk penulisan dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran menulis juga menggalakkan murid menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginative (Mr Loq, 2010). Pemilihan kaedah dan teknik yang tepat untuk mengajar kemahiran menulis menjadi faktor utama murid dapat menulis dengan baik. Kaedah yang sangat realistik yang dikemukakan oleh laman sesawang http://shukor.tripod.com/kajian.html yang boleh diaplikasikan antaranya adalah kaedah perbincangan. Perbincangan berbentuk kumpulan kecil mahu pun besar sangat membantu murid melatih kemahiran menulis. Misalnya, guru boleh berbincang dengan kumpulan murid yang mempunyai kelemahan kemahiran yang hampir sama dalam penulisan dan memberi berbincang cara-cara mengatasi serta memperbaiki kemahiran tersebut, contohnya murid tidak dapat menulis perkataan dalam saiz yang sekata, tidak dapat menjarakkan perkataan demi perkataan dalam satu ayat dan sebagainya. Berdasarkan kumpulan yang telah dibahagi ini, murid bersama guru atau bersama murid-murid sendiri dapat berbincang dan membaik pulih kelemahan tersebut. Kaedah seterusnya adalah kaedah berpandu. Kaedah ini menghendaki murid memberi pemerhatian dan panduan kepada murid semasa menghasilkan sesuatu tulisan. Dalam keadaan ini, murid-murid cenderung melakukan kesalahan-kesalahan yang lebih besar tetapi ada kekecualian bagi mereka yang telah menerima latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara tersebut pada peringkat karangan terkawal dan separa terkawal. Sebagai contoh, guru membaca sebuah karangan yang sudah disediakan. Kemudian murid-murid diminta menuliskan semula perenggan-perenggan tersebut berdasarkan garis panduan atau arahan yang diberi oleh guru. Pada peringkat ini guru masih memberi bimbingan kepada murid-murid.TEKNIKMenurut Tarigan (1987) dalam laman web http://shukor.tripod.com/kajian.html. terdapat beberapa keuntungan jika guru menggunakan pelbagai teknik pengajaran bahasa. Antaranya, guru dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar dengan aktif. Pelbagai teknik yang boleh digunakan dalam mengajar kemahiran enulis. Teknik yang dinyatakan oleh Cikgu Paklong dalam laman webnya adalah teknik peta minda, bercerita, penyoalan, permainan bahasa dan sebagainya. Pelaksanaan teknik peta minda dapat membimbing murid dalam menghasilkan idea yang bernas serta tersusun dalam penulisan. Guru hendaklah membimbing murid memberi tajuk yang bersifat kontekstual dan konstruktivisme agar murid dapat membentuk idea yang baik. Di samping itu, guru hendaklah membimbing murid dengan mengajar teknik peta minda yang bersesuaian, ringkas, dan jelas. Teknik ini sangat sesuai digunakan dalam mengajar kemahiran menulis karangan yang menghendaki murid membentuk beberapa isi penting daripada tajuk yang diberikan. Teknik bercerita bukan sahaja berkesan untuk digunakan dalam kemahiran bertutur dan membaca. Sebaliknya dapat juga memberi impak positif dalam melahirkan imaginasi dan mencetuskan idea murid-murid. Guru boleh menyampaikan cerita ringkas kepada murid kemudian meminta murid sama ada mengolah cerita, menyambung dan menyelesaikan cerita di samping membuat draf dan menyemak dengan menulis rangka tulisan mereka. Selain itu, teknik bercerita ini dapat memberi murid perbendaharaan kata baharu yang dapat digunakan dalam penulisan mereka. Hal ini sekaligus memberi murid latihan menulis dengan menggunakan kata dan istilah yang tepat dan struktur ayat yang betul.Permainan bahasa pula adalah satu permainan khusus yang digunakan dalam pengajaran bahasa. Permainan yang menarik dan mempunyai objektif khas untuk mencapai beberapa kemahiran yang ditentukan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Permainan bahasa yang boleh digunakan dalam mengajar kemahiran menulis ialah. Roda Situasi yang mana murid akan diberi gambar dan dikehendaki menulis beberapa perkataan atau ayat yang menunjukkan gambar tersebut. Melalui permainan ini, murid melatih kemahiran ejaan, kosa kata dan menulis dengan ayat yang betul. Permainan menyusun perkataan yang diberi dengan betul juga dapat digunakan dalam mengajar murid-murid kemahiran menulis.

BIBLOGRAFIBUKU ILMIAH :

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Siri Pendidikan Guru: Penguasaan Kemahiran Menulis. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan, Edisi Kertiga (2000). Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.TatabahasaDewan, Edisi Ketiga (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

LAMAN SESAWANG :

Amir bin Juhari. (2011). Nota BMM 3104: Kemahiran Menulis http://jpmkampusrajang.blogspot.com/2011/07/nota-bmm-3104-kemahiran-bm-kemahiran.html. Diakses pada 8 Februari 2014

Cikgu Griffen. (2010). Arakian: Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_2982.html. Diakses pada 8 Februari 2014.

Cikgu Paklong. (2012). Slidesshare: http://www.slideshare.net/cikgupaklong/ kemahiran-menulis-11431779. Diakses pada 9 Februari 2014.Fowzi Boman. (2011). http://wwwcikgusktimbangbatu.blogspot.com/2011/01/kaedah-dan-teknik-pengajaran.html. Diaksespada 3 Febuari 2014.Mr Loq. (2010). Cahaya. Teknik-Teknik Dalam Pengajaran Bahasa Melayu: http://tontonanumum.blogspot.com/2010/10/teknik-teknik-dalam-pengajaran-bahasa.html. Diakses pada 9 Februari 2014.http://keterampilanmembaca91.blogspot.com/2013/05/pendekatan-dalam-mengajar-membaca.htmlhttp://blogbakalcikgu.blogspot.com/2013/05/pendekatan-dalam-mengajar-membaca.html

LAMPIRAN

LIRIK LAGU SAYA ADA SEMUASaya ada pensel;Saya ada buku;Saya ada meja;Saya ada pembaris;Pensel, buku, meja, pembaris; Pensel, buku, meja, pembaris;Pensel, buku, meja, pembaris;Saya ada semua.