faktor pemilihan kerjaya selepas persaraan … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 bahagian e:...
TRANSCRIPT
FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN DI KALANGAN ANGGOTA TENTERA YANG AKAN BERSARA
MAJANI HAJI JOBLI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2005
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah
iringan doa buat keluarga tercinta, pembimbing dan rakan rakan
khusus untuk
isteri; Mahodiah binti Hj, Muslimen dan anak; Nur Fatini Athirah binti Majani
yang disayangi
terima kasih
i
JADUAL KANDUNGAN
Penghargaan
Jadual Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Gambarajah
Abstrak
Abstract
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang kajian
1.2 Latar belakang organisasi
1.3 Penyataan masalah
1.4 Objektif kajian
1.4.1 Objektif umum
1.4.2 Objektif khusus
1.5 Kerangka konseptual
1.6 Hipotesis kajian
1.7 Kepentingan kajian
1.8 Definisi konsep
1.9 Limitasi kajian
BAB 2 KAJIAN SEMULA PENULISAN
2.0 Pengenalan
2.1 Pemilihan Kerjaya
2.2 Minat Kerjaya Baru
1
11
V1
viii
ix
X
1
1
5
9
12
12
13
13
14
15
17
19
21
21
23
11
2.3 Persaraan 25
2.4 Proses Persaraan 27
2.5 Fasa-Fasa Persaraan 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3 Pengenalan 33
3.1 Lokasi kajian 33
3.2 Rekabentuk kajian 34
3.3 Populasi dan persampelan 34
3.4 Instumen kajian 35
3.4.1 Bahagian A: Latar belakang responden 35
3.4.2 Bahagian B: Kesukaan responden 36
3.4.3 Bahagian C: Kecekapan responden 36
3.4.4 Bahagian D: Nama Pekerjaan 37
3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37
3.5 Pengumpulan data 38
3.6 Penganalisisian data 39
3.7 Kesimpulan 41
BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4 Pengenalan
4.1 Jumlah soalan kaji selidik
4.2 Latar belakang responden
4.2.1 Umur
4.2.2 Pangkat
4.2.3 Status Perkahwinan
4.2.4 Tahap Pendidikan
42
42
43
44
44
45
46
111
4.2.5 Tempoh Perkhidmatan 46
4.3 Perbezaan pemilihan kerjaya antara demografi 47
bedasarkan hipotesis
4.3.1 Hipotesis 1 47
4.3.2 Hipotesis 2 48
4.3.3 Hipotesis 3 49
4.3.4 Hipotesis 4 49
4.3.5 Hipotesis 5 50
4.3.6 Hipotesis 6 51
4.3.7 Hipotesis 7 51
4.3.8 Hipotesis 8 52
4.3.9 Hipotesis 9 53
4.4 Ringkasan keputusan ujian 53
4.4.1 Ringkasan Hipotesis yang diterima 53
4.4.2 Ringkasan Hipotesis yang ditolak 55
4.5 Kesimpulan 55
BAB 5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5 Pengenalan 57
5.1 Rumusan 57
5.1.1 Perbezaan pemilihan kerjaya di antara
ciri demografi 58
5.1.2 Perkaitan pemilihan kerjaya dengan enam 59
ciri personaliti
5.2 Kesimpulan 61
5.3 Implikasi Kajian 62
5.3.1 Implikasi kepada Organisasi 62
5.3.2 Implikasi kepada pekerja 63
5.3.3 Implikasi kepada latihan 63
iv
5.4 Cadangan Kajian 64
5.4.1 Cadangan kepada Organisasi 64
5.4.2 Cadangan kepada penyelidik akan datang 65
5.5 Kesimpulan 66
Rujukan 67
Lampiran 71
V
Jadual 1
Jadual 2
Jadual 3
Jadual 4
Jadual 5
Jadual 6
Jadual 7
Jadual 8
Jadual 9
Jadual 10
Jadual 11
Jadual 12
Jadual 13
Jadual 14
SENARAI JADUAL
Jadual Taburan Kekerapan Soal Selidik 42
Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan 44 Responden Berdasarkan Umur
Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 44 Berdasarkan Pangkat
Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 45 Berdasarkan Status Perkahwinan
Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 46 Berdasarkan Tahap Pendidikan
Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 46 Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan
Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 47 Berdasarkan Kesukaan
Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 48 Berdasarkan Kecekapan
Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49 Berdasarkan Nama Pekerjaan
Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Faktor 49 Pangkat Berdasarkan Kesukaan
Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Faktor 50 Pangkat Berdasarkan Kecekapan
Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Faktor 51 Pangkat Berdasarkan Nama Pekerjaan
Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Tahap 51 Pendidikan Berdasarkan Kesukaan
Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Tahap 52 Pendidikan Berdasarkan Kecekapan
vi
Jadual 15 Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Tahap 53 Pendidikan Berdasarkan Nama Pekerjaan
Jadual 16: Ringkasan Hipotesis Yang Diterima
Jadual 17: Ringkasan Hipotesis Yang Ditolak
53
55
vii
SENARAI GAMBARAJAH
Rajah 1 Kerangka Konseptual
Rajah 2 Fasa Dalam Proses Persaraan
13
32
viii
Abstrak
Faktor Pemilihan Kerjaya Selepas Persaraan Di Kalangan Anggota Tentera Yang akan Bersara
Majani Haji Jobli
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pernilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara di Markas Tiga Briged Infantri Malaysia, Kern Penrissen, Kuching . Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pernilihan kerjaya selepas persaraan yang berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu umur, pangkat dan tahap pendidikan serta perkaitannya dengan aspek kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik Self- Directed Search John L. Holland yang telah diubahsuai oleh Sidek Mohd Noah. Seramai 64 orang anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara dalam tahun 2005 telah digunakan sebagai responden. Analisis data menggunakan Statistical Package For Sosial Science (Windows) (SPSS) versi 11.5. Kekerapan, peratusan dan purata digunakan untuk menerangkan demografi responden sementara Ujian-T dan ANOVA sehala digunakan
untuk menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi dengan faktor pemilihan kerjaya berdasarkan aspek kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan mempegaruhi faktor pernilihan kerjaya responden yang akan bersara. Kesimpulannya, ketiga-tiga aspek yang dikaji (kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan) amat penting untuk membantu responden membuat perancangan awal pemilihan kerjaya mereka sebelum persaraan. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan agar ketiga-tiga aspek tersebut dimuatkan untuk pemilihan kerjaya responden sebelum persaraan.
ix
Abstract
A Study On Career Choices After Retirement Among Army Personal
Majani Haji Jobli
This study aims to determine the career choices among army personal after their retirement in the 3'd Brigade Malaysian Infantry, Penrissen Camp, Kuching. The objective of this study is to identify the career choices based on selected demography such as age, rank, marital status, education level and period of service interconnected with interest, capability and job name. The instrument that has been used in this study is Self-Directed Search by John L. Holland, and has been modified by Sidek Mohd Noah. The respondents in this research consist of 64 army personnel with different levels who will retire in year 2005. The data was analyzed using the Statistical Package For Social Science (Windows) (SPSS) version 11.5. To explain and describe the respondents' demographic. /actor, the tests such as. frequency, percentage, and mean were been used. The results using the t-test and ANOVA test show that there are no differences between the demographic factors, and career choices. factors based on the preferences, the efficiencies, and the name of the jobs. However, the results of this research show that the aspect of preference, efficiencies, and the name of the
. jobs
influence the choice of career among respondents. As a conclusion, those three aspects are very important in order to help the respondents in planning their career choices. Hence, the researcher suggests that those three aspects should be highlighted and taken into consideration while making career choices after the retirement.
X
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang kajian yang dilakukan oleh penyelidik, latar
belakang kajian, latarbelakang organisasi, kenyataan masalah, objekif kajian, kerangka
konseptual, hipotesis kajian, definisi konsep dan limitasi kajian. Semua perkara ini akan
dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab ini.
1.1 Latar Belakang Kajian
Semua manusia memerlukan pekerjaan untuk hidup dan melalui pekerjaan inilah manusia
mendapat rezeki untuk menyara kehidupannya serta memberi nafkah kepada keluarga
disamping untuk berbakti kepada masyarakat. Setiap pekerjaan yang dipilih adalah
I
merupakan kerjaya yang dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan. Pekerjaan
yang menjadi pilihan ini bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan pendapatan tetapi
juga untuk mendapatkan kepuasan hidup.
Setiap individu semestinya melalui proses perubahan dalam kehidupannya dan perubahan
ini merangkumi perubahan kepada kerjaya dan bidang-bidang lain yang berkaitan.
Perubahan kepada kerjaya boleh diakibatkan oleh penamatan perkhidmatan dalam sektor
kerajaan ataupun swasta seperti persaraan, membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran,
bertukar kepada kerjaya lain, kurang kepuasan kerja, kurang peluang menyertai aktiviti
kebajikan ataupun kerana faktor kesihatan dan kewangan (Aiken, R. Lewis, 1998).
Perubahan kerjaya kerana persaraan bukan merupakan penghujung kepada kehidupan
individu dalam dunia pekerjaan kerana mengikut Super (1957,1972) kerjaya merangkumi
persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap individu sebelum bekerja dan juga
peranan-peranan lain yang dilakukannya selepas bersara.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang individu bersara dari kerjaya beliau
dan antaranya ialah bersara kerana telah mencapai had umur ataupun persaraan wajib.
Mengikut Akta Pencen 1980 (Akta 27), persaraan wajid bagi sektor awam di Malaysia
ialah apabila seseorang anggota perkhidmatan telah mencapai umur 56 tahun manakala
bagi perkhidmatan ketenteraan, mengikut seksyan 6A, Peraturan-Peraturan Angkatan
Tetap 1982 (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) memperuntukkan bahawa
Pencen Perkhidmtan atau Pencen Terbitan yang diberi berkenaan dengan persaraan pada
2
atau selepas I Julai 1980 yang telah dikira berdasarkan perkhidmatan diakui selama tidak
kurang dari 21 tahun bagi askar-laskar iaitu anggota tentera lain-lain pangkat.
Anggota-anggota tentera lain-lain pangkat dalam perkhidmatan ketenteraan rata-ratanya
bersara pada umur 40 tahun hingga 45 tahun setelah berkhidmat tidak kurang dari 21
tahun dan pada usia ini mereka masih boleh membina kerjaya baru untuk menambahkan
pendapatan mereka. Oleh itu persediaan dan perancangan yang rapi perlu dilakukan
sebelum persaraan mereka supaya kehidupan mereka selepas bersara lebih bermakna
disamping dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan tenaga.
Persediaan dan perancangan kerjaya selepas persaraan berhubung rapat dengan
personaliti individu kerana keselarasan personaliti dengan kerjaya merupakan faktor
penyumbang kepada kepuasan bekerja dan peningkatan kerjaya. Osipow (1983)
menyatakan bahawa keselarasan mencerminkan perihal ciri-ciri yang ada pada diri
individu didapati bersesuaian dengan permintaan persekitaran untuk sesuatu bidang
kerjaya.
Holland (1966) berpandangan bahawa pemilihan kerjaya dan penyesuaian kerjaya
mengambarkan kesinambungan kepada personaliti individu. Individu mengungkapkan
diri mereka, minat mereka dan nilai yang mereka pegang melalui pekerjaan yang mereka
pilih berserta pengalaman yang mereka miliki.
3
Kaunseling adalah merupakan bidang yang dapat membantu bakal pesara membuat
persediaan dan perancangan sebelum persaraan mereka. Sharf. S. R. (2002) menyatakan
terdapat dua matlamat utama dalam kaunseling kerjaya iaitu pemilihan dalam kerjaya dan
membuat perubahan dalam kerjaya. Asas kemahiran menolong adalah ramuan penting
untuk membawa perubahan dan kemajuan dalam perkembangan kerjaya. Ini dapat
dilakukan dengan sama ada melalui sesi kaunseling ataupun melalui ujian personaliti dan
vokesyenal. Terdapat banyak ujian-ujian personaliti dan vokesyenal yang dapat
membantu kaunselor memahami tret dan personaliti klien. Holloway, 1991; Furnham,
1992 (Adrian Furnhan dan Patrick Heaven, 1999) menyatakan bahawa ujian personaliti
dan kebolehan telah digunakan untuk pemilihan sebelum perang dunia pertama. la juga
digunakan untuk pemilihan kerjaya.
Sidek Noah (2002) menyatakan bahawa kepuasan kerja dan kepuasan hidup dikatakan
banyak bergantung kepada sejauh mana individu dapat menyalurkan potensi yang ada
pada dirinya. Super (dlm. Weinrach 1979) menyatakan bahawa kepuasan kerjaya dan
kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu mendapat jalan
keluar yang mencukupi untuk menyalurkan kebolehan, minat, trait-trait personaliti, nilai
dan kebolehannya.
Umumnya, pemilihan kerjaya selepas persaraan banyak bergantung dengan minat dan
kebolehan atau kecekapan individu kerana matlamat utama dalam pencarian kerjaya yang
sesuai adalah untuk memenuhi impian dan kepuasan hidup.
4
1.2. Latar Belakang Organisasi
Markas 3 Briged Infantri Malaysia pada mulanya telah ditubuhkan pada pertengahan
tahun 1957 di Kern Imphl, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan nama asalnya
Headquarters 3rd Federal Infantry Brigade. Peranan utama Briged ini ialah untuk
menjalankan tugas-tugas istiadat semasa Persekutuan Tanah Melayu yang ketika itu baru
mencapai kemerdekaan. Panglima pertama yang memerintah 3rd Fed Inf. Bde ialah
Brigader H. I. J Green dari "The Greanadier Guards" yang telah dipilih khas kerana
beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam adat istiadat ketenteraan serta
diperlukan oleh pihak kerajaan dan tentera pada masa tersebut. Apabila keadaan darurat
diseluruh Tanah Melayu telah dapat ditamatkan, maka operasi di perbatasan
Malaya/Thailand dapat dikurangkan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pertahanan telah membuat keputusan untuk
mengurangkan satu Briged. Markas P Fed Inf Bde yang sedia wujud di Kern Imphl telah
dirancang untuk dibubarkan terus. Namun demikian, pembubaran Briged ini telah
dibatalkan dan ianya diletakkan dalam keadaan "Suspended From Operation " mulai 25
Oktober 1959. Dengan tercetusnya huru-hara di Congo pada bulan Jun 1960, Karajaan
Malaya telah menerima rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk
menghantar anggota tentera ke Leopoldville, Congo. Demi keamanan dunia sejagat,
Kerajaan Malaya telah menghantar tentera ke sana dan dikenali sebagai Malayan Special
5
Force. Pada awalnya, penyertaan Tentera Malaya adalah seramai 613 anggota. Oleh
kerana PBB mahukan kekuatan Tentera Malaya ditambah pada 1413 anggota, maka
dengan bilangan anggota tersebut memerlukan sebuah Briged ditubuhkan. Justeru, 3rd
Fed Inf Bde yang pada mulanya digantung dalam rancangan penyusunan semula
Kementerian Pertahanan telah diwujudkan semula pada 1 Jan 1961.3rd Inf Bde ini telah
diatur gerakan ke Congo pada 8 April 1961 dari Port Swettenham ketika itu dan
merupakan Briged yang ulung diberi penghormatan berkhidmat di seberang laut.
3rd Fed Inf Bde telah ditempatkan di BUKAVU, Kivu Province, Utara Congo dari 20
Mei 1961 hingga 20 Feb 1963 untuk menjaga keamanan. Panglima yang diberi mandat
untuk menerajui 3rd Fed Inf Bde ketika itu adalah Brigadier Abdul Hamid bin Bidin.
Briged ini telah menaikkan nama negara dengan memberi khidmat cemerlang bagi
memulihkan keadaan keselamatan di Congo amnya dan di Kivu Province khasnya.
Kepujian dan ucapan penghargaan telah disampaikan oleh Jeneral Mobutu kepada 3d Fed
Inf Bde di atas kecemerlangan tugas yang telah dilaksanakan. Selepas berkhidmat di
Congo, Briged ini telah kembali ke Malaya dan ditempatkan di Bentong, Pahang. Tanya
telah diberi tanggungjawab untuk menjaga keamanan bagi kawasan negeri Pahang,
Terengganu dan Kelantan. Aktiviti operasi ditempukan di sempadan Malaysia/ Thailand
sehingga pertengahan tahun 1966.
Dengan berakhirnya konfrantasi dalam tahun 1966, Briged ini yang kini dikenali sebagai
Briget Ketiga Infantri Malaysia telah mengambil alih tugas daripada Tentera British di
Sarawak. Pada januari 1971, Markas 3 Briged telah ditempatkan di sebuah Ibu Pejabat
6
Polis, Jalan Badarudin dan kemudiannya berpindah ke kern baru yang diberi nama Kern
Bukavu bertempat di Jalan Palm, Kuching. Pada 1 Jun 1974, Markas 3 Briged Infantri
Malaysia telah berpindah ke Kern Penrissen yang baru dan menetap di situ sehinggalah
ke hari ini.
Semenjak mengambil alih tugas dari Tentera British, Markas ini bertanggungjawab ke
atas keselamatan seluruh negeri Sarawak. Namun demikian, pada awal April 1972,
apabila tertubuhnya Markas Rejang Area Security Command (RASCOM), tugas-tugas
yang dipikul telah dibahagikan. Markas 3 Briged bertanggungjawab hanya ke atas
Bahagian Pertama dan Kedua sahaja manakala Markas RASCOM dibahagian-bahagian
lain Sarawak. Briged Ketiga Infantri Malaysia telah berjaya membenteras kegiatan Parti
Komunis AMAN, yang mana telah berjaya menarik keluar pemimpin-pemimpin PKKU
untuk menyerah diri kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada Oktober 1973. Penghormatan
juga diberi kepada 3 Briged kerana telah menunjukkan kecemerlangan di dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab serta memberi kerjasama yang erat dengan
Tentera Nasional Indonesia (TNI), khususnya dengan MANDAU TV dan KODEM XII
Tanjungpura bagi menghapuskan PKKU dan PARAKU di perbatasan Sarawak dan
Kalimantan Barat (KALBAR). Kerjasama dan perhubungan ATM dan TNI adalah erat
dan akrab sekali, RAPAT Perbatasan, RAKOR antara TDM/TNI dan Latihan bersama
KEKAR MALINDO telah memantapkan lagi perhubungan kedua-dua negara. Di
samping itu, lawatan muhibah antara PERSIT dan BAKAT telah juga mengeratkan lagi
silaturrahim antara isteri-isteri anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional
Indonesia. Kekalahan PKKU dan seterusnya pemulihan keamanan serta keselamatan
7
negara telah nenbolehkan Markas 3 Briged menghadapi cabaran-cabaran keselamatan
yang mingkin timbul sejajar dengan pembaharuan struktur dan doktrin peperangan
Tentera Darat.
Markas 3 Briged Infantri Malaysia mempunyai seramai 1914 anggota lain-lain pangkat
yang sedang berkhidmat di bawah unit-unit seperti berikut;
a. Markas Staf Stesen Kuching, Kuching
b. Stesen Bomba Tentera Darat, Kuching,
c. Pejabat Tadbir Kern 3 Briged, Kuching
d. 3 Skuadron Semboyan DiRaja, Kuching
e. Rejimen 511 Askar Wataniah, Kuching,
f. 801 Rumah Sakit Angkatan Tentara, Kuching
g. 609 Pusat Gigi Angkatan Tentera, Kuching
h. Kompeni 3 Wokshop Briged, Kuching,
i. Unit Lapang Sasar Sempadi, Lundu
j. Rejimen Ke 11 Askar Melayu DiRaja, Kuching
k. Rejimen ke 13 Askar Melayu DiRaja, Sri Aman
1. PALAPES UNIMAS, Kota Samarahan
8
Kajian faktor pemilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain
pangkat yang akan bersara dijalankan di semua unit di bawah Briged Ketiga Infantri
Malaysia, Kern Penrissen, Jalan Kuching / Serian, Kuching.
1.3 Penyataan Masalah
Kerjaya merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Mengikut
Tolbert (1994) (dlm. Sidek Noah 2000) kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan yang
melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu
pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan
bertukar-tukar pekerjaan. Ivey dan Morril (1968) merumuskan bahawa proses kerjaya
merupakan satu proses yang berterusan dengan seseorang itu melibatkan diri dalam siri
perkembangan yang perlu bagi perkembangan peribadi dalam dunia pekerjaan.
Menurut Super (1957,1972) kerjaya merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan
oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan
olehnya selepas bersara. Menurut beliau lagi, kerjaya ialah satu siri keadaan yang berlaku
secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya,
peranan yang dimainkan serta status seseorang itu sepanjang kehidupannya.
Setiap pekerjaan mempunyai penghujuannya lebih-lebih lagi apabila berkhidmat di sektor
kerajaan. Dalam kontek perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera
9
Malaysia, anggota-anggota ditawarkan untuk berkhidmat secara wajib selama 10 tahun
dan diberi opsyen untuk menyambung perkhidmatan ke 15 tahun, seterusnya ke 18 tahun
dan seterusnya ke 21,22 atau 23 tahun. Perkhidmatan terus tanpa henti ke 21,22 dan 23
tahun diberi skim perkhidmatan berpencen yang bermakna anggora-anggota tentera lain-
lain pangkat yang bersara layak menerima pencen bulanan disamping faedah-faedah lain.
Kajian memfokus kepada persoalan yang mungkin timbul akibat dari pemilihan kerjaya
yang tidak bersesuaian dengan minat dan kecekapan individu kerana mengikut Super
(dlm Brown dan Brook 1984; dlm Weinrach 1979) manusia berbeza dari segi minat,
nilai, jenis personaliti, dan kebolehannya dan oleh sebab ciri yang berbagai-bagai ini,
maka individu berkelayakan untuk menjawat dan melakukan beberapa jenis pekerjaan.
Menurut Sidek Noah (2002) keputusan individu dalam memilih sesuatu program
pengajian atau pekerjaan boleh jadi tepat dan boleh jadi tidak tepat bergantung kepada
kematangan dan bimbingan yang diperolehi sebelum membuat keputusan. Ketepatan
membuat pilihan kerjaya mengikut minat dan personaliti amat penting dalam kehidupan
individu dan menurut Amir Awang (1983) terdapat tiga sebab utama mengapa
berlakunya kesukaran membuat pilihan kerjaya iaitu ;
a. Masalah tidak boleh membuat keputusan disebabkan seseorang itu
mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak
mempunyai minat langsung terhadap apa-apa sahaja kerjaya.
10
b. Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan, iaitu seseorang tidak dapat
mengagak minatnya, kebolehannya dan personalitinya dengan baik dan kerana
itu pilihan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadinya.
c. Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan atau kerjaya yang
akibatnya menimbulkan masalah identiti.
Fokus kepada kajian ini mengupas persoalan pemilihan kerjaya anggota-anggota tentera
yang akan bersara setelah menamatkan perkhidmatan melebihi 21 tahun dan bidang
kerjaya baru yang diceburi. Persoalan yang mungkin timbul adalah; apakah pemilihan
kerjaya yang telah dipilih menepati personaliti mereka atau apakah latihan yang
ditawarkan dapat membantu bakal pesara mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan
perkhidmatan. Mengikut Sidek Noah (2002) pemilihan kerjaya secara terpaksa sering kali
menimbulkan masalah kepada individu yang terlibat. Masalah akan timbul apabila
individu merasakan program pengajian atau latihan yang diikutinya atau pekerjaan yang
dilakukannya tidak selaras dengan ciri-ciri minat dan personaliti yang dimilikinya.
Keadaan im akhirnya menimbulkan rasa bosan dan kecewa yang kemudiannya membawa
kepada penurunan motivasi yang akhirnya menyebabkan individu tersebut tidak dapat
memberi tumpuan dan penglibatan sepenuhnya terhadap tugas yang diamanahkan
kepadanya.
Oleh yang demikian, apa-apa keputusan yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya
perlulah diberikan perhatian sewajamya bagi memastikan bidang yang dipilih benar-
11
benar selaras dengan potensi dan ciri-ciri individu. Ini selaras dengan kenyataan Person
(dlm Sidek Noah, 2002) yang menyatakan bahawa ketidaksesuaian antara individu
dengan kerjaya yang diceburi akan menyebabkan berlakunya apa yang dipanggil brain-
drain dalam perkhidmatan di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta. Pengaliran
membazir ini jika dibiarkan berterusan akan merugikan negara dalam jangka masa
panjang terutamanya dari sudut pembangunan negara dan merupakan satu pembaziran
guna tenaga.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua aspek iaitu objektif umum dan objektif
khusus.
1.4.1 Objektif Umum
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tentang pemilihan kerjaya selepas
persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara bertempat di
Markas 3 Briged, Kern Penrissan, Kuching.
12
1.4.2. Objektif Khusus
a. mengenal pasti perbezaan faktor umur mempengaruhi pemilihan kerjaya
selepas persaraan di kalangan afiggota tentera lain-lain pangkat yang akan
bersara.
b. untuk mengenal pasti faktor pangkat yang mempengaruhi pemilihan kerjaya
selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan
bersara
c. untuk mengenal pasti perbezaan tahap pendidikan mempengaruhi pemilihan
kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang
akan bersara.
1.5 Kerangka Konseptual
Pembolehubah tidak bersandar
Faktor Demografi :
Umur Pangkat Tahap pendidikan
Pembolehubah bersandar
Faktor pemilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara
- kesukaan
- kecekapan
- nama pekerjaan
Raiah 1: Keranuka Konsentual
13